The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BIL.4 BULETIN PERBARISAN SK SUNGAI MANILA 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KHAIRUDDIN BIN KHAIDIR KPM-Guru, 2023-10-31 23:35:02

BIL.4 BULETIN PERBARISAN SK SUNGAI MANILA 2023

BIL.4 BULETIN PERBARISAN SK SUNGAI MANILA 2023

IISSII KKAANNDDUUNNGGAANN INFO - P ENG ENA L AN & OBJ EKTIF INFO - P ENG ENA L AN 1 & OBJ EKTIF 2 J A W A T A N K U A S A (SI D A N G R E D A K SI ) B U LETI N P E R B A R IS A N J A W A T A N K U A S A (SI D A N G R E D A K SI ) B U LETI N P E R B A R IS A N K A T A A L U - A L U A N G U R U B ES A R K A T A A L U - A L U A N 3 G U R U B ES A R K A T A A L U - A L U A N g p k k o k u r i k u l um K A T A A L U - A L U A N 4 g p k k o k u r i k u l um 5 B E R IT A P E R B A R IS A N B E R IT A P E R B A R IS A N 6 8 10 p r o g r am L A TI H A N P E R B A R IS A N d i se k o l a h p r o g r am L A TI H A N P E R B A R IS A N d i se k o l a h sesi latihan perbarisan bersama anggota pga bat.20, beluran sesi latihan perbarisan bersama anggota pga bat.20, beluran pertandingan perbarisan kejohanan olahraga mss zon libaran pertandingan perbarisan kejohanan olahraga mss zon libaran


IISSII KKAANNDDUUNNGGAANN 12 13 18 16 17 21 p e n y a m p a i a n h a d i a h p e n y a m p a i a n h a d i a h p e r t a n d i n g a n p e r b a r is a n k e j o h a n a n mss d s a n d a k a n p e r t a n d i n g a n p e r b a r is a n k e j o h a n a n mss d s a n d a k a n p e n y a m p a i a n h a d i a h p e n y a m p a i a n h a d i a h j a r i n g a n & j a li n a n ( j & j ) j a r i n g a n & j a li n a n ( j & j ) k a n d i d s e k a l u n g p e n g h a r g a a n s e k a l u n g p e n g h a r g a a n


1 Melahirkan generasi murid SK Sungai Manila, Sandakan yang berkebolehan dan sembang dalam bidang akademik dan sukan. UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 03 02 01 Mewujudkan suasana gaya hidup sihat dalam kalangan murid-murid SK Sungai Manila, Sandakan. Memupukkan semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid. Pertandingan Perbarisan merupakan salah satu acara yang dipertandingkan semasa Kejohanan Sukan Olahraga diperingkat MSS Zon Libaran dan juga MSSD Sandakan pada setiap tahun. Pertandingan Perbarisan Peringkat Zon Libaran & MSSD ini memberikan peluang kepada murid-murid yang berminat dan berkebolehan untuk menyertai pertandingan tersebut. Disamping itu, melalui pertandingan ini juga dapat mencungkil dan mengasah bakat serta membantu memperkembangkan potensi individu murid dalam sukan yang diceburi.


2 PN. SALIHAH HIDAJAT GPK KOKURIKULUM EN. SALMAN ABDULLAH EN. JIBID SAMPAI PN. NURULJANNAH ABDULLAH JJAAWWAATTAANNKKUUAASSAA UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 GPK KURIKULUM GPK HAL EHWAL MURID GPK PETANG GURU BESAR EN. RABBUN HAJI ANGGARI PN. SALIHAH HIDAJAT PN. SHAMSURINAH MOHIDIN PENYELARAS PEN. PENYELARAS PN. FATMAWATI P ATTA C IK RASINAH MOHD J ASNI SETIAUSAHA AJK AJK AJK AJK PN.NUR ATIQAH ZAHIRAH ZAIHAN CIK NORUL HAZIERAH JUNAIDI PN. ROHA YU ZA INUDIN CIK ERNIWATI ABDUL RACHMAN SSIIDDAANNGG RREEDDAAKKSSII PPEERRBBAARRIISSAANN BBUULLEETTIINN


