The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSES-PROSES PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 KE ARAH TANAH MELAYU BERKERAJAAN SENDIRI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vthamutaranking04, 2020-10-25 10:38:01

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4

PROSES-PROSES PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 KE ARAH TANAH MELAYU BERKERAJAAN SENDIRI

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4

SMK PENGKALAN TAMAN PINJI MEWAH 31500
LAHAT PERAK

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

PERNYATAAN MASALAH

Penubuhan Malayan Union oleh British telah memperlihatkan reaksi yang pelbagai daripada
beberapa pihak. Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan disebabkan oleh reaksi orang
Melayu yang menentang Malayan Union.
Galurkan proses-proses pembentukan persekutuan Tanah Melayu 1948 ke arah Tanah Melayu
berkerajaan sendiri.
Nama pelajar : Thamutaran A/L Viwaygananthan
Nama guru : Pn. Zarina binti Abdullah

Tandatangan

…………………

1

PENDAHULUAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak-pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan kajian kes sejarah tingkatan 4
mengenai penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru sejarah
saya iaitu Pn. Zarina binti Abdullah yang telah banyak membantu saya menyiapkan kajian kes ini.
Beliau juga telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang proses membuat kerja
kursus ini. Kesabaran beliau amatlah saya hargai.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Viwayganantan
a/l Muniandy dan Saroja a/p Lognathan yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada
saya dalam menyiapkan kajian kes saya dan pelajaran saya keseluruhannya. Walaupun mereka
sentiasa sibuk, masa singkat yang berkualiti dengan idea-idea bernas banyak membantu saya untuk
menjalankan kajian ini.

2

1.0 PERNYATAAN MASALAH
Penubuhan Malayan Union oleh British telah memperlihatkan reaksi yang pelbagai daripada

beberapa pihak. Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan disebabkan oleh reaksi orang
Melayu yang menentang Malayan Union.
Galurkan proses-proses pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ke arah Tanah Melayu
berkerajaan sendiri.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian kes ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa objektif iaitu:

2.1 Saya dapat mengenal pasti reaksi penduduk tempatan yang menerima dan menentang

Malayan Union.

2.2 Saya dapat menerangkan latar belakang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
2.3 Saya dapat mengetahui proses-proses pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
2.4 Saya dapat menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi penubuhan Persekutuan Tanah

Melayu 1948.

2.5 Saya dapat menerangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
2.6 Saya dapat mengkaji kesan-kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
2.7 Saya dapat memberikan peranan generasi muda dalam mengekalkan kedaulatan negara.

3

3.0 KAEDAH LITERATUR

3.1 KAEDAH KAJIAN

Yang berikut merupakan beberapa kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk memudahkan
saya menyiapkan Kajian Kes Sejarah Tingkatan 4.

3.1.1 KAEDAH TEMU BUAL

Kaedah temu bual merupakan kaedah yang pertama saya gunakan. Saya menggunakan kaedah ini
kerana maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini salah satu sumber primer dalam bentuk
keterangan yang bersifat asli.

Untuk menjalankan kaedah ini saya telah membuat temu janji dengan Ahmad Fazwi Bin
Haji Ismail dan saya telah pergi ke rumah beliau untuk menemu bual.

Sebanyak 2 soalan telah saya kemukakan kepada Ahmad Fazwi Bin Haji
Ismail. Soalan-soalan yang saya kemukakan adalah seperti kesan jika pelajar tidak menerapkan
pengetahuan sejarah negara dan kesimpulan yang boleh disimpulkan.

3.1.2 KAEDAH MEDIA

Saya memilih kaedah ini sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul maklumat melalui sumber
sekunder. Melalui kaedah ini, saya memperolehi maklumat yang telah diolah dan ditafsir serta
dikemaskini oleh pakar-pakar yang berkenaan.

