The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR HAFIZA BINTI SHA'ARI KPM-Guru, 2024-03-24 19:52:44

MANUAL PENGURUSAN ASRAMA SMKKJ 2024

MANUAL PENGURUSAN ASRAMA SMKKJ 2024

2 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024


3 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 Falsafah PENDIDIKAN NEGARA “Pendidikan Di Malaysia Adalah Suatu Usaha Berterusan Ke Arah Lebih Memperkembangkan Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Melahirkan Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan. Usaha Ini Adalah Bertujuan Untuk Melahirkan Warganegara Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketrampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Keluarga, Masyarakat Dan Negara”


4 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 Piagam Pelanggan ASRAMA SMK KHIR JOHARI KAMI WARGA ASRAMA SMK KHIR JOHARI DENGAN PENUH ILTIZAM BERIKRAR MENDOKONG CITA-CITA MURNI UNTUK : 1. Melahirkan Murid-Murid Yang Berilmu Pengetahuan, Beriman Dan Bertaqwa, Berakhlak Mulia, Berbudi Bahasa Dan Bertanggungjawab. 2. Menanam Dan Menyuburkan Sikap Penyayang, Adil Dan Prihatin Sebagai Menghayati Falsafah Pendidikan Negara. 3. Memotivasikan Pelajar Supaya Menghayati Amalan Budaya Cemerlang Dalam Akademik Dan Bukan Akademik. 4. Melayan Dengan Cepat Dan Mesra Semua Pihak Yang Berurusan Dengan Sekolah. 5. Menyediakan Kemudahan Prasarana Dan Mengekalkan Suasana Persekitaran Supaya Sentiasa Ceria, Tenang Dan Selesa. 6. Sedia Menerima Pandangan, Cadangan Dan Teguran Membina Daripada Semua Pihak Demi Mempertingkatkan Prestasi Perkhidmatan Dan Kecemerlangan. 7. Mengutamakan Sikap Bermesyuarah Dalam Pelbagai Keadaan Demi Kepentingan Bersama.


5 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 CARTA ORGANISASI UNIT PENGURUSAN ASRAMA SMK KHIR JOHARI 2024/2025 MOHD ISA B ABU BAKAR PENGETUA CEMERLANG (PENGERUSI) ROSLAN B ABDUL HAMID PEN. KANAN HEM (NAIB PENGERUSI I) SYARIZA BT SALLEH PK PENTADBIRAN (NAIB PENGERUSI II) NOOR FAZLIYATUN AIDA BT AWANG ABU PK KOKURIKULUM (NAIB PENGERUSI III) AHMAD YAZI B SERAJ PK TINGKATAN ENAM (NAIB PENGERUSI IV) GURU KANAN MATAPELAJARAN ABDUL GHANI B HASSAN GKM KEMANUSIAAN JULIANA IZWANY BT JAMALUDIN GKM SAINS & MATEMATIK NOOR AIMAN BT TAJUDDIN GKM BAHASA MARZALINA BT AHMAD OMAR GKM TEKNIK & VOKASIONAL NOOR HAFIZA BINTI SHA’ARI SETIAUSAHA AHLI JAWATANKUASA PENGETUA CEMERLANG ZAINAL B MAT ISA WARDEN HAMZAN BIN CHIN KETUA WARDEN MOHAMAD AZROL B YUSOF PENYELIA ASRAMA MOHD SYAHIR B YUSOP WARDEN NORIZAN BT BAKAR WARDEN FILZAH BT OMAR WARDEN KHADARI B MAT ZAIN PENYELIA ASRAMA MOHAMAD EZAT B ROSLAN PEMBANTU OPERASI HANISAH BT CHE HALIM WARDEN WARDEN SOKONGAN PENGETUA CEMERLANG KETUA ASPURA & KETUA ASPURI KETUA EXCO PENGETUA CEMERLANG KAUNSELOR


6 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 Jawatankuasa Pengurusan ASRAMA SMK KHIR JOHARI Pengerusi : Encik Mohd Isa Bin Abu Bakar (Pengetua Cemerlang) Tim. Pengerusi : Puan Syariza Binti Salleh (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 : En Roslan Bin Abdul Hamid (PK Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 2 : Puan Noor Fazliyatun Aida Bt Awang Abu (PK Kokurikulum) Setiausaha :Puan Noor Hafiza binti Sha’ari Ahli Jawatankuasa : Encik Abdul Ghani Bin Hasan (GK Kemanusiaan) : Puan Juliana Izwany Binti Jamaludin (GK Sains Matematik) : Puan Pn Noor Aiman Bt. Tajuddin (GK Bahasa) : Puan Marzalina Binti Ahmad Omar (GK Teknik Vokasional) : Encik Hamzan Bin Chin (Ketua Warden) : Puan Norizan binti Bakar (Warden) : Puan Hanisah Binti Che Halim (Warden) : Puan Filzah Binti Omar (Warden) : Encik Mohd Zainal Bin Mat Isa (Warden) : Encik Mohd Syahir Bin Yusop (Warden) : Encik Zali bin Omar (Warden Sokongan) : Encik Wan Azwadi bin Wan Salim (Warden Sokongan) : Cik Auni Syazwani binti Abdul Rahman (Warden Sokongan) : Encik Khadari Bin Mat Zain (Penyelia Asrama) : Encik Mohamad Azrol Bin Yusof (Penyelia Asrama) : Encik Mohamad Ezat Bin Roslan (Pembantu Operasi)


7 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 Jawatankuasa Program Hafazan ASRAMA SMK KHIR JOHARI Pengerusi : Encik Mohd Isa Bin Abu Bakar (Pengetua Cemerlang) Tim. Pengerusi : Pn Syariza Binti Salleh (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 : En Roslan Bin Abdul Hamid (PK HEM) Naib Pengerusi 2 : En Hamzan Bin Chin (Ketua Warden) Setiausaha : En Abdul Ghani Bin Hassan (Warden Sokongan) Penyelaras : En Mohd Zainal Bin Mat Isa (Warden) Ahli Jawatankuasa : Puan Hanisah Binti Che Halim (Warden) : Puan Filzah Binti Omar (Warden) : Puan Noor Hafiza binti Sha’ari (Warden) : Encik Mohd Syahir Bin Yusop (Warden) : Encik Khadari Bin Mat Zain (Penyelia Asrama) : Encik Muhamad Azrol Bin Yusof (Penyelia Asrama) : Encik Muhamad Ezat Bin Roslan (Pembantu Operasi)


