1 WANITA DAN DUNIA ISLAM DAN MASA KINI NAZILAH BINTI NESA
2 PENAFIAN Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar semula mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat kebenaran daripada pihak penulis. PENGAKUAN Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya dinyatakan sumbernya. (13 JANUARI 2023) ( NAZILAH BINTI NESA) Saya mengesahkan bahawa projek DEN62 penanda arasan yang bertajuk “WANITA DAN DUNIA ISLAM DAN MASA KINI” telah dilaksanakan di semester ini.Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya dinyatakan. PRAKATA Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam terlimpahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya dan para sahabatnya. Dengan rasa syukur yang tidak terhingga berkat taufik dan hidayah-Nya, akhirnya buku ini dapat disiapkan sebagai sumbangan jariah saya kepada masyarakat Islam di negara ini. Penulisan ini sudah tentu tidak lari daripada sebarang kelemahan dan kekurangan. Justeru, segala teguran akan diterima demi kebaikan bersama. Akhirnya, buku ini diharapkan dapat memberi manfaat dan bimbingan kepada sekalian muslimin dan muslimat agar memperoleh ilmu untuk menghadapi cabaran bagi meneruskan kehidupan di dunia ini serta mendapat keredhaan Allah SWT di akhirat kelak. Semoga Allah menerima amalan kebaikan semua pihak yang menjayakan penulisan buku ini dan menjadi amal soleh yang ditimbangkan neraca kebajikan yang berterusan. Amin.
3 Penulis Biodata penulis NAMA : Nazilah Binti Nesa Tarikh Lahir : 05 Januari 1965 Tempat Kelahiran : Pengkalan Baru Pantai Remis Perak Pendidikan Rendah : Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baru Pantai Remis Perak Pendidikan Menengah : Sekolah Menengah Dato Idris Pengkalan Baru Pantai Remis Perak. Seterusnya Sekolah Menengah Agama Raudatul Maarif , Batu 9 , Trong, Taiping , Perak
4 PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim.. Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Ustazah Nadzirah Majeed kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga saya yang memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
5 1.0 PERKEMBANGAN UMAT ISLAM MINORITI DAN KESANNYA KEPADA WANITA ISLAM, RESPON MUSLIMAT PAS TERHADAPNYA. 1.1 Pentingnya kasih kepada kaum dan haramnya ‘asabiyyah perkauman Kewujudan kaum atau bangsa dalam kejadian manusia mengandungi suatu hikmah dalam penciptaan makhluk Allah SWT. Terdapat banyak ayat al-Quran dan Sunnah yang menjadi petunjuk yang melarang daripada menggunakan akal semata-mata, kerana buta al-Quran itu lebih bahaya daripada buta huruf. Lalu akhirnya terpengaruh dengan teori ciptaan manusia yang terpesong daripada petunjuk Allah SWT. Allah SWT menetapkan kewujudan bangsa dan bahasa dalam