The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zarinah, 2022-04-13 20:43:59

Buletin YP Edisi 1 Jan-Mac 2021

Buletin YP Edisi 1 Jan-Mac 2021

YaByuleatsinan

PAHANG

EDISI 01 2021
(Januari - Mac)

RM52 JUTA 5

UNTUK 61,721 2,100 anak Pahang
PENDIDIKAN bakal menjadi
ANAK PAHANG usahawan

7

YP terima
lawatan ulama
terkenal nusantara

20

YP perkasa
pendidikan tahfiz di
negeri Pahang

Memartabatkan Masyarakat
Yayasan Pahang

Kandungan

345 67
Tinta CEO RM200 ribu untuk 2,100 anak Pahang RM52 juta untuk YP terima
Yayasan Pahang bakal menjadi
mangsa banjir usahawan 61,721 pendidikan anak lawatan ulama
8
seluruh negeri 10 Pahang tahun ini terkenal Nusantara

2 masjid pusat TFD 9 11 12
terima anugerah PKK Rompin KKYP bantu MAMPAN prihatin Sijil Kelasi Dek dan
peringkat kebangsaan bantu keluarga ahli terlibat banjir
bantu mangsa Sijil Kelasi Enjin:
13 18 19
YP pastikan aktiviti - KKYP bantu Meow Island dapat banjir Pahang Program baru tajaan YP
sentuhan KKYP
aktivitinya sentiasa sanitasi di masjid 20 23
27
cemerlang kejiranan YP perkasa Kerjasama YPPH,

24 26 pendidikan tahfiz di KYPAS berjaya lahirkan
The doctorate
without philosophy negeri Pahang 100 perantis ladang

30 28 29
Sumbangan bantuan Konsulat Indonesia Latihan upskilling SAP beri peluang
dan reskilling mahasiswa menambah
banjir kepada puji usaha YPPH percuma kepada nilai kelulusan
penerima manfaat akademik semasa
kakitangan dan pekerja PERKESO sewaktu
pandemik
32 34
UCYP: UCYP: Perkenal Education YTC UCYP terima
Cakna situasi, agih
sumbangan Operational Excellence dana dari Kerajaan
untuk komuniti
(Kecemerlangan Negeri Pahang, YP.

Operasi Pendidikan)

35 36 37

Pameran Virtual : 19 pelajar KYP Kenali kelulut hasil
Syllabus Reloaded tajaan YP keluaran pelajar KYP
Platform Exhibition

REDAKSI PENGARANG KINI LEBIH MUDAH

Penasihat : Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang Bayaran balik pinjaman pendidikan melalui

Dato’ Mahmud Bin Mohd Nawawi

Editor : Zarinah Hamid

Wartawan : YP & Kumpulan

Rekabentuk & : Yayasan Pahang

Rekaletak

YAYASAN PAHANG,
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Tel: 09-518 1800 Faks: 09-518 1888
Laman web: www.yp.org.my E-mail: [email protected]

Yayasan Pahang

Tinta CEO

TINTA CEO
Yayasan Pahang

Assalamualaikum wbt dan Salam Dato’ Mahmud Mohd Nawawi
Sejahtera. AMP., DIMP
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat
Allah swt kerana berpeluang menulis Ketua Pegawai Eksekutif,
sekali lagi di ruangan ini, yang pertama Yayasan Pahang
untuk tahun 2021.
Bicara tinta kali ini lebih memberi fokus Terkini, kerjasama strategik di antara
kepada isu pengangguran yang sedang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan
berleluasa berikutan berlakunya penularan Kerajaan Negeri menerusi program State
pandemik COVID-19 yang belum berakhir KPT-CAP melalui YP akan dilaksanakan di
lagi selepas genap setahun pada 18 Mac bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
2020 dikesan di negara ini. (PENJANA) dalam membantu graduan
Paling terkesan ialah golongan pelajar anak-anak Pahang meningkatkan kemahiran
sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seterusnya menyediakan penempatan
bilamana sistem pembelajaran mereka pekerjaan kepada graduan yang masih
bertukar 100 peratus daripada bersemuka menganggur.
kepada atas talian. Selain itu kita juga akan melatih 500 graduan
Bukan itu sahaja, pelajar yang sudah menerusi dana berjumlah RM1.8 juta bagi
menamatkan pengajian juga dalam penyediaan latihan dan geran permulaan
dilema untuk menceburi dunia kerjaya perniagaan syarikat dalam merealisasikan
apabila pasaran pekerjaan melakukan program berkenaan. Daripada jumlah itu,
pemberhentian drastik pekerja sedia ada. sebanyak RM1.2 juta diperuntukkan kepada
Ramai diberhentikan kerja serta merta 300 graduan menerusi program Place & Train
mahupun secara berperingkat. Lepasan dan RM600,000 bagi 200 graduan menerusi
universiti pula gagal menempatkan diri program keusahawanan.
dalam pasaran kerja terutama yang baru Saya yakin dan percaya dengan usaha berterusan
tamat pengajian. ini, kadar pengangguran di kalangan anak
Walau apapun situasi yang menghimpit muda lepasan institusi pengajian khususnya
negara, Yayasan Pahang (YP) tetap di negeri ini dapat diminimumkan sebaik
komited membantu anak-anak Pahang mungkin sekali gus membantu memulihkan
apabila memperuntukkan RM65 juta keadaan ekonomi semasa terutama di
pada tahun ini untuk bantuan dan aktiviti Pahang. Insya Allah.
pendidikan mahupun kemasyarakatan Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan
Justeru, YP pada tahun 2021, mengambil ribuan terima kasih kepada YAB Menteri
inisiatif memperkenalkan dua program Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan
utama membabitkan lebih 2,000 belia Ismail selaku Pengerusi Lembaga Pemegang
termasuk graduan bagi menjalani latihan Amanah Yayasan Pahang dan Ahli-ahli Lembaga
dan diberi bimbingan sebelum diserapkan yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap
dalam pelbagai sektor pekerjaan. segala usaha Yayasan Pahang dalam memarta-
Dua program membabitkan latihan batkan pendidikan anak-anak Pahang.
pekerjaan dan bimbingan keusahawanan Sekian, terima kasih. Jumpa lagi!
ternyata dapat membantu mereka memi-
lih kerjaya yang bersesuaian dengan
minat.

“Memartabatkan Masyarakat dari rakyat untuk rakyat”
3

Sumbangan banjir negeri Pahang Yayasan Pahang (YP) menyerahkan
sumbangan berjumlah RM 200 ribu
RM200 ribu kepada Tabung Bencana Negeri
untuk mangsa Pahang.
banjir seluruh
Sumbangan diserahkan oleh Ketua
negeri Pegawai Eksekutif YP, Dato'
Mahmud Mohd Nawawi kepada YAB
Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji
Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu
acara ringkas di pejabat Menteri
Besar Pahang.

Semoga sumbangan ini dapat

memberi manfaat kepada

anak-anak Pahang yang terjejas

dengan musibah banjir awal tahun

ini.

4

Program Penjana
KPT - CAP

2,100 graduan
anak Pahang
bakal menjadi

usahawan

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mensasarkan seramai 2,100
graduan yang tamat pengajian pada 2020 dan 2021 memperoleh pekerjaan menerusi
program yang bakal dianjurkan bagi mengelak berlaku kadar pengangguran yang lebih
tinggi kesan daripada wabak pandemik Covid-19 yang masih berlarutan sehingga hari ini.

KPT - CAPDaripada jumlah itu, kerajaan negeri mensasarkan 1,205 individu bakal dilatih mengikuti

program yang disediakan sebelum diserapkan dalam pelbagai bidang pekerjaan
bersesuaian manakala 895 lagi akan dilatih dan diberi bimbingan dalam bidang
keusahawanan.

Program berkenaan diyakini dapat membantu graduan memperolehi pendapatan dan
meneruskan kehidupan dengan baik tanpa perlu menganggur dalam tempoh yang lebih
lama.

Seramai 60 peserta akan dipilih untuk mengikuti latihan Offshore Marine In Hospitality &
Management diikuti Maritime Catering & Services 50 perserta; Terminal Tractor Operator
(90) Barbering Course And Training (70); Plantation Technician (Harvester) (560); SAP
Accounting System (75) dan Jobs@State KPT-CAP (300).

