INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Semester 3 Tahun 1 GAPD1032 ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL TUGASAN 3 PENULISAN REFLEKTIF NAMA PELAJAR PUNG MEI QI ANGKA GILIRAN 2022232310216 NO. KAD PENGENALAN 041015071102 KUMPULAN/ UNIT RBT Pengakuan Pelajar : Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : _______________ Tarikh : _______________ Nama Pensyarah DR FAKHRUDDIN BIN KHOSIM Tarikh Serahan 5 JUL 2023 Tarikh Terima (Diisi oleh Pensyarah) Pengesahan Pelajar : Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan :__________________________ Tarikh : __________________
ISI KANDUNGAN BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. 1.0 Pengenalan 1 2. 2.0 Isu Kewarganegaraan Digital 1-2 3. 3.0 Cadangan Penambahbaikan 3.1 Mempromosi kurikulum asas etika dan standard tingkah laku dalam platform digital kepada pelajar, ibu bapa, dan pendidik 3.2 Mendidik dan memperkasakan guru supaya mereka dapat memahami dan mengajar literasi digital dan kewarganegaraan 3-4 4. 4.0 Analisis SWOT 5 5. 5.0 Rujukan 6
1 1.0 PENGENALAN Saya memilih jurnal bertajuk “Literasi dan Kewarganegaraan Digital: Konsep dan Strategi Implementasi dalam Pendidikan di Malaysia” sebagai topik penulisan reflektif saya. Literasi dan kewarganegaraan digital masih belum banyak dibincangkan dalam konteks pendidikan di Malaysia. Walaupun penggunaannya telah meluas, masih terdapat jurang dalam pemahaman dan pelaksanaannya dalam sistem pendidikan. Implikasi serangan pandemik COVID 19 ini telah mengubah sejarah sistem pendidikan dunia yang menyebabkan kerencatan pembelajaran 1.6 bilion pelajar di 160 buah negara melibatkan negara berpendapatan tinggi mahupun berpendapatan rendah. (De Giusti, 2020) Sektor pendidikan di Malaysia telah melakukan anjakan drastik dalam melaksanakan pengajaran jarak jauh untuk mengatasi situasi pandemik yang melanda seluruh dunia. Penggunaan teknologi digital dan web sebagai medium dan pendekatan utama dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran melalui PDPR di rumah telah menjadi penyelesaian yang efektif untuk mencegah keciciran penyampaian pendidikan dan penularan pandemik. Pengaplikasian alat digital secara meluas sebagai usaha untuk mewujudkan warga digital kepada masyarakat digital memerlukan penguasaan literasi yang tinggi warganya merangkumi pemahaman dan kemahiran terhadap media digital yang berlandaskan tanggungjawab kepada amalan dan kod etika dalam kewarganegaraan digital. (Aytekin & Azlem, 2014; Mourad et al., 2018; Wedlock & Growe, 2017) 2.0 ISU KEWARGANEGARAAN DIGITAL Kewarganegaraan digital mewakili dimensi baru pendidikan kewarganegaraan yang berfokus kepada aspek mengajar pelajar untuk bekerja, tinggal dan berkongsi dalam persekitaran digital dengan cara yang positif merangkumi prestasi belajar dan akademik pelajar, persekitaran pelajar dan tingkah laku pelajar, kehidupan pelajar di luar persekitaran sekolah. (Aytekin & Azlem, 2014). Pada peringkat asas, pendidikan kewarganegaraan digital diperkenalkan di dunia bertujuan memastikan bahawa mereka yang bukan "peribumi digital" atau tidak memiliki peluang untuk menjadi "warga digital" tidak dipinggirkan dalam masyarakat. (Fernández-Prados et al., 2021) Kewarganegaraan dan literasi digital yang lemah dapat menyebabkan pelajar melayari laman web yang tidak aman, kehilangan data penting, dan malah menjadi korban serangan siber atau buli siber yang berbahaya. Isu kewarganegaraan digital di Malaysia merangkumi beberapa perkara, seperti jurang digital antara bandar dengan luar bandar, kekurangan akses kepada teknologi digital bagi golongan kurang berkemampuan, kekurangan literasi digital dan kewarganegaraan digital dalam kalangan pelajar dan pendidik, serta isu privasi dan keselamatan data peribadi.