kejadian manusia. Hal ini dijelaskan oleh firman-Nya: ُق َو ِم آَياِت ِهۦ ۡن ﴿ ۡ ِت َخل َو ٰ ٱل َّس َم ۡر ِض ٰ َوٱَأۡل ُف َأۡل ٰ ِسَنِت ُك َوٱ ۡم ۡخِتلَ ۡ ل ِن ُكۡمۚ َأ َو ٰ ۡ ل َوَأ َّن َأ ِإ ِفي لِ َك ِإ ٰ ذ ٖت َ َي ٰ لِ ِمي َن أَلٓ َعٰ ۡ ل ﴾ ل ٢٢ِّ “Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi serta berlainan bahasa dan warna kulitmu. Sesungguhnya, pada hal yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” (Surah al-Rum: 22) Selain itu, Allah SWT menegaskan antara yang menjadi hikmah wujudnya kaum dan bangsa juga ialah: ُّي َها ﴿ ٓ َأ َي ا ُس ٰ ٱلن ا َّ نَّ ِإ ُك ِإ م ٰ ۡ َن ق ِّم َخل ن َ َكر ٖ ذ ٰى َ نثَ ُك َوُأ ۡم ُأ ٰ َن ۡ َوَقَبآِئ َل ُش َو َجَعل ُعوٗبا ۚ ٓواْ لِ َّن َت َعا َرفُ ِإ َر َمُك ِإ ۡم كۡ َأ ٱهَّلل َأ ِعنَد ِ ۡ َقٰى ُكۡمۚ ت َأ َّن َأ ٱ َعلِيٌم يٞر هَّللَ ِإ ﴾ َخب ١٣ِ “Wahai manusia! Sesungguhnya, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam AS) dan seorang perempuan (Hawwa’ AS), kemudiannya menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat: 13)
6 Allah SWT menetapkan kepelbagaian kaum dan bangsa yang diletakkan mengikut wilayah yang berbeza kedudukan dan hasilnya yang berlainan di muka bumi, di samping diberikan berbagai-bagai kebolehan yang melengkapkan kehidupan bermasyarakat madani. Perkara ini adalah bagi memakmurkan bumi dengan menguruskan sumber-sumber yang berbeza itu dengan kebolehan mencipta sebuah tamadun. Hal ini sekali gus mewajibkan hubungan yang berkonsepkan ta‘awun (bertolong-menolong) antara satu sama lain secara tabii dan hubungan yang berkonsepkan ta‘aruf (berkenalan dan berhubungan) dalam kalangan pelbagai bangsa itu dalam perkara kebajikan serta mentaati Allah SWT. Hal ini sebagaimana firman-Nya: َو ى َت َعاَونُواْ ...﴿ َعل ِّر َ ِ ب ۡ ٱل َو ٰىۖ ۡ ق َواَل َوٱلتَّ لى َعاَونُواْ َع َت َ ِ م ۡ ث ِإۡل ِن ٱِإۡل ۚ ُعۡدَو ٰ ۡ َوٱل قُواْ َوٱت ۖ َّ ٱ َّن هَّللَ ٱ َشِديُد ِعَقا ِب هَّللَ ِإ ﴾ ٱل ٢ۡ “…Dan hendaklah kamu tolong-menolonglah untuk (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya.” (Surah al-Ma’idah: 2) Hubungan sesama manusia disempurnakan dengan hidayah (petunjuk) Allah Pencipta alam yang dinamakan al-din (Islam) yang dianut oleh semua para rasul yang dilantik oleh-Nya, serta Kitab Allah yang diwahyukan kepadanya. Tujuannya adalah bagi mengurus akal dan mengawal nafsu keinginan mengikut sempadan fitrah kejadian manusia yang berbeza dengan makhluk yang lain dengan sempadan fitrah masing-masing. Firman Allah SWT: ا ُس َكا َن ﴿ ٱلنَّ َّمةٗ ُأ ِحَدٗة َفَب َع َث َو ٰ ٱ ِّيي َن هَّللُ ِ ب الن ي َن َّ ُمَب ي َن ِّشرِ ن َز َو ُمنِذر َل ِ َوَأ َمَع ُهُم َب َأ ٰ ِكَت ٱل َح ِّق ۡ ۡ ٱل ِ ِس لَِي َبۡي َن ۡح ُكَم ب ا ٱلن ِفي َما َّ فُواْ ۡخَتلَ ٱ ِفيِۚه َو َما َف ِإ ِذي َن ِإاَّل ٱ ِفي ِه ۡخَتلَ َّ ٱل وهُ وتُ ُأ ِمۢن َبۡعِد َما ُهُم ُأ ۡ ُت َجآ َءت ٰ َبِّيَن ۡ ٱل ا َيۢ َف َب َهَدى ۡيَن ُهۡۖم َبغۡ ٱ ِذي َن هَّللُ ٱلَّ َءا َمن لِ َما ُواْ فُواْ ٱ ِفي ِه ِمَن َح ِّق ۡخَتلَ ٱل ِن ِهۦۗ ۡ ۡ ِ ِإذ َيۡه َوٱ ِدي هَّللُ ب لَ ٰى َي َش َمن آ ُء ِإ ٖط ِإ ِص َر ٰ ٍ ﴾ ُّمۡسَت ٢١٣ِ قيم “Manusia itu adalah daripada umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberikan keputusan antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan itu. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana kedengkian antara mereka sendiri. Maka,
7 Allah memberikan petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberikan petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” (Surah al-Baqarah: 213Semua para rasul sayang akan kaum dan bangsanya diselamatkan bersama Islam. Kemudiannya, Allah SWT menceritakan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS yang berjuang untuk menyelamatkan kaumnya, iaitu Bani Isra’il daripada kezaliman Firaun. Firman Allah SWT: ِتَياهُ ﴿ ۡ نا َفأ َفقُوآَل َّ ۡر ِسۡل َر ُسواَل َرِّب َك ِإ َأ ۡب ُهۡۖم َواَل ِاۡس َرآ ِءۡي َمَع َبِن ٓي َل َفَأ َنا َعذِّ َك َقۡد تُ ٰ ۡ َن ـَٔاَي ٍة ِجئ ِ ب ِّمن َّرِّبَۖك ُم ٰ َم َب َع ِن َعلَ ٰى َوٱل َّسلَ ٱتَّ ُهَد ٰىٓ ﴾ ٱل ٤٧ۡ “Maka, datanglah kamu berdua kepadanya (Firaun) dan katakanlah: ‘Sesungguhnya, kami berdua adalah utusan Tuhanmu, maka lepaskanlah Bani Isra’il bersama kami dan janganlah kamu menyeksa mereka. Sesungguhnya, kami telah datang kepadamu dengan membawa bukti (atas kerasulan kami) daripada Tuhanmu. Dan keselamatan itu dilimpahkan kepada orang yang mengikuti petunjuk.” (Surah Taha: 47) Namun, Islam tetap lebih diutamakan daripada bangsa dan keluarga sendiri yang menolak Islam, sebagaimana firman Allah SWT: ِجُد اَّل ﴿ ٱهَّلل ُيۡؤ ِ ِمنُو َن َت َقۡوٗما ِ ب ِ َيۡوم ۡ َوٱل ِخرِ ٱأۡل ُيَوآُّدو َن َمۡن َحآَّد أۡل ٓ ٱ ُهۥ هَّللَ َولَۡو َو َر ُسولَ ٓواْ ۡو َءاَبآ َء ُه َكان ۡم ُ َأ ۡبَنآ َء ُهۡم َأ َأ ۡو َأ َأ َن ُهۡم َأ ۡخَو ٰ ِإ ۡو ِإ َع ِشي َرَت ُهۡمۚ َأ ِئ َك ٓ ٰ ْولَ ُأ َكَت َب ِفي ُم ُأ ِهِ لُوب ق َن ُ ي َمٰ ِإۡل ٱِإۡل َّيَد ُهم َوَأ ُروح ٖ ِ ب ُهۖ ِّمن ُهۡم ۡ َوُي ٖت ۡد ِخلُ ٰ َجن ي َّ ُر َتۡح ِم ِت َها َتۡجر ن ِ َهٰ ۡ ن ٱَأۡل لِ ِدي َن َأۡل َخ ٰ ٱ ُهۡم هَّللُ ِفي َها َر ِض َي ۚ ۡ َعن َو َر ُضواْ ُهۚ ۡ َعن ِئ َك ٓ ٰ ْولَ ُأ ُب ُأ ۡ َأ َّن َأآَل ٱهَّلل ِحز ِۚ ِإ َب ِإ ۡ ٱ ُه ُم لِ ُحو َن هَّلل ِحز ِ ۡ ُمف ﴾ ٱل ٢٢ۡ “Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang itu bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang yang menanamkan iman dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya dan mereka dimasukkan oleh-Nya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah Hizbullah (golongan Allah). Ketahuilah, sesungguhnya itulah golongan yang mendapat kemenangan (pada akhirnya).” (Surah al-Mujadalah: 22) Berpandukan ayat di atas, diharamkan ‘asabiyyah kaum dan bangsa (fanatik perkauman), apabila perjuangan bangsa atau kaum dijadikan aqidah yang mengatasi
