i www.aswara.edu.my Kod Etika Profesional Tenaga Akademik AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN
ii Keluaran Pertama 2024 Penerbit: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang manamana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain tanpa kebenaran bertulis daripada Rektor, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Malaysia, 464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) (Online) Atur huruf dan dicetak oleh: Unit Integriti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, 464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, MALAYSIA. No. Telefon : +603 2778 5999 No. Faksimili : +603 2778 5903 Laman Web : www.aswara.edu.my
iii ISI KANDUNGAN Pengenalan Vi 1.0 Misi 1 2.0 Visi 3.0 Peranan 4.0 Fungsi 5.0 Pemakaian dan Punca Kuasa 2 6.0 Objektif 3 7.0 Tanggungjawab 4 8.0 Prinsip 5 8.1 Integriti 8.2 Akauntabiliti 8.3 Benar 8.4 Telus 8.5 Amanah 8.6 Bijaksana 8.7 Bekerjasama 8.8 Kesopanan Asas 8.9 Adil dan Saksama 8.10 Bertanggungjawab 8.11 Kerahsiaan 8.12 Kebebasan Akademik 9.0 Konflik Kepentingan 9 10.0 Kod Etika Akademik dan Profesional 10 10.1 Pengajaran 10 10.1.1 Kod Etika Dalam Bidang Pengajaran 10.1.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Pengajaran 10.2 Penyeliaan 14 10.2.1 Kod Etika Akademik 10.2.2 Kod Etika Sosial 10.2.3 Perilaku Yang Melanggar Etika Penyeliaan 10.3 Penyelidikan 16 10.3.1 Kod Etika Dalam Bidang Penyelidikan 10.3.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Penyelidikan 10.4 Penerbitan 18 10.4.1 Kod Etika Dalam Bidang Penerbitan 10.4.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Penerbitan 10.5 Perundingan 21 10.5.1 Kod Etika Dalam Bidang Perundingan 10.5.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Perundingan 10.6 Persidangan 23 10.6.1 Menghadiri Persidangan 10.6.1.1 Kod Etika Menghadiri Persidangan 10.6.1.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Menghadiri Persidangan
iv 10.6.2 Menganjur Persidangan 10.6.2.1 Kod Etika Menganjur Persidangan 10.6.2.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Menganjur Persidangan 10.7 Pentadbiran 27 10.7.1 Kod Etika Dalam Bidang Pentadbiran 10.7.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Pentadbiran 10.8 Cuti Belajar 29 10.8.1 Kod Etika Ditawarkan Cuti Belajar 10.8.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Cuti Belajar 11.0 Pematuhan Kepada Undang-Undang dan Peraturan 32 11.1 Tatakelakuan 11.2 Jenayah 11.3 Pekerjaan Luar 11.4 Pernyataan Awam 11.5 Penglibatan Dalam Politik 11.6 Gangguan Seksual 11.7 Dadah 11.8 Hadiah dan Keraian 11.9 Etiket Pemakaian 11.10 Pengisytiharan Harta 11.11 Keterhutangan Kewangan Yang Serius 11.12 Meminjamkan Wang 11.13 Pasaran Niaga Hadapan 11.14 Keberadaan Di Pejabat 11.15 Pemalsuan Dokumen 11.16 Pematuhan Kepada Prosedur Kewangan 11.17 Penyebaran Fitnah 12.0 Penutup 36 Senarai Rujukan 37
v Pendidikan Asas Integriti “Ilmu itu dimiliki dengan lidah yang banyak bertanya dan akal yang gemar berfikir” (Abdullah Ibnu Abbas)
vi PENGENALAN Kod Etika adalah satu garis panduan yang memberikan pemberatan kepada prinsip-prinsip akhlak dan moral dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang menggabungkan penyampaian serta penghayatan seni budaya serta tindakan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang, peraturan, pekeliling, dasar dan garis panduan yang sedang berkuat kuasa untuk dipatuhi oleh semua tenaga akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Malaysia. ASWARA merupakan institusi yang mempunyai ciri-ciri pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran tersendiri dari segi: a) Tugas dan tanggungjawab. b) Kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan. c) Pihak yang terlibat dalam menjalankan kegiatankegiatan itu. Kod Etika ini hendaklah terpakai kepada semua tenaga akademik di ASWARA seperti berikut:- a) Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Program dan yang setara dengannya. b) Tenaga akademik sama ada tetap atau kontrak
1 MISI Memperkasakan pengajian seni, budaya dan warisan kepada masyarakat melalui teori dan praktikal ke arah melahirkan ilmuwan profesional, karyawan dan penggiat- penggiat seni dalam memenuhi keperluan negara. VISI Peneraju Institusi Pengajian Tinggi dalam kesenian, kebudayaan dan warisan Malaysia. FUNGSI • Menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan dan penerbitan akademik dalam bidang seni, budaya dan warisan • Membangunkan modal insan dalam bidang seni budaya dan warisan demi memenuhi keperluan industri kreatif negara • Menyediakan khidmat nasihat profesional dalam pendidikan dan eksperimentasi seni budaya dan warisan • Menjadi badan pengiktiraf pengamal profesional seni, budaya dan warisan PERANAN • Menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan dan penerbitan akademik dalam bidang seni, budaya dan warisan • Membangunkan modal insan dalam bidang seni budaya dan warisan demi memenuhi keperluan industri negara • Menyediakan khidmat nasihat profesional dalam pendidikan dan eksperimentasi seni budaya dan warisan • Menjadi badan pengiktirafan pengamal profesional, seni budaya dan warisan MISI, VISI, PERANAN DAN FUNGSI ASWARA KOD ETIKA PROFESIONAL TENAGA AKADEMIK
2 5.1 Kod Etika Profesional Tenaga Akademik ini adalah terpakai sepertimana yang ditetapkan kepada semua tenaga akademik ASWARA. 5.2 Kod Etika Profesional Tenaga Akademik ASWARA hendaklah dihayati dan diamalkan oleh semua tenaga akademik ASWARA secara bersungguhsungguh di samping mengikat teguh kepada undang-undang, peraturan/ pekeliling, dasar dan garis panduan yang sedang berkuatkuasa demi meningkatkan kualiti diri dan profesion serta menjayakan kecemerlangan berlandaskan objektif, misi, visi dan prinsip ASWARA. PUNCA KUASA • Perlembagaan Persekutuan • Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653) • Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) • Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) • Pekeliling / Peraturan Dalaman PEMAKAIAN DAN PUNCA KUASA KOD ETIKA KOD ETIKA PROFESIONAL TENAGA AKADEMIK
3 1. Mengutamakan amalan integriti sebagai tenaga akademik daripada kepentingan peribadi; 2. Menanam sikap kerja positif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja; 3. Mewujudkan suasana kerja yang ceria, harmoni dan kondusif bagi mempertingkatkan produktiviti, kecemerlangan prestasi tenaga akademik ASWARA dan imej ASWARA; 4. Menyemarakkan budaya kerjasama, saksama, muafakat dan berfokus kepada kejayaan kumpulan; 5. Menghasilkan kerja berkualiti dengan mengamalkan penggunaan sumber yang terancang, cekap dan berkesan; 6. Menjadikan ASWARA badan pengiktiraf pengamal profesional seni, budaya dan warisan yang diyakini; 7. Menjadikan ASWARA sebagai pusat dokumentasi dalam bidang seni, budaya dan warisan; dan 8. Menyokong ASWARA sebagai peneraju Institusi Pengajian Tinggi dengan khidmat nasihat profesional dalam pendidikan dan eksperimentasi seni budaya dan warisan OBJEKTIF Dalam menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan, Kod Etika ASWARA ini bertujuan untuk: OBJEKTIF KOD ETIKA PROFESIONAL TENAGA AKADEMIK
