ISI KANDUNGAN NOTA EDITOR FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT GUSI TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI PENYAKIT GUSI DIABETES MELLITUS & GUSI SUMBER RUJUKAN NO PERKARA M/S 1 2 3 4 5 1 2 4 6 9
NOTA EDITOR 1 PENASIHAT Dr Ahmad Fahmi Bin Ariffin Pegawai Pergigian Daerah Pendang EDITOR Dr Ivy Phan Kai Yi Dr Farah Nur Fildza Binti Che Mohd Fadzilah Dr Addy Goeh Chuan Xin Dr Mohamad Norikmal Bin Mohamad Niza Dr Siti Sarah Binti Muhamad Asri Dr Noramirah Binti Ahmad Dr Nur Shuhadah Binti Mahadzir Dr Nadira Binti Mohd Amirruddin Dr Jeevan Sukhraaj Kaur Sidhu A/P Balwinder Singh Benar kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Satu analogi yang jarang diaplikasikan. Berbekalkan semangat Inilah ahli-ahli sidang redaksi berusaha dan bekerjasama sehingga buletin ini berjaya dihasilkan. Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada kekhilafan yang dilakukan sepanjang proses pembikinan buletin pergigian daerah Pendang ini. Sekian,terima kasih.
FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT GUSI Dikenali sebagai penyakit periodontal Sering terjadi pada orang dewasa Penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis yang tidak dirawat boleh menyebabkan PENYUSUTAN GUSI dan KEHILANGAN GIGI serta berhubung kait dengan DIABETES dan PENYAKIT JANTUNG 2 01PENUMPUKAN PLAK (bakteria dan gula yang melekat pada gigi anda) Semakin lama plak dan tartar kekal pada gigi, ia semakin merengsa gusi di sekitar pangkal gigi. Ketika ini gusi akan berdarah dengan mudah. Ini adalah gingivitis. Jika yang tidak dirawat, gingivitis boleh membawa kepada jangkitan yang lebih serius yang disebut periodontitis, yang merosakkan tisu lembut dan tulang yang menyokong gigi anda. Akhirnya, periodontitis menyebabkan gigi menjadi lemah dan tercabut daripada gusi dan tulang rahang anda. Anda dapat mencegah dan merawat kebanyakan penyakit gusi dengan mengikuti tabiat gigi yang baik. 02 TEMBAKAU DAN NIKOTIN Tembakau dan nikotin menyebabkan penyempitan salur darah seterusnya mengakibatkan pengurangan bekalan oksigen dan nutrien ke tisu gusi (penyokong gigi). Merokok juga mengurangkan keupayaan badan bertindak balas melawan jangkitan.
3 03 TEMPOH KETIDAKSTABILAN HORMON seperti akil baligh atau kehamilan Kenaikan progesteron dan mungkin estrogen semasa akil baligh menyebabkan peningkatan aliran darah ke gusi, menjadikannya lebih sensitif. Bagi kehamilan, paras hormon seperti progesteron meningkat lebih tinggi berbanding biasa yang boleh merangsang pertumbuhan bakteria penyebab gingivitis. Hormon ini memainkan peranan untuk perkembangan saluran darah. Akibatnya, masalah gusi berdarah lebih kerap berlaku dan menjadi ketara. 04 STRES Saat marah karena stres, kadangkala anda memiliki kebiasaan untuk menggeretak gigi atau yang disebut dengan “grinding”. Jika dilakukan terus-menerus maka kekuatan enamel gigi akan berkurang dan menyebabkan kerosakan di gusi. 06 HIV ATAU AIDS daya tahan tubuh yang lemah untuk melawan jangkitan. Kajian menunjukkan jangkitan pada mulut adalah tanda klinikal awal seseorang dijangkiti HIV. Lebih kurang 75% penghidap HIV akan dijangkiti oleh beberapa jenis jangkitan mulut, sama ada jangkitan kulat dalam mulut (candidiasis) mahupun gingivitis. Namun tanda–tanda tersebut lebih teruk dan sukar dirawat pada penderita HIV di mana ini adalah unik untuk keadaan tersebut. 05 DIABETES Diabetes memperlahankan kitaran darah, dan menjadikan tisu gusi lebih mudah dijangkiti. Diabetes akan menurunkan ketahanan badan kepada jangkitan yang akan meningkatkan kebarangkalian gusi mengalami jangkitan. Kadar glukosa yang tinggi dalam air liur merangsang pembiakan bakteria yang menyebabkan penyakit gusi.