8 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 Jawatankuasa Program SISKA (Sistem Keluarga Asrama) ASRAMA SMK KHIR JOHARI Pengerusi : Encik Mohd Isa Bin Abu Bakar (Pengetua) Tim. Pengerusi : Pn Syariza Binti Salleh (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 : En Roslan Bin Abdul Hamid (PK HEM) Naib Pengerusi 2 : En Hamzan Bin Chin (Ketua Warden) Setiausaha : Puan Norizan Binti Bakar (Warden ) Penyelaras : En Mohd Zainal Bin Mat Isa (Warden) Ahli Jawatankuasa : Puan Hanisah Binti Che Halim (Warden) : Puan Filzah Binti Omar (Warden) : Encik Mohd Syahir Bin Yusop (Warden) : Puan Noor Hafiza binti Sha’ari (Warden) : Encik Khadari Bin Mat Zain (Penyelia Asrama) : Encik Muhamad Azrol Bin Yusof (Penyelia Asrama) : Encik Muhamad Ezat Bin Roslan (Pembantu Operasi)


9 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 Maklumat Lembaga Tadbir ASRAMA SMK KHIR JOHARI BIL NAMA JAWATAN NO. TEL 1 Encik Mohd Isa Bin Abu Bakar PENGETUA 019-4516106 2 En Roslan Bin Abdul Hamid PK. HEM 012-7659537 3 En Hamzan Bin Chin KETUA WARDEN 012-5247424 4 En Mohd Zainal Bin Mat Isa WARDEN 012-6788101 5 Encik Mohd Syahir Bin Yusop WARDEN 012-5724535 6 Puan Hanisah Binti Che Halim WARDEN 017-4085046 7 Puan Filzah Binti Omar WARDEN 017-4489943 8 Puan Norizan Binti Bakar WARDEN 011-64313885 9 Puan Noor Hafiza binti Sha’ari WARDEN 013-4808209 10 Encik Khadari Bin Mat Zain PENYELIA ASRAMA 013-4362274 11 Encik Muhamad Azrol Bin Yusof PENYELIA ASRAMA 019-4237745 12 Encik Muhamad Ezat Bin Roslan PEMBANTU OPERASI ASRAMA 011-61350852


10 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 Jadual Tugas Warden 2024/2025 ASRAMA SMK KHIR JOHARI HARI NAMA WARDEN BERTUGAS 6.00 PG – 6.00 PG (24 JAM) PEMANTAU AHAD MOHD SYAHIR BIN YUSOP PN HANISAH BT CHE HALIM / PN NOOR HAFIZA BINTI SHA’ARI PENGETUA ISNIN ZAINAL BIN MAT ISA UST. FILZAH BT OMAR PK PENTADBIRAN SELASA HAMZAN BIN CHIN NORIZAN BT BAKAR PK HEM RABU MOHD SYAHIR BIN YUSOP PN HANISAH BT CHE HALIM / PN NOOR HAFIZA BINTI SHA’ARI PK KOKURIKULUM KHAMIS ZAINAL BIN MAT ISA UST. FILZAH BT OMAR KETUA WARDEN JUMAAT HAMZAN BIN CHIN NORIZAN BT BAKAR PK HEM SABTU MOHD SYAHIR BIN YUSOP M1 PN NOOR HAFIZA BINTI SHA’ARI M1 ZAINAL BIN MAT ISA M2 UST. FILZAH BT OMAR M2 HAMZAN BIN CHIN M3 NORIZAN BT BAKAR M3 PENGETUA


11 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 Bidang Tugas Warden ASRAMA SMK KHIR JOHARI BIL. NAMA WARDEN BIDANG 1 EN HAMZAN BIN CHIN (KETUA) NO TEL : 012-5247424 AJK DISIPLIN DAN PERATURAN ASRAMA AJK PEMBANGUNAN SAHSIAH AJK KEBAJIKAN ASPURA 2 PN NORIZAN BT BAKAR NO TEL : 011-64313885 AJK PENGURUSAN FAIL DAN DOKUMENTASI AJK PEMBANGUNAN AKADEMIK ASRAMA AJK PROGRAM ASRAMA 3 EN MOHD ZAINAL BIN MAT ISA NO TEL : 012-6788101 AJK PENGINAPAN ASRAMA (ASPURA) AJK SUKAN , PERMAINAN ,REKREASI DAN LAWATAN 4 PN HANISAH BT CHE HALIM NO TEL : 017-4085046 PN NOOR HAFIZA BT SHA’ARI NO. TEL : 013-4808209 AJK KEBAJIKAN ASPURI AJK PENGINAPAN ASRAMA (ASPURI) AJK DEWAN MAKAN 5 USTAZAH FILZAH BT OMAR TO TEL : 017-4489943 AJK AGAMA DAN KEROHANIAN AJK KELAS AL QURAN AJK PRASARANA ASRAMA 6 EN SYAHIR BIN MOHD YUSOP NO TEL : 012-5724535 AJK KECERIAAN DAN KEBERSIHAN ASRAMA AJK GOTONG ROYONG /WAKTU SENGGANG


12 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 Tugas-Tugas Pengurusan ASRAMA SMK KHIR JOHARI 1. TANGGUNGJAWAB PENGETUA/GURU BESAR Selaku pentadbir sekolah, beliau perlu melaksanakan/menyediakan perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran asrama iaitu : I. DASAR • Visi dan Misi • Falsafah dan Matlamat • Peraturan Asrama • Pengambilan dan Pemilihan Penghuni Asrama II. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ASRAMA • Penasihat semua jawatankuasa di asrama. • Menyediakan struktur organisasi pengurusan asrama. • Mengagihkan tugas kakitangan asrama. • Mengurus pelantikan warden. • Menyediakan, mengawalselia pejabat pentadbiran asrama dan rumah warden. • Mengurus, memantau dan menguatkuasa Kontrak Bekalan Makanan Bermasak/ Mentah, Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Perkhidmatan Pembersihan Kawasan. • Mengurus pembangunan dan penyelenggaraan fizikal bangunan, peralatan dan kemudahan asrama. • Memaklumkan dan menghantar semua laporan yang berkaitan dengan kes-kes keracunan makanan, dendaan dan kes-kes yang melanggar perjanjian kontrak penswastaan kepada Jabatan Pelajaran Negeri. III. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KEWANGAN • Menentukan keperluan peruntukan asrama dan Anggaran Belanja Mengurus mencukupi. • Memastikan buku tunai asrama diurus mengikut kehendak Pekeliling Kewangan. • Menentukan Wang Bantuan Makanan, Wang Lebihan Makanan, LPBT, yuran asrama • Mengawalselia semua pungutan yuran di asrama. • Mengurus pembayaran tuntutan bekalan makanan bermasak/mentah kepada pembekal setiap dua minggu sekali. • Memastikan semua jenis pembayaran dijelaskan oleh kontraktor atau pihak lain (seperti pihak yang menyewa bangunan asrama) kepada asrama supaya tidak berlaku Akaun Belum Terima (ABT).


