The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummnizar, 2022-04-12 09:08:27

Jenis-jenis solat sunat

SOLAT-SOLAT SUNAT

SOlAT-SOLAT SUNAT

SOLAT SUNAT

Juga disebut sebagai solat Nawafil
atau Tatawwu’ iaitu solat yang
dilakukan secara sukarela.

Ia dilakukan untuk mendekatkan
diri kepada Allah SWT dan meraih
kasih sayangNya

SOLAT SUNAT

Solat yang tidak Solat yang sunat
sunat dilakukan dilakukan secara
secara berjemaah
berjemaah

Solat SUNAT

Solat yang tidak disunatkan Solat yang AFDAL DILAKUKAN
secara berjemaah secara berjemaah

Solat Rawatib Solat Tahiyyatul Masjid Solat Tarawih
Solat Duha Solat Tahajjud Solat Hari Raya Aidilfitri
Solat Taubat Solat Hajat Solat Hari Raya Aidiladha
Solat Istikharah Solat Awwabin Solat Gerhana Matahari & Bulan
Solat Tasbih Solat Minta Hujan (Istisqa')
Solat Sunat Ihram Solat Sunat Tawaf Solat Witir
Solat Isyraq Solat Sunat Musafir
Solat sunat Wuduk

SOLAT SUNAT RAWATIB

solat-solat sunat yang didirikan sebelum ataupun
sesudah solat fardhu lima waktu.

Daripada Ummu Habibah R.’Anha, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

‫َم ْن َص ىَّل ِفي َيْو ٍم َوَلْيَلٍة ِثْنَتْي َع ْش َرَة َرْكَع ًة ُبِنَي َلُه َبْيٌت ِفي اْلَجَّنِة َأْرَبًع ا َقْبَل الُّظ ْه ِر َوَرْكَع َتْيِن َبْع َدَها َوَرْكَع َتْيِن‬
‫َبْع َد اْلَم ْغ ِرِب َوَرْكَع َتْيِن َبْع َد اْلِع َش اِء َوَرْكَع َتْيِن َقْبَل َص َالِة اْلَف ْجِر‬.

Maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas
rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di
syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat

setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat
Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.

Sunan Tirmidzi (380) dan Sunan Ibn Majah (1196)

SOLAT SUNAT DUHA

Solat yang dilakukan bermula daripada matahari naik
sehingga ia gelincir

Nabi S.A.W. telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah R.A. agar tidak
meninggalkan solat Dhuha melalui hadis bermaksud;“Kekasihku
(Muhammad S.A.W.) mengingatkan akan daku supaya melakukan
tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan,

melaksanakan solat Duha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat
Witir sebelum tidur.”

[Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]

RAKAAT Daripada Ummu Hani R.A:


Minimum 2 rakaat, lebih
sempurna 8 rakaat ‫َأَّن َر ُس وَل ِهَّللا َص ىَّل ُهَّللا َع َلْي ِه َو َس َّلَم َيْو َم َص ىَّل ُس ْب َحَة الُّض َحى َثَم اِن‬
‫َر َكَع اٍت َكاَن ُيَس ِّلُم ِم ْن ُكِّل َر ْكَع َت ْي ِن‬



Maksudnya:Bahawa Rasulullah SAW bersolat duha lapan
rakaat, dilakukan dengan salam bagi setiap dua rakaat

)Abu Daud, al-Tabarani, Ibn Khuzaimah, dan al-Baihaqi(

‫يةاايدلكوضسكمدروفاعااارولكحلاوبىآقاففصقجهءلضافدقالمدطيمررءفتراصهبةأضتاسسرللهكخكحقرمهاكرحآهدجءيءجرمتهناكفلأكن زكل ه‬،ٔ‫ار‬،‫ا لآلت نه ومياووو ٕٕالاالبجبموإوانآونقٕلهٕاحمالاااونككلنتءنقهوةااايكبكلمكانكنقاإهعضاوتنارفونتنحزءنقصاعىمبقاوحكبءمكلعاتع‬ DOA SOLAT DUHA

Ya Allah
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu

Kecantikannya kecantikanMu
Keindahannya keindahanMu

Kekuatannya kekuatanMu
Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya perlindunganMu

Ya Allah
Jika rezki masih di langit, turunkanlah

Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah

Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu, keindahanMu
Kekuatan-Mu, kekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala
Segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-
hambaMu yang soleh

SOLAT SUNAT TAHAJJUD

sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur
malam walaupun tidur hanya sebentar (Qiyammullail)

HUKUM Rakaat Lafaz niat

Sunat Muakkad Tidak ditentukan bilangan ‫ُأَص ِّلي ُس َّنَة الَت َه ُّجِد َر كَع َت يِن للِه َتَع اَلي‬
rakaat. Minimum 2 rakaat. Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang
sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah

taala.”

