The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-21

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NAZIRAH BINTI KAMAL RUZAMAN KPM-Guru, 2024-06-20 22:59:03

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-21

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-21

Keywords: PIBG,SKIE

ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA HALAMAN 01 SURAT JEMPUTAN 1 02 UCAPAN PENASIHAT PIBG SK TAMAN IMPIAN EMAS 2 03 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2023/2024 3 04 ATUR CARA MESYUARAT AGUNG KALI KE-21 4 05 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 5 06 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 7 07 KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 8 08 AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG 2023/2024 10 09 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 11 10 LAPORAN KEWANGAN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG SK TAMAN IMPIAN EMAS JANUARI SEHINGGA DISEMBER 2023 32 11 LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2023/2024 33 12 USUL TAHUN 2024 63


1


UCAPAN PENASIHAT PIBG SK TAMAN IMPIAN EMAS Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) SK Taman Impian Emas (SKTIE)yang dikasihi lagi dihormati sekalian. Alhamdulillah pada tahun ini, genaplah 21 tahun penubuhan PIBG SKTIE. Tahniah dan terima kasih kerana dalam tempoh ini sudah tentu banyak sumbangan PIBG dalam membantu kecemerlangan SKTIE dalam pelbagai aspek sejajar dengan tujuan penubuhannya. Sukacita saya ingin berkongsi tentang prinsip kerja warga SK Taman Impian Emas iaitu ARROW yang bermaksud A (accurate), R (rational), R (relevant), O (opptimist) dan W (win). Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk menerapkan prinsip ini dalam menjalankan tugas. Bagaikan sebuah keluarga, kita sepatutnya saling menyokong antara satu sama lain demi kebaikan dan kecemerlangan anak-anak tanpa mengetepikan rasa saling menghormati dan memahami antara kedua-dua pihak. Saya percaya dan yakin jika kita dapat mempraktikkan sikap saling menghormati dan positif, anak-anak SKTIE akan mendapat aura yang positif bagi menjadi insan yang seimbang dan seterusnya sekolah juga menjadi cemerlang. Akhir kata, sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar PIBG SKTIE akan dapat berdiri teguh menjalankan fungsinya dengan efisien demi kecemerlangan anak-anak SKTIE. Sekian, terima kasih. Sekian,terima kasih. PN.ASMAH BINTI KASIM PENASIHAT PIBG SKTIE SK TAMAN IMPIAN EMAS 2


UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2023/2024 Bismillahirrahmanirrahim…. Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dengan limpah dan kurnia serta petunjuk dariNya dapatlah saya menyusun sepatah dua kata di dalam buku program Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-21 sesi 2023 / 2024 SK Taman Impian Emas. Saya sebagai YDP PIBG SKTIE terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf atas kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan semasa saya menjalankan tugas sebagai YDP PIBG. Tahniah saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan semua kakitangan sekolah ini kerana telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam kegiatan PIBG sekolah ini. Saya yakin dengan pentadbiran yang jujur dan berwibawa dapat membantu dalam meningkatkan kejayaan anak-anak di sekolah ini dalam kurikulum dan ko-kurikulum pada masa-masa akan datang. Saya berharap kerjasama daripada masyarakat setempat dapat memberi sokongan terhadap usaha PIBG untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Akhir kata, bersama-samalah kita memberikan komitmen yang tinggi kepada PIBG agar dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Jadikanlah, PIBG sebagai salah satu platform untuk kita sama-sama berbakti demi kemajuan akademik, sahsiah dan ko-kurikulum anak-anak kita. Marilah kita berikan sokongan terhadap pemantapan pelaksanaan program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 2.0 melalui penglibatan komuniti dengan mengukuhkan penglibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, PROF. MADYA DR. JASRUL JAMANI BIN JAMIAN YDP PIBG SESI 2023 / 2024 SK TAMAN IMPIAN EMAS 3


ATUR CARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI-KE 21 8.00 – 8.50 pagi • Pendaftaran kehadiran guru dan ibu bapa 9.00 pagi • Bacaan Doa oleh Encik Mohd Faizal Bin Abd. Latib • Ucapan alu-aluan oleh Prof. Madya Dr. Jasrul Jamani Bin Jamian, Yang Dipertua PIBG Sesi 2023/2024 • Ucapan Penasihat PIBG SKTIE, Puan Asmah Binti Kasim 10.00 pagi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 • Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 - Tayangan montaj program dan aktiviti PIBG Sesi 2023/2024 - Perkara-perkara berbangkit • Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan Kutipan Sumbangan PIBG Sesi 2023/2024 • Perbahasan usul • Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 • Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 • Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2024/2025 • Ucapan Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 • Penyampaian sijil dan cenderamata 12.00 tengah hari • Bersurai 4


JAWATAKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-21 JAWATAKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-21 PENDAFTARAN PN. HAWATI BINTI NAWAWI PN. NUR AQILAH BINTI MOHD AZAMAN PROTOKOL/SAMBUTAN PM DR. JASRUL JAMANI BIN JAMIAN (PIBG) PN. SITI ALOHA BINTI YAHAYA PN. FAUZIAH BINTI BABA EN. SYFULNIZAN BIN A. RAHMAN PN. NOR AZIMAAH ANIM BINTI MOKHTAR DATUK ABD. AZIZ BIN ENGAN (PIBG) BUKU PROGRAM CIK NORSHAFIQAH BINTI ABU BAKAR PN. HJH. HANIAH BINTI BACHOK PN. SUSILAWATI BINTI TAMYIZ PN. NOR HASLIZA BINTI KIPLI PN. NURUL HUSNA BINTI HUSSIN PN. NAZIRAH BINTI KAMAL RUZAMAN HADIAH DAN SIJIL PN. NOR SAKINAH BINTI ZAMIN PN. AZLIN AZWA BINTI SHUKOR PN. NUHA IZZATY BINTI MOHD SALLEH PN. JAYESWARY A/P SHAMMUGAM PN. NUR WAHIDAH BINTI ATARHIM BACAAN DOA EN. MOHD FAIZAL BIN ABD LATIB (PIBG) PENGACARA MAJLIS EN. MOHD SHAMSUDIN BIN SALAMON JURUGAMBAR TN. HJ. MUHAMMAD RAUF BIN MAT JUSAH TAYANGAN SLAID DAN MONTAJ CIK NIK HUMAIRAH BINTI ASMADI PN. NUR SYAHMINA BINTI RAMLI PN. NUR IZYAN BALQIS BINTI MOHAMAD ARIFFIN PN. AINI SUHAILA BINTI MOHAMAD SULAIMAN PN. SAIREE BINTI SAINEL EN. MUHAMMAD FADZLI BIN RAMLI DOKUMENTASI CIK NURUL AQILAH BINTI MOHD RAMZAN PN. ROHANA BINTI WAHAB PN. NURUL ATIQAH BINTI AMIN PN. RUZINA BINTI MAT ISA MAKANAN DAN MINUMAN PN. HANIZA BINTI BORHAN (PIBG) PN. HAFIZA BINTI HUSSEIN (PIBG) PENGERUSI : PN. ASMAH BINTI KASIM TIMBALAN PENGERUSI : PN. SITI ALOHA BINTI YAHAYA NAIB PENGERUSI 1 : PN. FAUZIAH BINTI BABA NAIB PENGERUSI 2 : EN. SYFULNIZAN BIN A. RAHMAN NAIB PENGERUSI 3 : PN. NOR AZIMAAH ANIM BINTI MOKHTAR YANG DIPERTUA : PROF. MADYA DR. JASRUL JAMANI BIN JAMIAN NAIB YANG DIPERTUA : EN. MOHD FAIZAL BIN ABD LATIB SETIAUSAHA : CIK NORSHAFIQAH BINTI ABU BAKAR BENDAHARI : PN. HAJAH HANIAH BINTI BACHOK 5


PENCATAT MINIT PN. NOR SAKINAH BINTI ZAMIN PN. NORAZIAN BINTI DAUD PN. HANIDA BINTI KATMIN PERSIAPAN TEMPAT, PERALATAN DAN MENGEMAS SEMULA TN. HJ. MOHAMAD NAZAM BIN MOHAMED AFFENDI EN. UMAR FARUQI BIN KAMARULHATTA EN. ZAINUDIN BIN EMBONG CIK NANTHINI A/P NADARAJAH PN. SAHLENE A/P ARUMUGAM PN. ILIANA BINTI ILIAS (PIBG) PN. PRIYA LATHA A/P MADAVAN (PIBG) SIARAYA EN. AZIZAN BIN MURI EN. HAIDI SUFIAN BIN GOSNON HIASAN PENTAS PN. SITI ADILAH BINTI MASKUR TN. HJ. MUHAMMAD RAUF BIN MAT JUSAH CIK IZZATUL IQLIMA BINTI ABD LATIF CIK NUR AIN BINTI AHMAD CIK KIRRTHANA A/P MANNIVINAN PN. RAJESWARI A/P SEENIVASAN UNDIAN SEMUA GPK EN. MOHD ROZAIMI BIN ABD RANI (PIBG) 6


AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-21 1. Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG SKTIE Sesi 2023/2024 2. Ucapan Penasihat PIBG SK Taman Impian Emas 3. Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 4. Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan Kutipan Sumbangan PIBG Sesi 2023/2024 5. Perbahasan usul 6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 7. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 8. Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2024/2025 9. Ucapan Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 7


SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-20 1. ABD. AZIZ BIN ENGAN 47. MD SANI BIN SAYUTI 2. ABDUL MUTHALIB 48. MD SHUKRI BIN MD SAMINGON 3. ABDUL RAHMAN BIN AMIR HUSSIEN 49. MERY NATALIA 4. ADIHASLINAH BINTI ABDUL KADIR 50. MOHAMAD KHAIRUL AZHAR BIN ABDUL WAHAB 5. AEISHAH ABDUL HANAN 51. MOHAMAD NOORAZLAN BIN ABU BAKAR 6. AHMAD KAMAL BIN ZAINUDIN 52. MOHAN SUBRAMANIAM 7. AISHAH BINTI BACHOK 53. MOHD ARIS BIN MOHD TAIB 8. AMBUK ASEK 54. MOHD FAIZAL BIN ABD RAHMAN 9. ANIS RAFIDAH BINTI AB MUTALIB 55. MOHD HASNAN ABD RASHID 10. ANITA VEJAYAN 56. MOHD NASARUDIN BIN MOHD NUSHI 11. ANITAH BINTI ABDULLAH@ALI 57. MOHD SALMI BIN MAT JUSOH 12. AZWIN BINTI ZAKARIA @ HAMDAN 58. MOHD. ZUNNURAIN BIN ABDUL KHOHAR 13. CHANDRADEVI A/P GUNASEKARAN 59. MUHAMMAD FAIZAL 14. CIK FATIMAH HAMAT 60. MUHAMMAD IRFAN BIN MAT NAWI 15. CINDY VERONICA BAK 61. NADZIRIN NADIA BINTI ZAKARIA 16. DOROTHY 62. NIK MOHD FAWAZ BIN NIK IBRAHIM 17. EVIE BINTI GABREL 63. NOOR IKHMAL B SAZALI 18. FATIMAH BINTI SUJIMUN 64. NOOR JASHIDA BINTI RAMLI 19. FATIN BINTI HAMZAH 65. NOOR MAZLUN MOHAYADI 20. FATIN LAILY GHAZALI 66. NOOR SHAHIDAH BINTI CHE OMAR 21. FATTEN SARAYATI BINTI MOHD RAZUKI 67. NOR AIDDA BT HASRAN 22. FAUZIAH BINTI BABA 68. NOR ASYIKIN MOHD AMIN 23. HADIBAH ABU BAKAR 69. NOR AZIMAAH ANIM BT MOKHTAR 24. HAFEZ BIN MOHAMED KASSIM 70. NOR AZLINA BINTI ABDUL RAZAK 25. HAFIZA BINTI HUSSEIN 71. ZULINA HJ MOHD TAIB 26. HANG TUAH BIN TAMBY 72. NOR AZURA BINTI KALIKURAHMAN 27. HANIDA BINTI KATMIN 73. NOR FARAH FADILA BT SHAMSUDDIN 28. HANIZA BINTI BORHAN 74. NOR HIDAYAH BINTI CHEK MAT 29. HASLINA BINTI ABD HALIM 75. NOR SAKINAH BINTI ZAMIN 30. HASSAN BIN MOHD ISMAIL 76. NORAMIRA BINTI HILY YATIM 31. HAWATI BINTI NAWAWI 77. NORASYIKIN BINTI TAIB 32. HAZLINA BINTI MAT DAUD 78. NORAZLINA AMRAN 33. IBRAHIM BIN HONI 79. NORFAZELA 34. ILIANA ILIAS 80. NORHAIDA BINTI TALIB 35. INTAN SUHANA BINTI RANI 81. NORHAWAZNI BINTI ZULKIFLI 36. ISTIFAIRUS 82. NORJANA BINTI YUSOF 37. JASRUL JAMANI JAMIAN 83. NORMAN BIN NOH @ MOHAMED NOH 38. JEYA PRAKASH A/L CHILLAPAH 84. NORSELEY BINTI ROZI 39. JORAH BINTI AHAMAD 85. NUR AISHA 40. KANAGAJOTHI KALIMUTHU 86. NUR ERMAH 41. KANEGESHVARRY 87. NUR FARAH ASHIQIN BINTI ABDUL RASHID 42. KARTINI BINTI ALI 88. NUR FARAH ASHIQIN BINTI ABDULLAH 43. KAUSALYA RAJA GOBAL 89. NUR HAMIZAH BINTI KARIM 44. KHAIRUNNISA BINTI ABDUL HALIM 90. NUR IZZAH ATHIRAH & HAZIQ 45. MASLINDA 91. NUR MAHIRAH BINTI MAZLAN 46. MASNI BINTI MUCHTAR 92. NURSYAFINA BINTI FATHILAH 8


93. NURUL AKMAR BINTI MOHAMED 121. SITI HAJAR BINTI HASHIM 94. NURUL FADZILLA MOHD ARIS 122. SITI ISAH BINTI ABDUL RAHMAN 95. NURUL HIDAYU ZAHARI 123. SITI MAHFUZAH BINTI AHMAD HUZAINI 96. OZEE JULIZA BT JALALUDIN 124. SITI NABILAH BINTI HANAFFI 97. PAJARIYAH BT. SENO 125. SITI NURFATIHAH BINTI MD NOH 98. RAJA MUNIANDY A/L MANIAM 126. SITI NURU ATIKAH BINTI MOHD LAZIM 99. ROHAIZAT JAMIN 127. SITI ROSAIDAH BINTI RADZUAN 100. ROSE FAIZURA BINTI MOHD RUSLI 128. SITI ZULAIHA BINTI ABDUL MANAN 101. ROSLIANA BINTI SUPARNAK 129. SUHAINIE BINTI SALIMIN 102. ROSLINA BINTI AMAN 130. SUKMAWATI BINTI JAAFAR 103. ROSMAWATI BINTI SALLEH 131. SUZAIRI BIN DAUD 104. ROSNANI HARON 132. SYLVINIA 105. ROSZANA BINTI ROSLO 133. TENAGARAN MANOGARAN 106. SAIREE BINTI SAINEL 134. TINI ZURAINA BINTI MOHD FAUDZI 107. SALINA BINTI KHAIRUDIN 135. UMI UMAIRAH 108. SALIZA BINTI OMAR 136. YUSNIZA BINTI YUSOF 109. SARATA A/P MICHAEL MANIAM@SUBRAMANIAM 137. ZAHARAH OTHMAN 110. SELVI 138. ZAINAB BINTI MOHAMAD NAWAWI 111. SHAHRIL BIN ZAINAL 139. ZAINUDDIN BIN AHMAD 112. SHAHRIN IBRAHIM 140. ZAITON BINTI MAT 113. SHARINA HASSAN 141. ZARIDAH JOHARI 114. SILADEVI 115. SITI ALOHA BINTI YAHAYA 116. SITI AMINAH BINTI MOHD SARIFEE 117. NORSHAFIQAH BINTI ABU BAKAR 118. SITI ASMAH BINTI AMIR 119. SITI AZURA BTE MOHD SABARI 120. SITI HAJAR ABDUL RAHMAN 9


AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG SESI 2023/2024 EX-OFFICIO : Pn. Asmah binti Kasim YANG DIPERTUA : Prof Madya Dr. Jasrul Jamani bin Jamian NAIB YANG DIPERTUA : En. Mohd Faizal bin Abd Latib SETIAUSAHA KEHORMAT : Cik Norshafiqah binti Abu Bakar BENDAHARI KEHORMAT : Pn. Hajah Haniah binti Bachok AHLI JAWATANKUASA : Datuk Abd Aziz bin Engan : En. Mohd Rozaimi bin Abd Rani : Pn. Hafiza binti Hussein : Pn. Haniza binti Borhan : Pn. Priya Latha A/P Madavan : Pn. Iliana binti Ilias : Tn. Haji Muhammad Rauf bin Mat Jusah (Guru) : En. Haidi Sufian bin Gosnon (Guru) : Pn. Nor Sakinah binti Zamin (Guru) : Cik Nik Humairah binti Asmadi (Guru) JURU AUDIT : Dr. Ahmad Humaizi bin Rozaini : Pn. Haslina binti Abd Halim (Guru) 10


MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-20 SESI 2023/2024 Tarikh : 10 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 09:00 pagi Tempat : Laman Utama SK Taman Impian Emas Pengerusi : Prof. Madya Dr. Jasrul Jamani bin Jamian HADIR 141 orang ibu bapa dan guru-guru yang merupakan ahli berdaftar PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas (rujuk senarai kehadiran) URUS SETIA 1. Cikgu Hajah Haniah binti Bachok 2. Cikgu Susilawati binti Tamyiz 3. Cikgu Kamar Nazileen binti Hussein 4. Cikgu Nur Fatin binti Mahadi 5. Cikgu Syahira Nabila binti Hamdan TURUT HADIR Tuan Mohd Fahmie bin Mohmad Penolong Pengarah Adab dan Nilai Jabatan Pendidikan Negeri Johor TIDAK HADIR (Dengan Kenyataan) Tiada TIDAK HADIR (Tanpa Kenyataan) Tiada 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN YANG DI PERTUA PIBG SKTIE SESI 2022/2023 Prof. Madya Dr Jasrul Jamani bin Jamian 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran ahli dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Impian Emas kali ke-20. Makluman 1.2 Pengerusi merakamkan ucapan tahniah kepada barisan pentadbir, guru-guru dan seluruh warga sekolah atas kerjasama dan sokongan padu yang diberikan dalam menjayakan aktiviti PIBG sepanjang sesi 2022/2023. Makluman 1.3 Pengerusi berpuas hati dengan kehadiran ibu bapa dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Taman Impian Emas kali ke-20 yang buat julung kalinya diadakan secara sendiri tanpa menggabungkan dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan. Kehadiran ahli PIBG ini telah menepati Perlembagaan PIBG perkara 4.8 Kuorum (22) (a) yang membenarkan Mesyuarat Agung Tahunan 11


dijalankan dengan bilangan ahli hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG seramai 15 orang. Makluman 1.4 Beliau turut menzahirkan rasa gembira terhadap perkembangan dan peningkatan usaha ahli jawatankuasa PIBG setelah pandemik COVID-19 ke arah melaksanakan aktiviti yang memberi impak kepada kemajuan sekolah dan pembangunan murid walaupun jumlah kutipan sumbangan PIBG masih pada tahap yang rendah. Makluman 1.5 Beliau berharap mesyuarat yang akan dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar dan semua ahli yang hadir dapat mengikuti mesyuarat hingga selesai. Makluman 1.6 Pengerusi menyeru semua ahli agar terus memberi sokongan padu kepada ahli jawatankuasa PIBG demi kemajuan dan keselesaan anak- anak. Makluman 2.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG SKTIE Puan Asmah binti Kasim 2.1 Puan Asmah memohon izin ahli mesyuarat untuk turun ke pentas dan menyampaikan ucapan secara lebih dekat di hadapan ahli yang hadir. Makluman 2.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu bapa yang di luar jangkaan memandangkan mesyuarat diadakan pada hari Sabtu. Pemilihan hari Sabtu sebagai hari pelaksanaan mesyuarat agung tahunan diakui merupakan cabaran besar yang harus didepani dengan risiko menghadapi pelbagai kekangan. Makluman 2.3 Beliau juga turut menjelaskan bahawa kebanyakan sekolah terikat dengan tempoh pelaksanaan mesyuarat agung tahunan yang telah ditetapkan iaitu sebelum 30 Jun 2023. Makluman 2.4 Puan Asmah menjelaskan secara serius tentang pendidikan wajib murid di sekolah rendah berdasarkan kepada Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 29A (2) iaitu setiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. Selaras dengan akta ini, ibu bapa yang gagal mematuhinya boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tindakan: Semua Ahli 2.5 Beliau turut menjelaskan pendidikan wajib murid di sekolah rendah ini juga tertakluk kepada murid bukan warganegara yang dikenakan bayaran persekolahan sejumlah RM24.50. 12


Tindakan: Semua Ahli 2.6 Puan Asmah mengaitkan keperluan pendidikan murid dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menuntut setiap murid dilengkapi dengan aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial bagi melahirkan insan yang seimbang secara menyeluruh. Keperluan FPK ini diperhalusi dalam visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan pendidikan berkualiti dan pembangunan sahsiah murid menjadi agenda utama dalam membangunkan potensi setiap individu. Makluman 2.7 Beliau juga turut menjelaskan tentang konsep Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC) berupa slogan yang sering diungkapkan oleh Dato Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sangat relevan dengan visi KPM iaitu Insan Terdidik sementara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan aspirasi yang dijemakan melalui Pendidikan Berkualiti. Menerusi konsep ABC ini, kesemua program yang dilaksanakan sangat signifikan dengan penglibatan ibu bapa. Paling ketara, salah satu program yang menuntut penglibatan ibu bapa iaitu proses pembelajaran murid yang bermula di sekolah dapat dilaksanakan secara berterusan di rumah. Tindakan: Semua Ahli 2.8 Puan Asmah memaklumkan bahawa SK Taman Impian Emas merupakan Sekolah Transformasi 2025 (TS25) kohort keenam. Melalui Program TS25, elemen kemenjadian murid dan sekolah berkualiti merupakan fokus utama. Empat aspek yang menjadi tonggak kepada kejayaan fokus utama iaitu guru yang kompeten, persekitaran yang menyeronokkan, kepimpinan yang berkualiti dan komitmen komuniti yang padu menerusi sokongan PIBG. Beliau menegaskan dengan sokongan PIBG yang padu membantu membangunkan kemenjadian murid dan mewujudkan sekolah berkualiti. Sebagai contoh, pembentukan Student Leaders Board (SLB) di peringkat SK Taman Impian Emas merupakan satu usaha ke arah melahirkan pemimpin muda sekolah yang berpotensi. Tindakan: Semua Ahli 2.9 Beliau juga menjelaskan bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21, setiap murid perlu dilengkapi dengan 6 aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional. Program Karakter Murid Johor (KrMJ) 2.0 yang diketengahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) merupakan usaha ke arah melahirkan murid yang mempunyai sahsiah terpuji dan mempunyai identiti terserlah. Selain itu, galakan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris membantu murid dalam kemahiran dwibahasa. Makluman 2.10 Seterusnya, Puan Asmah memperkenalkan barisan kepimpinan SK Taman Impian Emas dimulai dengan dirinya sendiri selaku Guru Besar, Puan Fauziah binti Baba, GPK Kurikulum, Puan Siti Aloha binti Yahaya, GPK Hal Ehwal Murid, Encik Syfulizan bin A, Rahman, GPK Kokurikulum dan Puan Nor Azimaah Hanim binti Mokhtar, GPK Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Setiap pentadbir memegang portfolio sendiri dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Makluman 13


2.11 Beliau memaklumkan tentang enrolmen warga SK Taman Impian Emas iaitu Guru (64 orang), Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) seramai 7 orang, murid (1058) dan anggota swasta (9 orang). Selain itu, bilangan murid bagi setiap aliran kelas juga diperincikan. Berdasarkan enrolmen murid yang dinyatakan, sekolah masih kekurangan 7 orang guru. Namun begitu, kepimpinan sekolah mempunyai strategi bagi mengatasi isu yang dihadapi demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran murid berjalan dengan lancar. Makluman 2.12 Puan Asmah berkongsi hala tuju SK Taman Impian Emas bagi sesi persekolahan 2023/2024. Terdapat 4 perkara mengikut bidang yang menjadi fokus utama iaitu bidang kurikulum memfokuskan 100% murid mendapat Tahap Penguasaan (TP)3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan !00% murid Tahun 6 Khatam Al-Quran, bidang hal ehwal murid menumpukan kepada 95% kehadiran murid, sementara bidang kokurikulum memberi fokus kepada 2.0 Gred Purata PAJSK. Makluman 2.13 Puan Asmah memaparkan Analisis TP1 dan TP2 bagi 5 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah sehingga Mei 2023. Bilangan murid yang memperolehi TP1 dan TP2 bagi Bahasa Melayu (101 murid), Bahasa Inggeris (97 murid), Matematik (97 murid), Sains (69 murid) dan Sejarah (20 murid). Makluman 2.14 Beliau juga memaparkan Peratus Penglibatan Nilam mengikut kelas sehingga 05.06.2023, Peratus kehadiran murid bermula Mac (93.08%), April (87.40%) dan Mei (87.01%), Peratus Pencapaian Bacaan Al-Quran mengikut Juzuk setiap aliran dan Peratus Murid Tahun 6 Khatam Al-Quran bermula Mac (50), April (53) dan Mei (56). Makluman 2.15 Puan Asmah memaklumkan program sokongan yang akan dijalankan bagi sesi persekolahan 2023/2024 iaitu menyediakan tempat menunggu PPKI, menaik taraf pentas sekolah, menambah kerusi meja makan di kantin, meratakan dinding tempat hinggap burung merpati, menaik taraf tempat kitar semula, menaik taraf stor penyimpanan barang bawah tangga, Program Kelestarian, Program Kerjasama Jabatan Perhutanan, Program Kerjasama dengan Universiti Teknologi MalaysiadanProgram Bantuan Bacaan/Mengaji di rumah. Makluman 2.16 Seterusnya, Puan Asmah beralih kepada perkongsian Pengurusan PIBG. Pengurusan PIBG didasari oleh Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)-Bahagian XIII Seksyen 130 (2) (i) dan tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 (PU(A) 118/1998. Di bawah Akta Pendidikan 1996: Maka hendaklah ditubuhkan dan diuruskan oleh Persatuan suatu kumpulan wang yang ke dalamnya hendaklah dibayar semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota terhadap tujuan-tujuan Persatuan. Bersandarkan kepada akta yang dinyatakan menunjukkan kepentingan PIBG dalam memacu sekolah berkualiti. Makluman 14


