The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengangkutan awam di taman tun dr ismail

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pizzawhuut, 2021-09-11 05:21:41

Pengangkutan awam di taman tun dr ismail

Pengangkutan awam di taman tun dr ismail

PENGANGKUTAN
AWAM DI TAMAN TUN

DR ISMAIL, KUALA
LUMPUR

PERANCANGAN TUGASAN 2021

TARIKH PERKARA

28 JULAI 2021 PENETAPAN TAJUK DAN KAWASAN

28 JULAI 2021 PERANCANGAN TUGASAN

28 JULAI 2021 MENENTUKAN KONSEP PENGANGKUTAN

4 OGOS 2021 PENGHARGAAN

4 OGOS 2021 PENDAHULUAN

24 OGOS 2021 PETA DAN PETUNJUK

24 OGOS 2021 TAFSIRAN PETA

19 OGOS 2021 HASIL KAJIAN

19 OGOS 2021 JENIS PENGANGKUTAN

TARIKH PERKARA

19 OGOS 2021 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

28 OGOS 2021 KEPENTINGAN PENGANGKUTAN

28 OGOS 2021 KESAN NEGATIF

28 OGOS 2021 CADANGAN

28 OGOS 2021 RUMUSAN

OBJEKTIF KAJIAN

i. Menerangkan takrifan dan konsep sistem pengangkutan awam
ii. Mengkaji latar belakang di kawasan Taman Tun Dr Ismail
iii. Menghuraikan jenis pengangkutan awam di kawasan Taman Tun Dr Ismail
iv. Mengenal pasti kesan-kesan positif dan negatif tentang sistem

pengangkutan awam di Taman Tun Dr Ismail
v. Mencadangkan langkah-langkah menangani kesan negatif sistem

pengangkutan awam di Taman Tun Dr Ismail

PENGHARGAAN

 Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kajian
Lapangan Geografi Tingkatan 2. Setinggi-tinggi perhargaan
kepada pengetua SBPI Kubang Pasu, Encik Harris Ganae Bin
Nainar kerana memberi kebenaran untuk melaksanakan tugasan
ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan Ruzianah Binti
Abdul Hamid kerana telah membantu saya dalam mengajar cara
untuk melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa
dan rakan-rakan saya yang telah menolong saya menyiapkan
tugasan ini.

PENDAHULUAN

 Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan
awam di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Saya
memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di sini
menggunakan pengangkutan awam seperti teksi dan MRT
(MASS Rapid Transit) untuk pergi ke suatu tempat.

PETA TOPOGRAFI

Hutan
Petempatan
Jalan Raya

TAFSIRAN PETA

Peta topografi menunjukkan kawasan Taman Tun Dr
Ismail. Ciri pandang darat fizikal yang terdapat di kawasan
peta ialah hutan. Manakala ciri pandang darat budaya di
kawasan peta pula ialah petempatan dan jalan raya.

Bentuk muka bumi di kawasan peta adalah terdiri daripada
kawasan tanah pamah yang rata. Kawasan tanah pamah
digunakan untuk petempatan dan pengangkutan.

HASIL KAJIAN

Penerangan berkaitan kawasan Taman Tun Dr Ismail,
Kuala Lumpur.

Saya telah menjalankan kajian berkaitan
pengangkutan awam di kawasan Taman Tun
Dr Ismail.

Antara maklumat yang saya perolehi ialah:

JENIS PENGANGKUTAN

Berdasarkan pemerhatian terhadap kawasan Taman
Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, saya dapati bahawa di
kawasan ini menggunakan pengangkutan darat dan
tertumpu kepada pengangkutan awam terutamanya
MRT . Hal ini jelas dapat dilihat kerana MRT merupakan
kenderaan yang pantas di sini. Contohnya, maksimum
kelajuan MRT ialah 100km/j.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

Berdasarkan rujukan saya di pautan internet, saya telah dapati bahawa faktor
yang mempengaruhi pengangkutan awam di kawasan tersebut. Kemajuan
teknologi merupakan antara faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan
awam di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, dimana kawasan tersebut
mempunyai rangkaian elektrik yang sangat pantas. Rangkaian elektrik
membolehkan salah satu pengangkutan awam iaitu MRT dapat diwujud bagi
memudahkan pergerakan penumpang ke tempat yang berdekatan.

Faktor yang kedua pula ialah kegiatan ekonomi, dimana kawasan tersebut
mempunyai banyak pekerjaan yang menetapkan waktu yang tepat untuk bekerja.
Dengan adanya MRT, pekerja-pekerja boleh bergerak pantas ke destinasi
pekerjaan masing-masing.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN

Antara kepentingan pengangkutan awam di kawasan ini ialah
mengurangkan kesesakan lalu lintas. Penggunaan sistem pengangkutan
awam bersepadu dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan
raya. Contohnya, MRT yang bergerak di atas landasannya sendiri.

Kepentingan yang kedua pula ialah dapat mengurangkan kos.
Penggunaan kenderaan awam lebih murah berbanding dengan
penggunaan kenderaan sendiri. Contohnya, harga tiket untuk menaiki
MRT lebih kurang RM7 sahaja.

KESAN NEGATIF

Antara kesan negatif yang berlaku ialah pencemaran bunyi.
Terlalu banyak kenderaan dapat mewujudkan pencemaran bunyi
yang bising. Contohnya, bunyi brek MRT ditarik, bunyi radio
dari kenderaan-kenderaan yang sangat kuat dan lain-lain.

Kesan negatif yang kedua pula ialah berlakunya kemalangan.
Kenderaan yang terlalu banyak boleh memunculkan kemalangan
yang boleh meragut nyawa. Contohnya, tidak fokus atau
mengantuk ketika memandu.

CADANGAN

Cadangan bagi kesan negatif yang pertama ialah
menggunakan kenderaan yang mengurangkan bunyi
ataupun memasang radio secara perlahan. Dengan cara ini,
kita dapat mengurangkan pencemaran bunyi. Contohnya,
menaiki basikal.

Cadangan untuk kesan negatif yang kedua pula ialah
menaiki pengangkutan awam. Kesannya, kita dapat
mengurangkan kemalangan. Contohnya, menaiki MRT.

RUMUSAN

Kesimpulannya, jenis pengangkutan awam utama di Taman Tun Dr Ismail ialah
MRT. MRT ini mempunyai kepentingan kepada penduduk di kawasan kajian.
Antaranya adalah untuk membawa penumpang, mengurangkan kesesakan lalu
lintas dan menjadi sumber petempatan.

Pelbagai masalah pengangkutan awam dihadapi di kawasan kajian. Antaranya,
pencemaran bunyi dan kemalangan.

Pelbagai langkah diambil untuk mengatasi masalah pengangkutan awam.
Antaranya, kenderaan yang mengurangkan bunyi dan menaiki kenderaan awam.

Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini dapat
memberi faedah kepada penduduk, syarikat MRT dan masyarakat umumnya.
Dapatan kajian ini diharap dapat mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.


Click to View FlipBook Version