4 TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI PENYAKIT GUSI Mengabaikan sedikit titisan darah di dalam sinki selepas memberus atau memflos mungkin bukan isu pada mulanya. Akan tetapi, tanda sebegini perlu diperhatikan kerana ia antara tanda awal penyakit gusi yang boleh dirawat dan disembuhkan. Jika dibiarkan, penyakit gusi yang ringan ini boleh merebak ke peringkat lanjutan, yang akan merosakkan tulang dan tisu yang memegang gigi anda pada tempatnya. Berwaspadalah terhadap lima tanda yang paling nyata ini yang disampaikan oleh badan anda untuk mengekalkan kesihatan mulut anda. GUSI MEMBENGKAK tanda 02 Pada peringkat awal penyakit gusi, gusi anda juga boleh membengkak apabila ia meradang. Ini adalah petanda bahawa anda perlu mula mengamalkan rutin penjagaan mulut yang lebih baik. GUSI BERDARAH tanda 04 Melihat darah di dalam sinki apabila anda meludah selepas memberus atau memflos adalah satu lagi simptom. Gusi yang mudah berdarah menandakan penyakit gusi peringkat awal. GUSI BERWARNA MERAH tanda 01 Merah adalah warna amaran bagi bahaya. Maka, jika anda melihat gusi yang kemerah-merahan atau keunguan dalam cermin, ia mungkin petanda bahawa gusi anda bermasalah. Gusi yang sihat adalah pejal dan berwarna merah jambu muda. Bakteria boleh menyebabkan gusi bengkak yang dikenali sebagai gingivitis, suatu penyakit gusi ringan peringkat awal. Ia juga boleh menyebabkan periodontitis iaitu penyakit lanjutan yang lebih serius. MULUT BERBAU tanda 05 Mulut berbau, atau rasa yang amat kurang menyenangkan di dalam mulut anda, juga mungkin tanda awal penyakit gusi. Pengumpulan plak pada lidah biasanya adalah punca mulut berbau. GUSI MENGECUT DAN MULA MENJAUH DARI GIGI tanda 03 Jika gigi anda mulai kelihatan lebih besar daripada biasa, dan anda perasan gusi yang mulai mengecut atau gusi yang menjauh dari gigi anda, ini juga tanda klasik penyakit gusi peringkat awal atau periodontitis. Ia bukan sebahagian daripada proses penuaan semula jadi.
5 RAWATAN Perubahan lain di dalam mulut anda akibat penyakit gusi boleh termasuk gusi yang sensitif apabila disentuh, ruang-ruang pelik yang mula terbentuk di antara gigi, gigi longgar atau perubahan pada cara anda menggigit atau pada kedudukan gigi-gigi anda apabila anda menggigit. Ini adalah tanda yang tidak boleh diabaikan. Jika anda mengawal situasi gusi anda, anda mungkin masih ada peluang untuk mengelak penyakit gusi lanjutan. Tujuan utama rawatan penyakit gusi adalah mencegah berlakunya jangkitan. Terdapat pelbagai jenis rawatan mengikut keparahan penyakit gusi tersebut. Semua rawatan memerlukan penjagaan yang baik di rumah oleh pesakit. Selain itu, cara hidup juga perlu diubah seperti menghentikan penggunaan tembakau untuk membantu proses pemulihan. PEMBEDAHAN AKAN DILAKUKAN APABILA TAHAP KESIHATAN PERIODONTIUM YANG BAIK TIDAK DICAPAI. TERDAPAT BEBERAPA PEMBEDAHAN UNTUK PENYAKIT PERIODONTIUM TERMASUK: Rawatan periodontal tanpa pembedahan, termasuk PENSKALERAN dan ‘ROOT PLANING’ (suatu cara membersih permukaan akar untuk membuang plak dan kalkulus dari poket periodontal dan melicinkan akar gigi). Pembedahan ini diikuti dengan rawatan tambahan seperti anti microbials yang diperlukan dalam kes-kes biasa. 03 REGENERASI TISU TERKAWAL Membran diletakkan di antara tulang dan gusi untuk menggalakkan pertumbuhan tisu periodontium. 02 GRAFTING TULANG Tulang pesakit atau tulang tiruan diletakkan dalam kawasan yang terlibat (contoh: kawasan kehilangan tulang). PEMBERSIHAN TERBUKA Kalkulus dibuang dari permukaan akar gigi di dalam poket. 01
6 DIABETES MELLITUS & GUSI Diabetes atau kencing manis adalah satu masalah kesihatan kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah atau juga dikenali sebagai gula darah. Ia berlaku sama ada tubuh kita tidak menghasilkan insulin yang cukup atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Hampir 1 daripada 5 individu di Malaysia menghidap kencing manis (National Health and Morbidity Survey 2019) Tahukah anda, 9 daripada 10 dewasa di Malaysia mempunyai masalah gusi. (Berdasarkan kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia) APAKAH DIABETES? Penyakit periodontium atau penyakit gusi biasanya disebabkan oleh plak dan kebersihan gigi yang kurang memuaskan. Apabila plak terkumpul secara berterusan tanpa dibersuhkan, ia akan mengeras menjadi karang gigi (kalkulus). Sekiranya tidak dibersihkan akan menyebabkan gingivitis dan seterusnya menjadi lebih teruk iaitu periodontitis. PENYAKIT PERIODONTIUM GINGIVITIS Peringkat pertama penyakit gusi, keradangan pada tisu (gusi) di sekelililing gigi. Gusi akan kelihatan bengkak, berwarna merah dan mudah berdarah PERIODONTITIS infeksi pada gusi, tulang yang memegang gigi dan tisu-tisu penyokong gigi yang lain. Jika tidak dirawat, gigi akan menjadi longgar dan perlu dicabut.