13 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 • Memastikan pihak kontraktor telah menjelaskan semua tanggungan yang berkaitan dengan asrama seperti bil air, bil elektrik, kerosakan peralatan, dan premis sebaik sahaja kontrak tamat. IV. PENGURUSAN PENGHUNI ASRAMA AKADEMIK • Mempastikan jadual penghuni asrama dirancang dan disediakan secara sistematik. • Mempastikan jadual 'prep' dipatuhi sepanjang masa. • Melantik warden yang bertanggungjawab menyelia perjalanan jadual 'prep' setiap hari. • Menyediakan tempat 'prep' yang selesa. • Merancang dan melaksanakan kelas tambahan. • Menyediakan perpustakaan, buku rujukan, komputer serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi. • Merangka, merancang, melaksana, memantau dan menilai program peningkatan dan kecemerlangan akademik menerusi perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang. V. Disiplin • Mempastikan peraturan asrama dipatuhi oleh penghuni dan waris serta dikuatkuasakan pelaksanaannya. • Menyediakan sistem pemantauan disiplin yang sesuai dan mampu menangani permasalahan penghuni asrama. VI. Kokurikulum dan Sukan • Mempastikan semua penghuni asrama mengambil bahagian di dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan di asrama. • Menyediakan jurulatih dan pembimbing. • Mengadakan pertandingan antara dorm atau asrama. • Mengadakan lawatan sambil belajar/integrasi/program pertukaran pelajar. • Mempastikan penghuni asrama menyertai pertandingan-pertandingan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi luar. • Mengadakan kursus-kursus motivasi, kepimpinan dan ketahanan diri. • Mengadakan kelas Fardhu Ain. • Mengadakan sesi kaunseling. • Menganjurkan majlis-majlis sempena hari kebesaran Islam. • Mengadakan program penghayatan sempena hari kemerdekaan/kebesaran negara. VII. Kebajikan • Mempastikan kebajikan penghuni asrama dititikberatkan seperti penyediaan tempat tinggal yang kondusif. • Mempastikan penghuni asrama yang sakit diberikan rawatan yang sewajarnya. • Mempastikan tempat tinggal warden dalam keadaan yang selamat dan baik.


14 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 • Mewujudkan Tabung Kebajikan Penghuni Asrama (mesti mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri). • Menubuhkan Majlis Perwakilan Ibu bapa yang terdiri daripada ibu bapa/waris penghuni. • Memahami dan melaksanakan surat pekeliling dan arahan berkaitan dengan asrama. VIII. TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN PENTADBIRAN • Melaksanakan program peningkatan akademik penghuni asrama • Kewangan asrama Tanggungjawab IX. TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM • Mempastikan semua penghuni asrama mengambil bahagian di dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan di asrama. • Menyediakan kemudahan, tempat dan peralatan yang mencukupi. • Menyediakan jurulatih dan pembimbing. • Mempastikan penghuni asrama menyertai pertandingan-pertandingan anjuran Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi luar. X. TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID • Selaku pentadbir sekolah, beliau perlu melaksanakan dan menyediakan perkaraperkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan asrama iaitu : • Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama. • Membantu dalam pelantikan warden asrama. • Melaksanakan program bagi Peningkatan Prestasi Akademik Penghuni Asrama. • Membantu dan memantau kewangan asrama. Menyelaraskan semua pungutan wang seperti pungutan yuran asrama, Buku Tunai, Buku Resit dan Buku Stok. • Membantu mengurus kakitangan asrama. • Mempastikan pengurusan kesihatan penghuni asrama dijaga. • Mempastikan penyeliaan makanan dipantau mengikut jadual/menu yang ditetapkan. • Mempastikan premis asrama dijaga dengan bersih dan selamat. • Membantu dalam pengurusan sebut harga/tender makanan asrama sekolah. • Mempastikan kemudahan rekreasi mencukupi di samping menggalakkan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum. • Menjadi Pengerusi Lembaga Pengawas Asrama. • Penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum. • Menyelia supaya penggunaan air dan elektrik tidak berlaku pembaziran. • Menyelaraskan penyediaan Laporan Harian Asrama dan Laporan Bulanan Asrama. • Melaporkan segera sebarang kes kecemasan yang berlaku di asrama kepada Guru Besar. • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar.


15 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 XI. TUGAS-TUGAS KETUA WARDEN • Mewakili Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seperti yang diarahkan. • Menentukan dasar-dasar asrama yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama dilaksanakan sepenuhnya. • Menyelia dan menyelaras tugas-tugas warden. • Memeriksa Buku Laporan Harian Warden dan melaporkannya kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. • Mengadakan mesyuarat dengan warden-warden asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali dan merekodkan mesyuarat tersebut untuk dikemukakan kepada Pengetua/Guru Besar. • Bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin, kaunseling dan program pembangunan insan di asrama. I. Mempastikan warden menjalankan tanggungjawabnya. II. Membantu menguruskan kemasukan penghuni baru seperti penyediaan borang/dokumen, taklimat kemasukan dan orientasi penghuni baru dan sebagainya. III. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbir. 3. TUGAS-TUGAS WARDEN I. Menguatkuasakan/mempastikan peraturan asrama dipatuhi dan mengambil tindakan atas hal-hal berkaitan disiplin berdasarkan prosedur yang ditetapkan. II. Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan susulan di atas laporan harian pengawas dan Ketua Dormitori. III. Menyediakan laporan harian untuk tindakan Pengetua/Penolong Kanan HEM. IV. Menyelia/memantau aktiviti-aktiviti harian dan berkala; contohnya : • Kelas persediaan • Waktu Solat • Waktu makan • Kelas Fardu Ain/Kelas Agama • Aktiviti gotong-royong • Pertandingan antara dormitory • Pertandingan Makan Beradab • Aktiviti Sukan dan Kokurikulum XII. Memantau Pengawas bertugas menjalankan "roll-call". XIII. Mengadakan pemeriksaan dan "roll-call" mengejut. XIV. Menguruskan kebenaran keluar / masuk penghuni asrama. XV. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Lembaga Pengawas Asrama dan Ketua-Ketua Dormitori. XVI. Mengadakan pemeriksaan dan membuat laporan harian dormitori, bilik-bilik khas, tandas, bilik air, persekitaran serta dewan makan.