Menurut Ibnu Qudamah:

"Sebab utama yang mendorong seseorang
melakukan qiyammulail ialah cintakan Allah dan

kekuatan iman, kerana ia bermunajat kepada
Tuhannya dalam keadaan musyahadah".

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

DIBANGKITKAN DI AKHIRAT DI TEMPAT IBADAH YANG MEMBERI KESAN
YANG TERPUJI MENDALAM KEPADA JIWA


Firman Allah Taala dalam S
urah Al-Isra’ ayat 79
Firman Allah SWT:
‫َوِم َن الَّلْيِل َفَتَه َّجْد ِبِه َناِفَلًة َّلَك َع َس ٰى َأن َيْبَع َثَك َرُّبَك َم َق اًم ا َّم ْحُم وًدا‬ ‫ِإَّن َناِش َئَة الَّلْيِل ِه َي َأَش ُّد َوْط ًئا َوَأْق َوُم ِقياًل‬
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta “Sesungguhnya bangun beribadat pada waktu malam
itu adalah sangat berkesan (dalam hati) dan lebih
kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai betul bacaannya.”(Surah al-Muzammil: 6)
sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu


membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di
tempat yang terpuji. IBADAH YANG DISUKAI
OLEH ALLAH


Firman Allah SWT :
DOA MUSTAJAB
‫َوِم َن الَّلْيِل َفاْس ُجْد َلُه َوَس ِّبْحُه َلْياًل َط ِو ياًل‬
Jabir RA pula mengatakan bahawa aku mendengar
Rasullulah SAW bersabda yang berbunyi: “Dan (dengan apa keadaan pun) maka pada

sebahagian waktu malam sujudlah kepada Tuhanmu

“Pada malam hari ada satusaat (yang berkat) di mana (dengan mengerjakan sembahyang) dan (seboleh-
jika seseorang muslim menepati saat itu dan berdoa bolehnya) bertasbihlah memuji-Nya (dengan
kepada Allah SWT meminta keberkatan dunia atau
akhirat nescaya Allah kabulkan doanya. Keadaan ini mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian
yang panjang dari waktu malam.” (Surah al-Insan: 26)
ada pada tiap-tiap malam.”
(Riwayat Muslim)

SOLAT TAHAJJUD

Mengejutkan isteri dan ahli keluarga untuk bangun
bersolat tahajjud bersama-sama:




“Allah merahmati seorang suami yang bangkit dari sebahagian
malam lalu ia sembahyang dan mengejutkan isterinya. Kalau

isterinya itu enggan, ia merenjiskan air ke mukanya. Juga Allah
merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian

malamnya lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. Jikalau
suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya”. (Hadis
Abu Daud)

SOLAT TAUBAT

Taubat berasal dari perkataan ‫ تاب إلى الله توبا‬iaitu kembali kepada Allah
dengan sebenar-benar kembali. Ia juga membawa maksud meninggalkan

maksiat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakr Al-Siddiq R.A beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:



‫َم ا ِم ْن َع ْبٍد ُيْذِنُب َذْنًبا َف ُيْحِس ُن الُّط ُه وَر ُثَّم َيُقوُم َف ُيَص ِّلي َرْكَع َتْي ِن ُثَّم َيْس َتْغ ِف ُر َهَّللا ِإَّال َغ َف َر ُهَّللا َلُه ‏ُثَّم َق َرَأ َهِذ ِه‬
‫الآَيَة ‏ َواَّلِذ يَن ِإَذا َف َع ُلوا َف اِح َش ًة َأْو َظ َلُم وا َأْنُفَس ُه ْم َذَكُروا َهَّللا‏ ِإىَل آِخ ِر الآَيِة‬



Maksudnya: Tidak ada seorang hamba yang melakukan satu dosa, lalu dia memperelokkan
dalam bersuci dan dia kemudiannya bangun lalu mengerjakan solat dua rakaat dan
memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya

Menyesali perbuatan & tidak mahu Solat sunat taubat Istighfar
mengulanginya

SOLAT TARAWIH

Sunat Muakkad yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya dalam bulan Ramadan

hukum menunaikan solat tarawih YANG paling afdhal adalah
menunaikannya secara berjemaah. HUKUM solat tarawih secara

bersendirian adalah dibolehkan.

