The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pizzawhuut, 2021-09-11 05:37:44

Jenis Pengangkutan Awam di Kawasan

Jenis Pengangkutan Awam di Kawasan

Jenis Pengangkutan Awam di
Kawasan Bukit Damansara,

Kuala Lumpur

Auni Maisarah binti Muhammad Sukree
2 Ikhlas

Tarikh Perancangan tugasan

27 Julai 2021 Perkara
27 Julai 2021 Penepatan tajuk dan kawasan
27 Julai 2021 Perancangan tugasan
3 Ogos 2021 Menentukan konsep pengangkutan
3 Ogos 2021 Penghargaan
21 Ogos 2021 Pendahuluan
21 Ogos 2021 Peta dan petunjuk
Tafsiran peta

Tarikh Perkara
Hasil kajian
17 Ogos 2021 Jenis pengangkutan
17 Ogos 2021 Faktor yang mempengaruhi
17 Ogos 2021 Kepentingan pengangkutan
25 Ogos 2021 Kesan negatif
25 Ogos 2021 Cadangan
25 Ogos 2021 Rumusan
25 Ogos 2021

Objektif Kajian

• Menerangkan konsep dan takrifan sistem pengangkutan
awam di Kawasan Bukit Damansara,Kuala Lumpur.

• Menghuraikan jenis pengangkutan awam di Kawasan Bukit
Damansara, Kuala Lumpur.

• Menghuraikan jenis pengangkutan awam di Kawasan Bukit
Damansara, Kuala Lumpur

• Menghuraikan kepentingan perkembangan sistem
pengangkutan awam di Bukit Damansara,Kuala Lumpur.

• Menjelaskan kesan negatif sistem pengangkutan terhadap
alam dan manusia di Kawasan Bukit Damansara,
Kuala Lumpur.

• Menjelaskan langkah-langkah mengurangkan kesan negative
di Kawasan Bukit Damansara,Kuala Lumpur.

Penghargaan

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan
dariNya, dapat saya menyiapkan kajian lapangan untuk tahun 2021 ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Ruzianah iaitu
guru mata pelajaran geografi saya atas pertolongan beliau membimbing saya dan
juga rakan-rakan lain dalam menyiapkan kajian ini walaupun hanya dapat dilakukan
di atas talian sahaja.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya
atas bantuan data yang diberikan iaitu ayahanda Muhammad Sukree bin Ahmad
Fauze dan bonda Sofiah binti Hashim. Tanpa bantuan mereka mungkin hasil kajian
saya tidak akan lengkap .

Pendahuluan

Saya Auni Maisarah binti Muhammad Sukree telah menjalankan berkaitan dengan
jenis pengangkutan awam di kawasan Bukit Damansara,Kuala Lumpur. Saya telah
memilih kawasan ini adalah kerana Bukit Damansara terkenal sebagai salah satu
kawasan yang benar-benar mewah di Kuala Lumpur. Kawasan ini juga merupakan
pusat komersial dengan terdapatnya beberapa kawasan perumahan mewah.
Kedudukannya yang ditengah-tengah zon Lembah Klang berkaitan dengan
statusnya sebagai Bandar Satelit kepada Kuala Lumpur. Oleh itu, kawasan pilihan
memudahkan saya untuk mencari maklumat.

Masa yang diberikan oleh guru saya untuk menyiapkan kajian lapangan ini
adalah cukup untuk saya mencari bahan,maklumat,grafik,gambar dan sebagainya.

Peta Kawasan Bukit Damansara

petunjuk
Jalan

Petempatan

Tafsiran

Peta topografi menunjukkan kawasan Bukit Damansara,Kuala Lumpur. Ciri pandang darat
fizikal yang terdapat di kawasan peta ialah tanah pamah. Manakala ciri pandang darat
budaya pula terdiri daripada jalan raya,tempat beribadat seperti masjid dan
gereja,petempatan dan sekolah.

Bentuk muka bumi di kawasan peta ialah kawasan tanah pamah yang rata. Kawasan
tanah pamah digunakan untuk petempatan dan pengangkutan. Terdapat beberapa taman
perumahan di kawasan Bukit Damansara.

Berdasarkan peta, terdapat banyak perhentian bas di sekitar kawasan Bukit
Damansara untuk memudahkan penduduk dan pelancong untuk ke pelbagai tempat
menarik seperti Natoional Science Centre dan Dinasour Encounter Theme Park. Selain ke
tempat yang menarik, bas juga mengelilingi Bukit Damansara lalu berhenti di pusat
pembelajaran dan kebanyakkannya di kawasan kedai-kedai dan kawasan perumahan.

Bukit Damansara merupakan kawasan tumpuan penduduk serta mempunyai pola
pertempatan berpusat.

Hasil Kajian

Saya telah menjalankan kajian mengenai jenis pengangkutan awam di
kawasan Bukit Damansara,Kuala Lumpur.

Antara maklumat yang saya peroleh ialah Bukit Damansara
mempunyai banyak tempat perhentian bas mengelilingi kawasan
kajian. Perkara ini mungkin disebabkan untuk mengurangkan kesesakan
lalu lintas memandangkan terdapat beberapa taman perumahan di
kawasan kajian.

