KOLEKSI MALAYSIA
SSUUKAKN ANEDISI 1 - JULAI 2022
BBOOLALA
BOLA JARING MALAYSIA MARA KE
BOLA TAKRAW PIALA ASIA 2023
BOLA KERANJANG
BOLA TAMPAR TIDAK ADA KEMENANGAN
TANPA KERJA KERAS DAN
SEMANGAT PANTANG
MENYERAH
MALAYSIA
01 Tinta Editor ISI KANDUNGAN
02 Malaysia ke Piala Asia 2023
06 Sejarah Bola Jaring
08 Legenda Bola Keranjang Dunia
10 Sepak Takraw
11 Apa itu Sukan: Bola Tampar
17 Ruangan Kreatif
SUKAN BOLA EDISI 1 - JULAI 2022
TINTA EDITOR
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bersyukur kepada Tuhan kerana
kami dapat menyiapkan tugasan ketiga iaitu E-majalah. Setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan kepada Dr. Maizatul Azura Binti Yahya kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada semua ahli kumpulan lima yang
bertungkus-lumus dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan ini. Terdapat
banyak ilmu dan pengetahuan baru yang telah dipelajari sepanjang proses
membuat artikel utama dan sampingan. Akhir sekali, kami ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang
membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Priya Aida Nabihah Nurathirah
Nik Azrin Muhammad Azwan
1
HARIMAU MALAYA TAMATKAN
KEMARAU 42 TAHUN
Malaysia mencatatkan sejarah baharu " Layak ke Piala Asia
dengan menamatkan penantian 42 tahun [merit], Layak ke
untuk layak ke Piala Asia secara merit Piala Dunia [merit],
selepas menewaskan Bangladesh, 4-1 Pasukan Liga M
pada aksi terakhir Kumpulan E kempen
Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium layak beraksi di ACL
Nasional, Bukit Jalil pada 14 Jun yang lalu. [AFC Champions
League] tanpa
Kejayaan ini merupakan detik bersejarah melalui pusingan
buat Malaysia selepas kali terakhir layak kelayakan.”
ke Piala Asia pada 42 tahun lalu ketika
perlawanan pada tahun 1980 di Kuwait. - Ultras Malaya, 2016
ARTIKEL UTAMA 2
ARTIKEL UTAMA
Sejarah bola sepak Malaysia dalam "Bermain demi lencana di dada"
Piala Asia - Peminat bola sepak Malaysia
Skuad Harimau Malaya juga pernah beraksi Rakyat Malaysia bangga dengan
dengan Thailand, Vietnam dan Indonesia skuad Harimau Malaya
pada tahun 2007 apabila menjadi tuan
rumah kejohanan tersebut namun tidak Kemenangan skuad Harimau Malaya itu
berjaya menempah sebarang kemenangan. sudah pastinya menggembirakan hati rakyat
Malaysia apabila media sosial penuh dengan
Perlawanan Piala Asia ucapan tahniah kepada pasukan ini.
Piala Asia 2023 merupakan perlawanan bola Sorakan peminat serta tepukan yang
sepak lelaki di benua Asia yang dianjurkan dikenali sebagai ‘Viking Clap’ juga bergema
oleh Konfederasi Bola Sepak (AFC). dan cukup membuatkan bulu roma berdiri
Perlawanan edisi ke-18 ini dijadualkan bakal tegak melihat semangat para peminta
berlnagsung pada 16 June 2023 sehingga 16 ketika di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Julai 2023
Perdana Menteri turut gembira
Malaysia dilihat bakal berentap dengan 23
lagi pasukan terbaik di benua Asia dalam Kemenangan ini turut diraikan oleh Perdana
Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
sama ada di Qatar, Korea Selatan atau selepas beliau juga dilihat menonton
Australia. perlawanan tersebut di stadium semalam (14
Jun).