YP juga akan memberi latihan dalam pelbagai bidang keusahawanan dan mensasarkan
25 peserta mengikuti program Usahawan Asnaf diikuti Usahawan Digital seramai 40
orang; Usahawan Anchor (10); Usahawan Belia (50); Usahawan MAMPAN (25); Usahawan
Orang Asli (75); Pahang Young Entrepreneur (200) Gradpreneur @Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) - Career Advancement Programme (CAP) (200) dan Usahawan YP Prihatin
(270).

Terkini, dalam sesi kunjungan hormat kepada Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri
Noraini Ahmad akhir Mac baru-baru ini , YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Wan Rosdy Wan
Ismail menyambut baik kerjasama strategik antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
dan kerajaan negeri menerusi program State KPT-CAP yang dilaksanakan di bawah Pelan
Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu graduan anak-anak Pahang
meningkatkan kemahiran seterusnya menyediakan penempatan pekerjaan kepada
graduan yang masih menganggur.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri menerusi YP
bersetuju menyediakan dana berjumlah
RM1.8 juta bagi penyediaan latihan dan
geran permulaan perniagaan syarikat
pemula kepada 500 graduan anak Pahang
dalam merealisasikan program PENJANA
KPT-CAP di Pahang.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.2 juta

diperuntukkan kepada 300 graduan

menerusi program Place & Train RM600,00

bagi 200 graduan menerusi program

keusahawanan. Diharap agar graduan anak

Pahang mengambil kesempatan

menggunakan peluang yang disediakan ini

sepenuhnya.

55

Sumbangan pendidikan

anak-anak negeri Pahang

RM52 juta
untuk 61,721
pendidikan
anak Pahang

tahun ini

Seramai 61,721 orang anak-anak di negeri Pahang akan menerima manfaat dalam bidang
pendidikan membabitkan peruntukan berjumlah RM52 juta pada tahun ini.

Serahan replika cek berkenaan dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang,
YH Dato' Mahmud Mohd Nawawi kepada YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan
Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang 10 Mac baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM18.8 juta diperuntukkan untuk 31,751 penerima Biasiswa
Sekolah Menengah (BSM), RM6.3 juta untuk 21,002 penerima Biasiswa Sekolah Rendah
(BSR) dan bakinya RM3.6 juta untuk Program Peningkatan Kualiti Pendidikan.

Di peringkat pengajian tinggi pula, YP memperuntukkan RM17.2 juta untuk pinjaman
pendidikan membabitkan 2,633 penerima, RM3.1 juta (biasiswa) bagi 335 penerima dan
RM3 juta (Geran Awal Bantuan ke IPT) membabitkan 6,000 penerima.

Dato' Sri Wan Rosdy berkata, setiap tahun, YP adalah penyumbang utama kepada
bantuan pendidikan di negeri ini berbanding biasiswa tajaan pihak lain.

"Keistimewaan biasiswa ini pula ialah, permohonan hanya dibuat sekali dan akan
berterusan sehingga tamat persekolahan dalam satu-satu peringkat pengajian," katanya
di majlis penyampaian sumbangan berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui YP sangat komited dalam memastikan anak-anak
Pahang mendapat akses kepada pendidikan dalam pelbagai peringkat pengajian.

"Bermula dengan peruntukan hanya RM1.5 juta pada tahun 1983, kini YP telah berjaya
mendapatkan sumber pendapatannya sendiri untuk diagihkan kepada anak-anak
Pahang," katanya.

Sehingga kini, YP telah membelanjakan
kira-kira RM1.34 billion yang memberi
manfaat kepada 1.7 juta anak-anak negeri
dalam pelbagai peringkat pendidikan.

Beliau berkata YP turut membantu pelajar

meningkatkan kualiti pendidikan di

sekolah-sekolah melalui pelbagai program

akademik seperti Program Jawab Untuk

Jaya (JUJ), Program Intervensi Semua Subjek

A (PiSSA), Program Perancangan Harus

Lulus (PERHALUS) dan Program Anak Yatim

Permata Hati (PERHATI).

Selain itu, katanya, program berimpak tinggi
seperti Program Baca Cepat Kawanku (BCK)
dilaksanakan bagi membantu murid yang
tidak boleh membaca pada awal Tahun 1
serta Program Peningkatan Pendidikan
Khas bagi membantu Murid Berkeperluan
Khas (MBK).

6

Lawatan Ulamak Terkenal Nusantara Beliau juga amat menyokong idea dan
usaha membangunkan projek Maahad
YP terima Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) dan
lawatan ulama MMWC serta bersetuju bekerjasama
terkenal menjayakan program pengisian ilmu
Nusantara sekiranya bandar ini siap dibangunkan dan
beroperasi kelak.
Yayasan Pahang bertuah dan berbesar hati
apabila menerima kunjungan ulama Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terkenal nusantara Tuan Guru Sheikh terima kasih di atas kesudian beliau
Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al- meluangkan masa ke YP dalam jadual
Banjari Al-Makki dan delegasinya Mac yang ketat. Sama-sama kita doakan agar
baru-baru ini. urusan pembangunan bandar waqaf ini
yang bakal memanfaatkan pelbagai
Acara dimulakan dengan solat berjemaah golongan masyarakat dipermudahkan.
di Masjid Maahad Tahfiz Negeri Pahang
(MTNP) seterusnya taklimat ringkas
mengenai pembangunan Bandar Waqaf
Madinah Mawaddah (MMWC) oleh Ketua
Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Dato'
Mahmud Mohd Nawawi di Kompleks
Yayasan Pahang.

Dalam ucapan balasnya TG Sheikh
Muhammad Nuruddin mengharapkan
agar MMWC muncul sebagaimana kota
Madinatul ilmi wal ulama, sebuah kota yg
dibangunkan pada zaman khalifah Harun
Arrasyid yang menjadi tumpuan
berkumpulnya ramai ulama dan ilmuan.

7

Terima Anugerah

Peringkat Kebangsaan

2 masjid
pusat TFD
terima
anugerah
peringkat
kebangsaan

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan

penghargaan kepada dua pusat pengajian

Tafaqquh FIddin Negeri Pahang (TFD) iaitu

Masjid Taman Temerloh Jaya

(pengimarahan), dan Masjid Tengku

Mahkota Abdullah, Rompin yang berjaya

memenangi anugerah Masjid Terbaik

Standard Penarafan Masjid Malaysia 2020

anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) awal Mac baru-baru ini.

Masing-masing membawa pulang
RM20,000 (TTJ) manakala Masjid Tengku
Mahkota Abdullah Rompin menerima
RM10,000.

Kedua-dua masjid ini menjadi pusat
pengajian kelas Tafaqquh Fiddin (TFD)
Negeri Pahang dengan hampir 400
peserta selain menjadi Pusat Khidmat
Komuniti TFD Yayasan Pahang. Tahniah
kepada pihak pengurusan masjid!

8

PKK Rompin

PKK Rompin
bantu keluarga

Sepuluh keluarga telah menerima kotak rezeki Yayasan Pahang (YP) melalui Pusat
Khidmat Komuniti Tafaqquh Fiddin ( PKK TFD) Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin
baru-baru ini.
Sumbangan di sampaikan oleh Ustaz Noor Haizrul Hashim, Penyelia TFD masjid
berkenaan. PKK TFD kini berfungsi sebagai pusat sehenti (one stop center) kepada orang
ramai yang memerlukan bantuan mahupun khidmat nasihat.

Fakta :

’One Stop Centre’
bagi mendapatkan

perkhidmatan
agensi melalui PKK

yang diwujudkan.

9

Bantuan Banjir

KKYP bantu
ahli terlibat
banjir

Kelab Keluarga Yayasan Pahang (KKYP)
diketuai oleh Yang DiPertuanya, Encik
Onn Abd Rani meninjau beberapa rumah
ahlinya di sekitar Kuantan yang
ditenggelami banjir tempoh hari.

Sumbangan terdiri daripada peralatan
kebersihan diri, bahan-bahan pencuci,
pelitup muka, pembersih tangan dan
bahan asas disampaikan bukan sahaja
kepada ahli KKYP yang terlibat banjir
malah kepada penduduk sekitar.

Semoga sumbangan kecil ini dapat
meringankan beban selain menceriakan
mereka yang terlibat. Selain KKYP,
sumbangan juga diterima daripada
wargakerja YP. Terima kasih di atas
keprihatinan semua!