4 Tenaga Akademik ASWARA bertanggungjawab melaksanakan tugas dan aktiviti ASWARA mengikut prinsip Kod Etika. Prinsip tersebut mengkehendaki agar setiap tenaga akademik ASWARA melaksanakan tanggungjawab secara benar, jujur dan amanah, telus, bijaksana, beradab, adil dan saksama. Aktiviti ASWARA merangkumi pengajaran dan pembelajaran, pembangunan dan kemenjadian pelajar, pentadbiran dan pengurusan, penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan diberikan keutamaan dan tumpuan yang tertinggi. Tenaga Akademik ASWARA perlu memberi keutamaan kepada kepentingan ASWARA dalam semua urusan. Mana-mana aktiviti seperti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan yang dilihat sebagai penyimpangan daripada misi dan visi ASWARA adalah dikategorikan tidak beretika. Setiap tenaga akademik ASWARA hendaklah: 8. Mematuhi peraturan dan polisi yang diwujudkan. 1. Menunjukkan sifat profesional, berkemahiran tinggi serta berdaya saing yang mantap penuh dedikasi dan iltizam serta menggunakan kaedah dan ilmu terkini dalam melaksanakan tugas masing-masing. 2. Menghayati nilai-nilai murni yang mencerminkan peribadi mulia sebagai tenaga akademik ASWARA agar menjadi teladan dan inspirasi kepada masyarakat dalam pembentukan sikap, akhlak, pemikiran serta prinsip hidup. 3. Menunjukkan daya usaha yang tinggi berasaskan kebijaksanaan, kreativiti dan inovasi bagi memastikan penyampaian kualiti perkhidmatan terbaik. 4 Mengoptimumkan sumber manusia, kemudahan, kewangan dan masa dalam melaksanakan tugas. 5. Berusaha secara berterusan untuk pembangunan diri dan kerjaya. 6. Mewujudkan suasana kerja yang harmoni serta mengutamakan kerja berkumpulan. 7. Mengelakkan daripada melibatkan ASWARA dalam sebarang konflik peribadi. TANGGUNGJAWAB KOD ETIKA PROFESIONAL TENAGA AKADEMIK
5 PRINSIPKOD ETIKA INTEGRITI AKAUNTABILITI BENAR TELUS AMANAH BIJAKSANA BEKERJASAMA KESOPANAN ASAS ADIL dan SAKSAMA BERTANGGUNGJAWAB KERAHSIAAN KEBEBASAN AKADEMIK PRINSIP KOD ETIKA KOD ETIKA PROFESIONAL TENAGA AKADEMIK
6 PRINSIP Di dalam penghayatan dan melaksanakan Kod Etika ini, ianya berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut: Tenaga akademik ASWARA hendaklah berintegriti dalam menjalankan tugas, dalam kedua-dua pengajaran dan bukan pengajaran, dengan cara yang adil, jujur, benar dan beretika. Seseorang itu tidak ada integriti jika dia tidak berkata benar, tidak berpegang pada amanah, tidak ikhlas serta meminta imbuhan yang tidak sah sama ada berupa wang ringgit atau sebagainya. Semua tenaga akademik hendaklah melaksanakan tugas dengan mematuhi prinsip-prinsip akauntabiliti kepada negara, ASWARA, masyarakat, profesion, pelanggan dan pelajar. Menekankan bahawa semua tenaga akademik ASWARA menjalankan tugas dengan menghayati prinsip kebenaran. Sebagai tenaga akademik ASWARA nilai yang perlu ada pada seseorang haruslah berkata benar, tidak berdusta, memperdaya atau menipu dalam apa jua cara. Menyemat amalan ketelusan dalam semua aspek kerja. Ikhlas menjalankan tugas dengan tulus dan jujur, tanpa meletakkan kepentingan diri di atas segala-galanya. Amanah dengan sentiasa ingat tanggungjawab yang diserahkan kepada diri sendiri oleh pihak lain yang menaruh harapan. Mewujudkan keseimbangan antara kehendak perundangan dan pertimbangan kemanusiaan dengan mengambil kira keperluan semua pihak. 8.1 INTEGRITI 8.2 AKAUNTABILITI 8.3 BENAR 8.4 TELUS 8.5 AMANAH 8.6 BIJAKSANA (HIKMAH)
7 Semua tenaga akademik ASWARA hendaklah saling bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama sambil menilai kerja berpasukan, penyertaan dan menghormati pelbagai idea dan pendapat. Setiap orang yang beradab mempunyai kesopanan asas, iaitu sikap penuh adab dan tertib dalam hubungan sesama manusia, seperti pegawai atasan dan bawahan, rakan sejawat, pelajar dan pelanggan. Kesopanan asas memerlukan sikap hormat menghormati melalui: (a) Tutur kata dan perbuatan yang sopan dalam apa juga cara berkomunikasi. (b) Suasana mesra dalam pergaulan. (c) Penampilan diri yang rapi dan terhormat dari segi pakaian dan kebersihan diri. Memuktamadkan sesuatu keputusan berdasarkan peraturan undangundang tanpa pilih kasih dan/ atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh ASWARA dengan sebaik mungkin tidak kira dari segi akademik, pentadbiran, pelajar, pelanggan atau sumber yang diamanahkan kepada ASWARA. Kerahsiaan dalam konteks yang relevan merupakan unsur etika, kerana kerahsiaan berteraskan amanah. Apabila seseorang memberi amanah rahsia kepada seseorang yang lain, maka orang yang menerima amanah berkenaan mestilah menepati amanah itu, dan tidak boleh mengkhianatinya. 8.11.1 Kerahsiaan Akademik ASWARA memberi amanah kerahsiaan kepada tenaga akademik dalam hal-hal akademik, penyelidikan dan pentadbiran, seperti dalam hal-ehwal peperiksaan, penilaian atau rujukan peribadi, urusan naik pangkat, serta urusan pemilihan dan perlantikan staf. Pembocoran maklumat yang dirahsiakan bermakna amanah sudah dikhianati. 8.7 BEKERJASAMA 8.8 KESOPANAN ASAS 8.9 ADIL DAN SAKSAMA 8.10 BERTANGGUNGJAWAB 8.11 KERAHSIAAN
8 8.11.2 Kerahsiaan Tugas Pentadbiran Kerahsiaan bagi profesion dan bidang lain boleh dirujuk kepada mana-mana pekeliling, surat pekeliling, surat arahan yang sedang berkuatkuasa dan Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653) serta Akta BadanBadan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) Tenaga akademik mempunyai tanggungjawab untuk meningkat dan menyebarluaskan ilmu dan kepakaran seterusnya berusaha ke arah kecemerlangan dalam pengajaran, penyeliaan, penyelidikan, persidangan, pentadbiran, penerbitan, perundingan dan perkhidmatan. Mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mengambil bahagian secara aktif, berkesan dan efektif dalam aktivitiaktiviti ASWARA. Kebebasan akademik adalah penting dan perlu untuk mencapai kecemerlangan akademik dan percambahan ilmu. Penilaian akademik boleh juga dinilai dari segi kerja praktikal yang ditulis melalui laporan dan kerja-kerja catatan di belakang pentas dan proses pelaksanaan sepanjang program. Walau bagaimanapun, kebebasan berkaitan dengan aktiviti akademik tersebut hanya boleh digunakan oleh tenaga akademik ASWARA sekiranya selari dengan tanggungjawab dan matlamatnya sebagai seorang ilmuwan. Tenaga akademik ASWARA yang terlibat hendaklah membezakan secara jelas antara bidang kepakaran dan pandangan peribadi. 8.12 KEBEBASAN AKADEMIK
9 Konflik kepentingan melibatkan konflik antara tanggungjawab awam dan kepentingan peribadi seseorang di mana tenaga akademik ASWARA tersebut mempunyai kepentingan peribadi yang berkemungkinan mengganggu objektiviti tenaga akademik ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab atau ketika membuat pertimbangan. Pada asasnya, dengan wujudnya konflik kepentingan, tenaga akademik ASWARA mungkin berada di dalam situasi di mana mereka tidak dapat berfikir secara objektif dan rasional, sekaligus gagal membuat keputusan secara adil dan saksama kerana dikaburi prospek keuntungan peribadi. Justeru, ramai yang tidak dapat membezakan antara hal peribadi dan tugasan kerja. Perkara-perkara yang termasuk dalam kepentingan peribadi ialah kepentingan yang melibatkan anak, suami/isteri, saudara dan sebagainya yang diistilahkan sebagai SAUDARA seperti tafsiran di bawah Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Saudara termasuklah:- a) Isteri atau suami orang itu. b) Adik atau abang atau kakak orang itu. c) Adik atau abang atau kakak isteri atau suami orang itu. d) Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah orang itu. e) Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah isteri atau suami orang itu. f) Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan (b). g) Bapa saudara, emak saudara atau sepupu orang itu; atau h) Menantu orang itu Untuk memastikan kepentingan ASWARA terjamin, individu yang mempunyai kepentingan kewangan, peribadi, kumpulan, parti politik dan persatuan perlu membuat pengisytiharan kepada ASWARA apabila terdapat keadaan yang boleh mewujudkan konflik kepentingan. KONFLIK KEPENTINGAN KOD ETIKA PROFESIONAL TENAGA AKADEMIK
10 Kod Etika Akademik dan Profesional berdasarkan tujuh bidang yang menjadi teras utama dalam bidang Akademik dan Profesional, iaitu: 10.1 Pengajaran a) Pengajaran merupakan proses antara dua pihak, iaitu tenaga akademik dan pelajar. Tiap-tiap pihak hendaklah berpegang pada kod etika yang dituntut darinya. b) Pengajaran mempunyai skop yang luas, meliputi: • Kuliah • Tutorial. • Seminar. • Amali. • Tunjuk ajar di studio/ makmal. • Kerja di lapangan, contohnya dalam sesi penggambaran dan persembahan dalam komuniti tertentu. Persidangan Penerbitan Penyelidikan Pengajaran Penyeliaan Pentadbiran Perundingan Dan Perkhidmatan TERAS UTAMA DALAM BIDANG AKADEMIK DAN PROFESIONAL KOD ETIKA AKADEMIK DAN PROFESIONAL KOD ETIKA PROFESIONAL TENAGA AKADEMIK
