The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bea0094, 2022-06-15 04:01:14

DOKUMENTASI PROGRAM 2022

DOKUMENTASI PROGRAM 2022

Laporan Dokumentasi

MAJLIS HARI GURU
“Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”

RIANG RIA RAYA

Majlis Junjungan Budi
Jambangan Kasih

Pn Norjahan binti Karamdad

17 Mei 2022
SMK Tengku Ampuan Jemaah

LOG LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM

TARIKH 17 MEI 2022 / SELASA
MASA 7.30 PAGI – 10.00 PAGI

PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

TEMPAT DATARAN HARMONI, SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH

ANJURAN KELAB KEBAJIKAN STAF

PENGENALAN Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengenang
jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak
bangsa. Pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga
Negara yang berjaya dalam hidup seterusnya mampu membangunkan
Negara Malaysia yang Berjaya. Tema Hari Guru pada tahun ini iaitu
“Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”. Bagi meraikan dan membalas
jasa guru-guru, KKS turut tidak ketinggalan untuk mengadakan
sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 17 Mei 2022.

OBJEKTIF 1. Meraikan guru-guru sempena sambutan Hari Guru
2. Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang telah
TEMA
CATATAN mencurahkan bakti mendidik murid-murid.

3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan murid
4. Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dan murid.

“GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA”

LAPORAN DOKUMENTASI SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2022
SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH

Pada hari Selasa (17 Mei 2022), SMK Tengku Ampuan Jemaah telah
mengadakan majlis sambutan Hari Guru. Semua murid dan guru telah
berkumpul di Dataran Harmoni pada jam 7.30 pagi. Tetamu jemputan
yang hadir ialah YDP PIBG En Zainol Abidin bin Abu Hasan dan AJK
PIBG. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku,
lagu Selangor dan lagu Sekolah. Seterusnya, majlis diteruskan

KEKUATAN dengan ucapan oleh En Saidin bin Ahmad yang telah membacakan
KELEMAHAN Perutusan Hari Guru daripada Menteri Pendidikan. Bacaan Perutusan
Disediakan oleh Hari Guru daripada Pengarah Pendidikan dibaca oleh En Kamala
Nathan a/l Subbarayan.

Seterusnya ucapan daripada Yang Dipertua PIBG En Zainol Abidin bin
Abu Hasan. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada
Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn Siti Salmiah binti Mahfudz.
Majlis turut diserikan dengan acara memotong kek hari guru serta
nyanyian lagu dan ikrar guru yang dibacakan oleh En Mohd Azuan
Azmir bin Abdullah Sani.

Majlis kemudian diteruskan dengan pemberian cenderamata daripada
KKS dan badan pengawas kepada semua guru. Majlis diserikan lagi
dengan persembahan daripada Pn Aisha Rafiza binti Mohd Ridzuan
dan persembahan daripada murid. Persembahan berjalan dengan
lancar dan meriah sekali.

Seterusnya, penyampaian Anugerah Guru sebanyak 10 kategori dipilih
berdasarkan keputusan undian murid. Penyampaian Anugerah Murid
TS25 turut diberikan pada hari tersebut. Seramai 15 orang murid telah
menerima. Ini kerana murid-murid tersebut telah membantu dalam
menjayakan pameran TS25.

Sambutan yang menggalakkan daripada murid dan wakil PIBG yang
hadir ke sekolah untuk bersama-sama meraikan sambutan hari guru
pada kali ini.

Acara pertandingan dan sukaneka tidak dapat dijalankan berikutan
masa yang terhad.

Disemak oleh

Disahkan oleh

MAJLIS HARI GURU
GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA”





LOG LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM

TARIKH 17 MEI 2022 / SELASA
MASA 10.00 PAGI – 11.30 PAGI

PROGRAM MAJLIS PERSARAAN (PN NORJAHAN BINTI KARAMDAD)

TEMPAT DATARAN HARMONI, SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH

ANJURAN KELAB KEBAJIKAN STAF

PENGENALAN Detik persaraan merupakan hari bersejarah dalam diari kehidupan
seorang penjawat awam terutama bagi guru-guru yang penuh dedikasi
iaitu Pn Norjahan binti Karamdad. Beliau telah bersara wajib pada 1
Mei 2022 dan telah berkhidmat selama 35 tahun. Oleh yang demikian,
sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan beliau, pihak sekolah
di bawah anjuran Kelab Kebajikan Staf mengambil inisiatif untuk
mengadakan Majlis Junjungan Budi, Jambangan Kasih.