8 Islam. Sehingga menyebabkan mereka itu berlaku zalim atau membela kaumnya yang zalim. Allah SWT juga menceritakan kisah seorang hartawan daripada kalangan kaum Nabi Musa AS bernama Qarun yang dibinasakan dan dilaknat oleh-Nya, sebagaimana firman-Nya: َّن ﴿ ِإ ُرو َن ِإ ٰ ِم َكا َن ن َق َف ۡۖم َب َغ ٰى ُمو َس َقۡوم ٰى ِ َعل ُه َۡيهِ َو َءاَتۡيَن ِمَن ٰ ٱل َمآ َّن ۡ ُكنُوزِ ِإ ِإ َمَفاِت َح ُهۥ ٓوُأ ل ُع ۡصَب ِة ََتنُ ۡ ٱل ب ْولِي ِ ُأ ُأ َّوِة قُ ۡ ٱل ۡ ِإذ ِإ َقا َل ُهۥ ح ل َقۡو ُمُهۥ َ َر اَل ۡۖ ۡ َتف َّن ُي ِح ُّب ِحي َن اَل ٱهَّللَ ِإ َفرِ ٱل ٧٦ۡ ٱ ٱلَّدا َر هَّللُ َءاَتٰى َوٱۡبَتغ ِفي َمآ َك ِ ِخ َرَةۖ أۡل ٓ َياۖ ِمَن َن ِصيَب َك َت َو ن َس اَل ٱ ٱلُّدن ۡح ِسن ۡ َأ ۡح َس َن َك َوَأ َمآ َأ ٱ ۡيَۖك هَّللُ لَ َواَل ِإ ِ َتۡبغ َف َساَد ٱل ِفي ۡر ِۖض ۡ ٱَأۡل َّن َأۡل ُي ِح ُّب ِسِدي َن اَل ٱهَّللَ ِإ ۡ ُمف ﴾ ٱل ٧٧ۡ “Sesungguhnya, Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka dia berlaku zalim terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: ‘Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri.’ (76); Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (keni‘matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (77)” (Surah al-Qasas: 76-77) Perlulah diketahui bahawa terdapat perbezaan antara mempertahankan bangsa yang disesatkan dan menyelamatkan mereka bersama Islam dengan mempertahankan bangsa atas prinsip ‘asabiyyah kebangsaan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW: ْي َس ل ا َ ِمن َم ْن َد َعا ى َّ لَ ِإ ِإ َّي ٍة، َع َصب ْي َس ِ َول ا َ لى ِمن َم ْن َل َّ َع َّي ٍة، َقاَت َ َع َصب ْي َس ِ َول ا َ ِمن َم ْن َما َت ى َّ َعل َّي ٍة َ ِ . َع َصب “Bukan daripada kalangan kita; orang yang mengajak kepada ‘asabiyyah, bukan daripada kalangan kita; orang yang berjuang atas dasar ‘asabiyyah, dan bukan daripada kalangan kita; orang yang mati atas dasar ‘asabiyyah.” (Riwayat Abu Dawud, no. 5121) Seterusnya, Baginda SAW menjelaskan makna ‘asabiyyah melalui sabdanya: ْن َأ ِعي َن َأ ت َقْو َم َك ى ُ َعلَ ِ م ُّظلْ . ال
9 “‘Asabiyyah itu ialah menolong kaum kamu dalam perkara kezaliman.” (Riwayat Abu Dawud, no. 5119) Kini, lahirnya fahaman liberal atau sosialis yang menghapuskan kewujudan bangsa secara mutlak. Fahaman ini hendak dibawa ke dalam masyarakat Islam, sehingga memisahkan peranan Islam daripada menyelamatkan bangsanya sendiri dan diheret oleh musuh Islam yang menyesatkan dengan menindas bangsanya sendiri kerana Islam yang dianuti. Sehinggakan, ada kalangan mereka yang berwala’ kepada musuh Islam yang mahu merosakkan bangsanya