3 Salam Sabah Maju Jaya, Salam Sabah Hebat, Salam PPD Sandakan Pemangkin Transformasi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Ahli Jawatankuasa / Sidang Redaksi Buletin Perbarisan anjuran Unit Kokurikulum 2023 kerana memberikan ruang dan kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Buletin Perbarisan bagi tahun 2023. Sekalung perhargaan dan ucapan tahniah kepada semua Ahli Sidang Redaksi atas usaha dan inisiatif mendokumentasikan acara Perbarisan pada tahun ini dalam bentuk penerbitan buletin secara maya. Segala komitmen dan sumbangan yang diberikan oleh seluruh warga sekolah yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam penerbitan buletin ini, amatlah dihargai. Pada 12 Julai 2023 (Rabu), sekolah kita telah berjaya mendapat tempat Pertama dalam Pertandingan Perbarisan Zon Libaran. Sekolah kita juga berjaya mengekalkan kejuaraan dalam MSSD pada 3 Ogos 2023 ( Khamis) yang berlangsung di Kompleks Sukan Sandakan. Pada hemat saya, acara Perbarisan amat penting dan berfaedah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan serta pengalaman berharga yang tidak mungkin dapat diperolehi oleh muridmurid semasa di bilik darjah. Atas usaha dan komitmen yang tinggi dalam kalangan guru-guru dan seluruh staf SK Sungai Manila, selain sokongan padu dan kerjasama ibu bapa, maka Pasukan Perbarisan telah berjaya dengan cemerlang. Bagi pihak pentadbir sekolah, kerjasama ibu bapa dan beberapa agensi lain yang terlibat dengan kejayaan pasukan Perbarisan, adalah amat dihargai dan disanjung tinggi. Buletin seperti ini, bukan sahaja akan menjadi rujukan pada masa akan datang, malah ia merupakan dokumentasi penting, catatan sejarah dan kenangan manis serta ingatan bersama warga sekolah,khususnya yang terlibat secara langsung dengan acara tersebut. Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah dan juga semua murid agar terus berusaha dalam mencipta kejayaan dan kecemerlangan di SK Sungai Manila ini. Marilah kita bersama-sama membulatkan tekad dan berusaha gigih dalam usaha menciptakejayaan untuk anak-anak murid dan juga kemajuan sekolah keseluruhannya. Selamat maju jaya. Sekian, terima kasih. RABBUN BIN HAJI ANGGARI Guru Besar, SK Sungai Manila, Sandakan. KKAATTAA AALLUU AALLUUAANN GGUURRUU BBEESSAARR UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhdan Salam Sejahtera.


