KOPERASI MITRA USAHAWAN BERHAD
Dewan Serbaguna @ Level 9
Legasi Kampung Baru
Jalan Raja Muda Musa,
50300 Kuala Lumpur
1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKASURAT
1 NOTIS MESYUARAT AGUNG 3
2 SENARAI AJK MESYUARAT AGUNG 4
3 ATURCARA MAJLIS 6
4 UCAPAN PENGERUSI 8
5 SENARAI ALK MESYUARAT AGUNG 11
6 AGENDA MESYUARAT KALI KE-15 13
7 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-14 15
8 LAPORAN AHLI LEMBAGA KOPERASI 21
9 LAPORAN KEWANGAN 25
10 PROGRAM PEMBIAYAAN MESRA 32
11 AR-RAHNU 43
12 SEKALUNG PENGHARGAAN 46
2
NOTIS MESYUARAT 3
AHLI JAWATAN
KUASA
MESYUARAT
AGUNG KALI KE -
15
4
AHLI JAWATANKUASA AGM KALI KE-15
5
ATURCARA MAJLIS
6
ATURCARA MAJLIS
8.00 Malam – ketibaan Dif Jemputan
8.15 Malam – Ketibaan Puan Anis Syahira Binti Azhar
8.30 Malam – Bacaan Doa Oleh Tn Hj Mohamad Bin Mahadi.
8.35 Malam – Ucapan Kata-Kata Aluan daripada:
Mohd Nasir Bin Mohd Rashid
Pengerusi Koperasi Mitra Usahawan Berhad (KOMITED)
8.45 Malam – Ucapan Perasmian Oleh:
YBhg Puan Anis Syahira Binti Azhar
Penolong Pengarah Nasional F, Suruhajaya Koperasi Malaysia
9.00 Malam -Mesyuarat Agung Tahunan dimulakan.
9.45 Malam - Cabutan Bertuah
- Penyampaian Cenderahati dan Sessi Bergambar
- Pegawai SKM Pulang
-Cabutan Bertuah
-Agihan Dividen
-Pemberian Zakat Pendidikan Anak-Anak Komited
-Cabutan Bertuah
• Sebarang perubahan akan dimaklumkan.
7
UCAPAN
PENGERUSI
KOPERASI
8
UCAPAN
TUAN HAJI MOHD NASIR MOHD RASHID
PENGERUSI KOMITED
Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan rahmatnya dapat kita bersama-
sama berada dalam dewan ini bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli bagi menghadiri Mesyuarat
Agung Tahunan Koperasi Mitra Usahawan Berhad untuk kali ke 15 setelah mesyuarat yang sama diadakan
pada tahun lalu di Melaka. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua ahli yang telah datang dari pebagai
negeri dalam Malaysia dan daripada pelbagai rangkaian perniagaan.
Kita semua bakal menghabiskan tahun 2021 yang penuh cabaran. Setelah diuji dengan wabak Covid 19, kita
berasa amat bersyukur kerana masih dipanjangka usia dan Koperasi Komited tetap kekal utuh dalam
menjalankan fungsinya sebagai koperasi kredit dan perniagaan Ar Rahnu Di Johor Bahru.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Komited berhasrat untuk mempelbagaikan rangkaian perniagaan supaya setiap ahli dalam Komited boleh
merasai limpahan rezeki yang ada. Keluarga para ahli Komited telahpun berkembang daripada kecil menjadi
besar. Kita semua bakal berdepan dengan ujian dan cabaran getir pada masa hadapan yang kita sendiri
masih belum tahu. Namun tugasan dan cabaran ini bukan mudah apabila ia memerlukan kerjasama dan
komitmen yang tinggi daripada setiap ahli. Sebagai koperasi kewangan kredit saya berhasrat untuk
melibatkan lebih ramai ahli dalam rantaian perniagaan ini.Seorang ahli menjadi marketing kepada ahli-ahli
yang lain tidak mengira kepada saudara mara, sahabat handai mahupun orang-orang disekeliling kita supaya
nama Komited meniti dibibir dan dikenali di seluruh Malaysia. Jangan lah kita berkira dengan setiap tugasan
yang diamanahkan kerana semua mempunyai tanggungjawab masing.Jika kita berusaha bersama-sama
untuk berjaya, maka hasilnya akan terpulang kepada tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini.
Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amat ditagih untuk terus mempromosikan produk komited sama ada
permintaan terhadap pembiayaan peribadi, pembaharuan lesen moto dan kereta atau pun perniagaan Ar
Rahnu yang satu-satunya kini berada di Johor Bahru.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Saya memahami bahawa koperasi kita menghadapi kekangan dari segi modal. Apabila menceburi bidang Ar
Rahnu dan koperasi Kredit, pastinya wang menjadi kayu ukur. Kita memerlukan modal yang besar bagi
tujuan melaksanakan misi dan visi ini. Sebagai Pengerusi Komited, saya berusaha sehabis baik untuk
mendapatkan pinjaman daripada Bank-bank yang ada di negara kita. Ini termasuk lah mendapatkan
pembiayaan daripada Bank Rakyat dan Bank Persatuan bagi menjayakan hasrat ini. Bukan mudah untuk kita
mendapatkan pembiayaan sekiranya koperasi kita tidak kukuh, kewangan kita tidak stabil dan pengurusan
kita lemah. Oleh itu, saya berharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama yang padu supaya kita
boleh bekerja dalam pasukan untuk memajukan koperasi kita ini.
9
UCAPAN
TUANH HAJI MOHD NASIR MOHD RASHID
PENGERUSI KOMITED
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Koperasi Komited mempunyai banyak kelebihan. Selain menawarkan kadar pembiayaan yang rendah
kepada penjawat awam dan badan berkanun melalui pembiayaan selama 10 tahun, kami juga turut
berhasrat untuk mendapatkan Kod AG bagi membuka peluang pinjaman yang lebih besar kepada agensi-
agensi berkaitan agar keupayaan untuk memberi pinjaman dapat dipertingkatkan
Sebagai koperasi kecil yang usianya masih setahun jagung, saya yakin koperasi kita boleh berkembang
maju dan menjadi antara 100 koperasi terbaik di Malaysia satu hari nanti dan tidak mustahil, koperasi
Komited boleh menjadi Koperasi Koop Bank satu hari nanti. Oleh yang sedemikian saya menyeru anggota
sedia ada untuk turut sama berkempen bagi menambah keanggotaan. Secara tidak langsung ia akan
meningkatkan jumlah modal syer sedia ada supaya Komited dapat bergerak pantas dalam sektor
perkhidmatan kewangan.
Tuan-Tuan dan Puan Puan
Sehingga kini, Komited telahpun memberikan pembiayaan sebanyak RM 2 Juta kepada kira-kira 100
orang penjawat awam dan badan berkanun dalam tempoh 5 bulan yang lalu dan saya berhasrat agar
penambahan modal dapat dibuat pada tahun hadapan. Saya mensasarkan jumlah pembiayaan akan
meningkat pada tahun hadapan iaitu sebanyak RM 30 Juta. Kita juga sudahpun membuat pelaburan
dalam memperkasakan system Komited melalui perlantikan syarikat Bumiputera yang ahli dalam
bidangnya supaya gerak kerja Komited berada dalam paksinya. Kita juga tidak teragak-agak untuk
membuat pelaburan yang lebih besar dalam mengemaskini system Komited agar lebih terkini dan
mengikuti arus semasa bagi tujuan perekodan yang lebih sistematik demi kesinambungan perniagaan ini
di masa hadapan.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati,
Halatuju Komited sememangnya amat besar. Kita bersiap sedia untuk mempelbagaikan cabang
perniagaan pada tahun hadapan. Sama ada dalam bidang hartanah, perladangan mahupun industry
pengguna. Pelbagai projek telah dirangka bagi memenuhi hasrat ini dan pastinya kerjasama para ahli
diperlukan bagi tujuan ini. Saya percaya Tuan-Tuan dan Puan-Puan bakal menjadi duta kecil Komited bagi
kami menzahirkan hasrat ini.Insya Allah.
