The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jane12879, 2024-02-10 11:22:51

JAWAPAN PENULISAN - THN 3 (1)

JAWAPAN PENULISAN - THN 3 (1)

012 koleksi cikgu ROSE SULIT 1 JAWAPAN PENULISAN Salam sejahtera kepada cikgu sekalian, Harap usaha saya ini dapat memberi kebaikan kepada murid-murid cikgu untuk menghadapi peperiksaan. Soalan ini saya kumpul dan disusun semula bagi memudahkan murid-murid kita membuat latih tubi mengikut format UPSR. Sekiranya ada kesilapan saya mohon maaf dan harap cikgu dapat membetulkan kesilapan tersebut. kalau ada typing error…maaf ye #jangankecamsaya#


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 2 JAWAPAN BAHAGIAN A Praktis 1 1. Kamal membantu guru membawa buku ke bilik guru 2. Murid-murid kelas 3 Intan bekerjasama membersihkan kelas supaya kelas mereka ceria. 3. Mei Lin dan Nalini menolong mencari dompet Nisa yang hilang. 4. Kamal menolong Ujai yang patah kaki menaiki tangga menuju ke kelas. 5. Dua orang murid lelaki membantu mengalihkan pasu bunga. Praktis 2 1. Murid-murid perlulah beratur dan mengikut giliran ketika menaiki bas sekolah. 2. Kamal. Ujai dan Nisa melintas jalan di garisan belang dengan berhati-hati. 3. Seorang pengawal trafik bertugas menjaga lalu lintas supaya murid-murid dapat melintas jalan dengan selamat. 4. Pemandu kenderaan haruslah berhenti untuk memberi laluan kepada murid-murid sekolah melintas jalan di hadapan sekolah. 5. Murid-murid yang menunggang basikal mestilah menggunakan lorong yang disediakan. Praktis 3 1. Ketika mandi, kita perlulah menggunakan sabun dan syampu untuk membersihkan diri supaya badan kita sihat. 2. Menggosok gigi setiap pagi dan sebelum tidur merupakan amalan penjagaan kebersihan dan kesihatan diri. 3. Kita haruslah memotong kuku sekirannya kuku kita panjang supaya kuku kita bersih. 4. Kita juga perlulah makan makanan yang berkhasiat supaya kita sentiasa sihat. 5. Melakukan senaman seperti bermain bola dapat membantu badan kita sentiasa sihat dan cergas. Praktis 4 1. Puan Siti merupakan seorang jiran yang baik. 2. Puan Siti selalu bertukar makanan dengan jirannya Puan Mei. 3. Kadang-kadang,Puan Siti juga menumpangkan anak jirannya ke sekolah. 4. Puan Siti juga memeberikan seikat rambutan kepada jirannya. 5. Puan Siti akan melawat jirannya yang sakit di hospital. Praktis 5 1. Bapa Aiman menghadiahkan sebuah tabung berbentuk rumah kepada Aiman. 2. Setiap hari, Aiman akan menyimpan lebihan wang saku ke dalam tabung. 3. Setelah lama menyimpang, wang di dalam tabung Aiman sudah penuh. 4. Aiman membeli alat tulis menggunakan wang tabungannya. 5. Bapa Aiman membawa Aiman ke bank untuk menyimpan wang tabungnya di dalam akaun. Praktis 6 1. Buah nenas dapat menghasilkan pelbagai produk makanan. 2. Isi nanas yang masak boleh diproses menjadi jem nanas. 3. Nenas juga diproses dan ditinkan untuk pasaran tempatan dan juga luar negara. 4. Isi nenas boleh dijadikan jus yang manis dan sangat lazat. 5. Rojak nenas juga enak dimakan dan amat digemari.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 3 Praktis 7 1. Kelab Budaya Sekolah Kebangsaan Sri Jaya telah mengadakan lawatan ke kilang batik. 2. Para peserta disambut oleh pegawai yang bertugas. 3. Murid-murid dibawa melihat proses membuat batik. 4. Murid-murid juga berpeluang mencanting batik. 5. Sebelum pulang, murid-murid membeli kain batik sebagai kenangan. Praktis 8 1. Murid-murid kelas 3 Wawasan bekerjasama menghias kelas mereka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan. 2. Guru dan pekerja sekolah juga menghias sekolah dengan Jalur Gemilang. 3. Murid-murid menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat. 4. Murid-murid kelas 3 Jaya mengadakan persembahan sketsa yang menarik. 5. Aktiviti kembara berbasikal turut diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan. Praktis 9 1. Penduduk Taman Indah bergotong-royong membersihkan taman permainan. 2. Buaian yang rosak harus dibaiki dengan segera agar kanak-kanak dapat bermain dengan selamat. 3. Sampah-sarap disapu dan dikumpul untuk dimasukkan ke dalam plastik sampah. 4. Encik Ramesh membantu memotong rumput yang panjang. 5. Encik Lim bersama anak-anaknya pula menanam anak pokok. Praktis 10 1. Ketuhar gelombang mikro digunakan untuk memasak kerana dapat menjimatkan masa. 2. Peti sejuk pula untuk menyimpan makanan agar makanan lebih tahan lama. 3. Pengisar membantu kita mengisar bahan-bahan seperti bawang, lada dan sebagainya. 4. Mesin basuh membantu kita membasuh kain. 5. Pembersih hampagas digunakan untuk membersihkan permaidani. Praktis 11 1. Pak Leman membanting padi di tepi sawah. 2. Terdapat beberapa batang pokok kelapa di sawah padi. 3. Di tengah sawah padi terdapat orang-orang untuk menakutkan burung. 4. Pak Mail dan isterinya pula menuai padi untuk dibanting. 5. kanak-kanak sedang bermain dengan gembira. Praktis 12 1. Tina dan Danish sedang mengelap tingkap. 2. Kok Ling pula ditugaskan membuang sampah setiap pagi. 3. Murid-murid kelas 3 Wawasan menyusun kerusi dan meja dengan kemas. 4. Lin Yin sedang membersihkan papan hitam. 5. Azura menyapu lantai supaya kelas kelihatan bersih. Praktis 13 1. Encik Majid dan Encik Wong sedang berbual-bual di luar rumah. 2. Puan Nor sedang menghulurkan sepiring kuih kepada Puan Sandy. 3. Encik Majid dan Encik Wong merupakan jiran yang baik. 4. Halaman rumah mereka sangat bersih. 5. Halim dan Hakim sedang bermain dengan kucing mereka di halaman rumah.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 4 Praktis 14 1. Penumpang dilarang merokok di dalam bas. 2. Encik Kamal terlena dalam perjalanannya. 3. Di dalam bas, ada penumpang yang duduk dan berdiri. 4. Seorang gadis memberikan tempat duduknya kepada wanita hamil. 5. Beberapa orang penumpang berbual-bual dengan gembira. Praktis 15 1. Seorang budak lelaki terbaring di tepi pantai. 