The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL ASAS KEPADA PEMBINAAN KONSEP KENDIRI YANG POSITIF DAN MEMBOLEHKAN KANAK-KANAK MENANGANI CABARAN DALAM KEHIDUPAN.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Teacher Farah, 2022-06-23 23:52:29

MODUL PEMBINAAN JATI DIRI KANAK-KANAK

MODUL ASAS KEPADA PEMBINAAN KONSEP KENDIRI YANG POSITIF DAN MEMBOLEHKAN KANAK-KANAK MENANGANI CABARAN DALAM KEHIDUPAN.

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA
JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENTAKSIRAN AKHIR
SEMESTER 2 SESI 2022/ 2023

KOD : KAI 60404
KURSUS : PENGLIBATAN KELUARGA, KOMUNITI
DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN : MODUL PEMBINAAN JATI DIRI KANAK-
KANAK
NAMA PENSYARAH : PROF.MADYA.DR.NORDIN BIN MAMAT

KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN PAKK - A
TARIKH HANTAR : 26 JUN 2022

DISEDIAKAN OLEH : NO. MATRIK NO.
NAMA PELAJAR M20211001072 TELEFON
0135330780
NUR FARAHWAHIDA BINTI DALI

MODUL PEMBINAAN JATI DIRI

KANAK-KANAK

MODUL ASAS KEPADA
PEMBINAAN KONSEP
KENDIRI YANG POSITIF
DAN MEMBOLEHKAN KANAK-
KANAK MENANGANI

CABARAN DALAM
KEHIDUPAN

SKE5ASNU&AAKI6-UKTNAATNHUUAKKN BTEERRDKKASISNPAKIR!!K! AN

NAMA KANAK-KANAK:

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan 1
1
2. Konsep & Objektif 1
3. Panduan Pelaksanaan Aktiviti 2-5
4. Aktiviti 1 Kanak-kanak 6-9
5. Aktiviti 2 Kanak-kanak 10 - 13
6. Aktiviti 3 Kanak-kanak 14 - 16
7. Lampiran 17
8. Penutup

PENGENALANKONSEPJati diri ialah suatu sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat,

bahasa, budaya, agama dan sebagainya yang menjadi teras dan lambang keperibadian
seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya, atau disebut sebagai identiti
(Kamus Dewan ,2007).Jati diri mempunyai kaitan rapat dengan akhlak seseorang
individu.Tanpa akhlak yang mulia, jati diri tidak dapat dibentuk dengan baik. Akhlak
memberi pengaruh dan kesan yang besar pada tindak tanduk serta gerak langkah
seseorang.Nilai murni merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukan
akhlak dan jati diri kanak-kanak. Sifat jati diri perlulah ditanam dalam diri setiap
individu semenjak awal kelahiran dan ia boleh dipupuk dari zaman kanak-kanak supaya
ianya membuahkan hasil ketika menginjak usia dewasa.

Bagi membina jati diri dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa adalah orang yang
utama kerana mereka yang melahirkan, mengasuh, menyediakan kelengkapan dan
sebagainya. Manakala guru-guru, rakan sebaya dan masyarakat sekitar adalah sumber
sekunder yang seringkali dikaitkan sebagai faktor yang menyumbang kepada
pembentukan akhlak dan jati diri kanak-kanak juga. Walau bagaimanapun, peredaran
zaman telah memberi kesan kepada pembentukan jati diri kanak-kanak. Ini
disebabkan, ledakan kemajuan teknologi tanpa sempadan telah memberi kesan yang
mendalam kepada pemikiran mereka.Namun, peredaran zaman ini juga telah
mengubah landskap pendidikan negara di mana proses pengajaran dan pembelajaran
pada masa kini adalah melalui pembelajaran digital iaitu dilaksanakan secara atas
talian.

Sehubungan itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawasi dan
membimbing penggunaan teknologi oleh kanak-kanak khususnya ketika di rumah.Tidak
dinafikan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak membantu
meningkatkan perkembangan anak-anak mereka. Oleh hal demikian, sebuah modul
berteraskan Tunjang Keterampilan Diri yang mana merupakan salah satu daripada
enam tunjang yang terdapat di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
[KSPK] telah dibina. Modul yang diberi nama “Modul Pembinaan Jati Diri Kanak-
kanak” ini mempunyai objektifnya yang tersendiri untuk dicapai oleh ibu bapa dan
guru.