Bergabung tenaga
membantu mangsa banjir
di Temerloh

Berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul. Sayu melihat kemusnahan
akibat banjir...surau, sekolah juga rumah
penduduk sekitar.

Justeru atas rasa tanggungjawab dan
keprihatinan, misi bantuan digerakkan.
Misi bantuan banjir daerah Temerloh ini
adalah gabungan tenaga wargakerja
Yayasan Pahang (YP), Kelab Keluarga
Yayasan Pahang (KKYP) dengan
kerjasama AJK Masjid Taman Temerloh
Jaya, Pusat Khidmat Komuniti TFD dan
Majlis Mahasiswa Anak Pahang
(MAMPAN) berganding bahu membantu
pembersihan dan menghantar kotak
rezeki barangan kepada yang terlibat.

10

Bantuan Banjir

MAMPAN prihatin
bantu mangsa
banjir Pahang

20 sukarelawan Majlis Mahasiswa Anak
Pahang di IPT (MAMPAN) di bawah
kelolaan Yayasan Pahang (YP)
berganding bahu menyumbang tenaga
membantu agihan bantuan seperti
makanan, selimut dan barangan
keperluan mandian kepada mangsa
banjir di Negeri Pahang.

Seawal pagi, ahli-ahli MAMPAN

berkumpul di Depoh Simpanan

Keperluan Bencana Negeri Pahang bagi

membantu Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM) membuat agihan

bantuan ini. Turut serta dalam misi ini

adalah Persatuan India Prihatin,

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan

Malaysian Relief Agency (MRA).

11

Sijil Kelasi Dek dan Sijil Kelasi Enjin

Sijil Kelasi Dek dan
Sijil Kelasi Enjin:
Program baru tajaan YP

Pelatih sedang melaksanakan Yayasan Pahang (YP) telah membuka
praktikal kemahiran seamanship penajaan baharu bagi Program Profisiensi
Perkapalan Sijil Kelasi Dek dan Sijil Kelasi
Enjin dengan kerjasama Pelita Akademi
Sdn Bhd.
Program yang berkonsepkan rakan
kerjasama dengan industri perkapalan ini
dan berupaya memberi jaminan kerjaya
kepada pelatih selepas tamat kursus yang
dijalankan selama 2 bulan.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2020,
seramai 11 pelatih berjaya menamatkan
kursus dan telah menerima tawaran di
Syarikat Perkapalan Ekspress Bahagia
(Langkawi) Sdn Bhd dan Bistari Gemilang
Travel Sdn Bhd.

12

WOW Yayasan Pahang

YP pastikan aktiviti-aktivitinya
sentiasa cemerlang

Keberadaannya dirasai masyarakat Pahang

Keberadaan Yayasan Pahang (YP) di negeri Pahang khususnya dalam industri pendidikan,
aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan amat dirasai oleh masyarakat di negeri ini.
Sebanyak RM1.32 billion telah dibelanjakan yang telah memberi manfaat kepada lebih 1
juta penerima sejak diwujudkan pada 1983 hingga 2020.

Tahap kepuasan pelanggan –
program mystery customer shopper
tentukan tahap kepuasan pelanggan YP

Yayasan Pahang (YP) selaku organisasi yang memberi perkhidmatan kepada orang ramai
sentiasa memberi keutamaan terhadap kepuasan pelanggan. Setiap pelanggan yang
berurusan akan dipastikan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan tanpa
mengira saluran berurusan.
Sehubungan itu, perkhidmatan YP sentiasa dinilai melalui program Mystery Shopping
yang dijalankan oleh pihak ketiga secara berkala. Bagi tahun 2020 penilaian kadar
kepuasan pelanggan yang dicapai adalah 94%. YP juga masih mengekalkan penilaian ke
atas empat perkhidmatan iaitu kaunter, telefon, email dan surat. Berikut adalah rajah
perbandingan pencapaian penilaian Program Mystery Shopping YP sejak tahun 2017
hingga 2020.

13

AIGA: Pertama di Malaysia
dan Pahang - 41 organisasi
bakal terima anugerah Jun ini

Buat julung-julung kalinya di Malaysia, Yayasan Pahang dengan kerjasama Institut
Integriti Malaysia (IIM) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan
pertandingan bagi merebut Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA2020).
Anugerah bertujuan memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam
dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti,
tadbir urus terbaik serta inisiatif anti rasuah dalam organisasi mereka.
AIGA berjaya menarik penyertaan 41 dari Jabatan Negeri, Badan Berkanun, GLCs, syarikat
dan lain-lain organisasi. Anugerah dijangka akan diumumkan Jun ini.

Sementara itu Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)
muncul sebagai maahad tahfiz pertama dan agensi
kerajaan negeri Pahang ketiga selepas YP dan Majlis
Daerah Cameron Highlands memperolehi pensijilan
ABMS 37001:2016 pada tahun 2021.

14

Pusat Khidmat Komuniti
(PKK) - pendekatan baru
YP kepada masyarakat

YP telah mengubah perspektif memberi bantuan kepada capaian iaitu dengan
mengupaya komuniti setempat mengenalpasti masyarakat yang memerlukan bantuan.
Ahli komuniti melalui kelas Taffaquh Fiddin (TFD) yang berada di 21 pusat di negeri
Pahang bertindak sebagai agen Skuad Cakna Ummah untuk melaporkan masalah dan
bantuan yang diperlukan oleh golongan yang memerlukan.
Justeru YP mengembangkan lagi PKK bermula dengan hanya dua pusat pada tahun
2020 kepada 13 pusat pada 2021 iaitu lima PKK Taffaquh Fiddin (TFD) dan; tiga PKK
mahasiswa di tiga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan PKK Orang Asli di lima
kawasan.
Sebanyak 505 kes telah berjaya diselesaikan dengan implikasi kewangan sebanyak
RM60,468.

Program Baca Cepat Kawanku
- bantu murid tahun 1 cepat membaca

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
(JPNP) ini menghasilkan impak besar apabila berjaya meningkatkan kadar murid Tahun 1 yang boleh
membaca seawal 6 bulan tempoh pembelajaran formal di sekolah.
BCK buat pertama kalinya dijalankan pada 2019 di sekolah-sekolah di 9 buah
daerah seluruh negeri Pahang dengan penglibatan seramai 18, 952 murid Tahun 1.
Sehingga 31 Oktober 2019, statistik menunjukkan seramai 17,457 murid atau 92.11%
yang sudah boleh membaca. Manakala seramai 1,495 murid atau 7.89% masih
belum boleh membaca dengan lancar. Mereka ini akan dipantau semasa di Tahun
2 agar tidak terus tercicir. Ternyata program ini telah dapat membantu
memastikan murid menguasai asas kepada ilmu iaitu membaca.

15

Program Anak Yatim Permata Hati (Perhati)
- 75% berjaya ke peringkat tinggi

Program ini adalah inspirasi dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan
Haji Ahmad Shah pada tahun 2017 yang ketika itu merupakan Tengku Mahkota Pahang. Beliau
mahukan anak-anak yatim di negeri Pahang terbela dalam jangka masa panjang dan tidak hanya
diingati dalam keadaan tertentu sahaja.

Penglibatan murid anak yatim yang berada di Tingkatan 5 pada tahun 2018 adalah seramai 1,813 orang,
daripada jumlah ini seramai 1,356 orang atau 75% berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari
yang ditawarkan pada tahun 2019.

Dari segi kemenjadian murid, anak-anak yatim ini telah diberi perhatian dan bimbingan agar mereka
menjadi insan yang berguna dan boleh menabur bakti kepada keluarga serta masyarakat.
Berdasarkan statistik jumlah yang berjaya melanjutkan pengajian dan yang telah bekerja untuk
menyara keluarga adalah seramai 1,647 orang dengan peratusan sebanyak 90.8%.

Program ini telah membantu anak-anak yatim dalam menentukan halatuju mereka selepas tamat
pengajian di sekolah menengah seterusnya membimbing mereka menjadi masyarakat yang berbakti
pada keluarga, agama dan negara.