Untuk menjalankan kaedah ini, saya juga telah melayari Internet berkali-kali untuk merujuk
pelbagai laman sesawang. Melalui kaedah ini, saya telah mengetahui banyak maklumat berkenaan
tajuk kajian saya. Sebagai contoh, latar belakang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Saya juga dapat mengetahui proses-proses pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

3.1.3 KAEDAH BUKU

Saya telah membuat rujukan buku untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang
penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

4

Selain itu, proses-proses pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan menerangkan
faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu
1948 dan kesean-kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

4.0 PENGENALAN

4.1 PENUBUHAN MALAYAN UNION

Kekalahan British di Tanah Melayu atas campur tangan Jepun dalam tempoh yang singkat
menyedarkan British terhadap kelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang.
Akibat pada Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah ditubuhkan di London untuk
merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu selepas tamat perang nanti.
Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah meluluskan syor penyatuan politik Tanah Melayu yang
dikemukakan oleh MPU. Pada 10 Oktober 1945, Setiauaha Pejabat Tanah Jajahan British, George
Hall, telah mengumumkan parlimen mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikenali
sebagai Malayan Union (MU). Pada 11 Oktober 1945, Harold MacMichael dihantar ke Tanah
Melayu untuk mendapatkan tandatangan Sultan-sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Beliau
melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21 Disember 1945. Parlimen British telah
mengeluarkan “kertas putih” yang mengandungi cadangan-cadangan MU.

4.2 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini merupakan kejayaan orang-orang Melayu yang
menuntut Malayan Union dihapuskan dan mengembalikan semula kedaulatan Raja-raja Melayu. Ia
ditubuhkan pada 1 Februari 1948 oleh sembilan buah Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan
British Pulau Pinang dan Melaka.

Perjanjian Persekutuan telah digubal sejak Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuarat tersebut
telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.

Antara 1946 – 1948, 11 negeri ini membentuk tanah jajahan British yang dipanggil Malayan
Union. Disebabkan bantahan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Malayan Union
dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan
simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.

5

5.0 HASIL DAPATAN

5.1 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN YANG MENENTANG
MALAYAN UNION

Pelbagai reaksi penduduk Tanah Melayu muncul apabila Malayan Union diperkenalkan.
Kebanyakan daripada mereka menentang Malayan Union disebabakan oleh beberapa faktor.
Antaranya :

1. Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja Melayu
bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union
seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah.

2. Kebanyakan sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat
Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.

3. Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada
British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.

Bagi orang Melayu, keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk British membuat
pembaharuan politik. Orang Melayu secara prinsipnya menentang penghakisan kuasa Raja-Raja
Melayu dalam Malayan Union. Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
tanpa sebarang kuasa. Mereka juga kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.
Walaupun mereka masih membincangkan soal agama Islam tetapi zakat fitrah dipungut di bawah
nama Gabenor Malayan Union. Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan sultan sebelum ini
yang merupakan ketua agama Islam. Justeru, orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.

Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang juga ditolak oleh orang Melayu. Dasar
terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi. Jumlah
orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang manakala ekonomi dan
pendidikan mereka akan bertambah mundur.

Orang Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan
Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka. Bagi mereka, pengenalan Malayan Union akan
menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut. Lantaran itu kebanyakkan orang
Melayu menentang Malayan Union dengan mengadakan demontrasi secara besar-besaran.

6

5.2 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN YANG MENERIMA MALAYAN
UNION

Golongan yang menyokong Malayan Union adalah :

● Disokong sekumpulan kecil orang Melayu yang radikal dan golongan imigram
● Antara golongan radikal Melayu

○ PKMM – Parti Kebaangsaan Melayu Malay
○ PKMM ditubuhkan Oktober 1945 oleh PKM di Ipoh & Presiden pertamanya ialah

Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejiman 10 Melayu, PKM
○ API – Amgkatan Pemuda Insaf
○ AWAS – Angkatan Wanita Sedar
○ BATAS – Barisan Tani Malaya

Alasan sokongan ;

a) Malayan Union akan menyatukan sistam pentadbiran Tanah Melayu.
b) Malayan Union melahirkan pentadbiran baru dan tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar
Melayu.
c) Menyokong kerakyatan terbuka.
d) Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu.
e) Percaya dengan janji British akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Bagaimanapun, terdapat juga sebahagian kecil yang menyokong Malayan Union antaranya
termasuklah orang dagang dan golongan Melayu radikal. Mereka bersetuju dengan dasar
menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran.
Mereka juga menyokong dasar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak
perlindungan kepada orang Melayu. Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong
kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing. Mereka juga mempercayai
janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, British
perlu menjajah Tanah Melayu sebelum proses berkerajaan sendiri dilaksanakan dan kemerdekaan
diberikan. Janji ini merupakan harapan semua parti dan persatuan yang menyokong Malayan
Union.

Malayan Union disokong oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) kerana
pemerintahannya bersifat Barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf
kuasa raja dan pembesar Melayu. Justeru, konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan
dan seterusnya konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan.

7

Ekoran itu juga konsep Malayan Union mendapat sokongan daripada Angkatan Pemuda Insaf
(API) pimpinan Ahmad Boestaman, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya
(BATAS).

Penyatuan pentadbiran agama Islam dalam Malayan Union disokong oleh PKMM kerana hal
ehwal pentadbiran Islam dipermudah. Terdapat juga pegawai tadbir Melayu yang menyokong
Malayan Union dengan alasan British merupakan kuasa besar dan mempunyai kecekapan untuk
membangunkan Tanah Melayu.

6.0 LATAR BELAKANG PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU 1948

Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan
dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21 Januari
1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini
dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut
terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948.
Berikutan perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis
Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang.
Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kuasa veto (pembatal) untuk menghalang rang
undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor
dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun
1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.
 
- Pada 25 Julai 1946 Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan
- Dianggotai pegawai kanan British, wakil raja-raja Melayu & wakil UMNO
- Perbincangan rasmi diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur
- Beberapa tuntutan dikemukakan, antaranya;

1.

1. Raja-raja Melayu & orang Melayu menolak semua prinsip & struktur Malayan Union.
2. Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
3. Mereka menolak kerakyatan jus soli.
4. Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula.
5. Mendesak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri-negeri Melayu.

8

7.0 PROSES-PROSES PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU 1948

7.1 FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU 1948

1. Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union

Orang Melayu telah bantah Malayan Union di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar secara tegas.
Mereka telah adakan demonstrasi serta hantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah
Jajahan di London.

2. Perpaduan orang Melayu daripada semua golongan

Perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan Raja-raja Melayu telah wujud sehingga berjaya atasi
pihak lain yang sokong Malayan Union. Keupayaan orang Melayu pujuk dan desak British untuk
hidupkan dasar perlindungan semula telah bantu mereka tolak Malayan Union.

3.Sokongan bekas pegawai British

Sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Swettenham,
Winstedt , Maxwell dan Clementi. Pegawai-pegawai British ini telah tolak dasar penjajahan British
ke atas Tanah Melayu.

4. Sokongan pegawai tinggi British

Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm Mac Donald, Sir Edward Gent, dan
L.D. Gammans turut sama bantu gagalkan Malayan Union dan digantikan dengan Persekutuan
Tanah Melayu 1948.

5. Sikap politik orang Melayu yang sederhana

Sikap politik sederhana orang Melayu telah dorong British mulakan rundingan bagi cari jalan
penyelesaian. Orang Melayu hanya bertindak dengan tulis rencana dalam akhbar, berdemonstrasi,
berkongres, dan pujuk Raja-raja Melayu supaya pulaukan Malayan Union. Penentangan orang
Melayu terhadap Malayan Union tidak dengan cara kekerasan seperti angkat senjata seperti yang
dibuat oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

6. UMNO tidak menuntut kemerdekaan

9

UMNO dan Raja-raja Melayu menuntut diadakan rundingan kerana tidak bersetuju dengan
pelaksanaan Malayan Union tetapi mereka tidak tuntut kemerdekaan daripada British. Faktor inilah
menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. British bimbang
orang Melayu akan terpengaruh oleh perjuangan parti politik radikal seperti KMM, API, AWAS,
dan BATAS yang mendapat pengaruh gerakan politik radikal dari Indonesia.

7. Gesaan Piagam Atlantik 1945

Piagam Atlantik dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1945 iaitu selepas tamatnya
Perang Dunia Kedua.

a) Piagam ini tidak galakkan penjajahan baru.
b) Meminta negara-negara kolonial berikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.
c) Pembentukan PTM 1948 selaras dengan hasrat Piagam tersebut.

7.2 CIRI-CIRI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Jawatankuasa Kerja mengambil masa lima bulan untuk menyelesaikan kerja merangka Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pada 20 November 1946, rangka Perjanjian Persekutuan
tersebut dibentangkan dalam persidangan yang dihadiri oleh Raja-raja Melayu, wakil British dan
UMNO. Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, antaranya termasuklah pentadbiran,
kuasa Raja-raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu.

1. Pentadbiran

● Persekutuan dibentuk menerusi gabungan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah
Negeri-negeri Selat.

● Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang berasingan.
● Kerajaan Persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai

kuasa eksekutif.
● Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam hal kewangan serta hal lain yang

mempunyai kepentingan bersama.
● Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan bagi

membantu Pesuruhjaya Tinggi British.
● Majlis Mesyuarat Persekutuan mengandungi ahli rasmi dan ahli tidak rasmi.
● Ahli tidak rasmi pada peringkat permulaan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.
● Ahli Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada pelbagai kaum.

10

2. Kuasa Raja-raja Melayu

● Sebuah Majlis Raja-Raja dibentuk untuk membolehkan Raja-raja Melayu memberikan
pandangan dalam perkara yang tertentu.

● Bagi peringkat negeri pula, sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang
yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri.

3. Perundangan

● Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi. Bidang kuasa Majlis
Perundangan Persekutuan mencakupi hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman,
perdagangan, komunikasi dan percukaian.

● Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu melalui Majlis
Raja-Raja.

4. Kewarganegaraan

Kewarganegaraan Secara Kuat Kuasa Undang-undang

● Jus soli hanya terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British.
● Pemohon yang lahir di luar negeri ayahnya mestilah rakyat Raja dan rakyat British.
● Penduduk asal dari negeri Melayu yang lahir sebelum, semasa atau selepas tarikh

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
● Rakyat Raja dan mereka yang telah serasi, memahami adat resam dan bertutur bahasa

setempat (naturalised) boleh memohon melalui mana-mana undang-undang yang
dikuatkuasakan.

Kewarganegaraan Secara Pendaftaran

● Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu dan bermastautin selama 15
tahun daripada tempoh 20 tahun dari hari permohonannya.

● Seseorang itu juga perlu mempunyai tingkah laku yang baik, tiada rekod jenayah,
menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bersetuju taat setia kepada
Persekutuan Tanah Melayu.

11

7.3 KESAN-KESAN PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1948

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu
seperti sebelum perang, menjaga kedudukan istimewa orang Melayu, membuka ruang
kewarganegaraan dan mewujudkan perpaduan kaum di negara kita.

Mengembalikan Kedudukan Raja-raja Melayu

- Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu semula.
- Majlis Raja-Raja diwujudkan melalui peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

1948. Majlis ini dipengerusikan oleh seorang daripada Raja-raja Melayu. Keanggotaannya
terdiri daripada sembilan orang Raja Melayu.
- Pesuruhjaya Tinggi memastikan bahawa raja perlu dirujuk terhadap perkara dalam bidang
kuasa kerajaan Persekutuan.

Menjaga Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Pembentukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengiktiraf kedudukan istimewa orang
Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Membuka Ruang Kewarganegaraan

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka ruang kepada orang bukan Melayu
menjadi warganegara. Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal yang diberikan kedudukan
istimewa.

Mewujudkan Kerjasama Kaum

- Kerjasama kaum penting dalam usaha memupuk perpaduan.
- Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka jalan ke arah perpaduan dan kerjasama antara

kaum melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities
Liaison Committee (CLC).
- Kebanyakan cadangan CLC dimasukkan ke dalam usul perundangan yang diluluskan oleh
Majlis Perundangan Persekutuan.
- Jawatankuasa ini berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.

12

8.0 PERANAN GENERASI MUDA BAGI MENGEKALKAN
KEDAULATAN NEGARA

Kedaulatan penting bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan. Rakyat dapat hidup
dengan tidak diganggu, hak individu dihormati dan tidak dicabuli, bebas memilih cara hidup, tidak
dizalimi, bebas memberi pendapat, bebas beragama dan berpersatuan,bebas bergerak dan
minikmati kehidupan yang aman dan selesa. Oleh itu, pentingnya kedaulatan itu dalam sesebuah
negara.

Berikut adalah peranan generasi muda bagi mengekalkan kedaulatan negara.

● Remaja sepatutnya tidak melupakan pengorbanan generasi terdahulu dalam
memperjuangkan kemerdekaan negara ini selepas dijajah lebih dari 500 tahun.

● Remaja perlu menghayati sejarah perjuangan bangsa agar dapat memupuk semangat cinta
akan negara yang tidak bertepi.

● Remaja mesti belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang berguna hingga boleh
memberi khidmat dan sumbangan kepada negara.

● Remaja sepatutnya menjadi benteng pertahanan negara.
● Remaja mestilah komited menzahirkan sumbangan tenaga, kepakaran untuk negara pada

bila-bila masa.
● Remaja sewajarnya bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

dengan memberikan bantuan kepada golongan miskin, orang tua, anak-anak yatim, OKU
dan sebagainya.
● Remaja seharusnya menggalas tanggungjawab membangunkan negara dengan penuh
kecekapan dan berintegriti.
● Remaja semestinya menjauhi aktiviti-aktiviti negatif yang boleh merencatkan
perkembangan kemajuan negara.
● Remaja mestilah bersungguh-sungguh mendalami hal-hal keagamaan agar menjadi insan
yang memiliki sahsiah yang terpuji dan mapan.
● Remaja perlu belajar dan bersedia mengambil alih tampuk pemerintahan negara apabila tiba
masanya.
● Remaja mestilah memiliki matlamat hidup yang jelas.
● Remaja hendaklah sentiasa menyokong dasar kerajaan yang jelas membawa kebaikan
kepada semua.

13

9.0 KESAN SEKIRANYA PELAJAR TIDAK MENERAPKAN
PENGETAHUAN SEJARAH MALAYSIA

Mata pelajaran Sejarah sering dikatakan susah oleh para pelajar pada masa ini. Mereka tidak
memahami bahawa Sejarah amat penting untuk masa depan negara. Kesannya, generasi muda
yang diharapkan menjadi pewaris masa depan dikatakan mempunyai pengetahuan yang amat cetek
mengenai negara sendiri, lantaran kurang minat terhadap menghayati sejarah tanah air.
 
Jadi, mereka yang gagal untuk mempelajari sejarah mereka dan pasti mengulangi kesilapan orang
kita pada masa dahulu. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia khususnya anak muda harus mengetahui
latar belakang negara kita dan pembentukan negara Malaysia itu sendiri kerana ini merupakan
sejarah negara kita.

Kesan yang utama ialah sejarah tidak dapat menjadi iktibar kepada kita dan akan
menyebabkan kita melakukan kesalahan yang pernah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu.
Hal ini dikatakan demikian kerana mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan
mengulangnya dan membawa kepada kejatuhan negara. Menurut saranan ahli falsafah, mereka
yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya. Kesilapan orang terdahulu sewajarnya diambil
berat dan bukannya dipandang enteng sahaja kerana natijahnya amat menyedihkan kita. Buktinya,
pada zaman pendudukan Jepun, orang kita terdahulu hidup terseksa dan dibunuh tanpa belas
kasihan akibat mempercayai janji palsu Jepun.

Selain itu, rasa patriotisme tidak ditimbulkan dalam kalangan pelajar. Jika kita lihat
keadaan pada hari ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah
bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah. Akibat daripada itu, semangat
patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat kita terutamanya golongan pelajar. Sambutan
hari kemerdekaan juga sering tidak diendahkan oleh para pelajar hari ini kerana mereka
menganggap sambutan itu tidak mendatangkan apa-apa faedah sedangkan sambutan itu wajib
diadakan untuk menghargai jasa-jasa pejuang tanah air..

Kesan seterusnya ialah generasi sukar dapat menyedari kepentingan perpaduan kaum.
Hal ini dikatakan demikian kerana kestabilan negara bergantung pada perpaduan masyarakat.
Negara kita ibarat pokok dan rakyat ibarat akar, pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar begitu
juga negara kita. Jika rakyat tidak bersatu padu, negara kita akan tidak aman dan stabil. Dengan
itu, perpaduan tidak dapat dikekalkan. Negara kita pernah mencatatkan sejarah hitam selepas
merdeka iaitu tragedi persalahfahaman antara kaum pada 13 Mei 1969.

14

Tragedi ini meragut banyak nyawa dan perpaduan negara itu ibarat telur di hujung tanduk, Selepas
terjadinya peristiwa hitam ini, kita mestilah sentiasa memastikan bahawa antara kaum dipelihara
agar tragedi tidak berulang kembali.

Di samping itu, kurang penerapan pengetahuan sejarah juga tidak mewujudkan jati diri
dalam kalangan generasi muda. Sejarah mendedahkan ketinggian peradaban dan tamadun nenek
moyang kita. Dengan ini pelajar tidak dapat melihat ketinggian nilai seni, adat resam, dan
pemikiran mereka. Mereka turut tidak sedar dan menghargai warisan bangsa sendiri. Natijahnya,
golongan muda menghilangkan identiti diri dan kemunkinan akan mengagung-agungkan budaya
Barat.

10.0 RUMUSAN

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 membawa kesan besar terhadap kemerdekaan negara
yang membentuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Selain itu, perjuangan pemimpin
dalam usaha membentuk pertubuhan dan kesatuan membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab
dalam kalangan rakyat untuk mewujudkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Kewujudan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang berjaya juga mengembalikan
kedudukan dan maruah Raja-raja Melayu dapat menyemai rasa bangga dalam diri setiap rakyat di
negara ini.

Iktibar pada diri dan keluarga, saya dapat mempelajari sebagai ahli dalam keluarga, semangat
patriotisme hendaklah disemai dari kecil agar dapat melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan
cinta akan negara.

Iktibar pada bangsa dan negara, persepakatan dalam masyarakat pelbagai kaum, budaya dan
agama menjadi teras utama bagi menjamin kesejahteraan masyarakat serta mengukuhkan
peradaban bangsa dan negara.

Harapan pada masa akan datang, saya berharap negara kita terus aman, stabil dan maju dalam
semua sektor dan perpaduan utuh tanpa diracuni anasir luar.

15

LAMPIRAN

SUMBER RUJUKAN

1. BUKU

TAJUK : BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 4

NAMA PENULIS : Ridzuan bin Hasan

Sharifah Afidah binti Syed Hamid
Muslimin bin Fadzil
Subramaniam a/l Raman

TAHUN TERBIT : 2019

PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA LUMPUR (DBP)

2. INTERNET

saifulazmijusoh.blogspot.com/2012/04/penubuhan-malayan-union.html

https://pekhabar.com/h-i-d-s-persekutuan-tanah-melayu-ditubuhkan/
https://cft1093pecha.wordpress.com/reaksi-malayan-union-1946/

zurain.blogspot.com/2017/07/peranan-remaja-dalam-menghargai-dan.html

3. ORANG SUMBER

NAMA : Ahmad Fazwi Bin Haji Ismail
UMUR : 36
ALAMAT : No. 4 Persiaran Desa Pinji Utara 11,

Taman Desa Pinji, 31500 Lahat Perak

16

TEMU BUAL
SAYA : Selamat petang Encik Ahmad.
ENCIK AHMAD : Ya, selamat petang.
SAYA : Encik Ahmad, jika tidak keberatan saya ingin bertanyakan soalan untuk kajian kes

sejarah saya?

ENCIK AHMAD : Ya boleh sahaja.
SAYA : Baiklah saya ingin bertanyakan soalan apakah pandangan Encik Ahmad jika pelajar

tidak menerapkan pengetahuan sejarah negara?

ENCIK AHMAD : Baiklah begini ya, pada pendapat saya sebagai pegawai polis yang telah

lama berkhidmat untuk negara merasakan bahawa remaja pada masa kini sebenarnya semakin
hilang semangat patriotik, mereka menganggap sejarah negara kita sebagai perkara yang tidak
penting. Saya merasakan identiti mereka akan hilang ditelan zaman sekiranya mereka tidak
menerapkan pengetahuan sejarah negara kita.

SAYA : Baiklah, apakah kesimpulan yang Encik Ahmad dapat disimpulkan?
ENCIK AHMAD : Kita haruslah sentiasa pelajari sejarah negara kita agar tidak mengulangi

kesilapan yang sama.

17

18

Tandatangan guru
…………………………

( Pn. Zarina binti Abdullah )
MARKAH :

19


Click to View FlipBook Version