4 KKAATTAA AALLUU AALLUUAANN GGPPKK KKOOKKUURRIIKKUULLUUMM UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam sejahtera dan ‘Salam Perpaduan Melalui Kokurikulum’ serta Salam ‘Sukan Nadi ABC’. Marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi, di atas limpah kurnia-Nya, kita masihdiberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk kita bersama-sama berpadu tenaga bagi melaksana dan menjayakanpelbagai program atau aktiviti sukan dan kokurikulum bagi tahun 2023, sama ada yang dianjurkan oleh Unit KokurikulumSKSM, PPD Sandakan dan sebagainya. Bagi pihak Unit Kokurikulum SK Sungai Manila, saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaankepada pihak pentadbir, khasnya Guru Besar (Encik Rabbun Bin Haji Anggari) dan semua Guru Penolong Kanan (GPK) serta semua Ahli Sidang Redaksi Penerbitan Buletin Perbarisan SK Sungai Manila atas kerjasama padu dan komitmen yangtinggi untuk membantu merealisasikan penerbitan sulung buletin, khas untuk aktiviti atau acara perbarisan (kawadkaki). Subkomponen Pengurusan Kokurikulum berdasarkan Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Rendah KPM (2021) atauMalaysian School Governance (MySG) terdiri daripada enam (6) subkompnen, iaitu: (A) Pelaksanaan Kokurikulum, (B) RIMUP, (C) Pengurusan Kokurikulum Tambahan, (D) Lawatan, (E) Redaksi Sekolah, dan (F) Pengiktirafan, Penyertaandan Penganjuran. Merujuk kepada subkomponen (E) iaitu Redaksi Sekolah (m.s. 241), iaitu terdiri daripada lima (5) subkomponen kecil iaitu (E1) Tugas Umum, (E2) Majalah Sekolah, (E3) Penerbitan, (D) Bahan Digital/Maya, dan (E) Media Sosial. Dalam usaha merintis pemantapan pendokumentasian program atau aktiviti sekolah, selain memastikan penyediaanlaporan lengkap bagi setiap program/aktiviti yang dilaksanakan, Unit Kokurikulum & Sukan SK Sungai Manila, buat julung kalinya menerbitkan buletin khas untuk aktiviti perbarisan dalam bentuk e-Book atau bercetak. Sesungguhnya, penerbitan buletin ini amat penting untuk mendokumentasikan sesuatu aktiviti, programataukecemerlangan sekolah untuk tujuan rekod dan rujukan serta tatapan masa akan datang, melalui perkongsianinformasi dan penyebaran maklumat untuk warga sekolah dan juga masyarakat umum. Selain itu, ia juga bertujuanuntuk memberi penghargaan atas usaha gigih dan komitmen yang sangat tinggi dalam kalangan guru khasnya parajurulatih dan pegawai kontinjen serta ahli perbarisan (murid) seramai 33 orang. Usaha murniini juga selari dengan konsepmemasyarakatkan sekolah dalam konteks pendidikan, selaras dengan salah satu elemen penting dalam ProgramTransformasi Sekolah 2025 (TS25). Pihak sekolah, melalui Unit Kokurikulum dan Sukan memandang serius penglibatan murid dalamaktiviti perbarisankerana ia merupakan terjemahan daripada kemahiran asas kawad kaki melalui kegiatan Unit Beruniform (UB) di sekolahdan merupakan kemahiran penting yang perlu ada dalam konteks memenuhi keperluan kerjaya masa depan. Semoga penerbitan Buletin Perbarisan ini dapat merintis jalan ke arah penerbitan buletin yang lain untuk memaparkanhasrat dan komitmen pihak sekolah, ke arah kemenjadian murid dan kemajuan sekolah pada keseluruhannya. Bagi pihak Unit Kokurikulum, sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihakyang turut terlibat menjayakan penerbitan buletin ini, khasnya barisan pentadbir dan ahli Sidang Redaksi, semua gurudan AKP serta pihak PIBG SK Sungai Manila, Sandakan. Sekian, terima kasih. Selamat maju jaya dan ‘Salam Perpaduan Melalui Kokurikulum’. ENCIK SALMAN BIN ABDULLAH Penolong Kanan Kokurikulum, SK Sungai Manila, Sandakan.