2.17 Sementara itu, beliau menjelaskan pengoperasian PIBG tertakluk kepada punca kuasa berikut: 2.17.1 SPI Bil. 11/1989: Kutipan ‘Yuran’ Persatuan Ibu Bapa-Guru. Kutipan sumbangan kepada persatuan dibenarkan dengan kelulusan Pendaftar. Kutipan ‘Yuran PIBG’ tidak dibenarkan. 2.17.2 SPI Bil.9/1991: Permohonan mengundang orang-orang kenamaan ke upacara sekolah. 2.17.3 SPI Bil.3/1997: Program/Aktiviti Sekolahyang melibatkan dasar dan/atau pungutan wang. 2.17.4 SPI Bil. 4/2004: Perlembagaan PIBG. 2.17.5 SPI Bil.5/2001: Batasan Kuasa PIBG. 2.17.6 SPI Bil.5/2001: Batasan Kuasa PIBG. 2.17.7 Surat Siaran BPSH (21.1 2015)-Pemilihan AJK PIBG dan Akaun sekolah. 2.17.8 Buku Panduan Persatuan Ibu Bapa-Guru Sekolah-Sekolah Malaysia. 2.17.9 SPI Bil. 3 Tahun 2018: Panduan Penyaluran dan Penerimaan Sumbangan Swasta dan Bukan Swasta kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bukan Kerajaan. 2.17.10 SPI Bil. 2/1999: Penganjuran Program Motivasi di sekolah. PIBG boleh mengadakan program motivasi dengan persetujuan pihak sekolah. Walau bagaimanapun PIBG tidak boleh mengenakan bayaran yang membebankan ibu bapa. 2.17.11 SPI Bil. 4/1985: Sekolah sebagai Institusi Masyarakat. PIBG boleh menjalankan aktiviti bersama dengan pihak sekolah dengan kebenaran Pengetua/Guru Besar melalui program yang terancang. PIBG tiada kuasa untuk mengeluarkan sebarang arahan kepada pihak sekolah untuk mematuhinya. Makluman 2.18 Beliau turut menjelaskan tujuan-tujuan penubuhan Persatuan adalah seperti berikut: 2.18.1 Mengadakan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebaikan dan kemajuan murid-murid. 2.18.2 Membantu dan menambah usaha sekolah memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid. 2.18.3 Membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan. 2.18.4 Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru berunding berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak- anak. 2.18.5 Membolehkan ahli berusaha menambah kewangan persatuan dan meningkatkan kemudahan fizikal. Makluman 2.19 Beliau juga menjelaskan tentang fungsi-fungsi persatuan adalah: 2.19.1 Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid. 2.19.2 Menambah sumber kewangan dan meningkatkan kemudahan sekolah. 2.19.3 Meningkatkan kemesraan, menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masvarakat setempat. 2.19.4 Meningkatkan keceriaan premis sekolah untuk mewujudkan suasana kondusif. Makluman 2.20 Beliau menerangkan tentang perbezaan peranan PIBG, PIBKS (Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta dan KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) daripada aspek penubuhan,pengendalian dan pengurusan serta keahlian. Makluman 15


2.21 Puan Asmah seterusnya memperincikan Pengurusan PIBG seperti mana termaktub dalam Perlembagaan PIBG daripada aspek keanggotaan persatuan, permohonan keanggotaan, jawantankuasa persatuan, kefungsian dan peranan Penasihat,Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Bendahari, ahli jawantakuasa dan Juruaudit, pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG, punca Pendapatan dan Perbelanjaan PIBG, Penyimpanan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan, Harta Amanah PIBG dan Pindaan Perlembagaan PIBG. Makluman 2.22 Beliau menegaskan tentang larangan yang perlu dipatuhi iaitu: (i) Persatuan tidak boleh meluaskan bidang kuasanya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan syarat- syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan–kakitangan lain di Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas. (ii) Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian antara perkara-perkara lain yang berkaitan di antara Persatuan dan Pengetua/Guru Besar atau kakitangan sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persatuan. Makluman 3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19 3.1 Cikgu Shafiqah binti Abu Bakar meminta hadirin merujuk buku program yang disediakan dalam bentuk Anyflip dan meminta seorang wakil untuk mencadangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke-19 disahkan. Dicadang: Encik Hang Tuah bin Tamby Disokong: Encik Abdul Rahman bin Amir Hussein 3.2 Cikgu Shafiqah binti Abu Bakar seterusnya meminta hadirin menonton tayangan montaj program dan aktiviti PIBG sepanjang sesi 2022/2023 dan meminta seorang wakil untuk mencadangkan laporan program tersebut disahkan. Encik Abdul Rahman bin Amir Hussein bertanya tentang aktiviti projek solar. Pengerusi menjelaskan bahawa projek tersebut hanya aktiviti penyelenggaran tanpa melibatkan sebarang kos. Dicadang: Dr Ahmad Humaizi bin Rozaini Disokong: Encik Mohd Faizal bin Abd Latif 4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG SESI 2022/2023 4.1 Cikgu Kirrthana a/p Manivinnam meminta hadirin merujuk laporan kewangan kutipan sumbangan PIBG sesi 2022/2023 dalam buku program yang disediakan secara Anyflip. Beliau memaklumkan baki akaun berakhir pada Januari 2023 sejumlah RM8,051.14 dan meminta seorang wakil untuk mencadangkan laporan kewangan kutipan sumbangan tersebut disahkan. Encik Abd Rahman bin Amir Hussien bertanya sama ada PIBG menggunakan satu atau dua akaun kewangan berdaftar. 16


Prof. Madya Dr Jasrul Jamani bin Jamian mengakui bahawa PIBG mempunyai dua akaun kewangan berdaftar iaitu akaun Maybank Berhad (Maybank) dan akaun Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau sinonim dengan Bank Rakyat. Walau bagaimanapun, jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 telah bersetuju dan menetapkan hanya menggunakan satu akaun kewangan sahaja iaitu akaun kewangan Maybank sebagai akaun kutipan sumbangan PIBG. Oleh itu adalah relevan dan signifikan akaun kewangan Maybank sahaja yang dibentangkan sementara akaun kewangan Bank Rakyat tidak relevan untuk dibentangkan memandangkan akaun kewangan tersebut tidak melibatkan kutipan sumbangan PIBG. Encik Abd Rahman bin Amir Hussien meminta agar akaun kewangan Bank Rakyat turut dibentangkan untuk pengetahuan semua ahli dan mencadangkan agar satu hari ditetapkan bagi membentangkan laporan kewangan Bank Rakyat tersebut. Encik Abd Aziz bin Engan menjelaskan bahawa ahli mesyuarat tidak perlu meragui kredibiliti manamana individu yang telah dilantik dan diberi akauntabiliti memegang amanah bagi mengurus, mengawal dan mengaudit hal ehwal kewangan. Setiap ahli mempunyai hak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan sekiranya terdapat ketirisan pada akaun kewangan tersebut. Dicadang : Puan Anita binti Abdullah Disokong : Puan Rozita binti Kamaruddin Undian telah dijalankan. Seramai 95 orang ahli mesyuarat bersetuju dan menyokong bahawa akaun kewangan Bank Rakyat tidak perlu dibentangkan. 5.0 PERBAHASAN USUL 5.1 USUL 1 (TIDAK HADIR) Nama : Fatten Sarayati binti Mohd Razuki Anak : Putra Darwish Ziqri bin Mohd Asyraf (5 Arif) USUL : Saya ingin usulkan tentang ibu bapa yang beratur kereta untuk mengambil anak, jika ibu bapa telah beratur dengan kereta di laluan yang betul, tidak perlulah keluar dari kereta dan pergi menunggu anak di depan pagar sekolah. Kami yang beratur dari belakang, menunggu kereta yang tidak bergerakgerak dan rupa-rupanya tuan kereta tiada di dalam kereta. Kami juga ingin mengambil anak dan anak sudah menunggu lama. Mohon kerjasama ibu bapa agar hal ini tidak berulang lagi. Nama: Nur Ermah Anak : Nurul Airis Qaisarah (2 Pintar) USUL : Diharap pihak sekolah dapat menyusun atur semula cara anak- anak balik. Contohnya ibu bapa dlarang meletakkan kereta di tempat pengambilan anak..kerana kereta-kereta yang diletakkan di situ membuatkan tempat menjadi sesak kerana tidak dapat dibezakan sama ada ibu bapa mahu meletakkan kereta di tempat tersebut atau ingin mengambil anak pulang. 17


5.2 USUL 2 ( TIDAK HADIR) Nama : Mohd Aris bin Mohd Taib Anak : Rafiq Rafael bin Mohd Aris (6 Pintar) USUL : Cadangan pemasangan kipas di ruang menunggu semasa pulang dari sekolah. 5.3 USUL 3 (HADIR) Nama : Nor Azura binti Kalikurahman Anak : Nuraini Humaira Leong (5 Pintar) Asyraf Muhammad Leong (1 Bijak) USUL : 1. Dicadangkan penyewaan loker berkunci bagi anak-anak sekolah untuk mengurangkan beban beg sekolah. JAWAPAN Jika diikutkan tiada isu beg berat, jadual murid telah dianjalkan. Bagi Tahap 1 hanya ada 4 subjek sahaja pada setiap hari manakala bagi Tahap 2 maksima 6 subjek termasuk mata pelajaran Tasmik. Ibu bapa diminta memantau jadual anak-anak. Hasil pemantauan yang dilakukan, terdapat murid yang menjadikan bekas makanan sebagai kotak pensel. Ada juga murid yang membawa beg beroda. Sebagaimana yang kita sedia maklum kerangka beg beroda sahaja telah pun berat dan apabila ditambah pula dengan buku maka muatan beg tersebut menjadi semakin berat. Terdapat juga murid yang membawa buku sekolah agama di dalam beg yang sama. Selain itu, terdapat murid yang tidak mengikut jadual yang diberikan dengan membawa buku terus untuk seminggu. Keadaan kelas yang padat dan sempit menjadi kekangan untuk meletakkan loker di dalam kelas. Kos pembelian loker yang berkualiti juga agak tinggi dan jika ingin menggunakan loker kayu ianya akan musnah dimakan anai-anai. Jika ada modal boleh dibuat tetapi buat masa ini, ibu bapa perlu memantau jadual dan buku anakanak. 2. Dicadangkan penglibatan ibu bapa bagi program "Cita-Cita Saya" . Ibu bapa yg berminat akan hadir ke kelas anak-anak dan menceritakan pekerjaan masing-masing untuk menarik minat anak- anak untuk mempunyai cita-cita dan halatuju dalam bidang pekerjaan. Ini juga bertujuan sebagai pemangkin anak-anak untuk lebih rajin belajar dan berusaha untuk mencapai cita-cita. Sesuai bagi anak-anak tahap 2. JAWAPAN Guru Besar mengalu-alukan sekiranya terdapat ibu bapa yang berminat untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang kerjaya mereka. 3. Mengadakan motivasi tentang pendedahan akil baligh dan pendidikan seks. Menjemput motivator luar seperti "Akhi Fairuz Al- Jengkawi" bagi memberi peringatan dan pendedahan cabaran persekitaran anak-anak pada masa kini. JAWAPAN 18


Topik Pendidikan Seks dan Akil Baligh telah ada dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Motivator yang dicadangkan merupakan seorang “influencer”. Sekiranya bercadang ingin mengundang beliau ke sekolah, beliau perlulah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. 5.4 USUL 4 (TIDAK HADIR) Nama : Nur Hamizah binti Karim Anak : Nur Izz Zulaikha (1 Bijak) USUL : Membuka lebih ramai permohonan RMT kepada murid yang kurang berkemampuan. 5.5 USUL 5 (TIDAK HADIR) Nama : Anita Vejayan Anak : Pirithivswarup Vj Murali (2 Arif) USUL : Pilihlah salah seorang AJK terdiri daripada kaum India. 5.6 USUL 6 (HADIR) Nama : Fauziah binti Baba (Guru) USUL : Mohon kekalkan YDP dan NYDP sedia ada kerana pihak sekolah mempunyai program kolaboratif di antara Panitia Bahasa Inggeris (HIP) dengan Azman Business School UTM. Program kolaboratif ini diyakini dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid SKTIE. Program ini adalah di bawah kelolaan Prof. Madya Dr. Jasrul Jamani dan Encik Mohd Faizal. JAWAPAN Yang Dipertua PIBG menyerahkan keputusan kepada semua ahli PIBG. 5.7 USUL 7 (HADIR) Nama : Mohd Faizal bin Abd Rahman Anak : Muhammad Fakhrurrazi bin Mohd Faizal (4 Bestari) USUL : Kerja rumah hendaklah dikurangkan memandangkan aktivit anak anak penuh sepanjang hari (Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama). Fokuskan pada pengajaran dan solusinya terus dalam bilik darjah. Kesihatan mental anak anak perlu diambilkira juga untuk perkembangan psikomotor mereka. Apabila kerja rumah tidak disiapkan, emosi mereka akan terganggu dan menyebabkan keterujaan untuk ke sekolah pada keesokan harinya terganggu. JAWAPAN 19


Murid-murid yang menghadapi masalah kerja rumah adalah kerana murid tidak dapat menyiapkan tugasan tersebut di sekolah. Sistem sekolah agama di negeri Johor juga tidak sama di negeri lain. Di negeri Johor, murid akan ke sekolah agama pada setiap hari. Murid yang baru berpindah dari negeri lain, perlu membiasakan diri dengan perubahan ini. Jadual pembelajaran bagi setiap subjek juga telah disusun agar setiap subjek tidak diadakan setiap hari. Berikutan cuaca panas yang melanda negara sebelum ini, banyak aktiviti luar melibatkan kokurikulum dan sukan ditangguhkan. Bermula 6 Jun 2023, pelaksanaan aktiviti luar murid dibenarkan semula untuk dilaksanakan seperti sediakala. 5.8 USUL 8 (HADIR) Nama : Siti Aloha binti Yahaya Anak : Muhammad Aqif Bazli bin Hang Tuah (6 Pintar) USUL : 1. Mengekalkan YDP dan NYDP PIBG sesi 2022/2023 sebagai YDP dan NYDP bagi sesi 2023/2024 kerana khidmat mereka masih diperlukan untuk pembangunan SKTIE. JAWAPAN Yang Dipertua PIBG menyerahkan kepada semua ahli untuk membuat keputusan. 2. Fungsi KSIB dibugarkan dan diterangkan kepada ibu bapa agar lebih jelas kefahaman tentang peranannya. JAWAPAN Guru Besar telah menerangkan kepada semua ahli ketika sesi ucapan bersama Penasihat PIBG. 3. PIBG menyumbang atau mencari dana menambah bilangan kerusi dan meja murid di kantin, JAWAPAN Projek menambah bilangan kerusi dan meja kantin menjadi fokus sekolah dan PIBG bagi sesi 2023/2024 berikutan penambahan murid yang sangat ketara. 5.9 USUL 9 (TIDAK HADIR) Nama : Kanagajothi Kalimuthu Anak : Harrish Nirmalan (1 Arif) USUL : Memperkenalkan buku nota untuk ibu bapa supaya anak-anak dapat menulis nota untuk sampaikan pesanan kapada ibu bapa daripada guru. 5.10 USUL 10 (TIDAK HADIR) Nama : Anis Rafidah binti Ab Mutalib Anak : Sophia Ayana (1 Bijak) 20


USUL : Menyediakan makanan dengan harga yang berbaloi untuk anak- anak. 5.11 USUL 11 (TIDAK HADIR) Nama : Mohd Nasarudin bin Mohd Nushi Anak : Nurhaura Arissa binti Mohd Nasarudin (3 Pintar) USUL : 1. Penyediaan tempat penyimpanan buku di setiap kelas bagi mengurangkan berat beg pelajar. 2. Kem / aktiviti tambahan bagi pengisian cuti sekolah. 3. Mengadakan peperiksaan / ujian bagi pelajar tahap 1 secara bertulis (dalaman sekolah), bagi mengukur tahap penguasaan pelajar. Perjumpaan kemudian dijalankan bersama ibubapa untuk tindakan / bimbingan selanjutnya. 5.12 USUL 12 (HADIR) Nama : Tenagaran Manogaran Anak : Teluxshan Tenagaran (4 Bestari) Anieruxshan Tenagaran (1 Arif) USUL : 1. Benarkan kanak-kanak bukan beragama Islam di kelas pertama (Pintar) & kelas ketiga (Arif) untuk mengalakkan murid-murik agar kekal berdaya saing dan wujud persaingan sihat dalam kalangan murid-murid berbilang kaum. Elakkan sistem pengredan murid bukan beragama Islam dari kelas kedua, keempat dan seterusnya. JAWAPAN Perubahan kelas yang dibuat pada tahun ini bukan mengikut tahap kebijaksanaan murid. Murid yang bukan beragama Islam dimasukkan di dalam dua kelas sahaja kerana sekolah menghadapi masalah dari segi kekurangan guru. Murid-murid juga telah diberikan penjelasan tentang perubahan kelas yang dilakukan. 2. Wujudkan program mentor-mentee dalam kalangan murid-murid untuk melahirkan generasi akan datang yang lebih kompetetif. JAWAPAN Program ini akan diadakan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. 3. Kepelbagaian dari segi makanan yang dijual di kantin serta memastikan makanan mencukupi bagi pelajar di semua tahap. JAWAPAN Tiada laporan yang diterima tentang masalah kekurangan makanan ketika waktu rehat. 4. Mengadakan hari kerjaya ibu bapa untuk mengalakkan murid-murid menceburi bidangbidang yang luar kotak dan pelbagai. JAWAPAN Hari Kerjaya akan diadakan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. 21


5. Hari pengambilan slip keputusan harus dijalankan dengan lebih menyeluruh di mana setiap murid dan ibu bapa perlu diberi masa yang secukupnya untuk memahami kelemahan dan kelebihan murid. JAWAPAN Pihak sekolah terpaksa membuat program gabungan ketika hari pengambilan slip peperiksaan supaya ramai ibu bapa yang boleh hadir ke sekolah untuk mengambil cakna prestasi pembelajaran anak-anak. Sekiranya ibu bapa memerlukan perbincangan lebih lanjut, ibu bapa digalakkan datang ke sekolah untuk bertemu guru mata pelajaran. 6. Mempergiatkan usaha memperkenalkan semua agama dan adat kaum utama di Malaysia pada setiap peringkat murid untuk memupuk perpaduan dan mengelakkan prasangka pada masa hadapan. JAWAPAN Usaha untuk memperkenal adat dan budaya kaum-kaum utama di Malaysia sememangnya dilaksanakan dalam setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Program Bulan Kemerdekaan, Hari Kanak-Kanak dan Program Pengantarabangsaan. 5.13 USUL 13 (TIDAK HADIR) Nama : Rohaizat bin Jamin Anak : Iman Nur Adam Firas bin Rohaizat (1 Arif) USUL : Bilik darjah berhawa dingin dengan technologi inverter. 5.14 USUL 14 (TIDAK HADIR) Nama : Roslina binti Aman Anak : Ahmad Ammar Danish bin Ahmad Razali (5 Bestari) USUL : Membina Astaka 5.15 USUL 15 (TIDAK HADIR) Nama : Selvi Anak : Darshan (4 Arif) Heerthikka (6 Arif) USUL : Buku aktiviti yang dibeli oleh ibu bapa tidak digunakan pada setiap masa. Ini adalah satu pembaziran. 22