2. Budak lelaki itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. 3. Ahli pasukan bulan sabit merah sedang berlari menuju ke arah mangsa lemas itu. 4. Puan Halimah menangis melihat keadaan anaknya. 5. Budak itu segera dihantar ke hospital denga sebuah ambulans. Praktis 16 1. Para pelajar membuat persembahan di atas pentas semasa sambuatn Hari Guru. 2. Wakil murid memberi ucapan “Selamat Hari Guru” di atas pentas. 3. Jamuan makan telah disediakan untuk guru-guru dan murid-murid. 4. Murid-murid memberi hadiah kepada guru kegemaran mereka. 5. Acara tarik tali antara guru dan murid memeriahkan lagi sambutan Hari Guru. Praktis 17 1. Kelapa sawit mempunyai banyak kegunaan. 2. Sabun mandi diperbuat daripada minyak kelapa sawit. 3. Minyak masak yang dihasilkan daripada kelapa sawit mempunyai banyak khasiat. 4. Majerin yang disapu pada roti juga dihasilkan daripada kelapa sawit. 5. Setiap tandan kebiasaannya mempunyai banyak biji sawit. Praktis 18 1. Peserta larian 200 meter berlari dengan bersungguh-sungguh ke garisan penamat. 2. Azman menyertai acara bawa bolaaa dalam sudu dengan gembira sekali. 3. Peserta lari dalam guni berlari untuk merebut gelaran juara. 4. Ibu bapa bertepuk tangan memberikan sokongan kepada anak masing-masing. 5. Guru besar mengalungkan pingat kepada pemenang acara sukan. Praktis 19 1. Ibu dan kakak menikmati bekalan makanan yang dibawa dari rumah. 2. Ayah sedang membaca senaskah surat khabar sambil menghirup udara segar. 3. Sekumpulan lelaki bermain bola di tepi pantai dengan gembira. 4. Adik membina istana pasir manakala abang sedang mandi-manda di laut yang biru. 5. Salmah merakam gambar persekitaran pantai untuk dijadikan kenangan. Praktis 20 1. Langkah-langkah keselamatan perlu diikuti agar kita selamat ketika menaiki bas. 2. Murid-murid hendaklah beratur dengan tertib dan mengikut giliran ketika menaiki bas sekolah. 3. Semasa berada di dalam bas, kita perlu duduk di kerusi yang disediakan. 4. Murid mestilah berdisiplin dan dilarang berdiri atau bermain di dalam bas. 5. Muird-murid juga dilarang menjenguk dan mengeluarkan tangan dari tingkap bas.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 5 Praktis 21 1. Terdapat pelbagai cara untuk kita menjaga kesihatan diri. 2. Kita perlu bersenam setiap hari bagi memastikan badan kita sihat. 3. Makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menjaga kesihatan. 4. Kita juga perlulah tidur dan rehat yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. 5. Amalan menjaga kebersihan seperti mandi merupakan cara untuk menjaga kesihatan. Praktis 22 1. Isi kelapa tua boleh dijadikan santan yang menyedapkan masakan. 2. Batang kelapa yang keras amat sesuai digunakan sebagai titi untuk menyeberangi parit. 3. Air kelapa yang muda sedap diminum manakala isinya pula manis. 4. Sarung ketupat diperbut daripada daun kelapa yang muda. 5. Lidi kelapa dijadikan penyapu untuk membersihkan halaman rumah. Praktis 23 1. Murid-murid dan guru mengadakan lawatan ke Kilang Mencanting Batik di Terengganu. 2. Murid-murid diberi taklimat tentang aktiviti kilang oleh Encik Halim. 3. Murid-murid dibawa melihat cara batik decanting. 4. Pekerja-pekerja mencating batik dengan cantik sekali. 5. Murid-murid membeli cenderamata seperti rantai kunci, bingkai gambar dan penanda buku sebagai kenangan. Praktis 24 1. Air sangat penting dalam kehidupan kita. 2. Tumbuhan juga memerlukan air untuk hidup subur. 3. Air digunakan untuk mandi bagi menghilangkan kekotoran yang terdapat pada badan. 4. Kita perlu minum lapan gelas sehari untuk menjaga kesihatan. 5. Air juga digunakan untuk membersihkan kotoran yang melekat di dalam longkang. Praktis 25 1. Aminah dan Maria sedang mengelap tingkap dengan menggunakan kain buruk. 2. Ahmad membuang sampah yang dikumpulkannya ke dalam tong sampah yang telah dissediakan. 3. Kumar dan Ravi sedang menyusun meja dan kerusi supaya lebih teratur. 4. Mei Hua sedang menampalkan hasik kerja murid pada papan kenyataan. 5. Athirah bertugas membersihkan papan putih dengan menggunakan pemadam papan putih. Praktis 26 1. Akmal dan rakannya berjoging di taman rekreasi untuk menyihatkan badan. 2. Dua orang kanak-kanak perempuan bermain buaian bersama-sama dengan gembira. 3. Luqman mengayuh basikal di taman rekreasi dengan berhati-hati agar tidak terjatuh. 4. Rahim meluncur papan gelongsor dengan gembiranya. 5. Datuk berehat di bangku batu sambil membaca surat khabar. Praktis 27 1. Para murid mengibarkan Jalur Gemilang dengan rasa bangga. 2. Zulaikha dan rakan-rakannya membuat persembahan tarian zapin sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan. 3. Para murid dan guru berdiri tegak semasa lagu Negaraku dinyanyikan. 4. Amira dan rakan-rakannya memakai pakaian tradisional kaum masing-masing. 5. Adam dan pasukan pengakap sekolah menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 6 Praktis 28 1. Encik Khalil bersama anak-anaknya sedang mandi laut dengan gembira. 2. Fatiha membantu ibu menghidangkan makanan yang dibawa dari rumah. 3. Hana dan Hairul sedang membina istana pasir di tepi pantai. 4. Shasha bersama adik pula bermain bola di tepi pantai dengan gembira. 5. Datuk Ali duduk sambil membaca surat khabar yang dibawanya. Praktis 29 1. Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Lada itu amat meriah. 2. Bendera warna-warni dipasang di kawasan padang supaya nampak meriah. 3. Di tengah padang terdapat peserta melakukan lompatan. 4. Peseta lumba lari menghampiri garisan penamat. 5. Penonton memberi sokongan kepada peserta pilihan masing-masing. Praktis 30 1. Sekolah Kebangsaan Sri Indah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. 2. Beberapa murid lelaki sedang membersihkan longkang dan menyapu. 