Saya tidak berhasrat untuk bercakap lebih panjang.Namun, harapan saya amat menggunung tinggi.
Marilah kita bersama-sama menaikkan nama Komited supaya pada akhirnya ia dapat memberi manfaat
kepada tuan-tuan dan ahli keluarga kita. Semoga tahun hadapan yang mendatang akan lebih cemerlang
dari tahun-tahun sebelumnya.
10
Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufik Wahidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
AHLI LEMBAGA
KOPERASI (ALK)
MESYUARAT
AGUNG KOMITED
KALI KE-15
11
AHLI LEMBAGA KOPERASI
12
DISEDIAKAN OLEH : KOPERASI MITRA USAHAWAN BERHAD (W-6-0410)
AGENDA
MESYUARAT
AGUNG KOMITED
KALI KE-15
13
AGENDA MESYUARAT AGUNG
KOPERASI MITRA USAHAWAN BERHAD
KALI KE 15
1. Melantik Pengerusi Mesyuarat Agung Komited Kali Ke 15
2. Melantik seramai enam orang dari kalangan anggota dan
empat orang dari lembaga sebagai penentusah kepada
Minit Mesyuarat Agung Khas yang lalu
3. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Khas yang lalu.
4. Membentangkan Laporan Tahunan Lembaga
• Slide Presentation Komited
• Slide Presentation Sistem
5. Menimbang dan meluluskan akaun beraudit berakhir 31
April 2022
6. Pengguguran dan Perlantikan satu pertiga dari ahli
Lembaga Koperasi
7. Menentukan jumlah Had Pelaburan dari wang lebihan
koperasi
8. Menentukan jumlah had maksimum keterhutangan
koperasi.
9. Meluluskan perlantikan juruaudit luar, sekurang-
kurangnya dua syarikat
10.Ucapan penangguhan
14
MINIT
MESYUARAT
AGUNG KOMITED
KALI KE-14
15
16
LAPORAN AHLI
LEMBAGA
KOPERASI
21
LAPORAN AHLI LEMBAGA KOPERASI
1. MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI
Sepanjang tempoh perkhidmatan Lembaga Koperasi dari 25 Februari 2022 hingga 02
Disember 2022, jumlah Mesyuarat Bulanan Anggota Lembaga ialah 07 kali telah
diadakan. Kehadiran Anggota Lembaga
2 Jan 25 Feb 13 Julai 18 Julai 05 Ogos 08 Nov 02 Dis JUMLAH
NAMA
2022 2022 2022 2022 2022 2022 2022 KEHADIRAN
√ √ √ √ √
Mohd Nasir Bin
√ × 6/7
Mohd Rashid
√ √ √ √ √
Halim Shah Bin Abd
√ × 6/7
Hamid
√ √ √ √ √ √
Norayusliza Binti
√ 7/7
Ab Karim
√ √ √ √ √ √
Nuraini Binti
√ 7/7
Ahmad Tarmizi
√ √ √ √ √
Normala Ayu Binti
√ × 6/7
Mohamad Jidin
√ √ √ √ √
Mohammad Bin
√ × 6/7
Mahadi
√ √ √ √
Rodziah Binti
√ × × 5/7
Sallehudin
√ √ √ √ √
Sammaituha Najwa
√ × 6/7
Abdul Wahab
√ √ √ √
Siti Zainab Binti
√ × × 5/7
Zulkapli
2. KEDUDUKAN ANGGOTA
Jumlah anggota Koperasi Mitra Usahawan Berhad setakat 1 Disember 2022
adalah seramai 175 orang.
3. LAPORAN KEWANGAN KOPERASI MITRA USAHAWAN BERHAD BAGI
TAHUN BERAKHIR 30 APRIL 2022
Berdasarkan Laporan dan Penyata Kewangan KOMITED bagi tahun Kewangan
berakhir 30 April 2022, prestasi kewangan KOMITED telah menunjukkan
peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
22
4. LAPORAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH KOMITED
a) AKTIVITI AR RAHNU X’CHANGE
Aktiviti perniagaan dari Ar Rahnu X’ Change merupakan menyumbangkan
terbesar kepada pendapatan KOMITED iaitu sebanyak RM RM550,872.55
b) AKTIVITI PEMBIAYAAN
Selaras dengan Mesyuarat Agung Khas yang telah diadakan pada 22 Disember
2021, KOMITED telah melaksanakan aktiviti pembiayaan kepada penjawat awam
dan badan berkanun.
