JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43657 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN MPU3471a KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM KRS Nama : NURUL ASHIKIN BINTI MOHD RADZI No. K/P : 030510-02-0130 Angka Giliran : 2021202340437 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : T2S2.06 Nama Pensyarah : TUAN HALIMI BIN NAHARAWI Tarikh Hantar : 11 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Shikin Tarikh : 11 MAC 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Shikin Tarikh : 11 MAC 2024
. KADET REMAJA SEKOLAH . Nurul Ashikin binti Mohd Radzi IPGMK PENDIDIKAN ISLAM
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, saya mulakan madah dengan merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT,atas keizinan-Nya, dapat saya menyelesaikan kerja kursus ini dengan jayanya. Seterusnya, sekalung penghargaan saya hadiahkan kepada pensyarah kursus Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah, Tuan Halimi bin Naharawi atas kesungguhan beliau dalam membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan di samping sibuk dengan urusannya sebagai seorang pensyarah yang berjaya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang menjadi tulang belakang dalam menempuh segala cabaran sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan ini berlangsung. Berikutnya, terima kasih yang tidak terhingga saya zahirkan kepada barisan sahabat serta semua individu yang banyak membantu sama ada secara langsung atau sebaliknya. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini, untuk memohon keampunan atas kekurangan dalam tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Sekian, terima kasih. Penghargaan Assalamualaikum, Daripada : Shikin
KADET REMAJA SEKOLAH ISI KANDUNG 1.0PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 1.1Prinsip-Prinsip Asas Pertubuhan 1.2 Perlembagaan Pertubuhan 1.3 Logo 1.4 Bendera dan Lagu KRS 1.5 Moto 1.6 Pakaian KRS/TKRS 1.7 Persetiaan / Ikrar Dan Undang-Undang Pertubuhan 2.0 SEJARAH PERTUBUHAN 2.1 Objektif Penubuhan KRS 2.2 Sejarah Pengasas KRS 2.3 Sejarah Penubuhan KRS 2.4 Istiadat Majlis Rasmi 2.4.1 Istiadat Perbarisan 2.4.2 Istiadat Perhimpunan 2.4.3 Istiadat Pentauliahan 3.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN 3.1 Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa 3.2 struktur dan organisasi 4 Peringkat 3.2.1 Kebangsaan 3.2.2 Negeri 3.2.3 Daerah 3.2.4 IPG 3.3Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan Kumpulan 3.4Struktur dan organisasi Majlis Tadbir Unit Beruniform KRS IPGM KPM
KADET REMAJA SEKOLAH 4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 4.1 Pendaftaran Ahli Dan Kumpulan 4.2 Kuasa Penganjur 4.3 Pengurusan Buku Log/ Folio / Laporan 4.4 Struktur Kompeni, Platun Dan Seksyen 4.5 Sistem Pangkat 4.5.1 KRS IPG 4.5.2 KRS Sekolah Menengah 4.5.3 TKRS Sekolah Rendah 5.0 PERANCANGAN ORIENTASI UNIT BERUNIFORM 5.1 Rancangan Tahunan Aktiviti TKRS Aras 1 5.2 Rancangan Tahunan Aktiviti TKRS Aras 2 5.3 Rancangan Tahunan Aktiviti TKRS Aras 3
MAKLUMAT PERIBADI NAMA : NURUL ASHIKIN BINTI MOHD RADZI NO KAD PENGENALAN : 030510-02-0130 ANGKA GILIRAN : 2021202340437 NO TELEFON : 0105266069 NO MATRIK : P21206108 PROGRAM : PISMP SEMESTER : SEMESTER 2 TAHUN 2 AMBILAN : JUN 2021 OPSYEN : PENDIDIKAN ISLAM KAMPUS : IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM E-MEL : [email protected] KURSUS : MPU3471a UNIT BERUNIFORM : KADET REMAJA SEKOLAH
DISIPLIN YANG KENTAL PEGANG TEGUH KEPADA AGAMA CINTA AKAN AGAMA SANGGUP BERKHIDMAT KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. Ia juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salahguna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. Ia juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkanakhlak beragama serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga. Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. Ia juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zama dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukun negara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan. KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Ia juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
NAMA ALAMAT BERDAFTAR PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Pasukan Badan Beruniform ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasan KRS bagi sekolah. Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian PelajaranMalaysia, Aras 1&7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604, Putrajaya. Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS) Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama (PPD Petaling Utama) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam, Selangor PERINGKAT KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERINGKAT DAERAH PERINGKAT SEKOLAH
KAD ET REMAJA SEKOLAH PERISAI melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. BULAN DAN BINTANG melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. DUA TANGKAI PADI BERSILANG melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. BUKU YANG TERBUKA DAN REHAL melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. WARNA HIJAU melambangkan alam sekitar yang sihat. WARNA MERAH melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. WARNA KUNING melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. WARNA PUTIH melambangkan keikhlasan serta kesucian.