3. Murid perempuan pula mengutip sampah-sarap. 4. Sampah yang dikutip dimasukkan ke dalam plastik sampah. 5. Murid-murid juga menanam pokok bunga di sekitar kawasan sekolah. Praktis 31 1. Murid-murid prasekolah dibawa berkunjung ke Zoo Negara di Kuala Lumpur. 2. Murid-murid teruja melihat tiga ekor harimau yang garang di zoo. 3. Terdapat sekor singa sedang berehat di atas batu besar. 4. Murid dapat melihat seekor harimau yang berada di dalam air. 5. Seorang guru memberi penerangan kepada murid-murid tentang binatang yang terdapat di situ. Praktis 32 1. Satu kemalangan jalan raya telah berlaku di persimpangan lampu isyarat. 2. Kemalangan itu melibatkan kereta dengan motosikal. 3. Penunggang motosikal terbaring di atas jalan raya. 4. Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu memberika bantuan. 5. Mangsa kemalangan itu dibawa nasuk ke dalam ambulans. Praktis 33 1. Beberapa orang lelaki sedang menyiapkan pondok tempat rehat di taman permainan. 2. Pak cik Leman dan Hasaan sedang membaiki dan mengecat papan tanda. 3. Mariam sedang menyiram pokok-pokok bunga. 4. Puan Zabedah dan Puah Hajar menyediakan makanan dan minuman. 5. Hasaan pula menyapu sampah di kawasan taman. Praktis 34 1. Apabila berjalan di jalan raya, kita haruslah mengutamakan keselamatan. 2. Kita hendaklah menggunakan lorong pejalan kaki yang disediakan. 3. Kita patutlah memakai pakaian yang berwarna cerah pada waktu malam. 4. Orang dewasa haruslah memimpin tangan kanak-kanak semasa berjalan. 5. Kita mestilah menggunakan lintasan belang apabila hendak melintas.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 7 Praktis 35 1. Kita hendaklah makan makanan yang seimbang. 2. Kita perlu makan banyak buha-buahan dan sayur-sayuran. 3. Kita harus minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. 4. Kita hendaklah selalu melakukan senaman supaya badan kita cergas. 5. Kita mesti mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak gula dan garam. Praktis 36 1. Akif sedang mengumpulkan sampah di dalam kereta sorong. 2. Liliy pula sedang menyiram pokok-pokok bunga supaya subur. 3. Rosni dan Kamala pula mencakar daun-daun kering. 4. Ahmad dan Rashid membantu mencuci longkang agar bersih dan tidak tersumbat. 5. Pak Hamid memotong rumput menggunakan mesin pemotong rumput. Praktis 37 1. Pemandu kereta memberhentikan kereta untuk memberikan laluan kepada pejalan kaki. 2. Puan Azizah memimpin tangan anaknya semasa melintas jalan raya. 3. Kita mestilah menggunakan jejantas yang disediakan semasa melintas jalan. 4. Murid-murid sekolah melintas jalan di laluan lintasan pejalan kaki. 5. Penunggang motosikal memakai topi keselamatan . (topi keledar ) Praktis 38 1. Pak Hamid dan Mak Bedah berbual-bual sambil minum kopi. 2. Puan Hamidah menjemur pakaian manakala Encik Hamid membasuh kereta. 3. Kakak Suraya duduk di kerusi sambil membaca buku cerita yang baru dibelinya. 4. Humaira dan Hakimi bermain kejar-kejaran dengan gembiranya. 5. Adik menunggang basikal yang baru dibeli oleh ayah.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 8 JAWAPAN BAHAGIAN B-Ulasan Praktis 1 Kita patut melakukan gerak kerja di rumah sebanyak mungkin kerana aktiviti ini dapat membantu kita menyegarkan badan. Seterusnya, lakukan aktiviti sukan rekreasi sekurangkurangnya tiga hingga lima kali seminggu. Selain itu, kita juga patut melakukan aktiviti senaman untuk daya tahan sebanyak dua hingga tiga kali seminggu untuk membantu kita menguatkan otot. Akhir sekali, kurangkan aktiviti yang tidak aktif seperti bermain permainan video kerana boleh menjadikan kita lesu dan menambahkan berat badan. Kesimpulannya kita mestilah melakukan aktiviti fizikal untuk menjaga kesihatan diri kita Praktis 2 Poster di atas menunjukkan piramid makanan. Makanan merupakan keperluan asas bagi kita. Piramid makanan tersebut menunjukkan bahawa kita perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, roti dan mi. Makanan tersebut membekalkan tenaga yang tinggi kepada kita. Di samping itu juga, kita perlu makan banyak makanan yang vitamin dan serat yang tinggi, iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan yang berprotein seperti ikan, daging dan susu perlu diambil secara sederhana. Selain itu, makanan bergula dan berkrim seperti kek, aiskrim dan gula-gula perlu diambil secara sedikit sahaja kerana makanan tersebut terkandung kemanisan yang tinggi. Sesungguhnya kita perlu mengambil makanan yang sihat dan seimbang bagi memastikan kesihatan kita terjamin. Praktis 3 Gambar menunjukkan cara-cara membuat tabung. Kita boleh menghasilkan tabung daripada bahan terbuang seperti botol plastik, buluh, tempurung dan sebagainya. Mula-mula, kita perlu sediakan peralatan seperti botol palstik, pisau, kertas warna dan gam. Kita boleh mendapatkan bantuan daripada ibu bapa untuk menyediakan bahanbahan tersebut. Setelah itu, kita perlu menebuk lubang pada bahagian badan botol. Kita perlu berhati-hati ketika menggunakan pisau yang tajam untuk mengelakkan kecederaan. Akhir sekali, sebagai hiasan, botol plastik tersebut perlu dibalut dengan kertas warna. Kini , tabung telah siap dan boleh digunakan. Sesungguhnya amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Praktis 4 Malaysia terkenal dengan permainan tradisional yang unik. Antara permainan tradisional yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah sepak raga, congkak, batu seremban dan galah panjang. Sepak raga ialah permainan yang melibatkan imbangan. Permainan ini diminati oleh kaum lelaki. Selain itu, permainan congkak pula digemari oleh kaum perempuan. Permainan batu seremban menggunakan tujuh batu yang perlu dibaling dan ditangkap semula dengan sebelah tangan. Di samping itu, permainan galah panjang juga merupakan permainan tradisional masyarakat Malaysia. Pemainan ini memerlukan ketangkasan larian pemainnya. Sesungguhnya permainan tradisional ini harus kekal sepanjang zaman agar tidak dilupakan.