3
HARIMAU MALAYA
PAHAT
SEJARAH
BARU
4
5 PASUKAN SKUAD HARIMAU MALAYA
TAHNIAH KERANA MARA KE PIALA ASIA 2023!
Bola jaring ialah sukan bola yang dimainkan oleh dua
pasukan yang terdiri daripada tujuh pemain, biasanya
di gelanggang tertutup, dan kebanyakannya
dimainkan oleh wanita. Ia adalah antara sebilangan
sukan yang telah dicipta secara eksklusif untuk
wanita. Menurut badan induk antarabangsa sukan,
Bola Jaring Dunia, sukan ini dimainkan oleh lebih 20
juta orang di lebih 80 negara.
BOLA
JARING
SEJARAH
Bola jaring pertama kali dimainkan di England pada tahun 1895 di Madame Ostenburg’s College. Pada
separuh pertama abad ke-20, populariti Bola Jaring terus berkembang, dengan permainan ini
dimainkan di banyak negara Komanwel British. Tiada peraturan standard pada masa itu dengan versi
permainan sembilan sebelah dan lima sebelah. Semasa lawatan Australia ke England pada tahun 1957,
perbincangan telah berlaku mengenai penyeragaman peraturan sukan dan ini membawa kepada wakil
dari England, Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan The West Indies bertemu di Sri Lanka pada
tahun 1960, untuk menubuhkan Persekutuan Antarabangsa Bola Keranjang dan Bola Jaring Wanita.
Peraturan rasmi telah diwujudkan pada mesyuarat julung kali ini dan telah diputuskan untuk
mengadakan pertandingan Kejohanan Dunia setiap empat tahun, bermula di Eastbourne, England,
pada tahun 1963. Pada tahun 1995 Bola Jaring menjadi sukan yang diiktiraf oleh Jawatankuasa
Olimpik Antarabangsa dan salah satu daripada objektif Persekutuan adalah untuk memastikan status
ini dikekalkan dan untuk menggalakkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memasukkan Bola Jaring
dalam Program Sukan Olimpik pada masa hadapan. Bola jaring telah dimasukkan ke dalam program
Sukan Komanwel, buat kali pertama, pada tahun 1998 di Kuala Lumpur, di mana Australia memenangi
pingat Emas, pingat Perak dimenangi oleh New Zealand dan England memenangi pingat Gangsa.
Mengapa bola jaring merupakan BOLA JARING DI MALAYSIA
sukan perempuan?
Netball Super League, sering
Bola jaring menjadi sukan untuk wanita dirujuk sebagai NSL, adalah liga
kerana ia merangkumi ciri-ciri wanita dan bola jaring profesional yang
dilihat oleh doktor, reformis, ahli politik, berpangkalan di Malaysia. Ia telah
media dan wanita kelas pertengahan ditubuhkan oleh Persatuan Bola
sebagai sukan berpasukan terbaik untuk Jaring Malaysia dan anak syarikat
dimainkan oleh wanita. Selain itu, bola Kumpulan Astro, Astro Arena,
jaring berkembang maju kerana wanita untuk membangunkan dan
mengawalnya sebagai permainan mereka mengembangkan sukan ini di
di luar pengaruh lelaki. Malaysia. Musim pertama bermula
pada 19 Mac 2021 di Stadium
6 Juara di Bukit Kiara, Kuala
Lumpur. KL Wildcats merupakan
juara, menewaskan Johor Jewels
di Grand Final.
sooka
netball
super
league
JUNE 2022
7
LEGENDA BOLA
KERANJANG
DUNIA
"I promise to never forget where I
came from."
-LeBron James-
LeBron James, nama yang sudah tidak
asing lagi bagi peminat bola keranjang
tempatan mahupun antarabangsa.
Pemain National Basketball Association
(NBA) ini sudah lama menempah nama
di dunia bola keranjang sejak tahun
2003. Kemunculan pertama beliau
bersama pasukan Cleveland Cavaliers
membuatkan beliau pemain paling
termuda yang memenangi anugerah
NBA "Rookie of The Year".
