The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL ASHIKIN BINTI MOHD RADZI IPG-Pelajar, 2024-03-08 06:53:10

SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN-MUHAMMAD EHSAN SHAHIM BIN NORHISHAM

TUGASAN 2-MUHAMMAD EHSAN SHAHIM BIN NORHISHAM

Keywords: STRATIFIKASI SOSIAL

PENTAKSIRAN BERTERUSAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN EDUP3143 Nama : MUHAMMAD EHSAN SHAHIM BIN NORHISHAM Angka Giliran : 2021202340423 No Kad Pengenalan : 031202-06-0581 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Kumpulan/Unit : T2S2.06 Nama Pensyarah Kursus : DR. ROSNINAH BINTI GHANI Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran 1.Ujian 22/1/2024 31/1/2024 2.Penghasilan Produk (1600 patah perkataan) 1/2/2024 5/3/2024 3.Persembahan (Individu) 6/3/2024 15/3/2024 Jumlah Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah. Tanda tangan Pelajar : Ehsan Tarikh: 5/3/2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 100


1 HALAMAN PENGAKUAN “SAYA MENGAKU BAHAWA KERJA KURSUS INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI NUKILAN DAN RINGKASAN YANG SETIAP SATUNYA SAYA JELASKAN SUMBERNYA” TANDA TANGAN : Ehsan shahim TARIKH : 5 MAC 2023


2 Penghargaan Alhamdulillah Segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam kerana masih memberikan kesempatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan penulisan .Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW serta keatas ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda sekalian.Semoga dengan selawat dan salam kit aini menjadi asbab kita mendapat syafaat baginda SAW . Selain itu ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua dua ibu bapa saya selalu menjaga saya tanpa penat Lelah dari kecik sehingga besar .Di samping untuk adik beradik saya yang selalu menghulurkan bantuan Ketika saya dalam kesusahan.dan kesempitan. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada DR. Rosninah Binti Ghani kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Seterusnya kepada sahabat sahabat saya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan penulisan ini.


3 KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 4 2.0 BUDAYA SEKOLAH 2.1 Definisi dan Konsep 2.2 Model budaya sekolah 4 3.0 STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL 6 3.1 Konsep Stratifikasi Sosial 3.2 Konsep Institusi Sosial 3.3 Model stratifikasi sosial 4.0 5.0 6.0 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH 4.1 Pembentukan Struktur Hierarki dalam Pengagihan Kuasa 4.2 Pembentukan Struktur Hierarki dalam Pengagihan Sumber 4.3 Corak Interaksi Sosial PEMBENTUKAN BUDAYA POSITIF SEKOLAH 5.1 Program Mentor Mentee 5.2 Pengagihan Berfokus Keadilan 5.3 Pengamalan Musyawarah PENUTUP RUJUKAN 7 9 10


4 1.0 PENGENALAN Sebagai yang kita sedia maklum persekitaran sekolah di Malaysia yang merangkumi pelbagai etnik menawarkan platform unik bagi pembelajaran dan penghayatan kepelbagaian budaya. Guru-guru diberi peluang untuk memahami, menghargai, dan meraikan warisan budaya yang ada di kalangan murid mereka. Ini bukan hanya memberi kesedaran tentang kepelbagaian etnik, tetapi juga memperkukuhkan nilai-nilai inklusiviti dan saling menghargai. Dalam persekitaran ini, guru berperanan sebagai penggerak pembelajaran lintas budaya, memupuk persefahaman yang mendalam dan memperkukuhkan ikatan sosial di kalangan pelajar. Dengan demikian, persekitaran sekolah yang merangkumi kepelbagaian etnik bukan sahaja membentuk individu yang bertoleransi, tetapi juga masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu.Jadi dalam penulisan saya kali ini kita akan mengkaji hubungan diantara stratifikasi sosial dan institusi sosial boleh memberi impak kepada budaya sekolah. 2.0 BUDAYA SEKOLAH Secara sinoptiknya budaya sekolah merangkumi nilai-nilai, norma, tradisi, dan cara-cara yang mengkarakteristikkan kehidupan di dalam sebuah institusi pendidikan. Ia membentuk persekitaran di mana pelajar, guru, dan kakitangan lain berinteraksi, belajar, dan berkembang di dalam satu komuniti.Contohnya di Sekolah murid-murid diajarkan tentang adab yang mana kita tahu telah menjadi amalan turun temurun masyarakat melayu islam. 2.1 DEFINISI DAN KONSEP Budaya sekolah merupakan satu aspek primer dalam membentuk satu komuniti sekolah yang cemerlang dan maju bagi mencapai kejayaan Kementerian Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Matlamat ini secara jelas menunjukkan budaya sekolah adalah sangat penting dan perlu dibentuk dengan acuan yang betul dan tersusun agar tidak berlaku kepincangan pada masa hadapan (Kaplan,et al 2013).Secara asasnya negara Malaysia menghargai perbezaan adat dan budaya di Negara Malaysia ini yang mana boleh dimanfaatkan dalam memajukan lagi pendidikan di Malaysia. Konsep budaya yang digambarkan