11 10.1.1 Kod Etika Dalam Bidang Pengajaran Tenaga akademik dalam bidang pengajaran hendaklah:- 1) Sentiasa ingat dan melaksanakan amanah yang menjadi tanggungjawabnya. 2) Tulus ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar. 3) Mempunyai niat suci dalam membina jatidiri pelajar, bukan untuk tujuan keuntungan peribadi. 4) Mengajar dengan kaedah yang jelas yang boleh difahami oleh pelajar, bukan secara sambalewa. 5) Menetapkan objektif pengajaran dan memaklumkan kepada pelajar dan memastikan objektif tersebut tercapai. 6) Berusaha sedaya upaya bagi menjadikan sesi pengajaran menarik perhatian dan membangkitkan minat pelajar. 7) Mempamerkan sikap prihatin terhadap keberkesanan proses pengajaran dengan mengambil berat masalah pelajar dalam memahami ilmu yang disampaikan. 8) Menggalakkan pelajar untuk berinteraksi secara positif semasa proses pengajaran. 9) Menggalakkan pelajar untuk bekerjasama dalam proses pembelajaran. 10) Menerangkan dengan jelas kepada pelajar tentang cara penilaian kursus. 11) Memastikan proses penilaian kursus dilakukan dengan penuh adil dan jujur selaras dengan dasar, prinsip dan prosedur penilaian yang telah diputuskan oleh fakulti dan dimaklumkan kepada pelajar. 12) Memastikan tugasan pelajar yang diserahkan kepadanya untuk tujuan pemarkahan adalah benar-benar hasil kerjanya iaitu bebas daripada sebarang bentuk ketidakjujuran akademik. 13) Menunaikan tugas pengajarannya dengan penuh adil dan berwibawa dengan mengambil kira kebolehan, tahap kemahiran dan motivasi yang berbeza-beza di kalangan pelajar-pelajarnya. 14) Menyampaikan ilmu dan maklumat yang betul dan tepat kepada pelajar-pelajarnya dengan cara objektif dan tidak menyinggung perasaan tenaga akademik yang lain. 15) Merahsiakan maklumat peribadi pelajar yang diperolehi semasa sesi runding cara (kaunseling). 16) Melayan semua pelajar secara saksama.
12 17) Memperbaiki diri dari segi ilmu pengetahuan supaya ajaran tetap kemas kini dan tidak bergantung kepada bahan yang sudah ketinggalan zaman. 18) Sentiasa bersedia berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan rakan sejawat dan pelajar sama ada maklumat dan pengetahuan itu diperoleh atas usaha sendiri ataupun dengan usaha bersama. 19) Menghormati pendapat dan idea pelajar dalam perbincangan dan tidak menyentuh perkaraperkara sensitif dari segi perkauman dan sistem kepercayaan keagamaan. 20) Mengajar semua butir-butir yang dirancangkan mengikut kursus bagi setiap semester, serta mempunyai nota kuliah yang mantap atau panduan pembelajaran bagi setiap minggu bagi setiap semester. 21) Mewajibkan rujukan dan bahan bacaan yang boleh didapati di perpustakaan, internet atau sumber-sumber yang nyata, bukan yang sukar diperolehi. 22) Mematuhi jam pengajaran yang dijadualkan dan menggunakan masa pengajaran dengan sepenuhnya, tanpa kelewatan, penamatan awal atau pemendekan masa pengajaran atau meminda jadual sesuka hati. 23) Menjalankan tugas pengajaran dan pemeriksaan (skrip peperiksaan, tesis) yang dipertanggungjawabkan dengan jujur tanpa mengagihkan tugas ini kepada orang lain seperti pelajar, pembantu pensyarah dan pegawai lain. 24) Melaksanakan tugas penilaian berterusan secara teratur, adil dan berdasarkan cara penilaian atau skema yang boleh diukur, tanpa pilih kasih. 25) Melakarkan soalan peperiksaan berdasarkan perspektif kursus yang sudah disediakan pada awal sesi semester, bukan butir-butir yang dimasukkan kemudian atau yang tidak dibincangkan dalam sesi pengajaran. 26) Melaksanakan tanggungjawab memeriksa skrip peperiksaan dan penilaian tugasan (tesis, bab tesis, esei, laporan projek) dalam jangka masa yang ditetapkan, bukan sengaja dilambat-lambatkan. 27) Menghindari aktiviti atau perlakuan tidak bermoral yang boleh menjejaskan nama ASWARA. 28) Tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti yang bertentangan dengan undangundang yang terpakai oleh ASWARA.
13 29) Sentiasa membuat perubahan dalam kaedah pengajaran dan aktiviti supaya sentiasa ada pembaharuan dan kelainan kepada pelajar. 30) Mematuhi aspek keselamatan diri dan pelajar untuk setiap bahagian penggunaan ruang dan peralatan setiap kali digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 31) Menggunakan ruang-ruang pembelajaran dan peralatan serta aset secara optimum dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap aspek keselamatan dan penjagaan aset yang digunakan. 10.1.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Pengajaran Tenaga akademik dianggap melanggar etika pengajaran seandainya melakukan perbuatan yang berikut: 1) Tidak menyempurnakan tugas pengajaran sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam silibus tanpa alasan yang munasabah atau berpunca daripada kecuaian yang disengajakan. 2) Mengamalkan pilih kasih dalam tugas pengajaran dan penilaian. 3) Tidak menyediakan fail kursus untuk subjek yang diajar. 4) Tidak memberikan kuliah tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. 5) Tidak menyerahkan soalan peperiksaan/gantian/ulangan khas pada tarikh yang ditetapkan. 6) Tidak membuat pembetulan kepada soalan seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan ASWARA tanpa alasan yang munasabah. 7) Tidak mengawas peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan. 8) Tidak memeriksa kertas/tugasan mengikut skema jawapan/penilaian yang ditetapkan. 9) Membocorkan atau memberitahu soalan/ skema peperiksaan kepada pelajar atas dasar pilih kasih atau sebab yang lain, serta memberitahu pelajar gred kursus sebelum kelulusan pentadbir akademik. 10) Tidak menghantar gred kursus pada tarikh yang ditetapkan. 11) Mengambil kesempatan terhadap pelajar dengan meminta bantuan atau pertolongan di luar kemampuan pelajar. 12) Membebankan pelajar dengan tugasan luar dari keperluan kelas dan mengambil kesempatan
14 terhadap apa-apa kebolehan pelajar untuk kepentingan peribadi pensyarah. 13) Tidak peka kepada masalah pelajar dan tidak memantau kehadiran pelajar dalam kelas 10.2 Penyeliaan Penyeliaan di ASWARA merangkumi dua komponen iaitu penyeliaan di peringkat Prasiswazah dan Pascasiswazah. Kod Etika di bawah penyeliaan terbahagi kepada dua iaitu kod etika akademik dan kod etika sosial. 10.2.1 Kod Etika Akademik 1) Tidak membincangkan masalah ASWARA dan pejabat, termasuk masalah dengan tenaga akademik lain dengan pelajar. 2) Mengelak daripada merendah-rendah keperibadian dan kebolehan tenaga akademik dan penyelia lain. 3) Masa pertemuan perlu ditentukan terlebih awal. 4) Kedua-dua pihak perlu menghormati masa pertemuan. Sekiranya tidak dapat memenuhi masa pertemuan yang dijanjikan, penyelia atau pelajar perlu memaklumkannya terlebih awal, sekurangkurangnya sehari sebelum masa pertemuan kecuali dalam keadaan kecemasan. 5) Sebaik-baiknya, masa pertemuan perlu dilakukan pada masa pejabat. 6) Penyelia perlu memberikan jumlah masa yang mencukupi untuk penyeliaan. 7) Sewaktu pertemuan, penyelia tidak seharusnya menguruskan kerja-kerja lain. 8) Proses penyeliaan perlu berlangsung secara profesional, bersefahaman dan kedua-dua pihak seharusnya berada dalam keadaan bersedia. 9) Penyelia perlu menunjukkan rasa keterlibatan terhadap hasil kerja pelajar. 10) Penyelia seharusnya menulis dengan jelas maklum balas mengenai projek atau tesis yang telah diperiksa dan membincangkannya dengan pelajar. 11) Hasil perbincangan di antara penyelia dengan pelajar adalah rahsia. 12) Prestasi akademik seseorang pelajar adalah rahsia kecuali atas urusan rasmi. 13) Penyelia perlu berterus-terang dengan pelajar sekiranya hendak menulis artikel untuk jurnal secara bersama. 14) Menjalankan penyeliaan berkala di tempat pelajar menjalankan latihan industri atau pratikum.
