The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peraduan buku skrap digital merdeka sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64 anjuran Pusat Sumber Sekolah SK Tg Puteri Resort.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadz560, 2021-09-06 03:25:24

Tokoh Pejuang Kemerdekaan Malaysia

Peraduan buku skrap digital merdeka sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64 anjuran Pusat Sumber Sekolah SK Tg Puteri Resort.

Keywords: Buku skrap digital merdeka

TOKOH PEJUANG
KEMERDEKAAN MALAYSIA

BUKU SKRAP DIGITAL MERDEKA

Nama : Nik Aida Najihah binti Nik Faiz Alzry
Kelas : 4 Anggerik
Sekolah : SK Tg Puteri Resort

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

• Dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan.
• Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
• Seorang pejuang kemerdekaan yang

berjiwa kental demi membebaskan
negara daripada cengkaman penjajah.

TUN DR. ISMAIL

• Beliau merupakan duta pertama dari
Malaysia ke Amerika Syarikat pada
tahun 1957.

• Salah seorang ahli rombongan ke
London bagi rundingan kemerdekaan
Tanah Melayu.

• Seorang yang sangat muhibah / tidak
rasis.

TUN H. S. LEE

• Tun H. S. Lee merupakan antara
tokoh yang terlibat dalam
mendapatkan kemerdekaan Tanah
Melayu.

• Terlibat dalam menubuhkan MCA.

• Bertanggungjawab memulakan
kerjasama antara kaum.

TUN V.T. SAMBANTHAN

• Tun V.T. Sambanthan pernah
memegang jawatan Presiden MIC.

• Beliau merupakan salah seorang yang
telah menandatangani Perjanjian
Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

• Bertanggungjawab dalam perpaduan
kaum India dan Melayu.

MAT SALLEH

• Mat Salleh merupakan pejuang yang
terkenal di Sabah.

• Beliau juga terkenal dengan sifat
kepahlawanan dan keberanian berperang.

• Membuat rundingan dengan pihak
British kerana perubahan yang
diwujudkan oleh British melanggar
tradisi penduduk tempatan.

HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

• Haji Abdul Rahman Limbong merupakan
seorang pejuang dan pendakwah yang
berasal dari Terengganu.

• Beliau mengajar ilmu agama kepada
masyarakat serta gemar mengembara
untuk mengembangkan syiar Islam.

• Beliau bangkit menentang campur
tangan British di Terengganu.

RENTAP

• Rentap adalah seorang pahlawan Iban yang
berasal dari Sarawak.

• Beliau digelar ‘Raja Darat’ dan pemimpin
orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai
Saribas.

• Beliau menentang pemerintahan keluarga
Brooke di Sarawak kerana menganggap
orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun.

MAT KILAU

• Mat kilau merupakan seorang pahlawan
Melayu yang berjuang menentang
penjajah di Pahang.

• Beliau berganding dengan Dato
Bahaman dan Tok Janggut memulakan
pemberontakan ke atas British
disebabkan dasar pungutan cukai yang
menindas orang tempatan oleh pihak
penjajah.

TERIMA KASIH
#KITAJAGAKITA
#STAYATHOME


Click to View FlipBook Version