5.16 USUL 16 (HADIR) Nama : Hadibah binti Abu Bakar Anak : Nur Fatihah binti Affendy (PPKI) USUL : Menambahkan lagi Kelas PPKI dan guru serta pembantu murid demi untuk keselesaan kepada anak-anak dan guru belajar dalam suasana dan kawalan yang lebih baik. JAWAPAN Sekolah menghadapi kekangan dari segi jumlah guru dan pembantu murid. Masalah kekurangan guru adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri. 5.17 USUL 17 (HADIR) Nama : Nor Azimaah Anim binti Mokhtar Anak : Muhammad Fatih bin Mohd Faizal (4 Pintar) USUL : Saya mencadangkan agar pengerusi pemuafakatan ibu bapa dan guru PPKI dilantik sebagai salah seorang AJK PIBG sebagai wakil suara PPKI. JAWAPAN Cadangan yang baik dan Perlembagaan PIBG sedia ada perlu dibuat pindaan bersesuaian dengan cadangan tersebut. 5.18 USUL 18 (HADIR) Nama : Ahmad Kamal bin Zainudin Anak : Qiesha Qaireen (6 Pintar) USUL : 1. Mohon penjelasan mengapa sistem penguraian kesesakan seperti Drop & Go dan penggunaan plakad tidak lagi digunapakai kerana sistem ini telah terbukti dapat mengurangkan kesesakkan lalulintas yang teruk di hadapan sekolah seperti sebelum ini. JAWAPAN Sistem plakad tidak lagi digunakan kerana murid tahap 1 dan tahap 2 pulang tidak serentak. Sekiranya anak masih lagi belum keluar dari pagar sekolah, ibu bapa perlu berpusing semula. Kerjasama dari ibu bapa amat diharapkan agar pergerakan pada waktu anak pulang sekolah berjalan lancar.Perkara ini juga akan diperhalusi oleh Ahli Jawatankuasa yang baharu. 2. Cadangan agar pihak sekolah lebih bersikap terbuka didalam keterlibatan ibubapa bagi segala aktiviti yang membawa nama sekolah. Hubungan dua hala seperti sesi libat urus dan perbincangan di antara pihak sekolah dan ibu bapa perlu diperbanyakkan dari masa ke semasa di dalam mencari penyelesaian sesuatu isu yang timbul dengan kadar yang segera. JAWAPAN Pihak sekolah sentiasa bersikap terbuka dan amat menggalakkan ibu bapa datang sendiri ke sekolah untuk sama-sama berbincang demi kemajuan sekolah. 23


5.19 USUL 19 (HADIR) Nama : Kartini binti Ali Anak : Qiesha Qaireen (6 Pintar) USUL : Usul berkenaan gangguan/pencemaran bunyi di bangunan bersebelahan Jalan Impian Emas 9, diharap pihak pentadbir memandang serius masalah ini kerana mengganggu proses pembelajaran anak-anak murid dan guru. JAWAPAN Keadaan bising di jalan raya adalah pada waktu tertentu sahaja. Setakat ini, pihak sekolah belum menerima sebarang laporan kesihatan berkaitan masalah pendengaran kesan gangguan pencemaran bunyi. PIBG akan bekerjasama dengan pihak UTM untuk menjalankan kajian dan mengambil tindakan selanjutnya jika perlu. 5.20 USUL 20 (TIDAK HADIR) Nama : Roszana binti Roslo Anak : Putri Nur Amina Zahra Binti Roslan (6 Arif) USUL : Memberi info-info terkini kepada ibu bapa dengan lebih jelas. 5.21 USUL 21 (HADIR) Nama : Jorah binti Ahamad Anak : Nurul Dayana Adawiyah (6 Arif) USUL : Menambahbaik dalam pengurusan tandas murid dengan lebih bersih sepanjang masa. JAWAPAN Jadual pembersihan tandas telah dibuat dan tandas akan dibersihkan mengikut waktu yang ditetapkan. Pihak sekolah juga akan mengadakan program memperkasakan tandas. 5.22 USUL 22 (HADIR) Nama : Azwin binti Zakaria @ Hamdan Anak : Muhammad Tuah Ziqry bin Abdul Hamid (6 Pintar) USUL : Adakah Pihak PIBG masih lagi meneruskan Program Cakna yang melibatkan pelajar-pelajar yang terkesan di SKTIE. JAWAPAN Program Cakna masih diteruskan dan murid yang terkesan akan diberikan bantuan. 24


5.23 USUL 23 (TIDAK HADIR) Nama : Sylvinia Anak : Jesse Jordy (3 Bestari) Crishalyn Joyce (5 Cerdik) USUL : Tegas dengan murid-murid agar tiada buli di sekolah. 5.24 USUL 24 (HADIR) Nama : Abdul Rahman bin Amir Hussien Anak : Muhammad Airit Rifki Arjuna Putra (6 Arif) USUL : 1. Adakah aset-aset yang diusahakan oleh PIBG sebelum ini hasil daripada sumbangan ibu bapa diselenggara dan dijaga dengan baik? Antaranya kerusi dan meja kantin (wakaf), kerusi dan meja peperiksaan dan lain-lain. JAWAPAN: Aset-aset PIBG yang ada sebelum ini masih digunakan dengan baik manakala yang telah rosak dalam pengetahuan PIBG. Permohonan dana jika berkaitan murid akan diluluskan serta merta tetapi sekiranya melibatkan kemudahan dan peralatan, permohonan akan ditapis dahulu kerana dana yang ada terhad. 2. Pada tahun 2022,peruntukan membaiki bilik muzik telah diluluskan sebanyak lebih RM50K, susulan darpada itu adakah mana-mana pihak memohon peruntukan penyelenggaraan pula ? JAWAPAN: Peruntukan baik pulih Bilik Pendidikan Muzik sebenarnya bukanlah bernilai RM50 000. Amaun sebenar yang diperolehi merupakan peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan bukannya daripada mana-mana ahli politilk. Semua laporan dihantar oleh pihak sekolah sebelum 28hb setiap bulan. Laporan dimuat naik secara dalam talian. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan, sekolah akan membuat laporan secara bertulis. Pihak KPM akan membuat analisa tentang kerosakan tersebut. 3. Saya melihat keadaan gutter yang usang dan lama sangat merbahaya, adakah pihak sekolah sudah menghantar pemakluman ini kepada pihak atasan atau pun PIBG ada usaha mendapatkan dana baikpulih ? JAWAPAN: Semua kerosakan telah dilaporkan sebelum 28hb setiap bulan secara dalam talian kepada pihak KPM. Masalah keretakan dinding bangunan juga telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya dan Pihak Bomba dan hasil dapatan laporan tersebut, dinding bangunan masih berada dalam keadaan selamat. 4. Apakah status terkini sistem keselamatan bomba di sekolah? a. Alat Pemadam api b. Sistem salur bantu mula 25


c. Motor pam air bomba JAWAPAN: Sistem alatan keselamatan bomba dalam kawasan sekolah semuanya berfungsi dengan baik dan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan. 5. Apa program sumbangan khususnya berbentuk dana yang ingin dibuat haruslah dengan prosedur. Saya mencadangkan individu baik daripada ibu bapa atau guru sebagai penjawat awam tidak dibenarkan menjalankannya tanpa melalui persatuan JAWAPAN Pihak sekolah sedaya upaya menggunakan peruntukan sedia ada bagi membiayai program yang ingin dijalankan. Sekiranya pihak sekolah menghadapi kekangan dana, barulah permohonan akan dimajukan kepada PIBG. Guru Besar juga ada mengingatkan guru- guru supaya tidak membuat sebarang kutipan secara individu. Sebagai penjawat awam, semua guru tertakluk kepada etika penjawat awam. 6. Saya ingin mencadangkan kepada PIBG mana-mana AJK yang dilantik haruslah lebih bersikap amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas, seperti yang telah tertulis dalam perlembagaan PIBG agar ianya dapat memberi manfaat kepada persatuan dan juga sekolah. Sila rujuk dalam perkara ke 4 (a)(b)(c)(d) JAWAPAN Terima kasih atas peringatan dan cadangan yang diberikan. Setakat dalam pengetahuan, semua AJK yang dilantik sangat komited dan menjalankan akauntabliti dengan amanah. 5.25 USUL 25 (TIDAK HADIR) Nama : Hassan bin Mohd Ismail Anak : Nur Aisha Adawiyah Binti Hassan (2 Arif) USUL : 1. Meminta diwujudkan kelas mengaji selepas sekolah untuk murid- murid. 2. Memperbanyak lawatan sambil belajar atau kem-kem semasa cuti sekolah. Terima kasih atas segala usaha untuk menjaga kebajikan anak-anak murid. 5.26 USUL 26 (HADIR) Nama : Iliana binti Ilias Anak : Fatin Nurnajwa Zaili Masri (6 Bestari) USUL : 26