Warna Hijau melambangkan : ·Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. ·Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. .Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah
KAD ET REMAJA SEKOLAH ILMU IMAN AMAL ‘ILMU,IMAN,AMAL’ Asas keintelektualan dan keterampilan ahli KRS/TKRS Keimanan yang medalam merupakan asas pembinaan diri Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri
KADET REMAJA SEKOLAH 1.6 Pakaian KRS 1) PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN Pakaian Pegawai
KADET REMAJA SEKOLAH
KADET REMAJA SEKOLAH
KADET REMAJA SEKOLAH
KADET REMAJA SEKOLAH PAKAIAN KRS / TKRS SEKOLAH
KADET REMAJA SEKOLAH
KADET REMAJA SEKOLAH
KADET REMAJA SEKOLAH
KADET REMAJA SEKOLAH
“Bahawasanya kami kadet remaja sekolah Malaysia berjanji dan bersetia akan menyemai semangat patriotik, tetap berdisiplin, berakhlak mulia, berilmu, beriman dan beramal. Kami juga akan memupuk semangat keusahawanan, mencintai alam sekitar, mempunyai ketahanan mental dan fizikal, bersedia berkhidmat untuk masyarakat demi agama, bangsa dan negara serta mendukung rukun agama dan rukun negara sepanjang masa kami menjadi ahli kadet.”
KAD ET REMAJA SEKOLAH Menepati masa. Dilarang memakai jam tangan, gelang dan yang dikaitkan. Sentiasa membawa buku log. Berpakaian kemas. Panggilan kepada AJK dalam perjumpaan mengikut jawatan dan pangkat yang disandang oleh AJK tersebut. Tindakan akan dikenakan kepada ahli jika tidak hadir tanpa sebab. Jika tidak hadir serta mempunyai alasan, sistem surat menyurat perlu dibuat dan tandatangan ibu bapa mesti ada didalam surat tersebut (WAJIB). Setiap ahli atau AJK yang melanggar undang-undang KRS sebanyak 3 kali, akan dikenakan denda mengikut arahan Presiden atau guru Penasihat. Setiap ahli atau AJK dibenarkan keluar tanpa kebenaran AJK atasan dan Guru Penasihat. Menghormati setiap AJK dan ahli.
Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, mampu bersaing kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah laku kegunaan dadah, budaya lepak dan kes-kes juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar bersifat patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa dalam kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya
Allahyarham Muhammad Thani Bin Shaaban berlahir di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Bapanya Shaaban bin Daud adalah bekas Guru Besar di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang. Bondanya Norma Binti Abdul Rahman adalah suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Minatnya dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah Berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu pada 28 Februari 1985. Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kadet Remaja Sekolah telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong KualaLumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam. Matlamat utama penubuhannya adalah melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik serta berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menjayakan Wawasan 2020.
KADET REMAJA SEKOLAH 2.3 Sejarah Penubuhan KRS Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma’ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi
KADET REMAJA SEKOLAH nama KADET PUTERA – PUTERI ISLAM (KPIM) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). 2.4 Istiadat Majlis Rasmi 2.4.1 Istiadat Perbarisan Perbarisan merupakan satu bentuk kawad yang dilakukan oleh satu kumpulan anggota yang diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu kontinjen dalam satu formasi kawad Ia diadakan untuk memberi penghormatan atau penghargaan bagi sesuatu acara seperti kawalan kehormat, hari sukan, tamat latihan/watikah/terima sijil, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari jadi pasukan, menyambut pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental adakalanya perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi / tidak rasmi. Tujuan Istiadat perbarisan Memberi garis panduan bagaimana melaksanakan perbarisan supaya perkara-perkara asas dan prosedur yang sedia ada harus dipatuhi agar ia lebih kemas, teratur dan seragam. Tarikh, tempat dan Masa Tarikh yang dipilih hendaklah disesuaikan dengan jadual- jadual ‘orang penting’. Faktor kekuatan (bilangan) anggota harus juga diambil kira. Pemilihan tempat hendaklah ditentukan berdasarkan kesesuaian majlis yang hendak diadakan . Masa hendaklah ditetapkan pada masa yang sesuai. Pegawai Perbarisan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Kadet Remaja Sekolah berkursus atau apa-apa upacara majlis hendaklah mengikut keperluan, jika melebihi anggota 36 orang hendaklah dikira sebagai Kontijen besar dan jika kurang 36 anggota adalah sebagai Kontijen kecil.