OBJEKTIF

Modul ini bertujuan memberi penekanan kepada mengenali dan mengurus emosi sendiri,
serta membina kemahiran sosial. Selain itu, ia juga menjadi asas kepada pembinaan
konsep kendiri yang positif dan membolehkan kanak-kanak menangani cabaran dalam
kehidupan.

1

PANDUAN PELAKSANAAN MODUL

Berikut adalah panduan dan cadangan pelaksanaan bagi setiap
aktiviti yang terdapat dalam modul ini;
1. Ibu bapa boleh menggunakan cadangan aktiviti yang diberikan
tetapi tidak perlu terikat sepenuhnya dengan setiap cadangan
tersebut. Setiap pelaksanaan aktiviti juga bergantung kepada
kebijaksanaan ibu bapa supaya tidak menghalang minat,
pengalaman, kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak.
2. Tempoh masa yang diberikan untuk setiap aktiviti dalam
modul ini adalah fleksibel mengikut tahap perkembangan kanak-
kanak. Ibu bapa tidak perlu mengikut sepenuhnya secara rigid
tetapi perlu memastikan kanak-kanak bebas untuk melaksanakan
aktiviti tersebut mengikut keselesaaan mereka.
3. Ibu bapa perlu memastikan kanak-kanak berpeluang untuk
melaksanakan setiap aktiviti tidak kira secara individu atau pun
bersama ahli keluarga yang lain.
4. Ibu bapa perlu membimbing kanak-kanak dalam melaksanakan
aktiviti yang disediakan dalam modul ini.
5. Bahan-bahan pembelajaran yang dicadangkan di dalam modul
ini, boleh disediakan oleh ibu bapa mengikut kesesuaian bahan
yang sedia ada di rumah.

2

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI [RPA]

TEMA Dunia Teknologi
SUB TEMA Pekerjaan Beruniform

KOMPONEN Keyakinan Diri

FOKUS Mencapai emosi yang positif

STANDARD KANDUNGAN KD 2.3 Membina keyakinan untuk
berkomunikasi
STANDARD
PEMBELAJARAN KD 2.3.1 Bertutur dengan yakin
KD 2.3.2 Bertanya dengan yakin
KD 2.3.3 Berinteraksi dengan yakin

KESEPADUAN BM 1.5.1 Menyampaikan idea tentang
sesuatu yang didengar, dilihat atau
OBJEKTIF dialami
PEMBELAJARAN KE 2.1.1 Melakonkan watak
menggunakan imaginasi

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak
dapat;

i. Membina jati diri dengan cara yakin
dalam berkomunikasi dan menanyakan
soalan

ii. Mengetahui beberapa jenis pekerjaan
beruniform, tugas-tugasnya dan
mengenali pakaian seragam yang perlu
dipakai pada waktu bekerja.

3

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI [RPA]

BAHAN BANTU set lengkap pakaian seragam pekerjaan
MENGAJAR beruniform (polis/askar/ahli
bomba/doktor/jururawat/posmen/juruter
bang/pramugari/angkasawan),kamera
perakam video, komputer riba,

KOSA KATA polis,askar,ahli bomba,doktor, jururawat,
posmen,juruterbang,
pramugari,angkasawan

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN

SET INDUKSI 1. Ibu bapa menayangkan video youtube kepada anak-
anak tentang pekerjaan beruniform (polis,askar,ahli
bomba,doktor,jururawat,posmen,juruterbang,
pramugari,angkasawan)di pautan

https://www.youtube.com/watch?v=ZEaRpaty2Qo

PERKEMBANGAN 2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan ibu bapa
INSTRUKSIONAL mengenai maksud “pekerjaan beruniform”, tugas-
tugas mereka dan pakaian seragam yang perlu
dipakai pada waktu bekerja.

1. Ibu bapa menunjukkan set lengkap pakaian seragam
pekerjaan beruniform seperti (polis/askar/ahli
bomba/doktor/jururawat/posmen/juruterbang/
pramugari/angkasawan) dan menerangkan langkah-
langkah aktiviti yang akan dilakukan kepada anak-
anak.

2. Anak-anak diminta untuk memakai pakaian seragam
pekerjaan beruniform dengan set yang lengkap
dengan bantuan ibu bapa.

3. Ibu bapa membuat persediaan (set up) kamera
perakam video untuk merakam gelagat anak-anak
ketika main peranan pekerjaan beruniform.

4

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI [RPA]

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN

PERKEMBANGAN 4. Kemudian, anak-anak diminta bersedia untuk mula
INSTRUKSIONAL bercakap tentang apa sahaja yang berkaitan
pekerjaan beruniform sambil gelagat mereka
dirakam oleh ibu bapa.

