The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izzat Azhari, 2023-11-21 23:28:34

PEMBEDAHAN PLASTIK

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

slidesmania.com PEMBEDAHAN PLASTIK MENGIKUT PRINSIP, PERANAN SYARIAT DAN ETIKA ISLAM. DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN 1 MPU23052-SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 1


slidesmania.com AHLI KUMPULAN AHMAD AMIRUL BIN ZULKEPLE (03DET21F1036) MOHAMAD IZZAT AZHARI BIN DAHALAN (03DET21F1184) MUHAMMAD AZIM FARHAN BIN IZUWAN (03DET21F1059) MUHD NUR ADLI BIN NUHAIRI (03DET21F1107) AMIR AFIQ BIN AMIR AZIZI (03DET21F1200) 2


slidesmania.com ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT PENGHARGAAN 4 PENGENALAN 5 OBJEKTIF 6 TUJUAN PEMBEDAHAN PLASTIK 7 DALIL 8 PERANAN 9 KESAN/IMPAK 10 LAMPIRAN 11 ISU-ISU SEMASA 12-13 5 SOALAN BERKAITAN PEMBEDAHAN PLASTIK 14 KESIMPULAN 15 PENUTUP 16 RUJUKAN 17 3


slidesmania.com PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya E-folio ini Berjaya juga disiapkan dalam masa singkat ini. Tajuk ialah “Pembedahan Plastik Mengikut Prinsip Peranan Syariat Dan Etika Islam. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat sepanjang menyiapkan kerja khusus ini terutamanya kepada rakan-rakan yang banyak membantu. Kami memilih tajuk ini kerana tanpa kita sedari, fenomena pembedahan plastic sebenarnya banyak berlaku dalam kalangan orang Islam di Malaysia ini sendiri. Walau bagaimanapun,pandangan terhadap pembedahan plastic seharusnya diperbetulkan kerana tidak semua pembedahan plastic itu bertujuan untuk kecantikan. Kebanyakan daripada kita apabila ditanya mengenai pembedahan plastic, pasti hanya tertumpu pada kecantikan semata-mata seperti memancungkan hidung, membesarkan mata, mengecilkan pipi dan sebagainya. Ada juga pembedahan plastik yang perlu dilakukan seperti jika berlakunya kemalangan dan mengubah bentuk dan rupa asal manusia normal. Dalam tajuk ini nanti akan kami kupas mengenai pembedahan plastic serta hukumnya menurut pandangan Islam. Diharap kita semua mendapat pengajaran dan ilmu pembacaan menerusi E-folio ini. Sekian terima kasih 4


slidesmania.com Pengenalan Pembedahan plastik memberi tumpuan kepada pembaikan kecacatan untuk membina semula fungsi normal & penampilan. Pembedahan plastik ditakrifkan sebagai pembedahan khusus untuk pembinaan semula kecacatan muka dan badan akibat gangguan kelahiran, trauma, luka terbakar dan penyakit. Pembedahan plastik bertujuan untuk membetulkan semula bahagian-bahagian yang tidak berfungsi di badan. Walaupun banyak pakar bedah plastik memilih untuk melengkapkan latihan tambahan dan juga melakukan pembedahan kosmestik, asas latihan pembedahan mereka masih lagi pembedahan plastik rekonstruktif. Malah, pada tahun 1999, Persatuan Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Amerika menukar namanya kepada Persatuan Pakar Bedah Plastik Amerika untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas bahawa pakar bedah plastik dan rekonstruktif adalah sama.Contoh yang terdapat berkaitan pembedahan plastic ialah pemulihan payudara,pembedahan pembaikan kesan terbakar,pembaikan kecacatan kongenital iaitu Cleft Palate, pembaikan kecacatan ekstrem,pembinaan semula ekstrem yang rendah,pembedahan tangan dan pembedahan pembaharuan parut. 5