15 15) Mematuhi masa temu janji yang dipersetujui dengan pelajar untuk penyeliaan, tunjuk ajar, khidmat nasihat dan sebagainya, jangan mengubah masa pada saat terakhir tanpa alasan yang munasabah. 16) Melaksanakan tugas penyeliaan dengan penuh dedikasi dan tidak lepas tangan dan mengambil pelajar seliaan sekadar yang mampu berdasarkan bidang kepakaran, supaya penyeliaan boleh dijalankan dengan rapi dan cemerlang. 17) Menghindari amalan menggunakan pelajar yang diselia untuk menjalankan penyelidikan dan kerja peribadi sedangkan pelajar harus menjalankan penyelidikan untuk tesisnya. 10.2.2 Kod Etika Sosial 1) Pakaian penyelia dan pelajar hendaklah sopan dan kemas. 2) Mengehadkan/tiada perbincangan peribadi kecuali berkaitan dengan kerja penyelidikan dan penulisan projek atau tesis. 3) Perhubungan peribadi antara penyelia dengan pelajar adalah dilarang. 4) Pelajar yang bermasalah peribadi serius hendaklah dirujuk kepada pihak kaunseling. 10.2.3 Perilaku yang Melanggar Etika Penyeliaan Seseorang tenaga akademik dianggap melanggar etika penyeliaan seandainya beliau melakukan perbuatan yang berikut: 1) Tidak menyempurnakan tugas penyeliaan sebagaimana yang telah diamanahkan tanpa alasan yang munasabah. 2) Mengamalkan pilih kasih dalam proses penyeliaan. 3) Tidak mengambil berat tentang keberkesanan proses penulisan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar. 4) Enggan bertemu pelajar untuk tujuan perbincangan dan perundingan. 5) Melambat-lambatkan urusan pemeriksaan tesis, projek atau penyelidikan. 6) Menggagalkan tesis, projek atau penyelidikan tanpa alasan yang munasabah. 7) Tidak menghantar laporan kemajuan tesis calon seliaan pada masa yang ditetapkan. 8) Menyembunyikan maklumat sebenar. 9) Menyelia dalam bidang yang bukan bidang kepakaran.
16 10) Tidak mengikuti perkembangan bidang kepakaran penyelia. 11) Tidak hadir melawat tempat pelajar menjalankan latihan industri seperti yang telah dipersetujui. 10.3 Penyelidikan a) Penyelidikan adalah kerja kreatif dan sistematik yang dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan, termasuk pengetahuan tentang manusia, budaya dan masyarakat, dan penggunaan pengetahuan ini untuk merangka aplikasi baru. b) Penyelidikan merupakan aktiviti yang dituntut dari ahli akademik sebagai tunjangan dan pelengkap dalam menjalankan tugas mereka sebagai tenaga pengajar supaya pengajaran yang disampaikan kepada pelajar sentiasa terkini dari segi teori, kaedah dan fakta. c) Projek penyelidikan boleh digunakan untuk mengembangkan pengetahuan lanjut tentang sesuatu disiplin ilmu/ topik atau dalam contoh projek penyelidikan universiti, mereka boleh digunakan untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan pelajar bagi mempersiapkan mereka dalam pekerjaan atau laporan masa depan. d) Hasil dari penyelidikan akan dijadikan satu panduan produksi dan karya kreatif yang boleh dirujuk oleh manamana tenaga akademik dan pelajar ASWARA sendiri. 10.3.1 Kod Etika Dalam Bidang Penyelidikan Tenaga akademik dalam bidang penyelidikan hendaklah: 1) Jujur dan ikhlas dari segi objektif dan perancangan penyelidikan. 2) Terus menjalankan kegiatan penyelidikan sepanjang kerjaya akademiknya, terutama penyelidikan dalam bidang pengkhususan dan kepakarannya yang dapat menaikkan imejnya sebagai ilmuwan dan imej ASWARA sebagai institusi penyelidikan terkemuka. 3) Jujur dalam mengumpul data dan perancangan perbelanjaan penyelidikan. 4) Menjadikan bidang penyelidikan yang diceburi terkenal di mata masyarakat dan dengan itu dapat menarik ramai pelajar untuk membuat penyelidikan atau mengikuti program pengajian di ASWARA. 5) Jujur dalam penggunaan peruntukan penyelidikan dan tidak menggunakannya untuk tujuan-tujuan
17 lain seperti percutian atau membeli barang-barang yang tidak berkenaan dengan penyelidikan. 6) Jujur dalam mengemukakan dana-dana yang diterima jika terdapat lebih daripada satu dana kepada pentadbir ASWARA. 7) Jujur dalam mematuhi terma perjanjian berkaitan peruntukan yang diberi oleh penyumbang dana tertentu. 8) Mendapatkan persetujuan ASWARA terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tawaran hadiah/ geran penyelidikan dari sumber luar (individu, badan/ organisasi, institusi, yayasan dan sebagainya). 9) Mematuhi peraturan dengan profesion tertentu yang meliputi kerahsiaan serta keselamatan di tempat kerja. 10) Bersikap penuh hormat dengan memberitahu secara terus terang tujuan kajian dan prosesnya. 11) Memastikan projek yang dijalankan berlainan dengan rakan sejawat yang lain kerana perbuatan ini dilihat sebagai mengkhianati rakan. 12) Menjadikan projek yang menggunakan dana ASWARA atau dana yang diberi melalui ASWARA sebagai projek ASWARA dan bukan sebagai projek peribadi. 13) Menyerahkan alatan yang dibeli untuk sesuatu projek dari dana ASWARA atau dana melalui ASWARA kepada pusat tanggungjawab selepas selesainya projek dan tidak menjadikannya sebagai harta peribadi. 14) idak menjual atau mengkomersialkan hasil, karya kreatif atau produk penyelidikan tanpa kebenaran ASWARA. 15) Menandatangani perjanjian dengan pihak luar ASWARA setelah mendapat kelulusan daripada pentadbir ASWARA. 16) Tidak menggunakan pembantu penyelidik yang diupah bagi sesuatu projek penyelidikan untuk menjalankan projek yang lain. 17) Tidak menggunakan Iapangan penyelidikan sebagai percutian. 18) Mematuhi peraturan-peraturan yang berkaitan aktiviti penyelidikan yang ditetapkan oleh ASWARA dari semasa ke semasa.