16 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 XVII. Mengurus murid sakit dan urusan yang berkaitan dengannya. XVIII. Memantau dan memeriksa laporan prestasi akademik serta mengambil tindakan susulan yang sesuai. XIX. Membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama : • Minit Mesyuarat terdahulu. • Laporan bulanan asrama. • Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikut. XX. Mesyuarat/Perjumpaan Warden dengan Lembaga Pengawas Asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali. XXI. Membantu mengurus kemasukan penghuni asrama. • Penyediaan borang/dokumen. • Taklimat kemasukan. • Orientasi penghuni baru. XXII. Menyediakan Takwim serta Jadual Harian Asrama. XXIII. Menyediakan Anggaran Belanjawan Aktiviti Tahunan Asrama. XXIV. Mengumpul data/maklumat penghuni untuk :- • Menganalisa prestasi akademik/peperiksaan. • Menghantar Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan Pelajaran Negeri. XXV. Menganjurkan aktiviti/kursus/seminar/bengkel. XXVI. Mengadakan perjumpaan dengan waris. XXVII.Mengadakan Latjhan Kecemasan. XXVIII. Memantau peralatan, kemudahan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan. XXIX. Menyelia dan memantau kebajikan penghuni berkaitan :- • Makanan • Keselesaan di asrama • Kesihatan • Keselamatan • Biasiswa XXX. Membantu Penyelia Asrama dalam pungutan yuran-yuran asrama, perkhidmatan pembersihan, keselamatan dan penguatkuasaan kontrak bekalan makanan asrama semasa ketiadaan Penyelia Asrama. XXXI. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan Penolong Kanan HEM. IX. Membantu menguatkuasakan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan tender bekalan makanan asrama. X. Kawalan Keselamatan • Mempastikan pengawal keselamatan menjalankan tugas seperti dalam perjanjian kontrak. • Menghantar laporan bulanan kepada pihak pengurusan sekolah.


17 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 XV. Pembersihan Kawasan • Mempastikan kerja-kerja pembersihan kawasan dijalankan seperti di dalam perjanjian kontrak. • Menghantar laporan bulanan kepada pihak yang bertanggungjawab. XVI. Kebajikan • Pengurusan bilik-bilik sakit. • Pengurusan ubat-ubatan, rawatan segera bagi sakit-sakit biasa. • Memberi bantuan pertolongan cemas kepada penghuni asrama.


18 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 Peraturan-Peraturan ASRAMA SMK KHIR JOHARI PERATURAN ASRAMA I. Penghuni asrama mestilah mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan oleh pihak asrama/ sekolah. II. Penghuni asrama tidak dibenarkan berada di asrama atau balik ke asrama semasa waktu persekolahan sedang berlangsung kecuali setelah mendapat kebenaran Pengetua/Penolong Kanan/Warden. Mereka yang mendapat kebenaran khas ini hendaklah kemudiannya melaporkan kepada guru bertugas mingguan dan guru kelas. III. Tindakan keras akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang ponteng sekolah atau kelas. JADUAL WAKTU HARIAN ASRAMA HARI PERSEKOLAHAN BIASA (AHAD-KHAMIS) PAGI 05.00 - 06.30 Bersihkan diri,solat Subuh berjemaah berpakaian sekolah dan mengemas kamar ( Solat Subuh : jam 6.00 pagi setiap hari). 06.30 – 06.45 Sarapan pagi 06.45 – 07.15 Roll Call,Pemeriksaan kamar oleh pengawas dan warden bertugas 07.15 – 02.45 Proses pembelajaran PETANG 02.45 – 03.30 Makan tengahari, solat Zohor berjemaah 03.30 – 05.00 Kelas Persediaan Petang Kelas Tahfiz Kelas Tambahan KKQ 05.00 – 05.30 Solat Asar berjemaah dan minum petang 05.30 – 06.15 Riadah 06.15 – 07.00 Kemas diri, makan malam MALAM 07.00 – 08.45 Ke Surau Asrama Kelas Bimbingan /Hafazan Al-Quran Solat Maghrib & Isya’ Bacaan Surah Yasin (Khamis) 08.45 -10.45 Kelas Persediaan malam 10.45 – 11.15 Minum Malam 11.15 Bacaan Al-Mulk 12.00 Tutup Lampu


19 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 HARI JUMAAT PAGI 05.30 - 07.00 Bersihkan diri dan solat Subuh berjemaah 07.15 – 08.00 SMKKJ cergas / Jogging 08.00 – 08.15 Sarapan 08.45 – 11.00 Gotong-royong 11.00 – 12.00 Siap diri PETANG 12.00 – 12.30 Makan Tengahari 12.30 – 02.30 Ke masjid solat jumaat / solat zohor bagi aspuri 02.30 – 05.00 Aktiviti bebas 05.00 – 05.30 Solat Asar berjemaah dan minum petang 05.30 – 06.15 Riadah 06.15 – 07.00 Kemas diri, makan malam MALAM 07.00 – 08.45 Ke Surau Bacaan Al-Quran Zikir Solat Maghrib & Isya’ Bacaan Yassin Solat Hajat 08.45 -10.45 Menonton Televisyen 10.45 – 11.15 Minum Malam 11.30 Bacaan Al-Mulk Peringatan : A : Kelas persediaan pada hari Jumaat dan Sabtu petang tiada. B : Bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan masa ulangkaji, hanya dibenarkan di bilik PREP masing-masing. bacaan/belajar sahaja.


20 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 12.00 Tutup Lampu HARI SABTU PAGI 05.30 - 06.30 Bersihkan diri dan solat Subuh berjemaah 06.30 – 07.00 Sarapan pagi dan mengemas kamar 07.00 – 07.30 Pemeriksaan kamar oleh pengawas dan warden bertugas 07.30 – 08.00 Roll Call pagi / bacaan Al-Matthurat 08.00 – 12.00 Outing Aspuri ( Bersama Waris ) PETANG 12.00 – 02.00 Makan tengahari, solat Zohor berjemaah 02.00 – 06.00 Outing Aspura ( Bersama Waris ) 05.00 – 05.30 Solat Asar berjemaah dan minum petang 05.30 – 06.00 Riadah / Lawatan waris 06.00 – 07.00 Kemas diri, makan malam MALAM 07.00 – 08.45 Ke Surau Bacaan Al-Quran Solat Maghrib & Isya’ 08.45 -10.45 Kelas Persediaan malam 10.45 – 11.15 Minum Malam 11.30 Bacaan Al-Mulk 12.00 Tutup Lampu 2. AKHLAK DAN DISIPLIN I. Penghuni asrama mestilah sentiasa berkelakuan baik di dalam atau di luar asrama. II. Penghuni asrama adalah dilarang keras dari melakukan perkara-perkara berikut :- a. Mencuri, bergaduh, bertumbuk dan menipu.Memiliki, menyimpan, menjual dan menipu benda-benda larangan. b. Memiliki, menyimpan, menjual dan menggunakan dadah serta menghidu gam. c. Berjudi dan memiliki, menyimpan, menjual minuman keras. d. Mengugut, memeras ugut penghuni asrama serta pelajar-pelajar lain.