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 9 Praktis 5 Pantun di atas berkaitan dengan semangat perpaduan yang perlu dipupuk dalam diri rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mempunyai sikap tolong-menolong. Sikap ini dapat memudahkan kerja kita selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Di samping itu, kita perlu mempunyai semangat kejiranan. Jika jiran bersatu padu, hidup kita akan harmoni dan sejahtera. Akhir sekali, semangat muhibbah perlu diamalkan dengan menziarahi kawan-kawan yang sakit. Kawan-kawan akan merasa gembira apabila kita melawat mereka. Kesimpulannya, semangat perpaduan ini perlu dipupuk sejak kecil. Praktis 6 Gambar menunjukkan suasana di klinik pergigian. Doktor melayan kita dengan mesra sambil dibantu oleh jururawat. Gigi merupakan anggota badan yang perlu dijaga. Gigi digunakan untuk menghancurkan makanan. Makanan akan menjadi lumat apabila dikunyah oleh gigi. Gigi susu akan diganti oleh gigi kekal apabila dicabut. Kita perlu menggosok gigi sebelum dan setelah makan agar sisa makanan tidak terlekat di celah-celah gigi. Kita perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan pemeriksaan . Doktor akan memberitahu kita tentang cara-cara menggosok gigi dengan betul. Kesimpulannya, gigi amat berguna kepada kita. Kita perlu menjaga kebersihan gigi setiap masa. Praktis 7 Praktis 8


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 10 Praktis 9 Poster di atas menunjukkan cara-cara menjaga kebersihan diri. Langkah pertama dalam menjaga kesihatan diri ialah sentiasa menggunakan sabun dan syampu ketika mandi dan bilas menggunakan air yang bersih. Gigi juga harus dibersihkan sekurang-kurangnya tiga kali sehari iaitu pagi, petang dan malam. Selepas itu, kuku juga harus dipotong apabila sudah panjang supaya tidak dijangkiti kuman. Untuk kelihatan lebih kemas, rambut perlu disikat dengan rapi dengan menggunakan sikat rambut yang bersih. Akhir sekali, apabila kebersihan diri dijaga rapi, pakaian juga haruslah kelihatan kemas dan bersih. Praktis 10 Praktis 11


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 11 Praktis 12 Praktis 13 Praktis 14 Gambar tersebut berkaitan dengan Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Pasar Raya Cempaka yang akan diadakan pada 9 Ogos 2017. Majlis ini dijangka bermula pada pukul 2.30 pagi hingga 5.30 petang itu bertempat di Dewan Semarak. Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pekerja-pekerja yang berprestasi cemerlang sepanjang tahun yang dinilai. Pengarah Urusan Pasar Raya Cempaka akan memberikan ucapan perasmian pada pukul 3.00 petang. Pada pukul 4.00 petang, penyampaian anugerah dan penyampaian cenderamata akan diadakan. Majlis dijangka tamat pada pukul 5.30 petang. Sesungguhnya majlis ini dapat memberikan motivasi kepada semua pekerja di Pasar Raya Cempaka.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 12 Praktis 15 Sebelum membeli sesuatu barang, kita haruslah memahami panduan membeli bahanbahan makanan. Kita haruslah meneliti isi kandungan barang tepat seperti tercatat pada label. Pastikan barang yang berbungkus seperti tin, kotak, atau botol masih dalam keadaan elok. Jika bungkusan tersebut koyak, kemek, atau keadaan yang tidak elok elakkan membeli barangan tersebut. Barang yang hendak dibeli juga mestilah mempunyai label makanan seperti tarikh luput dan juga harga. Makanan juga perlulah yang berkhasiat. Selain itu, makanan yang hendak dibeli juga mestilah selamat dan boleh dimakan. Elakkan membeli makanan yang telah luput tarikhnya kerana boleh memudaratkan kesihatan kita. Praktis 16 Iklan tersebut adalah tentang pendaftaran untuk menjadi ahli kelab sains Sekolah Kebangsaan Bestari bagi sesi persekolahan tahun depan. Murid-murid yang berminat perlu mendaftar nama kepada guru kelas. Kelab sains menjalankan pelbagai aktivit yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah murid dapat membina model eureka, membuat sabun dan aktiviti membuat ubat gigi oleh murid Tahun 4 Kenanga. Murid-murid digalakkan untuk menyertai Kelab Sains kerana banyak aktiviti sains diadakan yang memberi manfaat kepada murid-murid. Praktis 17 Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini sebagai hobi akan memperoleh banyak kelebihan dan manfaat. Dengan membaca, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.Masa yang terlaung akan diisi dengan membaca. Selain itu, kita akan sentiasa mengetahui hal semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Membaca juga boleh dijadikan sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan. Amalan membaca juga boleh menambahkan kosa kata. Kosa kata yang meluas dapat membantu kita berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis. Kesimpulannya, membaca merupakan suatu hobi yang amat menguntungkan. Kita harus memupuk minat membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “Membaca Jambatan Ilmu”. Praktis 18 Kanak-kanak perlu lebih berwaspada ketika melintas jalan kerana keadaan lalu lintas dan pemandu sukar melihat mereka. Jika ingin melintas jalan yang tiada lampu isyarat pejalan kaki, kita perlu berhenti di bahu jalan. Kemudian, pandanglah ke kiri dan ke kanan untuk melihat keadaan lalu lintas . Tunggu sehingga tiada kenderaan. Seterusnya, dengar untuk memastikan tiada kenderaan yang mendatang. Selepas itu, fikirlah sama ada keadaan selamat untuk kita melintas atau tidak. Akhir sekali, melintas dengan berhati-hati apabila keadaan jalan benar-benar selamat.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 13 Praktis 19 Praktis 20