18 10.3.2 Perilaku yang Melanggar Etika Penyelidikan Seseorang tenaga akademik dianggap melanggar etika dalam penyelidikan sekiranya beliau melakukan manamana perkara berikut: 1) Memasukkan nama atau membiarkan namanya dimasukkan ke dalam senarai anggota penyelidik walaupun dia tidak terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan itu. 2) Mendakwa dirinya sebagai penyelidik tunggal dalam projek penyelidikan yang dikendalikannya bersama dengan rakan-rakan penyelidik atau dengan tenaga akademik bawahannya. 3) Menjalankan penyelidikan yang bertentangan dengan peraturan ASWARA dan undang-undang negara. 4) Membuat pendokumentasian yang tidak betul, misalnya memetik kata-kata atau pendapat orang lain (lisan atau tulisan) tanpa menyebut sumbernya atau membuat petikan yang mengelirukan. 5) Memutarbelit atau memalsukan data untuk tujuan seperti menyokong teori atau penemuan tertentu yang disenanginya. 6) Melakukan penipuan geran penyelidikan atau apa juga sumber kewangan penyelidikan. 7) Menyalahgunakan geran/ hadiah/ bantuan kewangan/ peruntukan penyelidikan atau peralatan yang diterimanya. 8) Tidak memberi laporan kemajuan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 10.4 Penerbitan a) Hasil penyelidikan terutamanya yang menggunakan dana ASWARA, dana awam atau dana yang disumbang oleh badan-badan tertentu melalui ASWARA hendaklah diusahakan penerbitannya dalam jurnal yang berwibawa dari segi mutu akademiknya, dalam bentuk buku, atau genre yang lain (seperti novel, puisi, monograf, akhbar, majalah) yang boleh menjadi rujukan kepada pelajar dan rakan-rakan kesepakaran. Penerbitan seperti ini akan menaikkan nama pengarangnya sebagai ahli akademik yang terkemuka dalam bidangnya, serta akan meningkatkan taraf ASWARA sebagai institusi akademik yang dihormati di mata dunia. b) Penerbitan meliputi semua jenis tulisan yang dicetak oleh penerbit yang diiktiraf dan tulisan tersebut telah menjalani proses penilaian oleh pewasit yang dilantik. Manuskrip atau mimeograf merujuk kepada tulisan atau karya yang belum
19 diterbitkan. Hasil penulisan, sama ada dalam bentuk penerbitan atau manuskrip/mimeograf adalah seperti berikut: ▪ Buku / buku elektronik. ▪ Jurnal. ▪ Prosiding. ▪ Monograf. ▪ Artikel ▪ Karya kreatif ▪ Laporan teknikal/ kertas seminar. ▪ Rencana dalam majalah, akhbar atau seumpamanya. ▪ Ulasan buku. ▪ Katalog buku. ▪ Perisian komputer. ▪ Rakaman audio-visual. ▪ Gubahan, ukiran atau arca. ▪ Filem / Filem Pendek / Animasi. 10.4.1 Kod Etika Dalam Bidang Penerbitan Tenaga akademik dalam bidang penerbitan hendaklah: 1) Menerbitkan semua hasil penyelidikan yang telah selesai dijalankan. 2) Berusaha untuk menerbitkan kertas yang pernah dibentangkan dalam seminar, persidangan dan perjumpaan terutama yang diadakan di peringkat antarabangsa. 3) Menerbitkan buku yang sesuai dalam bidang pengajaran dan pengkhususan, sama ada yang berupa tulisan aslinya atau terjemahan yang berkualiti tinggi dari bahasa asing. 4) Memaklumkan kepada fakulti semua hasil penerbitannya. 5) Merekod semua maklumat penerbitan yang dihasilkan. 6) Memastikan bahawa dalam menghasilkan sesuatu karya penerbitan, tenaga akademik mematuhi undang-undang hak cipta di dalam mahupun di luar negara. 7) Memastikan bahawa dalam proses menghasilkan sesebuah karya penerbitan, tenaga akademik mematuhi etika kesarjanaan dan mengelakkan diri daripada melakukan plagiarisme. 8) Dilarang menerbitkan atau menulis apa-apa buku, makalah atau karya lain yang berasaskan maklumat rasmi terperingkat.
20 10.4.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Penerbitan Seseorang tenaga akademik dianggap melanggar etika dalam penerbitan sekiranya berlaku perkara berikut: 1. Plagiarisme iaitu perbuatan mengambil idea, tulisan, data atau rekaan orang lain dan mendakwa idea, tulisan, data atau rekaan itu adalah hasil daripada usahanya sendiri. Plagiarisme boleh berlaku secara lisan, dalam bentuk tulisan atau karya kreatif. Antara contoh amalan plagiarisme termasuklah mengambil projek orang lain, reka bentuk penyelidikan, bentuk-bentuk ucapan, idea, gambaran dan juga maklumat yang menjadi kepunyaan orang lain melainkan maklumat itu sudah menjadi pengetahuan umum. 2. Beberapa contoh amalan plagiarisme ialah: a) Menerbitkan tulisan dalam bentuk buku, makalah, kertas ilmiah, karya kreatif atau rencana yang seluruhnya atau sebahagian besarnya ditulis oleh orang lain atas nama sendiri. b) Menerbitkan tulisan dalam bentuk buku, makalah, kertas ilmiah, karya kreatif atau rencana yang dikarang bersama atas nama sendiri sebagai pengarang tunggal. c) Menggunakan kedudukan, status dan pengaruh untuk memaksa tenaga akademik muda atau pelajar memasukkan namanya ke dalam senarai penyelidik bersama bagi sesuatu projek penyelidikan atau ke dalam senarai pengarang bersama sesebuah karya penerbitan sedangkan dia tidak memberi sumbangan yang melayakkannya dianggap sebagai penyelidik atau pengarang bersama. d) Mengambil data ilmiah hasil penyelidikan orang lain dan menjadikannya sebahagian dari kajian ilmiahnya tanpa membuat pengiktirafan yang sewajarnya terhadap sumber yang sebenar. e) Menggunakan data atau hasil penyelidikan yang didapati menerusi kerja usaha sama tanpa mendapat persetujuan rakan-rakan penyelidiknya.
21 10.5 Perundingan a) Perundingan merupakan suatu perkhidmatan tidak langsung dan diasaskan pada hubungan manusia yang dibentuk oleh konsultan atau pakar runding dengan pelanggan. Perundingan mempunyai skop yang luas, meliputi perundingan serta aktiviti-aktiviti seperti mengadakan kursus atau bengkel bagi pihak luar untuk tujuan memberi nasihat dan berkongsi pengalaman. Tenaga akademik digalakkan menjalankan perundingan dalam bidang profesional mengikut pengkhususan masingmasing bagi pihak yang memerlukan kepakaran mereka. Ini boleh mewujudkan jaringan profesional dengan pihak luar dan memberi pendapatan bagi mereka yang menjalankan sesuatu projek perundingan itu. b) Perundingan merupakan aspek penting dalam aktiviti akademik. Melalui perundingan seseorang tenaga akademik dapat menyalurkan kepakarannya kepada pihak yang memerlukan dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kejayaan sesuatu perundingan bergantung kepada: • Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh perunding. • Kewujudan hubungan mesra dan professional antara perunding dengan pelanggan. • Kefahaman yang mendalam tentang masalah yang hendak diselesaikan. • Kemampuan menyelesaikan projek perundingan dalam tempoh yang ditetapkan. • Ketelusan/ integriti dan akauntabiliti perunding semasa menjalankan perundingan. • Kebolehan bekerjasama dengan perunding lain dalam menyelesaikan projek perundingan yang dijalankan. • Kerjasama daripada pusat tanggungjawab di mana perunding itu berada. 10.5.1 Kod Etika Dalam Bidang Perundingan Tenaga akademik yang terlibat dalam bidang perundingan hendaklah: 1) Meletakkan kerja perundingan sebagai salah satu aktiviti penting selain daripada aktiviti asas yang lain seperti pengajaran dan penyelidikan. 2) Perundingan sebagai saluran untuk membina keterampilan diri seperti kemahiran interpersonal dan komunikasi selain sebagai peluang untuk berkongsi kemahiran dan kepakaran dengan pihak yang memerlukan. 3) Berusaha mempelbagaikan ilmu dan kepakaran yang dimiliki bagi menjadikan ASWARA lebih berdaya saing dalam bidang perundingan.
