The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

YP - 19102022 Buku Majlis MTTNP versi 11

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zarinah, 2022-10-18 23:42:43

YP - 19102022 Buku Majlis MTTNP versi 11

YP - 19102022 Buku Majlis MTTNP versi 11

MAJLIS PERASMIAN
KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ TURATH

NEGERI PAHANG

MAAHAD TAHFIZ TURATH
NEGERI PAHANG

PADA HARI JUMAAT, 21 OKTOBER 2022 BERSAMAAN 24 RABIULAWAL 1444 HIJRAH
DI KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG,

MUKIM SUNGAI KARANG, 26100 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

MAJLIS
PERASMIAN KOMPLEKS
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG
MAAHAD TAHFIZ TURATH

NEGERI PAHANG

MAJLIS ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTI RASUAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH

MYKARIAHATAS LIMPAH PERKENAN BERANGKAT BERCEMAR DULI

KE MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG
PADA HARI JUMAAT, 21 OKTOBER 2022 BERSAMAAN 24 RABIULAWAL 1444 HIJRAH

DI KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG,
MUKIM SUNGAI KARANG, 26100 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

Gerbang Komuniti
Ahli Qaryah Malaysia

• 01 •

KATA ALU-ALUAN

YAB MENTERI BESAR PAHANG

DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL

SSAP., SUMW., DSAP., DIMP., SMP., AMP.

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.
Alhamdulillahi rabbil alamiin wassolatu
wassalamu ala ashrafil anbia wal mursalin wa ala aalihi
wasohbihi ajmaain. Amma ba’du
Syukur Alhamdulillah kerana dengan taufik dan hidayahnya dapat kita
merasmikan Kompleks Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP).
Menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong AI-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah AI-Musta’in Billah yang telah
menyempurnakan perasmian kompleks ini.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Yayasan Pahang (YP) dan
Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) yang mengambil
inisiatif menubuhkan institusi ini. Adalah diharapkan MTTNP dapat membantu
Kerajaan Negeri dalam mengembangkan lagi syariat Islam di negeri ini terutama
dalam proses melahirkan lebih ramai ilmuan dalam bidang agama.

Kolaborasi pintar antara YP dan PKPP ini telah menampakkan hasil apabila
ramai pelajarnya telah berjaya menghafaz Al-Quran, bersyahadah malah
cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum di peringkat negeri, negara
malah hingga ke peringkat dunia. Alhamdulillah.

Saya berharap MTTNP akan terus cemerlang dan muncul sebagai institusi
tahfiz terkemuka di Malaysia dalam melahirkan ulamak yang bukan sahaja
berjaya menguasai ilmu Turath tetapi juga meliputi adab, tarbiah, tazkiah dan
tarqiah.

Sekali tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang telah merealisasikan
penubuhan MTTNP. Semoga ia terus berkembang dan berjaya melahirkan hafiz
dan hafizah al-Quran yang menguasai kitab Turath secara teori dan amali serta
mampu berada di arus perdana dalam memimpin masyarakat mengamalkan
Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum warah matullahi
wabarakatuh.

• 03 •

KATA ALU-ALUAN

AHLI LEMBAGA PENGARAH
YAYASAN PAHANG

YB DATO’ SRI SYED IBRAHIM BIN
SYED AHMAD

SSAP., DIMP., AMP., AMN.

Bismillahirrahmanirrahiim

Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh

Setinggi-tinggi pujian kehadrat Allah swt, pencipta dan pentadbir semesta alam
yang bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan salam
kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga Baginda serta para sahabat.

