13 TOPIK PENDIDIKAN KESIHATAN PENYUSUAN SUSU IBU
TOPIK 1: KEPENTINGAN SUSU IBU KEPADA BAYI TOPIK 2: KEPENTINGAN SUSU IBU KEPADA IBU
SUSU IBU ATAU SUSU FORMULA? Untuk membuat keputusan yang terbaik: ibu bapa dan kaum keluarga / masyarakat perlu mendapat maklumat yang tepat dan benar mengenai penyusuan susu ibu.
Penyusuan susu ibu secara eksklusif perlu diteruskan sehingga bayi berumur 6 bulan disebabkan oleh faktor-faktor berikut: Kandungan nutrien dalam susu ibu sudah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan. Penyusuan susu ibu selama 6 bulan tanpa makanan lain tidak menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.
Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu. Pengambilan bahan lain boleh menyebabkan gangguan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi.
Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang daripada 6 bulan masih belum matang untuk memproses makanan selain dari susu ibu. Oleh itu, pemberian air atau makanan pelengkap mahupun susu formula kepada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan adalah tidak digalakkan.
Air atau cecair lain selain dari susu ibu juga bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan. Ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan alahan.
Selepas 6 bulan, bayi perlu menerima makanan pelengkap sebagai tambahan kepada susu ibu. Susu ibu amat sesuai untuk bayi dan sentiasa berubah dari hari ke hari, bulan ke bulan mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Bayi dapat mempelajari rasa makanan keluarga melalui susu ibunya. Susu ibu adalah unik dan amat istimewa kerana ia mengandungi cecair yang hidup secara aktif dalam melindungi bayi daripada jangkitan. Susu formula tidak dapat melindungi bayi dari jangkitan.
Pemakanan bayi lengkap yang paling sesuai (perfect infant nutrition; species-specific) kerana Memenuhi keperluan bayi pramatang atau bayi yang kurang sihat/ tenat Mengandungi antibodi- immunoglobulin Memenuhi keperluan emosi bayi Penyakit yang dapat di elakkan/ kurangkan risiko: › Cirit birit › Jangkitan saluran pernafasan › Botulism › Jangkitan telinga › Infeksi bakteria staphylococcus › influenza KEPENTINGAN SUSU IBU KEPADA BAYI
Perkembangan bayi IQ Peranan faktor tumbesaran dalam perkembangan bayi Pertumbuhan gigi/ gusi dan dagu yang sempurna (perlu 60 X lebih tenaga pembentukan otot di dagu Perkembangan pertuturan yang lebih baik (penggunaan lidah) Perkembangan emosi yang lebih baik Perkembangan sosial yang lebih baik apabila penilaian di buat pada umur 12 bulan Perkembangan kognitif (mental) apabila di nilai dari segi kebolehan pada umur 1 tahun Penyusuan memberi kesan positif pada koordinasi tanganmata (hand-eye)
KEPENTINGAN SUSU IBU KEPADA IBU Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari Mengurangkan risiko kerapuhan tulang Membakar lemak badan yang terkumpul semasa hamil dan seterusnya akan mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil Mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan melewatkan kedatangan haid.
TOPIK 3: KEPENTINGAN SENTUHAN KULIT SEJURUS SELEPAS KELAHIRAN TOPIK 4: KEPENTINGAN MEMULAKAN PENYUSUAN AWAL
KEPENTINGAN SENTUHAN KULIT SEJURUS SELEPAS KELAHIRAN Menjadikan bayi dan ibu lebih selesa dan membantu mengekalkan suhu badan bayi yang optima Menggalakkan hubungan dan membantu memulakan penyusuan Membantu bayi belajar bahawa payudara ibunya adalah tempat yang selamat Membenarkan pengkolonian bakteria baik dari sistem penghadaman ibu kepada bayi Membantu menyesuaikan metabolisma dan menstabilkan paras gula dalam darah bayi
KEPENTINGAN MEMULAKAN PENYUSUAN AWAL Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif Memastikan bayi mendapat kolestrum (susu pertama yang dikeluarkan oleh payudara berwarna kuning pekat)
Kolostrum (1-3 hari) Susu Transisi (1-2 minggu selepas bersalin) Susu Matang Perubahan susu ibu :