2 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia 28 April 2022 Graf ini menunjukkan Peratusan Individu Menggunakan Internet Mengikut Jenis Aktiviti Terpilih, Malaysia, 2020 dan 2021. Berdasarkan graf ini, hiburan iaitu muat turun gambar, filem atau permainan pada tahun 2021 adalah 91.8% dan pada tahun 2020 adalah 87.9%. Perbezaan antara pada tahun 2021 dengan 2020 adalah 3.8%. Berdasarkan graf ini, e-Dagang iaitu membeli barangan dan perkhidmatan melalui e-Dagang pada tahun 2021 adalah 64.7% dan pada tahun 2020 adalah 45.0%. Perbezaan antara pada tahun 2021 dengan 2020 adalah 19.7%. Berdasarkan graf ini, e- Kesihatan iaitu mendapatkan maklumat kesihatan pada tahun 2021 adalah 73.8% dan pada tahun 2020 adalah 61.9%. Perbezaan antara pada tahun 2021 dengan 2020 adalah 11.9%. Berdasarkan graf ini, aktiviti pembelajaran iaitu merujuk laman web untuk pembelajaran formal pada tahun 2021 adalah 59.0% dan pada tahun 2020 adalah 40.3%. Perbezaan antara pada tahun 2021 dengan 2020 adalah 18.7%. Dalam graf ini, individu menggunakan Internet pada tahun 2021 paling banyak berbeza dengan pada tahun 2020. Ini juga mewakili isu kewarganegaraan digital pada tahun 2021 berlaku paling banyak berbeza dengan pada tahun 2020.
3 3.0 CADANGAN PENAMBAIKAN 3.1 Mempromosi kurikulum asas etika dan standard tingkah laku dalam platform digital kepada pelajar, ibu bapa, dan pendidik Pendidikan digital merupakan aspek yang semakin penting dalam era abad ke-21 ini. Selain daripada mengajarkan kemahiran pembuatan, komunikasi, hubungan, dan kolaborasi, pendidikan digital juga harus dipromosikan kepada seluruh warga sekolah termasuklah guru, ibu bapa, dan pentadbir. Hal ini bertujuan agar kesedaran mengenai literasi digital dan kewarganegaraan dapat difahami oleh semua warga digital dalam jejari sekolah. Pentingnya melindungi privasi, mengenali kewarganegaraan, dan mempertahankan tahap etika dalam penggunaan media digital harus menjadi fokus dalam pendidikan digital. Oleh itu, ibu bapa juga perlu turut serta dalam memantau penggunaan media digital oleh anak-anak di rumah. Justeru, kesedaran mengenai pentingnya literasi digital dan kewarganegaraan dapat terus ditingkatkan secara tidak langsung dalam lingkungan keluarga. Dalam rangka mencapai tujuan tersebut, sekolah juga perlulah menyediakan sumber daya yang mencukupi untuk pendidikan digital, seperti perisian dan peralatan yang sesuai. Selain itu, pelatihan mengenai literasi digital dan kewarganegaraan juga perlu diadakan secara rutin bagi guru dan staf sekolah. Dengan pendidikan digital yang baik dan kesedaran yang tinggi mengenai literasi digital dan kewarganegaraan, diharapkan semua warga digital dapat mengambil manfaat daripada teknologi dengan cara yang bertanggungjawab dan beretika.
