The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafivillow, 2021-12-14 00:18:34

Your Only Limit is your Mind (2)

Your Only Limit is your Mind (2)

MPU23052
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

DALAM ISLAM
KAEDAH DAN PERANAN FIQH

PENULIS
NUR FAIZATUL AINA BINTI MOHAMAD ZAIDI

ADRIANA HANIS BINTI ZAINAL

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1
2
PENGERTIAN KAEDAH
FIQH 3
4
ISTILAH SYARAK 5
ISTILAH
PERUNDANGAN
KAEDAH DAN PERANAN
FIQH

KESIMPULAN

RUJUKAN

PENDAHULUAN

Kaedah fiqah merupakan satu prinsip umum yang
dijadikan sebagai satu panduan umum dalam
pembinaan hukum-hukum Islam apabila masalah-
masalah baharu yang memerlukan keputusan
hukum yang cepat.




Prinsip umum ini membolehkan sesuatau masalah
baharu yang timbul diselesaikan dengan mudah
mengenai hukumnya yang sebenar melaui rujukan
kepada sumber-sumber hukum lain.

Pengunaan kaedah fiqah tidak akan menafikan nas-nas al-Quran
dan hadis tetapi kedua-dua sumber utama tersebut amat penting
untuk memahami syariat dan muamalah manusia. Kaedah fiqah ini
dapat memberikan hukum secara cepat apabila sesuatu
permasalahan timbul.

1

PENGERTIAN KAEDAH FIQH

Kaedah fiqah ialah gabungan daripada dua perkataan bahasa Arab, iaitu
qawaid dan fiqh. Qawaid daripada kata jamak qaidah yang bermaksud asas
rumah, tapak atau prinsip (Zulekha Yusoff, 2011). Perkataan kedua iaitu fiqah
ialah kumpulan kaedah atau formula bagi menentukan hukum sesuatu
perkara atau isu.

ISTILAH SYARAK
istilah syarak , kaedah fiqh ialah sesuatu hukum
yang secara umumnya terpakai kepada kebanyakan
masalah-masalah cabang.

ISTILAH PERUNDANGAN

istilah perundangan , kaedah fiqah disebut sebagai

‘principle’, namun dibentuk dalam perkataan yang amat

ringkas dan padat di samping mempunyai makna yang

luas bagi mencakupi semua masalah cabang atau furu’

yang berkaitan dengannya. Furu’ membawa maksud

prinsip-prinsip fiqah yang bersifat umum dalam bentuk

nas pendek yang mengandungi hukum umum bersesuaian

dengan bahagian-bahagiannya. Sebahagian ulama

mentakrifkan kaedah fiqah sebagai kaedah-kaedah

hukum bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil al-

Quran dan hadis. Kaedah-kaedah tersebut menjadi asas

kepada kaedah yang dapat disesuaikan dengan semua

juz’iyyah atau menjadi cabang dalam perbahasan ilmu

fiqah sahaja. 2

KAEDAH DAN PERANAN FIQH

Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk
digunapakai kepada persoalan sains teknologi dan
kejuruteraan.

Kaedah fiqh menetapkan formula teras atau asas untuk
digunapakai bagi menjadi rujukan sebelum memulakan
penyelidikan. Setiap persoalan yang baru dalam kajian
sains teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada
kaedah fiqh bagi menentukan hukumnya.

Membantu manusia k
hususnya para saintis, teknokrat dan jurutera

untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu sains
teknologi dan kejuruteraan.

Kaedah-kaedah fiqh telah membantu saintis, teknorat dan jurutera
mengenalpasti isu dalam operasi mereka untuk diselesaikan. Isu-
isu dalam sains, teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani
melalui panduan kaedah ini bagi menjadikan operasi dalam
penyelidikan mendapat rahmat dan berkat ilahi.

Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi

menangani isu-isu kecil dalam
sains teknologi dan
kejuruteraan.

Hukum-hukum yang sudah diputuskan dalam kaedah fiqh
sangat sesuai untuk menjawab segala persoalan cabangan
atau sampingan yang timbul dalam sains,teknologi dan
kejuruteraan.

3

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, Kaedah Fiqhiyah (hukum) adalah dasar-
dasar yang bertalian dengan hukum syarak yang bersifat
menyeluruh (sebahagian besar bahagian-bahagiannya) dalam
bentuk teks-teks perundang-undangan yang ringkas yang
mengandung penetapan hukum-hukum yang umum pada
peristiwa-peristiwa yang dapat dimasukkan pada
permasalahannya. Sejarah Perkembangan Kaedah Fiqhiyah
mengalami tiga fasa, yaitu Fasa Pertumbuhan dan Pembentukan,
Fasa Perkembangan dan Kodifikasi dan Fasa Kematangan dan
Penyempurnaan.

Kaedah Fiqhiyah memiliki kegunaan yang sangat besar bagi ahli
fiqh sebab kaedah fiqh adalah sebagai pengikat (ringkasan)
terhadap beberapa persoalan fiqh. Ia menguasai suatu kaedah
yang bererti menguasai seluruh bab fiqh. Kaedah Fiqhiyah
dapat dibagi kepada tiga bahagian besar, iaitu Kaedah Fiqh dari
segi fungsinya; Kaedah Fiqh dari segi Mustasnayatnya
(pengecualaiannya); dan Kaedah Fiqh dari segi Kualitasnya.

Dari sudut sumber, kaedah merupakan media bagi peminat fiqh
Islam untuk memahami dan menguasai muqasid al-Syari’at,
kerana dengan mendalami beberapa nashsh, ulama dapat
menemukan persoalan esensial dalam satu persoalan. Dari segi
istinbath al-ahkam, kaedah fiqh menurut beberapa persoalan
yang sudah dan belum terjadi. Oleh kerana itu, kaedah fiqh dapat
dijadikan sebagai salah satu alat dalam menyelesaikan persoalan
yang terjadi yang belum ada ketentuan atau kepastian
hukumnya.

RUJUKAN

http://dns2c.blogspot.com/2016/03/jabatan-
jabatan-teknologi-maklumat-dan_21.html
https://dem2s2dis2017.blogspot.com/2018/02/ba
b-5kaedah-fiqah-dalam-sains-teknologi.html
https://huna4074.blogspot.com/2019/02/sains-
teknologi-dan-kejuruteraan-dalam.html
http://ustazadnandua2012.blogspot.com/2016/03/
konsep-kaedah-fiqh-dan-3-peranan-
kaedah_19.html
https://anyflip.com/nlpur/rapx/basic




Click to View FlipBook Version