BERITA PERBARISAN 5 12 JULAI & 3 OGOS, 2023 STADIUM KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN SK SUNGAI MANILA CIPTA SEJARAH ‘JUARA BERGANDA’ Kontinjen perbarisan SK Sungai Manila semasa MSSD Sandakan (atas) dan semasa MSS Zon Libaran (bawah). SANDAKAN: Kontinjen Perbarisan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manila melakar sejarah tersendiri apabila berjaya muncul ‘juara berganda’ dalam acara Pertandingan Perbarisan sempena Kejohanan Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Libaran dan MSSD Sandakan, 2023 yang berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Sandakan. Kejohanan Sukan Olahraga MSS Zon Libaran Kali Ke-16, 2023 yang melibatkan 17 buah sekolah, berlangsung pada 12 Julai 2023 (Rabu), manakala Kejohanan Sukan Olahraga MSSD Sandakan diadakn pada 1 – 3 Ogos 2023, membabitkan empat (4) zon iaitu MSS Zon Libaran, Zon Papat, Zon Elopura dan Zon Batu Sapi. Dalam pertandingan perbarisan MSS Zon Libaran, kontinjen SK Sungai Manila muncul johan menewaskan tiga kontinjen lain yang mengambil bahagian iaitu SK St. Monica (naib johan), SK Taman Rimba (tempat ketiga) dan SK Merpati, Sandakan. Beberapa sekolah lain yang sudahpun mengesahkan penyertaan telah menarik diri pada saat akhir, manakala sekolahsekolah yang lain tidak dapat menyertai pertandingan perbarisan itu ekoran pelbagai kekangan yang dihadapi. Oleh: Salman Abdullah (GPK Kokurikulum) Naib johan dimenangi kontinjen Zon Papat yang diwakili oleh SK St. Mary Labuk, manakala tempat ketiga dan keempat, masing-masing disandang oleh kontinjen Zon Elopura (SK St. Mary Convent) dan Zon Batu Sapi yang diwakili oleh SK Gas, Sandakan. Kontinjen SK Sungai Manila turut dipimpin oleh Cikgu/Ustazah Rasinah Mohd Jasni selaku pengurus pasukan, sambil dibantu oleh Cikgu Rohayu Zainudin, Ustazah Erniwati Abd. Rachman, Ustazah Shamsurinah Mohidin dan Cikgu Norul Hazierah Junaidi. Hasil kemenangan di peringkat Zon Libaran, SK Sungai Manila menerima hadiah berupa piala, sijil kemenangan dan wang tunai RM410.00, selain turut menerima hadiah berupa piala dan sijil kemenangan pada pertandingan perbarisan peringkat MSSD Sandakan. Dalam pada itu, pihak sekolah SK Sungai Manila telah mewujudkan jalinan dan jaringan (J&J) dengan pihak Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran yang berpengkalan di Batu 11, Jalan Labuk Sandakan sebagai ‘rakan kongsi pintar’ dalam konteks pendedahan dan latihan asas kawad kaki, khasnya dalam kalangan murid dan ahli perbarisan sekolah. Pihak sekolah melalui Unit Kokurikulum SK Sungai Manila berhasrat menjadikan acara perbarisan sebagai salah satu program utama di sekolah ke arah membentuk murid yang berdisiplin dan berkemahiran dalam aspek kawad kaki yang amat sinonim dengan kegiatan pasukan Unit Beruniform di sekolah, selain elemen penting sebagai nilai tambah untuk persediaan kerjaya masa depan. Dengan kemenangan menjuarai pertandingan di peringkat MSS Zon Libaran, kontinjen perbarisan SK Sungai Manila secara automatik dipilih mewakili Zon Libaran ke Pertandingan Perbarisan Antara Zon sempena Kejohanan Sukan Olahraga MSSD Sandakan. Kontinjen perbarisan SK Sungai Manila yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Cikgu Fatmawati Patta dan Cikgu Nur Atiqah Zahirah Zaihan mencipta sejarah ‘juara berganda’ dengan meraih 94 peratus (%) markah, di peringkat MSSD Sandakan.