Kisah Kejayaan Anak - Anak Perhati

Nama Murid : Muhamad Haziq Bin Rosni Nama Murid : Teo Wen Long
Kerjaya Sekarang : Engineer Power System Kerjaya Sekarang : It Programmer
Tempat Kerja : Angkasa Jurutera Perunding Sdn Bhd, Selangor Tempat Bekerja : Qumon Intelligence, Menara Aia Sentral,
Penerima : Program Anak Yatim Permata Hati – Perhati
Penerima Bukit Bintang
: Program Anak Yatim Permata Hati – Perhati

Nama Murid : Muhammad Nurhafizzul bin Zulkifli Nama Murid : Siti Noraqilah binti Mohd Sazali
Kerjaya Sekarang : Mekanik Kerjaya Sekarang : Akauntan
Tempat Kerja : DMM Perodua Butterworth, Pulau Pinang Tempat Bekerja : Bullish Aim Sdn Bhd, Johor
Penerima : Program Anak Yatim Permata Hati – Perhati Penerima : Program Anak Yatim Permata Hati – Perhati

16

Pembangunan
Usahawan

Program dengan kerjasama Ainon Business School (ABS) ini
bertujuan meningkatkan motivasi usahawan mengembangkan
perniagaan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan seterusnya
membantu meningkatkan ekonomi Negeri Pahang.
Program Usahawan Anchor
Trend peningkatan pendapatan usahawan sebelum dan selepas
menyertai program.
Peningkatan 66% pendapatan (2018 – 2020)

Program Usahawan Orang Asli
Berjaya melahirkan seramai 24 usahawan tanaman
fertigasi
Berjaya meningkatkan purata pendapatan
usahawan Orang Asli sehingga RM4,000 sebulan

17

Tanggungjawab Sosial YP Melalui KKYP

KKYP bantu
sanitasi di masjid kejiranan

Program khidmat masyarakat Yayasan Pahang (YP) diteruskan lagi melalui Kelab Keluarga
Yayasan Pahang (KKYP).
Aktiviti kali ini adalah pembersihan dan sanitasi di tiga masjid di kawasan kejiranan
Kompleks YP iaitu Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kampung Peramu, Masjid Darul
Hikmah, Kampung Tanjung Lumpur dan Masjid Kampung Sungai Soi.
Diketuai oleh Yang Dipertua KKYP, IR Onn bin Abd Rani, aktiviti yang dijalankan selepas
waktu pejabat menggunakan kepakaran dan peralatan YP ini adalah program
tanggungjawab sosial kepada penduduk setempat bagi mengekang dan mencegah
jangkitan Covid-19.

18

Tanggungjawab Sosial YP Melalui KKYP

Meow Island dapat
sentuhan KKYP

Yayasan Pahang melalui Kelab Keluarga Yayasan Pahang (KKYP) mengadakan lawatan ke
Pertubuhan Perlindungan Kucing Dato' Shamsiah Pekan Pahang (Meow Island) awal Mac
lalu.

Pertubuhan ini diterajui oleh YM Tengku Azizan Tengku Hussain atau lebih dikenali
sebagai Mak Engku secara sukarela.

Meow Island yang terletak di kawasan berkeluasan dua ekar ini mempunyai lebih daripada
90 ekor kucing pelbagai baka. Kucing - kucing ini merupakan kucing terbiar yang diambil
sekitar Bandar Pekan dan orang ramai. Kos bagi penjagaan kucing - kucing ini yang terdiri
daripada penjagaan kesihatan, makanan, kawalan pembiakan dan lain - lain adalah juga
daripada sumbangan orang ramai.

Lawatan oleh KKYP ini adalah bagi meringankan beban tanggungan Meow Island
menghadapi kesan Covid 19 dan bencana banjir. KKYP telah menyumbang peralatan,
makanan dan wang tunai bagi tujuan ini. Lawatan ini juga telah dapat memberi
pendedahan kepada ahli-ahli KKYP terhadap tanggungjawab dan ilmu berkaitan
penjagaan kucing terbiar.

Semoga usaha murni Mak Engku ini dapat menyelamatkan lebih banyak kucing terbiar.

19

Perkasa Pendidikan Tahfiz

YP perkasa pendidikan tahfiz
di Negeri Pahang

Sedia pendidikan tahfiz dari tadika hingga ke IPT

“Kita bersyukur ke hadrat Ilahi, dan kita berharap perkara ini (Institusi Tahfiz Yayasan
Pahang) benar-benar dapat membentuk generasi yang profesional dan juga huffaz,
seterusnya berbakti kepada agama dan negeri Pahang Darul Makmur.

Dalam waktu yang sama, kita juga berharap usaha murni Yayasan Pahang ini akan YB Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad
dikembangkan ke seluruh Negeri Pahang sesuai dengan keupayaan yang ada pada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal
kita selaras dengan tuntutan orang ramai yang amat berminat kepada
pembelajaran tahfiz,” Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Agama Islam dan Pendidikan
Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad. Beliau memberi ulasan Negeri Pahang
ketika membuat lawatan ke Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang (SRTNP), Maahad
Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) dan Bandar Madinah Mawaddah pada 15 Mac
2021.

TADIKA TUJUAN :
Menyediakan pendidikan awal tahfiz
TADIKA TAHFIZ kepada rakyat
NEGERI PAHANG (TTNP)
PENCAPAIAN IMPAK
2018: HAFAZAN MURID
TADIKA TAHFIZ Khatam 1 Juzuk (Juzuk 30)
Pembukaan cawangan pertama
di Pekan Pahang dengan kerjasama 100% Sebelum masuk tahun 1.

Yayasan Al-Sultan Abdullah. (YAA). Menghafaz juzuk 30

2019: Fokus 6M

Cawangan kedua di Tanjung Lumpur. Mengaji, Menghafaz,
Mena’kul, Membaca,
2020: Menulis dan Mengira.

TTNP telah diperluaskan Asimilasi
ke 4 buah daerah di Negeri Pahang
budaya positif Jepun
iaitu Kuantan, Pekan, Lipis dan
Temerloh. Mempunyai 6 cawangan.

2021:

Cawangan ke-7  TTNP
telah dibuka di Kota SAS

Pengembangan kapasiti dari
30 murid kepada 420 murid

dan 7 cawangan dalam
tempoh 4 tahun.

20

SEKOLAH RENDAH TUJUAN :
Menyediakan pendidikan awal tahfiz
kepada rakyat

SEKOLAH RENDAH TAHFIZ
NEGERI PAHANG
(TTNP)

Januari 2021: Jumlah IMPAK
Pembukaan murid tahun 1
SEKOLAH RENDAH yang mendaftar Menghafaz 30 juzuk
TAHFIZ NEGERI PAHANG 
adalah seramai   Al-Quran
Mendapat permintaan yang tinggi
menyebabkan tempat pendidikan 84 (tamat sekolah rendah)
dinaikkan dari 1 kelas kepada 3 kelas
(3 Kelas)

SEKOLAH MENENGAH TUJUAN :
Menyediakan pendidikan awal tahfiz
kepada rakyat

MAAHAD TAHFIZ TURATH
NEGERI PAHANG (MTTNP)

2019: PENCAPAIAN IMPAK
PELAJAR MAAHAD
Kolaborasi pintar Yayasan Pahang Maahad Tahfiz pertama
bersama Perbadanan Kemajuan TAHFIZ TURATH di Malaysia menggabungkan
Pertanian Negeri Pahang (PKPP) NEGERI PAHANG
yang menaja kos pembangunan dan baik 3 aliran pendidikan
pulih Kompleks Maahad Tahfiz Negeri Pahang 5 Pelajar iaitu Turath,

berjumlah RM4.2 juta dan Berjaya Khatam Tahfiz dan Kurikulum
RM700 ribu setahun dalam Hafazan Al-Quran Standard Sekolah Menengah

membantu kos operasi. dalam tempoh  (KSSM)

2020: 30 hari

Pengambilan pelajar pertama 8 Pelajar
seramai 25 orang yang ditempatkan
sementara di Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Mencapai Syahadah
6 Juzuk
2021:

2021 : Bilangan pelajar, 76 orang
di tingkatan 1 & 2 akan beroperasi
sepenuhnya di Kompleks Maahad Tahfiz Turath
Negeri Pahang di Balok, Kuantan.

DIPLOMA TUJUAN : Melahirkan lebih ramai lagi graduan anak pahang yang seimbang
dari segi akademik dan pengetahuan agama untuk dimanfaatkan
sepenuhnya bagi pembangunan negeri Pahang.