KADET REMAJA SEKOLAH Pembaca doa Seorang pembaca doa mestilah dilantik bagi membaca doa dalam sesuatu perbarisan. Pembaca doa mestilah dipilih dari mereka yang mempunyai kepakaran serta nada suara yang jelas ,terang dan baik. Ia hendaklah hadir bersama semasa raptai diadakan. Teks doa hendaklah sesuai dengan keperluan perbarisan,sederhana dan tidak terlalu panjang. Pembaca doa boleh dilantik dalam kalangan Kadet atau Pegawai Kadet Remaja Sekolah. 2.4.2 Istiadat Perhimpunan Persiapan Tempat Pentas = Pentas merupakan “wajah” kepada majlis yang diaturkan. Kerusi Vip Kerusi = VIP hendaklah disusun dengan betul mengikut kekanan. Backdrop Dan Hiasan Pentas = Backdrop hendaklah diletakkan pada papan backdrop di tengah - tengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada keseluruhan Kawasan penglihatan para tetamu. Penggunaan logo, gambar atau warna hendaklah bersesuaian dan boleh di baca oleh tetamu kabur warna. Meja Hadiah = Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan kedudukan kerusi juga meja meletak hadiah (selepas penerima menerima hadiah) Tetamu pada kedudukan kiri (menghadap pentas) di bawah pentas. Bendera = Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas atau pada tiang tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas. Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan kekananan yang betul. Kedudukan kerusi tetamu = Kedudukan kerusi tetamu hendaklah di susun mengikut keluasan dewan dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungi bilangan kerusi yang sama banyak. Terdapat ruang berjalan pada bahagian tengah antara dua kolum dan pada bahagian tepi setiap kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapan dewan (menghadap pentas) dengan jumlah yang mencukupi mengikut senarai tetamu khas yang akan hadir.
KADET REMAJA SEKOLAH Kedudukan kerusi peserta-peserta kursus hendaklah pada kedudukan di belakang kedudukan kerusi tetamu khas manakala tetamu biasa boleh diletakkan pada bahagian belakang selepas peserta-peserta kursus. Tatacara Perhimpunan Ianya hendaklah disusun dengan betul. Majlis pembukaan rasmi atau penutupan rasmi mempunyai tatacara yang sama. Hanya sedikit perbezaan daripada segi kandungan acaranya 2.4.3 Istiadat Pentauliahan Majlis pentauliahan adalah satu majlis rasmi yang memerlukan perancangan dan perlaksanaan berdasarkan protokol dan istiadat rasmi. Majlis pentauliahan terbahagi kepada tiga keadaan majlis. i. Majlis di dalam dewan. ii. Majlis di luar dewan iii. Majlis di dalam pejabat Kebiasaannya, majlis ini diadakan di dalam dewan khususnya bagi kumpulan penerima yang ramai. Majlis boleh juga diadakan di padang kawad atau kawasan lapang. Majlis pentauliahan dalam pejabat pula diadakan jika penerimanya tidak ramai atas sebagai majlis istimewa kepada penerima tauliah atau sijil berkenaan.