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 14 Praktis 21 1. Murid-murid sedang membersihkan makmal Sains. 2. Faqih menyertai pertandingan pidato. 3. Kempen kebersihan itu disertai oleh semua penduduk taman. 4. Mereka menghulurkan bantuan dengan hati terbuka. 5. Sampah sarap yang dibuang menjadi punca air bertakung. Praktis 22 1. Mereka bermain bola di padang. 2. Jurujual itu menjual piano. 3. Basri melihat tukang masak itu memasak. 4. Cikgu Hamid bercakap dengan muridnya. 5. Imran terjumpa seutas rantai di tepi jalan. Praktis 23 1. Pengerusi itu sedang menyampaikan ucapan. 2. Rapi hendak makan kerana sangat lapar. 3. Raj memanggil budak yang berjalan di hadapan perhentian bas. 4. Pesakit itu dibawa ke hospital dengan ambulans. 5. Ketua kampung memberi taklimat kepada penduduk kampung. Praktis 24 1. Pemimpin negara akan berlepas ke luar negara. 2. Murid-murid melihat pameran tentang demam denggi. 3. Terdapat banyak sampah di tepi pantai itu. 4. Pelancong itu hendak pergi ke Zoo Negara. 5. Fauzi membuat laporan di balai polis. Praktis 25 1. Kamal patah tangan kerana terjatuh dari basikal. 2. Basikal baharu Azim terletak di tepi pokok. 3. Sudin melambai tangan ke arah sahabatnya. 4. Arnab itu dikurung di dalam sangkar. 5. Perlawanan bola sepak itu diadakan di stadium. Praktis 26 1. Pak Kassim sedang menaiki rakit. 2. Pengunjung zoo melihat buaya di kolam. 3. Fazli membakar sampah di belakang rumahnya. 4. Pasukan pengakap berkhemah di tepi air terjun. 5. Amin tersepak batu lalu terjatuh.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 15 Praktis 27 1. Ayah sedang membaca surat khabar. 2. Dompet itu kepunyaan abang Hakim. 3. Ibu menjemur baju di ampaian belakang rumah. 4. Adik masih tidur dalam buaian. 5. Nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan. Praktis 28 1. Di belakang rumah nenek ada sebatang pokok kelapa. 2. Niza suka membaca buku cerita berunsur penyiasatan. 3. Pesakit di situ sangat gembira kerana mendapat jururawaat yang baik. 4. Semua murid dibenarkan membawa makanan ke sekolah sempena Hari Kanak-kanak. 5. Penanaman hidroponik boleh dibuat oleh sesiaapa sahaja di rumah. Praktis 29 1. Puan Siti dan Puan Kumari minum sambil berbual-bual. 2. Ketua kampung dan anak buahnya menikmati jamuan ringan. 3. Encik Wong mengambil sabit lalu menebas lalang. 4. Encik Ramu dan Encik Sidek menyertai aktiviti gotong-royong. 5. Puan Hamidah memimpin tangan anaknya semasa melintas jalan. Praktis 30 1. Pokok-pokok bunga dapat mencantikkan kawasan persekitaran. 2. Aktiviti gotong-royong dapat menjaga kebersihan alam sekitar. 3. Jangan membuang sampah-sarap ke dalam sungai. 4. Buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 5. Encik Haris membawa keluarganya mengunjungi Karnival Kraf Tangan. Praktis 31 1. Puan Suzie melarang anaknya bermain di tepi longkang. 2. Kakak sedang mencuci pinggan di dapur. 3. Guru baharu itu mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia. 4. Malik bermain bola di tengah padang. 5. Adam pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Praktis 32 1. Qaisara gemar melukis dan menari. 2. Bapa ke halaman rumah lalu menyiram pokok bunga. 3. Nizam sangat rajin belajar tetapi masih gagal dalam ujian. 4. Mail memanjat pokok jambu sambil bersiul-siul. 5. Kita perlu makan-makanan yang berkhasiat supaya menjadikan badan kita sihat.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 16 Praktis 33 1. Razif tidak hadir ke sekolah semalam kerana demam selesema. 2. Kita mesti bekerjasama agar buku skrap ini dapat disiapkan dengan cepat. 3. Kamal dan Affan ke kolam ternakan udang kara pak ciknya. 4. Ayah bekerja keras setiap hari untuk menyara keluarga. 5. Fatin suka makan semua jenis buah-buahan kecuali betik. Praktis 34 1. Penghulu dan penduduk kampung bergotong-royong membina jambatan. 2. Kaum ibu menghidangkan makanan manakala kaum bapa mengacau gulai daging. 3. Semua penduduk menyertai Hari Keluarga kecuali Pak Samad. 4. Kanak-kanak sangat gembira kerana mendapat hadiah. 5. Penduduk kampung melakukan kerja di dewan serba guna sambil berbual-bual. Praktis 35 1. Adik baring di atas katil sambil mendengar ibu bercerita. 2. Kamu suka bermain bola atau badminton ? 3. Rozita dan Salina pergi ke kantin sekolah. 4. Faizal hendak membeli kereta mainan tetapi tidak cukup wang. 5. Ruslan membuka kasut sekolah lalu masuk ke dalam rumah. Praktis 36 1. Jiran saya memiliki sebuah kereta dan motosikal. 2. Rumah Kamalia besar tetapi jauh dari bandar. 3. Puan Atilia menasihati anaknya supaya tidak boros berbelanja. 4. Wak Daman suka duduk di serambi kerana dapat menghirup udara segar. Praktis 37 1. pada / Pada 6. encik / Encik 2. jaoh / jauh 7. tande / tanda 3. untok / untuk 8. majles / majlis 4. suasane / suasana 9. mereka / Mereka 5. taman / Taman 10. raya / Raya Praktis 38 Ayat Tunggal Susunan Biasa. 1. Ujai ke Pantai Teluk Batik pada minggu lepas. 2. Ujai berenang menggunakan pelampung. 3. Ayah Ujai mengawasinya sepanjang masa. 4. Mereka telah singgah di Restoran Enak Rasa. Ayat Tunggal Susunan Songsang. 1. Bersama-sama keluarga Ujai ke sana. 2. Sebaik sahaja tiba di kawasan perkhemahan itu, mereka membaca peraturan dan papan kenyataan. 3. Berenang Ujai di laut. 4. Makan tengah hari mereka di sana.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 17 Praktis 39 Ayat Tunggal . 1. Lalu lintas di situ agak sibuk. 2. Jalan raya menjadi sesak. 3. Semua pengguna jalan raya berdisiplin. 4. Mereka ke perhentian bas. Ayat Majmuk. 1. Razif dan Suman hendak pulang ke rumah mereka. 2. Mereka berbual-bual sambil memerhatikan keadaan jalan raya. 3. Polis trafik tiba lalu mengawal lalu lintas di situ. 4. Pengguna jalan raya memandu kenderaan dengan berhemah tinggi dan bertolak-ansur. Praktis 40 1. Tarian kuda kepang sejenis tarian tradisional masyarakat Melayu. 2. Tarian ini sangat popular di negeri Johor. 