Gelaran yang diberi kepada atlet ini,
King James sesuai dengan pencapaian
cemerlang yang ditunjukkan oleh beliau
sepanjang tempoh 19 tahun di NBA.
Antara anugerah yang pernah diterima
oleh beliau ialah Pemain Paling Berharga
(MVP)(2009, 2010, 2012,2013), 16 All-
Star, All-Star MVP (2006, 2008, 2018)
dan sebagainya. Beliau juga pernah
membawa pulang pingat emas bagi
pasukan Amerika Syarikat di Olimpik
London pada tahun 2012.
8
KELUARGA ANUGERAH
LUAR BIASA
LeBron James adalah seorang individu yang
sangat mementingkan keluarga. Beliau berkahwin
dengan pasangannya, Savannah Brinson pada 14
September 2013 dan mereka mempunyai 3 cahaya
mata iaitu Bronny (17 tahun), Bryce (14 tahun) dan
Zhuri (8 tahun). LeBron sentiasa meluangkan masa
bersama-sama dengan keluarganya meskipun beliau
sibuk dengan latihan dan perlawanan.
Tambahan pula, disebabkan Lebron sangat
mengambil berat tentang penduduk di tempat
asalnya, beliau telah menubuhkan "LeBron James
Family Foundation". Pertubuhan ini bertujuan untuk
membantu penduduk dan orang sekitar Akron, Ohio,
Amerika Syarikat untuk mendapatkan pendidikan
yang secukupnya. Pada tahun 2018, pertubuhan
tersebut telah mewujudkan satu program yang
dinamakan sebagai I PROMISE.
Program ini mempunyai sekurang-kurangnya
1,400 pelajar dan keluarga. Mereka memberi bantuan
dari segi sokongan dan bimbingan kepada sesiapa
yang memerlukan untuk meneruskan sesi
persekolahan dengan baik.
Fakta Menarik Atlet ini bukan sahaja berbakat dalam bermain bola
keranjang tetapi beliau juga merupakan individu yang
Nilai semasa LeBron: $1B mempunyai pelbagai bakat dalam bidang yang lain.
Pemain aktif NBA pertama Sebagai contohnya, beliau adalah seorang
yang menjadi jutawan. ambassador bagi jenama-jenama besar seperti Nike,
PepsiCo, Walmart dan lain-lain. LeBron juga
menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan
SpringHill Entertainment.
Perniagaan beliau ini memfokuskan kepada
penerbitan dalam dunia hiburan. Syarikat tersebut
banyak berkolaborasi dengan syarikat terkenal yang
lain seperti Netflix, HBO, Disney+ dan sebagainya.
Beliau juga membantu dalam menerbitkan filem
berkisahkan tentang bola keranjang yang bertajuk
Hustle (2022). Kesimpulannya, marilah mencontohi
sikap LeBron James yang berani mencuba pelbagai
perkara di dalam hidupnya.
9
Malaysia masih kuasa besar dalam sepak takraw
SEPAK TAKRAW
SUKAN TRADISIONAL
Permainan sepak raga atau kini dikenali
sebagai sepak takraw telah dimainkan sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bilah-bilah
rotan dianyam bulat untuk menghasilkan bola
sepak takraw. Pada awal permainannya,
pemain membentuk satu bulatan dan
menimbang bola dengan kaki sebelum Kemenangan skuad kebangsaan Datuk Mohd Somali Reduan
menendang ke arah pemain lain. Permainan dengan menewaskan tuan rumah yang merupakan Naib Presiden
ditamatkan sekiranya bola tersebut jatuh dan di pusingan akhir di Sukan Asia Persatuan Sepaktakraw Malaysia
jejak ke tanah atau lantai. Tujuan permainan Jakarta Palembang 18-21, 22-20 (PSM), penantian selama 24
ini dimainkan adalah meningkatkan dan 21-11 telah dinobatkan tahun telah berjaya direalisasikan
kemahiran menerima dan menghantar bola sebagai juara serta merangkul melalui kemenangan meraih
sekali gus menguji ketangkasan pemain. Kini, emas buat Malaysia. Perkara ini emas dalam sukan tradisi orang
pemain ini memerlukan dua pasukan yang membuktikan pasukan Malaysia Melayu. Detik ini dirasai kali
dipisahkan oleh jaring. Pasukan sepak takraw antara kuasa besar di rantau ini terakhir pada 1994 di Hiroshima,
terdiri daripada tiga pemain iaitu tekong, apit dalam sukan sepak takraw. Jepun. Beliau berkata lagi dengan
kiri dan apit kanan. Ketenangan dan semangat juang menghargai usaha pemain,
yang tinggi pemain menjadi barisan jurulatih dan kepimpinan
Kenapa sepak takraw disukai ramai? kunci utama kejayaan mereka. PSM yang bekerja keras bermati-
matian dalam menaikkan nama
Minat dapat diwujudkan kerana terdapat negara ke persada dunia.