22 4) Urusan perundingan yang dijalankan dengan pihak luar hendaklah melalui saluran yang betul demi menjaga kepentingan penerima khidmat perundingan, perunding dan pentadbir ASWARA. 5) Mempamerkan sikap profesional di samping sikap amanah, jujur dan cekap dengan mematuhi semua syarat perundingan dan menjauhi sebarang bentuk penyelewengan demi menjaga nama baik ASWARA. 6) Berpegang kepada kebenaran dan ketulusan serta menjauhkan diri daripada terlibat dalam sebarang bentuk plagiarisme semasa menjalankan kerja-kerja perundingan. 7) Memaklumkan kepada pentadbiran ASWARA tentang perkara yang berkait dengan syarat dan perjanjian serta perlindungan undang-undang kepada pihak perunding bagi melicinkan perjalanan kerja perundingan. 8) Memastikan semua pembayaran daripada penerima khidmat perundingan bagi kerja-kerja perundingan dibuat melalui Pejabat Bendahari ASWARA. Segala bentuk pembayaran menerusi saluran lain hendaklah mendapat persetujuan pihak pentadbir ASWARA. 10.5.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Perundingan Seseorang tenaga akademik dianggap telah melanggar etika dalam menjalankan perundingan sekiranya beliau melakukan mana-mana perkara berikut: 1) Tidak memaklumkan aktiviti yang dijalankan kepada penyelia dan pentadbir ASWARA. 2) Memberi tumpuan yang melampau (masa atau tenaga) kepada perundingan sehingga menjejaskan tugas rasmi lain di fakulti dan pusat. 3) Menjalankan aktiviti perundingan yang bercanggah dengan peraturan ASWARA dan menyalahi undang-undang dan tatacara kewangan yang berkuatkuasa. 4) Menggunakan nama ASWARA bagi mendapatkan kebenaran menjalankan aktiviti perundingan tetapi untuk kepentingan peribadi. 5) Memburukkan nama ASWARA atau mana-mana pegawai atau bahagian di ASWARA semasa menjalankan perundingan.
23 10.6 Persidangan 10.6.1 Menghadiri Persidangan a) Tenaga akademik ASWARA digalakkan menyertai persidangan sebagai salah satu tanggungjawab dalam peningkatan kerjaya disamping menaikkan reputasi ASWARA untuk lebih dikenali. b) Persidangan merupakan situasi dalam mana seseorang tenaga akademik dapat mengemukakan idea-ideanya, baik yang bersifat teoritis dan gunaan mahupun yang bersifat kemasyarakatan. Situasi ini dapat dijadikan ukuran bagi menentukan kemahiran ahli akademik berinteraksi dengan pihak luar. c) Persidangan juga adalah acara rasmi bagi tenaga akademik untuk menyalurkan penemuan, idea atau teori baru yang diperolehi daripada kerja penyelidikan. Penyertaan dalam persidangan memberi peluang kepada tenaga akademik untuk berkongsi maklumat dan pandangan dengan rakanrakan lain yang mungkin menjalankan penyelidikan bidang yang sama atau berkaitan. d) Kod Etika di sini terbahagi kepada dua kategori iaitu kod etika menghadiri persidangan dan kod etika menganjurkan persidangan. 10.6.1.1 Kod Etika Menghadiri Persidangan 1) Tenaga akademik perlu melihat penyertaan dalam persidangan sebagai medan untuk memantapkan tahap kesarjanaan dalam bidang yang diceburi. 2) Tenaga akademik hendaklah mendapatkan kebenaran ASWARA sebelum menghadiri sesuatu persidangan. 3) Di samping memberi peluang untuk meningkatkan tahap kerjaya akademiknya, tenaga akademik perlu mengambil peluang semasa persidangan untuk membina jaringan akademik dengan rakan lain, khususnya institusi luar, baik dalam mahupun luar negara. 4) Setiap tenaga akademik digalakkan menyertai persidangan di dalam dan di luar negeri secara aktif, iaitu bukan hanya sekadar sebagai peserta tetapi sebagai pembentang kertas kerja.
24 5) Proses membimbing tenaga akademik muda untuk berani tampil membentangkan kertas di persidangan hendaklah dijalankan oleh tenaga akademik yang lebih senior. Ini boleh dilakukan menerusi perkongsian kertas kerja antara kedua-dua pihak. 6) Setiap tenaga akademik yang akan menyertai persidangan hendaklah membentangkan kertas kerja beliau di seminar atau jawatankuasa peringkat fakulti atau pusat sebelum membentangkannya di seminar yang akan dihadiri. 7) Tenaga akademik yang telah menghadiri persidangan mestilah menyerahkan laporan penyertaan persidangan yang dihadirinya kepada urusetia persidangan ASWARA. 8) ASWARA berhak memberikan kelulusan sama ada dengan bantuan penuh, sebahagian atau tanpa bantuan kewangan dalam persidangan yang dihadiri. 9) Setiap tenaga akademik yang menerima bantuan kewangan dari pihak penganjur untuk membiayai penyertaannya dalam mana-mana persidangan hendaklah memaklumkan kepada pentadbir ASWARA. 10) Tenaga akademik perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan untuk menghadiri persidangan. 10.6.1.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Menghadiri Persidangan Seseorang tenaga akademik dianggap melanggar etika menghadiri persidangan jika beliau melakukan mana-mana perbuatan berikut: 1) Menghadiri persidangan tanpa mendapat kelulusan pihak ASWARA. 2) Tidak membentangkan kertas yang diterima untuk dibentangkan dalam persidangan (walaupun beliau hadir) tanpa alasan yang munasabah. 3) Menyalahgunakan cuti bagi menghadiri persidangan untuk tujuan lain.
25 4) Tidak memaklumkan kepada pihak pentadbir ASWARA tentang bantuan kewangan yang diterima dari pihak luar bagi tujuan membiayai sebahagian atau seluruh perbelanjaan persidangan yang hendak dihadirinya. 10.6.2 Menganjurkan Persidangan Persidangan dapat menambahkan ilmu dan memperkembangkan pemikiran dan idea tentang sesuatu isu dalam sesuatu bidang. Penganjuran sesuatu persidangan bukanlah perkara yang mudah dan memerlukan penglibatan tenaga kerja yang ramai. Peringkat perancangan meliputi aspek berikut: 1) Skop persidangan (mengikut bidang atau tema tertentu) 2) Taraf persidangan (peringkat kebangsaan atau antarabangsa) 3) Tempat dan tarikh persidangan. 4) Pembiayaan dan yuran persidangan. 5) Bilangan kertas kerja dan sesi persidangan (bersiri atau selari) 6) Penganjur persidangan. 7) Kertas jemputan dan penceramah yang terlibat serta hal-hal pengurusan semasa persidangan. 10.6.2.1 Kod Etika Menganjurkan Persidangan 1) Penganjur bersetuju dengan idea mengadakan persidangan mengikut bidang atau tema tertentu dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada penubuhan sebuah jawatankuasa persidangan. Sokongan ini meliputi galakan dan arahan kepada ahli-ahli untuk terlibat dalam penganjuran persidangan dan pelbagai kemudahan yang diperlukan. 2) Penganjur perlu memastikan tajuk atau tema persidangan tidak melibatkan isu yang menjejaskan kepentingan dan undang-undang negara atau mencemarkan nama baik negara dan ASWARA. Bagi penganjuran persidangan peringkat antarabangsa kelulusan hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak kerajaan. 3) Jawatankuasa ersidangan membuat perancangan yang perlu dari sudut pemilihan tarikh, masa dan tempat
26 persidangan serta tempoh masa persediaan yang mencukupi. 4) Jawatankuasa persidangan membentuk beberapa jawatankuasa kecil bagi melicinkan pengurusan persidangan. 5) Pengerusi jawatankuasa persidangan hendaklah membentangkan kertas cadangan persidangan di Mesyuarat Pengurusan ASWARA. 6) Jawatankuasa persidangan perlu memastikan pengurusan persidangan berjalan lancar, khususnya pengurusan kewangan yang melibatkan yuran peserta, pembiayaan oleh penaja, pembayaran caj untuk tempat persidangan serta untung rugi daripada mengadakan persidangan. Akaun persidangan hendaklah telus dan boleh dipercayai kesahihannya sehingga akaun persidangan ditutup dengan rasminya. 7) Jawatankuasa persidangan memastikan kertas-kertas yang dibentangkan diterbitkan sebagai prosiding persidangan, monograf atau jurnal ilmiah. 8) Jawatankuasa persidangan menjalankan ‘post-mortem’ dan memberi laporan akhir kepada Mesyuarat Pengurusan ASWARA mengenai persidangan yang telah dianjurkan. 9) Penganjur persidangan hendaklah memastikan kertas-kertas persidangan itu diterbitkan dalam bentuk prosiding. 10.6.2.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Menganjur Persidangan Penganjur dianggap melanggar etika menganjur persidangan jika berlaku perkara berikut: 1) Menganjurkan persidangan tanpa mendapat kelulusan pihak ASWARA 2) Menganjurkan persidangan yang membabitkan isu yang boleh menjejaskan nama baik ASWARA serta melanggar undang-undang negara. 3) Berlaku penyelewengan dalam pengurusan kewangan persidangan.