3. Kuda kepang biasanya diperbuat daripada anyaman buluh. 4. Tarian ini biasanya dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian. 5. Tarian ini juga dipersembahkan dalam majlis-majlis perkahwinan. Praktis 41 Sambutan Hari Kebangsaan disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Ia merupakan ulang tahun kemerdekaan. Rakyat diseru mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara. Jalur Gemilang juga dipasang di luar rumah atau bangunan kedai. Kita patut berasa bangga menjadi rakyat di sebuah negara yang merdeka. Praktis 42 Murid di dalam gambar A sangat (1) berbudi bahasa. Dia suka (2) bertegur sapa dengan jirannya. Murid dalam gambar A (3) menghormati orang yang lebih tua. Manakala, murid di dalam gambar B pula (4) baik hati . Dia memberikan (5) tunjuk ajar kepada rakannya. Murid di dalam gambar B suka (6) menolong rakan . Kita hendaklah mencontohi sikap baik yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua murid di dalam gambar A dan B tersebut. Praktis 43 Kita haruslah bergotong-royong membersihkan sampah sarap di persekitaran tempat tinggal kita. Kita boleh menjalankan aktiviti gotong-royong itu pada hujung minggu. Alatan yang digunakan seperti cangkul, pongkes dan sebagainya. Gotong-royong boleh mengeratkan hubungan antara penduduk kampung. Selain itu, gotong-royong juga boleh menghindarkan diri kita daripada penyakit. Praktis 44 Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Selain itu, kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam. Tambahan pula, kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Di samping itu, setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 18 Praktis 45 1. Wah, tingginya bangunan itu ! 2. Bilakah bangunan yang tinggi itu dibina, ayah ? 3. Bangunan itu direka bentuk oleh arkited tempatan atau arkited luar negara, ibu ? 4. Kawan-kawan, saya pernah berkunjung ke bangunan yang tinggi itu. 5. Salim, tolong tampal gambar bangunan yang tinggi itu dalam buku skrap kita. Praktis 46 1. sayur-sayuran 8. rama-rama 2. ikan-ikan 9. kupu-kupu 3. kanak-kanak 10. kura-kura 4. buku-buku 11. labi-labi 5. kawan-kawan 12. sibur-sibur 6. murah-murah 13. sumpah-sumpah 7. alat-alat 14. barang-barang Praktis 47 Ayat Tunggal Susunan Biasa 1. Beberapa orang guru berada bersama-sama di atas pentas. 2. Semua murid mengikut aksi senamrobik itu. 3. Mereka semua berasa gembira. Ayat Tunggal Sususnan Songsang 1. Akan mengetuai aktiviti tersebut Encik Azman. 2. Bersenam mengikut rentak muzik mereka. 3. Telah merakamkan kegiatan itu Encik Munir. Praktis 48 1. Milik Encik Ali kereta besar itu. 2. Ke luar Negara ayah bertugas. 3. Sudah tiba Cikgu Musa. 4. Mencatat nota murid-murid. 5. Makan di kantin mereka. 6. Pergi ke pejabat bapa Kamil. 7. Berasal dari Kajang beliau. 8. Memakai kebaya wanita itu. 9. Sedang menghias rumah kakak. Praktis 49 Ayat Tunggal Susunan Biasa 1. Mereka berehat di sebuah pondok. 2. Kami sudah penat. 3. Kita berjumpa di sana nanti. Ayat Tunggal Sususnan Songsang 1. Sedang bermain pelampung mereka. 2. Sungguh gembira, mereka. 3. Duduk di sini, kalian berdua.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 19 Praktis 50 1) Bengkel Menghias dan Menggubah Bunga 2) hari Ahad 3) 8.30 pagi hingga 1.00 petang 4) mendaftar dengan segera 5) terhad 6) panduan mengenal pasti jenis-jenis bunga, cara-cara menjaga pokok bunga dan teknik-teknik mengubah bunga. Praktis 51 1) Pertandingan Inovasi Kreatif 2) 29 – 30 Jun 2018 3) Pertama - RM 150 Kedua - RM 100 Ketiga - RM 50 4) 9.00 hingga 11.00 pagi 5) Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi 6) Menggunakan barang-barang terpakai. CONTOH JAWAPAN : BAHAGIAN C Praktis 1 Saya telah menyertai perkhemahan pengakap yang telah diadakan di Sungai Congkak pada minggu lepas. Banyak aktiviti menarik dilakukan sepanjang perkhemahan itu. Setibanya di sana, saya dan rakan-rakan memasang khemah di tapak perkhemahan. Kemudian, kami mengikuti aktiviti belajar membuat ikatan mengikut kumpulan yang telah diagihkan oleh guru penasihat. Saya dan rakan-rakan berasa sungguh seronok kerana berjaya membuat ikatan dengan betul. Pertandingan masakan hutan pula mengambil giliran. Setiap kumpulan perlu memasak satu hidangan makan malam. Keesokan harinya, saya dan rakan-rakan menjalani aktiviti kembara hutan. Aktiviti ini sungguh mencabar. Pada sebelah malamnya, aktiviti malam kebudayaan diadakan.Setiap kumpulan harus membuat persembahan yang berbeza dan menarik. Semua peserta sangat gembira kerana ini merupakan malam terakhir kami berkhemah di Sungai Congkak.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 20 Praktis 2 Pada cuti sekolah yang lalu, ayah telah membawa kami sekeluarga pergi berkelah di Air Terjun Sekayu. Sebelum bertolak, kami telah menyediakan bekalan makanan dan minuman, pakaian renang, radio, kamera dan tikar. Selepas itu, kami pun menaiki kereta ayah ke sana. Setibanya di destinasi, kami membantu ayah dan ibu menurunkan barang-barang dari but kereta. Kemudian, kami menghamparkan tikar di atas seketul batu yang besar lalu meletakkan barang-barang di atas tikar. Saya dan adik tidak sabar untuk mandi. Tanpa berlengah-lengah, saya dan adik-adik pun menyalin baju lalu terjun ke dalam air. Adik menggunakan pelampung . Air di sana jernih dan dingin, udara di sana juga nyaman. Kakak pula merakam gambar pemandangan yang indah. Setelah penat bermain, kami pun naik ke darat untuk menikmati makanan yang dihidangkan oleh ibu. Adik-adik makan dengan lahap kerana terlalu lapar. Kami berasa sungguh seronok. Apabila matahari kian terbenam, kami pun berkemas untuk pulang ke rumah. Saya berasa berat hati untuk meninggalkan air terjun itu. Namun, ayah berjanji akan membawa kami ke Air Terjun Sekayu lagi pada masa hadapan. Praktis 3 Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh. Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berekreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas. Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat. Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah. Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 21 Praktis 4 Semua orang ingin menjadi kaya dan hidup senang. Begitu juga dengan saya. Saya ingin menjadi seorang jutawan untuk menolong orang-orang yang berada dalam kesusahan. Jika saya seorang yang kaya, perkara yang mula-mula saya lakukan adalah menolong keluarga saya. Saya akan membina sebuah rumah yang besar untuk ibu bapa saya kerana mereka telah banyak berkorban untuk membesarkan saya dan memberi pendidikan kepada saya. Saya juga akan membawa keluarga saya menunaikan haji dan melancong ke negara Eropah. Selain itu, saya juga akan membantu golongan miskin. Saya akan memberi mereka wang agar dapat digunakan untuk menyara hidup mereka. Jika saya mempunyai wang yang banyak, saya akan mendermakan wang tersebut kepada rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim. Saya juga akan membantu anak-anak yatim dengan memberikan pendidikan yang sempurna dan tempat tinggal yang selesa kepada mereka. Saya akan menjauhi sikap sombong dan bongkak jika saya kaya kelak. Untuk menjadi kaya, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berilmu. Praktis 5 Nama saya ialah Suhaila binti Ramli. Saya dilahirkan pada 18 June 2005 di Temerloh, Pahang. Nama bapa saya ialah Ramli bin Jamaluddin manakala ibu saya ialah Maisarah binti Mohamad. Mereka berdua berasal dari Sungai Petani, Kedah. Saya ialah anak pertama daripada lima orang adik- beradik. Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya. Saya mempunyai dua orang sahabat baik iaitu Asyira dan Qistina. Mata pelajaran kegemaran kami ialah Bahasa Malaysia. Guru Bahasa Malaysia kami ialah Puan Badariah. Pada waktu lapang, saya suka melihat album setem saya. Hobi saya ialah mengumpul setem. Melalui setem, saya boleh mengenali negara luar. Seten juga mempunyai sejarah sesuatu peristiwa. Setem akan mempunyai nilai yang tinggi jika disimpam dalam jangka masa yang lama. Selain itu, saya juga suka menonton televisyen jika ada masa lapang. Rancangan televisyen yang saya suka ialah mengenai alam haiwan. Suatu hari nanti, saya akan menjadi doctor haiwan. Saya juga suka memakai baju kurung. Warna kegemaran saya ialah warna hijau dan saya sukan makan nasi ayam. Saya berharap apabila saya dewasa kelak saya akan mencapai cita-cita saya. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh. Parktis 6 Pada musim buah yang lalu, kami sekeluarga pulang ke kampung di Raub, Pahang. Saudaramara kami turut berada di sana untuk menikmati hasil buah-buahan dari dusun datuk. Datuk dan nenek berasa sungguh gembira melihat kami bekerjasama mengutip buahbuahan di dusun. Di sana terdapat pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, manggis, manga, langsat, pisang dan duku. Datuk mengajar kami menggunakan galah untuk menjolok buah rambuatan yang tinggi. Ada juga yang memanjat pokok untuk memetik buahnya. Selain itu, buah durian hanya dikutip apabila buahnya telah gugur di atas tanah. Semua hasil buah-buahan yang telah dipetik akan dimasukkan ke dalam guni mengikut jenis. Kami menikmati buah-buahan di pondok yang dibina oleh datuk. Itulah pengalaman yang sungguh menyeronokkan semasa mengikuti datuk ke dusun bauh-buahan.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 22 Parktis 7 Pada cuti penggal yang lalu, pasukan pengakap sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di Sungai Congkak. Seramai 40 ahli pengakap dan lapan orang guru turut menyertai perkhemahan tersebut. Kami bertolak ke sana dengan menggunakan sebuah bas sekolah. Perjalanan ke sana mengambil masa selama lebih kurang sejam. Setibanya di sana, Cikgu Nazri memberikan taklimat ringkas tentang program yang akan dijalankan pada hari itu. Semua ahli pengakap dibahagikan kepada empat kumpulan. Tugas kami yang pertama ialah bergotong-royong mendirikan khemah dan mencari kayu api. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut ialah pertandingan memasak, kawad kaki, merentas hutan, sukaneka, dan malam kebudayaan. Banyak pengalaman yang kami peroleh melalui aktiviti ini. Walaupun perkhemahan itu adalah kali yang pertama, namun semua aktiviti berjalan dengan lancar. Parktis 8 Kita haruslah menjaga kesihatan supaya kita sentiasa sihat dan cergas. Antara cara menjaga kesihatan adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Kita digalakkan makan mengikut piramid makanan. Diet yang betul boleh mengekalkan kesihatan. Selain itu, kita perlu bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman yang teratur boleh membantu kita membuang toksin daripada tubuh badan. Kesanya metabolism kita akan meningkat. Seterusnya, kita perlu menjaga kesihatan diri dan persekitaran untuk kekal sihat, Hal ini demikian kerana tempat tinggal yang bersih dapat menjauhkan kita daripada mahkluk pembawa pwnyakit. Akhir sekali, kita perlu berjumpa dengan doktor sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Dengan menjalani pemeriksaan, kita boleh mengurangkan risiko menghidap penyakiy kronik. Sesungguhnya, amalan menjaga kesihatan bukan sahaj boleh mengelakkan penyakit malah dapat menjimatkan wang. Jagalah kesihatan untuk mendapat kebahagiaan yang sebenar. Praktis 9 Aku sebuah komputer berjenama DELL. Aku sangat berguna kepada manusia. Aku telah dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Petaling Jaya. Aku diperbuat daripada plastik dan alat-alat elektronik. Aku terdiri daripada beberapa bahagian. Setelah siap, aku dihantar ke sebuah kedai yang terletak di Kuala Lumpur. Aku telah dipamerkan untuk dijual dengan harga RM 1800. Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang pemuda. Pemuda itu bernama Ali. Aku digunakan oleh Ali untuk membuat berbagai-bagai kerja. Ali seorang pemuda yang rajin dan bertanggungjawab. Dia menjaga aku dengan baik. Dia menutup aku dengan sehelai kain. Aku berasa gembira kerana dilahirkan sebagai sebuah komputer. Aku berharap agar sentiasa dapat berkhidmat untuk tuan aku.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 23 Praktis 10 Saya berjalan pulang ke rumah dari perpustakaan. Tiba-tiba, saya ternampak seorang budak lelaki ditekap mulutnya oleh dua orang lelaki bertopeng. Budak itu diheret ke dalam kereta. Rupa-rupanya ini kejadian culik. Tanpa berlengah, saya mencatat nombor plat kereta tersebut. Saya segera menelefon pihak polis untuk melaporkan kejadian tersebut. Penculik itu telah berjaya ditangkap dalam sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis. Budak itu berjaya diselamatkan. Ibu bapa budak itu mengucapkan terima kasih kepada saya. Pihak polis juga memuji keberanian saya. Saya sungguh berbesar hati kerana dapat membantu pihak polis menangkap penculik itu. Praktis 11 Pada 12 April 2017, Anisa dan rakan-rakannya melawat ke Rumah Kebajikan Seri Bahagia. Anisa dan rakan-rakannya tiba di sana pada pukul 9.30 pagi. Mereka telah berkenalan dan bertanya khabar para penghuni. Pada pukul 10.00 pagi, mereka bergotong-royong membersihkan rumah kebajikan dan kawasan sekitar. Kemudian mereka menjamu selera bersama penghuni rumah kebajikan sambil beramah mesra dengan penghuni di situ. Pada pukul 1.00 petang pula, mereka mengunjungi bilik kraf tangan. Antara kraf tangan yang dihasilkan oleh mereka ialah bakul telur yang dianyam daripada surat khabar dan tudung saji daripada rotan. Mereka berangkat pulang pada pukul 2.00 petang dan berasa sungguh gembira. Praktis 12 2 3 1 6 5 4 Praktis 13 1 3 6 4 8 5 7 2


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 24 Praktis 14 3 5 6 2 4 1 Praktis 15 Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Hubungan kejiranan sangat penting bagu memupuk semangat bersatu padu. Kita mesti mengamalkan sikap bertegur sapa dan bertanya khabar dengan jiran kita. Sikap ini dapat menunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang antara jiran. Seterusnya ialah amalan saling membantu perlu dijadikan amalan. Semangat kejiranan yang tinggi dapat dikaitkan dengan jaminan keselamatan. Suasana kejiranan yang bersatu padu dapat mengurangkan kadar indeks jenayah. Di samping itu, kita juga perlu mengamalkan sikap bertolak ansur. Malahan, kita hendaklah hormat-menghormati bangsa, adat, kebudayaan, dan agama jiran. Kesimpulannya, semangat kejiranan ini sangat penting dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sebuah negara. Praktis 16 Menjadi murid yang cemerlang merupakan impian semua murid. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Kejayaan akan hadir jika seseorang murid sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa. Seseorang murid perlu rajin berusaha dan bijak membahagikan masa dengan bijak. Urusan pelajaran harus diutamakan. Contohnya, selalu mengulang kaji nota pelajaran yang telah dipelajari di sekolah. Seterusnya, seseorang murid yang cemerlang perlu menghormati ibu bapa dan guruguru. Hal ini demikian kerana mereka ibarat seperti lilin yang menerangi hidup orang lain. Di samping itu, seseorang murid itu perlu membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah, dan buku rujukan. Budaya membaca perlu dipupuk agar dapat mengasah minda dan mengukuhkan sesuatu pelajaran. Kesimpulannya, usaha menjadi murid yang cemerlang dan gemilang berhasil apabila kita memiliki disiplin yang tinggi.


012 koleksi cikgu ROSE SULIT 25 Praktis 17 Encik Azman berjiran dengan Encik Mazlan dan Encik Tan. Walaupun begitu, Encik Azman jarang bergaul dengan jiran-jirannya. Pada suatu hari, Farid, anak Encik Mazlan mendengar orang menjerit meminta tolong. Farid sangat terkejut apabila dilihatnya rumah Encik Azman terbakar. Farid segera menelefon pihak bomba. Beberapa minit kemudian, jiran-jiran yang lain datang dan membantu isteri serta anak Encik Azman keluar dari rumah. Tidak lama kemudian, bomba tiba dan kenakaran berjaya dipadamkan. Encik Azman pulang lalu mengucapkan terima kasih kepada jiran-jirannya. Kini, barulah dia sedar bahawa pentingnya hidup berjiran. Praktis 18 Tujuan Minggu Antidadah itu diadakan adalah untuk menyedarkan murid-murid tentang bahayaa penylahgunaan dadah kepada sesiapa yang menagihnya. Pelbagai jenis dadah dipamerkan pada hari itu, antaranya dalam bentuk serbuk, pil, dan sebagainya. Selain itu, ditunjukkan juga antara hukuman terhadap penagih dan pengedar dadah. Hal ini demikian untuk menimbulkan rasa takut kepada murid-murid agar tidak mencuba untuk menagih dadah. Aktiviti lain juga diadakan iaitu tayangan video tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan cara-cara mengelakkan diri daripada terlibat dengan dadah. Secara keseluruhannya, murid-murid memahami akibat yang akan menimpa mereka yang menagih dadah setelah menghadiri pameran itu. Praktis 19 Aku sebuah robot. Nama aku ialah Super dan dilahirkan di kilang elektronik di Shah Alam, Selangor. Aku sangat istimewa kerana bentuk unik dan menarik. Badanku berwarna kelabu dan aku bergerak dengan pantas. Setelah siap diuji oleh para saintis, aku telah dipamerkan di Pameran Inovasi Sains Malaysia. Ramai pengunjung yang datang memuji keistimewaanku. Aku telah dibeli oleh seorang jutawan. Nama jutawan itu ialah Tuan Norman. Aku telah dibawa pulang ke rumah Tuan Norman di Melaka. Kini, aku menjadi pengawal keselamatan di rumah Tuan Norman. Aku menjaga rumah Tuan Norman supaya tidak dimasuki oleh pencuri. Aku akan terus berbakti kepada tuanku selagi ada hayatku.


Click to View FlipBook Version