7 Diabetes boleh memberi kesan kepada struktur saluran darah dan memperlahankan kitaran darah, dan menjadikan tisu gusi lebih mudah dijangkiti kuman Diabetes akan menurunkan ketahanan badan kepada jangkitan yang akan meningkatkan kebarangkalian gusi mengalami jangkitan terutamanya apabila kebersihan mulut tidak Kadar glukosa yang tinggi memuaskan dalam air liur merangsang pembiakan bakteria yang menyebabkan penyakit gusi. Gangguan pada deria rasa Mulut kering dan pedih Karies gigi Jangkitan kulat Ulser mulut Penyembuhan perlahan tisu-tisu mulut TANDA-TANDA PENYAKIT GUSI PESAKIT DIABETES DAN PENYAKIT GUSI. APAKAH KAITANNYA? SELAIN PENYAKIT GUSI, PESAKIT DIABETES JUGA SERING MENGALAMI MASALAH MULUT SEPERTI GUSI BERNANAH GIGI LONGGAR, JARANG ATAU MEMANJANG NAFAS BERBAU (HALITOSIS) GUSI MERAH, BENGKAK, MUDAH BERDARAH SAKIT DAN TIDAK SELESA TERUTAMANYA SEMASA MAKAN
8 AYUH ELAKKAN/KURANGKAN MASALAH KESIHATAN MULUT DENGAN Mengikut nasihat doktor berkenaan diet dan ubat untuk memastikan kadar gula dalam darah berada pada kadar normal sebaik mungkin. Makan ubat-ubat anda seperti diarahkan. Jangan berhenti mengambil ubat jika tidak diarahkan berbuat demikian. 03 Tunjukkan doktor gigi anda senarai nama-nama ubat dan kadar pengambilannya. Doktor gigi anda perlu tahu maklumat ini untuk memberi ubat yang paling kurang berkemungkinan bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang diambil. 04 01 Berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk nasihat tentang penjagaan kesihatan pergigian 02 Gosok gigi dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida 08 Berhenti merokok. 07 Flos sekurangkurangnya sehari sekali. 09 Berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun 11 Dapatkan nasihat penjagaan kesihatan pergigian daripada doktor gigi anda 12 05 Elakkan mulut kering dengan meminum banyak air atau mengunyah gula-gula getah tanpa gula untuk membantu pengaliran air liur. 06 Jika memakai gigi palsu, pastikan gigi tersebut bersih dan tanggalkan pada waktu malam. 10 Tunjukkan doktor gigi anda senarai nama-nama ubat dan kadar pengambilannya. Doktor gigi anda perlu tahu maklumat ini untuk memberi ubat yang paling kurang berkemungkinan bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang diambil.
SUMBER RUJUKAN 9 Ibrahim, R. Z., & Rahmah, M. (2020). PERIODONTITIS DAN PENYAKIT KARDIOVASKULAR (Tinjauan Pustaka). Cakradonya Dental Journal, 12(1), 24-29. Ratmini, N. K. (2017). BAU MULUT (HALITOSIS. Jurnal Kesehatan Gigi 1) 2) (Dental Health Journal), 5(1), 25-29. 3) http://www.myhealth.gov.my/rawatan-penyakit-gusi/ 4) Albandar JM, Susin C, Hughes FJ. Manifestations of systemic diseases and conditions that affect the periodontal attachment apparatus: Case definitions and diagnostic considerations. J Clin Periodontol 2018;45 Suppl 20:S171-S89. 5) Guidelines for Management of Chronic Periodontitis, 2nd Edition (2012) by Oral Health Division, Ministry of Health Malaysia. 6) https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/ preventing-problems/gum-disease-dental-problems 7) http://www.myhealth.gov.my/penyakit-periodontium-gusi/ 8) https://knowyourmedicine.gov.my/ms/disease/masalah-gusi
DAPATKAN PEMERIKSAAN GIGI SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SETAHUN #PEPS1S