21 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 e. Memiliki, menyimpan, menjual, membawa dan melihat buku, gambar, video serta filem lucah. f. Degil, ingkar dengan perintah warden,penyelia, guru dan pengawas. III. Penghuni Islam diwajibkan menunaikan solat fardhu secara berjemaah dan solat Jumaat. IV. Penghuni Islam diwajibkan menunaikan solat fardhu secara berjemaah dan solat Jumaat. V. Ragging/buli atau pelakuan lain yang seumpamanya adalah diharamkan. VI. Pelajar-pelajar dilarang sama sekali menceroboh zon/blok pelajar berlainan jantina. VII. Semua penghuni dimestikan berada di katil masing-masing selepas lampu dipadamkan pada waktu malam iaitu pada jam 11.30 malam. VIII. Sentiasa mematuhi jadual harian asrama dan berada di tempat yang sepatutnya sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam jadual tersebut. IX. Sentiasa menghormati dan patuh kepada sebarang arahan semua pekerja, guru-guru, guru bertugas asrama dan sekolah. X. Surat amaran disiplin akan dihantar kepada penjaga sekiranya terdapat pelanggaran disiplin oleh penghuni asrama. XI. Segala kesalahan yang dilakukan oleh penghuni asrama akan dicatatkan ke dalam Buku Rekod Disiplin Asrama dan Sistem Maklumat Asrama. 3. PERATURAN PAKAIAN PELAJAR (LELAKI) I. Baju Kemeja / Baju T-Shirt a. Baju kemeja berkolar potongan biasa sama ada berlengan panjang atau pendek dibenarkan. Lain-lain jenis baju seperti baju T sukan atau seumpamanya dibenarkan untuk aktiviti riadah sahaja. b. Baju kemeja hendaklah disisipkan ke dalam seluar. c. Jika memakai baju lengan panjang pelajar mesti mengenakan butang atau jika ingin menggulungnya, ia mestilah melepasi paras siku. d. Baju lengan pendek hendaklah tidak melebihi paras siku. e. Pemakaian semua jenis jaket tidak dibenarkan. Baju panas (sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu sahaja. f. Kemeja Hawaii dan kemeja/baju T tanpa lengan dan/atau tidak berkolar tidak dibenarkan. g. Baju atau pakaian yang bertulis atau mengandungi gambar orang seperti penyanyi, penghibur, ahli sukan atau gambar yang tidak senonoh adalah dilarang sama sekali. II. Seluar a. Kain seluar 'slack' yang dibenarkan ialah dari jenis yang sesuai. Kain jenis denim, PVC, 'Corduroy' atau kulit tidak dibenarkan. b. Pemakaian semua jenis 'jeans' dan 'cotton slack' tidak dibenarkan bukan sahaja di waktu kelas akademik tetapi juga lain-lain waktu persekolahan sama ada di dalam mahupun di luar kampus. c. Seluar hendaklah berfesyen sederhana. Fesyen seluar terlalu longgar (baggy), terlalu ketat, berkaki singkat, terlalu kecil kakinya atau jenis 'bellbottom' tidak dibenarkan.


22 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 Paras kaki seluar hendaklah melepasi bawah buku lali dan ukurlilit kaki seluar di antara 35cm - 45cm. d. Butang seluar adalah jenis biasa, bukannya jenis besi. III. Tali Pinggang a. Bagi para pelajar yang memakai tali pinggang, lebarnya hendaklah di antara 2-3cm. b. Tali pinggang yang dipakai mesti berwarna gelap (hitam/coklat tua). Tali pinggang yang berwarna-warni dan berbelang tidak dibenarkan. c. Kepala tali pinggang hendaklah tidak terlalu besar dan tidak mempunyai lambanglambang yang tidak sesuai seperti lambang binatang atau tulisan perkataan yang tidak sesuai dan tidak bermoral. IV. Barang Kemas a. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai sebarang barang kemas. IIV. Kasut dan Sarung Kaki b. Hanya kasut kulit/PVC tertutup yang keseluruhannya berwarna hitam dibenarkan. c. Pemakaian sarung kaki diwajibkan. Panjang sarung kaki hendaklah menutupi buku lali. d. Sarung kaki yang dipakai mesti berwarna hitam. e. Sebarang jenis selipar (selain daripada sandal) adalah untuk kegunaan dalam asrama sahaja. f. Sandal boleh dipakai untuk kegunaan luar daripada kelas persediaan petang dan luar waktu akademik di dalam kawasan sekolah (selain daripada asrama). IIIV. Tali Leher g. Tali leher yang dipakai mestilah tali leher rasmi sekolah. h. Tali leher dipakai di kelas dan upacara rasmi sekolah seperti perhimpunan, jumpa guru, berada di blok pentadbiran pada waktu persekolahan, majlis makan rasmi dan lain-lain aktiviti rasmi. IX. Tanda Nama (Name Tag) i. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa kelas akademik dan upacara rasmi . j. Tanda nama tidak boleh ditukar ganti dengan kawan. k. Tanda nama tidak boleh diubahsuai atau diconteng. l. Tanda nama tidak boleh mempunyai nama dalam bentuk samaran. XI. Songkok a. Hanya songkok warna hitam dibenarkan. (Untuk kegunaan majlis rasmi dan menunaikan solat Jumaat) b. Kopiah dan serban tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan menunaikan solat.