MAAHAD TAHFIZ
NEGERI PAHANG (MTTNP)

2005: PENCAPAIAN IMPAK

Siap pembinaannya pada 13 November 2005. Diploma Tahfiz ANUGERAH MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI
2006: MTNP terbaik di Malaysia
12 kali berturut - turut Muhammad Amiruddin bin Che Nordin
Berpindah ke kampus tetap Sesi 2017-2020
di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang 3 pelajar
Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat (CGPA 3.99)
Darul Makmur pada 1 Julai 2006 Berjaya lulus cemerlang dan
memperoleh Ijazah Sarjana Muda
2021: (Kepujian) Takhasus Qiraat, Maahad

Jumlah pelajar 77 orang Qiraat Al- Azhar As – Syarif,
Shoubra, Kaherah, Mesir

21

Pelajar MTTNP syahadah Al-Quran

TAHFIZ PAHANG

8 pelajar MTTNP berjaya SDN. BHD.
syahadah 6 juzuk Al-Quran

8 pelajar melalui Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) berjaya dalam ujian
syahadah enam juzuk Al-Quran (Tahap 1) awal Mac lalu. Mereka adalah kumpulan
pertama pengambilan pelajar MTTNP dan berjaya menghafaz Al-Quran ketika berada di
Tingkatan 1 pada tahun lalu.
Kejayaan ini sangat memberangsangkan bagi MTTNP yang ditubuhkan antara lain
bertujuan melahirkan bakal ulama muktabar terkenal di kalangan anak Pahang hingga ke
peringkat dunia.
Tahniah kepada anak-anak ini, tenaga pengajar juga ibubapanya! InsyaAllah lebih ramai
menyusul.

22

Kerjasama YPPH, KYPAS

Kerjasama YPPH,
KYPAS berjaya lahirkan
100 perantis ladang

Kurangkan pengganguran anak tempatan, penggantungan pekerja asing.

100 perantis berjaya dilahirkan hasil kerjasama YP Plantation Holdings (YPPH) Sdn. Bhd.
dan Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) dalam program certified plantation
technician (harversters).

Program selama tiga bulan ini bertujuan melatih pekerja mahir anak tempatan dalam
bidang perladangan yang sebelum ini dikuasai oleh pekerja asing. Sebanyak tiga
pengambilan telah diadakan sepanjang program ini dijalankan mulai Ogos 2020.
Perantis-perantis kemudiannya ditempatkan di ladang YPPH di Gambang, Bebar, Rompin
dan Endau dengan memperolehi pendapatan purata mencecah hingga RM2,800. Selain
itu, pihak majikan juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti tempat tinggal dan
lain-lain lagi.

Gaji kasar boleh mencecah sehingga

RM2,800

sebulan.

23

Columnist

The Doctorate
Without Philosophy

Professor Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi

“...Supervisors and student fail to consider
the relevance of the research to
society large.”

One of the saddest things to me as an examiner of PHD theses is when my ‘so what’
question comes unanswered by the candidates who are supposed to don the mantle of
scholarship and mark their entry into being a ‘learned academic’. There have been so many
times when a mosque issue was investigated but the candidate has no idea about the
future of mosques and Muslims in a modern society.

There was a research on a leprasorium for infectious disease with no idea how to fight the
Covid-19 in hospital designs and quarantine centres. There were several studies on children
and play environment without an iota of idea on how to design or conceptualise a
meaningful playground in public schools. I would say all of those I have examined, both the
supervisors and the students failed completely to consider the relevance of their research
questions to society at large.

This is what I mean by a Doctorate without philosophy. Great attention is given to
researching the ‘gap’ of knowledge. I liken this gap to a hole in the wall where the
candidates find this gap of knowledge and proceed to fill in this gap. They do not ask what
the wall was for and thus what the hole in the wall was meant to be. They assume it is just
a hole to be filled. I said, maybe the hole is the window for view, light and ventilation.
Closing it would end those three important elements.

Or the hole is a doorway to another room. Closing it would negate the possibility of going
to another place. Or the hole in the wall was the beginning of a demolition process to
combine one space with another. Filling it would frustrate the workmen who created the
hole in the first place.

24

Thus, research upon research is done without philosophising the issues and the big picture
of societal impact. We are creating hole pluggers and not house or home builders. What
we want is people who would ask ten questions ahead of anyone concerning the future of
our ephemeral lifestyle. If our lifestyles changes, so must be the questions.
At the moment, we are asking questions about issues that would no longer exist in the
future and produce tons of papers towards going nowhere in society and nation building.
In order to imagine a different future and thus a host of different questions of the big
picture, reading books by scholars who took 30 or 40 years to think of the problem that
would transcend our time is an essential endeavour. But candidates only read journals to
find their little gaps and holes.
These candidates have absolutely no conception of the vastness of their issues and choose
the fill-in-the-gap left by others’ template and receive their PhD. Therein lies the malady of
our country. Too many PhDs but too little sense about the larger contexts as well as the
possibility of alternate futures. Both the supervisors and candidates, to my mind neither
has the vision nor the constructs of knowledge to be rightfully called ‘a scholar’.

Extracted from RESEARCH@UCSI,
December 2020. Vol. 3 No. 6
(Page 8)

“What we want is people
who would ask ten
questions ahead of
anyone concerning the
future of our ephemeral
lifestyle.”
Professor Dr Mohd Tajuddin
Mohd Rasdi

25

Keprihatinan syarikat
kepada pekerja

Sumbangan Bantuan Banjir Kepada Kakitangan Dan Pekerja

Sumbangan Bantuan Banjir
Kepada Kakitangan Dan
Pekerja

Pada awal tahun 2021, bencana banjir telah melanda negeri Pahang, seterusnya turut
menjejaskan kakitangan dan pekerja ladang di kawasan Rompin. Ladang- ladang milik
YPPH di Gugusan Rompin dan Endau telah dinaiki air dan menyebabkan jalan
perhubungan terputus.
Pihak syarikat telah menghantar bantuan makanan kepada semua kakitangan dan
pekerja yang terkandas di dalam ladang dan yang dipindahkan di pusat pemindahan
banjir. Bantuan yang diberikan berupa barang makanan, keperluan diri dan selimut.

26

Konsulat Indonesia
puji usaha YPPH

Konsulat Indonesia puji usaha YPPH

Satu sesi dialog dan program ramah mesra antara pekerja Indonesia dan Konsulat
Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru telah diadakan di Kompleks Perumahan
Ladang Endau Rompin milik Ladang YP Plantation Holdings Sdn Bhd (YPPH) pada 23 Mac
2021.
Konsul Jenderal (Konjen) Republik Indonesia iaitu Bapak Sunarko, Pengarah Bahagian,
Bapak Dodi Gunawan Ciptadi selaku Konsul Imigrasi dan Konsul Konsuler, Ibu Farisa
Rahmadhani bersama tujuh wakil konsulat yang lain hadir pada program berkenaan.
Pengurus Besar YPPH, Fairuz Kamal Md Noh berkata program itu antara lain bertujuan
membincangkan isu proses perjalanan balik pekerja ke Indonesia yang sulit disebabkan
oleh kawalan rentas negeri berikutan penularan wabak pandemik Covid-19 yang masih
belum berakhir.
"Enggan membiarkan isu ini terus berlarutan, KJRI mengambil inisiatif untuk hadir ke
premis syarikat agar pembaharuan passport dan permit pekerja lndonesia yang bekerja di
YPPH dapat dibuat secara terus, mudah, cepat dan jimat.
Beliau turut memaklumkan ada sebilangan pekerja yang terpaksa dihantar pulang
disebabkan oleh tempoh khidmat melebihi had dibenarkan oleh Imigresen Malaysia.
"Kami sangat berterima kasih kepada pekerja kerana hasil titik peluh mereka jugalah
yang menyumbang kepada kejayaan syarikat sehingga kini," katanya.
Sementara itu, Sunarko berkata, YPPH adalah syarikat yg kelapan dilawati dan mendapati
bahawa syarikat itu berjaya membentuk sahsiah pekerja melalui semangat yang
ditunjukkan dan maklumbalas yang telah diberi oleh pekerja ketika sesi dialog diadakan.
"Kemudahan fasiliti, liputan internet di ladang, insurans pekerja, pemberian bonus dan
skim pinjaman motosikal yang diperkenalkan oleh pihak syarikat adalah satu inisiatif yang
amat baik dalam menjaga kebajikan pekerja," katanya.
"Saya harap pekerja akan terus bekerja dengan lebih semangat, produktif, patuh kepada
SOP dan arahan serta tidak lupa untuk bertanya khabar keluarga di Indonesia.
"KJRI juga membuka peluang kepada pekerja atau kenalan Indonesia yang lain yang
mempunyai masalah tamat permit kerja atau masalah passport supaya hadir ke pejabat
konsulat atau terus menghubungi wakil melalui nombor telefon yang telah diberi.
"Kami juga sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan syarikat-syarikat di
bawah Yayasan Pahang dan berharap kerjasama antara Yayasan Pahang dan Indonesia
dapat diteruskan pada masa depan," katanya.

