LEPTOSPIROSIS ( Penyakit kencing tikus )
Penyakit kencing tikus
ﭬڽﺎﻛﻴﺖ ﻛﻨﭽﻴ ﺗﻴﻜﻮس
Leptospirosis
Leptospirose dibesarkan 200 ganda dangan mikroskop medan-gelap
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam
canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari ) merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang
berpunca daripada bakteria spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan
sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia. Penyakit ini pertama kali
digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan "penyakit jangkitan akut
dengan bengkak spleen (“splenomegaly”), penyakit kuning dan nephritis". Leptospira pertama kali
dilihat pada 1907 dari hirisan buah pinggang bedah siasat. Pada 1908, Inada dan Ito pertama kali
mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab dan pada 1916 menyedari kehadirannya pada tikus.
Sebanyak lebih kurang 13 genetik bakteria Leptospira berbeza boleh berjangkit pada manusia.
Ianya disebarkan melalui haiwan liar atau haiwan ternakan. Rodensia merupakan haiwan yang
biasa direkodkan menyebarkan bakteria ini, melalui permukaan atau air yang tercemar dengan air
kencing haiwan ini yang kemudiannya menyentuh di bahagian kulit, mata atau hidung. Dalam
negara dunia ketiga, penyakit ini biasanya tersebar di kalangan pekebun atau mereka yang kurang
memberi perhatian kepada kebersihan sekeliling.
Untuk membasmi penyakit ini, biasanya pemakaian peralatan perlindungan digunakan pada
mereka yang berdepan dengan haiwan yang berpotensi dijangkiti bakteria ini, atau membasuh di
bahagian yang terkena permukaan yang telah dicemari dengan bakteria ini atau mengurangkan
1
jumlah tikus di kawasan yang berkepadatan tinggi. Terdapat juga vaksin khas untuk haiwan untuk
membendung beberapa jenis Leptospira yang berpotensi mengurangkan risiko pembawaan
penyakit kepada manusia. Bagi manusia, terdapat beberapa vaksin yang digunakan bagi pesakit
yang diserang penyakit ini seperti doxycycline, penisilin, atau ceftriaxone.
Dianggarkan sejumlah tujuh hingga 10 juta manusia dijangkiti dengan penyakit kencing tikus
setiap tahun. Penyakit ini biasanya terjadi di kawasan beriklim tropika panas, namun begitu ianya
berpotensi untuk disebarkan di kawasan beriklim lain.
Punca
Mikrograf pengimbas electron sejumlah bacteria Leptospira sp. Di atas penapis polikarbon 0.1 µm.
Leptospirosis disebabkan oleh bakteria spirochaete yang dikenali sebagai Leptospira yang
sekurang-kurangnya terdapat dalam 5 serovar kepentingan di Amerika Syarikat dan Kanada
menyebabkan penyakit pada anjing (Icterohaemorrhagiae, Canicola, Pomona, Grippotyphosa, dan
Bratislava). Terdapat jangkitan jenis lain (yang jarang). Secara genetik organisma leptospira
berlainan boleh dikenal pasti secara serologi dan sebaliknya. Dengan itu, pertelingkahan wujud
berkenaan asas mengenal pasti jenis. Sistem serologi tradisi kelihatannya lebih berguna dari segi
diagnostik dan epidemiologi pada masa ini (yang mungkin berubah dengan pembangunan lanjut
dan perkembangan teknologi seperti PCR - polymerase chain reaction).
Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih
lembab. Sungguhpun tikus, dan mondok merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain
termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut
tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua. Anjing mungkin
menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang
dijangkit. Terdapat laporan "anjing rumah" dijangkiti leptospirosis kelihatannya kerana menjilat
kencing tikus yang dijangkiti yang memasuki rumah. Jenis habitat yang berkemungkinan
membawa bacteria berjangkit adalah tebing sungai berlumpur, terusan, longkang, dan kawasan
2
peliharaan ternakan berlumpur di mana terdapat laluan biasa bagi samaada mamalia liar atau
ladang. Terdapat kaitan langsung antara jumlah air hujan dan kejadian leptospirosis,
menjadikannya bermusim di kawasan serdahana dan sepanjang tahun di kawasan bercuaca tropika.
Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan
boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.
Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi
kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang
dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit. Penyakit ini tidak diketahui berjangkit dari
manusia ke manusia dan kes penyebaran bacteria pada mereka yang sedang sembuh amat jarang
bagi manusia. Leptospirosis biasa berlaku dikalangan peminat sukan air di kawasan tertentu kerana
lama berendam diketahui menggalakkan kemasukan bakteria. Peluncur dan pengayuh air berbuih
(“whitewater”) adalah berisiko tinggi di kawasan yang diketahui mempunyai bacteria, dan boleh
dijangkit dengan menelan air tercemar Leptospirosis, menyimbah air tercemar Leptospirosis pada
mata atau hidung, atau atau luka terdedah kepada air yang dijangkiti. Pekerjaan berisiko termasuk
veterinarian, pekerja penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, dan mereka yang bekerja di rumah
tinggal, pendayung juga kadang-kala diketahui turut dijangkiti penyakit tersebut.
Simptom
Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah symptom, dan sesetengah mereka
yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang symptom sama sekali. Leptospirosis
merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam,
sejuk, myalgia, sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa symptom
(“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati
(menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah
diagnosis kerana symptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh
lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk demam tinggi,
sakit kepala yang teruk, sejuk, sakit otot, dan muntah-muntah, dan mungkin termasuk demam
kuning, mata merah, sakit perut, cirit-birit, dan keradangan. Simptom bagi manusia hadir selepas
4–14 hari tempoh pengeraman.
Tempoh pengeraman (tempoh pendedahan kepada symptom pertama bagi haiwan antara 2 hingga
20 hari. Bagi anjing kerosakan hati dan buah pinggang merupakan paling biasa oleh leptospirosis.
Vaskulitis boleh berlaku, menyebabkan lebam/edema dan berkemungkinan pembekuan dalam salur
darah tersebar (disseminated intravascular coagulation -DIC). Myocarditis, pericarditis, meningitis,
dan uveitis juga turutan yang mungkin. Leptospirosis perlu disyaki dan dimasukkan sebagai
sebahagian diagnosis pembezaan sekiranaya mata putih bagi anjing kelihatan jaundice (walaupun
3
sedikit kekuningan). Ketiadaan jaundice tidak menyingkirkan kemungkinan leptospirosis
sepenuhnya, dan kehadirannya mungkin menunjukkan hepatitis atau pathologi hati lain dan
bukannya leptospirosis. Muntah-muntah, demam, hilang selera makan, kurang kencing, kencing
gelap atau perang luar biasa, dan lesu juga merupakan tanda-tanda penyakit.
Komplikasi
Komplikasi termasuk meningitis, kelesuan melampau, kehilangan pendengaran, masalah
pernafasan, azotemia, dan masalah buah pinggang (“renal interstitial tubular necrosis”, yang
menyebabkan kegagalan buah pinggang dan sering kali kegagalan hati (bentuk penyakit ini yang
teruk dikenali sebagai Penyakit Weil, sunggupun ia turut dikenali sebagai Sindrom Weil). masalah
kardiovaskular juga mungkin.
Diagnosis
Pengunaan teknik pewarna perak pada tisu buah pinggang, membongkar kehadiran bacteria
Leptospira.
Apabila dijangkiti mikrorganism boleh dijumpai dalam darah pada 7 hingga 10 hari permulaan
(memulakan tindak balas serologi yang boleh dikenalpasti) dan kemudiannya berpindah ke buah
pinggang. Selepas 7 hingga 10 hari mikrorganism boleh dijumpai dalam kencing segar. Selepas itu,
usaha diagnostik awal termasuk menguji contoh serum atau darah dengan panel jenis berlainan. Ia
juga mungkin bagi menternak mikroorganism dari darah, serum, kencing segar dan biopsy buah
pinggang segar. Ujian fungsi buah pinggang (Nitrogen Urea Darah dan creatinine) termasuk juga
bagi fungsi hati dijalankan. Yang terkemudian mendedahkan peningkatan serdahana transaminases.
Peningkatan sebentar aras aspartate aminotransferase (AST), alanine aminotransferase (ALT), dan
4
gamma-glutamyltransferase (GGT) adalah agak serdahana. Aras ini mungkin normal , malah bagi
kanak-kanak dengan jaundise.
Diagnosis perubatan bagi leptospirosis disahkan dengan ujian seperti Enzyme-Linked
Immunosorbent Assay (ELISA) dan PCR. Ujian serologi, MAT (microscopic agglutination test),
dianggap piwaian Emas bagi mendiagnosis leptospirosis. Oleh kerana satu panel besar leptospira
berbeza perlu di sub-ternak dengan kerap, satu proses yang memakan masa dan mahal, ia jarang
digunakan, terutama di negara membangun. Daftar diagnosis pembezaan bagi leptospirosis adalah
amat besar disebabkan simptom yang pelbagai. Bagi bentuk demam serdahana hingga amat teruk,
daftar iermasuk demam denggi dan demam hemorrhagik yang lain, hepatitis dari pelbagai etiologi,
virus meningitis, demam malaria dan demam kepialu. Bentuk ringan boleh dibezakan dari
influenza dan bentuk lain penyakit oleh virus. Ujian khusus perlu bagi diagnosis tepat bagi
leptospirosis. Di bawah keadaan capaian terhad (contoh., negara membangun) kepada cara
diagnostik khusus, perhatian perlu diberikan kepada anamnesis pesakit. Faktor seperti kawasan
kediaman, hubungan dengan air bertakung tercemar (mandian, berenang, bekerja di ladang banjir,
dll.) dan/atau sejarah perubatan tikus yang menyokong hipotesis leptospirosis dan bertindak
sebagai petunjuk bagi ujian khusus (sekiranya ada).
Leptospira boleh diternak menggunakan perantaraan Ellinghausen-McCullough-Johnson-Harris,
yang dieram pada 28 hingga 30 °C. Masa purata bagi positif adalah tiga minggu dengan maksima
tiga bulan. Ini menjadikan teknik kultur tidak berguna bagi tujuan diagnostik, tetaapi biasa
digunakan dalam penyelidikan.
Pencegahan
Doxycycline boleh digunakan bagi menghalang jangkitan bagi pengembara ke kawasan berisiko
tinggi.
Rawatan
Rawatan Leptospirosis merupakan proses agak rumit terdiri daripada dua komponen utama:
memendam agen penyebab dan melawan kemungkinan komplikasi. Dadah Aetiotropik adalah
antibiotik, seperti cefotaxime, doxycycline, penicilin, ampicillin, dan amoxicillin (doxycycline juga
boleh digunakan sebagai prophylaxis). Tidak terdapat vaksin manusia; vaksin haiwan hanya
terdapat bagi beberapa jenis strain, dan hanya berkesan bagi beberapa bulan. Dos ubat-ubatan bagi
manusia adalah seperti berikut: doxycycline 100 mg oral setiap 12 jam selama 1 minggu atau
penicilin 1–1.5 MU setiap 4 jam selama 1 minggu. Doxycycline 200–250 mg sekali seminggu
diberi sebagai prophylaxis. Bagi anjing, penicilin paling biasa digunakan bagi merawat fasa
5
leptospiremik (jangkitan pada darah), dan doxycycline digunakan bagi menyingkir keadaan
pembawa asymptomatik.
Langkah rawatan sokongan (terutama bagi kes teruk) termasuk detoxification dan normalisasi
keseimbangan hidro-elektrolytik. Larutan glukose dan garam mungkin diberikan; dialysis
digunakan bagi kes teruk. Peningkatan serum potassium adalah biasa dan jika kadar potassium
menjadi terlalu tinggi langkah khas perlu diambil. Aras serum phosphorus juga mungkin turut
meningkat sama kepada aras yang tidak dapat diterima akibat kegagalan buah pinggang. Rawatan
bagi hiperphosphatemia terdiri daripada merawat penyakit punca, dialysis sekiranya diperlukan,
atau menelan kalcium karbonate, hanya selepas memeriksa kadar serum kalsium (kedua aras
adalah berkait). Dos pemberian Corticosteroid dikurangkan secara beransur (contohnya.,
prednisolone bermula dari 30–60 mg) semasa 7–10 hari dicadangkan oleh sesetengah pakar dalam
kes dimana kesan pendarahan haemorrhagik teruk. Penjagaan organ khusus dan rawatan adalah
penting bagi kes buah pinggang, hati, atau pembabitan jantung.
Epidemiologi
Jangkitan tahunan berbeza dari 0.02 setiap 100,000 di cuaca sederhana sehingga 10 100 setiap
100,000 di kawasan tropika.
Sejarah
Leptospirosis dijangka sebagai punca epedemik dikalangan pribumi Amerika sepanjang persisiran
Massachusetts masa kini yang berlaku dengan ketibaan Pilgrims pada 1620 dan menghapuskan
kebanyakan penduduk pribumu. Cadangan sebelumnya termasuk wabak (“plague”), demam
kuning, cacar, influenza, demam campak, typhus, demam kepialu, trichinellosis, meningitis, dan
jangkitan syndemik oleh virus hepatitis B dengan agen delta. Tiada satupun yang bertepatan
dengan kesemua bukti seperti leptospirosis. Sungguhpun penyakit ini mungkin di bawa ke Dunia
Baru oleh orang-orang Eropah, penyebarannya juga dipengaruhi oleh aktiviti harian berisiko tinggi
oleh puak Pribumi Amerika. Hipotesis leptospirosis disokong dengan kejadian wabak moden yang
dikenal pasti sebagai leptospirosis teruk, sesetengahnya diikuti dengan kadar kematian yang tinggi
(Kepulauan Andaman pada akhir 1980-an, Filipina pada 2009, Ireland pada 2010).
Punca bagi epidemik ini kekal misteri, sementara wabak lain pada tempoh masa yang sama agak
jelas diketahui. Epidemik dianggap kejadian penting dalam sejarah Amerika kerana kegagalan
koloni Teluk Plymouth mungkin bererti kegagalan koloni British di Amerika Utara
Sebelum digambarkan oleh Weil pada 1886, penyakit ini dikenali sebagai demam kuning jaundice
berjangkit dan kemungkinan besar sama dengan penyakit Weil, atau icterik leptospirosis teruk.
6
Semasa kempen Mesir, tentera Napoleon mengalami apa yang kemungkinannya demam kuning
jaundice berjangkit. Demam kuning jaundice berjangkit berlaku dikalangan tentera semasa Perang
Saudara Amerika. Ia juga dilaporkan di kalangan tentera di Gallipoli dan medan pertempuran lain
semasa Perang Dunia Pertama, di mana keadaan lembab peperangan kubu parit menggalakkan
jangkitan. Istilah yang digunakan pada awal abad ke-20 bagi menggambarkan leptospirosis
termasuk denggi palsu Jawa, demam tujuh hari, demam musim luruh, penyakit Akiyama dan
demam paya. L icterohaemorrhagieae dikenal pasti sebagai agen agen penyebab dalam wabak
sebelum Perang Dunia Kedua di Jepun, di mana bercirikan demam kuning jaundice dan kadar
kematian yang tinggi.
7