23 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 4. PERATURAN PAKAIAN PELAJAR (PEREMPUAN) I. Baju, Kain dan Seluar a. Pelajar hanya dibenarkan memakai baju kurung untuk ke kawasan akademik dan pentadbiran. Semasa hari persekolahan, pelajar diwajibkan memakai pakaian sekolah atau persatuan / kelab (pada hari tertentu). b. Pelajar BUKAN Islam digalakkan memakai baju kurung dan dibenarkan memakai blaus berlengan serta skirt labuh melebihi paras lutut. c. Jenis pakaian yang dibenarkan ialah baju kurung yang bergaya sederhana/blouse lengan panjang beserta kain menutup buku lali. d. Baju dan kain hendaklah tidak jarang, tidak ketat dan tidak mencolok mata. Pelajar diwajibkan untuk memakai kain dalam. e. Baju T dan sebarang jenis baju tanpa lengan tidak dibenarkan. f. Pemakaian semua jenis seluar dan baju 'jeans' dan 'cotton slack' tidak dibenarkan bukan sahaja di waktu kelas akademik tetapi juga lain-lain waktu persekolahan sama ada di dalam mahupun di luar kampus. g. Pemakaian semua jenis jaket tidak dibenarkan. Baju panas (sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu sahaja contohnya keadaan terlampau sejuk. Baju panas tidak boleh digunakan untuk menutup sebarang jenis pakaian yang tidak dibenarkan. II. Tudung Kepala a. Tudung kepala yang tidak bersulam diwajibkan bagi kesemua pelajar perempuan muslim. b. Pelajar muslim diwajibkan untuk memakai anak tudung dan ia mesti berwarna putih. c. Tudung mestilah berwarna putih (selain dari waktu akademik) dan hitam sahaja. Tudung warna lain tidak dibenarkan. d. Tudung hendaklah tidak jarang dan tidak bercorak serta menutup bahagian dada. e. Bahagian hadapan tudung mestilah berjahit. III. Kasut dan Sarung Kaki a. Kasut kulit/PVC tertutup berwarna hitam sahaja dibenarkan. b. Sarung kaki wajib dipakai kecuali semasa berada di asrama puteri. Sarung kaki perlu berwarna hitam. c. Kasut hendaklah jenis yang disarung dan bukan jenis selipar atau sandal. d. Ketinggian tumit tidak melebihi 1 inci. e. Kasut yang bergaya dan berwarna warni tidak dibenarkan. IV. Barang Kemas f. Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai sebarang bentuk perhiasan diri. g. Alat Kosmetik / Solek tidak dibenarkan.


24 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 5. PERATURAN KELAS PERSEDIAAN BELAJAR I. Semua Penghuni Asrama diwajibkan berada di dalam kelas persediaan belajar pada sepanjang masa yang telah ditetapkan (Jadual Waktu Harian Asrama). II. Pelajar-pelajar mestilah berpakaian kemas dan sesuai semasa berada di dalam kelas persediaan. III. Pelajar-pelajar mestilah berada dan belajar di dalam kelas yang ditetapkan serta tidak dibenarkan bertukar kelas. Bagi tujuan ini satu senarai nama pelajar-pelajar dalam satu bilik dan juga kedatangan disediakan Kehadiran pelajar akan dicatat oleh ketua bilik pada setiap kali menghadiri kelas persediaan. IV. Pelajar-pelajar adalah dilarang sama sekali membawa radio atau apa-apa alat yang seumpamanya selain daripada peralatan ke kelas persediaan. V. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat bising atau mengganggu pelajar lain atau merayau-rayau ke kelas lain pada sepanjang masa belajar. VI. Kelas persediaan adalah kelas untuk pelajar-pelajar belajar secara bersendirian, perbincangan di sebelah petang dalam keadaan yang tidak mengganggu pelajar lain. 6. PERATURAN KELUAR ASRAMA MINGGUAN/BULANAN (BALIK KAMPUNG/ BERMALAM) I. Penghuni asrama hanya dibenarkan balik kampung/ bermalam selang 2 minggu sekali, kecuali pada masa-masa kecemasan dan setelah dan setelah mendapat kebenaran khas dari warden. II. Sebelum balik pelajar dikehendaki menuliskan butiran yang diperlukan di dalam Buku Rekod Balik Kampung/Bermalam. III. Pelajar dimestikan berpakaian sebagaimana peraturan yang telah ditetapkan. IV. Pelajar diwajibkan balik ke asrama dari jam 3.00 ptg dan selewat-lewatnya jam 6.00 ptg serta menandatangani Buku Rekod Balik Kampung/Bermalam. V. Pelajar yang pulang bermalam (balik kampung) dikehendaki mendapatkan tandatangan ibubapa/penjaga pada Buku Rekod Penghuni Asrama setiap kali pulang dan meninggalkan kad tersebut di Pos Pengawal Keselamatan. 7. PERATURAN MELAWAT I. Pelawat/Ibubapa/Penjaga dibenarkan melawat asrama pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan pada hari-hari kelepasan am sahaja dari jam 2.00 ptg - 6.00 ptg. II. Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak, ibubapa/penjaga boleh melawat dengan kebenaran pengetua/PK HEM/Warden/Penyelia Asrama. III. Setiap kehadiran pelawat tidak dibenarkan membawa pelawat ibubapa/penjaga/kawan ke bilik/dorm asrama. IV. Pelawat-pelawat hanya dibenarkan bertemu dengan penghuni asrama di bilik rehat/tempat-tempat yang disediakan sahaja dan hubungan dengan penghuni asrama sepanjang masa perjumpaan dalam keadaan yang tidak mencurigakan. V. Mereka yang tidak berkenaan tidak dibenarkan tinggal/tidur di asrama tanpa kebenaran Pengetua/PK HEM/Warden/Penyelia Asrama. VI. Penghuni-penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama sekolah bersama-sama dengan pelawat kecuali dengan kebenaran warden yang bertugas.