tarikan terhadap sesuatu. Sukan sepak Sumber: BH ONLINE
takraw mempunyai keunikan tersendiri yang
mampu menjadikannya sebagai sukan di hati Kerjasama Majlis
masyarakat. Ia telah dikormesialkan menjadi
Sukan dan
sukan budaya Malaysia. Kebajikan
Anggota
Antara faktor penyumbang masyarakat Kerajaan Johor
meminati sepak takraw adalah ganjaran yang
ditawarkan. Ganjaran yang tinggi dapat (MAKSAK
meningkatkan semangat serta penglibatan
individu untuk turut serta menyertai JOHOR) akan
pertandingan. Hal ini mendorong kepada
menganjurkan
pertandingan
bagi memilih
atlet sukan
melahirkan atlet dalam sukan sepak takraw. sepak takraw ke
Pada masa yang sama, atlet ini dapat Kejohanan
mengharumkan nama diri, keluarga dan
negara di pelbagai peringkat sehingga MAKSAK Games
peringkat nasional dan antarabangsa.
2022 yang
dijadualkan
pada 5 hingga 7
Selain itu, seni permainan sepak takraw Jun 2022
yang unik telah memberikan kesan positif bertempat di
Dewan Sultan
kepada masyarakat untuk mencuba. Ibrahim, Pekan
Terdapat pelbagai pukulan dan libasan yang Nenas Johor.
wujud seperti libasan gunting, tekong kuda Pertandingan ini menjemput semua anggota perkhidmatan awam di negeri
dan sebagainya. Kemahiran ini perlu latihan Johor kecuali PDRM, ATM dan Penjara. Pendaftaran boleh dilakukan
yang keras dan kerjasama antara ahli secara atas talian:- https://maksakjohor.onpay.my/. Terdapat dua
pasukan. kategori yang dipertandingkan iaitu regu terbuka dan regu veteran.
(Kategori veteran hendaklah melepasi umur 40 tahun ke atas). Makluman
lanjut boleh menghubungi ahli jawatankuasa yang bertugas:
Encik Misbah Bin Haji Karmani - 01126651691
Encik Mohammad Syafiq bin Hassan - 017 9066864
Encik Mohd Iskandar bin Yusof - 013 7834385
Sumber: Facebook @MAKSAK Johor
10
Apa itu sukan Julai, 2022
Sejarah permainan bola tampar pertama kali dibuat oleh
William G Morgan pada tahun 1895 di Amerika Syarikat,
sebelumnya dikenali sebagai minitonette dan lama-kelamaan
ia menukar namanya menjadi Volley Ball atau bola tampar
yang masih kami gunakan hingga kini. Bola Tampar sendiri
berada di bawah arahan Federation Internationale de Volleyball
(FIVB) yang merupakan organisasi induk sukan bola tampar
antarabangsa. Di dunia, bola tampar berada di bawah naungan
Persatuan Bola Tampar Dunia (PBVSI). Pada mulanya minitonet
dibuat khusus untuk ahli YMCA untuk orang dewasa. Penukaran
nama menjadi Bola Tampar (bola tampar) berlaku pada tahun
1896, pada pertandingan pertama acara antarabangsa YMCA
Training School.
Di Malaysia, pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar
dari universiti Hong Kong dan China telah melawat ke Tanah
Melayu untuk mengadakan perlawanan persahabatan di
bandar-bandar yang besar seperti Singapura, Kuala Lumpur
dan Pulau Pinang. Pada ketika itu, perlawanan bola tampar
dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Cina (Chinese Athletics
Association) mengikut negeri masing-masing.
Federation of Malaya Amateur Volleyball Association (kini dikenali sebagai
Persatuan Bola Tampar Malaysia - MAVA) telah didaftarkan pada 9 Julai 1959
dengan nombor pendaftaran 1002 di Pulau Pinang. MAVA menjadi ahli
gabungan kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan persekutuan bola
tampar antarabangsa (Federation Internationale de Volleyball – FIVB) pada
tahun 1962. MAVA terus memainkan peranan terhadap perkembangan sukan
bola tampar dengan penaja 4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960
hingga 1963 yang dianjurkan oleh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan
Pahang. Ketika itu, sistem 9 orang pemain sebelah masih digunakan.
Mulai tahun 1965, MAVA telah memperkenalkan sistem 6 pemain sebelah
mengikut sistem antarabangsa pada kejohanan kebangsaan yang pertama
berlangsung di Singapura. Acara wanita hanya diperkenalkan dalam tahun
1966. Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan
pertandingan peringkat antarabangsa telah dilancar dan dikelolakan dengan
jayanya oleh MAVA. Antaranya adalah seperti bola tampar mini bawah12
tahun, pertandingan bawah 15 tahun, bola tampar pantai, liga bola tampar
Semi-Pro, Remaja SEA, Remaja Wanita Asia, Grand Prix Dunia Wanita dan
Remaja Lelaki Sedunia.
Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan pertandingan
peringkat antarabangsa telah dilancar dan dikelolakan dengan jayanya oleh
MAVA. Antaranya adalah seperti bola tampar mini bawah 12 tahun,
pertandingan bawah 15 tahun, bola tampar pantai, liga bola tampar Semi-
Pro, Remaja SEA, Remaja Wanita Asia, Grand Prix Dunia Wanita dan Remaja
Lelaki Sedunia.
11
BOLA
TAMPAR
Cara bermain bola tampar
Peraturan permainan bola tampar cukup mudah
difahami. Peraturannya cukup untuk membuat bola
tidak jatuh di kawasan anda dan menjaga bola
bergerak di atas jaring dengan maksimum 3 sentuhan.
Permainan bola tampar dimulakan dengan servis, Saiz gelanggang bola
servis adalah serangan pertama yang dilakukan oleh tampar
pasukan / pasukan dalam permainan bola tampar,
servis ini terdiri dari dua, iaitu servis tangan bawah dan Ukuran gelanggang bola tampar
servis tangan atas. umumnya 9 meter x 18 meter, dengan
lebar garis serangan sekitar 3 meter di
Sistem perlawanan bola belakang garis tengah.
tampar Ketinggian jaring adalah 2.43 meter
untuk pemain lelaki dan 2.24 meter
1.Setiap skuad terdiri daripada 10 pemain dengan 6 untuk pemain wanita, menurut
pemain teras dan 4 pemain simpanan peraturan yang ada, lebar jaring adalah
1 meter dan jarak tiang ke tepi padang
2.Terdapat sekurang-kurangnya 4 pemain yang adalah 0.5 - 1 meter.
bermain di padang
Saiz Bola Tampar
3.Sekiranya bilangan pemain kurang dari 4, pasukan
secara automatik akan dinyatakan batal Ukuran bola tampar yang ditentukan
secara antarabangsa mempunyai lilitan
4.Tidak ada had penggantian 65-67 cm dengan berat sekitar 260-280
5.Perlawanan ini berlangsung selama 3 inning (2 gram dan mempunyai tekanan udara
standard 0.30-0.325 kg / cm2.
kemenangan) atau 5 inning (3 kemenangan).