Aktiviti ini telah bermula pada Julai 2022 dan sehingga kini telah meluluskan
pembiayaan kepada 85 orang peminjam yang juga merupakan anggota KOMITED
dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM 1,688,900.00.
Sumber dana untuk melaksanakan aktiviti ini adalah melalui pembiayaan dari Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat).
Setiap hari, pihak KOMITED menerima permohonan pembiayaan yang banyak dan
ini dilihat akan memberi impak positif kepada KOMITED.
Jumlah Pengeluaran
Bulan Jumlah pelanggan
(RM)
Jul-22 4,000.00 2
Aug-22 10,000.00 1
Sep-22 57,900.00 5
Oct-22 68,000.00 5
Nov-22 342,000.00 16
Dec-22 1,207,000.00 56
JUMLAH 1,688,900.00 85
Total Disbursement (RM)
600,000.00
500,000.00
400,000.00
300,000.00
200,000.00
100,000.00
-
Jul-22 Aug-22 Sep-22 Oct-22 Nov-22 Dec-22
Total Customer
30
25
20
15
10
5
0
Jul-22 Aug-22 Sep-22 Oct-22 Nov-22 Dec-22
LAPORAN
KEWANGAN
KOMITED
25
LAPORAN KEWANGAN KOMITED
Prestasi kewangan KOMITED bagi tahun berakhir 30.04.2021 telah
menunjukkan peningkatan berbanding tahun yang sebelumnya.
Berdasarkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, didapati koperasi
telah menjana pendapatan sebanyak RM550,872.55 yang mana
pendapatan tersebut diperoleh daripada :
1. Upah Simpan (Ar-Rahnu) 84.08%
2. Dividen diterima (Pelaburan Bank Rakyat) 13.85%
3. Hibah (Bank) 0.25%
4. Caj Pengurusan (RMS) 1.82%
Pendapatan ini meningkat sebanyak 11.49% berbanding tahun lalu.
Kos Jualan bagi tahun 2021 meningkat sebanyak 17.15% manakala Kos
Perbelanjaan yang berjumlah RM367,092.81 menunjukkan penurunan
15.75% berbanding tahun 2020.
KEUNTUNGAN BERSIH KOMITED bagi tahun berakhir 30.04.2021
diperoleh sebanyak RM107,751.61 serta Keuntungan selepas
pembahagian berkanun sebanyak RM99,131.48 berbanding tahun lalu
masing-masing beroleh kerugian bersih (RM24,980.76).
Penyata Aliran Tunai bagi tahun berakhir 30.04.2021 turut menunjukkan
peningkatan berbanding tahun yang lalu. Jumlah Tunai di Bank sebanyak
RM110,351.47 dan Tunai di tangan sebanyak RM323,870.25 berbanding
tahun lalu masing-masing berjumlah sebanyak RM116,550.66 dan
RM88,576.80.
26
27
28
29
30
31
PEMBIAYAAN
MESRA
32
PERNIAGAAN SEMASA KOMITED
PEMBIAYAAN MESRA
Kepada
Seluruh KAKITANGAN KERAJAAN melalui potongan ANGKASA
Konsep Perniagaan
KADAR FAEDAH RENDAH
Pinjaman Mesra Islamik berkonsepkan Tawarruq ditawarkan khas
untuk penjawat awam.