KOLOSTRUM Kaya dengan antibodi Kaya dengan sel darah putih Kaya dengan Vit A dan E Faktor pertumbuhan Sejenis laksatif •Melindungi bayi dari jangkitan dan alahan •Melindungi dari jangkitan •Mencegah jangkitan dan penyakit mata •Kematangan usus dan cegah alahan •Mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis
TOPIK 5: KEPENTINGAN IBU DAN ANAK BERSAMA SEPANJANG MASA (ROOMING IN) TOPIK 6: KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU MENGIKUT KEHENDAK BAYI (ON DEMAND) ATAU DORONGAN BAYI (BABY LED FEEDING) ATAU APABILA BAYI MENUNJUKKAN TANDA-TANDA INGIN MENYUSU (FEEDING CUES)
KEPENTINGAN IBU DAN ANAK BERSAMA SEPANJANG MASA (ROOMING IN) Bayi dapat belajar mengenali ibunya Bayi tidur lebih nyenyak Membentuk ritma jaga dan tidur bayi Ibu dapat belajar tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cue) Ibu dapat memberi penyusuan awal Bayi dapat disusukan mengikut kehendaknya Mengeratkan kasih sayang ibu dan bayi (bonding) Mudahkan ibu meneruskan penyusuan ibu seterusnya. Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu (menstabilkan penyusuan ibu)
KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU MENGIKUT KEHENDAK BAYI (ON DEMAND) ATAU DORONGAN BAYI (BABY LED FEEDING) ATAU APABILA BAYI MENUNJUKKAN TANDA-TANDA INGIN MENYUSU (FEEDING CUES) Bayi mendapat imunisasi pertama daripada susu ibu Mengekalkan penghasilan susu dan merangsang pengeluaran susu dengan cepat Mengurangkan kejadian jaundis dan mencapai berat badan mengurangkan bengak payudara Bayi kurang menangis (kurang kebarangkalian untuk ibu memberikan susu gantian lain)
TANDA-TANDA BAYI INGIN MENYUSU Membuka mulut dan mencari-cari payudara Kelopak dan bebola mata bayi bergerak-gerak Bayi menghisap jari atau tangannya Membuat pergerakkan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir Bayi memasukkan jari atau menarik kain, selimut atau benda-benda yang dapat dicapai ke dalam mulut Menggerak-gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Bayi merengek (soft whimper sounds) atau menangis.
TOPIK 7: KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU DENGAN KERAP UNTUK MEMASTIKAN PENGHASILAN SUSU IBU YANG MENCUKUPI
Susui bayi mengikut kehendak bayi atau apabila bayi lapar dan bukan mengikut waktu-waktu tertentu Susukan bayi dengan kerap selama mana yang bayi mahu, pada setiap masa yang terluang semasa ibu bersama bayi, atau apabila payudara ibu terasa penuh, walaupun ketika bayi tidak mahu memulakannya Perah susu ibu selepas menyusukan bayi, jika payudara ibu masih penuh Jangan gunakan puting kosong Dapatkan rehat, makanan dan minuman yang mencukupi Perah susu ibu sekiranya terpaksa berpisah dengan bayi
CARA MEMERAH SUSU DENGAN TANGAN Rangsang pengaliran susu bagi merangsang refleks oksitosin. Bina keyakinan diri Cuba kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan Bantu ibu fikirkan perkara yang indah tentang bayi Rangsang puting susu - Gentel dengan jari - Urut perlahan- lahan - Gosok puting dan areola dengan hujung jari / sikat - Dapatkan pembantu untuk menggosok belakang selama 2 – 3 minit
KAEDAH MEMERAH SUSU CARA MANUAL 1. Basuh tangan dengan air dan sabun 2. Perah ditempat yang bersih, tenang dan selesa 3. Fikirkan perkara yang indah untuk merangsang refleks pengaliran 4. Urut payudara perlahan- lahan 5. Duduk / berdiri dengan selesa, pegang bekas tadahan dekat dengan payudara
6. Letakkan ibu jari disebelah atas payudara, di bahagian tepi luar tompok gelap (areola) atau pada bahagian yang dirasa seperti berbiji atau simpulan tali (saluran susu) dan jari yang lain di sebelah bawah payudara. Ibu mengampu payudara dengan jejari yang lain berdekatan areola Cara betul Cara salah Kanan Kiri
7. Tekankan payudara kebelakang kearah dada, dengan ibu jari dan jari telunjuk serentak bagi membantu pengeluaran susu ibu melalui puting.
