Bil. 5
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia merupakan suatu pendidikan yang ber terusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggar iskan beberapa matlamat yang terkandung di dalam falsafahnya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dar i segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada Lima Rukun Negara (Kementer ian Pendidikan Malaysia 1998). Selaras dengan itu, menurut Tam(2010) bahawa kokur ikulummemainkan peranan yangpenting kerana ianyaber tujuan untuk merealisasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran merentasi kur ikulum yang boleh diperolehi melalui aktiviti pendidikan jasmani, seni dan reakreasi, aktiviti sains dan teknologi ser ta aktiviti kumpulan dan sosial. Hal ini selaras dengan objektif Persatuan Bahasa Melayu iaitu untuk melahirkan mur id yang berketerampilan dar i segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sahsiah di samping membangunkan program untuk memper luaskan khalayak pengguna Bahasa Melayu, melestar ikan bahasa, sastera dan budaya Melayu. Ber tepatan dengan pr insip utama Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMU) pada tahun 1954 adalah untuk menggesa kerajaan Malaya untuk merasmikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaya. 1. Melaksanakan salah satu aktiviti tahunan (2023) yang dirancang oleh Unit Kokur ikulum. 2. Mengetahui sejarah yang ber laku pada zaman pendudukan Jepun 3. Member i pendedahan dan memupuk kesedaran awal tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan mur id sekolah. PENGENALAN OBJEKTIF
Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Salam Sabah Maju Jaya, Salam Sabah Hebat, Salam PPD Sandakan Pemangkin Transformasi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Ahli Jawatankuasa / Sidang Redaksi Buletin Lawatan Sambil Belajar anjuran Unit Kokurikulum 2023 kerana memberikan ruang dan kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Buletin Lawatan Sambil Belajar bagi tahun 2023. Sekalung perhargaan dan ucapan tahniah kepada semua Ahli Sidang Redaksi atas usaha dan inisiatif mendokumentasikan Program Lawatan Sambil Belajar pada tahun ini dalam bentuk penerbitan bulletin secara maya. Segala komitmen dan sumbangan yang diberikan oleh seluruh warga sekolah yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam penerbitan buletin ini, amatlah dihargai. Pada 12 Ogos 2023 (Sabtu), sekolah kita telah menjayakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan Memorial dan Taman Sandakan. Pada tahun lalu (2022), Unit Kokurikulum melalui gabungan Kelab Pencinta Alam dan Persatuan Matematik/Sains telah mengadakan lawatan serupa di RDC Sepilok (Batu 14) Sandakan. Pada hemat saya, program lawatan sambil belajar amat penting dan berfaedah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan serta pengalaman berharga yang tidak mungkin dapat diperolehi oleh murid-murid di bilik darjah. Atas usaha dan komitmen yang tinggi dalam kalangan guru-guru dan seluruh staf SK Sungai Manila, selain sokongan padu dan kerjasama ibu bapa, maka program lawatan seperti ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan cemerlang. Bagi pihak pentadbir sekolah, kerjasama ibu bapa dan beberapa agensi lain yang terlibat membantu menjayakan program lawatan ini, khasnya pihak Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, PIBG dan sebagainya, adalah amat dihargai dan disanjung tinggi. Buletin seperti ini, bukan sahaja akan menjadi rujukan pada masa akan datang, malah ia merupakan catatan sejarah dan kenangan manis serta ingatan bersama warga sekolah, khususnya yang terlibat secara langsung dengan program tersebut. Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah dan juga semua murid agar terus berusaha dalam mencipta kejayaan dan kecemerlangan di SK Sungai Manila ini. Marilah kita bersama-sama membulatkan tekad dan berusaha gigih dalam usaha mencipta kejayaan untuk anak-anak murid dan juga kemajuan sekolah keseluruhannya. Selamat maju jaya. Sekian, terima kasih. KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SK SUNGAI MANILA, SANDAKAN EN. RABBUN BIN HAJI ANGGARI GURU BESAR, SK SUNGAI MANILA, SANDAKAN.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum. Salam sejahtera dan ‘Salam Perpaduan Melalui Kokurikulum’ dan ‘Salam Kokurikulum Nadi ABC’ (Anak yang Baik lagi Cerdik). Salam Sabah Maju Jaya, Salam JPN Sabah Hebat dan Salam PPD Sandakan Pemangkin Transformasi. Marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi, di atas limpah kurnia-Nya, kita masih diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk kita bersama-sama berpadu tenaga bagi melaksana dan menjayakan pelbagai program atauaktiviti sukan dan kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Sungai Manila, Sandakan padatahun ini (2023). Bagi pihak Unit Kokurikulum SK Sungai Manila, sayaingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pentadbir, khasnya Guru Besar - Encik Rabbun Haji Anggari dan semua Guru Penolong Kanan (GPK) serta semua Ahli Sidang Redaksi Penerbitan Buletin Lawatan Sambil Belajar ke Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, anjuran Unit Kokurikulum 2023 yang dikelolakan oleh Persatuan Bahasa Melayu (PBM) dan juga Kelab Rukun Negara (KRN). Tahniah dan terima kasih atas kerjasama padu dan komitmen yang tinggi untuk membantu menjayakan penerbitan buletin yang kedua sempena program lawatan. Subkomponen Pengurusan Kokurikulum berdasarkan Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Rendah KPM (2021) atau Malaysian School Governance (MySG) terdiri daripada enam (6) subkompnen, iaitu: (A) Pelaksanaan Kokurikulum, (B) RIMUP, (C) Pengurusan Kokurikulum Tambahan, (D) Lawatan, (E) Redaksi Sekolah, dan (F) Pengiktirafan, Penyertaan dan Penganjuran. Merujuk kepada subkomponen (E) iaitu Redaksi Sekolah (m.s. 241), iaterdiri daripada lima (5) subkomponen kecil iaitu (E1) Tugas Umum, (E2) Majalah Sekolah, (E3) Penerbitan, (D) Bahan Digital/Maya, dan (E) Media Sosial. Dalam usaha merintis pemantapan pendokumentasian program atau aktiviti sekolah, selain memastikan penyediaan laporan lengkap bagi setiap program/aktiviti yang dilaksanakan, Unit Kokurikulum & Sukan SK Sungai Manila, akan terus berusaha menerbitkan buletin khas sempena Program Lawatan Sambil Belajar ke Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan Memorial Park dan juga Taman Sandakan yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2023 (Sabtu). Sesungguhnya, penerbitan buletin ini amat penting untuk mendokumentasikan sesuatu aktiviti, program atau kecemerlangan sekolah untuk tujuan rekod dan rujukan serta tatapan masa akan datang, melalui perkongsian informasi dan penyebaran maklumat untuk warga sekolah dan juga masyarakat umum. Usaha murni ini juga selari dengan konsep memasyarakatkan sekolah dalam konteks pendidikan, selaras dengan salah satu elemen penting dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Semogapenerbitan Buletin Lawatan ini dapat memberi manfaat yang positif, bukan sahaja kepada warga sekolah, tetapi juga kepada para ibu bapa/penjaga murid dan juga masyarakat umum untuk memaparkan hasrat dan komitmen pihak sekolah, demi kemenjadian murid dan kemajuan sekolah pada keseluruhannya. Bagi pihak Unit Kokurikulum, sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang turut terlibat menjayakan penerbitan buletin ini, khasnya barisan pentadbir dan ahli Sidang Redaksi, semua guru dan AKP serta pihak PIBG SK Sungai Manila, Sandakan. Sekian, terima kasih. Selamat maju jaya dan ‘Salam Perpaduan Melalui Kokurikulum’. KATA ALU-ALUAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK SUNGAI MANILA, SANDAKAN EN. SALMAN BIN ABDULLAH PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, SK SUNGAI MANILA, SANDAKAN.