OBJEKTIF 1. Menyanjung budi dan mengenang jasa guru-guru dalam
perkhidmatan.
TEMA
CATATAN 2. Mewujudkan keakraban dan semangat kekeluargaan di kalangan
warga SMK Tengku Ampuan Jemaah.

“MAJLIS JUNJUNGAN BUDI, JAMBANGAN KASIH”

LAPORAN DOKUMENTASI MAJLIS PERSARAAN SMK TENGKU
AMPUAN JEMAAH

Pada hari Selasa (17 Mei 2022), SMK Tengku Ampuan Jemaah telah
mengadakan majlis persaraan pada jam 10 pagi di Dataran Harmoni.
Majlis dimulai dengan kata alu-aluan oleh Pengerusi Majlis dan bacaan
doa oleh Ustaz Muhammad Farid bin Ngadimek. Seterusnya, majlis
diteruskan dengan ucapan Pengerusi KKS iaitu Pn Azma Azniza binti
Azan Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Pengetua
iaitu En Shukri bin Zakaria. Majlis turut diserikan dengan
persembahan khas insan dirai seterusnya ucapan daripada Pn
Norjahan binti Karamdad. Upacara memotong kek persaraan
diadakan bagi meraikan beliau. Penyampaian hadiah daripada

KEKUATAN unit-unit khas diberikan kepada Pn Norjahan binti Karamdad sebagai
KELEMAHAN tanda penghargaan.

Majlis persaraan diakhiri dengan lambaian kasih oleh guru-guru dan
murid sebagai tanda perpisahan.

Sambutan yang menggalakkan daripada murid dan wakil PIBG yang
hadir ke sekolah untuk bersama-sama meraikan majlis persaraan ini.

Masa yang terhad kerana terdapat 3 majlis pada hari tersebut.

Disediakan oleh Disemak oleh

Disahkan oleh

MAJLIS “JUNJUNGAN BUDI JAMBANGAN KASIH”
PUAN NORJAHAN BINTI KARAMDAD



LOG LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM
LOG LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM

TARIKH LOG LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM
MASA
PROGRAM 17 MEI 2022 / SELASA
TEMPAT
ANJURAN 11.30 PAGI – 12.30 PAGI
TUJUAN
JAMUAN MAKAN HARI RAYA AIDILFITRI
OBJEKTIF
KANTIN, SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH
TEMA
CATATAN KELAB KEBAJIKAN STAF
KEKUATAN
KELEMAHAN Program ini diadakan bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri
pada bulan syawal di samping dapat mengeratkan hubungan warga
sekolah.

1. Menghayati bulan kebesaran Islam.
2. Mewujudkan kerjasama antara murid dan guru.
3. Memberi ruang kepada semua warga sekolah berkongsi

kegembiraan suasana hari raya dalam semua peringkat.
4. Mengeratkan hubungan silatuhrahim di antara satu sama lain.
“RIANG RIA RAYA”

Majlis dimulakan pada jam 11.30 pagi. Jamuan makan disediakan
untuk murid dan guru. Majlis jamuan makan berakhir kira-kira jam
12.30 tengahari.

Sambutan yang menggalakkan daripada murid dan wakil PIBG yang
hadir ke sekolah untuk bersama-sama meraikan majlis jamuan Hari
Raya Aidilfitri ini.

Masa yang terhad kerana terdapat 3 majlis pada hari tersebut.

Disediakan oleh Disemak oleh

Disahkan oleh

MAJLIS HARI RAYA
“RIANG RIA RAYA”




Click to View FlipBook Version