6 UNIT KOKURIKULUM SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 Program Latihan Perbarisan Di Sekolah peringkat zon libaran


7 UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 Program Latihan Perbarisan Di Sekolah peringkat mssd sandakan


8 UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 Sesi Latihan Bersama Anggota Polis PGA PASUKAN GERAKAN AM (PGA) bat.20 libaran


9 UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 Sesi Latihan Bersama Anggota Polis PASUKAN GERAKAN AM (PGA) bat.20 libaran


10 UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 Pertandingan Perbarisan Zon Libaran kejohanan mss zon l ibaran


11 kejohanan mss zon l ibaran UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 Pertandingan Perbarisan Zon Libaran


12 kejohanan mss zon l ibaran UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 Penyampaian Hadiah Pertandingan Perbarisan


13 k e j o h a n a n ms s d s a n d a k a n UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 P e r t a n d i n g a n P e r b a r i s a n


14 k e j o h a n a n m s s d s a n d a k a n BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 P e r t a n d i n g a n P e r b a r i s a n UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN


15 UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 P e r t a n d i n g a n P e r b a r i s a n k e j o h a n a n m s s d s a n d a k a n


16 UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 k e j o h a n a n m s s d s a n d a k a n Penyampaian Hadiah Pertandingan Perbarisan


17 UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 JJAARRIINNGGAANN && JJAALLIINNAANN ((JJ&&JJ)) SMK Agama Tun Juhar, Sandakan (Sewaan Bas – Pengangkutan) Khidmat jurulatih kawad dari Batalion 20 PGA Beluran (Batu 11, Sandakan)


18 UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 KK AA NN DD II DD COMEL KAN SAYA! S A M P A I H A T I K A M U N D A K B A W A S A Y A B E R G A M B A R! ! U S A I B A G U S - B A G U S B A B A J U MU T U ! ! U I I I I T E N G O K K A M U K A M E R A T U T O L O N G ! ! T A N G A N S A Y A K E N A T A RI K . D I D E P A N N A N T I K O P U R A - P U R A J A T U H Y A ! !


19 UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 KK AA NN DD II DD S I G N O F ‘ P E A C E ’ S A B A R ! ! ! J A N G A N N A N G I S - N A N G I S L A G I . KENAPA TANGAN KAMU NDAK LURUS TU? KIRI . . .KANAN KIRI . . . KIRI . . .KANAN KIRI . . . H O RMA T K E K A N A N . . . . H O RMA T ! !


20 UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 KK AA NN DD II DD L E P A S N I B U A T B A G U S - B A G U S Y A ! ! I N A C T I O N ! ! 1 , 2 , 3 BA KASI LURUS DULU BARISAN KAMU! ! S I A P S E D I A U N T U K B E R G E R A K K E H A D A P A N ! MAU SALAM DULU SAMA ABANG POLIS!! DENGAR CAKAP CIKGU, JANGAN NAKALNAKAL YA!!!


21 Seluruh warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manila, Sandakan danAhli Jawatankuasa Pengurusan Kontinjen Perbarisan 2023 ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada: Encik Rabbun Bin Haji Anggari, Guru Besar, SK Sungai Manila, Sandakan. Encik Jibid Sampai (GPK Pentadbiran), Puan Nurul Jannah Abdullah (GPK HEM), Encik Salman Abdullah (GPK Kokurikulum), Puan Salihah Hidajat (GPK Petang), SK Sungai Manila, Sandakan. Barisan Jurulatih & Pengurusan Kontinjen Perbarisan SKSMPn. Fatmawati Patta, Pn. Nur Atiqah Zahirah Zaihan, Cik Rasinah Mohd. Jasni, Pn. Rohayu Zainudin, Cik Erniwati Abd. Rachman, Pn. Shamsurinah Mohidin & Cik Norul Hazierah Junaidi Encik Azis@Aziz Pani, YDP & AJK Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG), SK Sungai Manila, Sandakan. Pegawai & Anggota (yang terlibat), Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran. Pegawai Perhubungan Polis-Sekolah (PPS), IPD Sandakan / SK Sungai Manila, Sandakan. Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid peserta kontinjen perbarisan. Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kejayaan kontinjen perbarisan SK Sungai Manila, Sandakan, 2023. BULETIN PERBARISAN ZON LIBARAN & MSSD SANDAKAN 2023 Sekalung Penghargaaan UNIT KOKURIKULUM & SUKAN SK SG MANILA, SANDAKAN


Click to View FlipBook Version