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) sudahpun
disempurnakan penubuhannya oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong AI-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah AI-Musta'in Billah.
Penubuhan maahad tahfiz ini adalah antara bukti Kerajaan Negeri melalui
Yayasan Pahang (YP) sangat komited dalam memastikan anak-anak Pahang
mendapat akses pendidikan dalam pelbagai peringkat pengajian. Bidang
pengajian hafazan Al-Quran antara yang diberikan tumpuan malah diperluaskan
lagi dengan penubuhan gabungan elemen kitab-kitab Turath.
Alhamdulillah, bagi mencapai matlamat tersebut, YP dan Perbadanan Kemajuan
Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah menjalinkan kolaborasi pintar dengan
membangunkan sebuah institusi tahfiz yang pertama di Malaysia dengan
menggabungkan tiga kurikulum utama iaitu Kurikulum Hafazan Al-Quran,
Kurikulum Turath dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
MTTNP bermatlamat melahirkan hafiz al-Quran yang menguasai kitab Turath
secara teori dan amali dalam memimpin masyarakat mengamalkan Al-Quran dan
As-Sunnah dalam kehidupan. Sebagai makluman, kitab Turath ialah kitab
penulisan ulama muktabar terdahulu yang diwariskan dan diperturunkan daripada
generasi ke generasi. Antara kitab Turath yang digunakan adalah hasil penulisan
Imam Asy-Syafie, Imam An-Nawawi dan Imam Al-Ghazali.

Dengan wujudnya MTTNP ini kita berharap agar lebih ramai ulamak muktabar
dapat dihasilkan bukan sahaja di peringkat negeri dan negara malah hingga ke
peringkat dunia, InsyaAllah

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

• 04 •

ATURCARA

MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG

Tarikh : 21 Oktober 2022 bersamaan 24 Rabiulawal 1444 Hijrah
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Kompleks Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang,

Mukim Sungai Karang, 26100 Kuantan, Pahang Darul Makmur

10.30 pagi : Ketibaan dif dif jemputan

10.40 pagi : Ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang

10.50 pagi : Keberangkatan tiba
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang

11.00 pagi : Keberangkatan tiba
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong

: Bacaan Doa oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang

: Persembahan Ucapan Alu Aluan oleh
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang

: Persembahan Multimedia

: Perasmian Kompleks Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang
Disempurnakan Oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

: Majlis Santapan / Jamuan tengah hari

: Keberangkatan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
dan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang
meninggalkan majlis

: Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang
meninggalkan majlis

: Majlis bersurai

• 05 •

Latar Belakang
Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang

(MTTNP)

Kepentingan Kurikulum Bersepadu

Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang adalah sebuah pusat pengajian Tahfiz al-Quran
yang menggabungkan sistem hafazan al-Quran dan pengajian kitab Turath yang
diberi nafas baru dengan kaedah dan pendekatan moden namun mengekalkan ciri-ciri
tradisional seperti sanad keilmuan, tarbiah dan adab dalam sistem pengajiannya.

Objektif Penubuhan

Melahirkan modal insan yang menghafaz dan memahami 30 juzuk
al-Quran serta menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan syariah,
akidah dan tasawwuf yang mantap.

Mengembalikan sistem pengajian pondok tradisional (Turath) dengan
gabungan kurikulum tahfiz kebangsaan menjadikan ianya sebagai satu
program yang lengkap dan selari dengan arus perdana.

Melahirkan ulama dan ilmuan Islam (Ulama Amilin) yang boleh menjadi
contoh tauladan serta membawa perubahan kepada masyarakat,
negeri dan negara.

Wadah untuk melahirkan modal insan cemerlang duniawi dan ukhrawi,
yang berdaya saing, progresif, daie, pejuang serta memiliki sifat dan
keperibadian unggul salafus soleh.

Benteng ummah untuk mempertahankan akidah Ahlus Sunnah Wal

Jamaah serta membanteras fahaman-fahaman sesat,

amalan-amalan bidaah dan khurafat yang menyalahi akidah dan

syariah.

• 06 •

Visi & Misi

Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang
(MTTNP)

MISI
MTTNP bercita-cita menjadi sebuah institusi yang terkemuka di
Malaysia dalam melahirkan ulama' yang menguasai ilmu Turath.

VISI
MTTNP berusaha melahirkan ulama' dan ilmuan Islam yang bukan
hanya pada ilmunya, tetapi juga meliputi adab, tarbiah, tazkiah

• 07 •

KOKURIKULUM &
KEMAHIRAN INSANIAH

Kurikulum di Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang menggabungkan
sistem hafazan al-Quran, Akademik dan pengajian kitab Turath
yang diberi nafas baru dengan kaedah dan pendekatan moden
namun mengekalkan ciri-ciri tradisional seperti sanad keilmuan,
tarbiah dan adab dalam sistem pengajiannya.