5. Ibu bapa menunjukkan contoh simulasi atau gaya
yang sesuai untuk pekerjaan beruniform dan meminta
anak-anak untuk bersama-sama melakukannya.

6. Langkah-langkah yang sama diulang oleh anak-anak
dengan memakai pakaian seragam pekerjaan
beruniform yang lain (sekiranya ada).

PENUTUP 1. Ibu bapa bersoal jawab dengan anak-anak mengenai
aktiviti yang mereka lakukan pada hari ini seperti
maksud “pekerjaan beruniform”, tugas-tugas mereka
dan pakaian seragam yang perlu dipakai pada waktu
bekerja.

2. Ibu bapa memberikan kata-kata pujian terhadap
respon yang diberikan oleh anak-anak dan
memberikan semangat kepada mereka supaya
menanamkan cita-cita untuk bekerja dalam
badan beruniform apabila besar nanti.

PENGUKUHAN Anak-anak menonton video kartun animasi dan nyanyian
PENGGAYAAN lagu kanak-kanak di laman youtube iaitu Omar & Hana
(Kisah Baharu Omar & Hana: Cita-Cita Saya) di pautan
https://www.youtube.com/watch?v=DQ6wQQ4cVxo
dan Upin & Ipin (Cita-Citaku [Sing-Along]) di pautan
https://www.youtube.com/watch?v=Gb5FbB49rXY

Ibu bapa membimbing anak-anak melakukan latih-tubi

mengenai tema “pekerjaan beruniform” pada lembaran kerja

secara atas talian iaitu di platform WORDWALL di pautan

seperti

https://wordwall.net/ms/resource/20708775/pekerjaan-

beruniform-prasekolah dan lain-lain yang bersesuaian. 5

PENILAIAN IBU BAPA

BIL. PERKARA TP 1 TP 2 TP 3

1 Bertutur dengan yakin
2, Bertanya dengan yakin
3. Berinteraksi dengan yakin

Aktiviti ”MAIN PERANAN” memberi kebaikan kepada kanak-
kanak dalam beberapa aspek (Suppiah Nachiappan, 2017).

memupuk mudah memahami dapat meluahkan
kemahiran sosial sesuatu perkara perasan/

menunjukkan emosi

mengembangkan menguasai pelbagai
imaginasi perkembangan dan

tunjang
pembelajaran

6

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI [RPA]

TEMA Dunia Teknologi
SUB TEMA
KOMPONEN Kenderaan Darat
FOKUS
STANDARD KANDUNGAN Keyakinan Diri

STANDARD Mencapai emosi yang positif
PEMBELAJARAN
KD 2.2 Membina kebolehan mengawal
KESEPADUAN diri

KD 2.2.3 Menunjukkan sikap sabar
semasa berdepan dengan situasi yang
tidak menyenangkan

BM 2.3.3 Membaca perkataan dengan
suku kata terbuka :
i. KV+KV
ii. KV+KV+KV

BM 2.3.4 Membaca perkataan dengan
suku kata terbuka dan tertutup :
i. KVK
ii. V+KV
iii. KV+KVK

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak
dapat;
i. Membina keyakinan dalam

menghadapi pelbagai cabaran

7

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI [RPA]

BAHAN BANTU MENGAJAR komputer riba, bahan maajud (basikal)

KOSA KATA basikal,tayar,
brek,roda,pengayuh,loceng,lampu

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN

SET INDUKSI 1. Ibu bapa menayangkan video youtube kepada anak-anak
tentang sejenis kenderaan darat iaitu basikal berserta
PERKEMBANGAN komponen dan fungsinya di pautan
INSTRUKSIONAL
https://www.youtube.com/watch?v=z0OCKLs_4L4 dan
memberhentikan tayangan pada minit ke 02:30.

1. Ibu bapa mengajak anak-anak untuk melihat basikal

mereka yang berada di luar rumah.

2. Ibu bapa meminta anak-anak untuk menunjukkan

setiap komponen yang ada di basikal dan menjelaskan

fungsi- fungsinya.

3. Kemudian, ibu bapa menayangkan pula video youtube

di pautan

https://www.youtube.com/watch?v=GKFjBHs-rqU

tentang “Amalan Selamat Ketika Berbasikal” kepada

anak-anak.

4. Anak-anak diminta mengambil basikal mereka untuk

diajak menunggang bersama-sama ibu bapa atau ahli

keluarga.