PELBAGAI PRODUK PEMBIAYAAN TERSEDIA
✓ Pembiayaan Mesra UMRAH
✓ Pembiayaan Mesra Peribadi
✓ Pembiayaan Mesra Umrah & Ziarah
✓ Pembiayaan Mesra Cuti-cuti Malaysia
✓ Pembiayaan Mesra Kenderaan (motorsikal & kereta)
✓ Pembiayaan Mesra Insuran Roadtax (motorsikal & kereta)
✓ Pembiayaan Mesra Pengubahsuaian Rumah
✓ Pembiayaan Mesra Barangan Elektrik
✓ Pembiayaan Mesra Barangan Sukan
✓ Pembiayaan Mesra Modal Perniagaan
✓ Pembiayaan Mesra Deposit Rumah
✓ Pembiayaan Mesra Pembelian Emas
✓ Pembiayaan Mesra Mendirikan Rumah Tangga
Hubungi kami sekarang.
Call: 0193696950
Whatsapp: https://wa.me/60193696950
Email: [email protected]
FB: Komited - Koperasi Mitra Usahawan Berhad
?
Tawarruq adalah satu pengaturan pembiayaan di mana pelanggan akan menerima wang
tunai di akhir pengaturan pembiayaan tersebut melalui rangkaian transaksi jualan untuk
memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli yang melibatkan dua peringkat transaksi.
Peringkat pertama transaksi adalah pembeli akan membeli aset dengan bayaran tertunda
iaitu beli secara hutang daripada penjual asal. Seterusnya, pada tahap kedua, pembeli akan
menjual aset tersebut kepada pihak ketiga secara langsung dan tunai.
Ia disebut sebagai Tawarruq kerana pembeli membeli aset tersebut dengan pembayaran
tertunda namun tanpa niat untuk menggunakan atau memanfaatkannya. Pembeli menjual
aset tersebut hanyalah semata-mata untuk mendapatkan wang tunai dengan segera. Secara
praktikal, Tawaruq dikenali sebagai murabahah komoditi dan biasanya digunakan secara
meluas untuk produk deposit, pembiayaan peribadi, pembiayaan rumah, pembiayaan aset,
dan kad kredit.
Elemen Penting Dalam Tawarruq
1.Pihak yang mengadakan perjanjian (pembeli dan penjual).
2.Ijab & Qabul (tawaran & penerimaan)
3.Aset
4.Harga
Hukum Syariah Tawarruq
Ulama fikah berbeza pendapat mengenai pengaplikasian Tawarruq. Sebahagian ulama
menolak manakala sebahagian lagi menyokong akan pengaplikasian Tawarruq. Para sarjana
yang menyokong penggunaan Tawarruq dan berpendapat bahawa ianya dibenarkan dalam
Islam berdasarkan firman Allah S.W.T di dalam al- Quran, surah al- Baqarah ayat 275 yang
menyatakan bahawa “…Allah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan
riba…”.
Sebaliknya, mereka yang menentang Tawarruq dan tidak membenarkannya kerana Tawarruq
mengandungi tipu muslihat (hilah) yang mana ianya membawa kepada pinjaman wang
beserta faedah yang diharamkan oleh Syariah Islam. Malaysia merupakan salah satu negara
yang berpendapat dan berpegang bahawa Tawarruq
dibenarkan berdasarkan justifikasi dari Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dalam
mesyuarat ke-51 mereka, 28 Julai 2005,
seperti yang berikut:
•Firman Allah S.W.T: “…Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli dan
•mengharamkan riba…” (al- Baqarah: 275).
•Kaedah hukum yang mengatakan: “Hukum asal dalam muamalat adalah harus,
kecuali jika ada dalil yang megharamkannya”.
•Pendapat daripada mazhab Hanafi, Hanbali, dan Syafie yang berpegang bahawa Tawarruq
adalah harus dan dibenarkan dalam Islam.
PROMOSI DI BOOTH
PROMOSI DI BOOTH
PROMOSI DI BOOTH
39
40
41
42
AR-RAHNU
43
AR – RAHNU X’CHANGE
No.12, Jalan Uda Utama 3/15, Bandar Uda Utama, 81300 Skudai Johor
LOKASI
AR-RAHNU X’HANGE BANDAR UDA UTAMA
No.12, Jalan Uda Utama 3/15, Bandar Uda Utama,
81300 Skudai Johor
Tel : 07-2325325 Fax : 07-2343917
46