TEKNIK PENULISAN
KARANGAN PT3
ASPEK-ASPEK PENTING
TENTANG KARANGAN
RANGKA KARANGAN
PERENGGAN KETERANGAN BIL. PERKATAAN
Pendahuluan 1 Perenggan 30 Perkataan
Isi 4 Isi = 4 Perenggan 4x40 : 160 Perkataan
Penutup 1 Perenggan 30 Perkataan
(Keseluruhan) 6 Perenggan 180 patah perkataan
JENIS-JENIS PENDAHULUAN DALAM PENULISAN KARANGAN
APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM KARANGAN
a) Menarik perhatian dan minat pembaca
b) Menunjukkan arah kepada pembaca tentang
persoalan yang akan disentuh dalam isi karangan
c) Menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan
dengan kehendak soalan
APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?
a) Tepat dengan kehendak soalan
b) Jelas dan sesuai dengan kehendak soalan
c) Menggunakan bahasa yang tepat dan jelas
d) Ada perkaitan/kesinambungan dengan isu yang
dibincangkan dalam isi karangan
e) Ditulis dalam satu perenggan
f) Tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan
Umpama sebuah pintu, pendahuluan
sangat penting bagi menarik minat
pembaca untuk mengetahui isi-isi yang
akan dikemukakan oleh penulis dalam
karangan.
JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN
1. Pendahuluan jenis definisi
2. Pendahuluan jenis pendapat
3. Pendahuluan jenis suasana
4. Pendahuluan jenis persoalan
5. Pendahuluan jenis peribahasa
6. Pendahuluan puisi
7. Pendahuluan gabungan
1. PENDAHULUAN JENIS DEFINISI
memberikan takrif-makna-definisi (dengan merujuk kamus)
Contoh:
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-
undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang
dewasa melahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah
kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997
kepada 43 210 kes pada tahun 1998. Di samping itu, kesalahan yang
dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha
pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah.
2. PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT
- Menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh:
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A Bhg Dr. Mahathir Mohamad,
pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan.
Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali.
Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada
masa yang sama meneruskan pembangunan. Langkah-langkah yang
drastik harus diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan dapat
diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran dapat
dielakkan.
3. PENDAHULUAN JENIS SUASANA
- Menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.
Contoh:
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang
bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan
mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang
yang memandu kami. Sepanjang perjalanan ke puncak Bukit
Fraser, sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba
yang akan kami lalui nanti.
4. PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN
- - Mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk.
Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi
diri mereka. Apakah yang akan dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan
kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya? Apakah dengan
berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai
kecemerlangan? Soalnya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan?
5. PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA
- - Memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh:
Peribahasa Melayu “ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan
“seperti aur dengan tebing” amat sesuai kea rah mewujudkan masyarakat
penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan siat-sifat yang
menggambarkan wujudnya hubungan kasih saying dalam sesebuah
komuniti. Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat semakin hari
semakin terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-punca permasalahan
ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.
6. PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU
- Mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema karangan.
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran air mata bila mengenangkan
Betapakah besar budi, ibunda berikan
siang malam..menderita hingga entah bila
sungguh besar pengorbanan ibunda berikan
Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini. Ibu telah melahirkan
dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang Berjaya dan berguna kepada keluarga, bangsa dan
tanah air. Kasih saying dan budi seseorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi sudah
menjadi tanggungjawab anak-anak untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.
7. PENDAHULUAN GABUNGAN
Menggabungkan semua jenis pendahuluan
Contoh:
Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinikan sebagai
kegiatan laku musnah yang berkaitan dengan tindakan merosakkan atau
memusnahkan harta benda termasuk kemudahan awam. Gejala
memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas,
telefon awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya. Persoalannya
mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan
remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung
gejala ini?