5 dalam sekolah bermula apabila sekolah mempunyai identiti tersendiri bersama perhubungan ritual yang kompleks, sebuah set adat dan kod moral yang tersendiri dapat meningkatkan lagi tahap toleransi dan menghargai dalam sesuatu masyarakat (Maslowski, 2006). 2.2 MODEL BUDAYA SEKOLAH Model Inventori Kesihatan Organisasi (OHI) merupakan satu pendekatan untuk menilai kesihatan sekolah dan menggambarkan iklim sekolah secara menyeluruh. Sekolah yang sihat adalah sekolah yang mampu menyesuaikan diri dalam jangka masa panjang, dapat mengurus tekanan dari luar, dan efektif dalam mengarahkan sumber daya untuk mencapai objektif organisasi. Ini melibatkan penyelesaian masalah luaran seperti keperluan ibu bapa, mengekalkan stabiliti dalam sistem, serta mengekalkan dan menetapkan matlamat yang jelas. Edgar Schein (2004) memperkenalkan Model Tahap Budaya yang menggariskan bahawa budaya sekolah terbentuk melalui proses beransur-ansur seiring dengan perubahan, penyesuaian, dan penyelesaian masalah oleh para guru. Beliau mengenal pasti tiga tahap dalam perkembangan budaya sekolah. Pertama, terdapat ciri-ciri mudah dilihat seperti kod pakaian dan alatan yang ada di sekitar sekolah. Kedua, terdapat kepercayaan dan nilai-nilai yang menjadi asas cara-cara guru berfikir mengenai sekolah. Terakhir, terdapat nilai-nilai yang dianggap penting oleh guru dan mempengaruhi tingkah laku dan amalan di sekolah, seperti pembahagian tugas mengikut gender atau membantu guru yang mengandung. Contohnya guru-guru lelaki akan melakukan kerja yang memerlukan tenaga badan yang kuat seperti mengangkat perabot dan alatan sekolah.


