The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by splendid me, 2021-07-12 01:09:37

Khalid Al-Walid

Keywords: tokoh,khalid,khalid al walid,psi,pai,pendidikan syariah islamiah,pendidikan islam,tingkatan 3,tinkatan 4,islam,ilmu,zaman khulafa ar-rasyidin

KHAL ID BIN AL - W ALID

Tokoh Terkemuka

ZAMAN KHULAFA' AR-RASYIDIN

NURUL IMAN BINTI IDRIS 4UK

KaInsidungan

Biodata Khalid Al- 2
Walid 4
5
Tentang Khalid Al- 7
Walid

Khalid Al-Walid tokoh
terkemuka

Iktibar daripada
Khalid Al-Walid

BIODATA
Khalid Al-Walid

Nama Sebenar Khalid bin al-Walid bin al-
Mughirah

Gelaran Saifullah al-Maslul
( Pedang Allah yang terhunus )

Keturunan dan Keturunan - Bani Makhzum
Kunniyah Kunniyah - Abu Sulaiman

Wafat Di Hims pada tahun 21 Hijrah
(60 tahun) Zaman Umar Al-
Khattab

Saifullah Al- Kerana kepintaran
Mashul menyusun stratergi
peperangan

Pemelukan Islam Khalid Al-Walid

Sewaktu Perjanjian Hudaibiyyah, Nabi Muhammad memberitahu
Walid bin Walid, bahawa: "Seorang lelaki seperti Khalid, tidak
akan dapat menjauhkan dirinya daripada Islam buat masa yang
lama", lalu Walid mengirim surat kepada Khalid untuk
memujuknya memeluk Islam. Khalid sebenarnya tidak beberapa
tertarik dengan berhala yang terdapat di Kaabah, membuat
keputusan untuk memeluk Islam dan dikatakan telah berkongsi
keputusannya dengan rakan zaman kanak-kanaknya, Ikrimah
bin Abu Jahal. Ikrimah tidak bersetuju dengan keputusan yang
diambil Khalid. Abu Sufyan bin Harb mengugut Khalid akan
tetapi ditahan Ikrimah yang dilaporkan telah berkata:
"Bertenang ya Abu Sufyan! Kemarahan anda mungkin juga
mendorong saya untuk menyertai Muhammad. Khalid bebas
untuk memilih mana-mana agama yang dipilihnya." Kemudian,
Khalid bergerak menuju ke Madinah. Dalam perjalanannya ke
kota itu beliau bertemu Amr al-As dan Uthman bin Talha, yang
juga dalam perjalanan ke Madinah untuk memeluk Islam. Mereka
tiba di Madinah dan pergi ke rumah Nabi Muhammad. Khalid
disambut oleh abangnya Walid bin Walid dan merupakan orang
yang pertama antara yang tiga untuk memeluk Islam.

TENTANG KHALID

AL-WALID

Panglima Khalid bin Al Walid mempunyai pertalian yang
rapat dengan Rasulullah SAW. Tetapi sebelum masuk
Islam dia salah seorang penentang Islam yang paling
keras. Ketika berlakunya perang Uhud Khalid bin Al
Walid berjaya mengkucar kacirkan tentera Islam serta
membunuh 50 orang tentera pemanah yang
ditempatkan oleh Rasulullah SAW di atas bukit Uhud.
Tetapi setelah memeluk Islam Khalid bin Al Walid
menjadi tentera yang paling keras menentang mereka
yang memusuhi Islam. Kerana keberanian, kegagahan
dan kebijaksaannya dia dilantik menjadi pemimpin
tentera Islam dan terlibat hampir 50 medan perang
yang besar. Antaranya, memerangi golongan murtad,
menakluk kerajaan parsi, kerajaan Hirah dan puncak
kegemilangannya apabila berjaya mengalahkan tentera
Rom dalam Perang Yarmuk.

KhaTolikdoh tAerkle-mWukaalid

Zaman Abu
Bakar As-

siddiq

Khalid Al-Walid telah dihantar untuk
memerangi nabi-nabi palsu dan golongan
yang murtad sehingga beliau berjaya
mengalahkan mereka. Setelah itu, beliau
telah dihantar pulang ke 'Iraq dan Syam
untuk memerangi tentera Parsi dan Rom.
Beliau juga telah memenangi beberapa siri
peperangan tersebut.

KhTaokliodh teArkelm-uWka alid

Zaman
Umar Al-
Khattab

kedudukan Khalid Al-Walid sebagai ketua
tentera islam telah DIgantikan oleh Abu
Ubaidah ibn al-Jarrah. penggantian tersebut
bertujuan untuk mengelakkan umat islam
telalu taksub dengan kelebihan khalid al-
walid yang sentiasa memenangi peperangan
yang dohadapinya.

IKTIBAR
daripada Khalid Al-Walid

1.Kita hendaklah bersedia mempertahankan agama
Islam
2.Kita hendaklah berjuang bersungguh-sungguh
untuk mempertahankan agama Islam
3.Kita hendaklah menyuun stratergi dengan baik
untuk memperoleh kejayaan.


Click to View FlipBook Version