Ibu perlu menekan pada saluran susu Ulang tekan dan lepas untuk beberapa kali sehingga susu habis dikeluarkan Ianya akan mengambil masa beberapa minit. Pada mulanya, sedikit susu akan keluar, kemudian diikuti dengan pancutan susu apabila refleks oksitosin mula berlaku 8. Perah kedalam bekas bersih / steril 9. Ulang kesemua bahagian payudara untuk mengeluarkan susu Apabila susu telah habis dikeluarkan pada tempat tersebut, gerakkan ibu jari dan jari-jari yang lain mengikut pusingan di sekeliling areola untuk mengeluarkan susu pada semua saluran susu pada payudara
CARA PENGENDALIAN PERAHAN SUSU IBU
Tempat Bayi normal Bayi tidak sihat Suhu bilik (25-37C) 4 jam 4 jam Suhu penghawa dingin (15-25C) 8 jam Tidak disyorkan Kurang 15C 24 jam Tidak disyorkan Peti sejuk (2-4C) Kurang 8 hari 48 jam Peti sejuk freezer 1 pintu 2 minggu 2 minggu
Tempat Bayi normal Bayi tidak sihat Peti sejuk 2 pintu freezer 3 bulan 3 bulan Peti sejuk beku berasingan 6 bulan 6 bulan
3 months Freezer part of a refrigerator-freezer < 8 days Refrigerator (2° - 4°C) 4 hours Room Temperature (25° - 37°C) Storage Breastmilk
Cara penyimpanan Sekiranya ibu memerah susu di tempat kerja, simpan susu di dalam peti sejuk atau termos yang mengandungi ais atau pad sejuk
Cara Mencairkan Susu Ibu yang Dibekukan Letakkan susu beku dibahagian rak bawah peti sejuk semalaman (24jam) Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja) Jangan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro atau atas api dapur Susu yang telah dicairkan mestilah digunakan dalam masa 1 jam (tidak boleh disimpan semula)
Perahan susu ibu boleh diberikan kepada bayi dengan menggunakan sudu atau cawan Elakkan menggunakan puting dan botol susu bagi mengelakkan bayi keliru puting
TOPIK 8: KEPENTINGAN POSISI DAN PELEKAPAN YANG BAIK SEMASA PENYUSUAN SUSU IBU
i. Posisi ibu yang betul: Selesa (duduk atau baring) dengan bahagian belakang, kaki dan payudara disokong, jika perlu. ii. Posisi bayi yang betul: Badan bayi selari. Badan bayi dibawa rapat ke badan ibu supaya bayi dibawa ke payudara dan bukan payudara ke bayi. Bayi diampu sepenuhnya - kepala, bahu dan seluruh badan untuk bayi yang baru lahir. Bayi menghadap ke payudara ibu dengan hidung bertentangan dengan payudara. Bayi menghisap sebahagian besar areola (bahagian gelap di sekeliling puting) ke dalam mulutnya.
KEDUDUKAN SEMASA MENYUSU BETUL Anak rapat dgn. Ibu SALAH Terlalu membongkok, tidak mengadap ibu SALAH Terlalu jauh, tidak mengadap ibu
POSISI PENYUSUAN BUAI BARING
POSISI PENYUSUAN DISISI BERSILANG BUAI
2 TEKNIK PELEKAPAN BAYI YANG BETUL 1. Mulut terbuka luas 2. Bibir bawah merangkup keluar, 3. Dagu bayi menyentuh payudara. Areola: kelihatan lebih banyak di atas daripada di bawah mulut bayi
PELEKAPAN YG SALAH 1. Mulut bayi tidak terbuka luas 2. Bibir bawah tertarik kedalam. 3. Dagu berjauhan dengan payudara 4. Aerola: kelihatan lebih banyak di bawah
Tanda-tanda penghisapan yang berkesan: Pipi kelihatan kembung. Terdengar bunyi hisapan yang perlahan dan dalam (slow, deep suck) serta bunyi menelan. Penghisapan yang tidak berkesan: Penghisapan laju dan kedengaran bunyi ‘klik’ Pipi tegang dan termasuk ke dalam Bayi tidak puas menyusu Bayi kelihatan tidak tenang, kerap menyusu tetapi tidak melepaskan payudara ibu pada tempoh yang lama Puting ibu terasa sakit
TOPIK 9: KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF BAGI ENAM BULAN PERTAMA TANPA SEBARANG MINUMAN ATAU MAKANAN LAIN TOPIK 10: KEPENTINGAN MENERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU SELEPAS ENAM BULAN DI SAMPING PEMBERIAN MAKANAN PELENGKAP
KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF BAGI ENAM BULAN PERTAMA TANPA SEBARANG MINUMAN ATAU MAKANAN LAIN Semua zat dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi pada 6 bulan pertama Mengurangkan kematian bayi; melalui pengurangan insiden cirit-birit dan penyakit berjangkit Mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan Kandungan antibodi yang tepat dalam susu ibu Dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit Membantu pembentukan dan pertumbuhan rahang, gigi dan pertuturan yang lebih baik.
KEPENTINGAN MENERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU SELEPAS ENAM BULAN DI SAMPING PEMBERIAN MAKANAN PELENGKAP Selepas enam bulan, bayi perlu mengambil makanan pelengkap sebagai tambahan kepada susu ibu Adalah penting untuk meneruskan penyusuan susu ibu kerana ianya masih boleh membekalkan 1/3 hingga ½ daripada keperluan tenaga bayi berumur 12 bulan. Ia sepatutnya diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun atau lebih
TOPIK 11: BAGAIMANA MEMASTIKAN PENYUSUAN AWAL DAPAT DIMULAKAN TOPIK 12: RISIKO PEMBERIAN SUSU FORMULA BAYI DAN SUSU GANTIAN TOPIK 13: PELAKSANAAN AMALAN KELAHIRAN DAN PENJAGAAN MESRA IBU (MOTHER-FRIENDLY CARE)
BAGAIMANA MEMASTIKAN PENYUSUAN AWAL DAPAT DIMULAKAN Lakukan sentuhan kulit ke kulit Segera menyusukan bayi apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cues) Mengetahui bila bayi mendapat cukup susu Ibu dan bayi sentiasa bersama setiap masa rooming in Elakkan penggunaan puting tiruan dan puting kosong.