6 3.0 STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL 3.1 KONSEP STRATIFIKASI SOSIAL Menurut Ting Chew Peh (1979), stratifikasi sosial merujuk kepada pemahaman tentang ketidakseimbangan sosial dalam masyarakat. Rohana Yusuf (2010) pula menggambarkan stratifikasi sosial sebagai hierarki yang mengatur kedudukan lapisan masyarakat, yang juga dikenali sebagai "strata", yang membentuk kepelbagaian dalam kehidupan sosial. Engon Emest Bergel memberikan definisi yang hampir serupa, menggambarkan stratifikasi sosial sebagai sistem yang menentukan kedudukan dalam masyarakat yang membawa kepada ketidakseimbangan sosial.Stratifikasi sosial ini terdiri daripada tiga elemen utama iaitu status sosial, kelas sosial, dan kuasa, yang mempunyai ciri-ciri dan nilai tersendiri. Walaupun ada kalanya elemen-elemen ini saling berhubungan dan bersaing, namun persamaan di antara mereka menyumbang kepada ketidakseimbangan dalam kehidupan sosial (Tischler, 2006). 3.2 KONSEP INSTITUSI SOSIAL Menurut Gafri (2015), institusi sosial didefinisikan oleh Judson R. Landis (1986) sebagai struktur norma, peraturan, dan organisasi yang timbul sebagai tanggapan terhadap keperluan asas dan masalah yang dihadapi manusia. Ini bermakna institusi sosial membantu masyarakat dalam memecahkan masalah dan memenuhi keperluan mereka. Dalam konteks ini, institusi sosial merupakan gabungan individu yang memiliki kedudukan sosial yang sepadan dan menjalin hubungan antara satu sama lain. Mereka berperanan penting dalam membentuk masyarakat sejagat dengan menanamkan nilainilai positif dalam diri mereka. Contohnya termasuk tempat ibadah, sistem pendidikan, organisasi kebajikan, dan sebagainya. Institusi sosial seperti sekolah, keluarga, dan masyarakat berkolaborasi untuk mencapai matlamat bersama, iaitu meningkatkan sistem pendidikan Malaysia ke tahap yang lebih unggul.


7 3.3MODEL STRATIFIKASI SOSIAL Model stratifikasi sosial merujuk kepada cara masyarakat mengelompokkan individu berdasarkan kepada kedudukan sosial, kelas, dan kuasa. Terdapat tiga unsur utama dalam model ini: status sosial, kelas sosial, dan kuasa. Status sosial merujuk kepada kedudukan individu dalam masyarakat berdasarkan faktor seperti pendidikan, pekerjaan, atau keturunan. Kelas sosial menggambarkan hierarki ekonomi di mana individu dikelompokkan berdasarkan kepada pendapatan, harta benda, dan akses kepada sumber daya. Kuasa pula mencerminkan kebolehan seseorang untuk mempengaruhi atau mengawal sumber daya dan keputusan dalam masyarakat. Model ini menunjukkan bagaimana ketidakseimbangan dalam status, kelas, dan kuasa menyumbang kepada ketidakadilan sosial dan ketaksamaan dalam masyarakat. 4.0IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH 4.1PEMBENTUKAN STRUKTUR HIERARKI DALAM PENGAGIHAN KUASA Stratifikasi sosial dalam budaya sekolah cenderung mencipta hierarki di mana individu atau kumpulan tertentu memperoleh lebih banyak perhatian, kuasa, atau status daripada yang lain. Dua aspek yang perlu diberi perhatian adalah pengagihan kuasa dan sumber. Pertama, kehadiran stratifikasi sosial dalam budaya sekolah sering kali menghasilkan situasi di mana individu atau kumpulan tertentu mempunyai kuasa atau pengaruh yang signifikan berbanding dengan yang lain. Contohnya, isu kontemporari mengenai ketidakseimbangan kuasa di antara para guru kanan atau pihak pengurusan sekolah dengan guru-guru biasa dan pelajar menunjukkan ketidakadilan dalam pengagihan kuasa. Para guru kanan sering membuat keputusan tentang agenda sekolah tanpa mempertimbangkan pandangan atau kebimbangan guru-guru biasa, malah lebih mementingkan keperluan polisi sekolah berbanding kebajikan pelajar. Akibatnya, para guru biasa merasa tidak dihargai dan tidak mempunyai platform yang berkesan untuk menyuarakan kebimbangan mereka. Hal ini menyebabkan ketidakpuasan dan ketegangan dalam kalangan staf sekolah serta menjejaskan hubungan dan pencapaian di sekolah.