Imam Shafi'e & jumhur Imam Malik, Abu Yusuf
ulama berpendapat: dan sebahagian

Afdal solat secara Shafi'eyah berpendapat:
berjemaah


Afdal menunaikan
secara bersendirian



dGaarnipjaardaanAmbeulaHkuurka
airnanhyaR.aAdablealhiasuabnegraktabtaesbaarh, asewbaaRgaasimulaunllaahyaSn.Ag .dWiribwearsyaabtkdaan:



‎‫َم ْن َق اَم َر َم َض اَن ِإيَم اًنا َو اْحِتَس اًبا ُغ ِف َر َلُه َم ا َتَق َّد َم ِم ْن َذ ْنِبِه‬



Maksudnya: Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan
dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-

dosa yang terdahulu.



Riwayat Al-Bukhari (37)

SOLAT WITIR

Witir dari sudut bahasa: tunggal (bilangan yang ganjil)

Dari sudut istilah:’Solat tertentu yang dilakukan pada waktu yang tertentu yang menutup solat-solat malam,
sama ada ia dilakukan pada awal malam, pertengahan, atau pengakhiran malam’’

Solat witir merupakan antara ibadah yang sangat digalakkan kepada setiap umat Islam

‫اْجَع ُلوا آِخ َر َص َالِتُكْم ِبالَّلْيِل ِو ْتًرا‬

Maksudnya : Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam
Riwayat Al-Bukhari




Waktu mengerjakan solat witir ialah Pada bulan Ramadan, solat witir ini
sepanjang malam, iaitu selepas dikerjakan secara berjamaah dan pada

menunaikan solat fardu Isyak sehinggalah rakaat yang ketiga disunatkan pula
menjelang sebelum masuk waktu solat membaca doa qunut pada pertengahan
fardu Subuh.
Jumlah rakaat: 1/3/5/7/9/11 bulan, iaitu bermula malam ke-16
sehingga malam terakhir bulan Ramadan

SOLAT ISTIKHARAH

Solat sunat istikharah ialah solat untuk memohon petunjuk
daripada Allah.

Ia dilakukan apabila seseorang itu ragu-ragu dalam membuat
sesuatu pilihan atau menentukan apa yang terbaik.

Hadis yang disampaikan oleh Jabir bin Abdullah r.a yang
bermaksud:

Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua
perkara, seperti mengajar kami surah daripada al-Quran. Baginda

berkata: “Apabila seseorang daripada kamu mahu melakukan
perkara yang tidak jelas dia perlu solat dua rakaat yang bukan

fardu, kemudian berdoa”

SOLAT SUNAT WUDUK

Solat sunat wuduk dilakukan selepas mengambil wuduk

"Sesiapa daripada kalangan Muslim Diriwayatkan oleh Abu Buraidah yang menceritakan bahawa:
yang berwuduk dan
Suatu hari selepas Rasulullah mengerjakan solat subuh, baginda
menyempurnakan wuduknya. memanggil Bilal dan berkata, ‘Wahai Bilal bagaimana kamu mendahului
Kemudian melakukan solat dua
rakaat dengan mengadap kiblat saya masuk syurga? Setiap kali saya memasuki syurga, pasti saya
dengan sepenuh hati pasti mendapat mendengar hentakan sandalmu di hadapanku. Saya masuk ke dalam

syurga." syurga semalam dan saya mendengar hentakan sandalmu di
hadapanku…”
-Riwayat Muslim, Abu Dawud dan
an-Nasa’i- Bilal menjawab, ‘Ya Rasulullah, setiap kali azan saya pasti menunaikan
solat dua rakaat. Apabila berhadas, saya segera berwuduk. Dan apabila
Bilangan rakaat saya berasakan perlu mengerjakan dua rakaat (sebagai tanda syukur)

Solat sunat sebanyak kepada Allah (yang menghilangkan kekotoran dan memberikan
dua rakaat kebersihan)”

Rasulullah SAW menyatakan, ‘Jadi dengan kedua-dua amalan ini kamu
masuk syurga’


Click to View FlipBook Version