27

Latihan upskilling dan reskilling

Latihan upskilling
dan reskilling
percuma kepada penerima
manfaat PERKESO sewaktu
pandemik

Seramai 21 orang peserta yang terkesan akibat pandemic Covid-19 telah menerima
manfaat latihan percuma daripada PERKESO melalui pakej PENJANA SIP dan PENJANA
KERJAYA. KYP Advanced Skills yang telah dilantik sebagai penyedia latihan program
PENJANA PERKESO menawarkan 52 kursus pelbagai bidang kepada pemohon yang layak
sejak pakej ini diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Kebanyakan peserta terdiri
daripada individu yang hilang pekerjaan akibat penutupan atau pengecilan operasi
syarikat seluruh negara.

Kursus-kursus yang ditawarkan secara percuma bernilai sehingga RM4,000 bagi seorang
peserta khususnya pencarum SIP PERKESO dan calon pekerja menerusi portal My Future
Job. Kursus-kursus ini bertujuan untuk memberi kemahiran baharu untuk penerima
manfaat mencuba kerjaya dalam bidang yang berlainan bahkan juga menaiktaraf
kemahiran sedia ada untuk lebih produktif pada masa akan datang.
Antara kursus yang telah dijalankan ialah Kursus Pengurusan Fail Efektif, Asas Aplikasi
Microsoft Office, Kek dan Pudding, Kursus Digital Marketing, Kursus Bakeri dan Kursus
Rawatan Post-Natal (Mamacare). Kursus – kursus dijalankan antara 2 hingga 7 hari di
kampus KYP Advanced Skills.

Antara peserta program ini adalah Puan Khartinie Khalid, peserta program Kursus
Rawatan Post-Natal (Mamacare) dari Pulau Pinang adalah bekas jurutera kilang yang
diberikan Skim VSS oleh syarikat lama beliau berkhidmat ekoran pengecilan operasi
syarikat yang terjejas sejak wabak Covid-19 melanda negara. Puan Khartinie yang pernah
mencarum Skim Insurans Pekerja PERKESO telah ditawarkan menyertai program
PENJANA SIP. Menurut beliau, kemahiran rawatan post natal dilihat sebagai potensi yang
besar untuk meraih pendapatan 4 angka sebulan jika diuruskan dengan betul
memandangkan bidang ini masih kurang diceburi secara professional oleh masyarakat
Melayu. Beliau optimis untuk mengusahakan kerjaya ini selepas menghadiri latihan
intensif selama 7 hari di KYP walaupun sangat bertentangan dengan bidang pekerjaan
sebelum ini.

Baru-baru ini, Pihak PERKESO telah mengumumkan permohonan mengikuti program
PENJANA SIP dan PENJANA KERJAYA dilanjutkan sehingga 31 Julai 2021 untuk memberi
peluang kepada lebih ramai penerima manfaat.

28

Program System Application Process (SAP)

SAP beri peluang
mahasiswa menambah
nilai kelulusan akademik
semasa

Sinergi antara Syarikat

Beyond 4, Yayasan Pahang,

Yayasan Peneraju, KYP

Advanced Skills dan

MAMPAN telah menjayakan

Program System Application

Process (SAP) yang mula

ditawarkan pada mahasiswa

seluruh negara pada Mac

2021.

Program SAP merupakan

program persijilan

professional tambahan yang

memberi nilai tambah

kepada para mahasiswa

sebelum menempatkan diri

ke pasaran kerjaya. Dalam

cabaran dunia hari ini,

lambakan graduan

menyebabkan para majikan

lebih teliti dalam menilai

calon pekerja sebelum

ditawarkan dengan jawatan

yang sesuai. Keupayaan dan

tahap kompeten graduan

dalam pelbagai bidang

terutama bidang-bidang

teknologi yang selaras

dengan perkembangan

dunia IR 4.0 akan memberi peluang yang lebih cerah untuk bersaing mendapatkan

pekerjaan.

KYP Advanced Skills selaku urusetia program ini telah mengumpul lebih 100 permohonan
dalam masa sebulan dan berhasrat untuk membantu para mahasiswa memperoleh sijil
professional masing-masing. Program ini menawarkan modul-modul perakaunan,
pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat dan kejuruteraan yang diperlukan oleh
industri hari ini.

Calon-calon peserta yang layak dalam sesi pemilihan terdiri daripada mahasiswa tahun
akhir pengajian, akan mengikuti program ini selama lima bulan dan berpeluang untuk
ditempatkan bekerja ke syarikat-syarikat multinasional seluruh negara.

29

Program Bantunn Banjir

UCYP:
Cakna situasi, agih sumbangan
untuk komuniti

Penyerahan sumbangan bantuan berupa pakaian kepada
YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad (EXCO/ ADUN Kerdau, Temerloh).

Awal tahun 2021, Malaysia dikejutkan dengan bencana banjir yang memberi kesan
kepada penduduk di beberapa buah negeri seperti Johor, Terengganu, dan Kelantan.
Negeri Pahang turut tidak terkecuali daripada menerima musibah ini.
Cakna akan kepayahan yang menimpa mangsa banjir khususnya penduduk negeri
Pahang, UCYP SQUAD: Projek Pengumpulan Pakaian Terpakai ditubuhkan bagi
membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana ini. Projek ini berlangsung
selama lima (5) hari bermula 25 Januari 2021 hingga 30 Januari 2021.
Inisiatif kerjasama Pusat Kaunseling dan Kerjaya UCYP dan Jabatan Penjenamaan serta
Komunikasi Korporat UCYP membuahkan hasil dan berjaya merealisasikan hasrat murni
ini.
Penolong Naib Canselor, Pejabat Penjenamaan dan Komunikasi Korporat UCYP, Puan
Suhaila Haji Mukhtar turut hadir sebagai wakil UCYP ketika sesi penyerahan sumbangan
berbentuk pakaian terpakai kepada Pejabat ADUN Kerdau, Temerloh, Pahang untuk
disalurkan kepada mangsa yang terlibat bencana banjir baru-baru ini. Projek
pengumpulan pakaian terpakai ini telah berjaya mengumpul lebih daripada 20 kotak
pakaian terpakai.

30

Program Bantunn Banjir

Banjir kali ini agak teruk berbanding tahun

sebelum ini selain mengakibatkan

kemusnahan dan kerosakan harta benda

penduduk. Oleh kerana bencana yang

berlaku ini mengakibatkan kerugian dan

kehilangan harta kepada mangsa, kami di

UCYP terpanggil untuk mengumpulkan

pakaian-pakaian terpakai yang

disumbangkan sepenuhnya oleh keluarga

besar KYP Education Sdn. Bhd. (KESB), UCYP,

dan KYP. Harapan kami agar sumbangan

yang disalurkan ini sedikit sebanyak mampu

meringankan beban penduduk tempatan.

Projek sumbangan ini telah melibatkan

seramai 30 sukarelawan yang terdiri

daripada kakitangan KESB, UCYP dan KYP

dengan pematuhan SOP yang ketat.

Menurut pengarah projek, Puan Norhidayah Penyerahan sumbangan bantuan berupa pakaian kepada
binti Mohd Ibrahim yang juga Kaunselor En. Ahmad Khairuddin bin Mat Talib, pegawai Khas
Kanan UCYP, program komuniti seperti ini YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff
sememangnya sangat perlu dilaksanakan (Adun Bebar, Pekan Pahang)
bagi meringankan beban mangsa yang
terlibat. Malah beliau turut berharap
program sebegini dapat diteruskan pada
masa akan datang lebih-lebih lagi kepada
golongan yang memerlukan seperti warga
emas, gelandangan dan golongan yang
kurang bernasib baik.

“Doa saya agar aktiviti seperti ini sentiasa
mendapat perhatian, sokongan serta dapat
diperluaskan lagi pada masa akan datang.
Terima kasih kepada semua penyumbang
dan sukarelawan SQUAD UCYP atas
sumbangan tenaga dan masa demi
menjayakan program ini. Malahan ucapan
terima kasih juga dipanjangkan kepada YB
Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, ADUN
Kerdau, Temerloh dan Encik Ahmad
Khairuddin Bin Mat Taib, Pegawai Khas YB
Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd
Ariff, ADUN Bebar, Pekan Pahang kerana
sudi menerima sumbangan daripada UCYP”.

Proses pengasingan pakaian terpakai dijalankan oleh
sukarelawan sebelum disumbangkan kepada mangsa
yang terlibat dengan bencana banjir.

31

Education Operational Excellence

UCYP:
Perkenal Education Operational
Excellence (Kecemerlangan
Operasi Pendidikan)

Situasi pandemik yang melanda dunia kini menjadikan UCYP lebih bersedia untuk
menempuhi cabaran dan keperluan semasa dan akan datang. Education Operational
Excellence (EOE) atau Kecemerlangan Operasi Pendidikan adalah istilah yang
diperkenalkan oleh UCYP bagi mempromosikan proses pencapaian secara berterusan
dalam sektor pendidikan.

Menyingkap pengisian tirai tahun 2020 yang lalu, UCYP berkesempatan menjemput
Pengerusi UMW (Manufacturing & Engineering), Yang Hormat Dato’ Rashid Musa untuk
berkongsi pengalaman beliau di bidang korporat dan pembuatan. Perkongsian tersebut
yang menyentuh tentang nilai, pendekatan, amalan dan pandangannya mengenai
Operational Excellence (OE) disampaikan kepada hampir 150 kakitangan KESB, UCYP, KYP
dan KYP-AS menerusi platform zoom.

Kecemerlangan operasi merupakan falsafah yang boleh diaplikasikan di tempat kerja di
mana aspek-aspek penting seperti penyelesaian masalah, kerja berpasukan, dan
kepimpinan dapat meningkatkan pencapaian sesebuah organisasi secara konsisten.
Prosesnya merangkumi kepada keperluan pelanggan, memastikan para pekerja sentiasa
positif dan berdaya maju, dan sentiasa menambahbaik aktiviti semasa secara berterusan.
Kecemerlangan operasi, asalnya merupakan amalan industri sektor pembuatan kesan
daripada persaingan global dan tuntutan pengurangan kos dalam situasi ekonomi yang
amat sukar ketika ini.

Konsep Kecemerlangan Operasi ini telah dikembangkan kepada konsep Kecemerlangan
Operasi Pendidikan. Tiga (3) sesi bengkel telah dijalankan pada 10 dan 11 Februari 2021 yang
disampaikan oleh Penolong Naib Canselor (Penjenamaan dan Komunikasi Korporat) UCYP,
Puan Suhaila Hj. Mukhtar. Bengkel ini bertujuan untuk menyemai nilai dan amalan
Kecemerlangan Operasi Pendidikan dalam kalangan kakitangan KESB, UCYP, KYP dan
KYP-AS. Kecemerlangan Operasi Pendidikan diharapkan dapat mempromosikan
pengurangan kos, meningkatkan produktiviti, mencapai prestasi kerja yang tinggi dan
membawa keuntungan kepada organisasi. Perkara lain yang ditekankan dalam bengkel
tersebut adalah elemen kolaborasi yang dapat melahirkan perpaduan, motivasi yang
dapat mendorong semangat dan inovasi yang dapat mencetuskan lebih banyak daya
kreativiti di kalangan kakitangan.

32

Education Operational Excellence

Kecemerlangan Operasi Pendidikan diadaptasi dari kerangka hasil kajian Jay Rusev dan
Salonitis (2016) dalam artikel, "Kerangka penilaian kecemerlangan operasi untuk syarikat
pembuatan". Di KESB, Kecemerlangan Operasi Pendidikan diperkenalkan bagi
meningkatkan kemampuan organisasi untuk bertahan dan berkembang demi
memahami keperluan organisasi dalam situasi semasa dan akan datang.
Terdapat empat (4) prinsip utama yang membentuk EOE - pemangkin budaya (cultural
enablers), penambahbaikan proses secara berterusan (continuous process improvement),
penyelarasan matlamat (enterprise alignment) dan hasil (results). Pemangkin budaya
merujuk kepada kepercayaan dan nilai yang dapat diukur melalui aktiviti seperti kempen
dan latihan yang diberi secara berterusan. Sementara itu, penambahbaikan proses secara
berterusan merujuk kepada proses yang terlibat dalam aktiviti atau tugasan yang sentiasa
perlu ditambahbaik sehingga kualiti yang disasarkan tercapai. Selain itu, penyelarasan
matlamat adalah penting untuk dilaksanakan bagi menggerakkan seluruh organisasi ke
satu arah yang sama sehingga visi dan misi yang disasar dicapai. Prinsip terakhir iaitu hasil
merujuk kepada peranan dan maklum balas pelanggan seperti pelajar, pihak
berkepentingan, ibu bapa dan orang ramai yang akan menggambarkan pencapaian
Kecemerlangan Operasi Pendidikan yang dijalankan.
Untuk mengukuhkan empat (4) prinsip tersebut, sepuluh (10) elemen dikenal pasti yang
disesuaikan dari kerangka Jay Rusev dan Salonitis (2016) tentang Kecemerlangan Operasi;
iaitu, menghormati setiap individu, memimpin dengan penuh hemah, mencari
kesempurnaan, mengamalkan pemikiran strategik dan prediktif, fokus pada proses,
memastikan kualiti pada sumbernya, mencipta nilai untuk pelanggan, nilai aliran dan
tarikan, mewujudkan konsistensi dalam tujuan dan berfikir secara sistematik.
Secara keseluruhan, EOE adalah satu lagi inisiatif yang dilaksanakan oleh KESB agar
syarikat dapat bertahan dalam keadaan yang mencabar ini. Selain menempatkan
keberadaan organisasi di persada dunia, keupayaan untuk sentiasa adaptif dan inisiatif
untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu, EOE atau Kecemerlangan Operasi
Pendidikan adalah faktor pendorong bagi UCYP ke arah mencapai universiti penuh
menjelang tahun 2023.
Untuk mendorong sesuatu perubahan, libatkan diri dan bersedia untuk sebarang
kemungkinan di masa depan! - Dato’ Rashid Musa.

Antara para peserta yang mengikut bengkel ini.

33

Yayasan Tuanku Canselor

YTC UCYP
terima dana dari
Kerajaan Negeri
Pahang, YP.

Yayasan Tuanku Canselor (YTC) UCYP telah menerima sumbangan sebanyak RM 20,000
daripada kerajaan negeri Pahang melalui Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam
& Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad di Kampus Utama
UCYP, Tanjung Lumpur.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YH Dato’ Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al Hafiz,
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang juga wakil rasmi kepada YB Dato’ Sri
Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dalam satu majlis ringkas sempena Pelancaran Bulan Infaq
YTC UCYP pada 23 Februari yang lalu. Terkini YP turut menyumbang sebanyak RM50,000.

Dalam satu kenyataan, Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad bin Haji
Zainuddin berkata, YTC UCYP telah berjaya mengumpul sumbangan lebih daripada RM
100,000 kurang daripada satu tahun penubuhannya. Ucapan terima kasih kepada
penyumbang dermawan iaitu YP Plantation Holdings, Bank Rakyat, Planet Mahir,
Restoran Sri Kampung dan Restoran Jom Makan yang sudi memberi sumbangan setakat
ini.

“Sumbangan yang diberikan ini meliputi pelbagai bentuk termasuk wang tunai dan dalam
bentuk barangan. Inisiatif yang dilakukan oleh YTC UCYP telah membantu seramai 375
para pelajar dalam kategori asnaf dan B40 pada tahun lalu malah seramai 135 orang
daripadanya telah mendapat bantuan makanan percuma melalui program Dapur Kasih
dan bantuan kebajikan yang lain”.

“UCYP menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum
Al-Mutawakkil Allallah Sultan Iskandar Al-Haj pada istiadat Konvokesyen tahun 2019 yang
menyarankan agar UCYP mengambil inisiatif untuk menubuhkan tabung kebajikan bagi
membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan”. Katanya ketika berucap sewaktu
pelancaran Bulan Infaq YTC UCYP.

Dalam majlis yang sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato’ Dr. Haji Zulkifle
bin Haji Ali Al Hafiz, turut menyeru kepada individu, syarikat-syarikat korporat dan
agensi-agensi lain untuk bersama-sama dalam memberikan sumbangan demi
memastikan golongan asnaf dan B40 ini tidak ketinggalan dalam mendapatkan
pendidikan.

Pengarah Yayasan Tuanku Canselor, Tuan Haji Ahmad Fared bin Mohd Din turut
melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri Pahang melalui
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam & Pendidikan Negeri Pahang YB Dato’ Sri
Syed Ibrahim bin Syed Ahmad atas sumbangan kepada Yayasan Tuanku Canselor UCYP

34

Pameran Virtual

Pameran Virtual :
Syllabus Reloaded
Platform Exhibition

Seni Visual merupakan ekspresi

individu yang digarap melalui

kreativiti sehingga

mewujudkan sebuah bentuk

karya secara fizikal sama ada

lukisan, catan, cetakan atau

arca. Sesuai dengan

perkembangan alaf baru,

penghasilan karya seni visual

berkembang sejajar dengan

kepesatan teknologi terkini

seperti seni video, lukisan/catan

digital, projection mapping,

light sculpture dan sebagainya.

Pameran Syllabus Reloaded ini

bertujuan mempersembahkan

karya-karya pensyarah seni di

Sekolah Seni & Kemanusiaan,

Kolej Yayasan Pahang.

Kebanyakan karya-karya yang

dipamerkan adalah dalam

bentuk hands on

demonstration di dalam kelas

sebagai panduan bagi para

pelajar.

Galeri Virtual Link : Sebagai pensyarah seni visual,
https://www.artsteps.com/view/ mereka haruslah mempunyai
kemahiran dalam bidang
60405254d167fa73dd21db41/ subjek yang diajar agar dapat
membentuk pelajar dengan
Penganjur : lebih efektif. Paparan pameran
School Of Arts & Humanities, Kolej Yayasan Pahang ini merangkumi subjek Ilustrasi,
Ilustrasi digital, lukisan asas dan
Kurator : kajian visual.
Mohd Kairul Bin Abas
Pameran ini diharap sedikit
Peserta Pameran : sebanyak mampu memberikan
Kaszaki Bin Muhid, Haida Binti Haji Hasmuddin, impak positif terutamanya
kepada bakal pelajar dan ibu
Norhayati Binti Mohamad Sulaiman, bapa bagi melihat seni visual
Mohd Kairul Bin Abas sebagai satu bidang kerjaya
yang berpotensi pada masa
akan datang.

35

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah

19 pelajar KYP berlepas
ke Jordan

Seramai 19 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam)
dengan Kepujian secara kerjasama 2+2 (tahun) Kolej Yayasan Pahang (KYP) dengan
Universiti Yarmouk, Jordan telah selamat berlepas ke Amman Jordan pada 7 Mac lalu.
Berlepas dengan penerbangan Qatar Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), para pelajar ini adalah pelajar ‘Batch ke 14’ atau lebih dikenali sebagai
Degsya14 dari semenjak program ini mula ditawarkan. Sejumlah 17 orang daripada pelajar
tersebut adalah pelajar tajaan Yayasan Pahang (YP) manakala selebihnya adalah
merupakan pelajar tajaan persendirian.
Penghantaran para pelajar untuk menyambung pengajian tahun ke-3 di Universiti
Yarmouk, Jordan telah menjadi kelaziman bagi program berbentuk kerjasama 2+2
sebegini. Namun kejayaan pelepasan delegasi pelajar kali ini telah mengukir kenangan
manis yang istimewa dan penuh emosi bagi para pelajar dan ibubapa mereka.
Oleh kerana berada di dalam satu situasi yang luar dari kebiasaan, ditambah suasana yang
tidak menentu dan bilangan kes positif Covid-19 yang semakin meningkat, serta
mengambilkira risiko jangkitan dan keselamatan, pihak pengurusan KYP telah membuat
keputusan menangguhkan penghantaran para pelajar ini yang sepatutnya telah pun
berlepas pada September 2020.
Demi memastikan tempoh pengajian pelajar yang terlibat tidak terkesan di sebalik
langkah penangguhan yang telah diambil, para pelajar ini telah meneruskan pengajian
semester 5 di KYP melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di atas talian (on-line
Teaching & Learning) secara langsung dari Jordan.
Delegasi pelajar ini telah mendarat dengan selamat di bumi Hashemite Kingdom of Jordan
pada 7 Mac lalu. Usaha penghantaran delegasi pelajar ini pastilah sukar direalisasikan
tanpa mendapat sokongan dan bantuan Yayasan Pahang sebagai badan penaja, Majlis
Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT), Education Malaysia Jordan (EMJ) dan Wisma Putra serta ibu bapa kepada 19 orang
pelajar tersebut. KYP amat berterima kasih, berbesar hati dan merasa bertuah kerana
diberi kepercayaan dan kerjasama dalam memudahcara usaha penghantaran para pelajar
pada kali ini.

36

Kelulut

Kenali kelulut hasil
keluaran pelajar KYP

Ternakan lebah kelulut ataupun meliponikultur adalah salah satu projek pelajar Diploma
Pengurusan Industri Perladangan di Kampus Kolej Yayasan Pahang (KYP). Plot ini
dikendalikan oleh pelajar di bawah kelab Young Planters Society (YPS) dan diseliakan
oleh Penyelia Kampus.

Lebah kelulut merupakan lebah yang tidak bersengat dan saiznya lebih kecil
berbanding lebah biasa. Dianggarkan 500 spesies kelulut yang boleh didapati di
kebanyakan kawasan tropika termasuklah Malaysia. Plot ternakan di kampus KYP yang
dimulakan pada 2018 ini mempunyai sebanyak 25 unit sarang kelulut dikelilingi
tanaman dan bunga-bungaan sebagai sumber makanan lebah. Hasil utama lebah iaitu
madu, mendapat permintaan tinggi sebagai makanan kesihatan terutamanya dalam
tempoh pandemik Covid-19 ini.

Plot ternakan
lebah kelulut
di Kolej Yayasan
Pahang

Selain bertindak sebagai agen pendebungaan, lebah kelulut juga diternak untuk
menghasilkan madu, propolis dan bee bread bagi tujuan komersial. Madu di sini
dihasilkan oleh lebah kelulut spesies Heterotrigona Itama yang mempunyai taburan
paling banyak dalam Malaysia.

Keunikan rasa madunya yang sedikit masam menjadi tarikan utama buat penggemar
madu. Selain itu, warna madunya yang pelbagai ditentukan oleh spesies dan sumber
nektar. Berdasarkan kajian, madu kelulut kaya dengan asid organik dan mineral serta
bersifat probiotik dan terapeutik yang baik untuk kesihatan. Selain daripada memberi
banyak manfaat untuk kesihatan, madu juga merupakan makanan yang istimewa
kerana tidak mempunyai tarikh luput disebabkan oleh kehadiran pengawet semulajadi
di dalamnya. Namun begitu, pengguna masih perlu menjaga cara penyimpanan madu
dengan baik untuk memastikan kualiti dan khasiat madu tidak terjejas.

Madu kelulut keluaran Kolej Yayasan Pahang dijamin asli 100 peratus tanpa sebarang
campuran gula mahupun air. Kualiti madu adalah penting bagi memastikan semua
orang dapat menikmati rasa dan khasiat madu yang sebenar. Terdapat tiga pilihan
bungkusan madu buat pembeli iaitu botol 30 gram (RM 6), 200 gram (RM 30) dan 1 kg
(RM 150). Pembeli juga boleh memaklumkan sekiranya ingin membeli madu dalam
bungkusan set hadiah untuk diberi kepada keluarga atau rakan-rakan. Semoga madu
dan khasiatnya dapat dinikmati oleh semua peringkat umur.

37



BULETIN
YAYASAN PAHANG

EDISI 01: JANUARI - MAC

2021

YAYASAN PAHANG,

Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Tel: 09-518 1800 Faks: 09-518 1888
Laman web: www.yp.org.my E-mail: [email protected]


Click to View FlipBook Version