The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syuhadamin06, 2024-06-27 09:51:42

BUKU PROGRAM PIBG SMKPD KALI KE-28

BUKU PROGRAM PIBG SMKPD KALI KE-28

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE- & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2023 28 DEWAN SRI PERMAI 29 JUN 2024 SABTU ANUGERAH Pelajar Cemerlang SPM 2023 Kecemerlangan UASA 2023 & Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2023 DIRASMIKAN OLEH IR. T S . WA N H A SWA Z ER BI N WA N MA HMO D Pengurus Ibu Pejabat TNB Kuala Lumpur (Pemacu Speed-up 25 TS25 SMKPD)


Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28 & Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Perantau Damai Tahun 2023 Disediakan oleh: Cik Min Syuhada binti Sofi Cik Nur Amirah binti Nordin (AJK Buku Program)


Kata-kata aluan Penasihat PIBG Kata-kata aluan NYDP PIBG Aturcara majlis Jawatankuasa PIBG Sesi 2023 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Minit Mesyuarat Agung PIBG Laporan Aktiviti Tahunan, Sumbangan PIBG & Dana Kecemerlangan 2023/2024 02 01 03 04 06 05 07 08 09 11 10 12 13 Penyata Kewangan Tahunan PIBG dan Dana Kecemerlangan 2023/2024 Usul/ Cadangan sesi 2024/2025 Senarai Penerima Anugerah Kecemerlangan SPM 2023 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-28 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2023 Senarai penerima Anugerah Kecemerlangan UASA 2023 Penghargaan


Assalamualaikum warahmatullahi 1 wabarakatuh Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul semula sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Perantau Damai kali ke-28 pada tahun 2024 dan Majlis Kecemerlangan 2023. Terlebih dahulu, terima kasih kepada tetamu terutamanya Yang Berbahagia Tuan Perasmi, Ir. Ts. Wan Haswazer bin Wan Mahmod, Pengurus TNB Kuala Lumpur selaku pemacu SPeeD-UP TS25 SMKPD kerana dapat meluangkan masa menyertai mesyuarat pada pagi ini sebagai tanda sokongan, galakan dan penghargaan demi kejayaan anak-anak kita. Terima kasih juga kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan untuk majlis pada pagi ini. Hadirin dan hadirat sekalian, Justeru, atas sokongan ibu bapa dan guru - guru, prasarana sekolah ini telah ditambah baik dari semasa ke semasa supaya lebih kondusif untuk memudahkan pembelajaran pelajar di SMK Perantau Damai. Pihak sekolah telah meningkatkan capaian internet di setiap blok bangunan sekolah untuk memudahkan para guru dan pelajar mengakses maklumat. Pada 27 Mei yang lepas, keputusan SPM 2023 telah diumumkan. Alhamdulillah SMK Perantau Damai telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM 2023. Untuk makluman ibu bapa, SMK Perantau Damai juga berjaya mendapat tempat ke-5 dari senarai 10 terbaik sekolah-sekolah Felda Wilayah Kuantan dan tempat ke-8 dalam daerah Rompin. Keputusan SPM 2023 SMK Perantau Damai telah mencapai peningkatan Gred Purata Sekolah terbaik dalam tempoh 10 tahun iaitu 4.49 dengan peratus layak sijil 98.72%, iaitu hanya seorang sahaja calon yang gagal mendapat sijil


2 Hadirin dan hadirat sekalian, Bagi memastikan kecemerlangan akademik sekolah dapat ditingkatkan, pihak sekolah juga telah mengadakan beberapa program untuk meningkatkan prestasi akademik terutamanya untuk pelajar SPM seperti Program Kelas Intensif dan Program ‘Good Morning’ yang telah dijalankan untuk tahun ini. Manakala program lainnya ialah Program Kem Permata Ilmu, Program Perkampungan Ilmu dan Program ‘Final Touch’ yang akan dijalankan menjelang SPM nanti. Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT. Para hadirin sekalian, Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk anakanak yang berjaya. Akhir kalam, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. Semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah hendaknya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SMK Perantau Damai terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya mencipta kegemilangan SMK Perantau Damai. Sebelum berakhir, terimalah serangkap pantun daripada saya, Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi, Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi. Sekian, Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. En Isma Saiful bin Saupi Pengetua SMK Perantau Damai


Ucapan N Y D P PI B G SESI 2023/2024 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita dapat menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-28 dan Majlis Apresiasi Pelajar SPM 2023 pada tahun ini. Tuan-tuan dan puan-puan Sekalian, Sebagai Naib Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sesungguhnya sumbangan daripada Yang Berhormat serta sumbangan PIBG yang diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberi sumbangan ikhlas. Hal ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak. Akhir kata, saya amat berharap agar ibu bapa dapat bersama-sama memantau anak-anak di rumah dan sentiasa memastikan mereka hadir ke sekolah supaya program ponteng sifar berjaya dilaksanakan, sekali gus mampu menjana kecemerlangan SMK Perantau Damai. Bersama-sama juga kita pastikan kesihatan dan keselamatan anak-anak terjamin. Saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga. Sebelum berakhir, terimalah serangkap pantun daripada saya, En Mohd Sabri bin Ibrahim 3


S A B T U ATUR CARA MAJLIS 8.30 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa/ Penjaga dan Guru 9.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28 10.30 pagi : Rehat 11.00 pagi : Ketibaan Perasmi Ir Ts Wan Haswazer bin Wan Mahmod Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Pahang Bacaan Doa Persembahan Multimedia Ucapan En Isma Saiful bin Saupi (Pengetua merangkap Penasihat PIBG SMK Perantau Damai) Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Perantau Damai Sesi 2024/2025 11.35 pagi : Persembahan Tarian Sewang 11.45 pagi : Ucapan Perasmian oleh Ir Ts Wan Haswazer bin Wan Mahmod (Pengurus Ibu Pejabat TNB Kuala Lumpur merangkap Pemacu Speedup TS 25 SMKPD) 11.55 pagi : Penyampaian Sijil kepada AJK PIBG Sesi 2023/2024 12.05 tengah hari : Cabutan Bertuah Sesi 1 12.15 tengah hari : Penyampaian Hadiah UASA Tingkatan 1 hingga 4 12.35 tengah hari : Persembahan Nasyid 12.45 tengah hari : Penyampaian Anugerah Kecemerlangan SPM 2023 oleh Ir Ts Wan Haswazer bin Wan Mahmod (Pengurus Ibu Pejabat TNB Kuala Lumpur merangkap Pemacu Speed-up TS 25 SMKPD) 1.05 tengah hari : Cabutan bertuah Sesi 2 1.20 petang : Penyampaian cenderahati kepada Perasmi 1.35 petang : Bersurai 4


Jawatankuasa PIBG 2023/2024 YANG DIPERTUA PIBG ALLAHYARHAM ENCIK MOHD JAFNI BIN HASHIM NAIB YANG DIPERTUA PIBG ENCIK MOHD SABRI BIN IBRAHIM SETIAUSAHA KEHORMAT PUAN SHALEHA BINTI CHE HASSAN NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT ENCIK MOHAMMAD AFIF BIN CHE AZIZ BENDAHARI KEHORMAT ENCIK MUHAMAD FAUZI BIN ABU BAKAR AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA) ENCIK JAMIL BIN KAIRAN ENCIK ZAINOL BIN ABU BAKAR ENCIK MOHD TERMIZI BIN MOHD SALIM ENCIK HAIRULANUAR BIN JUHARI PUAN MARIANI BINTI SAMA PUAN AZURA BINTI ABDULLAH PUAN SITI NOR BAIZURA BINTI AMER PUAN FATIMAH BINTI KHODIP AHLI JAWATANKUASA (GURU) ENCIK MOHAMAD ZAKARIA BIN JUNUS PUAN HANI BINTI KAMARUDIN PUAN NOR LIZIANA BINTI MD DESA (KAUNSELOR) PUAN WAN NOOR AIN BINTI WAN JAAFAR (KAUNSELOR) PEMERIKSA KIRA-KIRA PUAN SARASWATHY A/P THENANAM (IBU BAPA) ENCIK MOHD FARID BIN ZAKARIA (GURU) 95


01 03 04 AGENDA MESYUARAT 02 05 06 6 Ucapan Naib Yang Dipertua PIBG Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-27 bagi tahun 2023/2024 Membentangkan dan menerima laporan aktiviti PIBG bagi tahun 2023/2024 Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan PIBG dan Dana Kecemerlangan yang berakhir pada 31 Disember 2023 07 08 Membentang, membahas dan meluluskan usul-usul Membubarkan jawatankuasa Memilih jawatankuasa PIBG bagi tahun 2024/2025 Ucapan Penangguhan


1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG/ Pengerusi Majlis MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK PERANTAU DAMAI KALI KE-27 TAHUN 2023 TARIKH : 24 JUN 2023 HARI : SABTU MASA : 9.00 - 11.00 PAGI TEMPAT : DEWAN SRI PERMAI, SMK PERANTAU DAMAI KEHADIRAN : IBU BAPA 156 ORANG GURU DAN AKP 60 ORANG JUMLAH 216 ORANG 2.0 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 7 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Zaher Bin Rodzali. Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27. 1.2 YDP PIBG memperkenalkan pengetua yang baru bertugas di SMK Perantau Damai. YDP memberi peluang kepada pengetua untuk menyampaikan sepatah dua kata. 1.3 Tuan Pengetua Encik Isma Saiful Bin Saupi memperkenalkan diri sebagai pengetua baru di SMK Perantau Damai. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga yang hadir ke mesyuarat pada hari ini. 1.4 Pengetua menyatakan beliau suka akan komuniti Perantau Damai kerana mengamalkan permuafakatan. Beliau berharap supaya agenda pada hari ini berjalan dengan lancar. 2.1 Encik Zainol (AJK PIBG) menyatakan pembetulan bagi Perkara 6.1 iaitu sumbangan PIBG dari RM135.00 kepada RM35.00. 2.2 En. Zainol bin Abu Bakar mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-26 disahkan. Pn. Yuzimah Bt Razali mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke26 dan disokong sebulat suara oleh Pn. Norhaslinda Bt Ghazali.


3.0 Ucapan Perasmi oleh Dato Haji Mohd Khairi Bin Hj Mohd Malik 4.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-18 5.0 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan dan Dana Kecemerlangan PIBG bagi sesi 2022 / 2023 8 3.1 Tiada perkara berbangkit. 4.1 Pn. Shaleha Bt Che Hassan selaku setiausaha memaklumkan tiada lantikan AJK baru dibuat bagi sesi 2023/2024. AJK PIBG dikekalkan sehingga penggal ke 2 iaitu sesi 2023/2024. 4.2 Mesyuarat AJK tahun 2022/2023 telah dijalankan sebanyak 4 kali . 4.3 Pn. Shaleha Bt Che Hassan selaku setiausaha kehormat membentangkan laporan aktiviti PIBG bagi tahun 2022 dengan merujuk halaman 15 dan 16. 5.1 En Muhamad Fauzi bin Abu Bakar selaku bendahari kehormat membentangkan penyata kewangan bagi tahun 2021/2022 dengan merujuk halaman 17,18,19 ,20 dan 21. 5.2 Kutipan bagi sumbangan kerusi tetap akan diteruskan sehingga pihak sekolah dapat membuat pembelian sebanyak 300 buah kerusi . Mengikut minit mesyuarat PIBG 2019, pembelian kerusi sebanyak 300 buah telah diluluskan. Setakat ni, sebanyak 170 buah kerusi telah dibeli. Oleh itu, masih ada 130 buah kerusi lagi yang diperlukan dengan anggaran kos sebanyak RM3500. 5.3 Pengurusan ladang sawit kini diuruskan di bawah Koperasi SMK Perantau Damai dan bukan lagi di bawah PIBG seperti diarahkan oleh JPN Pahang. 5.4 Hasil yang diperoleh dari ladang sawit adalah selepas ditolak kos pengurusan pokok sawit seperti upah meracun, membaja, kos upah dan sebagainya. 5.5 Bendahari turut memaklumkan dana kecemerlangan digunakan untuk menyokong segala aktiviti dan program di bawah sekolah bukan sahaja dalam akdemik tetapi juga dalam Kokurikulum. 5.6 Laporan kewangan disahkan oleh Pn. Maizatul Mastura Bt Ahmad dan disokong oleh En. Mohd Fakhri Bin Md. Said. 6.0 Membentang, membahas dan meluluskan usul 6.1 Usul 1 – Encik Mohd Ridzuan Bin Arbangi mencadangkan pihak sekolah menyediakan air bertapis untuk kegunaan murid. Jawapan - Tuan Pengetua menyambut baik cadangan tersebut namun menjelaskan bahawa sistem baik di sekolah bermasalah dan tekanan air nya sangat rendah. Pihak sekolah akan membaiki sistem perpaipan terlebih dahulu sebelum memasang mesin air bertapis. Pemasangan air bertapis juga memerlukan kos yang tinggi dan perlu memohon kelulusan dari JPN.


9 6.2 Usul 2 – Puan Yuni Nuraini Binti Roslan memohon pihak sekolah memberi kelonggaran terhadap pemakaian tudung murid perempuan kepada tudung hitam yang bersesuaian ketika aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Jawapan - Tuan Pengetua memaklumkan bahawa mengikut Pekeliling KPM, pelajar perlu memakai tudung putih kerana warna putih dapat memantulkan haba dengan baik. Pemakaian tudung putih sangat baik untuk mengelakkan penyerapan haba melampau ketika cuaca panas dan waktu pelajar bersukan. 6.3 Usul 3 – Encik Shahrim Bin Awang memohon agar pihak sekolah membenarkan murid meninggalkan buku teks di sekolah Jawapan - Tuan Pengetua menjelaskan buku teks perlu dibawa pulang ke rumah dan dibawa ke sekolah ketika sesi pembelajaran. Jika pelajar dibenarkan meninggalkan buku teks di sekolah, pelajar tidak akan mengulangkaji pelajaran di rumah. Pengetua melihat budaya pelajar kini yang suka bermain’ game’ di telefon pintar dan kurang belajar di rumah disebabkan buku teks ditinggalkan di sekolah.Jika buku ditinggalkan di sekolah juga akan menyebabkan risiko buku hilang dan akhirnya akan menyusahkan ibu bapa. 6.4 Usul 4 – Puan Normazila Binti Hussin mencadangkan pihak sekolah mengadakan semula waktu solat untuk murid kerana murid sekarang malas untuk solat. Jawapan - Tuan Pengetua menjelaskan buat masa ini disebabkan cuaca panas dan keadaan surau yang panas ,solat Zohor berjemaah ditangguhkan dahulu. Pihak surau kini telah menambah bilangan pendingin hawa hasil sumbangan guru dan orang ramai. Solat Zohor berjemaah akan diteruskan semula selepas cuti Hari Raya Aidiladha. 6.5 Usul 5 – Encik Zainol Bin Abu Bakar mencadangkan supaya pihak sekolah menaikkan kadar sumbangan PIBG dari RM35 kepada RM50. 5.1 Pn. Yuzimah mencadangkan supaya kenaikan sumbangan tidak terlalu tinggi. Beliau tidak bersetuju sumbangan PIBG dinaikkan sehingga RM50. 5.2 Pn. Rohaida bersetuju sumbangan PIBG dinaikkan ke RM50. Jawapan – YDP PIBG memaparkan melalui tayangan slaid keadaan infrastruktur sekolah terutamanya tandas pelajar yang berada dalam keadaan yang daif. Beliau juga menjelaskan sumbangan PIBG banyak digunakan untuk pelajar, prasarana sekolah dan pembaikpulihan tandas. Oleh itu, kenaikan sumbangan PIBG tersebut amat diperlukan untuk penambahbaikan infrastruktur sekolah yang amat daif. Kos bagi kertas A4 untuk peperiksaan dan seminar juga semakin meningkat.


10 5.3 YDP PIBG mencadangkan undian dari kalangan ibu bapa dilakukan samada bersetuju atau tidak sumbangan PIBG dinaikkan ke RM50. Berdasarkan undian, majoriti ibu bapa bersetuju sumbangan PIBG dinaikkan dari RM35.00 ke RM50.00 dan sebulat suara bersetuju sumbangan ini dinaikkan ke RM50.00 bermula tahun 2024. Bagi tahun 2023, masih diteruskan dengan sumbangan sebanyak RM35.00 dan mengekalkan RM100.00 bagi kecemerlangan SPM. 6.6 Usul 6 – Puan Yuzimah memohon guru buku teks dapat menyelesaikan isu murid yang masih belum terima buku teks.. Jawapan – Cikgu Mohd Radzi Bin Abdullah menjelaskan buku teks yang terkini adalah silibus baru dan permohonan buku teks adalah berdasarkan enrolmen pelajar pada tahun hadapan. Jika ingin memohon semula, tiada stok buku teks di dalam simpanan daerah. Pn. Nor Hidayati (Penyelaras Buku Teks) menjelaskan sekolah sememangnya menghadapi masalah buku teks subjek KSSM. Masalah kekurang buku teks ini berpunca dari perkara berikut: a. Semasa proses pemulangan buku, ramai pelajar tidak pulang buku. Hal ini menyebabkan kurang bekalan buku teks untuk pelajar tahun seterusnya. Bekalan buku teks di bilik BOSS daerah dan sekolah lain juga tiada. b. Untuk enrolmen buku tahun 2023, buku tersebut perlu dipesan pada tahun 2022. Jika ada pelajar baru masuk, kebanyakan pelajar tersebut tidak membawa buku dari sekolah lama. c. Makluman pelajar yang berpindah perlu bawa buku teks mereka bersama ke sekolah baru. Namun , pelajar Tingkatan 1, perlu pulangkan buku kerana buku teks Tingkatan 1 sangat tidak mencukupi. Pelajar perlu maklumkan awal seminggu sebelum berpindah bagi urusan buku teks. d. Pelajar berhenti sekolah secara tiba-tiba tanpa memulangkan buku teks. e. Pelajar baru masuk dari tahfiz tiada buku teks. Bagi isu anak memulangkan buku teks tetapi masih perlu bayar denda .Hal ini disebabkan noombor perolehan buku teks yang dihantar tidak sama seperti nombor perolehan sewaktu buku diterima. Pelajar lewat pulang buku teks akan didenda RM10, tidak menulis nama RM1.00 dan denda-denda lain. Wang denda semuanya akan diserahkan kepada Cikgu Radzi Bin Abdullah (GPK HEM)


11 6.7 Usul 7 – Puan Yuzimah memohon agar guru kelas dapat maklumkan dalam ‘group’ kelas mengenai bayaran yang perlu dijelaskan sebagai contoh duit bayaran modul, dan bayaran-bayaran lain. Jawapan – Cikgu Mohd Radzi Bin Abdullah menjelaskan bayaran yang dikenakan oleh pihak sekolah hanyalah sumbangan PIBG dan Dana Kecemerlangan. Selain itu, adalah bayaran-bayaran untuk kegunaan pelajar seperti jamuan pelajar, rumah sukan, modul subjek dan keceriaan kelas. Sekiranya ada bayaran yang meragukan, ibu bapa boleh bertanya di dalam kumpulan rasmi Whatsapp kelas anak masingmasing atau bertanya kepada guru tersebut sendiri.Beliau juga meminta guru kelas untuk berbincang semula dengan pelajar tentang cara pembayaran duit kelas. Cikgu Radzi juga memohon pelajar-pelajar yang meninggalkan kelas di hujung tahun supaya tidak menanggalkan keceriaan kelas atau hasil dekorasi kelas supaya kelas masih dalam keadaan yang ceria di awal pembukaan sekolah tahun yang baru. 6.8 Usul 8 – Encik Abdullah Bin Nanyan, Encik Sivarajah Varathan dan Encik Ibrahim Bin Husain mencadangkan isu tandas dapat diselesaikan iaitu: a. Kebersihan tandas tidak memuaskan. b. Perlu baiki tandas yang rosak untuk kegunaan murid. c. Pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat baiki pintu tandas yang terkopak. Jawapan : Tuan Pengetua menjelaskan pihak sekolah sememangnya bercadang untuk membaiki tandas di sekolah ini.Isunya ialah kos yang tinggi. Pihak sekolah juga telah memohon peruntukan dari pihak JPN dan KPM bagi menyelesaikan masalah tandas. Kadangkala bila satu kerosakan telah dibaiki timbul kerosakan lain yang disebabkan oleh pelajar menyebabkan kos semakin bertambah. Semua perkara ini melibatkan sejumlah kewangan yang besar namun pihak sekolah sedang berusaha ke arah itu. 6.9 Usul 9 – Encik Jamil Bin Kairan mencadangkan supaya ibu bapa menyerahkan kuasa merotan kepada guru yang diberi kuasa merotan murid jika murid melakukan kesalahan. Jawapan : Tuan Pengetua menjelaskan perlu ada hukuman kepada pelajar yang melakukan kesalahan. Pengetua ada kuasa merotan dan boleh menurunkan kuasa kepada guru-guru tertentu untuk merotan seperti GPK HEM, guru displin dan guruguru yang dipilih. Pengetuan memohon permuafakatan ibu bapa supaya tindakan rotan dapat dijalankan jika pelajar melakukan kesalahan . Undian dari kalangan ibubapa dijalankan dan majoriti ibu bapa menyokong usul merotan diadakan.


12 6.10 Usul 10 – Puan Siti Nor Baizura Binti Amer mencadangkan pihak sekolah menyediakan tabung bergerak yang diuruskan oleh murid yang telah dilantik untuk memudahkan ibu bapa menderma atau menyumbang semasa Mesyuarat Agung PIBG. Jawapan : Pn. Shaleha menjelaskan telah diwujudkan tabung Infak Surau yang disediakan di meja pendaftaran hari ini. Pada setiap perhimpunan pagi Jumaat juga terdapat tabung sumbangan yang diedarkan kepada semua pelajar. 6.11 Usul 11: Puan Mas Hanim Zulkifli mencadangkan pihak sekolah membaiki atau menambah kipas dalam bilik darjah dengan keadaan cuaca panas sekarang anak tidak dapat beri tumpuan untuk belajar. Jawapan : Pengetua menjelaskan setiap kelas mempunyai kipas yang berfungsi dengan baik tapi mungkin tidak mencukupi dengan cuaca yang panas pada masa ini. Ibu bapa digalakkan mengadakan inisiatif menyumbang kipas mudah alih di kelas anak masing-masing atau membekalkan kipas kecil (berbateri) untuk keselesaan anak masing-masing. 6.12 Usul 12: Encik Abdul Sukor Bin Mat Ali meminta agar dimaklumkan dalam group kelas sekiranya ada tugasan atau homework yang perlu disiapkan di rumah. Jawapan : En. Hafifi (selaku guru kelas 2D) menjelaskan semua guru matapelajaran telah ada di dalam group kelas. Selaku guru kelas, beliau sentiasa memaklumkan tentang tugasan Sains namun tidak pasti tentang guru matapelajaran lain kerana ada yang maklum dan ada yang tidak. Pengetua menjelaskan selepas ini pihak sekolah akan memastikan guru-guru memaklumkan tentang tugasan di rumah di dalam group kelas masing-masing. 6.13 Usul 13: Encik Zainuddin Bin Bohari mencadangkan pemakaian baju sukan sekolah diteruskan. Jawapan : Pengetua menjelaskan KPM masih membenarkan pemakaian baju sukan ke sekolah. Jadi pemakaian baju sukan ke sekolah masih diteruskan. Namun jika ada pekeliling baru oleh KPM tentang pemakaian semula baju sekolah, ibu bapa perlu akur. 6.14 Usul 14: Puan Fatmawaty Abd Latif mencadangkan supaya menu makanan di kantin dipelbagaikan. Jawapan : Cikgu Radzi (GPK HEM) menjelaskan pada waktu sekarang sudah ada kepelbagaian menu di kantin seperti menu bakso, spageti, buah-buahan dan kuih muih.Namun , kebanyakan pelajar suka kepada makanan berat seperti ayam goreng dan nasi.Maka menu nasi lemak sentiasa disediakan sebagai makanan berat untuk pelajar. Cadangan supaya ibu bapa dapat mengenalpasti makanan kesukaan anak dan mencadangkannya kepada pihak kantin. Pihak kantin menyediakan makanan mengikut jumlah murid dan perlu akur kepada peraturanperaturan makanan yang telah ditetapkan oleh KPM.


13 Hal - hal Lain 7.1 En. Zainol bin Abu Bakar mencadangkan AJK PIBG Pn. Hendrawati Bt Osman digantikan dengan orang lain kerana tidak pernah hadir ke mesyuarat. Pn. Yuzimah mencadangkan agar Pn. Fatimah Bt Khodip menggantikan Pn. Hendrawati dan disokong oleh Pn. Nor Baizura Bt Azahar. 8.0 Ucapan Penangguhan 8.1 En. Mohd Jafni bin Hashim (YDP PIBG) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada AJK PIBG yang telah menjalankan tugas. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang hadir dan telah memberikan komitmen kepada pihak sekolah dan PIBG. Terima kasih juga kepada yang telah memberi sumbangan bagi program sekolah. Sokongan daripada ibu bapa sangat dialu-alukan Ditangguhkan pada jam 10.57 pagi.


14LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2023/2024 1.0 MESYUARAT AJK PIBG Sepanjang tahun 2023 /2024 mesyuarat AJK PIBG telah diadakan seperti berikut : i) Mesyuarat pertama : 09 Oktober 2023 ii) Mesyuarat kedua : 22 November 2023 iii) Mesyuarat ketiga : 23 Mei 2024 2.0 CATATAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SERTA DANA KECEMERLANGAN 2.1 Berikut adalah antara aktiviti yang telah dilaksanakan dan disokong sepanjang tahun 2023 / 2024 2.1.1 SUMBANGAN PIBG - Iftar Santai Pusat Islam - Majlis Khatam Al Quran - Sambutan Hari Raya Aidilfitri - Projek Keceriaan Sekolah - Majlis Penyampaian Slip Keputusan SPM 2022/2023 - Kejohanan Catur Piala Chanis - Kecemerlangan Pelajar Cemerlang SPM 2022/2023 - Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah - Kejohanan Takraw MSSP - Gotong Royong Madani - Hadiah Perpisahan GPK Kokurikulum En Kamarulzaman - Hadiah Perpisahan Puan Nik Faridah - Perkampungan Ilmu SPM 2023 - Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland - Alat Ganti Komputer Pusat Akses - Perpuspa 2023 - Kursus Pasukan Kenaikan Pangkat KRS Daerah Rompin - Hadiah Perpisahan Guru Ganti Pn Rahimah - Hadiah Perpisahan En Yuzamri


15 2.1.2 DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR - Hadiah Kecemerlangan UASA 2022/2023 - Akur Janji SPM 2023/2024 - Program Eksplorasi Kerjaya - Program Kemahiran Belajar - Dialog Prestasi SPM - Klinik Matematik Tingkatan 5 - Bengkel Sains SPM Fasa 1 - Bengkel English SPM Fasa 1 - Program Rehlah Minda - Seminar Kimia SPM - Modul Pintas SPM - Perkampungan Ilmu SPM 2023 - Modul Sejarah SPM - Program Guru Muda Sains - Bengkel Sains SPM Fasa 2 - Bengkel Biologi SPM 2023 - Bayaran Akademik Modul Koperasi T1-T5 - Majlis Temu Murni Percubaan SPM 2023 - Program Sihat Dan Cerdik - Bengkel PSV K2 SPM 2023 - Bengkel Perniagaan SPM 2023 2.1.3 DANA KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PELAJAR - Sumbangan 20 Pelajar Ke Kejohanan Badminton Peringkat Daerah - Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah - Pasukan Bola Sepak B 15 MSSD Rompin - Sumbangan 10 Pelajar Ke E Sport MSSD Rompin - Pasukan Bola Sepak B18 MSSD Rompin - Pasukan Bola Baling MSSD Rompin - Pasukan Takraw MSSD Rompin - Pasukan Bola Baling MSSP Negeri Pahang - Pasukan Bola Jaring MSSD Rompin - Ujian Menembak Kadet Polis - Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Pahang - Jamboree Pengakap


16 2.1.4 DANA KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID - Cabutan Bonanza - Lantikan Pemimpin Sekolah - Keceriaan Kelas - Kursus Kepimpinan Sekolah - Majlis Duta Sahsiah 2.1.5 DANA KECEMERLANGAN (KEBAJIKAN SEKOLAH DAN LAIN-LAIN) - Menyelenggara Penyaman Udara Perpustakaan - Pembelian Peralatan SRT SPM - Program Eco Nature Run Peringkat Antarabangsa


PENYATA KEWANGAN TAHUNAN 17


18


19


20


Usul - USUl BIL NAMA DAN ALAMAT USUL / CADANGAN 1 Puan Yuzimah binti Razali (Kampung Lubok Batu) 1. Meminta pihak sekolah memperbaiki tandas yang rosak 2. Menyediakan air tapis di sekolah 2 Puan Roshaniza binti Hamzah (Desa Melor, Muadzam Shah) Memohon lanjutkan waktu sampai murid ke sekolah bagi murid yang jauh dari sekolah PEMBENTANGAN 21


SENARAI PENERIMA KECEMERLANGAN UASA 2023 PELAJAR CEMERLANG SPM 2023 A N U G E R A H 22


KECEMERLANGAN UASA 2023 A N U G E R A H 23 A N U G E R A H 1 AMANAH 1. YUGANASHREE A/P RAMARAO 2. ALEESYA QAISARA BINTI AHMAD ZURIMAN 3. SITI NUR ARISSA BINTI MOHD AZWAN 1 BUDIMAN 1. NUR AYUNI HADIRAH BINTI MUHAMAD KUMARI 2. PUTRI NURUL IMAN ALLYSHA MOHD EMRAN BINTI ABDULLAH 3. MOHAMAD AIMAN BIN MOHD SADLI 1 CEKAL 1. MUHAMMAD AMMAR HARIZ BIN JAILANI 2. MUHAMMAD SYAQIMI ARSHAD BIN ZUL ASZELE 3. NUR FITRI BATRISYA BINTI DENY SURYA 1 DEDIKASI 1. LIEW JIA EN 2. MOHAMAD HEQZREQZ DANISH BIN MOHAMAD HAIZAUFFI 3. KITT ZACKKLIN ANAK JAMES KAKERT


KECEMERLANGAN UASA 2023 A N U G E R A H 24 A N U G E R A H 2 AMANAH 1. NURUL IRDINA BINTI IBRAHIM 2. NURNABILA SYUHADA BINTI ABDULLAH 3. MUHAMMAD IZZAT BIN ZAIDI 2 BUDIMAN 1. MUHAMMAD AFIQ BIN ABDULLAH 2. NUR DAMIA ATHIRAH BINTI KASMANI 3. NURUL HANNA BATRISYIA BINTI MOHD SYAHABBUDDIN 2 CEKAL 1. MUHAMMAD ALIF SAKHAWI BIN ASMAWI 2. NURIN PUTERI NAJLA BINTI MOHAMAD SHAIFUL NIZAM 3. KHAYRUL FAHMIE BIN ZAMARI 2 DEDIKASI 1. HASNIZA 2. NUR AINI BINTI RONI 3. TIARA ZULAIKHA BINTI NILAH


KECEMERLANGAN UASA 2023 A N U G E R A H 25 A N U G E R A H 3 AMANAH 1. HUMAIRA ARISA BINTI SAMSUDIN 2. NUR'AIN NATASYA BINTI SHA'ARI 3. UMMU MARDHIAH BINTI MOHD BAXRI 3 BUDIMAN 1. SITI NUR SUFIAH BINTI WAHIDDIN 2. NUR MAISARAH AQILAH BINTI ABDULLAH 3. FARHANA NAJWA BINTI MANSOR @ ATAN 3 CEKAL 1. KYAIRA HANNA BINTI ERWAN 2. MOHAMAD AMIRUL AFIQ BIN AYOB 3. MUHAMMAD IRFAN EFFENDY BIN MOHD SHEARON 3 DEDIKASI 1. ADLIN NAJWA A/P AAN 2. FASHA BINTI SABTU 3. YULIANI


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4/2023 A N U G E R A H 26 A N U G E R A H 4 AMANAH 1. SARAH DANIA BINTI KAMARULIZWAN 2. NOOR LIEYA BINTI ABDULLAH 3. NUR ADLYN SABRINA BINTI ABDULLAH 4 BUDIMAN 1. DHIA IDRAKI BIN KHAIRUL AZLAN 2. MUHAMAD IZHAR BIN MOHD ARAFAH 3. MUHAMMAD IQRAM IRFAN BIN ABDULLAH 4 CEKAL 1. NUR QASEH HAMILAH BINTI ABDUL HAMID 2. NURUL IZZATI BINTI HAMZAH 3. SYAZANA AMIRAH BINTI MUHAMAD ANUAR 4 DEDIKASI 1. SYAKILA SYAFIRA BINTI MOHD FUAD 2. MOHAMAD FAHMI BIN ISMAIL 3. MOHAMAD SHAMSUL SUFIEAN BIN SUPLI 4 EVOLUSI 1. NURUL ALIANA BT MOHD SHUKERI 2. NUR ELIANA HAZLIN BINTI HAIRULANUAR 3. TUAN NURSYAFIQAH BT TUAN ALI


9A 8A 7A 27 A N U G E R A H PELAJAR CEMERLANG SPM 2023 NUR UMAIRA BINTI ROSLAN NUR SYAKILLA ASYKIN BINTI ZUL ASZELE MUHAMMAD ASYRAF HAIQAL BIN AZMAN NURIN NADZIRAH BINTI ZULKHAUBRI NUR FATEHAH BINTI MOHAMAD SULANI 6A NUR HARNISYA BINTI ABDUL HAFIZ 5A ADAM HARITH BIN AZAHA AUNAH NADIAH BINTI MOHD TAIB IDLAN NABIL BIN IBRAHIM MUHAMMAD FURQAN BIN MOHMED FUAZAN EZZATUL MAISARAH BINTI MAZLAN


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28 & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 28 Pengerusi : En. Isma Saiful bin Saupi (Pengetua) Pengerusi bersama : En. Mohd Sabri bin Ibrahim (NYDP PIBG) Naib Pengerusi 1 : En. Saudi bin Jusoh (GPK Pentadbiran) Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Radzi bin Abdullah (GPK HEM) Naib Pengerusi 3 : En. Mohd Afzal bin Mohd Ali Nafiah (GPK Kokurikulum) Setiausaha Kehormat : Pn. Shaleha binti Che Hassan Naib Setiausaha Kehormat : En. Mohammad Afif bin Che Aziz Bendahari Kehormat : En. Muhamad Fauzi bin Abu Bakar Penyelaras Majlis : Pn. Shaleha binti Che Hassan Anugerah Kecemerlangan PENYAMBUT TETAMU En Isma Saiful bin Saupi En Mohd Sabri bin Ibrahim En Saudi bin Jusoh En Mohd Radzi bin Abdullah En Mohd Afzal bin Mohd Ali Nafiah Pn Razilah binti Said Pn Norhasikin binti Ngadimon Pn Busra’Aini binti Saad Pn Maslinda binti Mohamad Fadzil AJK PIBG PROTOKOL / FLOOR MANAGER Pn Shaleha binti Che Hassan JEMPUTAN DAN PEMILIHAN PENERIMA HADIAH Cik Zuraidah binti Ahmad (K) Pn Nurfadzilah binti Muda PENGACARA MAJLIS Pn Wan Nor Hasmuni binti Wan Mahmod (K) En Ahmad Jafni bin Mat Yunus PEMILIHAN & PENYELIAAN PENERIMA HADIAH Pn Mariyatun binti Sahabudin (K) Pn Najmiah binti Embong Pn Jagathisuari a/p Batumalai Pn Azuraini binti Muhammad PERSIAPAN PENTAS,BACK DROP DAN HIASAN DEWAN Pn Nor Hidayati binti Zulkifli (K) Pn Nor Liziana binti Md Desa Pn Nur Suhaini binti Othman Pn Nor Rahadiyah binti Rahim Pekerja swasta Pelajar


29 PERSIAPAN DEWAN DAN MENGEMAS DEWAN En Fadzil bin Abd Rashid (K) En Mohd Nurul Ikhwan bin Zainuldin En Mohd Farid bin Zakaria En Mohd Hirwan bin Abdul Wahab En Mohd Hafizam bin Zakaria En Mohd Fauzi bin Abdullah En Kamalrudin bin Abdul Malik Pekerja Swasta Pelajar TEKNIKAL DAN SIAR RAYA En Mohammad Abdul Hakimi bin Yaacob (K) En Marhaffizwa Sollehan bin Mamat BUKU PROGRAM DAN BUKU LAPORAN PIBG Cik Min Syuhada binti Sofi (K) Cik Nur Amirah binti Nordin PENDAFTARAN Pn Yuni Nuraini binti Roslan (K) Pn Nur Darina binti Bederul Hisam Pengawas Sekolah PUBLISITI DAN PENGGAMBARAN En Budiman Rijal bin Omar Mokhtar (K) En Mohamad Farid bin Abd Rasid BACAAN DOA Ustaz Ahmad Zaher bin Rodzali JAMUAN Pn Wan Nurul Wahidah binti Wan Mustaffa Fikri (K) Pn Nor Laila binti Mamat Pn Che Norliawati binti Othman Pn Norhasmahwati binti Abu Bakar Cik Nursyafikah binti Romani Pelajar PENCATAT MINIT MESYUARAT Pn N’urul Izati binti Muhammad (K) Pn Nurul Shahida binti Abdul Rahim SIJIL DAN CENDERAHATI Pn Norizah binti Zakaria (K) Pn Siti Maliati Azzahra binti Yusof Pn Noorain binti Ab Hamid Pn Rohani Binti Abdul Jalil HADIAH CABUTAN BERTUAH Pn Nurul Aini binti Bidin @ Ghazali (K) Pn Norhidayah binti Zulkifli En Mohamad Zakaria bin Junus En Azmin bin Ab Aziz SAMBUTAN VIP Pn Khaniza binti Baslan (K) En Mohd Hussaini bin Ismail PERSEMBAHAN Nasyid Cik Nursyahirah binti Che Jaafar (K) Pn Siti Nurmukmin binti Mohamad Naim Tarian Sewang Pn Aznida Suhaini binti Jailani (K) Pn Suraya binti Abu Bakar


30 MULTIMEDIA En Mohammad Afif bin Che Aziz (K) En Muhamad Hafifi bin Mazuki TEKS UCAPAN PENGETUA DAN YDP PIBG Pn Siti Norizan binti Mat Daud (K) Pn. Maslinda Binti Mohamad Fadzil


P E N G H A R G A A N 31 Ir Ts Wan Haswazer bin Wan Mahmod Pengurus Ibu Pejabat TNB Kuala Lumpur (Pemacu Speed-up TS25 SMKPD) En. Mohd Sabri bin Ibrahim (NYDP PIBG SMK Perantau Damai) En. Isma Saiful bin Saupi Pengetua SMK Perantau Damai (merangkap Penasihat PIBG SMK Perantau Damai) AJK PIBG SMK Perantau Damai Sesi 2023/2024 Barisan Pentadbir, Guru-Guru dan Kakitangan SMKPD Koperasi SMK Perantau Damai Rompin Berhad YB Dato’ Abdul Khalib bin Abdullah Encik Baslan bin Ijoh Ah Siong Timbang Sawit Kg Alai Warung Pak Razak Keratong 10 Puan Siti Nor Baizura binti Amer Puan Fatimah binti Khodip Ladang Kota Bahagia Masjid Kota Bahagia JPKK Kota Bahagia Fatul Kitchen Kota Bahagia Haida Corner Lubuk Batu, Kota Bahagia Mah Maju Kedai Runcit Kota Bahagia En Ismail (Tauke kantin Kilang KSKB) Kedai Makan Mak Ros Legacy Kota Bahagia Simah Bakery Kota Bahagia Kedai Makan Roti Canai Kota Bahagia Penyumbang-penyumbang dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.


Click to View FlipBook Version