KADET REMAJA SEKOLAH 3.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN 3.1 Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa 3.2 struktur dan organisasi 4 Peringkat 3.2.1 Kebangsaan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM ) Bahagian Sekolah Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua orang) Bendahari : Dilantik 3.2.2 Negeri Jawatankuasa Peringkat Negeri Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum Pen.Setiausaha 1 : Penyelia Pasukan Pakaian Seragam Pen.Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS Bendahari : Dilantik Ahli-ahli : Dilantik Termasuk Pegawai Pelajaran Daerah, 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil Jurulatih TKRS Wakil PKPSM dan MGB Juruaudit : Dilantik 3.2.3 Gabungan / Daerah Jawatankuasa Peringkat Pejabat Pelajaran Gabungan ( Sabah dan Sarawak ) Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
KADET REMAJA SEKOLAH Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri Pengerusi : Pegawai Pelajaran Gabungan Tim. Pengerusi : Ketua Unit Setiausaha : Penyelia Kokurikulum Pen. Setiausaha : Pegawai Tadbir Gabungan KRS Bendahari : Dilantik Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB ( Gabungan ) Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri Juruaudit : Dilantik ( 2 orang ) 3.2.4 Daerah Jawatankuasa Peringkat Daerah Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( SPPK ) Setiausaha : Penyelia Pen. Setiausaha : Dilantik Bendahari : Dilantik Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri Juruaudit : Dilantik ( 2 orang ) 3.3 Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan Kumpulan Jawatankuasa Peringkat Sekolah Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri Penasihat : PPD Pengerusi : Pengetua / Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum Setiausaha : Dilantik Penolong Setiausaha : Dilantik Bendahari : Dilantik
KADET REMAJA SEKOLAH Ahli-ahli : ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS ) Juruaudit (2 orang) : Dilantik di kalangan guru 3.4 Struktur dan organisasi Majlis Tadbir Unit Beruniform KRS IPGM KPM 3.4.1 Matlamat Majlis Tadbir Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain 3.4.2 Fungsi Majlis Tadbir 1) Pengerusi Mengurus dan mentadbir pertubuhan Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti Meneliti catatan minit mesyuarat Berhak mempunyai undi pemutus Menandatangani cek-cek 2) Naib Pengerusi Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi 3) Setiausaha Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undang-undang Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi Mengendalikan urusan surat-menyurat Menyimpan buku daftar ahli Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan
KADET REMAJA SEKOLAH Tugas Penolong Setiausaha Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus pertubuhan Menjalankan tugas semasa 4) Bendahari Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira Menandatangani cek-cek yang diterima Mengeluarkan resit Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat 5) Penolong bendahari Menjalankan tugas semasa ketiadaan bendahari Membantu bendahari menyiapkan urusan kewangan Tugas Ketua Patrol Mengetuai satu kumpulan kecil Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan 6) AJK Biasa Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik Tugas Ketua Pentadbir Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di peringkat negeri Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJAR KRS Mencalonkan pegawai-pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di peringkat kebangsaan Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri Penasihat berkaitan dengan logistik KRS negeri Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS ※ Membantu Ketua Unit dan Penyelia KOKO Tanggunjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua perancangan program di peringkat kebangsaan
KADET REMAJA SEKOLAH 7) Jurulatih Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau programberkaitan kejurulatihan KRS Dilantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas – jurulatih dalam sesuatu program Merancang dan melaksanakan program di peringkat negeri Membantu Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai Menyediakan modul kursus kejurulatihan di peringkat negeri Mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih/pegawai Tatacara perkhemahan 8) Pegawai Teknikal Membantu Pegawai Tadbir dan Ketua Jurulatih Dilantik oleh KPM dan MEJAR KRS Membantu Pegawai Tadbir dari aspek Teknikal Melaksana prosedur-prosedur teknikal terhadap semua aktiviti Menyelia ahli jawatankuasa teknikal Bertanggungjawab dari aspek teknikal Menjalankan tugas yang dimaklumkan oleh JPN / Kementerian Tanggungjawab terhadap perjalanan pertandingan kawad kaki di peringkat negeri 9) Pegawai Istiadat Pegawai kanan KRS Negeri Tanggungjawab khas atas penglibatan pegawai & ahli kadet wanita Dilantik oleh KPM & MEJAR KRS Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal & Pegawai Istiadat Negeri Membantu mengenal pasti prestasi, peningkatan & kebajikan jurulatih wanita & ahli kadet Wanita 10) Pegawai Data / Maklumat Mengumpul data atau maklumat tentang : Pegawai, Jurulatih, Ahli kadet Dilantik oleh JPN dan MEJAR KRS
KADET REMAJA SEKOLAH Mengumpul maklumat statistik dan status semua pegawai, jurulatih dan ahli kadet Mengemaskini data dan Buat pendaftaran sekolah, pegawai, jurulatih dan ahli kadet
PENGURUSAN BUKU STRUKTUR UNIT LOG/FOLIO/LAPORAN PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN TAKWIM & PERANCANGAN AKTIVITI PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN KUASA PENGANJUR TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN ANUGERAH & PENILAIAN
·Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. ·Ahli Bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institut pendidikan. ·KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan. ·Keahlian KRS lucut serta-merta apabila pelajar tersebut berhenti atau dihentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/ institusi seperti yang dinyatakan di atas. ·Yuran Keahlian dikenakan sebagai RM1.00 bagi setiap ahli.
Mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan, bertanggungjawab akan semua peraturan, latihan, ujian dan kemajuan pertubuhannya. Satu daftar keahlian hendaklah disimpan sebagai rekod. Menguruskan yuran pendaftaran persatuan dijelaskan padaawal tahun. Mendapat surat kebenaran mengajar dan nombor pendaftaran daripada pesuruhjaya Daerah/ Negari/ Pusat. Menguruskan latihan pasukannya. Menentukan apa-apa jua keperluan peralatan yang dikehendaki. Meyimpan fail-fail dan lain-lain butiran/ maklumat dan sebagainya berkaitan dengan pertubuhan berkenaan. Menghantar salinan laporan aktiviti ke pejabat untuk fail sekolah. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi pertubuhan masing-masing. Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin sekolah atau wakil sekolah. Penganjur dibahagi kepada 4 peringkat: Peringkat Kebangsaan – Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri – Pengarah Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah – Pegawai Pendidikan Daerah Peringkat Sekolah – Guru Besar dan Guru-guru Pembimbing Tanggungjawab Kuasa Penganjur TKRS :
Buku catatan rasmi Kandungan: fakta yang dialami dan dipelajari oleh seseorang ahli KRS Perlu dikemaskini dan ditelti oleh Pegawai KRS/Jurulatih Jemputan Penulisan Log Pelajaran (Latihan mingguan) Penulisan Log Harian (Perkemahan Kursus Ekspedisi Lawatan) Membantu para anggota untuk membuat refleksi kendiri selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Melatih para anggota untuk bersikap bertanggungjawab dalam setiap aktiviti yang dijalankan supaya mampu meningkatkan kualiti latihan dan pengalaman pada diri sendiri dan pasukan. Memupuk nilai-nilai untuk menjadi seorang pemimpin dan pengurus supaya cekap dan bersifat proaktif dalam menjalani tugasan yang diberi. Sebagai bukti dan kebanggaan menjalani pelbagai latihan kursus sepanjang menjadi seseorang anggota BUKU LOG JENIS FUNGSI
i) Pengurusan Mengambil perhatian tentang maklumat pengurusan kem. Panduan menjalankan aktiviti seterusnya. Sumber/ ilmu tersebut hanya didapati daripada pengalaman dan perlu dicatat sendiri. ii) Rujukan Sebagai suatu kerjaya pada masa depan, apabila melanjutkan pelajaran. Bukti dan rujukan jika menjadi jurulatih TKRS iii) Kepimpinan Pengalaman dan pelajaran yang dicatat boleh kekal dalam ingatan Dapat memperbaiki kelemahan/kesilapan. Sebagai rujukan dan panduan. TUJUAN KANDUNGAN · Biodata · Penghargaan · Pendahuluan · Nota Penulisan · Jadual Kursus · Jadual · Penulisan Harian (disertai foto) · Penulisan Pelajaran · Nota Lagu · Nota Pertolongan Cemas · Kreativiti Carta/ Rajah · Lampiran · Autograf · Ulasan Penilaian
LAPORAN · Komponen-komponen yang terdapat di dalam Laporan · Tajuk Negeri Daerah ·Nama persatuan/ kelab Tempat · Tarikh · Ketua penasihat · Bilangan ahli persatuan · Bilangan penceramah jemputan · Bilangan penasihat · Kekuatan aktiviti · Kelemahan · Cadangan penambahbaikan · Senarai nama jurulatih, penceramah · Peserta aktiviti yang terkini · Gambar-gambar semasa aktiviti · Tandatangan /Tarikh
Ketua Kompeni Penolong Ejutan Pegawai Waran Platun A Platun C Platun B Platun D
Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet. Pegawai Platun Staf Sarjan Sarjan Platun Seksyen 1 Seksyen 2 Seksyen 3
Ketua Seksyen Penolong Ketua Seksyen 10 Anggota Kadet Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet.