The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by utharahpathi, 2022-06-03 00:38:13

kumpulan 1 E MAJALAH MPU _ DET2B

kumpulan 1 E MAJALAH MPU _ DET2B

Malaysia-Day-image
s-Po ster-W allpaper-Draw in g-Ph o to -6. w ebp





1. Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam
kalangan individu terhadap komuniti yang ada di
persekitaran.

2. Membentuk keperibadian dan memahami konsep
kerjasama serta tolong-menolong antara satu sama
lain.

3. Memupuk semangat hide bersama dalam suatu
komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan
4. Tidak hidup secara berpuak-puak di dalam suatu
penempatan.

5. Menjadi warganegara yang bertolak ansur antara
masyarakat tanpa mengira kaum.

1

1
24

3
5

2

kerja sama diperlukan untuk
menjana kemajuan.Sejak merdeka
lagi, kerajaan telah mengumpul

semangat perpaduan dalam
memakmurkan negara
kita.Pelbagai dasar telah
dijalankan untuk mencapai proses

perpaduan ini.

Pengenalan Pada zaman penjajahan, British
telah membawa masuk tenaga
buruh dari negara China dan India

untuk kepentingan mereka sendiri
dan meneksploitasi ekonomi yang
telah mewujudkan jurang sosial
dan ekonomi yang besar antara

ketiga-tiga kaum terbesar di

Tanah Melayu.

Perpaduan ialah satu proses yang Namun, selepas mencapai
menyatupadukan anggota masyarakat dan kemerdekaan, kerajaan telah
negara keseluruhnya melalui ideologi
negara supaya tiap-tiap anggota memupuk semangat perpaduan
masyarakat dapat membentuk satu identiti untuk memakmurkan negara
dan nilai bersama serta satu perasaan dengan menjalankan pelbagai
kebangsaan di kalangan mereka. dasar untuk mencapai proses

perpaduan ini.

Perpaduan memainkan peranan penting Oleh itu, masyarakat yang
dalam memacu kestabilan dan kemajuan berbilang bangsa telah berjaya
negara.Tanpa perpaduan, kemajuan negara mengasimilasikan budaya masing-
yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 masing untuk membentuk
tidak mungkin akan menjadi kenyataan masyarakat Malaysia yang
kerana bersatu teguh dan bersatu hati.

3

4

Perpaduan Kaum antara masyarakat
berbilang kaum di Negara Malaysia

1 Malaysia, slogan yang telah diperkasakan serta budaya menjadi pegangan kepada
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap
Razak, membawa seribu erti kepada negara. Malaysia
Pengalaman Malaysia mengekalkan formula
perpaduan antara kaum dan amalan bertolak ansur Secara dominan, kepentingan
agama selama ini pastinya dapat diperkukuhkan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan
dengan laungan slogan 1 Malaysia. Perpaduan masyarakat ialah dapat mewujudkan masyarakat
antara rakyat Malaysia merupakan satu yang harmoni. Keharmonian sesebuah negara
pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan
keistimewaan yang memainkan peranan penting politik yang jelasnya akan membuka ruang untuk
demi mencapai status negara maju. Banyak negara masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan
di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang
berbilang bangsa, agama dan budaya kerana 5
keharmonian dan kemakmuran antara kaum

idea bagi memajukan negara. Hal ini pastinya Perpaduan kaum juga memainkan peranan
mampu mewujudkan sebuah entiti masyarakat dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan
yang mementingkan kerjasama bak kata pepatah, penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi.
“ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”, Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan
serta secara tidak lansung dapat mengikis sikap pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah
individualistik. Tamsilnya, organisasi masyarakat bertujuan untuk menyusun semula
yang berbeza latar belakang, agama dan adat ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di
resam mampu duduk semeja berjuang negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut
mempertahankan keharmonian negara daripada memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat
dicabuli pihak tertentu. Hal ini pastinya, dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai
mengeratkan perpaduan kaum di negara kita dn kemajuan dalam pembangunan negara. Jurang
negara bertambah gah di persada dunia. perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi
mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi
Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf
juga perlu diberi keutamaan demi mengekalkan pembangunan ekonomi negara.
kukuhan perpaduan antara kaum dengan
mengamalkan semangat perkongsian, saling Konklusiya, terdapat pelbagai kepentingan
menghormati dan menanam sikap toleransi mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan
sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat masyarakat di negara ini. Sekiranya kita berpecah
akan lebih terbuka untuk mengenali dan atau bertelingkah antara satu sama lain, negara
memahami kepelbagaian agama di negara ini demi yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur
menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan
agama. Tambahan pula, sambutan pelbagai hari ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara.
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Rakyat Malaysia amat diseru agar
Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan mempertahankan maruah bangsa hingga ke titisan
Kaamatan boleh dijadikan platform untuk darah yang terakhir dan memakmurkan bumi
mengenali budaya dan adat resam sesama Malaysia melalui perpaduan. Ingatlah, “Keranamu
masyarakat sambil memperbaharui ikatan Malaysia”, di mana bumi dipijak, di situ langit
persahabatan. Keharmonian demi kesatuan ini dijunjung. Oleh itu, semua pihak perlu
juga merupakan keunikan yang bukan sahaja menggembeleng tenaga bagi memurnikan dan
memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, mengekalkan perpaduan antara kaum.
malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam
mencapai matlamat sebagai negara yang aman
dan harmoni.

6

Semua rakyat Malaysia, terutama generasi muda,
perlu menghayati konsep perpaduan di bawah
1Malaysia dengan setiap orang menerima
keunikan orang lain supaya kita dapat hidup
bersama dalam saling menghormati dan percaya.
Ini kunci kepada negara yang aman dan
kesejahteraan rakyat.

Bangsa dan pembangunan negara tidak akan
bermakna jika generasi muda,tidak diserapkan
dengan nilai-nilai yang sesuai untuk mengisi
peranan warganegara dan kepemimpinan hari
ini.Belia mempunyai kuasa untuk mengubah
negara menjadi tempat yang lebih baik dan
membawa perubahan positif di negara ini.
Dilengkapi dengan nilai-nilai yang baik dan
positif, mereka dapat mempengaruhi rakan untuk
menyumbang kepada pembangunan negara.

Kita perlu memberi peluang kepada anak muda
kita untuk membuktikan diri mereka dan untuk
mencapai kecemerlangan. Kita juga perlu
menanamkan nilai,sosial dan moral yang baik di
dalamnya untuk menangani konflik secara
positifdan menangani masalah yang berkaitan
dengan gangguan sosial.

Belia kita mesti mempunyai keupayaan dan
mengambil inisiatif untuk menjadi ‘pembina
jambatan antara etnik’ untuk meningkatkan
hubungan etnik di negara ini dengan
meneutralkan politik kebencian, polarisasi kaum
dan eksklusif kaum yang nampaknya semakin
meningkat sekarang.

7

Patriotisme boleh ditanam dalam Generasi muda mesti dimaklumkan dengan
kalangan pelajar melalui kesedaran, kepentingan perpaduan, perpaduan sosial dan
Pendidikan dan pengetahuan. Sistem perdamaian kerana mereka adalah tonggak utama
pendidikan harus disesuaikan untuk kejayaan dan pembangunan negara. Oleh sebab
memupuk rasa bangga dan kepunyaan pelajar adalah pemimpin masa depan negara, penting
bangsa. untuk mereka menjalinkan hubungan lebih rapat
walaupun terdapat perbezaan dalam bangsa, budaya
Rasa kepunyaan ialah unsur penting dan agama.
yang perlu dipupuk dan dipelihara
dalam kalangan pelajar. Hanya melalui Memupuk perpaduan harus bermula di sekolah
perasaan kepunyaan, generasi muda dengan usaha dapat dilakukan untuk memupuk nilai-
Malaysia boleh dibentuk menjadi nilai keharmonian, perpaduan dan kedamaian antara
warganegara yang bertanggungjawab kaum. Guru perlu menggunakan kreativiti dan
dan matang serta pemimpin masa kemahiran mendapatkan pelajar semua kaum
depan negara. mengambil bahagian dalam aktiviti bagi
meningkatkan integrasi kaum.
Kanak-kanak kecil boleh dibentuk
dengan tidak melihat perkara melalui Pelajar perlu mengambil bahagian dalam aktiviti
kanta berwarna. Letakkan anak-anak sekolah dan luar yang membolehkan mereka
bersama-sama dan biarkan mereka berinteraksi antara satu sama lain dan membina
membesar bersama supaya anak-anak persahabatan yang berkekalan. Pengetua sekolah dan
akan dapat mengenali, memahami dan guru perlu menggalakkan pelajar memahami satu
menghayati rakan mereka yang sama lain dengan lebih baik dan saling menghormati
mempunyai warna kulit yang berbeza antara satu sama lain.
atau latar belakang keagamaan.
Mereka mesti menjadi penggerak utama transformasi
pendidikan kita, bukan sahaja untuk mengajar dan
memberikan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga
untuk menyatupadukan pelajar dari pelbagai kaum
melalui aktiviti selaras dengan aspirasi Malaysia yang
bersatu padu.

8

9

10

11

• Masyarakat kini hidup harmoni.
• Dapat mengenakan semangat asal dia iaitu semangat ke kita akan yang hanya
mementingkan diri sendiri.
• Dapat membangunkan ekonomi negara.
• Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat dilaksanakan.
• Imej negara di mata dunia akan meningkat.
• Pembangunan yang dirancang berjalan dengan baik.
• Dapat mengekalkan kestabilan politik.
• Dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka

12

K
13

14

15

16
16

17

Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat
haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam
keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan
dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, “melentur
buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka digalakkan berkomunikasi
dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak
mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa
dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka
menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai
pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu
bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila
golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat
berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah.
Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah
didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan
dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab
menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang
kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan
kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah
membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan
projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan
sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah
membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk
menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang
berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses
menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-
isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan
warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata,
pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama “bagai aur dengan
tebing” demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

18

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat
mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang dapat
membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum, seterusnya
menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai
Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah
menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul “Negarakuku”. Lagu
“rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina
Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia
yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara?
Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil
kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan
keharmonian dan kedaulatan negara.

Seterusnya, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan
kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti
gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan
hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan
Program Rukun Tetangga, selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat
juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan
bangsa. Bak kata pepatah, “serampang dua mata”. Smabutan-sambutan khas seperti Hari
Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata
rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya,
menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan
teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya,
masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk
melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

Sebagai intihanya, “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Usaha-usaha untuk
mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak
berbelah bahagi oleh oleh semua pihak, “seperti isi dengan kuku”. Janganlah mengizinkan sejarah
hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969
berulang di negara ini. Bak kata mutiara, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Oleh itu, marilah kita
bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh
demi mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020
kerana “perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama”. Majulah bangsa demi negara!

19

KESIMPULAN

20

RUJUKAN

http://rashidahinsyirah.blogspot.co
m/2012/11/mengapa-rakyat-
malaysia-harus.html?m=1
https://www.ipendidikan.my/usaha-
usaha-untuk-memupuk-perpaduan-
kaum.html

21


Click to View FlipBook Version