1. Mohon penjelasan berkenaan sumbangan dan kutipan hasil Kelab Lestari .Apakah yang diperolehi oleh pelajar atas barangan yang diberikan kepada Kelab Lestari? JAWAPAN: Program yang dilaksanakan ialah “Trash to Cash”. Murid akan memperolehi wang tunai sebanyak RM1 atau RM2 bergantung kepada kuantiti barang yang dibawa. Sementara itu, harga minyak terpakai pula RM2 atau RM3. 2. Adakah penggunaan tandas murid mengikut pengkelasan yang telah dipratikkan sebelum Ini? JAWAPAN: Pada masa ini, murid akan menggunakan tandas di aras yang paling hampir dengan kelas. Kedudukan kelas juga tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Jika murid terpaksa pergi ke tandas yang berlainan aras, akan mengakibatkan pembaziran waktu dan sebagainya. 3. Mengapa selepas perubahan kelas, ada ketidakseimbangan pelajar antara setiap kelas seperti kelas murid Tahun 6? JAWAPAN: Secara kebetulan pada tahun ini peningkatan jumlah murid secara mendadak. Sementelah pula, berlaku ketidakseimbangan di antara bilangan murid lelaki dan murid perempuan. 5.27 USUL 27 (HADIR) Nama : Yusniza binti Yusof Anak : Aina Zahirah binti Mohd Rafi (1 Pintar) Aira Maisarah binti Mohd Rafi (5 Pintar) USUL : 1. Mengadakan lawatan ke Perpustakaan Awam Negeri Johor. Selain mendedahkan pada anakanak untuk minat membaca,juga di situ terdapat banyak aktiviti di PETROSAINS PLAYSMART yang dapat mengalakkan minat tentang Sains. JAWAPAN: Aktiviti lawatan kerap dibuat sebelum ini, tetapi apabila berlakunya kes kemalangan, pihak KPM menangguhkan aktiviti lawatan buat sementara waktu. Aktiviti akan dilaksanakan semula setelah menerima arahan membenarkan oleh pihak KPM. 2. Berlaku kesesakan di ruang laluan semasa keluar sekolah.sebahagian kereta ibu bapa yang tidak bergerak kerana menunggu anak tahap 1 & tahap 2 disitu yg keluar waktu berbeza.dan menyebabkan lalu lintas sesak dibelakang.diharap diberi penekanan pada ibu bapa supaya bergerak supaya aliran trafik lancar dan menjimatkan masa utk ibu bapa semasa mengambil anak pulang sekolah. JAWAPAN: Pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa agar tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan perlu prihatin terhadap masalah ini. Pihak AJK PIBG juga akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. 3. Menerapkan nilai murni dan kaedah belajar yang lebih kreatif supaya menjadi budaya di sekolah dan di rumah. 27


JAWAPAN: Elemen nilai murni sememangnya digabungjalinkan dalam setiap mata pelajaran dan akan disisipkan pada akhir sesi pembelajaran. Murid juga sentiasa diingatkan untuk membudayakan amalan nilai murni dalam kehidupan seharian. 4. Mengadakan kuiz online mingguan seperti “kahoot quiz” semasa cuti dalam usaha menjadikan murid sentiasa minat untuk belajar dan berusaha untuk menjawab soalan-soalan yang diberi. Ibu bapa juga boleh memantau di mana kelemahan subjek semasa anak menjawab kuiz. Dicadangkan kepada murid tahap 2. JAWAPAN Kebanyakan sesi pembelajaran di sekolah adalah berbentuk “hands on”. Ibu bapa boleh melaksanakan aktiviti ini di rumah bersama anak-anak. 5.28 USUL 28 PINDAAN PERLEMBAGAAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG Perlembagaan 4.9 (25) : Mesyuarat Agung Tahunan (25) Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat. Yang Dipertua PIBG meminta persetujuan untuk memendekkan notis panggilan tarikh mesyuarat kepada 7 hari. Undian telah dijalankan. Seramai 94 orang ahli mesyuarat bersetuju dengan usul tersebut. Perlembagaan 4.5 (9) : Jawatankuasa Persatuan (9) Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut: ( a ) Yang Dipertua ( b ) Naib Yang Dipertua ( c ) Setiausaha Kehormat ( d ) Bendahari Kehormat ( e ) 11 orang ahli jawatankuasa Usul daripada Puan Siti Aloha binti Yahaya dan Puan Noor Azimaah Anim binti Mokhtar memohon untuk memasukkan Pengerusi PPKI sebagai AJK secara automatik. Undian telah dijalankan. Seramai 92 orang ahli mesyuarat bersetuju dengan usul tersebut dengan syarat ada dinyatakan bidang tugas. Perlembagaan 4.10 (30) : Mesyuarat Agung Tergempar (30) Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan- keadaan berikut: a. Apabila difikirkan oleh jawatankuasa. b. Atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 60 orang ahli persatuan dan mesyuarat itu hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan tersebut. 28


Yang Dipertua PIBG meminta persetujuan ahli untuk menukar 60 ahli kepada 1/5 ahli. Undian telah dijalankan. Seramai 90 orang ahli mesyuarat bersetuju dengan usul tersebut. 6.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SKTIE SESI 2022/2023 6.1 Encik Mohd Shamsudin bin Salamon sebagai pengerusi sementara membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023. 6.2 Proses pengundian bagi lantikan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 bermula. 7.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SKTIE SESI 2023/2024 7.1 Pengundian Ahli Jawatankuasa PIBG seperti jadual di bawah: 7.2 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 Ex- Officio Puan Asmah binti Kasim Yang Dipertua Prof. Madya Dr Jasrul Jamani bin Jamian Naib Yang Dipertua Encik Mohd Faizal bin Abd Latif Setiausaha Kehormat Cikgu Norshafiqah binti Abu Bakar 29


Bendahari Kehormat Cikgu Hajah Haniah binti Bachok Ahli Jawatankuasa Puan Hafiza binti Hussein Puan Priya Latha a/p Madavan Encik Mohd Rozaimi bin Abd Rani Puan Haniza binti Borhan Puan Iliana binti Ilyas Encik Abd Aziz bin Engan Cikgu Nor Sakinah binti Zamin Cikgu Haji Mohd Rauf bin Mat Jusah Cikgu Haidi Suffian bin Gosnon Cikgu Nik Humaira binti Hasmadi Cikgu Mohd Shamsudin bin Salamon Juruaudit Dr Ahmad Humaizi bin Rozaini 8.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SKTIE SESI 2023/2024 Prof. Madya Dr Jasrul Jamani bin Jamian 8.1 Dr Jasrul Jamani memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi dan berterima kasih kepada ahli atas keberadaan dan setia kekal dalam mesyuarat. Makluman 8.2 Dr Jasrul Jamani juga sangat menghargai kehadiran ahli yang sanggup meluangkan masa untuk bersama-sama dalam mesyuarat pada kali ini. Beliau akui bukan suatu yang mudah untuk menggalas akauntabiliti dan komitmen yang diamanahkan. Beliau beriltizam sedaya upaya untuk mencapai matlamat penubuhan PIBG dan terus membantu pihak sekolah dalam mengukir kecemerlangan bukan sahaja di dunia bahkan akhirat. Makluman 8.3 Beliau turut mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa yang baharu dilantik dan tidak lupa menzahirkan penghargaan kepada jawatankuasa yang lama atas sumbangan dan khidmat bakti cemerlang sepanjang menjalankan amanah sebagai jawatankuasa PIBG SK Taman Impian Emas sesi 2022/2023. Makluman 8.4 Dr Jasrul Jamani mencadangkan agar kutipan sumbangan RM80 bagi satu keluarga dikekalkan. Sumbangan ini adalah termasuk sumbangan kertas untuk kegunaan murid sebanyak RM10 dan lain-lain sumbangan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peningkatan kurikulum dan kegunaan sekolah. Semua ahli sebulat suara bersetuju dan menyokong bahawa sumbangan RM80 tersebut dikekalkan. Makluman 30


9.0 UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SKTIE KALI KE-20 Tuan Mohd Fahmie Bin Mohmad (Penolong Pengarah Adab dan Nillai, Jabatan Pendidikan Negeri Johor) 9.1 Tuan Mohd Fahmie memulakan ucapan dengan menyantuni barisan kepimpinan dan Yang Di Pertua (YDP) PIBG SK Taman Impian Emas. Makluman 9.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada YDP atas perlantikan dan kejayaan dalam menggalas tanggungjawab sebagai YDP sehingga mendapat kepercayaan penuh ahli dan akhirnya diundi sekali lagi menjadi YDP. Makluman 9.3 Selain itu, Tuan Mohd Fahmie menzahirkan rasa syukur atas penganjuran Mesyuarat Agung PIBG yang menepati tempoh yang ditetapkan dan berterima kasih atas undangan untuk merasmikan majlis tahunan tersebut. Makluman 9.4 Beliau turut melahirkan rasa terharu kepada ibu bapa atas keprihatinan terhadap murid khususnya berkaitan isu penggunaan tandas. Beliau berharap agar isu penggunaan tandas dapat ditangani secara berhemah dengan mengambil kira aspek keselesaan murid. Makluman 9.5 Tuan Mohd Fahmie mengharapkan agar ibu bapa terus memberi sokongan dan menyumbang idea demi pembangunan sekolah secara total. Beliau juga mengingatkan Ibu bapa agar tidak meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak pada bahu guru di sekolah. Makluman 9.6 Akhirnya, beliau turut mencadangkan agar PIBG dapat mewujudkan biro khas bagi memperkasa pembangunan ekonomi sekolah. Sokongan padu dan kerjasama berterusan ibu bapa dapat membantu sekolah merealisasikan hasrat murni tersebut. Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.43 petang. 31