slidesmania.com OBJEKTIF ● Mempunyai tanggapan yang realistik mengenai apa yang boleh dicapai. ● Memahami risiko perubatan, kesan fizikal semasa penyembuhan, bagaimana pembedahan akan memberi kesan kepada mereka secara peribadi dan profesional, apa perubahan gaya hidup yang mungkin perlu diikuti semasa dalam tempoh pemulihan, dan perbelanjaan yang terlibat. ● Telah membincangkan matlamat mereka untuk pembedahan dengan pakar bedah mereka dan menyelesaikan sebarang pertanyaan. ● Mempunyai keadaan perubatan kronik yang terkawal. ● Tidak mempunyai sejarah merokok atau komited untuk menahan diri daripada merokok (termasuklah secondhand smoker) dan produk nikotin, termasuklah mengunyah tembakau dan tampalan nikotin, gula-gula atau lozenges selama 4 – 6 minggu sebelum dan selepas pembedahan. ● Mempunyai berat badan yang stabil selama enam bulan hingga satu tahun. 6


slidesmania.com TUJUAN PEMBEDAHAN PLASTIK Tujuan pembedahan plastik bergantung kepada jenis prosedur yang dilakukan. Namun, secara umum, terdapat beberapa tujuan utama yang menjadi faktor utama untuk seseorang menjalani pembedahan plastik: ● Tujuan Estetik: Banyak individu memilih pembedahan plastik untuk meningkatkan penampilan fizikal mereka. Mereka mungkin ingin menyesuaikan bentuk atau ukuran sesuatu bahagian badan, seperti hidung, payudara, atau perbaikan tanda-tanda penuaan seperti kedutan atau garis halus pada kulit. ● Tujuan Rekonstruktif: Bagi mereka yang mengalami kecacatan fizikal akibat kecelakaan, penyakit, atau kelainan bawaan, pembedahan plastik boleh membantu memperbaiki atau mengembalikan fungsi serta penampilan bahagian badan yang terjejas. Ini boleh termasuk rekonstruksi payudara selepas pembedahan kanser, pemulihan struktur wajah selepas kecederaan serius, atau rekonstruksi anggota badan yang terbakar. ● Tujuan Fungsional: Beberapa prosedur pembedahan plastik dilakukan untuk meningkatkan fungsi tubuh. Contohnya, pembedahan hidung untuk memperbaiki masalah pernafasan atau pembedahan penghapusan lemak untuk meningkatkan mobiliti atau keselesaan seseorang. 7


slidesmania.com DALIL MENGENAI PEMBEDAHAN PLASTIK Jika pembedahan plastik bertujuan untuk perubatan, seperti pembedahan terhadap kecacatan pada badan disebabkan sakit, kemalangan, terbakar atau sebaliknya, serta disebabkan oleh kecacatan sejak lahir seperti membuang jari yang lebih atau memisahkan jari-jari yang bercantum dan sebagainya maka pembedahan seperti ini hukumnya dibolehkan. Dalil tentang kebolehan ini ialah sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi yang dinukilkan daripada Arfajah ibn As’ad yang berkata: َم َرنِي َر ُسو ُل َ أ َّي فَ َْنتَ َن َعلَ أ ٍق فَ َْنفًا ِم ْن َوِر ُت أ اتَّ َخذْ َجا ِهِليَّ ِة فَ ُكََل ِب فِي الْ َْنِفي يَ ْو َم الْ ِصي َب أ َه ٍب أ َِّّللا ص ُ َْنفًا ِم ْن ذَ أ ِخذَ تَّ َ ْن أ َ لى هللا عليه وسلم أ “Hidungku telah terputus pada hari peperangan Al-Kulab masa Jahiliyyah. Jadi saya mengambil (menggantikan) hidung dengan wariq (perak). Lalu (beberapa ketika) hidungku menghasilkan bau busuk. Maka Rasulullah saw memerintahkan aku untuk menggantikannya dengan hidung yang diperbuat daripada emas.” Abu Issa mengatakan hadis ini Hasan Gharib. Maksud hidung wariq adalah perak. Hal ini sebagai indikasi bahawa pembedahan plastik untuk rawatan dan pengubatan dibolehkan. Walau bagaimanapun, jika pembedahan itu dilakukan untuk menambah baik penampilan diri dan kecantikan, bukannya untuk perubatan maka ia tidak dibenarkan. 8


