PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN SK KELEBANG JAYA, 31200 CHEMOR. 2023 - 2025
1. NAMA KELAB Kelab ini dinamakan Kelab Guru dan Kakitangan SK Kelebang Jaya atau ringkasnya KGK SKKJ. 2. PENAUNG Guru Besar SK Kelebang Jaya secara automatik menjadi penasihat bagi kelab ini. 3. KEAHLIAN Semua guru SK Kelebang Jaya dan kakitangan sokongan adalah menjadi ahli secara langsung selama mana ia bertugas di sekolah ini. 4. JAWATANKUASA 4.1 Jawatankuasa kelab ini terdiri daripada seorang penasihat, pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari, penolong bendahari dan sekurang-kurangnya tujuh orang ahli jawatankuasa kecil serta dua orang juruaudit. 4.2 Perlantikan AJK akan dilakukan dalam mesyuarat agung kelab yang akan diadakan pada tiap dua tahun sekali.
5. YURAN 5.1 Setiap ahli diwajibkan membayar Yuran Kelab. Kadar yang dipersetujui ialah RM120 bagi guru dan kakitangan untuk setahun. Pungutan yuran akan dijalankan oleh Bendahari Kelab yang dilantik. 5.2 Pembayaran boleh dibuat dengan cara berikut: 5.2.1 Bayaran ansuran bulanan iaitu RM10 x 12 bulan, 5.2.2 Bayaran penuh iaitu RM120 5.3 Bayaran Tambahan yang dipersetujui sebanyak RM10 untuk Yuran Kebajikan telah dimansuhkan. . 6. PENGELOLA AKAUN KEWANGAN KELAB 6.1 Pengelolaan akaun kewangan kelab dilaksanakan oleh Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha. Sebarang urusan pengeluaran wang / penggunaan cek mesti ditandatangani oleh 2/3 daripada pengelola akaun iaitu; 6.1.1 Pengerusi dan Bendahari atau, 6.1.2 Pengerusi dan Setiausaha 6.2 Setiap perbelanjaan akan direkodkan oleh Bendahari Kelab.
7. KEGUNAAN WANG TABUNG KELAB 7.1 Hadiah untuk ahli-ahli yang bertukar atau bersara Syarat : Berkhidmat di SK Kelebang Jaya. Hadiah bernilai bertukar RM40 dan bersara RM50 dan ditambah nilai sebanyak RM5 x jumlah tahun berkhidmat di sekolah semasa. Nilai hadiah boleh ditingkatkan jika terdapat sumbangan ikhlas atau derma daripada ahli atau pihak lain. Yuran tertunggak akan ditolak daripada jumlah terkumpul sebelum serahan wang atau hadiah. 7.2 Sakit dan diwadkan Bagi ahli yang dimasukkan ke hospital kecuali atas sebab bersalin akan diberi sumbangan bernilai RM50 setahun sekali. Wakil kelab akan datang menziarahi jika berkesempatan. 7.3 Membeli pelbagai peralatan yang sesuai untuk kegunaan atau keperluan semua. 7.4 Membeli hadiah Hari Guru mengikut kadar yang sewajarnya. (AJK bermesyuarat) Kadar yang dipersetujui ialah RM10 seorang.
7.5 Membeli hadiah guru-guru dan kakitangan bersalin anak pertama sahaja semasa berkhidmat di SK Kelebang Jaya. Kadar yang dipersetujui ialah RM30 seorang. 7.6 Membeli hadiah guru-guru dan kakitangan berkahwin kali pertama sahaja semasa berkhidmat di SK Kelebang Jaya. Kadar yang dipersetujui ialah RM30 seorang. 7.7 Membeli hadiah Ulangtahun Kelahiran. Hadiah bernilai RM10 akan disediakan bagi setiap guru dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah ini dan disampaikan pada waktu perhimpunan atau majlis yang bersesuaian.
8. JAMUAN 8.1 Mana-mana ahli kekab yang bertukar atau bersara, jamuan perpisahan akan diadakan. Salah satu daripada tiga kaedah berikut akan digunapakai : 8.1.1 Perbelanjaan jamuan dikutip daripada ahli-ahli yang lain berdasarkan jumlah yang dipersetujui ahli kelab. 8.1.2 Separuh perbelanjaan ditanggung oleh kelab dan separuh lagi ditanggung ahli. 8.1.3 Ahli-ahli kelab menyumbangkan makanan mengikut kemampuan untuk penyediaan jamuan. 8.2 Jamuan tahunan akan diadakan pada hujung tahun untuk semua ahli. Tempat akan ditetapkan oleh AJK. Bayaran tambahan akan dikutip daripada ahli mengikut kadar yang diperlukan. Pasangan dan anak-anak tidak dianggap ahli kelab dan perlu membayar kos jamuan yang akan ditentukan dalam mesyuarat AJK.
9. KEMATIAN Jika berlaku kematian, Kelab Guru dan Kakitangan akan bertindak mengikut syarat-syarat berikut ; 9.1 Wang Sumbangan kematian ahli akan disumbangkan dari Wang Tabung Kebajikan bernilai RM50 dan tambah nilai melalui kutipan derma. 9.2 Kematian anggota keluarga ahli (suami, isteri,ibu bapa dan anak sahaja) akan disumbangkan dari Wang Tabung Kebajikan bernilai RM30 dan tambah nilai melalui kutipan derma.
10. MENUNAIKAN FARDU HAJI Derma ikhlas akan dikutip daripada ahli-ahli untuk disumbangkan kepada ahli-ahli yang akan mengerjakan ibadah haji. Majlis doa selamat akan diadakan jika ada ruang dan masa. 11. KEGIATAN LUAR 11.1 Kelab Guru dan Kakitangan sekiranya perlu dan bersesuaian akan menerima pelawaan atau jemputan pihak luar untuk membuat promosi, pameran, ceramah, aktiviti kesukanan, kemahiran hidup, kelas fardhu ain dan sebagainya yang difikirkan sesuai dan perlu diadakan. Sebarang aktiviti luar adalah terbuka kepada semua ahli untuk menyertainya. 11.2 Sebarang aktiviti anjuran kelab akan diadakan seperti pertandingan sukan, lawatan, sukaneka dan sebagainya bagi mengeratkan lagi hubungan kekitaan antara ahli kelab.
12. DERMA Jika terdapat permohonan derma daripada luar, kutipan akan dibuat dikalangan guru-guru secara sukarela. 13. MESYUARAT 13.1 Mesyuarat agung akan diadakan selepas Mesyuarat Guru (1) 13.2 Mesyuarat AJK diadakan mengikut keperluan.
GURU DAN KAKITANGAN
TERIMA KASIH AJK KGK 2023-2025