IJAZAH SARJANA MUDA, SARJANA &

Aspek pembaKnEDgOKuTOnDRAAaLNAnDMI DINmASNTIoLTUUAdTRPEaNNElGGAAiJRInAANsTaINnGGI

TARANNUM BERENANG
SENI BELA DIRI MENUNGGANG KUDA

MEMANAH PELBAGAI JENIS SUKAN

KOMUNIKASI / PERTUKANGAN / PERTANIAN /
KEUSAHAWANAN MASAKAN DAN JAHITAN

• 08 •

HALA TUJU PELAJAR LEPASAN
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI PAHANG

(MTTNP)

LEPASAN MTTNP

IJAZAH SARJANA MUDA, SARJANA &
KEDOKTORAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

DALAM DAN LUAR NEGARA

BIDANG PENGAJIAN BIDANG PENGAJIAN
BAHASA AL-QURAN

BIDANG PENGAJIAN ISLAM
SYARIAH • USULUDDIN • ULUM ISLAMIYYAH

BIDANG PROFESIONAL
• EKONOMI • MUAMALAT • PERBANKAN ISLAM
• PERAKAUNAN • UNDANG-UNDANG • PENGURUSAN

UNIVERSITI DI UNIVERSITI DI
JORDAN MOROCCO

UNIVERSITI OF YARMOUK WISE UNIVERSITY UNIVERSITY UNIVERSITY
JORDAN UNIVERSITY UNIVERSITY OF HASSAN II MOHAMMED V QARAWIYYIN

UNIVERSITI UNIVERSITI
AL-AZHAR, MESIR ISLAM AL-HUDA, KARALA

• 09 •

Pencapaian Akademik

Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang
(MTTNP)

AIMAN HAKIM BIN AHMAD IRFAN
TINGKATAN 3 AL-MALIKI
atas kejayaan dalam
Majlis Syahadah Hafazan Al-Quran
24 Juzuk (Tahap 4)
Muhammad Zakuan Bin Hamzah
TINGKATAN 3 AL-MALIKI
atas kejayaan dalam
Majlis Syahadah Hafazan Al-Quran
18 Juzuk (Tahap 3)

Mohamad Darrisharqi Bin
Mohd Darwiza
TINGKATAN 2 AL-MALIKI
atas kejayaan dalam
Khatam Hafazan 30 Juzuk Al-Quran

• 1007 ••

Pencapaian Kokurikulum

Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang
(MTTNP)

Muhammad Adib Rusyaidi Bin
Muhammad Puad
TINGKATAN 2 AL-MALIKI
atas kejayaan dalam
Johan Hafazan Al-Quran (10 Juzuk)
Kategori Menengah Pertandingan
Liga Hafazan Peringkat Negeri Pahang
adam Rayyan Bin Imaduddeen
Top 10
8th Mobile Chess x Communtiy Hero
Championship 2021 (Under 17 Boys)

• 0117 ••

Pencapaian Kokurikulum

Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang
(MTTNP)

Adam Haris Bin Nortaufik
PENYERTAAN PERTANDINGAN PERAHU LAYAR

PERINGKAT KEBANGSAAN

Ahmad Zainul ‘Abidin Bin Khairuddin
Tingkatan 2 Al-Maliki
Atas Kejayaan Memperoleh
Tempat Ketiga, Pertandingan Membaca
Naskah Lama (Manuskrip)
Perkingkat Kebangsaan
Ilhan Muhammad Bin Irham
Tingkatan 2 Al-Maliki
Atas Kejayaan Memperoleh
Naib jOHAN, Pertandingan Membaca
Naskah Lama (Manuskrip)
Perkingkat Kebangsaan

• 1027 ••

Penghargaan

PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN
NEGERI PAHANG

• 1037 ••

Nota

• 14 •

MAAHAD TAHFIZ TURATH
NEGERI PAHANG

Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,

26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-518 1800 | Faks: 09-518 1888


Click to View FlipBook Version