4 3.2 Mendidik dan memperkasakan guru supaya mereka dapat memahami dan mengajar literasi digital dan kewarganegaraan Lambakan alat dan aplikasi digital menggesa guru mengembangkan dan mengukuhkan kecekapan dalam penggunaan teknologi. Adalah penting untuk guru mengenal pasti pendidikan berasaskan teknologi secara strategik dan berlandaskan etika sebagai warga negara digital yang bertanggungjawab kerana pengetahuan dan kemahirannya menjadi nilai ukur kepada pelajar. (Mourat et al., 2018) Pendidik juga menggunakan teknologi dalam kehidupan peribadi seperti komunikasi, mencari maklumat, perbankan, dan membeli-belah. Namun, kurangnya latihan formal dalam reka bentuk instruksional yang bersepadu dengan teknologi menjadi salah satu sebab teknologi tidak dioptimumkan dalam meningkatkan pembelajaran. Guru-guru di seluruh negara memerlukan latihan dan persiapan dalam asas-asas literasi digital dan kewarganegaraan. Sebilangan besar guru dan pentadbir hari ini lebih ketinggalan berbanding pelajar mereka dalam memahami dan menggunakan teknologi dan media digital. Guru juga perlu menghubungkan persekitaran pembelajaran formal dengan persekitaran pembelajaran tidak formal kerana media digital dan teknologi merentasi keseluruhan ruang dan masa pelajar zaman ini. Mereka juga perlu mendokumentasikan dan menilai proses pemikiran transformatif dan sistematik bagi menyumbang kepada wacana pembelajaran dengan teknologi pendidikan yang lebih berjaya. Oleh itu, guru perlu mengambil peluang untuk berkomunikasi dengan pengguna teknologi dan terus mengembangkan diri dalam bidang ini.
5 ANALISIS SWOT Analisis SWOT adalah proses yang melibatkan empat bidang menjadi dua dimensi. la mempunyal empat komponen ialtu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. (Fatimah, 2016) Kekuatan dan kelemahan adalah faktor dalaman iaitu berdasarkan ciri organisasi manakala peluang dan ancaman adalah faktor luaran iaitu berdasarkan sifat dari persekitaran. Analisis SWOT biasanya dibuat dalam kotak empat kuadran yang membolehkan ringkasannya dianjurkan mengikut empat tajuk bahagian. Jadual berikut adalah analisis SWOT yang telah dibuat bagi menilai isu kewarganegaraan digital di Malaysia iaitu isu privasi dan keselamatan data peribadi. Saya menggunakan Canva untuk membuat analisis SWOT ini. Jadual 1: Analisis SWOT Isu Privasi Dan Keselamatan Data Peribadi di Malaysia (978 patah perkataan)
6 RUJUKAN 1. Agir, N., & Mohd Matore, M. E. @ E. (2022). Literasi dan Kewarganegaraan Digital: Konsep dan Strategi Implementasi dalam Pendidikan di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001367. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1367. 2. Foo, S. Y. (2023). Bab 2 Peranan Pelajar Era Digital. In Asas Pembelajaran Digital (pp. 17–23). Local Publications (M) Sdn Bhd. 3. Foo, S. Y. (2023). Bab 7 Konsep Pemikiran Komputasional. In Asas Pembelajaran Digital (pp. 77–83). Local Publications (M) Sdn Bhd. 4. De Giusti, A. (2020). Policy Brief: Education during COVID-19 and beyond. Revista Iberoamericana de Tecnología En Educación y Educación En Tecnología, 26, e12. https://doi.org/10.24215/18509959.26.e12. 5. Aytekin Isman, & Azlem Canan Gungoren. (2014). Digital Citizenship. The Turkish Online Journal of Education Technology, 13(3), 73–77. 6. Mourad Benali, Mehdi Kaddouri, & Toufik Azzimani. (2018). Digital Competence of Moroccan Teachers of English. International Journal of Education and Development Using Information and Communication Technology (IJEDICT), 14(2), 99–120. 7. Wedlock, B. C., & Growe, R. (2017). The Technology Driven Student: How to Apply Bloom’s Revised Taxonomy to the Digital Generations. Journal of Education & Social Policy, 7(1), 25– 34. www.jespnet.com. 8. Fernández-Prados, J. S., Lozano-Díaz, A., & Ainz-Galende, A. (2021). Measuring Digital Citizenship: A Comparative Analysis. Informatics, 8(1), 18. https://doi.org/10.3390/informatics8010018. 9. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2022, April 28). Kenyataan Media Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah 2021. https://dosm.gov.my/uploads/content- downloads/file_20221105181244.pdf. 10. Fatimah, F. N. A. D. (2016). Teknik analisis SWOT. Anak Hebat Indonesia.