slidesmania.com PERANAN Pembedahan plastik dalam Islam dibenarkan jika bertujuan untuk memperbaiki kecacatan yang mengganggu fungsi atau memberi manfaat kepada individu secara keseluruhan. Keputusan untuk menjalani pembedahan tersebut perlu dipertimbangkan dengan matang dari segi niat dan tujuan. Jika tujuannya adalah untuk memperbaiki cacat yang mempengaruhi fungsi atau keselesaan, Islam membenarkannya. Namun, jika pembedahan dilakukan semata-mata untuk kepuasan diri yang berlebihan atau tanpa pertimbangan yang matang, Islam menekankan kehati-hatian dan menyarankan untuk menilai semula tindakan tersebut. 9


slidesmania.com KESAN / IMPAK ● Mengembalikan semula fungsi anggota badan. ● Membina semula anggota yang cacat. ● Memberi kesempurnaan fizikal mangsa. ● Menghilangkan keaiban. ● Memberi keyakinan diri kepada mangsa. ● Membantu mangsa ke arah hidup yang lebih sempurna. KESAN BAIK ● Kecacatan pada bahagian yang dibedah. ● Kesan sampingan jangka panjang. ● Maut. ● Menipu rupa asal sebenar yang dijadikan Allah SWT. ● Membazir. KESAN BURUK 10


slidesmania.com LAMPIRAN Contoh pembedahan plastik yang berjaya Contoh pembedahan plastik yang tidak berjaya 11


slidesmania.com ISU-ISU SEMASA 12


slidesmania.com 13


slidesmania.com 5 SOALAN BERKAITAN PEMBEDAHAN PLASTIK SILA SCAN QR CODE INI UNTUK LIHAT VIDEO PERTANYAAN 14


slidesmania.com KESIMPULAN Kita dapat meyimpulkan bahawa pembedehan plastik mempunyai kelebihan dan keburukan sendiri. Oleh itu, kita haruslah memandang kepada isu-isu yang berpunca dari pembedahan plastik sebagai contoh dan tafsiran agar kita sebagai umat Islam tidak terpesong dari arah yang benar. Penggunaan pembedehan plastik dengan tujuan untuk memperbaikkan struktur muka sedangkan tiada keburukan dianggap sebagai suatu contoh dimana penggunaan pembedahan plastik adalah HARAM. Lebih-lebih lagi, penggunaan pembedahan plastik untuk mengganti atau membaiki bahagian tertentu untuk manusia agar dapat menjalankan amalan kehidupan seharian adalah dibenarkan dan HALAL. Dengan itu, sebagai umat Islam, kita haruslah tetap setia pada diri kita sendiri dari segi rupa. 15


slidesmania.com PENUTUP Kami berbesar hati kerana telah diberi tugasan dan telah menyiapkan tugasan berkaitan dengan e-folio iaitu pembedahan plastik mengikut prinsip,syariat dan etika Islam.Selain itu,kami telah dapat menambah ilmu pengetahuan yang baharu serta dapat mengetahui isuisu semasa berkaitan tajuk yang diberikan.Kami berharap agar uztaz mampu memberikan lagi tajuktajuk yang boleh dihuraikan agar dapat menambahkan ilmu pengetahuan walaupun secebis kertas. 16


slidesmania.com RUJUKAN ● https://www.astroawani.com/berita-malaysia/akibat-buruk-pembedahanplastik-46171 ● https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/pro-kontra-pembedahan-kosmetik/ ● http://det2a2018.blogspot.com/2018/02/pembedahan-plastik-dalampersepsi-islam.html ● https://issuu.com/nininana/docs/d94cd623-a041-4346-be5b21d02b9fd3e0/s/24917783 ● https://upimkmpk.weebly.com/pembedahan-kosmetik.html 17


Click to View FlipBook Version