27 10.7 Pentadbiran a) Pentadbiran di sini merupakan lantikan jawatan pengurusan di Fakulti/Pusat. Contoh-contoh jawatan adalah seperti: ▪ Dekan / Pengarah dan setara ▪ Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah, Ketua Pusat dan setara ▪ Ketua Program dan setara ▪ Penyelaras Fakulti / Pusat ▪ Penasihat Akademik ▪ Keanggotaan dalam jawatankuasa b) Peranan pentadbiran akademik di fakulti/ pusat adalah untuk memastikan segala urusan akademik seperti pelaksanaan program akademik, pengurusan sumber (manusia, kewangan, peralatan), pengurusan proses akademik seperti pengajaran, peperiksaan dan sebagainya berjalan lancar dan berkesan. c) Dalam bidang pengurusan dan pentadbiran akademik, asas berperilaku dengan baik dan patut itu diberi penekanan dalam kod etika ini dan disesuaikan dengan konteks pengurusan dan pentadbiran. Dengan itu setiap orang yang terlibat harus mempunyai sikap hormat menghormati, adil, ikhsan, jujur dan sebagainya. 10.7.1 Kod Etika Dalam Bidang Pentadbiran 1) Membina hala tuju yang jelas menerusi penggubalan misi dan matlamat Fakulti/pusat dan sebagainya secara muafakat dan berasaskan persetujuan bersama. 2) Menguruskan sumber (manusia, kewangan, peralatan, teknologi dll) secara cekap dan berkesan. 3) Memimpin dan membimbing tenaga akademik yang baru dan lama dalam memahami hala tuju fakulti/ pusat serta memupuk budaya muafakat dan kerja berpasukan dalam segala aktiviti akademik. 4) Menjadi perantara/penghubung dan jurucakap antara warga di fakulti/ pusat dengan pihak pentadbir ASWARA. 5) Membina jaringan dan kerjasama yang erat antara fakulti/ pusat dengan pihak luar. 6) Berkebolehan dalam membuat keputusan yang boleh memberi kebaikan kepada ahli dan fakulti/ pusat serta dapat menangani masalah yang timbul secara berkesan. 7) Menjadi contoh kepada ahli yang lain dari sudut pengetahuan, bakat dan kepimpinan.
28 8) Menghindari perbuatan yang tidak bermoral dari segi perilaku. 9) Menjaga supaya tidak berlaku sebarang perbuatan rasuah dalam apa jua bentuk dengan menghindari perbuatan meminta atau menerima pemberian/ sumbangan dari pihak yang mendapat kontrak ASWARA atau mempunyai kepentingan perniagaan yang lain untuk tujuan menjalankan sesuatu program ASWARA. 10) Tidak mengambil manfaat dari harta ASWARA untuk kepentingan peribadi. 11) Memastikan aktiviti dan program yang dirancang di fakulti/ pusat berjalan selari dengan urusan hal akademik. 12) Bertanggungjawab dari aspek kesihatan dan keselamatan dalam pelaksanaan kelas sama ada berbentuk kuliah atau latihan praktikal di dalam studio/ panggung/ makmal dan sentiasa mengutamakan faktor keselamatan pelajar 13) Memastikan ruang pembelajaran yang kondusif dan selamat bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan kemalangan semasa pembelajaran, latihan dan persembahan. 14) Bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan dan penjagaan aset-aset ASWARA 10.7.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Pentadbiran 1) Menyalahguna kuasa yang diberi melalui keputusan yang dibuat ke atas fakulti/pusat. 2) Melebihkan urusan peribadi berbanding urusan rasmi. 3) Tidak mematuhi prosedur dan tatacara yang diperuntukkan dalam membuat sesuatu keputusan. 4) Menerima atau meminta imbuhan/hadiah daripada kontraktor dalam memenuhi kontrak yang ditawarkan ASWARA.
29 10.8 Cuti Belajar a) “Cuti Belajar” (dalam Perintah Am Bab C 1974 disebut sebagai Cuti Berkursus) bermakna cuti yang diluluskan oleh Kerajaan kepada seseorang tenaga akademik bagi mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa. Dalam tempoh tersebut, tenaga akademik dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus dan tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Di ASWARA kategori Cuti Belajar dibahagikan seperti berikut: b) Jemaah Menteri melalui Memorandum No/98/2500/2006 bertarikh pada 29 Julai 2009 bersetuju dengan pembentukan Tabung ASWARA yang bertujuan untuk pembangunan latihan sumber manusia (para pegawai dan tenaga akademik ASWARA) khusus bagi menjalani latihan, pembelajaran dan penyelidikan akademik bidang seni, budaya dan warisan. Ini membolehkan tenaga akademik dan pengurusan ASWARA mempertingkatkan ilmu kemahiran dengan bidang pengajian di ASWARA selaras dengan AKTA 653, Bahagian II, Seksyen 5 (h). c) ASWARA merupakan penaja yang mengeluarkan perbelanjaan biasiswa bagi membiayai pengajian tenaga akademik dan biasiswa adalah meliputi yuran pengajian, elaun-elaun dan bantuan-bantuan lain mengikut kelayakan pegawai. Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTGTB) Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBPDB) Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Separa Biasiswa (CBBPSB) Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) 1 2 3 4 TAWARAN TAWARAN TAWARAN TAWARAN
30 10.8.1 Kod Etika Ditawarkan Cuti Belajar 1) Jujur dalam permohonan biasiswa dan objektif cuti belajar. 2) Menjaga amanah yang diberi oleh ASWARA dan kerajaan. 3) Patuh kepada perjanjian yang ditandatangani. 4) Menggunakan cuti belajar sebaik-baiknya, dan tidak membuang masa dengan berlengah-lengah dan berfoya-foya. 5) Menjalani kehidupan sebagai pelajar dengan wang saraan dari biasiswa, dan tidak bekerja sambilan atau berniaga semasa cuti belajar tanpa kebenaran pihak ASWARA. 6) Tidak menggunakan wang biasiswa untuk kemewahan hidup atau hiburan yang menjejaskan integriti. 7) Semasa mengikuti pengajian, tenaga akademik perlu menjaga tatakelakuan sebagai penjawat awam. Jika didapati terlibat dalam sesuatu kegiatan atau mengeluarkan kenyataan atau penerbitan yang tidak bertanggungjawab, termasuk tidak mematuhi syaratsyarat Cuti Belajar ini, maka kelulusan Cuti Belajar akan ditarik balik dan tindakan tatatertib boleh dikenakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 8) Tenaga akademik TIDAK DIBENARKAN untuk menjalankan tugas rasmi di sepanjang tempoh penajaan seperti menghadiri mesyuarat, datang bertugas di pejabat, memberikan ceramah atau menjadi panel temu duga dan sebagainya. Kegagalan pegawai mematuhi peraturan ini akan menyebabkan pegawai dikenakan tindakan yang sewajarnya. 10.8.2 Perilaku Yang Melanggar Etika Cuti Belajar 1) Mengisi permohonan dengan maklumat yang salah. 2) Melanggar perjanjian yang telah ditandatangani. 3) Tidak mematuhi syarat-syarat yang diperuntukkan. 4) Menggunakan peluang cuti belajar untuk kegunaan lain. 5) Gagal menyempurnakan pengajian dan tidak berjaya mendapat kelayakan akademik dalam tempoh yang ditetapkan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam dokumen perjanjian atau dalam tempoh lanjutan yang diluluskan oleh ASWARA.
31 6) Masalah disiplin perlanggaran peraturan tatatertib atau undang-undang yang berkuat kuasa, atau peraturan oleh ASWARA dan tenaga akademik didapati bersalah atas apa-apa pelanggaran tersebut, atau perbuatan salah laku tenaga akademik yang menjatuhkan nama baik ASWARA, Kerajaan atau Malaysia. 7) Menarik diri daripada meneruskan pengajian tanpa kebenaran ASWARA setelah memulakan pengajian. 8) Bersara pilihan sebelum tamat tempoh ikatan kontrak perkhidmatan dengan ASWARA. 9) Meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan sebelum tamat tempoh ikatan kontrak perkhidmatan dengan ASWARA.
32 11.1 TATAKELAKUAN Seseorang tenaga akademik tidak boleh:- a) membelakangkan kewajipannya kepada ASWARA demi kepentingan peribadinya; b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun; c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa: i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai badan berkanun; atau ii) dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai badan berkanun bagi faedahnya sendiri. d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun; e) kurang cekap atau kurang bersabar; f) tidak jujur atau tidak amanah; g) tidak bertanggungjawab; h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap badan berkanun, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain badan berkanun; i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan j) cuai dalam melaksanakan tugastugasnya. 11.2 JENAYAH Tenaga akademik ASWARA hendaklah memastikan dirinya tidak terlibat dengan sebarang jenayah yang akan mencemar nama baik ASWARA seperti mencuri, menipu, peras ugut, rasuah, salah guna kuasa dan sebarang aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KOD ETIKA PROFESIONAL TENAGA AKADEMIK
33 11.3 PEKERJAAN LUAR Semua tenaga akademik ASWARA perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan sebelum melakukan pekerjaan luar. Tenaga akademik boleh mendapatkan borang permohonan kerja luar daripada BPSM ASWARA. Tenaga akademik perlu memastikan aktiviti dan perkhidmatan itu:- a) Tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa tenaga akademik dikehendaki melaksanakan tugas hakikinya; b) Tidak cenderung menjejaskan kebergunaan tenaga akademik ASWARA; dan c) Tidak cenderung bercanggah dengan kepentingan ASWARA, atau menjadi tidak selaras dengan kedudukan tenaga akademik ASWARA. 11.4 PERNYATAAN AWAM Tenaga akademik ASWARA tidak boleh secara lisan atau bertulis membuat sebarang pernyataan yang memalukan dan memburukkan ASWARA dari segi pentadbiran, dasar, rancangan atau keputusan. “Pernyataan awam” termasuklah apaapa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar, orang ramai, semasa memberikan syarahan, ucapan awam, penyiaran, penerbitan, media sosial, dimana-mana platform, medium atau media baharu. 11.5 PENGLIBATAN DALAM POLITIK Tenaga akademik hendaklah memastikan diri masing-masing tidak mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti politik atau memakai apa-apa lambang sesuatu parti politik. Tenaga akademik secara umumnya tidak boleh menerbitkan atau mengedar apa-apa bahan, merayu undi, bertanding untuk apa-apa jawatan dan memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik 11.6 GANGGUAN SEKSUAL Gangguan seksual adalah tingkah laku, perbuatan, tindakan atau pernyataan yang bersifat seksual dan tidak diingini yang mana boleh memberikan kesan negatif ke atas prestasi dan motivasi kerja. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada jenaka berbentuk seksual yang dilakukan secara berterusan dan menyakitkan hati, sentuhan yang tidak diingini atau mengirim bahan-bahan berbaur seksual. Gangguan seksual boleh dikategorikan kepada:- a) Cubaan untuk merapati orang lain secara seksual. b) Meminta layanan seksual daripada orang lain. c) Gangguan seksual yang mengugut. d) Gangguan seksual yang menyinggung atau menghina. Gangguan seksual boleh berlaku secara fizikal, lisan, isyarat (bukan lisan), visual dan psikologi. Tenaga akademik perlu menjaga batasan dan tatasusila sepanjang berkhidmat di antara pelajar atau sesama tenaga akademik 11.7 DADAH Tenaga akademik tidak boleh mengguna atau mengambil apa-apa dadah berbahaya kecuali yang dipreskripsikan untuk kegunaan perubatan oleh doktor, menyalahgunakan atau menagih apa-apa jenis Dadah Berbahaya. Jika tersabit kesalahan, tenaga akademik boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja.
34 11.8 HADIAH DAN KERAIAN Tenaga akademik dilarang untuk menerima dan memberi apa-apa bentuk hadiah dan keraian daripada mana-mana orang atau pelajar sekiranya berkaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan tugas rasminya. 11.9 ETIKET PEMAKAIAN Seseorang tenaga akademik semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa yang ditentukan oleh ASWARA melalui arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Jika perlu menghadiri upacara rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan oleh upacara itu, jika etiket pakaian tidak ditentukan, tenaga akademik perlu berpakaian yang sesuai bagi upacara itu. 11.10 PENGISYTIHARAN HARTA Tenaga akademik hendaklah mengisytiharkan segala harta kepunyaannya atau isteri atau suaminya atau anaknya sekali dalam tempoh lima (5) tahun atau apabila diarahkan atau sebaik sahaja mempunyai harta yang baharu samada secara pembelian, pemberian, pewarisan atau cara lain. 11.11 KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS Tenaga akademik perlu memastikan dirinya bebas daripada keterhutangan kewangan yang serius sehingga boleh memburuk dan menjejaskan nama baik ASWARA. 11.12 MEMINJAMKAN WANG Tenaga akademik tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah, sama ada dengan atau tanpa ganjaran. 11.13 PASARAN NIAGA HADAPAN Tenaga akademik tidak boleh melibatkan diri sebagai pembeli, penjual atau selainnya dalam pasaran niaga hadapan, sama ada pasaran tempatan atau luar negara. 11.14 KEBERADAAN DI PEJABAT Tenaga akademik perlu memahami dan mematuhi peraturan berkaitan keberadaan di pejabat dalam masa waktu bekerja yang normal atau ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika terjadinya pandemik. 11.15 PEMALSUAN DOKUMEN Pemalsuan dokumen seperti sijil atau ijazah, sijil sakit, resit palsu, tuntutan perjalanan, menyalahgunakan kepala surat jabatan bagi tujuan peribadi dan memalsukan butiran merupakan kesalahan jenayah. Tenaga akademik boleh dikenakan tindakan sehingga buang kerja.
35 11.16 PEMATUHAN KEPADA PROSEDUR KEWANGAN Tenaga akademik perlu memahami dan mematuhi prosedur dan tatacara kewangan yang berkuatkuasa dalam sebarang perkhidmatan. Keputusan berkaitan kewangan hendaklah dibuat demi kepentingan ASWARA dan tidak melibatkan konflik kepentingan. 11.17 PENYEBARAN FITNAH Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Tenaga akademik tidak dibenarkan membuat sebarang penyebaran tanpa bukti yang kukuh yang boleh menyebabkan fitnah dan tuduhan tidak berasas. ASWARA berhak untuk mengambil tindakan wajar sekiranya perkara ini berlaku.
36 12.0 Penutup Kod Etika Profesional Tenaga Akademik ASWARA hendaklah dihayati dan diamalkan oleh semua tenaga akademik ASWARA secara bersungguh-sungguh disamping mengikat teguh kepada undang-undang, peraturan/pekeliling, dasar dan garis panduan yang sedang berkuatkuasa demi meningkatkan kualiti diri dan profesion serta menjayakan kecemerlangan berlandaskan objektif, misi, visi dan prinsip ASWARA. PENUTUP KOD ETIKA PROFESIONAL TENAGA AKADEMIK
37 SENARAI RUJUKAN 1. Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653) 2. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) 3. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) 4. Arahan Keselamatan Kerajaan Malaysia 5. Arahan Perbendaharaan Malaysia 6. Pekeliling-Pekeliling Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) 7. Pekeliling-Pekeliling Pentadbiran ASWARA 8. Buku Etika Universiti Kebangsaan Malaysia 9. Kod Etika Universiti Malaya 10. Kod Etika Profesional Universiti Teknologi Malaysia 11. Kod Nilai & Etika Warga Universiti Teknologi MARA 12. Surat-Surat Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) 13. Surat-Surat Arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 14. Surat-Surat Arahan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
38 AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya 464, Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan