The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EPPE3223 Ekonomi Percukaian (Set 1 Semester 2 Sesi 2023/2024)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI ZUBAIDAH BINTI ABDUL RAHMAN, 2024-06-23 11:08:58

E-Book Percukaian (Kumpulan 4)

EPPE3223 Ekonomi Percukaian (Set 1 Semester 2 Sesi 2023/2024)

PERMINTAAN TERHADAP AKTIVITI YANG DIKENAKAN DUTI HIBURAN Disediakan oleh SITI ZUBAIDAH BINTI ABDUL RAHMAN (A193909) INA NAJWA BINTI RUZAIDI (A194488) NUR AFIERA BINTI MOHAMAD JAN (A194999) SITI NURSARA JASMIN BINTI SHAFIEI (A195784) YUHANIS BINTI MOHD YAFRI (A196067) E P P E 3 2 2 3 E K O N O M I P E R C U K A I A N S E M E S T E R 2 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 K U M P U L A N 4 Nama Pensyarah PUAN NORAIN BINTI MOD ASRI


Hasil Kajian - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 12 08 03 02 01 Hasil Kajian - Bahagian B (Duti Hiburan Mengikut Jenis Aktiviti) 35 Hasil Kajian - Bahagian A (Demografi Responden) Kesimpulan Objektif & Metodologi Kajian Pengenalan JADUAL KANDUNGAN


PENGENALAN 01 Duti hiburan merupakan cukai atau bayaran yang dikenakan bagi aktiviti berbentuk hiburan. Berdasarkan Akta Duti Hiburan 1953, ‘hiburan’ termasuklah apa-apa pameran, persembahan, hiburan, permainan atau sukan, atau apa-apa aktiviti lain yang mungkin diisytiharkan hiburan oleh Menteri Kewangan. Duti ini dikenakan dengan kadar yang berbeza mengikut jenis aktiviti dan peringkat penguatkuasa. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti dan menganalisis permintaan terhadap aktiviti yang dikenakan duti hiburan.


OBJEKTIF & METODOLOGI KAJIAN 02 OBJEKTI F KAJ IAN M ETODOLOGI KAJ IAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti corak penggunaan, persepsi, pandangan, dan cadangan pengguna terhadap aktiviti yang dikenakan duti hiburan di sekitar kawasan Shah Alam, Selangor Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temu bual. Pengkaji telah memilih 10 orang responden secara rawak untuk ditemu bual. Kesemua 10 orang responden merupakan penduduk di sekitar kawasan Shah Alam, Selangor. Responden diminta menyatakan corak penggunaan mereka terhadap 16 jenis aktiviti yang dikenakan duti hiburan. Responden juga diminta memberi pandangan mengenai beberapa faktor dan kesan duti hiburan yang dikenakan terhadap pelbagai jenis aktiviti.


HASIL KAJIAN - Bahagian A (Demografi Responden) 03 21-25 tahun 26-30 tahun 21-25 tahun 60% 26-30 tahun 40% U M UR 6 orang responden (60%) berumur dalam lingkungan 21 hingga 25 tahun 4 orang responden (40%) berumur dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun Melayu Melayu 100% BANGSA Kesemua 10 orang responden (100%) berbangsa Melayu Lelaki Perempuan Perempuan 80% Lelaki 20% JANTINA 2 orang responden (20%) merupakan responden lelaki 8 orang responden (80%) merupakan responden perempuan


HASIL KAJIAN - Bahagian A (Demografi Responden) 04 Bujang Berkahwin Bujang 80% Berkahwin 20% STATUS PERKAHWINAN 8 orang responden (80%) masih bujang 2 orang responden (20%) telah berkahwin Shah Alam Shah Alam 100% BANDAR TE M PAT TINGGAL Kesemua 10 orang responden (100%) tinggal di kawasan Bandar Shah Alam, Selangor Dalam negara Dalam negara 100% TAHAP PENDIDIKAN Kesemua 10 orang responden (100%) memperoleh pendidikan mereka dalam negara


HASIL KAJIAN - Bahagian A (Demografi Responden) 05 Swasta Tidak bekerja Swasta 60% Tidak bekerja 40% SEKTOR PEKERJAAN 6 orang responden (60%) bekerja di sektor swasta 4 orang responden (40%) tidak bekerja STPM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda 80% STPM/Diploma/Matrikulasi/Asasi 20% TAHAP PENDIDIKAN TERTINGGI 2 orang responden (20%) mempunyai tahap pendidikan sehingga STPM/Diploma/Matrikulasi/Asasi 8 orang responden (80%) mempunyai tahap pendidikan sehingga Ijazah Sarjana Muda Teres/Semi-D Pangsapuri/Kondominium Townhouse/Flat Teres/Semi-D 60% Townhouse/Flat 30% Pangsapuri/Kondominium 10% JENIS RU M AH DIDIA M I 6 orang responden (60%) mendiami rumah jenis teres/semi-detached 1 orang responden (10%) mendiami rumah jenis pangsapuri/kondominium 3 orang responden (30%) mendiami rumah jenis townhouse/flat


TANGGUNGAN BEKERJA BELAJAR PESARA/LAIN-LAIN Bilangan anak 0 5 0 Bilangan ahli keluarga yang lain 12 2 6 Bilangan ahli keluarga yang tinggal bersama-sama 15 3 2 HASIL KAJIAN - Bahagian A (Demografi Responden) 06 PEKERJAAN BI LANGAN TANGGUNGAN 6 orang responden (60%) yang bekerja di sektor swasta mempunyai pekerjaan yang berbeza iaitu pegawai eksekutif, pegawai audit, pegawai sumber manusia, kerani pejabat, dan kerani bank. 4 orang responden (40%) tidak bekerja dan seorang daripadanya merupakan seorang pelajar. Jadual berikut menganalisis jumlah bilangan tanggungan untuk kesemua 10 orang responden Kereta sahaja Kereta & Motosikal Tiada kenderaan Kereta sahaja 70% Kereta & Motosikal 20% Tiada kenderaan 10% JENIS KENDERAAN YANG DI M I L IKI 7 orang responden (70%) memiliki kenderaan jenis kereta 2 orang responden (20%) memiliki kenderaan jenis kereta dan motosikal 1 orang responden (10%) tidak memiliki apa-apa jenis kenderaan


HASIL KAJIAN - Bahagian A (Demografi Responden) 07 0-1,000 1,001-2,000 2,001-3,000 3,001-4,000 0.0 0.5 1.0 1.5 2.0 0-1,000 1,001-2,000 0 1 2 3 4 5 PENDAPATAN BULANAN (R M ) TABUNGAN BULANAN (R M )


HASIL KAJIAN - Bahagian B (Duti Hiburan Mengikut Jenis Aktiviti) 08 Ya Tidak Ya 60% Tidak 40% M ESIN HIBURAN/ ELEKTRONIK Seramai 6 orang responden (60%) menyatakan mereka pernah melakukan aktiviti ini dan seramai 4 orang responden (40%) menyatakan mereka tidak pernah melakukan aktiviti ini. Mereka kerap melakukan aktviti ini untuk masa lapang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada waktu petang ataupun malam. Kebanyakkan mereka pergi bersama ahli keluarga dan kawan serta membayar tiket aktiviti ini sendiri. Selain itu, mereka mendapat motivasi untuk melakukan aktiviti ini daripada diri sendiri, kawan-kawan dan juga perasaan ingin tahu. Ya Tidak Tidak 70% Ya 30% Seramai 3 orang responden (30%) menyatakan mereka pernah melakukan aktiviti ini dan seramai 7 orang responden (70%) menyatakan yang mereka tidak pernah melakukan aktiviti ini. Mereka kerap melakukan akviti ini untuk mengisi masa lapang pada hari Sabtu dan Ahad pada waktu petang dan malam. Kebanyakkan mereka pergi bersama ahli keluarga, kawan dan juga pergi sendiri serta membayar tiketnya sendiri, ahli keluarga atau kawan. Selain itu, mereka mendapat motivasi untuk melakukan aktiviti ini daripada diri sendiri, kawan-kawan dan juga mengikut trend. Ya Tidak Tidak 80% Ya 20% Seramai 2 orang responden (20%) menyatakan mereka pernah melakukan aktiviti ini dan seramai 8 orang responden (80%) menyatakan yang mereka tidak pernah melalukan aktiviti ini. Mereka kerap melalukan ini aktiviti untuk mengisi masa lapang pada hari Sabtu dan Ahad serta pada waktu petang dan malam. Kebanyakkan mereka pergi bersama kawan-kawan dan membayar tiket aktiviti ini sendiri atau kawan. Selain itu, mereka mendapat motivasi untuk melakukan aktivti ini adalah daripada diri sendiri, mengikut trend dan juga kawanYa Tidal kawan. Tidal 90% Ya 10% Hanya seorang responden (10%) sahaja yang pernah melakukan aktiviti ini dan selebihnya iaitu 9 orang responden menyatakan mereka tidak pernah melakukan aktiviti ini. Responden tersebut melakukan aktiviti ini untuk mengisi masa lapang pada hari Sabtu dan Ahad pada waktu petang. Selain itu, responden itu juga pergi bersama ahli keluarga dan kawan-kawan serta membayar tiket aktiviti ini sendiri. Diri sendiri dan juga kawan-kawan yang memotivasikan responden untuk melakukan aktiviti ini. KASUT RODA/ ICE SKATING SNOOKER/ POOL TABLE/ BI L L IARD TABLE FOOTBAL L / PIN BAL L


HASIL KAJIAN - Bahagian B (Duti Hiburan Mengikut Jenis Aktiviti) 09 Ya Tidak Ya 70% Tidak 30% BOWL ING 7 orang responden (70%) menyatakan bahawa mereka pernah menyertai aktiviti bowling manakala 3 orang responden (30%) lagi menyatakan tidak pernah. Mereka menyertai aktiviti bowling untuk memenuhi masa lapang. Hari yang kerap dikunjungi ialah hari sabtu dan ahad pada malam hari. Kebanyakkan mereka pergi bersama kawan dan membayarnya sendiri. Serta mereka mendapat motivasi untuk melakukan aktiviti ini daripada diri sendiri dan rakan mereka. Ya Ya 100% 10 orang responden (100%) menyatakan mereka pernah mengunjungi pub/karaoke/ktv/lounge/kafe. Mereka kerap pergi bagi tujuan masa lapang. Hari yang kerap dikunjungi ialah pada hari sabtu dan ahad dan pada waktu malam. Kebanyakan mereka pergi bersama kawan dan membayar harga tiket sendiri atau dibayar oleh kawan lelaki. Mereka mendapat motivasi untuk menyertai aktiviti daripada rakan dan mengikut trend. TIDAK TIDAK 100% 10 orang responden (100%) menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengunjungi disco. TIDAK TIDAK 100% 10 orang responden (100%) menyatakan bahawa meraka tidak pernah menyertai pipe music. PUB/KARAOKE/KTV/ LOUNGE/KAFE DISKO PIPE M USIC


HASIL KAJIAN - Bahagian B (Duti Hiburan Mengikut Jenis Aktiviti) 10 Ya Tidak Tidak 70% Ya 30% L IVE M USIC/ L IVE BAND 3 orang atau 30% daripada keseluruhan responden pernah mengunjungi live music/live band manakala 7 orang lagi (100%) tidak pernah mengunjunginya. Mereka lebih memilih untuk mengunjungi aktiviti ini ketika masa lapang dan pada hari Sabtu serta Ahad. Responden juga memilih untuk pergi sendiri dan bersama kawan. Kebanyakan mereka akan membayar aktiviti itu sendiri dan menerima motivasi daripada diri sendiri dan rakan. Tidak Tidak 100% Ya Tidak Ya 90% Tidak 10% Ya Ya 100% M USIC M ACHINE/DJ M USIC KO M PLEKS/TA M AN AWA M PERTUNJUKAN PENTAS/TEATER/KONSERT/TARIAN/ JA M UAN M AKAN DI HOTEL , DEWAN, DL L 1 orang responden (10%) menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengunjungi kompleks/taman awam manakala 9 orang responden (90%) lagi menyatakan pernah. Mereka mengunjunginya untuk memenuhi masa lapang dan minat. Hari yang kerap dikunjungi ialah hari sabtu dan ahad pada malam hari. Kebanyakan mereka pergi bersama kawan serta ahli keluarga. Responden juga majoriti membayarnya sendiri. Mereka mendapat motivasi untuk melakukan aktiviti ini daripada diri sendiri, keluarga dan mengikut trend. 10 orang responden (100%) menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengunjungi music machine/dj music. 10 orang responden (100%) menyatakan bahawa mereka pernah mengunjungi/menyertai aktiviti ini Mereka mengunjunginya untuk memenuhi masa lapang dan menghilangkan bosan. Hari yang kerap dikunjungi ialah hari sabtu dan ahad pada malam hari. Kebanyakan mereka pergi bersama kawan. Responden juga majoriti membayarnya sendiri. Mereka mendapat motivasi untuk melakukan aktiviti ini daripada rakan dan mengikut trend.


HASIL KAJIAN - Bahagian B (Duti Hiburan Mengikut Jenis Aktiviti) 11 Tidak Tidak 100% M TV/ LASER DISK 10 orang responden (100%) menyatakan bahawa mereka tidak pernah melakukan aktiviti MTV/Laser Disk. Ya Tidak Ya 80% Tidak 20% Seramai 8 orang responden (80%) menyatakan mereka pernah mengunjungi aktiviti ini untuk tujuan mengisi masa lapang dan selalunya dilakukan pada hujung minggu pada waktu malam bersama rakan dan keluarga. Sekiranya mereka keluar bersama rakan, mereka akan membayar harga tiket sendiri manakala jika bersama keluarga, harga tiket akan ditanggung. Mereka menyertai aktiviti ini kerana motivasi daripada rakan dan keluarga. Tidak Tidak 100% 10 orang responden (100%) menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengunjungi hiburan lumba kuda/kereta/motosikal. Ya Tidak Tidak 90% Ya 10% Seramai 9 orang responden (90%) menyatakan mereka sering mengunjungi aktiviti ini terutamnya aktiviti hiburan pawagan untuk tujuan mengisi masa lapang dan selalunya dilakukan pada hujung minggu pada waktu petang bersama rakan. Mereka akan membayar harga tiket sendiri sekiranya keluar bersama rakan perempuan dan jika bersama teman lelaki, tiket tersebut akan ditanggung. Mereka menyertai aktiviti ini kerana motivasi daripada rakan. FUN FAIR/ TA M AN HIBURAN/ M INI EXPO LU M BA KUDA/KERETA/ M OTOSIKAL LAIN- LAIN HIBURAN (PAWAGAN,CINEPLEX)


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 12 1 - KESEDARAN TENTANG DUTI HIBURAN SOALAN 1 - Pada pandangan anda, mengapakah duti hiburan dikenakan oleh kerajaan? Kesemua 10 orang responden (100%) mengatakan duti hiburan dikenakan oleh kerajaan supaya kerajaan boleh menggunakan hasil kutipan duti hiburan untuk pembangunan negara. Mereka percaya kerajaan mendapat dana daripada cukai atau duti yang dibayar oleh rakyat. Transkrip Responden R7: Pada pendapat saya, duti hiburan ini kan macam hasil kerajaan. So kerajaan nak hasil untuk tujuan pembangunan dan mengurus negara. R6: Pada pandangan saya, duti hiburan dikenakan supaya kerajaan gunakannya untuk pembangunan. SOALAN 2 - Apakah kepentingan pelaksanaan duti hiburan? Kesemua 10 orang responden (100%) mengatakan dengan pelaksanaan duti hiburan ini dapat mengurangkan jurang kemiskinan di dalam negara kerana hasil daripada kutipan cukai ini dapat diagihkan semula kepada masyarakat miskin dan golongan B40. Selain itu, hasil kutipan cukai juga kerajaan boleh menggunakannya untuk pembangunan negara. Transkrip Responden R1: Hmm, bagi saya, duti hiburan ini dikenakan untuk menambah baik kualiti hidup masyarakat. Yang itu masa tadi dapat meningkatkan sumber pendapatan. Dan juga dapat menyebarkan idea politik. R5: Hm populasi Masyarakat miskin di negara dapat dikecilkan kerana pendapatan kerajaan bertambah dan kerajaan boleh memberikan bantuan perniagaan kepada masyarakat yang miskin. SOALAN 3 - Bagaimana kesedaran pengguna terhadap pelaksanaan duti hiburan mempengaruhi kepatuhan pengguna terhadap pembayaran duti hiburan tersebut? Kesemua 10 orang responden (100%) juga mengatakan bahawa sama ada mereka sedar atau tidak, mereka tetap akan membayar duti hiburan. Ini kerana kadang kala mereka tidak perasan bahawa mereka telah membayar duti yang termasuk bersama harga tiket bagi aktiviti hiburan. Transkrip Responden R10: Okey, kalau pengguna itu nak benda itu, dia tak kisah tentang pembayaran duti hiburan. R4: Pada pendapat saya, sama ada pengguna sedar ataupun tidak, mereka patuh dalam pembayaran duti hiburan tersebut. SOALAN 4 - Apakah kesan atau hubungan pengetahuan tentang kepentingan cukai terhadap kepatuhan pengguna membayar duti hiburan tersebut? Kesemua 10 responden (100%) menyatakan bahawa wujud hubungan positif antara pendedahan tentang kepentingan cukai dengan kepatuhan pengguna membayarnya. Transkrip Responden R5: Apabila pengguna sedar bahawa duti hiburan digunakan untuk tujuan yang baik seperti pembangunan infrastruktur atau pendidikan, mereka mungkin akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menyumbang melalui pembayaran duti atau cukai


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 13 SOALAN 5 - Bagaimana kesedaran pengguna terhadap pelaksanaan duti hiburan dapat ditingkatkan? Kesemua 10 responden (100%) mengatakan kesedaran tentang pelaksanaan dan perubahan kadar duti hiburan boleh ditingkatkan melalui media sosial seperti TikTok, Instagram dan lain lain. Hal ini kerana media sosial tersebut banyak digunakan oleh masyarakat sekarang. Transkrip Responden R5: Bagi saya boleh menggunakan platform media sosial lah dimana dinyatakan bersama kesan pembayaran duti tersebut terhadap pembangunan ekonomi negara. SOALAN 6 - Bagaimana kesedaran tentang duti hiburan dapat mempengaruhi sikap dan tingkah laku pengguna terhadap aktiviti hiburan? Kesemua 10 orang responden (100%) mengatakan pengguna akan mengurangkan perminataan mereka terhadap aktiviti hiburan dan akan beralih ke aktiviti yang bebas cukai atau duti. Transkrip Responden R2: Mungkin saya sebagai pengguna akan lebih berhati-hati dalam mengunjungi aktiviti hiburan kerana keadaan yang berbeza akan mempengaruhi kos perbelanjaan. SOALAN 7 - Bagaimana anda menyedari tentang kadar duti hiburan dan perubahan terhadap kadar duti hiburan? Kesemua 10 orang responden (100%) mengatakan bahawa mereka mengetahui tentang kadar duti hiburan dan perubahan terhadap kadar duti hiburan melalui berita dan laman sosial. Transkrip responden R5: Hm melalui berita, media sosial dan juga resit pembayaran yang saya dapat.


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 14 2 - PENGETAHUAN TENTANG DUTI HIBURAN SOALAN 1 - Bagaimanakah pengetahuan anda tentang duti hiburan yang dikenakan terhadap akvtiviti yang berbeza? 7 orang responden (70%) mengatakan duti hiburan yang dikenakan bagi setiap aktiviti di Kuala Lumpur dan Selangor adalah berbeza dan seramai 3 orang responden tidak pasti akan kenyataan ini. Transkrip Responden R4: “Maaf, yang itu saya kurang tahu. Saya rasa mungkin sama jenis aktiviti yang dikenakan duti hiburan.” R10: “Saya rasa duti hiburan untuk KL dan Selangor berbeza bagi setiap aktiviti sebab ikut negeri.” SOALAN 2 - Bagaimanakah pengetahuan anda tentang kadar duti hiburan berbeza yang dikenakan? 6 orang responden (60%) mengatakan bahawa kadar duti hiburan yang dikenakan di Kuala Lumpur dan Selangor adalah berbeza manakala 4 orang responden (40%) mengatakan mereka tidak pasti tentang hal ini. Transkrip Responden R3: “Haa, bagi pengetahuan saya lah, saya rasa dia memang berbeza bagi setiap negeri.” R5: “Aaa seperti yang saya katakana tadi saya tidak pasti berapa kadar peratus yang dikenakan sebab saya bayar je.” SOALAN 3 - Bagaimana anda tahu jumlah kutipan duti hiburan? 10 orang responden (100%) mengatakan bahawa mereka mengetahui tentang jumlah kutipan duti hiburan melaui laman web rasmi kerajaan atau internet. Transkrip Responden R7: “Hmm, biasanya saya akan melayari Internet lah untuk dapatkan maklumat seperti berikut.” R9: “Sekarang kan zaman dah moden. So saya tahu berdasarkan laman web rasmi kerajaan lah.” SOALAN 4 - Bagaimana pengetahuan pengguna berkaitan dengan duti hiburan ini boleh ditingkatkan? Kesemua responden iaitu 10 orang (100%) mengatakan bahawa pengetahuan pengguna boleh ditingkatkan dengan pihak kerajaan mengwar- warkan poster di media sosial kerana pengguna hari ini semuanya mempunyai media sosial. Selain itu, boleh juga disiarkan di berita. Transkrip Responden R2: “Menurut jawapan saya sebelum ini, media massa dan media sosial kerana platform ini semakin banyak digunakan oleh pengguna dan rakyat Malaysia.” R3: “Haa, mungkin boleh beri pendedahan melalui poster di media sosial. Haa, itulah yang saya rasa yang paling boleh, ketara lah kesannya. SOALAN 5 - Bagaimanakah anda mengetahui tentang perubahan kadar duti hiburan ini boleh ditingkatkan? 10 orang responden (100%) mengatakan bahawa mereka mengetahui tentang perubahan kadar duti hiburan melalui berita dan media sosial. Responden juga mengatakan zaman sekarang semua orang mempunyai media sosial jadi ianya lebih mudah untuk pengguna tahu jika kerajaan war-warkan di media sosial. Transkrip Responden R5: “Hm melalui berita atau laman sosial seperti Instagram dan X.” SOALAN 6 - Adakah kadar duti hiburan yang dikenakan ini bersifat progresif, regresif atau berkadar? 7 orang responden (70%) merasakan kadar duti hiburan bersifat berkadar kerana kadar duti hiburan yang sama dikenakan setiap orang tanpa mengira pendapatan bulanan mereka.. Namun begitu, 3 orang responden (30%) tidak pasti tentang hal ini. Transkrip Responden R8: “Aa... bagi saya berkadar sebab aktiviti yang berbeza kena... kena kadar duti yang berbeza.” R6: “Saya tidak pasti tentang itu”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 15 3 - KESAN DUTI HIBURAN TERHADAP HARGA SOALAN 1 - Apakah kesan pelaksanaan duti hiburan terhadap kenaikan harga aktiviti hiburan berbanding sebelumnya? 10 responden (100%) mengatakan bahawa pelaksanaan duti hiburan menyebabkan kenaikan harga tiket bagi aktiviti hiburan meningkat. Mereka juga mengatakan dengan peningkatan harga ini akan membuatkan permintaan mereka untuk lakukan aktiviti hiburan berkurang. Transkrip Responden R3: “Haa, bayaran. Bayaran untuk melakukan aktiviti tersebut menjadi semakin mahal.” R6: “Sudah pasti harga tiket untuk lakukan aktiviti hiburan meningkat” SOALAN 2 - Bagaimana peningkatan harga akibat duti hiburan mempengaruhi keputusan pengguna? 10 responden (100%) juga mengatakan bahawa dengan peningkatan harga tiket bagi aktiviti hiburan ini akan membuatkan rata-rata pengguna memilih untuk tidak melakukan aktiviti tersebut, Hal ini kerana mereka merasakan ianya tidak berbaloi untuk membayar bagi aktiviti hiburan yang mempunyai harga tiket yang mahal. Transkrip Responden R6: “Permintaan pengguna terhadap sesuatu aktiviti hiburan tersebut mungkin akan berkurang sebab mereka akan rasa membazir untuk bayar pada harga yang tinggi.” R8: “Kalau untuk pengguna aa... dia sedar tentang peningkatan duti, mungkin akan kurangkan buat aktiviti hiburan.” SOALAN 3 - Pada pandangan anda, apakah hubungan kenaikan harga dengan kemampuan membayar pengguna? 10 responden (100% mengatakan bahawa dengan peningkatkan harga tiket bagi aktiviti hiburan juga menyebabkan kemampuan pengguna untuk membayar tiket tersebut berkurang. Ini kerana tidak semua orang mempunyai pendapatan yang banyak untuk membayar suatu bagi aktiviti hiburan. Transkrip Responden R2: “Bila harga meningkat, pengguna akan makin tidak mampu untuk membayar kerana kuasa pembeli sudah pun berkurang.” SOALAN 4 - Apakah strategi yang boleh diambil oleh penyedia perkhidmatan hiburan untuk menyesuaikan duti hiburan dengan aktiviti hiburan? 8 orang responden (80%) mencadangkan penyedia pekhidmatan untuk membuat promosi harga tiket aktiviti hiburan apabila duti hiburan dilaksanakan atau kadar duti hiburan dinaikkan akan tetapi penyedia tidak membuat pada jangka masa yang lama kerana takut perniagaan rugi. Terdapat juga responden yang mengatakan untuk melihat hasil perkhidmatan sebelum meletakkan harga tiket bagi aktiviti hiburan Transkrip Responden R8: “Bagi saya pihak penyedia perkhidmatan itu boleh menawarkan promosi ke atau macam, macam buat tiket buy one, buy one free one ke untuk kurangkan harga aktiviti hiburan tersebut.” R10: “okey, untuk soalan ni mungkin kena tengok hasil perkhidmatan tu dululah supaya dapatletakkan kadar yang sesuai.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 16 SOALAN 5 - Bagaimana penyesuaian harga duti hiburan oleh penyedia perkhidmatan mempengaruhi minat dan permintaan masyarakat? 10 orang responden (100%) mengatakan bahawa penyedia perkihdmatan boleh meletakkan harga yang lebih rendah bagi aktiviti hiburan supaya dapat menarik perhatian dan minat pengguna. Transkrip Responden R7: “Macam saya cakap tadi kalau ada promosi ke atau harga yang lebih rendah, dapat menarik banyak pengguna lah untuk melakukan aktiviti hiburan tersebut.” SOALAN 6 - Adakah penyedia perkhidmatan hiburan memberikan perkhidmatan diskaun harga kepada pengguna apabila duti hiburan dilaksanakan atau dinaikkan? Jelaskan. 9 orang responden (90%) mengatakan bahawa terdapat penyedia yang adakan diskaun harga untuk menarik minat pengguna akan tetapi ada juga responden yang tidak setuju dengan kenyataan ini. Hal ini kerana responden tersebut kurang melakukan aktiviti hiburan. Transkrip Responden R7: “Bagi saya, ya, sebab contohnya macam kat taman tema kan, diorang selalu bagi diskaun harga semasa cuti sekolah agar dapat menarik pengguna untuk melakukan aktiviti hiburan tersebut.” R9: “apabila duti hiburan ni dilaksanakan atau dinaikkan? saya sebenarnya tak pasti dengan soalan ni, sebab saya pun jarang ke tempat yang macam ni.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 17 4 - KESAN DUTI HIBURAN TERHADAP TABUNGAN SOALAN 1 - Adakah duti hiburan menyebabkan penurunan dalam tabungan bulanan anda? Jelaskan. 7 orang responden (70%) bersetuju tabungan bulanan mereka terjejas akibat duti hiburan, manakala 3 orang responden lagi (30%) mengatakan tabungan bulanan mereka tidak terjejas. Transkrip responden R3: “Bagi saya, ya. Tabungan saya akan kurang sebab nak tampung harga aktiviti hiburan itu yang makin hari makin meningkat.” R5: “Bagi saya tidak kerana saya tidak lakukan aktiviti hiburan pada kadar yang kerap.” SOALAN 2 - Adakah duti hiburan memberi kesan kepada perancangan kewangan anda? Jelaskan. 8 orang responden (80%) bersetuju duti hiburan memberi kesan kepada perancangan kewangan mereka, manakala 2 orang responden lagi (20%) mengatakan mereka tidak terkesan. Transkrip responden R1: “Ya sebab macam kalau duti hiburan tu macam tinggi saya kena rancang saya punya kewangan yang lebih mendalam lagi.” R8: “Aa... tak sebab saya lebih utamakan kepada perkara yang lebih mustahak.” SOALAN 3 - Adakah duti hiburan memberi kesan kepada tabungan semasa dan tabungan masa hadapan jika duti hiburan ini diteruskan untuk jangka masa panjang? Jelaskan. Kesemua 10 orang responden (100%) bersetuju bahawa tabungan semasa dan tabungan masa hadapan mereka terkesan jika duti hiburan diteruskan lagi untuk jangka masa panjang. Transkrip responden R4: “Ya, tabungan semasa dan tabungan akan datang saya juga akan berkurang.” R6: “Ya tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak jadi janganlah kita pergi lakukan aktiviti hiburan setiap hari.” SOALAN 4 - Apakah strategi pengurusan kewangan yang dapat diambil oleh individu untuk menangani kesan duti hiburan terhadap tabungan mereka? 8 orang responden (80%) mencadangkan pengurangan melakukan aktiviti yang dikenakan duti hiburan. 1 orang responden (10%) mencadangkan membuat perancangan kewangan awal dan berbelanja dengan cermat. 1 orang responden (10%) tidak pasti berkenaan perkara ini. Transkrip responden R2: “Bagi saya, perlulah untuk mengurangkan mengunjungi aktiviti hiburan tersebut.” R1: “Saya rasa dengan merancang lebih awal dan juga berbelanja dengan cermat.” R9: “Saya tak pasti jugak.” SOALAN 5 - Apakah dasar yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan negatif duti hiburan terhadap tabungan individu? 4 orang responden (40%) mencadangkan pihak kerajaan membuat satu dasar menetapkan kadar duti hiburan yang rendah. 2 orang responden (20%) mencadangkan tindakan daripada pihak kerajaan dan pihak penyedia perkhidmatan itu sendiri. 1 orang responden (10%) mencadangkan pihak kerajaan memperbanyakkan lagi kemudahan awam. 1 orang responden (10%) mencadangkan pihak kerajaan mewujudkan satu hari pengecualian duti hiburan. 1 orang responden (10) mencadangkan pihak kerajaan memberikan subsidi kepada aktiviti hiburan yang tertentu. 1 orang responden (10%) mencadangkan pihak kerajaan memastikan pihak penyedia perkhidmatan tidak memindahkan sepenuhnya beban duti hiburan kepada pengguna. Transkrip responden R7: “Dasar kerajaan seperti menetapkan kadar duti hiburan yang rendah sangat penting untuk memastikan tidak terdapat kesan negatif tersebut terhadap tabungan individu.” R9: “Saya rasa dasar oleh kerajaan atau penyedia perhibmatan hiburan saya rasa dua itu dua itulah.” R1: “Saya rasa dengan secara berperingkat dengan menjadikan lebih banyak kemudahan awam dengan macam bagi balik apa-apa yang dibayar tu kepada publik lah.” R2: “Pada pendapat saya, kerajaan boleh memberi pengecualian hari tanpa duti hiburan kepada penyelia perkhidmatan supaya dapat menarik minat pengguna.” R5: “Aaa... kerajaan boleh adakan subsidi terhadap aktiviti hiburan yang terpilih seperti aktiviti yang mempromosikan budaya, seni, dan pendidikan.” R6: “Dengan memastikan penyedia perkhidmatan tidak meletakkan beban duti hiburan semua ke atas pengguna.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 18 5 - KESAN DUTI HIBURAN TERHADAP PE M BEL IAN/PERBELANJAAN/PENGGUNAAN SOALAN 1 - Bagaimana duti hiburan mempengaruhi keputusan anda untuk membeli tiket untuk aktiviti hiburan? 9 orang responden (90%) mengatakan tidak akan membeli atau mengurangkan pembelian tiket aktiviti hiburan jika duti hiburan yang dikenakan terlalu tinggi. 1 orang responden (10%) mengatakan akan menunggu sehingga pihak penyedia perkhidmatan membuat promosi atau potongan harga. Transkrip responden R1: “Kalau macam tinggi sangat, saya tak beli ni.” R5: “Jika duti hiburan yang dikenakan agak tinggi yang menyebabkan harga aktiviti tersebut meningkat maka saya akan kurangkan lah untuk membeli tiket hiburan tersebut.” R8: “Aa... bergantung, biasa sebagai pengguna kita akan check dulu harga. Kalau terlalu mahal, mungkin kita akan tunggu aa... waktu yang sesuai untuk... mungkin dia akan ada buat promotion. Mungkin ada buat potongan harga.” SOALAN 2 - Adakah anda mengubah gelagat perbelanjaan aktiviti hiburan anda berdasarkan kadar duti hiburan semasa yang dikenakan? Adakah perubahan kadar duti hiburan mempengaruhi gelagat perbelanjaan anda terhadap aktiviti tersebut? Jelaskan. 7 orang responden (70%) akan mengubah gelagat perbelanjaan aktiviti hiburan berdasarkan kadar duti hiburan yang dikenakan. 1 orang responden (10%) keputusannya bergantung pada sama ada berbaloi atau tidak melakukan sesuatu aktiviti hiburan dengan kadar duti hiburan yang dikenakan. 2 orang responden (20%) tidak akan mengubah gelagat perbelanjaan aktiviti hiburan mereka. Transkrip responden R4: “Ya, lebih tinggi duti hiburan, lebih tinggi perbelanjaan yang perlu diperuntukkan untuk melakukan aktiviti hiburan. Maka, saya akan lebih cenderung untuk mengubah corak perbelanjaan saya.” R8: “Aa... mungkin ya, sebab saya sendiri aa... mungkin akan tengok dulu lah sama ada berbaloi atau tak saya buat aktiviti hiburan tu dengan kadar yang dikenakan.” R10: “Hmm, tak sangat. Jaranglah.” SOALAN 3 - Apakah jenis hiburan yang lebih cenderung anda pilih untuk mengelakkan duti hiburan yang tinggi? 6 orang responden (60%) memilih untuk melakukan aktiviti seperti mendaki atau pergi ke taman rekreasi awam kerana aktiviti tersebut tidak dikenakan duti hiburan. 2 orang responden (20%) memilih untuk menonton filem atau televisyen di rumah sahaja. 1 orang responden (10%) memilih untuk pergi ke pantai. 1 orang responden (10%) bebas dan terbuka kepada sebarang aktiviti hiburan selagi tidak perlu berbelanja dengan terlampau banyak. Transkrip responden R4: “Hmm. Jenis hiburan seperti hiking di taman rekreasi yang tidak menggunakan duti atau duti hiburan yang rendah.” R6: “Haa saya akan memilihi untuk menonton movie di tv rumah sahaja.” R10: “Kalau saya dan family, kami selalu ke taman tema. Tapi tulah harga mahal. Jadi sekarang kami selalu ke pantai. Free!” R8: “Aa... apa-apa jenis hiburan, mungkin yang tidak memerlukan saya sendiri keluarkan duit yang terlampau banyak.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 19 SOALAN 4 - Apakah kesan pelaksanaan duti hiburan terhadap kekerapan pengguna untuk menyertai sesuatu aktiviti hiburan? Kesemua 10 orang responden (100%) menyatakan pengguna akan mengurangkan kekerapan melakukan sesuatu aktiviti yang dikenakan duti hiburan. Transkrip responden R4: “Bagi saya, pengguna akan mengurangkan kekerapan menyertai hiburan tersebut.” R7: “Hmm, pada pendapat saya, kalau pelaksanaan duti hiburan ini bagi saya akan mengurangkan lah kekerapan saya untuk menyertai sesuatu aa aktiviti hiburan tersebut.” SOALAN 5 - Mengapakah terdapat pengguna yang sanggup membayar cukai hiburan yang tinggi demi menikmati masa lapang mereka? 3 orang responden (30%) menyatakan pengguna mampu dan tidak kisah melakukan aktiviti yang dikenakan duti hiburan. 3 orang responden (20%) menyatakan kepuasan yang diterima setanding dengan bayaran. 2 orang responden (20%) menyatakan pengguna ingin melegakan tekanan dan masalah yang dihadapi. 1 orang responden (10%) menyatakan pengguna ingin mencipta kenangan. 1 orang responden (10%) menyatakan pengguna memang memiliki gaya hidup sedemikian dan menganggap hiburan sebagai keperluan yang penting. Transkrip responden R2: “Sebab bagi saya pun, mereka mampu dan ada juga cara untuk mereka tak kisah dengan duti hiburan asalkan mereka dapat melakukan aktiviti hiburan.” R4: “Mungkin kerana kepuasan yang diterima setanding dengan bayaran yang mahal.” R1: “Kalau macam zaman sekarang ni, selalunya adalah untuk mengurangkan stres.” R5: “Mungkin mereka mempunyai pandangan bahawa duit boleh dicari tetapi memory atau kenangan tidak boleh dijual beli.” R8: “Aa... bagi saya mungkin aa... tu salah satu gaya hidup mereka lah. Sebab bagi mereka mungkin berhibur tu keperluan yang sangat penting.” SOALAN 6 - Adakah duti hiburan yang dikenakan bersepadan dengan kualiti dan kepuasan yang diterima oleh pengguna? Jelaskan. 5 orang responden (50%) bersetuju bahawa kadar duti hiburan yang dikenakan bersepadan dengan kualiti dan kepuasan yang diterima oleh pengguna. 1 orang responden (10%) tidak bersetuju dengan penyataan ini. 4 orang responden (40%) menyatakan ada sesetengah yang sepadan dan ada juga yang tidak. Transkrip responden R8: “Aa... bagi saya berbaloi sebab saya sendiri sebagai salah seorang penduduk Selangor ni aa... bagi saya aa... kualiti dan kepuasan memang sepadan dengan harga.” R4: “Bagi saya, tidak. Misalnya di karaoke, kadang-kadang mic dan speaker yang disediakan tidak dalam keadaan yang baik.” R3: “Pada pandangan saya, ada yang sepadan tapi ada juga yang tidak sepadan.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 20 SOALAN 7 - Adakah duti hiburan mempengaruhi kos sara hidup pengguna? Jelaskan. 9 orang responden (90%) bersetuju bahawa duti hiburan mempengaruhi kos sara hidup pengguna. 1 orang responden (10%) tidak bersetuju dengan penyataan ini. Transkrip responden R1: “Duti hiburan ni macam cukai kan. Jadi, ya. Sebab duti hiburan yang tinggi ni menyebabkan kos sara hidup semakin tinggi.” R8: “Kalau bagi saya aa... saya sebagai seorang pengguna aa... saya sendiri memang rasa tidak terjejas. Sebab saya sendiri memang akan ada duit lebihan untuk perkara-perkara seperti ni.” SOALAN 8 - Pada pandangan anda, wajarkah duti hiburan ini dimansuhkan di Malaysia? 8 orang responden (80%) menyatakan duti hiburan tidak wajar dimansuhkan di Malaysia. 2 orang responden (20%) menyatakan duti hiburan wajar dimansuhkan di Malaysia kerana membebankan pengguna. Transkrip responden R4: “Tidak, sebab dari mana kerajaan akan mendapat hasil untuk tujuan pembangunan negara? Jadi, saya tidak menyokong jika duti hiburan dimansuhkan.” R10: “Memang patut dimansuhkan. Menyusahkan pengguna.” SOALAN 9 - Adakah pelaksanaan duti hiburan menyebabkan anda beralih kepada aktiviti lain yang tidak dikenakan duti hiburan? Jelaskan. 6 orang responden (60%) menyatakan mereka akan beralih kepada aktiviti lain yang tidak dikenakan duti hiburan disebabkan oleh duti hiburan. 1 orang responden (10%) menyatakan dia tidak akan beralih. 3 orang responden (30%) menyatakan mereka bergantung kepada penilaian dan pilihan sendiri pada masa-masa tertentu. Transkrip responden R3: “Pada pandangan saya, ya. Sebab saya nak jimat duit.” R1: “Kalau macam saya, tak. Sebab saya tetap gemar melakukan aktiviti yang dikenakan duti hiburan macam yang saya selalu buat. Contohnya macam karaoke ataupun fun fair.” R5: “Itu depends lah kalau aktiviti yang dikenakan duti hiburan lebih menyeronokkan jadi saya lebih rela untuk bayar lebih demi kepuasan.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 21 SOALAN 10 - Adakah perubahan kadar duti hiburan menyebabkan anda beralih kepada aktiviti hiburan lain yang dikenakan duti hiburan tetapi pada kadar yang lebih rendah? Huraikan. Kesemua 10 orang responden (100%) bersetuju bahawa mereka akan beralih kepada aktiviti lain yang dikenakan duti hiburan tetapi pada kadar yang lebih rendah. Transkrip responden R1: “Ya, kadar duti hiburan yang lebih rendah dapat menjimatkan wang.” R10: “Saya cuba buat aktiviti hiburan yang lain tetapi kadar lebih rendah sebab tak perlu keluarkan duit lebih.” SOALAN 11 - Pada pendapat anda, adakah kadar duti hiburan yang tinggi perlu dikenakan kepada aktiviti hiburan yang mempunyai permintaan yang tinggi? Jelaskan. 3 orang responden (30%) bersetuju bahawa kadar duti hiburan yang tinggi perlu dikenakan kepada aktiviti hiburan yang permintaannya tinggi. 7 orang responden lagi (70%) tidak bersetuju dengan penyataan ini. Transkrip responden R5: “Pada pendapat saya perlu kerana secara langsung pendapatan negara juga dapat ditingkatkan lah.” R8: “Bagi saya memang... memang perlu sebab kalau ramai pengguna suka buat satu aktiviti tu, memang kena duti hiburan yang tinggi lah sebab melibatkan kos, kos untuk penyedia sediakan.” R4: “Saya rasa tidak perlu kerana pada masa akan datang, ramai akan berpindah kepada aktiviti hiburan yang lain iaitu yang tidak dikenakan cukai.” SOALAN 12 - Pada pandangan anda, adakah kadar duti hiburan yang tinggi perlu dikenakan terhadap aktiviti hiburan yang mempunyai keanjalan yang tinggi? (permintaan yang anjal) Jelaskan. 1 orang responden (10%) bersetuju bahawa kadar duti hiburan yang tinggi perlu dikenakan terhadap aktiviti hiburan yang mempunyai keanjalan yang tinggi. 7 orang responden (70%) tidak bersetuju dengan penyataan ini. 2 orang responden (20%) tidak pasti dengan penyataan ini. Transkrip responden R2: “Bagi saya, boleh dikenakan sebab sikit sebanyak dapat meningkatkan hasil duti hiburan.” R6: “Hmm tidak, macam yang saya cakap tadi kenaikan harga akan membuatkan pengguna beralih kepada aktiviti lain dan secara tidak langsung firma akan rugi.” R9: “Untuk soalan ni saya tak pasti lah.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 22 SOALAN 13 - Apakah kesan pelaksanaan duti hiburan terhadap pasaran lain yang tidak dikenakan duti hiburan? 9 orang responden (90%) bersetuju bahawa pelaksanaan duti hiburan menyebabkan pasaran permintaan aktiviti yang tidak dikenakan duti hiburan meningkat. 1 orang responden (10%) menyatakan pasaran lain tidak akan terjejas. Transkrip responden R3: “Aa... Saya rasa permintaan terhadap aktiviti yang tidak dikenakan duti hiburan akan meningkat lah.” R8: “Bagi saya... tidak jugak sebab... contohnya aktiviti ada sesetengah orang dia buat aktiviti hiburan dia macam hiking. Bagi saya memang tak terjejas sebab selain hiking mungkin dia ada cara lain contohnya dia tengok wayang ataupun buat apa-apa aktiviti yang mengenakan duti hiburan.” SOALAN 14 - Apakah kesan perubahan kadar duti hiburan terhadap pasaran lain yang tidak dikenakan duti hiburan? Kesemua 10 orang responden (100%) bersetuju bahawa perubahan duti hiburan akan meningkatkan permintaan aktiviti yang tidak dikenakan duti hiburan. Transkrip responden R1: “Permintaan pun meningkat.” R4: “Sama seperti tadi, mungkin berlaku peningkatan permintaan terhadap pasaran yang tidak dikenakan duti hiburan.” SOALAN 15 - Apakah kesan kemajuan teknologi (seperti kewujudan AI) terhadap pelaksanaan duti hiburan dan kadar duti hiburan? 5 orang responden (50%) menyatakan kemajuan teknologi membantu pihak kerajaan untuk memantau dan mengawal hasil kutipan duti hiburan. 2 orang responden (20%) tidak pasti dengan penyataan ini. 1 orang responden (10%) menyatakan mungkin akan wujud kadar duti hiburan yang baharu. 1 orang responden (10%) menyatakan mungkin kadar duti hiburan akan dikurangkan kerana permintaan aktiviti hiburan meningkat seiring dengan kemajuan teknologi. 1 orang responden (10%) menyatakan mungkin kadar duti hiburan akan meningkat. Transkrip responden R3: “Dengan kemajuan teknologi ini, saya rasa ianya akan lebih memudahkan orang ramai ataupun kerajaan untuk mengutip cukai.” R4: “Bagi saya, hmm dengan adanya AI, pihak berkuasa mudah lah untuk mengawal dan memantau pembayar cukai.” R9: “Untuk soalan ni saya tak pasti.” R2: “Saya rasa dengan mewujudkan duti hiburan yang baru kerana aktiviti hiburan berunsur AI juga akan wujud dan mendapat permintaan daripada pengguna.” R5: “Kemajuan teknologi seperti VR juga sudah termasuk ke dalam aktiviti hiburan dan mungkin kadar duti hiburan menurun kerana aktiviti hiburan meningkat seiring dengan kemajuan teknologi.” R10: “Kalau saya perasan kan... lagi maju teknologi tu, lagi lah dikenakan duti hiburan.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 23 6 - KESAN DUTI HIBURAN TERHADAP PENDAPATAN SOALAN 1 - Bagaimanakah pelaksanaan duti hiburan memberi kesan kepada pendapatan anda dan isi rumah? 7 orang responden (70%) merasakan bahawa pelaksanaan duti hiburan memberi kesan negatif terhadap pendapatan mereka. Mereka menyatakan bahawa pendapatan mereka akan berkurang jika sering melakukan aktiviti yang dikenakan duti hiburan. Transkrip Responden R3: “saya, pendapatan saya akan berkurang”. R4: “Kalau selalu buat aktiviti yang kena duti hiburan ni, pendapatan pun akan berkuranglah.” R6: “Kesan terhadap pendapatan mungkin akan memberi kesan negatiflah kepada saya.” SOALAN 2 - Bagaimana kenaikan atau pengurangan kadar duti hiburan mempengaruhi pendapatan anda secara langsung atau tidak langsung? 8 orang responden (80%) menyatakan pengurangan duti hiburan dapat membantu meningkatkan pendapatan secara langsung kerana kos aktiviti hiburan yang lebih rendah secara. Transkrip Responden R1: “Pengurangan duti hiburan yang rendah akan membantu saya untuk meningkatkan pendapatan benar.” R5: “Saya rasa secara langsung,” R6: “Mungkin kesan secara tidak langsunglah kerana pertambahan duti meningkat harga aktiviti tersebut. Jadi, pendapatan saya akan berkurang.” SOALAN 3 - Apakah kesan perubahan pendapatan individu dan perubahan permintaan terhadap aktiviti hiburan akibat pelaksanaan duti hiburan? 6 orang responden (60%) berpandangan bahawa pelaksanaan duti hiburan akan mengurangkan pendapatan dan permintaan pengguna terhadap sesuatu hiburan. Transkrip Responden R4: “perubahan, saya rasa kalau gaji naik, orang masih akan minta benda tu walaupun harga dah naik sebab dia rasa” dia mampu. R6: “Saya rasa permintaan terhadap aktiviti yang dikenakan cukai akan berkurang.” R7: “Jika pendapatan seorang itu naik dan duti hiburan itu naik, jadi permintaan aktiviti tersebut itu sama saja.” SOALAN 4 - Bagaimanakah perubahan pendapatan individu mempengaruhi kekerapan pengguna dan jumlah perbelanjaan untuk menyertai sesuatu aktiviti hiburan? Kesemua responden (100%) menyatakan bahawa sekiranya pendapatan meningkat, pengguna akan lebih meminta sesuatu aktiviti hiburan tersebut. Transkrip Responden R2: “Kalau pendapatan meningkat, saya lebih kerap join aktiviti dan jumlah perbelanjaan pun akan lebih meningkat.” R4: “Kalau pendapatan dah naik, lagi keraplah pengguna akan meminta.” R6: “Mungkin jika pengguna berpendapatan tinggi, maka mereka akan kerap untuk menyertai aktiviti hiburan tersebut.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 24 SOALAN 5 - Apakah kesan duti hiburan dalam perubahan kuasa beli anda? Kesemua responden (100%) menyatakan bahawa pelaksanaan duti hiburan akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Transkrip Responden R2: “Jadi kesan duti hiburan ini terhadap kuasa beli saya, kuasa beli saya menurun.” R3: “kuasa beli saya akan berkurang sebab harga tiket aktiviti hiburan meningkat” R5: “kesan dia saya akan kurangkan pembelian saya” SOALAN 6 - Bagaimana pelaksanaan duti hiburan menyumbang kepada kutipan hasil kerajaan tempatan? Kesemua responden (100%) berpendapat duti hiburan dapat menambahkan hasil Kerajaan yang boleh digunakan untuk Pembangunan infranstruktur. Transkrip Responden R2: “Hasil kerajaan itu akan meningkat.” R3: “Dengan duti hiburan akan meningkatkan hasil kerajaan tempatan” R4: “Lagi banyak kutipan maka lagi banyaklah hasil.” SOALAN 7 - Bagaimana pelaksanaan duti hiburan menyumbang kepada pertambahan hasil? Kesemua responden (100%) memberikan pendapat bahawa duti hiburan merupakan aliran pendapatan atau hasil tambahan kepada negara di mana hasil tersebut akan diagihkan semula kepada kesejahteraan rakyat Transkrip Responden R2: “Jadi bila hasil kerajaan meningkat, ia akan menyalurkan semula untuk kesejahteraan penduduk.” R3: “dengan duti hiburan akan meningkatkan hasil kerajaan tempatan” R4: “ni...Kalau tak silap saya salah satu hasil negara adalah cukai kan. So bila cukai ni dilaksanakan lagi banyak, lagi bertambahlah hasil.” SOALAN 8 - Bagaimana pelaksanaan duti hiburan memberi kesan kepada pendapatan golongan berpendapatan tinggi? 7 orang responden (70%) menyatakan pendapat bahawa duti hiburan tidak memberi kesan kepada golongan berpendapatan tinggi. Transkrip Responden R3: “golongan berpendapatan tinggi tidak terkesan denganpelaksanaan duti hiburan.” R4: “mungkin tak ada kesan bagi golongan tersebut” R5: “tak ada kesan bagi golongan tersebut” SOALAN 9 - Bagaimana pelaksanaan duti hiburan memberi kesan kepada pendapatan golongan berpendapatan rendah? Kesemua responden (100%) berpendapat bahawa duti hiburan sangat memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40 di mana keinginan mereka untuk melakukan sesuatu hiburan itu terhalang. Transkripsi Responden R2: “Disebabkan mereka berpendapatan rendah, jadi perbelanjaan mereka pun semakin berkurang.” R4: “kalau untuk yang berpendapatan rendah ni memang sangat memberi kesan lah.” R6: “Bagi penduduk berpendapatan rendah pula akan merasa beban cukai tersebut.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 25 7 - KESAN DUTI HIBURAN TERHADAP INDUSTRI SOALAN 1 - Bagaimanakah duti hiburan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi setempat dan ekonomi negara secara keseluruhan? 7 orang responden (70%) berpendapat duti hiburan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan hasil kerajaan yang boleh digunakan untuk pembangunan setempat. Transkrip Responden R1: “Bagi saya, kutipan duti hiburan dapat membantu kerajaan dalam pembelajaran pembangunan.” R2: “Bagi saya, ekonomi setempat dan juga industri. Bagi saya, ekonomi negara semakin membangun.” R4: “Duti hiburan ni kan hasil negara. Bila negara dapat hasil, bolehlah dia tambah baik atau tingkatkan lagi pembangunan setempat.” SOALAN 2 - Bagaimanakah pelaksanaan duti hiburan dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan firma? 5 orang responden (50%) menyatakan duti hiburan yang digunakan untuk pembangunan boleh menarik firma untuk beroperasi dan membuka peluang pekerjaan manakala 3 orang responden (30%) responden berpendapat duti hiburan yang digunakan untuk pelaburan dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Transkrip Responden R1: “Mungkin dapat membantu kerajaan dalam membangun ke kawasan setempat sehingga boleh menarik pelabur luar untuk melabur di negara kita.” R2: “pelaksanaan duti hiburan ini dapat meningkatkan pendapatan firma dan juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan secara tidak langsung.” SOALAN 3 - Bagaimanakah pelaksanaan duti hiburan akan mempengaruhi aktiviti pelancongan dalam negara? 7 orang responden (70%) mengatakan bahawa duti hiburan yang tinggi boleh mengurangkan aktiviti pelancongan dalam negara kerana kos yang tinggi. Transkrip Responden R2: “Disebabkan pelaksanaan duti hiburan ini akan meningkatkan kos, jadi ianya akan dapat mengurangkan pelancongan.” R5: “Saya rasa mungkin akan berkurang” R7: “Saya rasa ianya akan kurangkan pelancongan asing. Hmm. Sebab, mereka nak datang pun kena bayar mahal kan.” SOALAN 4 - Bagaimanakah pelaksanaan duti hiburan terhadap pelbagai aktiviti hiburan memberi kesan positif atau negatif terhadap persekitaran pelancongan dalam negara? 6 orang responden (60%) berpendapat duti hiburan memberikan kesan negatif kerana harga yang tinggi untuk sesuatu aktiviti hiburan boleh mengurangkan daya tarikan pelancongan. Transkrip Responden R3: “kesan negatif menyebabkan harga tiket meningkta dan membuatkan pelancong beralih ke aktiviti lain” R4: “kesan negatif sebab orang kurang melancong sebab harga dah mahal. “ R5: “saya rasa kesan negatif. Pelancong dah kurang bila harga dah mahal. Bila harga mahal orang tak nak pergi.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 26 SOALAN 5 - Apakah kesan duti hiburan terhadap peningkatan harga bagi industri yang dikenakan duti hiburan? Kesemua responden (100%) memberikan pandangan di mana duti hiburan akan meningkatkan harga sesuatu barang atau perkhidmatan hiburan. Transkrip Responden R6: “Industri tersebut mungkin akan mengalami penguncupan dari segi permintaanlah” R7: “kesannya, permintaan terhadap industri tersebut akan berkurang.” R8: “Hm harga bagi industri akan meningkat kerana penyelia tidak ingin menanggung duti seorang lah so dia akan past ke pengguna” SOALAN 6 - Apakah kesan jangka panjang pelaksanaan duti hiburan terhadap industri yang dikenakan duti hiburan secara keseluruhan? 5 orang resonden (50%) menyatakan bahawa jika kadar duti hiburan yang dikenakan tidak terlalu tinggi, industri tersebut akan stabil. manakala selebihnya menyatakan firma akan mengalami punurunan permintaan. Transkrip Responden R1: “Bagi saya, ia akan mempengaruhi gelagat pengguna di mana akan ada penurunan permintaan terhadap aktiviti hiburan.” R2: “Jadi bagi saya industri akan berkembang kalau hasil itu dilaburkan semula untuk pembangunan industri itu sendiri.” SOALAN 7 - Bagaimanakah kepatuhan firma terhadap pelaksanaan duti hiburan mempengaruhi pendapatan negara? 8 orang responden (80%) berpandangan firma patuh dengan pelaksanaan duti hiburan dapat menambahkan hasil negara kerana firma tidak mahu dikenakan tindakan. Transkrip Responden R1: “Bagi saya, firma yang mematuhi dalam pelaksanaan keadaan duti hiburan kerana mereka takut akan dikenakan tidakkan jika tidak mengikutlah keadaan tertentu.” R2: “Jika firma-firma patuh kepada pelaksanaan duti hiburan secara langsung pendapatan negara juga dapat meningkat.” R5: “Saya rasa firma patuh je terhadap perlaksanaan duti hiburan ni.” SOALAN 8 - Apakah impak sosioekonomi yang wujud akibatpelaksanaan duti hiburan dan perubahan kadar duti hiburan? 50% pelaksanaan duti hiburan boleh meningkatkan pendapatan kerajaan namun boleh mengurangkan permintaan pengguna. Transkrip Responden R2: “Jadi impak sosioekonomi yang akan berlaku akibat pelaksanaan duti hiburan ini adalah dapat mengurangkan pendapatan individu.” R6: “saya, kesan ketara ialah pendapatan kerajaan akan meningkat. Maka, kerajaan boleh memperbaiki infrastruktur awam” R8: “duti hiburan yang terlalu tinggi akan menyebabkan kos sara hidup Masyarakat meningkat kerana kenaikan harga tiket dan kos.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 27 8 - KESAN DUTI HIBURAN TERHADAP M ASA LAPANG DAN M ASA KERJA SOALAN 1 - Adakah anda bersetuju aktiviti hiburan dikenakan duti hiburan? Jelaskan. 5 orang responden (50%) tidak bersetuju dengan pelaksanaan duti hiburan boleh mengurangkan masa lapang kerana kos aktiviti hiburan yang lebih tinggi memerlukan responden bekerja lebih masa untuk menampung kos tersebut manakala lagi 5 orang responden (50%) responden bersetuju dengna pelaksanan duti hiburan kerana boleh membangunkan infranstruktur dalam negara. Transkrip Responden R1: “Saya tak setuju sebab kos suara hidup yang tinggi membuatkan perbelanjaan semakin meningkat.” R5: “Saya rasa tidak, sebab ia agak membebankan pengguna.” R8: ‘bagi saya ya sebab saya percaya dengan duti hiburan ini dapat seikit sebanyak membantu pembangunan negara” SOALAN 2 - Adakah pelaksanaan duti hiburan seolah-olah mencerminkan masa lapang anda dikenakan cukai? Kesemua responden (100%) bersetuju dengan pernyataan masa lapang dikenakan cukai kerana pengguna perlu membayar lebih untuk berehat. Transkrip Responden R2: “Bagi saya ya sebab macam saya buat aktiviti-aktiviti itu waktu masa lapang.” R3: “Ya kerana kita lakukan aktiviti hiburan pada masa lapang” R4: “Haah betul sangat. Ye lah kita nak enjoy pon kena bayar extra.” SOALAN 3 - Adakah setiap aktiviti hiburan perlu dikenakan kadar duti hiburan pada kadar yang berbeza? Kesemua responden (100%) memberikan pendapat di mana setiap aktiviti hiburan perlu dikenakan kadar yang berbeza seperti aktiviti yang tinggi permintaan perlu dikenakan kadar duti yang lebih tinggi. Transkrip Responden R1: “Saya rasa perlu kerana tak semua aktiviti hiburan perlu dikenakan. Tapi ada sesetengah aktiviti yang mempunyai permintaan tinggi perlu dikenakan duti hiburan.” R2: “Bagi saya ya ianya bergantung pada jenis hiburan itulah.” R8: “Hm ya kerana masa yang diluangkan bagi setiap aktiviti hiburan adalah berbeza.” SOALAN 4 - Bagaimanakah kesan duti hiburan terhadap masa kerja dan masa lapang anda? 6 orang responden (60%) menyatakan bahawa duti hiburan menyebabkan mereka lebih menambahkan masa bekerja berbanding berhibur manakala lagi 40% responden menyatakan duti hiburan tidak memberikan apa-apa kesan terhadap masa lapang mereka. Transkrip Responden R2:” Bagi masa kerja saya sama je. Bagi masa lapang saya ianya bermanfaat.” R3: “Masa lapang saya akan bertambah kerana pelaksanaan duti hiburan membuatkan saya kurangkan permintaan saya untuk lakukan aktiviti hiburan” R5: “Kesannya, saya rasa saya akan lebih rajin bekerjalah” SOALAN 5 - Adakah pelaksanaan duti hiburan menyebabkan anda mengubah tujuan anda melakukan aktiviti hiburan tersebut daripada tujuan hiburan kepada tujuan berkerja? 6 orang responden (60%) menyatakan bahawa mereka tetap akan melakukan aktiviti hiburan setelah penat bekerja manakala 4 orang responden (40%) menyatakan mereka lebih memilih untuk bekerja lebih masa daripada perlu membayar duti hiburan. Transkripsi Responden R2: Untuk saya tak sebab saya memang perlukan hiburan pun dalam hidup. R5: Ya, saya lebih memilih untuk bekerja


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 28 9 - CUKAI SEBAGAI STRATEGI CA M PUR TANGAN KERAJAAN SOALAN 1 - Pada pandangan anda, mengapa kerajaan campur tangan menerusi pelaksanaan duti hiburan? 5 responden (50%) menyatakan bahawa campur tangan kerajaan bertujuan mengawal aktiviti hiburan. 3 responden (30%) menyatakan bagi tujuan memperoleh hasil kerajaan. 2 responden (20 %) menyatakan tidak pasti. Transkrip Responden R5: “Hm dengan duti hiburan ianya membolehkan kerajaan mengawal aktiviti hiburan dengan lebih berkesan termasuk dengan keselamatan masyarakat.” R1: “Bagi saya kerajaan campur tangan dalam pelaksanaan hiburan adalah untuk memperolehkan hasil.” R10: “Ni saya tak tahu. Sorry.” SOALAN 2 - Bagaimana duti hiburan mempengaruhi kewangan fiskal dan belanjawan kerajaan? 6 responden (60%) menyatakan bahawa kewangan fiskal dan belanjawan kerajaan akan meningkat. 1 responden (10%) menyatakan tiada kesan terhadap kewangan fiskal dan belanjawan kerajaan. 3 responden (30%) menyatakan tidak pasti. Transkrip Responden R7: “Kewangan fiskal, saya rasa duti hiburan ni dapat meningkatkan lah kewangan fiskal kerajaan dan boleh digunakan untuk pembangunan dan sebagainya.” R2: “Bagi saya, duti hiburan tak mempengaruhi secara berimpak terhadap kewangan fiskal dan belanjawan kerajaan.” SOALAN 3 - Pada pandangan anda, apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan dengan hasil kutipan duti hiburan? 7 responden (70%) menyatakan hasil kutipan cukai adalah untuk tujuan menaik taraf infrastruktur di Malaysia. 2 responden (20%) menyatakan bagi tujuan pembangunan. 1 responden (10%) menyatakan hasil cukai boleh digunakan bagi tujuan menambahbaik tempat pelancongan. Transkrip Responden R6: “Haa kerajaan boleh menggunakannya untuk menaik taraf infrastruktur di Malaysia ini seperti membetulkan jalan.” R1: “Bagi saya hasil-hasil kutipan duti hiburan ini dapat digunakan untuk pembangunan.” R5: “Aaa saya rasa kerajaan boleh menggunakannya untuk menaik taraf tempat-tempat pelancongan supaya ianya lebih menarik.” SOALAN 4 - Pada pandangan anda, bagaimanakah kerajaan dapat mengawal aktiviti hiburan menerusi pelaksanaan duti hiburan? 6 responden (60%) menyatakan bahawa kadar duti hiburan tinggi kepada aktiviti hiburan tidak berfaedah dapat kawal aktiviti hiburan. 1 responden (10%) menyatakan melalui penetapan kadar duti hiburan dapat mengawal aktiviti hiburan. 3 responden (30%) menyatakan tidak tahu. Transkrip Responden R3: “Pada pandangan saya, dengan menetapkan duti yang tinggi kepada aktiviti hiburan yang akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat.” R2: “Saya rasa jika aktiviti hiburan terlalu berluasa tanpa pengawalan harga tidak terkawal, maka di situ peranan kerajaan dapat dilihat melalui penetapan kadar duti hiburan.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 29 SOALAN 5 - Bagaimana kerajaan dapat mengawal industri yang dikenakan duti hiburan melalui pelaksanaan kadar duti hiburan yang berbeza dan pengenaan aktiviti hiburan yang pelbagai? 4 responden (40%) menyatakan dengan pemantauan berkala, ia dapat mengawal pihak industri yang dikenakan duti hiburan. 3 responden (30%) menyatakan kerajaan mesti mempunyai satu guideline atau peraturan untuk dipatuhi oleh pihak industri. 3 responden (30%) menyatakan tidak pasti. Transkrip Responden R1: “Kerajaan dapat mengawal industri-industri ini dengan melakukan pemantauan yang kerap.” R8: “Kerajaan mesti ada satu guideline atau peraturan untuk dipatuhi, so kadar duti tu boleh dikawal dan duti tu dikenakan dengan berpatutan.” SOALAN 6 - Apakah kesan pelaksanaan duti hiburan kepada pelbagai aktiviti hiburan oleh peringkat kerajaan yang berbeza-beza? (negeri dan persekutuan) 6 responden (60%) menyatakan tiada perubahan terhadap peringkat kerajaan yang berbeza. 4 responden (40%) menyatakan kesannya ialah permintaan terhadap aktiviti yang sama akan berbeza di setiap negeri. Transkrip Responden R2: “Saya tak rasa sangat kesan dia, tapi saya anggap kadar duti hiburan dalam Malaysia adalah sama kot kadar dia.” R7: “Saya rasa kesannya ialah umm... permintaan aktiviti tersebut akan berbeza-beza lah mengikut negeri, contohnya mungkin kalau dekat Selangor, mungkin orang lebih meminta panggung wayang berbanding taman tema, tetapi mungkin jika di Perak, orang meminta taman tema lebih berbanding panggung wayang.” SOALAN 7 - Bagaimanakah kutipan duti hiburan membolehkan kerajaan menampung kos pentadbiran dan pembangunan kawasan setempat? 8 responden (80%) menyatakan dengan menggunakan hasil kutipan duti hiburan dapat menambahbaik dan membangunkan kawasan setempat. Transkrip Responden R5: “Duti hiburan adalah salah satu sumber pendapat negara jadi bolehlah kerajaan gunakannya untuk membuat sebarang pembangunan.” R4: “Kutipan duti hiburan tersebut menyediakan pendapatan tambahan kepada kerajaan tempatan yang boleh digunakan untuk memperbaiki dan membangunkan infrastruktur awam seperti jalan raya, taman dan pusat komuniti.” SOALAN 8 - Adakah kadar duti hiburan yang lebih tinggi perlu dikenakan terhadap penduduk dari luar kawasan (penduduk asing)? Jelaskan. 6 responden (60%) menyatakan setuju penduduk luar kawasan dikenakan duti yang lebih tinggi. 3 responden (30%) menyatakan tidak setuju. 1 responden (10%) menyatakan tidak pasti dengan penyataan ini. Transkrip Responden R6: “Iya jadi dengan ini kerajaan dapat tingkatkan pendapatan mereka tetapi kadar yang dikenakan janganlah terlalu tinggi.” R3: “Saya rasa tidak sebab mereka akan kurangkan atau tidak lagi lakukan aktiviti yang dikenakan duti yang tinggi.” R5: “Jika kadar yang berbeza dikenakan mungkin akan berlaku persoalan ketidakadilan. Jadi saya tidak tahu tentang itu.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 30 SOALAN 9 - Adakah pelaksanaan duti hiburan yang dibuat mengikut asas cukai Ad Valorem (peratusan tertentu dikenakan terhadap harga jualan) lebih sesuai berbanding dengan menggunakan asas cukai ini (dikenakan mengikut individu)? Jelaskan. 4 responden (40%) memilih cukai ad-valorem lebih sesuai. 3 responden (30%) memilih cukai asas. 3 responden (30%) menyatakan tidak pasti. Transkrip Responden R4: “Pada pendapat saya, pelaksanaan duti hiburan secara ad valorem adalah lebih adil dan berkesan kerana mereka yang mampu membayar lebih.” R7: “Saya rasa lebih sesuai guna asas cukai kot, sebab dia dikenakan mengikut individu, so individu yang melakukan aktiviti hiburan akan dikenakan cukai, individu yang tidak melakukan aktiviti hiburan tersebut, mereka tidak akan dikenakan cukai. Bagi saya itu lebih adil lah.” R8: “Maaf, aa... saya tak pasti.” SOALAN 10 - Adakah pelaksanaan duti hiburan yang dibuat mengikut asas peratusan daripada harga jualan menyebabkan anda cenderung untuk melakukan aktiviti hiburan dalam jumlah yang ramai disebabkan perkongsian cukai yang lebih rendah apabila bilangan pengguna yang menggunakan aktiviti tersebut semakin ramai? 4 responden (40%) bersetuju untuk melakukan aktiviti hiburan pada bilangan pengguna yang ramai kerana harga yang lebih murah. 5 responden (50%) tidak bersetuju untuk melakukan aktiviti hiburan pada bilangan pengguna yang ramai walaupun harganya murah. 1 responden (10%) menyatakan tidak pasti dengan penyataan ini. Transkrip Responden R3: “Pada pandangan saya, ya. Sebab bila ramai, saya dapat beli dengan harga pukal dan di sini dapatlah jimatkan duit.” R4: “Pada pendapat sayalah, saya tidak sanggup berkongsi jika dalam jumlah yang terlalu ramai dan padat walaupon harganya lebih murah.” R1: “Kalau yang ini saya tak pasti.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 31 10 - KESAN DUTI HIBURAN TERHADAP KEBAJ IKAN PENGGUNA SOALAN 1 - Adakah pelaksanaan duti hiburan itu adil? Jelaskan. 6 responden (60%) menyatakan pelaksanaan duti hiburan adalah adil. 4 responden (40%) menyatakan tidak adil kepada pengguna. Transkrip Responden R7: “Bagi saya adil sebab siapa yang nak gunakan aktiviti hiburan tersebut, dia yang kena bayar duti hiburan tersebut.” R3: “Bagi saya, tidak kerana ianya akan membebankan sesetengah masyarakat, terutamanya masyarakat yang mempunyai pendapatan rendah.” SOALAN 2 - Adakah pelaksanaan duti hiburan pada pelbagai kadar dianggap adil? Jelaskan. 6 responden (60%) menyatakan bahawa pelaksanaan duti hiburan terhadap pelbagai kadar dianggap adil. 4 responden (40%) menyatakan tidak adil. Transkrip Responden R6: “Ya kerana setiap aktiviti mempunyai faedah yang berbeza.” R9: “Tak adil. Sebab saya tengok peratusan kadar yang dikenakan itu berbeza.” SOALAN 3 - Adakah pelaksanaan duti hiburan terhadap pelbagai jenis aktiviti hiburan dianggap adil? Jelaskan. 4 responden (40%) menyatakan pelaksanaan duti hiburan terhadap pelbagai jenis aktiviti hiburan adalah adil. 6 responden (60%) menyatakan pelaksanaan duti hiburan terhadap pelbagai jenis aktiviti hiburan adalah tidak adil. Transkrip Responden R1: “Bagi saya ya sebab aktiviti hiburan ini banyak jenisnya.” R2: “Saya rasa tak adil sebab dia macam menghalang kebebasan pengguna untuk mengisi masa lapang.” SOALAN 4 - Adakah wajar duti hiburan dikenakan kepada aktiviti hiburan tertentu sahaja? Jelaskan. Kesemua 10 responden bersetuju bahawa duti hiburan hanya perlu dikenakan untuk aktiviti tertentu sahaja. Transkrip Responden R4: “Ya, pada saya wajarlah agar semua orang dapat melakukan aktiviti hiburan sama ada yang dikenakan cukai atau tidak.” R6: “Ya supaya tidak membebankan rakyat.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 32 11 - KESAN DUTI HIBURAN TERHADAP KUAL ITI PERKHID M ATAN SOALAN 1 - Bagaimana duti hiburan mempengaruhi kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh industri? 60% atau 6 orang daripada keseluruhan responden memilih kualiti akan bertambah baik, 2 responden (20%) kurang pasti dan 2 orang (20%) juga berpendapat kualiti tetap sama Transkrip Responden R3: “..., maka kualiti perkhidmatan yang disediakan tu perlulah bertambah baik dari semasa ke semasa” R6: “Aaa saya tidak pasti sebab setahu saya duti hiburan dikenakan berdasarkan aktiviti...” R9: “Saya rasa sama je” SOALAN 2 - Pada pandangan anda, adakah duti hiburan yang dibayar sepadan dengan kualiti perkhidmatan aktiviti hiburan? Jelaskan. 7 orang responden (70%) memilih kualiti sepadan dengan duti yang dibayar manakala responden memilih tidak pasti, sama dan juga tidak sepadan Transkrip Responden R7: “Bagi saya, agak sepadan, sebab macam kat taman tema, saya rasa kepuasan yang sama terima tu berbaloi dengan harga yang saya bayar.” R6: “Ada juga aktiviti yang tidak sepadan seperti di taman tema yang tidak menyediakan pengawal keselamatan” R10: “Tak pasti sebab jarang nak compare benda macam tu” SOALAN 3 - Apakah langkah yang boleh diambil oleh pihak penyedia aktiviti hiburan (pihak industri) untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi menambah kepuasan pengguna terhadap aktiviti hiburan yang dikenakan duti hiburan? 8 orang (80%) daripada keseluruhan responden mengatakan penyedia perkhidmatan seharusnya meningkatkan kualiti layanan dan kemudahan yang baik manakala 2 orang atau 20% berasa tidak pasti Transkrip Responden R9: “Tak pasti. Mungkin ikut owner bisnes itu juga” R2: “Saya rasa mereka boleh pastikan kualiti perkhidmatan berada di tahap yang baik dan harga yang dipaparkan jelas ..” SOALAN 4 - Apakah langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan peningkatan kualiti perkhidmatan aktiviti yang dikenakan duti hiburan? 80% atau 8 orang responden berpendapat kerajaan perlu membuat pemantauan bagi meningkatkan kualiti dan terdapat juga yang berpendapat kerajaan perlu memberi insentif atau modal kepada penyedia perkhidmatan. Transkrip Responden R2: “Saya rasa kerajaan perlu membantu penyedia perkhidmatan dari segi modal dan keuntungan..” R7: “..., pihak kerajaan boleh membuat pemantauan secara berkala terhadap kualiti perkhidmatan aktiviti oleh pihak industri...”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 33 1 2 - KESAN DUTI HIBURAN TERHADAP PINDAHAN CUKAI SOALAN 1 - Pada pandangan anda, apakah pihak penyedia aktiviti hiburan memindahkan duti hiburan sepenuhnya atau separa kepada pengguna menerusi perubahan harga? Jelaskan. 50% atau 5 orang responden berpendapat penyedia perkhidmatan memindahkan separuh beban cukai kepada pengguna 50% responden lagi mengatakan pindahan cukai berlaku sepenuhnya kepada pengguna. Transkrip Responden R4: “Pada pendapat saya, pihak penyedia memindahkan sepenuhnya duti hiburan kepada pengguna menerusi harga yang lebih tinggi” R7: “... saya rasa mereka hanya pindahkan sebahagian sahaja” SOALAN 2 - Adakah anda rasa terbeban dengan duti hiburan yang dipindahkan kepada anda sebagai pengguna? Jelaskan. 90% atau 9 orang berasa terbeban dengan pindahan cukai dan 1 orang (10%) berasa tidak terbeban. Transkrip Responden R10: “Ya, agak terbebanlah. Tambah-tambah bila tanggungan ramai ni” R8: “Bagi saya, saya tak terbeban sebab harga yang dikenakan sepadan dengan perkhidmatan” SOALAN 3 - Adakah apabila berlaku perubahan dalam kadar duti hiburan, maka akan berlaku perubahan dalam harga yang dikenakan kepada pengguna? Jelaskan. 80% atau 8 orang responden merasakan terdapat perubahan kepada harga apabila kadar berubah dan 2 orang mengatakan tidak boleh Transkrip Responden R3: “Umm, bagi pandangan saya, ya.” R10: “Saya rasa tak boleh yang macam itu.”


HASIL KAJIAN - Bahagian C (Kesedaran dan Kepentingan) 34 1 3 - KESAN DUTI HIBURAN TERHADAP KESAN PENGGANTIAN SOALAN 1 - Adakah kewujudan duti hiburan menyebabkan anda bertukar kepada aktiviti lain yang tidak dikenakan duti hiburan? Jelaskan.. 70% atau 7 orang responden memilih akan bertukar kepada aktiviti lain yang tidak dikenakan duti hiburan dan 2 orang atau 20% responden akan bergantung kepada keadaan atau 1 orang (10%) tidak akan bertukar Transkrip Responden R10: “Okey, macam saya cakap tadi, semestinya sebab lebih menjimatkan.” R8: “Bagi saya, saya tidak...” R7: “Bagi saya, ya, untuk certain aktiviti lah...ada juga yang saya rasa walaupun dikenakan duti hiburan, saya masih ingin menggunakannya seperti pawagam dan sebagainya” SOALAN 2 - Bagaimana kesan perubahan kadar duti hiburan mempengaruhi permintaan anda terhadap aktiviti hiburan? (Menggantikan aktiviti yang tidak dikenakan duti hiburan atau aktiviti yang mempunyai duti hiburan yang lebih rendah) 90% responden atau 9 orang berpendapat akan memilih mengurangkan permintaan terhadap aktiviti hiburan atau memilih aktiviti hiburan yang kadar duti hiburannya lebih rendah dan 1 orang (10%) memilih tidak mempengaruhi Transkrip Responden R8: “Seperti yang saya cakap tadi, saya sendiri pun tidak... tidak kerap buat aktiviti hiburan yang menggunakan duti hiburan, so tiada kesan kepada saya.” R1: “Saya akan menggantikan aktiviti yang kadar dutinya rendah..”


KESIMPULAN 35 Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi permintaan untuk aktiviti yang dikenakan duti hiburan. Ini termasuklah kesedaran tentang duti hiburan, harga tiket selepas duti dikenakan, pendapatan boleh guna rakyat, kualiti perkhidmatan serta tabungan pengguna. Jika kenaikan harga hiburan melebihi keanjalan harga permintaan, maka permintaan pengguna terhadap aktiviti tersebut berkurangan. Kesannya, pengguna tidak mahu membayar harga yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, jika aktiviti hiburan mempunyai daya tarikan yang unik atau pengganti terhad, maka kesan pengenaan duti hiburan mungkin lebih minimum. Kesimpulannya, apabila kerajaan memutuskan untuk mengenakan duti hiburan, mereka harus mempertimbangkan objektif duti hiburan dikenakan iaitu sebagai hasil kerajaan serta kesan yang akan berlaku ke atas permintaan pengguna. Oleh itu, jelaslah bahawa dasar kerajaan terhadap duti hiburan dan insentif kerajaan serta pihak industri untuk mengurangkan harga tiket dapat mempengaruhi permintaan pengguna untuk melakukan aktiviti yang dikenakan duti hiburan.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version