12
Larangan permainan bola
tampar
1.Pemain menyentuh jaring
atau melintasi tengah
gelanggang
2.Semasa berkhidmat jangan
melintasi garis atau
memijaknya
3.Tidak dibenarkan menangkap
dan melempar bola tampar,
menyentuh bola mesti melalui
pantulan
4.Setiap pasukan hanya
dibenarkan melakukan satu
kali tamat dalam satu
pusingan
BERITA SEMASA
Ammar Hakim,
Selepas 10 tahun menyepi, Liga Bola Tampar Malaysia
bakal kembali 13 Mac !
Menurut Ammar Hakim, lapan pasukan akan berentap membabitkan Selangor Lion, ATM Wolf, Johor Tiger, Sarawak Hornbill,
Bomba Dragon, Kuala Lumpur Shark, Sabah Rhino dan Putrajaya Hawk.
"Kami sangat teruja untuk berkongsi berita baik dengan anda. Selepas sekian lama tidak hadir, Liga Bola Tampar Malaysia akan
memulakan debutnya di ShAh Alam dengan 8 pasukan pada 8-13 Mac 2022. Barisan pemain hebat kami termasuk sekurang-
kurangnya 2 dan maksimum 3 pemain asing bagi setiap pasukan. Sertai kami sambil kami membuat permulaan yang menarik
untuk tahun ini." daripada suntingan Facebook Persatuan Bola Tampar Malaysia.
13
KELUARAN TERKINI !
Kod Produk: 211302
RM519.00
NIKE Air Zoom Pegasus 39 Mens Running Shoes
Kod Produk: 131014
RM225.00
Legend Essential 2 Mens Training Shoes
14
KELUARAN TERKINI !
Kod Produk: 212342
RM299.00
AASSIICCSS GEL Excite 8 Twist Mens Running Shoes
Kod Produk: 212265
RM475.00
GEL Nimbus 23 Mens Running Shoes
15
ADIDAS KELUARAN TERKINI !
Kod Produk: 211098
RM379.00
Response Super 3.0 Mens Running Shoes
Kod Produk: 153001
RM329.00
Pro N3XT 2021 Mens Basketball Shoes
16
RUANGAN
kreatif
PANTUN SUKAN
EMPAT KERAT
Kain cindai bawa berjalan,
Buat mengibas nyamuk dan agas;
Rajin dan tabah dalam bersukan,
Minda cerdas jasmani cergas.
Harum sungguh bunga kemboja,
Disusun dara dari Mandilin;
Sukan membentuk semangat
waja,
Sentiasa ceria cergas berdisiplin.
Berkhasiat sungguh air halia,
Dimasak dengan air telaga;
Beriadah bersukan amalan mulia,
Badan sihat tentu bertenaga.
Burung undan burung tempua,
Hinggap berehat di pohon kayu;
Sukan amalan untuk semua,
Rakyat sihat negara maju.
Sayang Singapura sungainya
jernih,
Tempat laluan sampan dan kolek;
Segar jasmani jiwa bersih,
Aktiviti sukan amalan yang baik
Oleh: Bunga Lestari
17
Ruangan Kreatif
warna
18
SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN
KUMPULAN A
PRIYATHARISHINI A/P DHARMALINGAM MUHAMMAD AZWAN SYAHARI B. SAHAR
271420 273179
AIDA NABIHAH BT MUHAMMAD RAFID NURATHIRAH SYAZWANI BINTI
273791 MUHAMMAD FADZLI
273836
NIK MUHAMMAD SAIFUL AZRIN BIN NIK SHAMSUDDIN
278975
S
U
K
A
B
N
O
L
A