The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kenwatanabe696969, 2021-02-23 05:25:59

KARANGAN RESPONS TERBUKA PT3

KARANGAN RESPONS TERBUKA PT3

KARANGAN
RESPONS TERBUKA
Ujian Bertulis BM 02/2

TEKNIK MENGARANG
Cikgu Nurul Aniza binti Paiman

SMK PADUKA TUAN

Bahagian B - Karangan Respons Terbuka

1. Markah yang diperuntukkan 30 markah.
2. Masa menjawab anggaran 45 minit.
3. Bilangan patah perkataan tidak kurang 180 patah

perkataan

4. Ada 3 pilihan soalan, pilih satu soalan sahaja.

Panduan Asas Menjawab Karangan

Bil. Perkara Keterangan

1 Baca soalan dengan - Gariskan kehendak soalan/ kata kunci
teliti soalan

2 Senaraikan isi penting - Buat isi dalam bentuk peta minda/
point

3 Mula menulis - Tulis pendahuluan, huraikan isi dengan jelas.
karangan Pastikan bilangan perkataan mencukupi.

4 Baca dan semak - Potong perkataan yang salah dan tuliskan
kesalahan bahasa perkataan sebenar pada tempat yang sesuai.

Soalan Bahagian B (30 markah)

Maklumat di bawah berkaitan tentang ilmu pengetahuan.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam
kehidupan.
Panjangnya huraian hendaklah tidak kurang daripada 180 patah
perkataan.



Analisis isi penting

*murid perlu beri idea/isi sendiri berdasarlam kehendak soalan

Isi Penting(Kepentingan Ilmu Pengetahuan dalam kehidupan) :

1. Menjamin masa hadapan
2. Meningkatkan tarah hidup
3. Disanjung tinggi oleh masyarakat
4. Melahirkan generasi muda yang berpengetahuan

Cara analisis soalan

➢Kenal pasti soalan kehendak soalan

( KELATOR, KFC @ FCUK )

• Tema/ tajuk : Ilmu Pengetahuan
• Tugasan:

– Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan

Golongan sasaran : generasi muda/ remaja/murid

➢Tulis jawapan mengikut kerangka karangan yang terdiri daripada

pendahuluan, isi dan penutup.

ANALISIS KATA KUNCI

Kata kunci arahan soalan Kata sama makna/ sinonim

Faktor Punca, sebab, alasan
Faedah Kebaikan, manfaat, kepentingan, kelebihan, keutamaan

Kesan Implikasi, impak, natijah, akibat
Langkah Usaha, cara, kaedah, tindakan, inisiatif
Peranan Tugas, tanggungjawab, fungsi
Ciri-ciri Kriteria, sifat, bentuk
Kekangan Masalah, halangan, rintangan, aral
Keburukan Kelemahan, kepincangan, kekurangan
Sumbangan Jasa, bakti

AYAT TEKNIK UCAP
Umum
Contoh HURAIAN
Arah Bina penyataan umum tentang tema / isu soalan
Persoalan Nyatakan contoh tentang tema/ isu soalan
Bina pernyataan yang menjurus kepada arahan soalan
Bina ayat persoalan tentang arahan soalan

PENDAHULUAN
( ucap)

Ilmu pengetahuan amat penting untuk setiap individu. Hal ini dikatakan
demikian kerana ilmu pengetahuan akan menjamin kesejahteraan dan
kebahagiaan diri kita. Namun demikian, ilmu pengetahuan masyarakat Malaysia
pada hari ini masih di tahap rendah. Buktinya, secara purata rakyat Malaysia
hanya membaca satu muka surat buku sahaja. Persoalannya, apakah
kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan? Persoalan ini akan dikupas
hingga ke akar umbi.

Teknik rangkai minda ifOKUS/ SiABiDiBaM

Isu/ Tema

Fokus

(arahan/ tugasan soalan)

Isi

❑ Siapa? – orang/subjek
❑ Apa? -perkara
❑ Bila? - masa
❑ Di mana? - tempat
❑ Bagaimana? - cara
❑ Mengapa? Sebab/kesan

Perenggan Isi

AYAT AYAT
PENYATAAN + HURAIAN

ISI

AYAT AYAT AYAT
PENEGASAN KESAN CONTOH

Isi 1

Kepentingan ilmu pengetahuan ialah ilmu pengetahuan dapat
menjamin masa hadapan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana murid
yang mempunyai ilmu pengetahuan dan cemerlang dalam pelbagai bidang
akan mendapat masa depan yang lebih cerah. Sebagai contoh, murid yang
berjaya dalam peperiksaan akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi seperti di universiti atau kolej Selepas habis belajar,
pastinya mereka akan mendapat pekerjaan yang baik dan menjawat
jawatan yang besar. Hasrat dan cita-cita kita akan terca[ai jika kita
mempunyai ilmu kerana ilmu itu pelitu hidup. Oleh itu tegaslah bahawa,
ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan kerana dapat
menjamin masa depan kita dengan lebih cerah.

Kesimpulan

Ayat kesimpulan
(Arahan soalan dalam bentuk penegasan)

Ayat hujah
(berkait dengan ayat penyimpul)

Ayat cadangan
(perlu kerjasama / berganding bahu)

Ayat kesan
(kesan daripada cadangan terhadap masyarakat / negara)

Penutup

( kch)

Berdasarkan perbincangan yang panjang lebar ini, terbuktilah
bahawa generasi muda pada hari ini haruslah memainkan
peranan dengan menimba ilmu pengetahuan. Mereka harus
sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan dan berusaha untuk
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Semoga usaha
tersebut dapat melahirkan masyarakat cemerlang, gemilang dan
terbilang. Akhir kata, tepuk dada tanya selera kerana perubahan
perlu bermula dalam diri kita.

DIRI Analisis siapa?
KELUARGA
MASYARAKAT SIAPA????
SEKOLAH Saya, pelajar, murid, seseorang itu, setiap individu dan remaja
KERAJAAN Ibu bapa, adik-beradik, abang, kakak, datuk @ nenek dan saudara mara
MEDIA MASSA
Komuniti setempat, rukun tetangga, jiran tetangga, kepelbagaian kaum (Melayu,
Cina, India, Kadazan dan Melanau)
Pengetua, pentadbir, guru disiplin, guru mata pelajaran, kaunselor, unit
kokurikulum, guru/ahli sukan dan permainan
Pihak berkuasa – PDRM( tema- jenayah/masalah sosial), KPM – (pendidikan)

Media cetak – surat khabar, poster
Media elektronik - televisyen (iklan, dokumentari, darma, filem)
Media sosial – Instagram, Facebook, WhatSApp, Telegram


Click to View FlipBook Version