5. Sebelum menunggang basikal, anak-anak diminta

memakai alat-alat keselamatan sebagai perlindungan

kepada mereka.

6. Setelah beberapa ketika anak-anak menunggang basikal

mereka, ibu bapa mula melatih anak-anak untuk

mengawal kestabilan basikal dengan cara membuang

sebelah roda terlebih dahulu dan membiarkan mereka

mengayuh seperti biasa.

7. Seterusnya, ibu bapa membuangkan sebelah lagi roda

menjadikannya basikal bertayar dua. 8

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI [RPA]

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN

PERKEMBANGAN 8. Kemudian,ibu dan bapa bergilir-gilir melatih anak-anak
INSTRUKSIONAL untuk mengimbangkan badan di atas basikal supaya tidak
PENUTUP terjatuh.

PENGUKUHAN 9. Ulang langkah ke-8 sehingga anak-anak semakin mahir.
PENGGAYAAN
1. Ibu bapa bersoal jawab dengan anak-anak mengenai
aktiviti yang mereka lakukan pada hari ini seperti
menanyakan nama komponen basikal dan fungsinya.

2. Ibu bapa memberikan kata-kata semangat kepada anak-
anak supuya mereka tidak mudah putus asa dalam
mempelajari cara mengimbangi badan di atas basikal.

Ibu bapa menambahkan masa tambahan daripada masa yang
telah dicadangkan oleh guru untuk terus melatih anak-anak
mengimbangkan badan di atas basikal supaya mereka semakin
mahir.

Ibu bapa menayangkan video youtube di pautan
https://www.youtube.com/watch?v=i1XAkzkxnE0
sambil mengeja setiap jenis perkataan kenderaan itu bersama
anak-anak.

9

PENILAIAN IBU BAPA

BIL. PERKARA TP 1 TP 2 TP 3

1 Menunjukkan sikap sabar
semasa berdepan dengan
situasi yang tidak
menyenangkan

Menurut laporan Jurnal of Environmental and Public Health

(2020), aktiviti berbasikal adalah cara terbaik untuk
meluangkan waktu bersama ahli keluarga. Ia juga memberikan

beberapa kebaikan.

menjadikan tubuh perubahan sikap mengasah
badan sihat yang lebih positif kemahiran berfikir

menikmati meningkatkan
keindahan alam kemahiran sosial

semulajadi

10

AKTIVITI 3: MEMBINA
REPLIKA KAPAL

MENGGUNAKAN BLOK
MAINAN/ LEGO

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI [RPA]

TEMA Dunia Teknologi
SUB TEMA Pembinaan
KOMPONEN Keyakinan Diri
FOKUS Mencapai emosi yang positif
STANDARD KANDUNGAN KD 2.1 Membina konsep kendiri

STANDARD KD 2.1.1 Menunjukkan sikap positif
PEMBELAJARAN i. Sabar
ii. Berkeyakinan
iii. Tolong-menolong

KESEPADUAN SA 2.4.1 Membuat andaian yang
mudah dan munasabah berdasarkan
OBJEKTIF pemerhatian
PEMBELAJARAN
KE 3.3.4 Menghasilkan binaan kreatif
BAHAN BANTU
MENGAJAR Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak
KOSA KATA dapat;
i. Membina keyakinan dalam

menghadapi pelbagai cabaran
ii. Membina replika kapal daripada blok

lego yang kukuh dan stabil.

set mainan blok/ lego

kapal 11

AKTIVITI 3: MEMBINA
REPLIKA KAPAL

MENGGUNAKAN BLOK
MAINAN/ LEGO

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI [RPA]

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN

SET INDUKSI 1. Ibu bapa menayangkan dua buah video youtube
kepada anak-anak tentang cara bagaimanana untuk
membina replika kapal dengan menggunakan blok lego
di pautan

https://www.youtube.com/watch?v=OWOC-BxeQwsn dan
https://www.youtube.com/watch?v=14Ty2C8xn2E

PERKEMBANGAN 1. Ibu bapa menyediakan set mainan blok lego.
INSTRUKSIONAL 2. Kanak-kanak diberi penerangan untuk menghasilkan

PENUTUP replika kapal dengan menggunakan blok lego.
3. Ibu bapa akan menunjukan cara-cara membina

bentuk kapal menggunakan blok lego.
4. Kanak-kanak membuat pemerhatian dengan

memastikan setiap binaan dan cantuman blok lego
itu bersesuaian.
5. Kanak-kanak kemudiannya memerhati ibu bapa
membuka semula cantuman blok lego yang telah siap
dibina.
6. Ibu bapa meminta anak-anak meneruskan aktiviti
dengan adik beradik yang lain.
7. Kanak-kanak akan cuba menyusun semula blok lego
bagi membina replika kapal.
8. Kanak-kanak akan menguji kapal yang dibina itu
sama ada kukuh dan stabil dengan meletakkan objek
di atasnya.
9. Kanak-kanak akan meneroka cara untuk memastikan
kapal tersebut kukuh dan stabil.