Jenis Pengangkutan

Berdasarkan pemerhatian terhadap kawasan Bukit Damansara,Kuala
Lumpur, saya mendapati bahawa kawasan ini menggunakan
pengangkutan darat dan tertumpu kepada pengangkutan awam,
terutamanya bas.

Hal ini jelas dapat dilihat kerana tempat perhentian bas mengelilingi
kawasan Bukit Damansara

Contohnya,dari Plaza Damansara hingga ke National Science
Centre,terdapat 6 perhentian bas melalui Jalan Setia Murni dan
Persiaran Bukit Kiara.

Faktor yang mempengaruhi

Berdasarkan rujukan saya di pautan internet, saya telah dapati faktor
yang mempengaruhi pengangkutan awam di kawasan tersebut ialah
bentuk muka bumi.

Bentuk muka bumi merupakan antara faktor yang
mempengaruhi jaringan pengangkutan awam di Bukit Damansara,
dimana kawasan tersebut merupakan kawasan tanah pamah.

Kawasan tanah pamah membolehkan pengangkutan seperti bas
untuk memudahkan penduduk ke mana-mana mereka mahu tanpa
bimbang akan tiada kemudahan pengangkutan.

Selain itu,kegiatan ekonomi juga merupakan faktor yang
mempengaruhi jaringan pengangkutan awam di kawasan kajian saya.
Kawasan Bukit Damansara terdapatnya banyak kedai di sekitar Plaza
Damansara yang memerlukan pekerja untuk sampai ke tempat kerja
tepat pada masanya. Contohnya, terdapat beberapa tempat perhentian
bas di sekitar kawasan tersebut.

Kepentingan Pengangkutan

Antara kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian saya ialah
mengurangkan kesesakan lalu lintas. Penggunaan sistem pengangkutan awam
bersepadu dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Contohnya,
penggunaan bas sekolah dalam suatu taman perumahan bertujuan untuk
menghantar pelajar ke sekolah yang sama dan ke rumah dapat mengurangkan
penggunaan kereta ibu bapa pelajar tersebut.

Selain itu, penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan kos.
Penggunaan kenderaan awam lebih murah berbanding penggunaan kenderaan
sendiri. Contohnya, kita tidak perlu risau mengenai servis ataupun mengisi minyak
kenderaan, cukup hanya menyediakan duit untuk membayar tambang bas.

Kesan Negatif

Antara kesan negatif yang berlaku ialah kemalangan. Pemandu bas
memandu dengan laju kerana hanya memikirkan keuntungan dan keselamatan
penumpang tidak terjamin. Contohnya, pemandu memanju dengan laju dan tidak
berhemah untuk cepat sampai ke destinasi dan mendapat ramai penumpang
sehingga memandu dengan tidak berhati-hati dan menyebabkan kemalangan
berlaku.

Di samping itu, kebanyakkan pengangkutan awam boleh menyebabkan
pencemaran bunyi. Bunyi yang terhasil daripada pengangkutan awam seperti bas
dan kapal terbang sangatlah kuat sehingga mengacau ketenteraman penduduk
yang berasa disekitarnya.

Cadangan

Cadangan yang dapat saya kemukakan untuk menangani masalah
pemandu yang tidak bertanggungjawab ialah memberi kesedaran
kepada pemandu. Tindakan ini dapat mengingatkan mereka bahawa
tindakan tidak bertanggungjawab mereka bukan sahaja akan
membahayakan diri penumpang malahan boleh membahayakan diri
mereka juga. Contohnya, mereka akan memandu dengan lebih
berhemah jika mereka tahu bahawa sikap tidak bertanggungjawab
mereka itu boleh menyebabkan kemalangan yang membahayakan diri
semua orang yang berada dalam bas tersebut.

Cadangan saya yang seterusnya untuk menangani masalah
pencemaran bunyi adalah dengan menambah baiki kenderaan seperti
menukar enjin,brek dan tayar. Apabila komponen pengangkutan dalam
keadaan yang baik, geseran yang berlaku tidak akan menghasilkan
bunyi yang kuat. Contohnya, pihak yang bertanggung jawab menukar
komponen yang bermasalah setiap tahun.

Rumusan

Kesimpulannya,jenis pengangkutan awam yang telah saya pilih di kawasan
Bukit Damansara ialah bas. Penduduk di kawasan kajian menaiki bas untuk
memudahkan perjalanan mereka ke destinasi dan dapat mengurangkan kesesakan
lalu lintas.

Antara kesan negatif penggunaan adalah seperti kemalangan yang
disebabkan oleh pemandu yang tidak bertanggung jawab dan pencemaran bunyi.

Cadangan-cadangan yang saya sertakan untuk mengatasi masalah-masalah
tersebut adalah memberi kesedaran kepada pemandu dan menambah baiki
kenderaan.

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kajian ini dalam waktu yang
diperuntukkan.


Click to View FlipBook Version