The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-11079613, 2021-06-18 18:53:35

bahagian c t4

bahagian c t4

No item 10(a) 10(b) 10(c) 10(d) 10(e)
Konstruk OP2 OP3 OP3 OP4 OP3
Konteks 1.1.2 1.1.4 2.2.3 2.1.5 1.2.1
Aras
S S S T T

Bahagian C
[ 20 markah]
Soalan ini wajib dijawab

10. Cik Alia merupakan seorang pelajar lepasan ijazah dalam bidang fesyen. Beliau telah
memulakan Perniagaan Jemariku di Changlun, Kedah dengan modal permulaan
sebanyak RM35 000 daripada simpanan peribadi dan pinjaman daripada ayahnya.
Beliau dibantu oleh 2 orang pekerja dalam urusan menjahit tempahan. Setelah dua
tahun beroperasi, perniagaannya semakin berkembang apabila Cik Alia menerima
tempahan daripada pelanggan di sekitar Alor Setar dan Sungai Petani.

Namun begitu, Cik Alia berasa tidak senang dengan kehadiran perniagaan atas talian
yang menarik corak pembelian pelanggannya. Tambahan pula, mereka menawarkan
pilihan pakaian mengikut citarasa terkini. Beliau merasakan aktiviti pemasarannya
perlu dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi maklumat.

Bagi memastikan perniagaannya kekal dalam pasaran, Cik Alia telah menggunakan
titik pulang modal sebagai gambaran asas perjalanan operasi perniagaannya. Berikut
merupakan maklumat kos pengeluaran dalam setahun

Perkara Harga
Kos tetap RM 14 000
Kos berubah seunit
Harga jualan per unit RM 5
RM 15

Encik Hashim, ayah kepada Cik Alia mencadangkan kemahiran pekerja perlu
dipelbagaikan agar hasil tempahan pakaian dapat dikembangkan seiring dengan
permintaan semasa. Cik Alia mempertimbangkan cadangan tersebut dan bersetuju
meminta bantuan daripada agensi kerajaan demi memantapkan produktivti jahitan
pakaiannya.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut :

(a) Apakah bentuk pemilikan perniagaan yang dijalankan oleh Cik Alia. Kemukakan

alasan [4 markah]

(b) Huraikan sektor dan skala perniagaan yang dijalankan oleh Cik Alia. [6 markah]

(c) Bagaimanakah aplikasi penggunaan teknologi maklumat dapat membantu

Perniagaan Jemariku. [3 markah]

(d) Hitungkan titik pulang modal Perniagaan Jemariku dalam bentuk unit dan hasil.
[4 markah]

(e) Cadangkan agensi kerajaan yang dapat membantu Cik Alia dalam

mempertingkatkan kemahiran pekerjanya. [3 markah]

PERATURAN PEMARKAHAN

Soalan Jawapan Markah
10(a) F1 Milikan Tunggal 1
H1 dijalankan oleh seorang individu/ Cik Alia 1
H2 modal daripada simpanan peribadi/pinjaman daripada ayah 1
H3 keuntungan diperolehi sendiri 1
H4 beban cukai rendah/cukai perseorangan 1
H5 mudah urus/tidak banyak syarat 1
H6 bebas mengurus perniagaan 1
H7 keputusan dibuat sendiri/pemilik/Cik Alia 1

Nota : Maks 4
Penalti jika jawapan tidak kait dengan kes
1
10(b) F1 sektor ketiga/tertier 1
H1 aktiviti membekalkan perkhidmatan 1
H2 pengeluar terus kepada pengguna 1
C1 tempahan menjahit pakaian
1
F2 skala domestik/tempatan 1
H3 membekalkan perkhidmatan di kawasan tertentu sahaja 1
H4 saiz kecil 1
C2 Changlun, Kedah Maks 6

Nota : 1
Penalti jika jawapan tidak kait dengan kes 1
1
10(c) H1 membantu memudahkan sistem operasi 1
10(d) H2 memperoleh maklumat dengan cepat 1
H3 memperluaskan skop perniagaan/rangkaian perniagaan 1
H4 menjadikan operasi perniagaan lebih efektif/berkesan 1
H5 pelanggan boleh membuat tempahan segera Maks 3
H6 dapat meningkatkan jualan
H7 menjalankan pengiklanan 1

Nota : 1
Penalti jika jawapan tidak kait dengan kes 2m

Titik pulang modal (unit)

TPM = Kos tetap

Harga Jualan - Kos berubah seunit

= RM14 000

RM15 - RM 5

= 1400 unit

10(e) Titik pulang modal (hasil) 1

TPM = TPM(unit) x Harga Jualan 1
= 1400 x RM15 2m
= RM 21 000 1
1
F1 Perbadanan Produktiviti Malaysia/MPC 1
H1 mempertingkatkan pembangunan sumber manusia 1
F2 Kolej Komuniti 1
H2 menawarkan kursus jangka masa pendek/panjang 1
F3 Giat MARA 1
H3 menyediakan latihan/kemahiran teknikal dan vokasional 1
F4 Majlis Amanah Rakyat/MARA Maks 3
H4 program pembangunan untuk usahawan

No item 10a 10b 10c 10d 10e
Konstruk
Konteks 0P 2 OP 2 OP 3 OP 4 OP 3
Aras
1.1.3 1.1.2 1.2.4 2.2.2 2.2.3

Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sederhana

Bahagian C
[ 20 markah]
Soalan ini wajib dijawab

10. Encik Hazmin merupakan seorang bekas anggota tentera yang bersara pada awal
tahun 2016. Ketika dalam perkhidmatan beliau telah menjadi ahli Koperasi Tentera.
Biarpun telah bersara beliau memilih untuk meneruskan keahliannya sebagai
anggota koperasi tentera kerana ingin terus mendapat manfaat sebagai anggota.