25 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 VII. Pelawat-pelawat sama sekali tidak dibenarkan merokok dan lain-lain perbuatan yang melanggar tatasusila sepanjang lawatan. VIII. Pelawat hendaklah sentiasa mematuhi peraturan asrama dan sekolah sepanjang masa lawatan. IX. Pakaian pelawat hendaklah sentiasan sopan dan beradap. 8. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI I. Kebersihan dan kesihatan diri hendaklah dijaga. II. Warden akan menjalankan pemeriksaan kebersihan diri di asrama (1) atau dua (2) minggu sekali. III. Sebarang penyakit dan kemalangan hendaklah dilaporkan kepada warden dengan kadar segera. IV. Penghuni yang sakit mestilah pergi ke klinik dan dibenarkan berehat di bilik sakit atau balik ke rumah. V. Rambut mestilah sentiasa pendek, kemas, bersih dan tidak berfesyen. 9. KEBERSIHAN BILIK ASRAMA I. Bilik asrama mestilah sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. II. Pemeriksaan umum akan diadakan seminggu sekali. Pemeriksaan mengejut akan juga diadakan oleh Penyelia/Warden/PK/Pengetua dari semasa ke semasa. III. Makanan dan minuman tidak dibenarkan sama sekali di bilik tidur dan bilik bacaan asrama. IV. Katil hendaklah sentiasa bersih, kemas serta lengkap. V. Pakaian, barang basah dan kotor tidak boleh disimpan di dalam bilik tidur asrama dan hendaklah disidai di ampaian yang disediakan. Pakaian di ampaian hendaklah diangkat sebelum jam 7.00 ptg. VI. Ampaian di luar asrama hendaklah digunakan untuk menjemur tuala sahaja. VII. Alatan di dalam bilik asrama hendaklah dijaga dengan baik, sebarang kerosakan akan dipertanggungjawabkan ke atas penghuni berkenaan dan hendaklah dilaporkan. VIII. Tilam dan bantal mestilah dijemur di panas matahari seminggu sekali. IX. Kasut mestilah sentiasa bersih dan diatur di rak yang disediakan. X. Blok asrama adalah kawasan larangan berkasut/berselipar. XI. Kamar akan dikunci jika didapati tidak kemas. 10. KEBERSIHAN BILIK/KELAS PERSEDIAAN I. Kelas persediaan hendaklah sentiasa bersih, kemas dan teratur. II. Dilarang mengusik, mengganggu barang-barang yang berada di dalam kelas tersebut. III. Para pelajar dilarang membuat bising dan mestilah berada di dalam kelas persediaan berkenaan. 11. KEBERSIHAN DAN PERATURAN DI DEWAN MAKAN I. Penghuni hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Dewan Makan. II. Peralatan dan barangan di dalam Dewan Makan tidak dibenaran dibawa keluar.


26 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 III. Penghuni hanya dibenarkan masuk ke Dewan Makan mengikut jaduak yang telah ditetapkan dan tidak dibenarkan berada di dikawasan Dewan Makan selepas jam 11.00 mlm. IV. Penghuni tidak dibenarkan masuk ke bahagian dapur Dewan Makan.Penghuni hendaklah sentiasa berpakaian kemas semasa mengambil hidangan/sajian. V. Doa hendaklah dibaca setiap kali sebelum makan. 12. KEBERSIHAN BILIK AIR, TANDAS DAN BILIK BASUH I. Kebersihan tandas dan bilik air adalah tanggungjawab semua penghuni asrama. II. Semua aktiviti membasuh mestilah dilakukan di bilik basuhan. III. Baldi hendaklah disusun kemas di dalam bilik air. IV. Paip air yang digunakan hendaklah ditutup rapat selepas digunakan walaupun ketika tiada bekalan air. V. Pelajar hendaklah membuat pembalut sabun, kotak ubat gigi dan seumpamanya di dalam tong sampah yang telah disediakan. VI. Tuala wanita yang telah digunakan hendaklah dibungkus dengan plastik terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam tong sampah. VII. Selepas digunakan, tandas hendaklah dibersihkan dengan menggunakan berus tandas yang disediakan. Jika tiada bekalan air, pelajar hendaklah menggunakan baldi untuk mendapatkan air di tempat lain. VIII. Semua pelajar diwajibkan menggunakan kain/seluar basahan semasa mandi. IX. Semua pelajar tidak dibenarkan meninggalkan peralatan mandi (sabun, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya) di dalam bilik air. X. Pelajar adalah dilarang menggunakan air dengan membazir. XI. Penghuni tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam sink. XII. Pakaian basuhan hendaklah dijemur di ampaian yang disediakan, bukannya di dalam bilik air. 13. KEBERSIHAN KAWASAN ASRAMA I. Kebersihan kawasan asrama adalah tanggungjawab semua penghuni dan mestilah dijaga kebersihannya. II. Jangan sepahkan sampah sarap dalam kawasan asrama. III. Semua sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan di setiap kamar/dorm/bilik. 14. SURAU I. Semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan surau dan kawasan persekitarannya. II. Pelajar dilarang makan, minum di dalam surau. Segala sampah hendaklah dibuang di dalam tong sampah yang disediakan. III. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising semasa berada di dalam surau. IV. Semua penghuni asrama diwajibkan solat secara berjemaah.


27 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 V. Tatatertib di dalam surau hendaklah sentiasa dipatuhi dengan penuh kesedaran, contohnya, tidak mengganggu orang lain yang sedang beribadat, membaca Al-Quran dan sebagainya. VI. Semua sejadah, Al-Quran, kitab-kitab dan peralatan yang telah selesai digunakan hendaklah disusun dan disimpan dengan sempurna di tempat yang dikhaskan. VII. Pelajar dilarang berada di kawasan asrama dan menggunakan tandas asrama semasa waktu solat Maghrib dan Isya’. 15. PERATURAN KESELAMATAN I. Penghuni asrama bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang mereka sendiri dan peralatan/kelengkapan asrama. II. Barang kemas atau barang-barang berharga tidak dibenarkan dibawa ke asrama. III. Senjata tajam atau seumpamanya tidak dibenarkan dibawa ke asrama. IV. Penghuni mestilah mengetahui dan mematuhi peraturan kebakaran dan keselamatan jalanraya. V. Penghuni adalah dilarang menggunakan lilin, lampu/pelita minyak tanah, ubat nyamuk dan membuat sambungan elektrik untuk radio, lampu, pemanas air dan sebagainya. VI. Penghuni adalah dilarang sama sekali membakar sampah dan sebagainya di dalam bangunan asrama. VII. Penghuni tidak dibenarkan berada jauh dari kawasan asrama dam kawasan larangan yang telah ditetapkan oleh pihak asrama dan sekolah pada masa-masa tertentu. VIII. Almari/loker hendaklah sentiasa dikunci pada setiap masa dan 2 salinan kunci hendaklah diberi untuk simpanan pihak pengurusan asrama. 16. PENGGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK/ALAT-ALAT MEWAH I. Setiap penghuni hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan air dan eletrik. II. Lampu dan kipas hendaklah dioffkan (dipadamkan) apabila tidak diperlukan atau pada masa-masa tertentu dan sebelum meninggalkan bilik berkenaan. III. Penggunaan alat-alat elektrik seperti radio, walkman/alat-alat muzik adalah tidak dibenarkan sama sekali. IV. Penggunaan handphone adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali mendapat kebenaran khas dari PK Hem dan Ketua Warden. Handphone yang dirampas tidak akan dikembalikan semula. 17. YURAN ASRAMA I. Yuran asrama hendaklah dijelaskan sebelum 10 haribulan pada tiap-tiap awal bulan kepada Peyelia Asrama. II. Surat peringat/amaran akan dihantar kepada ibubapa/penjaga jika yuran tidak dijelaskan selama dua (2) bulan berturut-turut. III. Pelajar-pelajar yang gagal menjelaskan yuran asrama akan disingkirkan dari asrama pada tahun tersebut dan tidak akan diterima kemasukkan bagi tahun berikutnya.