1. Ibu bapa bersoal jawab dengan anak-anak mengenai
aktiviti yang mereka lakukan pada hari ini.

2. Ibu bapa memberikan ganjaran hadiah dan kata-kata
pujian kepada anak-anak yang berjaya menyiapkan
replika kapal menggunakan blok lego.

12

AKTIVITI 3: MEMBINA
REPLIKA KAPAL

MENGGUNAKAN BLOK
MAINAN/ LEGO

RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI [RPA]

LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMBELAJARAN

PENGUKUHAN Ibu bapa membantu dan membimbing anak-anak menambah lagi
blok lego bagi mengukuhkan replika kapal yang telah dibina.

PENGGAYAAN Membina replika-replika kenderaan air yang lain seperti feri,
rakit, bot dan sampan mengikut kreativi

PENILAIAN IBU BAPA

BIL PERKARA TP1 TP2 TP3

1. Menunjukkan sikap Sabar
positif

Berkeyakinan

Tolong-menolong

2. Menunjukkan sikap
sabar semasa
berdepan dengan
situasi yang tidak
menyenangkan

3. Membina keyakinan
dalam menghadapi
pelbagai cabaran

13

TANGKAP LAYAR VIDEO YOUTUBE UNTUK AKTIVITI
1:

LINK [PAUTAN] VIDEO YOUTUBE UNTUK AKTIVITI
1:

https://www.youtube.com/watch?v=ZEaRpaty2Qo

https://www.youtube.com/watch?v=DQ6wQQ4cVxo

https://www.youtube.com/watch?v=Gb5FbB49rXY

https://wordwall.net/ms/resource/20708775/pekerjaan-
beruniform-prasekolah

14

TANGKAP LAYAR VIDEO YOUTUBE UNTUK AKTIVITI
2:

LINK [PAUTAN] VIDEO YOUTUBE UNTUK AKTIVITI
2:

https://www.youtube.com/watch?v=z0OCKLs_4L4

https://www.youtube.com/watch?v=GKFjBHs-rqU

https://www.youtube.com/watch?v=i1XAkzkxnE0

15

TANGKAP LAYAR VIDEO YOUTUBE UNTUK AKTIVITI
3 : MEMBINA REPLIKA KAPAL MENGGUNAKAN BLOK

MAINAN/ LEGO

LINK [PAUTAN] VIDEO YOUTUBE UNTUK AKTIVITI
3 : MEMBINA REPLIKA KAPAL MENGGUNAKAN BLOK

MAINAN/ LEGO

https://www.youtube.com/watch?v=OWOC-BxeQwsn

https://www.youtube.com/watch?v=14Ty2C8xn2E

16

PENUTUP

Konklusinya, ibu bapa sebagai pendidik pertama anak-anak
seharusnya menggalakkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang
dapat meningkatkan jati diri kanak-kanak selari dengan
perkembangan mereka khususnya bagi teori pembelajaran
Tunjang Keterampilan Diri. Pengalaman pembelajaran yang
berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat
membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan
sikap yang positif.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dicadangkan di dalam
“Modul Pembinaan Jati Diri Kanak-kanak” ini,
diharapkan hasrat dan matlamat pendidikan negara
untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran
abad ke-21 tercapai. Kemahiran abad ke-21 yang
memberi fokus kepada kemahiran berfikir dan kemahiran
hidup ini penting dalam membentuk murid yang berdaya
tahan dimana mereka mampu menghadapi dan mengatasi
kesukaran dan cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan,
toleransi dan empati.

Akhir kata, semoga “Modul Pembinaan Jati Diri Kanak-
kanak” ini mampu memberi manfaat dan input berguna
kepada ibu bapa mahupun barisan guru yang terlibat
sama dalam proses pembinaan jati diri kanak-kanak.

“Meluntur buluh, biarlah dari rebungmya”

“Membujur lalu, melintang patah”

17


Click to View FlipBook Version