Setelah 2 bulan bersara En Hazmin telah menerima wang ganjaran perkhidmatannya
berjumlah RM 280 000. Dengan wang tersebut Encik Hazmin telah berjaya
membuka sebuah perniagaan kedai makan dengan nama Restoran Sedap Baq Hang.
Perniagaannya dibantu oleh 4 orang pekerja. 2 orang pekerja diletakkan di bahagian
memasak manakala 2 orang lagi pekerja di bahagian menguruskan kedai dan
pelanggan.

Baru-baru ini anak sulungnya Cik Auliya yang baru sahaja tamat pengajian
memutuskan untuk membantu perniagaan ayahnya. Pada peringkat permulaan ,
Cik Auliya membuat semakan untuk mendapatkan maklumat mengenai jumlah
jualan perniagaan bapanya. Berikut merupakan maklumat jualan Restoran Sedap
Baq Hang selepas 4 tahun dibuka.

Tahun Jumlah jualan
(RM)

2016 RM 280 400

2017 RM 278 200

2018 RM 279 500

2019 RM 261 300

Cik Auliya berpendapat data jualan selama 4 tahun ini bukanlah satu petanda
yang baik untuk perniagaan bapanya. Sebagai tindakan awal Cik Auliya ingin
memberi tumpuan kepada strategi produk dan promosi. Apabila menyemak rekod
kewangan Cik Auliya juga mendapati ayahnya tidak melakukan rekod penyimpanan
kewangan dengan sistematik. Maklumat pembekal dan pelanggan juga hanya di
simpan secara bertulis di dalam sebuah buku. Cik Auliya bercadang untuk cuba
menyelesaikan masalah ini dengan penggunaan teknologi maklumat di dalam
perniagaan ayahnya.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Huraikan sektor yang diceburi oleh Encik Hazmim sebelum beliau bersara.

[3 markah]

(b) Mengapakah Encik Hazmin ingin terus kekal sebagai anggota Koperasi
Tentera?

[3 markah]

(c) Jelaskan faktor dalaman yang mungkin menyebabkan jumlah jualan
Restoran Sedap Baq Hang selama empat tahun sedemikian.
[3 markah]

(d) Cadangkan tindakan awal yang dimaksudkan oleh Cik Auliya bagi
meningkatkan semula jualan pada tahun 2020.
[6 markah]

(e) Anda bersetuju dengan cadangan Cik Auliya untuk menggunakan teknologi
maklumat. Beri alasan anda.
[5 markah]

PERATURAN PERMARKAHAN

SOALAN JAWAPAN MARKAH
10 a
F1 Sektor ketiga / Tertier 1
b
H1a Menyediakan perkhidmatan daripada pengeluar terus 1
c kepada pengguna

H1b Aktiviti sokongan kepada sector kedua dan ketiga 1

H1c Sektor perkhidmatan awam 1

C1 Tentera 1

Penalti 1 markah jika tidak dikaitkan dengan kes Maks 3

H1 Mendapat hak untuk menggundi tanpa mengira jumlah syer 1
yang dimiliki

H2 Dapat terlibat secara langsung dalam pembuatan keputusan 1

H3 Menerima pulangan dalam bentuk dividen sebagai 1
ganjaran

H4 Menerima rebat belian 1

H5 Mengambil semula modal syer apabila keluar dari koperasi 1

Maks 3

H1 Gaya pengurusan yang tidak sesuai dengan pekerja 1

H2 Pekerja yang tidak produktif / tidak berdisplin 1
H3 Aktiviti pemasaran yang kurang berkesan 1
H4 Tiada teknologi maklumat digunakan 1
H5 Pengeluaran yang tidak memenuhi citarasa pelanggan 1
H6 Pengurusan kewangan yang tidak sistematik 1
Maks 3
d F1 Produk 1
H1a Menggunakan bahan mentah yang berkualiti 1
H1b Menyediakan resepi / hidangan yang pelbagai 1
H1c Memastikan produk halal / bersih 1

F2 Promosi 1

H2a Memberitahu kewujudan Restoran / mempengaruhi 1
pengguna makan di Restoran

H2b Menggunakan pelbagai media pengiklanan seperti media 1
social / media bercetak

H2c Cth media social / media bercetak 1

H2d Membuat promosi jualan seperti diskaun harga / kupon 1

Penalti 1 markah jika huraian tidak dikaitkan dengan Maks 8
restoran

e H1 Memudahkan penyediaan kewangan Cik Auliya 1

H2 Memperoleh maklumat pelanggan / pembekal dengan 1
mudah dan cepat

H3 Meluaskan skop perniagaan Restoran 1

Menjadikan operasi restoran lebih efektif dan efisien 1

Membantu memudahkan sistem operasi Restoran 1

Mewujudkan hubungan dan jaringan yang lebih luas 1

Meluaskan pasaran perniagaan 1

Penalti 1 markah jika huraian tidak dikaitkan dengan kes Maks 5


Click to View FlipBook Version