LAPORAN KEWANGAN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG SK TAMAN IMPIAN EMAS JANUARI SEHINGGA DISEMBER 2022 32


LAPORAN AKTIVITI DAN PROGRAM PIBG SESI 2023/2024 BIL. PROGRAM TARIKH STATUS 1. PROGRAM PENDIDIKAN AWAL REMAJA LIBRESSE 14/6/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 2. BASIC LIFE SUPPORT (BLS) PROGRAMME 15/6/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 3. ENVIRO RUN DAN 10 RIBU LANGKAH 22/6/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 4. KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 MSSD JOHOR BAHRU 20 – 26/6/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 5. KEJOHANAN BOLA BALING B12 MSSD JOHOR BAHRU 4/7/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 6. KEJOHANAN BOLA TAMPAR B12 MSSD JOHOR BAHRU 2-3/7/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 7. KEJOHANAN OLAHRAGA MSSZ 5/7/2023 SUDANG DILAKSANAKAN 8. SAMBUTAN HARI LAHIR PERINGKAT SEKOLAH 6/7/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 9. SUMBANGAN DERMA KILAT KEBAKARAN MURID PPKI DAN 2 ARIF (SUMBANGAN PIBG : RM 200) 30/7/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 10. PROGRAM BERSAMA KIC STEM 30/7/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 11. KARNIVAL EKSPLORASI PENDIDIKAN DI IPGK TEMENGGONG IBRAHIM 18/7/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 12. PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN SKTIE TAHUN 2023 2/8/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 13. MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BUKU DAN KAMUS DARI KEMENTERIAN DALAM NEGERI 15/8/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 14. PROGRAM MILO TRUCK 21/8/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 15. PROGRAM JELAJAH BLINK : BENGKEL PENGUCAPAN AWAM 21/8/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 16. BENGKEL SCRATCH BERSAMA FAKULTI PENGKOMPUTERAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) 21/8/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 17 LAWATAN PENANDA ARAS KE SAENGTHONG VITTHAYA SCHOOL, THAILAND 24-27/8/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 18. PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 3/9/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 19. SUMBANGAN KEPADA WAKIL MURID KE PERTANDINGAN TEATER PERINGKAT KEBANGSAAN 11/6/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 20. HARI PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 14/9/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 21. MAJLIS PERASMIAN GALERI SEJARAH DAN PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN 17/9/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 22. MAJLIS TANDA TANGAN PLAK PERASMIAN GALERI SEJARAH 18/9/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 33


23. LATIHAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH 1/10/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 24. PROGRAM KEUSAHAWANAN CILIK BY SYED PUREES UTM/MTDC 18/10/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 25. PROGRAM PENDIDIKAN KEBERSIHAN BERSAMA LION 18/10/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 26. SAMBUTAN HARI JADI MURID PPKI BERSAMA YB PB MARINA BINTI IBRAHIM 19/10/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 27. KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE19 TAHUN 2023 26/10/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 28. MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH 31/10/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 29. MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU SOLIDARITI PALESTIN KPM PERINGKAT SK TAMAN IMPIAN EMAS 2/11/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 30. PENGAGIHAN VITAMIN ESKAYVIE DIFFENZ JUNIOR 16/11/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 31. PENGUTIPAN PAKAIAN BERAGAM 25/11/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 32. PERKHEMAHAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH DI UTM 29/11/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 33. TAKLIMAT PEMERKASAAN PBD DAN PROFESION PERGURUAN BERSESUAIAN DENGAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 KE ARAH KECEMERLANGAN UASA 2023 29/11/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 34. KARNIVAL ANAK-ANAK HEBAT SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH 3/12/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 35. PROGRAM MILK TRUCK BERSAMA FARM FRESH 4/12/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 36. MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1445 H 7/12/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 37. MAJLIS PELANCARAN KEMPEN HIDUP SIHAT CEGAH ROKOK DAN VAPE 13/12/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 38. MAJLIS ANUGERAH PROGRAM AYUH BACA TAHUN 2023 14/12/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 39. MAJLIS APRESIASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SESI 2023/24 28/1/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 40. MAJLIS PERSARAAN PUAN SALMI BINTI MUNAJAT 7/2/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 41. MAJLIS BACAAN SURAH YASIN SEMPENA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2024/25 6/3/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 42. MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2024/25 1/4/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 43. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN KESEDARAN AUTISME 2/4/2023 SUDAH DILAKSANAKAN 44. MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM INSAN KARAMAH TAHUN 2024 3/4/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 45. PROGRAM KESIHATAN BERSAMA LION 17/4/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 34


46. KEJOHANAN MERENTAS DESA DAN LARIAN 10 RIBU LANGKAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2024 18/4/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 47. PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 25/4/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 48. MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA TAHUN 2024 28/4/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 49. PROGRAM JELAJAH SEKOLAH DAN BENGKEL PENULISAN WARKAH UNTUK GURU BERSAMA PENULIS BUKU HARYANI KAMILAN 7/5/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 50. SESI LIBAT URUS PERLAKSANAAN PROJEK RINTIS KELAB KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI BAWAH TERS STRATEGIK 3 OSHMP 25 12/5/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 51. SUKANEKA SEMPENA HARI GURU TAHUN 2024 14/5/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 52. MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 16/5/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 53. LAWATAN PENANDA ARAS KE RUMAH SENI, KLUANG 17/5/2024 SUDAH DILAKSANAKAN 35


SUMBANGAN DAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2023 DAN 2024 PROGRAM PENDIDIKAN AWAL REMAJA BERSAMA LIBRESSE TARIKH PELAKSANAAN : 14 JUN 2023 BASIC LIFE SUPPORT (BLS) PROGRAMME TARIKH PELAKSANAAN : 15 JUN 2023 36


ENVIRO RUN DAN 10 RIBU LANGKAH TARIKH PELAKSANAAN : 22 JUN 2023 KEJOHANAN BOLA SEPAK B12 MSSD JOHOR BAHRU TARIKH PELAKSANAAN : 20 SEHINGGA 26 JUN 2023 37


KEJOHANAN BOLA TAMPAR B12 MSSD JOHOR BAHRU TARIKH PELAKSANAAN : 2 SEHINGGA 3 JULAI 2023 KEJOHANAN BOLA BALING B12 MSSD JOHOR BAHRU TARIKH PELAKSANAAN : 4 JULAI 2023 38


KEJOHANAN OLAHRAGA MSSZ TARIKH PELAKSANAAN : 5 JULAI 2023 SAMBUTAN HARI LAHIR PERINGKAT SEKOLAH TARIKH PELAKSANAAN : 6 JULAI 2023 39


SUMBANGAN DERMA KILAT KEBAKARAN MURID PPKI DAN 2 ARIF (SUMBANGAN PIBG : RM 200) TARIKH PELAKSANAAN : 30 JULAI 2023 PROGRAM BERSAMA KIC STEM TARIKH PELAKSANAAN : 30 JULAI 2023 40


KARNIVAL EKSPLORASI PENDIDIKAN DI IPGK TEMENGGONG IBRAHIM TARIKH PELAKSANAAN : 18 JULAI 2023 PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN SKTIE TAHUN 2023 TARIKH PELAKSANAAN : 2 OGOS 2023 41


MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BUKU DAN KAMUS DARI KEMENTERIAN DALAM NEGERI TARIKH PELAKSANAAN : 15 OGOS 2023 PROGRAM MILO TRUCK TARIKH PELAKSANAAN : 21 OGOS 2023 42


PROGRAM JELAJAH BLINK : BENGKEL PENGUCAPAN AWAM TARIKH PELAKSANAAN : 21 OGOS 2023 BENGKEL SCRATCH BERSAMA FAKULTI PENGKOMPUTERAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) TARIKH PELAKSANAAN : 21 OGOS 2023 43


LAWATAN PENANDA ARAS KE SAENGTHONG VITTHAYA SCHOOL, THAILAND TARIKH PELAKSANAAN : 24 SEHINGGA 27 OGOS 2023 PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI TARIKH PELAKSANAAN : 3 SEPTEMBER 2023 44


SUMBANGAN KEPADA WAKIL MURID KE PERTANDINGAN TEATER PERINGKAT KEBANGSAAN TARIKH PELAKSANAAN : 11 SEPTEMBER 2023 HARI PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) TARIKH PELAKSANAAN : 14 SEPTEMBER 2023 45


MAJLIS PERASMIAN GALERI SEJARAH DAN PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN TARIKH PELAKSANAAN : 17 SEPTEMBER 2023 MAJLIS TANDA TANGAN PLAK PERASMIAN GALERI SEJARAH TARIKH PELAKSANAAN : 18 SEPTEMBER 2023 46


LATIHAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH TARIKH PELAKSANAAN : 1 OKTOBER 2023 PROGRAM KEUSAHAWANAN CILIK BY SYED PUREES UTM/MTDC TARIKH PELAKSANAAN : 18 OKTOBER 2023 47


PROGRAM PENDIDIKAN KEBERSIHAN BERSAMA LION TARIKH PELAKSANAAN : 18 OKTOBER 2023 SAMBUTAN HARI JADI MURID PPKI BERSAMA YB MARINA BINTI IBRAHIM TARIKH PELAKSANAAN : 19 OKTOBER 2023 48


Click to View FlipBook Version