8 4.2PEMBENTUKAN STRUKTUR HIERARKI DALAM PENGAGIHAN SUMBER Kedua, stratifikasi sosial turut mempengaruhi pengagihan sumber di sekolah seperti dana, peralatan, dan kemudahan. Contohnya, sekolah yang mengamalkan stratifikasi sosial yang ketara cenderung memberikan lebih banyak perhatian dan bantuan sumber kepada kelas-kelas yang memiliki status sosial yang lebih tinggi, seperti kelas elit. Perbezaan ini terutama ketara dalam penyediaan kemudahan asas seperti perpustakaan yang lengkap dan padang yang luas di sekolah elit. Hal ini juga dapat dilihat dalam isu yang timbul apabila pelajar dari lapisan sosial yang rendah menghadapi kesukaran dalam mendapatkan peluang untuk pengembangan diri, seperti program latihan kepimpinan atau lawatan lapangan. Akibatnya, terdapat jurang yang jelas di antara pelajar berstatus sosial rendah, terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, yang kurang memberi tumpuan kepada pelajaran mereka dan mengalami kesenjangan dalam pembangunan kemahiran, pengetahuan, dan kebolehan berbanding dengan pelajar berstatus sosial lebih tinggi. 4.3CORAK INTERAKSI SOSIAL Corak interaksi sosial merujuk kepada cara individu atau kumpulan berinteraksi dalam masyarakat sosial. Stratifikasi sosial berperanan penting dalam mempengaruhi interaksi ini dalam budaya sekolah. Sebagai contoh, pelajar dengan status sosial yang tinggi cenderung untuk berkumpul dengan rakan-rakan sebaya yang setaraf dengan mereka, meninggalkan mereka yang berada pada tahap sosial yang lebih rendah. Akibatnya, pelajar yang mempunyai status sosial yang rendah mungkin mengalami pengasingan sosial atau diskriminasi daripada rakan sebaya yang mempunyai status yang lebih tinggi. Ini boleh menyebabkan mereka merasa tidak dihargai dan mengurangkan keyakinan diri mereka dalam berinteraksi dengan masyarakat sosial.


9 5.0PEMBENTUKAN BUDAYA POSITIF SEKOLAH 5.1PROGRAM MENTOR MENTEE Antaranya ialah dengan menyediakan program Mentor-Mentee, kita akan mengatur pasangan antara guru-guru kanan atau pihak pengurusan sekolah dengan guru-guru biasa atau pelajar yang memerlukan bimbingan tambahan. Dalam program ini, guru-guru kanan atau pihak pengurusan akan berhubung secara langsung dengan berbagai lapisan dalam sekolah, membangun hubungan yang lebih dekat, dan memberi kesempatan kepada individu yang memerlukan nasihat, bimbingan, dan sokongan dari mereka yang memiliki pengalaman dan pengetahuan yang lebih luas. Program mentor-mentee ini tidak hanya membantu mengatasi jurang di antara golongan-golongan dalam hierarki sekolah, tetapi juga memupuk semangat kerjasama, saling bantu-membantu, dan pembangunan profesional di kalangan semua staf dan pelajar. Ini membina budaya positif yang menekankan nilai-nilai seperti kesetaraan, kepercayaan, dan kerjasama yang saling memberi manfaat. 5.2PENGAGIHAN BERFOKUS KEADILAN Seterusnya , pendekatan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi pembentukan budaya sekolah yang positif adalah melalui pelaksanaan program yang menitikberatkan kesaksamaan dan keadilan dalam pengagihan sumber di sekolah. Pertama sekali, langkah ini melibatkan penubuhan sistem pengagihan sumber yang memberi tumpuan kepada kepentingan sebenar kelas atau program di institusi, tanpa mengambil kira status sosial atau reputasi pihak tertentu. Untuk meningkatkan keberkesanan, penyelarasan dengan tinjauan mengenai keperluan dan kehendak pelajar, staf, dan guru juga perlu diadakan. Dengan adanya tinjauan ini, segala sumber bantuan dapat disalurkan dengan adil dan saksama kepada mereka yang memerlukan, mengelakkan prasangka dan ketidakpuasan. Selain itu, memberikan sokongan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan adalah satu kejayaan bagi sekolah. Contohnya, menyediakan peluang untuk murid dari kawasan pedalaman menyertai program kepimpinan yang bertujuan melahirkan individu yang berdisiplin dan berjiwa kuat..


10 5.3 PENGAMALAN MUSYAWARAH Selain itu pengamalan kaedah musyawarah untuk membentuk budaya positif di sekolah adalah dengan mewujudkan jawatankuasa musyawarah komuniti sekolah. Jawatankuasa ini akan terdiri daripada wakil pelajar, guru, dan pengurusan sekolah yang berkumpul secara berkala untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pembentukan budaya sekolah yang positif. Melalui proses musyawarah, semua pihak akan dapat menyuarakan pendapat, memberi cadangan, dan mencapai keputusan secara kolektif dan sistematik mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan persekitaran pembelajaran di sekolah. Selain itu, melalui kaedah musyawarah ini, setiap individu akan merasa dihargai dan terlibat secara langsung dalam proses pengambilan keputusan, yang akan membina rasa tanggungjawab dan kepemilikan terhadap pembentukan budaya positif di sekolah. Dengan melibatkan semua pihak secara aktif melalui proses musyawarah ini, sekolah dapat mencapai kata putus yang lebih baik dan boleh mengimplementasikan langkah-langkah yang lebih efektif untuk memperbaiki budaya sekolah secara holistik 6.0PENUTUP Kesimpulan daripada semua penulisan ini adalah bahawa budaya sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman pembelajaran dan kehidupan di dalam institusi pendidikan. Penggunaan konsep-konsep seperti stratifikasi sosial, interaksi sosial, dan pengagihan sumber memperlihatkan bagaimana faktor-faktor ini dapat mempengaruhi dinamika dan atmosfer di dalam sekolah. Selain itu, melalui programprogram dan inisiatif yang dititikberatkan kepada kesaksamaan, keadilan, dan kerjasama, budaya positif dalam sekolah dapat dibangunkan. Kaedah musyawarah menjadi alat yang penting dalam mencapai matlamat ini dengan melibatkan semua pihak dalam proses pembentukan budaya sekolah yang inklusif dan berkesan. Dengan memahami dan mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki budaya sekolah, kita dapat mencipta persekitaran yang menyokong perkembangan holistik pelajar dan menyumbang kepada kejayaan pendidikan mereka.


11 Rujukan Khuzainey Ismail. (2008). Pengkelasan Kelas Sosial, Perkaitan Antara Kelas Sosial dan Pencapaian Pendidikan. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/345038522_4787134-pengelasansosial Loa Mei Ling. (2019). Institusi Sosial: Perannya Dalam Keberlangsungan Ruang Publik Terpadu Ramah Anak di Jakarta. Jurnal Muara Sains, Teknologi, Kedokteran, Dan Ilmu Kesehatan, 3(2), 193–200. Mat Min, R. (2009). Budaya Sekolah: Implikasi Terhadap Proses Pembelajaran Secara Mengalami (SCHOOL CULTURE: IMPLICATIONS FOR LEARNING BY EXPERIENCE PROCESS). Jurnal Kemanusiaan, 7(1). https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/197/190 Maunah. (2015). Stratifikasi Sosial dan Perjuangan Kelas dalam Perspektif Sosiologi Pendidikan. Ta’allum: Jurnal Pendidikan Islam, 3(1). https://doi.org/10.21274/taalum.2015.3.01.19-38 Ahmad, Y., & Mohd Yusof, N. (2017). Kompetensi Kepelbagaian Budaya dalam Kalangan Guru Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(2), 1–13. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8318/5776 Taahyadin, F. (2020). Pengaruh Budaya Sekolah dan Penambahbaikan Sekolah Terhadap Kualiti Sekolah Menengah di Negeri Kedah. https://etd.uum.edu.my/8754/2/s95134_01.pdf


12 Mohd Yaakob, M. F., Yunus, J., & Yusof, H. (2016). Model Pengukuran Budaya Sekolah: Kajian di Sekolah Kebangsaan di Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(4). https://www.researchgate.net/publication/308777748_MODEL_PENGUKURAN_ BUDAYA_SEKOLAH_KAJIAN_DI_SEKOLAH_KEBANGSAAN_DI_MALAYSIA


Click to View FlipBook Version