BERITA LAWATAN 95 MURID DAN GURU JAYAKAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI IBU PEJABAT JABATAN PERHUTANAN SABAH SANDAKAN: Rombongan seramai 95 orang terdiri daripada 75 murid Tahap Dua (Tahun 4, 5 & 6) dan 20 orang guru pengiring termasuk seorang staf sokongan (AKP) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manila, Sandakan telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar yang berlangsung pada 12 Ogos 2023 (Sabtu). Tiga lokasi yang dilawati ialah Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah (IP JPS), Sandakan Memorial Park (Taman Peringatan Sandakan) dan juga Taman Sandakan. Program lawatan tersebut dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Sungai Manila dan dikelolakan bersama oleh Persatuan Bahasa Melayu (PBM) dan juga Kelab Rukun Negara (KRN). Penyelaras program, Cikgu Hermawati Pandi yang juga Ketua Guru Penasihat (KGP) KRN berkata, lawatan itu merupakan aktiviti tahunan Unit Kokurikulum dan pada tahun ini ia diadakan bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-66 dan juga Hari Malaysia 2023 peringkat sekolah SK Sungai Manila, Sandakan. Katanya, lawatan itu antara lain bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan tentang sejarah dan fungsi Jabatan Perhutanan Sabah dalam konteks pengurusan hutan, pembangunan ekonomi, pengekalan sumber hutan dan sebagainya. Ia juga dapat memupuk kesedaran awal tentang kepentingan menjaga kelestarian alam dalam konteks pendidikan alam sekitar, khasnya dalam kalangan murid sekolah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menambah pengalaman dan pengetahuan tentang nilai dan fakta sejarah yang diabadikan khususnya di Sandakan Memorial Park atau Taman Peringatan Perang Sandakan semasaPerang Dunia Kedua (1942-1945). Dalam masa yang sama, ia juga bertujuan melaksanakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Takwim Unit Kokurikulum 2023, di samping menambah pengalaman dan memantapkan lagi kemahiran guru-guru terlibat, khasnya dalam aspek pengurusan program. Hermawati menjelaskan, pelbagai aktiviti telah disediakan dan disusunatur sempena lawatan itu, khasnya di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah. Antaranya ialah taklimat dan ceramah, kuiz serta lawatan ke Taman Warisan Hutan Simpan dan juga ternakan rusa (payau) yang terletak di kawasan belakang bangunan Ibu Pejabat Perhutanan Sabah. Ceramah tentang latar belakang, fungsi jabatan, dan sejarah perhutanan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Bahagian Komunikasi, Korporat dan Inovasi (IP JPS), PuanMarianah Binti Othman. Dalam taklimatnya, Puan Marianah menjelaskan, Jabatan Perhutanan Negeri Sabah telah wujud sejak sebelum merdeka, iaitu dari tahun 1879 dan kini mencecah 144 tahun penubuhannya. Ia merupakan satu-satunya Jabatan Kerajaan Negeri Sabah yang beribu pejabat di Sandakan, iaitu di luar kawasan Kota Kinabalu. Katanya, bilangan kakitangan yang berada di IP JPS ialah lebih kurang 250 orang dan Ketua Konservator Hutan Sabah (dulu dikenali sebagai Pengarah Perhutanan Sabah) pada masa ini ialah Datuk Frederick Kugan. Beliau berkata, penubuhan Jabatan Perhutanan Sabah menggariskan tiga objektif utama, iaitu: (i). Meningkatkan industri perhutanan, (ii). Memelihara hutan semulajadi – merangkumi aspek perlindungan sumber, tadahan air, tanah dan biodiversiti, dan (iii). Memastikan pengurusan dan pembangunan hutan negeri mengikut prinsip Pengurusan Hutan Berkekalan. Rombongan SK Sungai Manila, Sandakan bergambar kenangan bersama para pegawa iBahagian Komunikasi, Korporat dan Inovasi, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah. Oleh: Salman Abdullah (GPK Kokurikulum).
Misi Jabatan Perhutanan Sabah ialah ‘Ke arah merealisasikan Pengurusan Sumber Hutan secara mampan, manakala visi ialah ‘Merancang dan melaksanakan Pengurusan Sumber Hutan negeri dengan berkesan dan cekap, selaras dengan prinsip-prinsip Pengurusan Hutan Mampan (MAMPAN = Meneruskan kewujudan (sustainable)). Menjelaskan lebih lanjut, Puan Marianah berkata, tiga kepentingan utama pengurusan hutan mampan ialah kepentingan dari aspek ekologi, ekonomi dan nilai budaya. Ekologi mencakupi aspek kitaran oksigen, kitaran air dan kitaran nutrien, manakala dari aspek ekonomi, dapat menikmati keindahan alam dan menyumbang kepada kesejahteraan jiwa dan rohani, sementara nilai budaya berkaitan dengan sumber makanan dan juga sumber perubatan, berasaskan sumber hutan. Beliau menambah, dalam konteks pengurusan hutan, definisi ‘pemeliharaan’ melibatkan aktiviti melindungi dan menjaga sesuatu perkara, manakala ‘pemuliharaan’ bermaksud melibatkan aktiviti membaiki atau mengembalikan kepada keadaan asal. Sebelum mengakhiri taklimat tersebut, Puan Marianah turut berkongsikan tiga rangkap Pantun Alam Manusia – ciptaan Ailen I. Ganing yang sarat dengan mesej tersirat, seperti ungkapan pantun berikut: Ikan sembilang di tapak tangan, Mati terminum si minyak hitam, Apakah malang nasibnya badan, Hidup di sungai yang kian suram. Pisang emas di bawa belayar, Masak rebus di dalam kuali, Sewa pokok boleh dibayar, Menanam pokok, kenapa sukar sekali? Pulau Sapi jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Sunggh jauh membuang sampah, Kenapa tidak ‘recycle’ saja. En. Karim Abd. Samad (tiga dari kiri) menerima cenderamata disampaikan oleh Cikgu Salman Abdullah (tengah). Berucap pada majlis itu, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Inovasi (BKKI), Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, Encik Karim Abd. Samad mengalu-aluan kehadiran rombongan dari SK Sungai Manila, Sandakan dan merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana pihak sekolah telah memilih dan menjadikan Jabatan Perhutanan Sabah sebagai lokasi lawatan tersebut. Katanya, Jabatan Perhutanan Sabah terdiri daripada beberapa bahagian, pusat penyelidikan dan institut latihan perhutanan. BKKI merupakan salah satu bahagian yang terdiri daripada lima (5) unit, iaitu Unit Media & Protokol, Unit Perhubungan Awam & Inovasi, Unit Pendidikan & Kesedaran Awam, Unit Publisiti Hutan dan juga Unit Pentadbiran. Beliau berkata, pihak Jabatan Perhutanan Sabah kini sedang melaksanakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025) dengantema: Penghijauan Malaysia, Pokok Kita, Kehidupan Kita. Justeru, pihaknya bersedia menjalin kerjasama dan kolaborasi dengan pihak sekolah untuk melibatkan SK Sungai Manila, Sandakan bagimenjayakan kempen penanaman pokok (buah-buahan) di kawasan sekolah, tahun depan (2024), tertakluk kepada kesesuaian tempat di kawasan sekolah. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Unit Pendidikan & Kesedaran Awam, Encik Ezli Kuang @ Kuang Bin Haji Tujoh dan seorang kakitangan Unit Media BKKI, EncikMohd. Sazalee Bin Roslee. Selain di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, rombongan SK Sungai Manila turutmengadakan lawatan di Sandakan Memorial Park dan juga Taman Sandakan. Ia bertujuan memberi pengetahuan dan pengalaman murid, khasnya kewujudan Kem Tahanan Perang di Sandakan (1940-an) dan jugaperistiwa ‘Kawad Maut’ dari Sandakan keRanau. Lawatan ke Taman Sandakan yang terletak bersebelahan Sandakan Memorial Park dalamKawasan Hutan Simpan Sibuga (Kelas IV) pula bertujuan menghargai alam sekitar khususnya flora dan fauna. Di Taman Sandakan, ahlirombongan bukan sahaja dapat menikmati keindahan dan kehijauan hutan, malah turut berpeluang memberi makanan (roti) kepadahaiwan yang dipelihara dan menghuni tasik / kolam di taman tersebut iaitu pelbagai spesis ikan air tawar seperti ikan telapia, patin, keli dan lain-lain sertakura-kura, labi-labi dan sebagainya. - Tamat -
SEJARAH DAN FUNGSI JABATAN PERHUTANAN SABAH Fungsi utama jabatan ini pada dahulunya tertumpu kepada pengumpulan royalti. Fungsi Jabatan ini berkembang dari tahun ke tahun dan kemudiannya mengambil alih tanggungjawab yang lebih luas yang meliputi perlindungan dan pemuliharaan rizab hutan berdasarkan konsep Pengurusan Hutan Lestari (SFM). Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) telah ditubuhkan pada tahun 1914 sewaktu negeri ini masih di bawah pemerintahan Syarikat Borneo Utara British (British Borneo Chartered Company). Bermula dengan hanya 6 orang kakitangan, jabatan ini telah berkembang dari tahun ke tahun dan telah menubuhkan 27 Pejabat Perhutanan Daerah dengan warga kerja kira-kira 2,000 kakitangan. Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Sabah ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Bin Mohd Salleh pada 1 Ogos 1982. Sejak penubuhannya, Jabatan Perhutanan telah menubuhkan rizab hutan di seluruh negeri, dan kini merupakan penjaga kepada kira-kira 3.6 juta hektar atau 49.1% dari jumlah keluasan tanah di negeri ini. Pejabat Perhutanan Sabah Banggunan Ibu Pejabat Perhutanan Sabah pada tahun 1960an Pejabat Perhutanan Sabah semasa dalam pembinaan
Mesyuarat & Taklimat Lawatan Bilik Gerakan Aula Transfrormasi SKSM Mesyuarat & Taklimat guru pengiring lawatan Guru Guru Pengiring Lawatan bergambar kenangan bersama En. Rabbun bin Haji Anggari (Guru Besar) & En. Salman bin Abdullah (Penolong Kanan Kokurikulum) Taklimat kepada para peserta lawatan Sesi bergambar bersama para peserta lawatan AKTIVITI PERSEDIAAN LAWATAN
Suasana Menaiki Bas Di Dataran & Pintu Pagar SK Sungai Manila Murid-murid berkumpul di dataran Bas-bas yang digunakan untuk lawatan Bacaan doa oleh Ustaz Akmal Ridwan Lipoh Murid-murid berbaris sebelum menaiki bas AKTIVITI SEMASA LAWATAN
Suasana Persekitaran Sandakan Memorial Park En. Chin Wee Leong @ Billy menerangkan paparan maklumat. En. Lee Yun Keng & En. Rohizal membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil. Murid-murid menikmati keindahan tasik. Murid-murid berkumpul untuk sesi taklimat ringkas. AKTIVITI SEMASA LAWATAN Murid-murid melihat jengkaut lama yang pernah digunakan tentera Jepun dulu. Semasa berada di Platform.
Kesan Sejarah Sandakan Memorial Park Jengkaut Pelan Lokasi Sandakan Memorial Park Boiler / Pemanas Air lama Tangki Penyimpanan Air AKTIVITI SEMASA LAWATAN Maklumat tinggalan sejarah Transformer Individu-individu yang terlibat dalam peristiwa Kawad Maut Tempat Penyimpanan Bekalan Makanan
Balai Peringatan Sandakan Sandakan Memorial Park Jata Komanwel Balai Peringatan Sandakan. AKTIVITI SEMASA LAWATAN Seni ukiran berbentuk bunga. Sesi fotografi warga SK Sungai Manila di hadapan Balai Peringatan Sandakan. Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En. Salman Abdullah (barisan hadapan tengah) bersama AJK Lawatan di pintu masuk Balai Peringatan.
Balai Peringatan Sandakan Sandakan Memorial Park Pn. Sharifah Fatmawati bersama petugas Balai Peringatan AKTIVITI SEMASA LAWATAN Pn. Yanti menerangkan maklumat kepada murid. En. Azlizuan menerangkan sejarah tapak kedudukan Sandakan Memorial Park. Murid-murid melihat pameran di dalam balai Peringatan Petugas berkongsi maklumat bersama para guru.
Dataran Tugu Sandakan Memorial Park AKTIVITI SEMASA LAWATAN Dari Kanan, Pn. Hermawati, Cik Suriantih, Pn. Azliany, Pn. Yanti & En. Lee di hadapan Tugu Peringatan. Murid-murid mengibarkan bendera Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan di hadapan Tugu Peringatan Sandakan Memorial Parl. Sambutan hari lahir guru-guru dan murid-murid. Tugu Peringatan Sandakan Memorial Park
Dataran Tugu Sandakan Memorial Park AKTIVITI SEMASA LAWATAN En. Abdul Rahman (tengah) dan Cik Suriantih (kanan) bersama ahli kumpulan 4 En. Khairuddin (kiri) dan En. Billy (kanan) bersama ahli kumpulan 2 Pn. Yanti (kiri) dan En. Lee (kanan) bersama ahli kumpulan 3 Ustazah Mary Mae (kiri) dan Ustazah Fatin (kanan)
Kuiz di Dataran Sandakan Memorial Park AKTIVITI SEMASA LAWATAN Aktiviti menjawab soalan kuiz tentang Sandakan Memorial Park
Kuiz di Dataran Sandakan Memorial Park AKTIVITI SEMASA LAWATAN Pemenang-pemenang kuiz di Dataran Sandakan Memorial Park.
Meraikan Murid & Guru yang Lahir Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Sandakan Memorial Park AKTIVITI SEMASA LAWATAN Sambutan hari lahir guru-guru. Sambutan hari lahir murid-murid. Sambutan hari lahir di Tugu Peringatan Sandakan memorial Park. Hari lahir guru-guru perempuan. En. Azlizuan memotong kek hari lahir. Kek hari lahir.
Memberi Makan Ikan di Kolam / Tasik Taman Sandakan. Taman Sandakan AKTIVITI SEMASA LAWATAN Para peserta lawatan bergambar di hadapan pintu masuk Taman Sandakan. Guru-guru & murid-murid memberikan makanan (roti) kepada ikan-ikan.
Memberi Makan Ikan di Kolam / Tasik Taman Sandakan. Taman Sandakan AKTIVITI SEMASA LAWATAN Guru-guru sedang berehat di gerai Taman Sandakan. Guru sedang mencampakkan secubit roti ke dalam kolam. Gelagat seorang guru mengangkat seekor kucing di jambatan Taman Sandakan.
Para peserta mendengar taklimat yang disampaikan. Taklimat di Auditorium Ibu Pejabat Jabatan Hutan Sabah. Jabatan Hutan Sabah AKTIVITI SEMASA LAWATAN Puan Marianah mengalukan kehadiran & memberikan taklimat kepada para peserta lawatan. En. Salman (PK Kokurikulum) bersama En. Karim Abd Samad (Ketua Unit Korporat, Komunikasi & Inovasi, Jabatan Perhutanan Sabah).
Kuiz di Auditorium Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah. Jabatan Hutan Sabah AKTIVITI SEMASA LAWATAN Puan Marianah memberi penerangan tentang Jabatan Hutan Sabah kepada para peserta lawatan. Suasana di dalam Auditorium. Murid-murid bersedia menjawab soalansoalan kuiz yang disediakan. Murid bertuah tampil ke hadapan untuk menjawab soalan kuiz.
Majlis Penyampaian Cenderamata Jabatan Perhutanan Sabah AKTIVITI SEMASA LAWATAN En. Salman menyampaikan cenderamata kepada En. Karim Abd Samad sebagai tanda penghargaan . Penyampaian cenderamata daripada pihak Jabatan Hutan Sabah kepada pihak SK Sungai Manila. Penyampaian cenderamata daripada pihak SK Sungai Manila kepada pihak Jabatan Hutan Sabah.
Lawatan ke Taman Warisan Jabatan Perhutanan Sabah AKTIVITI SEMASA LAWATAN Para peserta lawatan dari SK Sungai Manila bergambar di hadapan Ibu Pejabat Jabatan Hutan Sabah sebelum aktiviti lawatan ke Taman Warisan Dari kanan En. Azlizuan, En. Ezli, En. Lee, En. Abdul Rahman, & En. Billy di Taman Warisan.
Taman Warisan - Hutan Khazanah Alam Jabatan Perhutanan Sabah AKTIVITI SEMASA LAWATAN Menara Tinjau. Laluan pejalan kaki. En. Karim Abd Samad memberi penerangan kepada murid-murid. Laluan utama ke pejabat. Murid-murid berpeluang melalui jambatan gantung di Taman Warisan.
Taman Warisan - Ladang Rusa Jabatan Perhutanan Sabah AKTIVITI SEMASA LAWATAN Ladang Ternakan Rusa (Payau), Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan.
Pertandingan Menulis Karangan SK Sungai Manila, Sandakan. AKTIVITI PASCA LAWATAN En. Jibid Sampai (PK Kurikulum) bersama para pemenang pertandingan menulis karangan.
Pertandingan Menulis Karangan SK Sungai Manila, Sandakan. AKTIVITI PASCA LAWATAN
Pertandingan Menulis Karangan SK Sungai Manila, Sandakan. AKTIVITI PASCA LAWATAN
Pertandingan Menulis Karangan SK Sungai Manila, Sandakan. AKTIVITI PASCA LAWATAN
Pertandingan Menulis Karangan SK Sungai Manila, Sandakan. AKTIVITI PASCA LAWATAN
SK Sungai Manila, Sandakan.JARINGAN & JALINAN (J & J)
SK Sungai Manila, Sandakan.KANDID Cikgu-Cikgu jom bergambar dulu ni Mesti cantik gambar ni.. Selfie dulu baa… sebelum tentera sampai Aduhh..belum sempat lagi ku pose, sudah digambarr..
SK Sungai Manila, Sandakan. KANDID
SK Sungai Manila, Sandakan.KANDID
SK Sungai Manila, Sandakan.KANDID
SK Sungai Manila, Sandakan.KANDID
Penghargaan Seluruh warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manila, Sandakan khasnya Unit Kokur ikulum dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PelaksanaProgram Lawatan Sambil Belajar 2023 ke Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah ingin mengucapkan ter ima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada: Encik Rabbun Bin Haji Anggar i, Guru Besar , SK Sungai Manila, Sandakan. Encik Jibid Sampai (GPK Pentadbiran), Pn. Nurul Jannah Abdullah (GPK HEM), Encik Salman Abdullah (GPK Kokur ikulum), Guru-guru Penolong Kanan (GPK), SK Sungai Manila, Sandakan. Puan Hermawati Pandi, Ketua Rombongan / Penyelaras Program Lawatan 2023 Cik / Ustazah Salnatasha Mohd. Sabr i, Setiausaha Program Lawatan 2023. Encik Kar im Bin Abd. Samad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat & Inovasi (BKKI) Puan Mar ianah Binti Othman, Timbalan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat & Inovasi (BKKI) Encik Ezli Kuang @ Kuang Haji Tujoh, Ketua Unit Pendidikan & Kesedaran Awam, BKKI Encik Mohd. Sazalee Bin Roslee, Staf Unit Media BKKI Ibu Pejabat, Jabatan Perhutanan Sabah. Staf / Petugas, Balai Pameran, Sandakan Memor ial Park. Pegawai Perhubungan Polis-Sekolah (PPS), IPD Sandakan / SK Sungai Manila, Sandakan. Pengurus, Syar ikat Pengangkutan Rahmat Hidaya, Sandakan. Semua Ibu Bapa / Penjaga Mur id peser ta lawatan 2023. Semua pihak yang ter libat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan program lawatan tersebut. Ter ima kasih… Jumpa lagi dalam program lawatan yang akan datang pada tahun depan (2024). SEKALUNG PENGHARGAAN Unit Kokurikulum SK Sungai Manila, Sandakan.
Sekian, Terima Kasih