28 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 18. KEGIATAN DAN AKTIVITI I. Semua penghuni asrama adalah diwajibkan mengambil bahagian dalam aktiviti/kegiatan yang dianjurkan di asrama/sekolah kecuali ada keuzuran. 19. MAKANAN DAN MINUMAN I. Makanan/minuman yang mengandungi barangan haram/tidak halal adalah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan asrama. II. Makanan yang disajikan di Dewan Makan Asrama hendaklah dihabiskan dan tidak dibenarkan dibawa masuk keluar dari Dewan Makan Asrama. III. Makanan yang dibawa masuk dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan Makan untuk dimakan bersama dengan makanan yang disajikan oleh pihak kantin asrama. IV. Pelajar dikehendaki beratur ketika mengambil makanan dan tidak dibenarkan masuk ke dalam ruangan Dapur Asrama. V. Para pelajar tidak dibenarkan bearda di sekitar Dewan Makan Asrama selepas kam 10.30 mlm. VI. Pelajar diwajibkan membaca doa makan setiap kali sajian/hidangan. VII. Sebarang bentuk makanan basah tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk dan disimpan di dalam bilik asrama/dorm. VIII. Selepas makan, semua bekas/tray hendaklah dihantar dan disusun di tempat yang telah dikhaskan dengan teratur. 20. PELAJAR SAKIT DAN RAWATAN I. Ketua Bilik/Ketua Asrama/Biro Kebajikan hendaklah melaporkan pelajar-pelajar yang sakit kepada Warden/Penyelia Asrama untuk diambil tindakan selanjutnya. II. Pelajar-pelajar yang hendak ke hospital hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran warden atau guru yang bertanggungjawab. III. Keratan pengesahan mendapatkan rawatan hendaklah dihantar kepada warden bertugas sebaik sahaja balik dari mendapatkan rawatan. IV. Cuti sakit yang diberikan oleh pihak hospital hendaklah dilaporkan kepada warden terlebih dahulu sebelum dibenarkan balik ke rumah/kampung. V. Pelajar-pelajar yang menghidapi penyakit berjangkit akan dibenarkan balik ke rumah/kampung untuk mendapatkan rawatan. VI. Ibubapa/penjaga akan dimaklumkan sekiranya pelajar dimasukkan ke hospital. 21. PERATURAN-PERATURAN KHAS I. Pelajar-pelajar lelaki dan perempuan wajib tinggal di blok masing-masing. Lawatan antara pelajar TIDAK DIBENARKAN LANGSUNG pada setiap masa JIKA TIDAK BERSAMA WARDEN/PENYELIA. Pelajar yang melanggar peraturan akan dibuang asrama serta merta. II. Pergaulan/pertemuan sulit antara pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan dan tindakan keluar asrama akan dilakukan kepada mereka.


29 MANUAL PENGURUSAN ASRAMA 2024 III. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan balik ke kampung/keluar kawasan sekolah pada masa tidak rasmi tanpa kebenaran khusus kecuali dengan permintaan ibubapa/penjaga dengan sebab-sebab kecemasan. IV. Ibubapa/penjaga dinasihatkan tidak terlalu kerap melawat anak di asrama bagi menjaga prestasi pelajaran anak-anak mereka. 22. PERKARA-PERKARA AM I. Pihak asrama tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan barang-barang penghuni. II. Penghuni adalah tertakluk kepada peraturan sekolah pada setiap masa. III. Tindakan keras akan diambil terhadap penghuni yang melanggar peraturan asrama/sekolah. IV. Penghuni bukan islam adalah dilarang masuk dan menggunakan kemudahan musalla asrama. V. Semua penghuni asrama adalah dimestikan (dengan pengetahuan Warden/Penyelia) pergi ke padang untuk memberi sokongan kepada pasukan sekolah yang sedang bertanding. VI. Penghuni asrama tidak dibenarkan menampal sebarang gambar, poster, artikel, dan seumpamanya di mana-mana kawasan asrama dan peralatan yang dibekalkan oleh pihak asrama. VII. Pihak asrama berhak untuk menapis segala surat-menyurat yang diterima oleh penghuni asrama. VIII. Rokok, chewing gum, kunci, minuman keras, alat solek, barang kemas, pakaian berharga, cermin mata hitam, alat muzik, baju beraneka fesyen, baju T ala rockers, seluar jeans, bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, album gambar, buku majalah berunsur negatif, bahan-bahan permainan berbahaya/berjudi dan sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa ke asrama. 23. PERATURAN LAIN ATAU BARU I. Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di risalah/buku ini, penghuni asrama juga wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah yang tidak dicatat di dalam buku ini. II. Pihak Pentadbiran Asrama juga akan mengeluarkan peraturan baru dari semasa ke semasa dan setiap penghuni asrama wajib mematuhinya.


MANUAL PENGURUSAN ASRAMA PELAN ATUR BANASPSMK KHIRDATARAN ASR TANDAS DORM DORM DORM BILIK FATIMAH ASMA AISYAH SETRIKA TANDAS DORM DORM DORM ZAINAB ROKIAH KHADIJAH TANDAS BILIK BILIK BILIK PREP 1 PREP 2 PREP 3 DEWAN MAKAN ASRAMA


30 2024 GUNAN ASRAMA PURI R JOHARI RAMA ASPURI BILIK BILIK DORM WARDEN SETRIKA (SURAU LAMA) BILIK BILIK DORM STOR WARDEN KALSOM BILIK BILIK BILIK REHAT ISOLASI MESYUARAT BILIK MESY. ASTAKA WARDEN


MANUAL PENGURUSAN ASRAMA PELAN ATUR BANASPUSMK KHIR TANDAS BILIK BILIK DORM BASUHAN SETRIKA OMAR TANDAS BILIK BILIK DORM BASUHAN SETRIKA TARIQ


31 2024 GUNAN ASRAMA URA R JOHARI DORM DORM DORM BILIK KHALID HAMZAH AYUBI WARDEN DORM STOR BILIK BILIK PREP USAMAH REHAT ASPURA


Click to View FlipBook Version