dengan ideologi dan kefahaman yang sesat. Hal ini telah disebutkan oleh firman Allah SWT: َما ﴿ نَّ ِإ َهٰى ُك ِإ ُم ۡ َع ِذي َن ِن ٱهَّللُ َين َتلُو ُك ٱل ۡم َّ ِن ِف َق ي ٰ ُك َوَأ ِّمن ۡم َأۡخ َر ُجو ُك ٱلِّدي م ِدَي ٰ رِ َه ُرواْ َو َظ ٰ ِج ُك َعل ۡم َ ٰىٓ ۡخ َرا ِإ ن ِإ َو َم ُهۡم َت ن َولَّۡو ُهۡمۚ َأ َي ُهْم َتَولَّ ٰـٓ َي ِئ َك َتَولَّ ْولَ ُأ َف ُه لِ ُمو َن ُم ﴾ ٱل ٩َّ ظ ٰ “Sesungguhnya, Allah hanyalah melarang kamu menjadikan sebagai wali (kawanmu orang-orang yang rapat), mereka memerangi kamu kerana agama, dan mengusir kamu dari negeri kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan (dengan memberikan wala’), maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Mumtahanah: 9) Hal ini sekali gus menunjukkan bahawa menentang kaum bukan Islam yang menunjukkan permusuhan terhadap Islam, sama ada terhadap syariatnya atau penganutnya atau kedaulatannya bukanlah sebahagian daripada ‘asabiyyah atau rasis. Bahkan, perkara itu merupakan kewajipan besar dengan perintah Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW. Mereka yang menentang pendekatan Islam ialah musuh Islam dan umatnya. Allah SWT memberikan amaran kepada bangsa Arab yang tidak menegakkan dan mempertahankan Islam, dan mereka itu digantikan oleh bangsa lain yang dipilih selepasnya: ُّي َها ﴿ ٓ َأ َي ِذي َن ٰ ٱلَّ ل ا َ ُك َءا َمن َما ۡم ُواْ ِإذَ لَ ُك ِإ ِقي َل ُم ي ِل ٱنِف ُروا ِفي ْ ِ ٱ ۡم هَّلل َسب ِ تُ ۡ اَقل ٱث ى َّ لَ ۚض ِإ ِإ ۡر ِ ٱَأۡل م َأۡل َر ِضيتُ َأ َحَيٰوِة َأ ۡ ٱل ِ ب َيا ٱلُّدن ِمَن ۡ ِخ َرِةۚ ٱأۡل َف َما ُع أۡل ٓ ٰ َحَيٰو َم ِة َت ۡ ٱل َيا ٱلُّدن ِفي ِخ َرِة ۡ أۡل ٓ ِإاَّل ِإ َقلِي ٌل٣٨ِ إاَّل ٱ َتنِف ُروا ۡب ُكۡم ْ ِّ ُي َعذ اًبا َعذ لِيٗما َ َشْي َت ًئا َو ُض ُّروهُ اَل َغۡي َر ُك َأ َوَيۡسَتۡبِدۡل َقۡو ًما ۡم َأ ل ٰى ُك ِّل َشۡي ٖء َقِدي ٌر٣٩ هَّللُ ﴾ َۗوٱ َعَ
10 “Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: ‘Berangkatlah (untuk berjuang) pada jalan Allah (bagi memenangkan Islam)’, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal keni‘matan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (38); Jika kamu tidak berangkat untuk berjuang, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih dan digantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu. (39)” (Surah al-Tawbah: 38-39) (harakah 2023)
11 1.1 DEFINISI MANORITI Definisi Minoriti adalah sekumpulan golongan manusia yang akan menjadi mangsa pertama kezaliman kerajaan atau masyarakat yang dianggap golongan majoriti sesebuah negara.Golongan minoriti akan disisihkan kerana dianggap tidak memberikan sebarang kepentingan dalam sesebuah negara. Segala sejarah mengenai golongan minoriti akan diabaikan dan tidak dituliskan sehinggakan kewujudan mereka juga dikekalkan tidak wujud dan tidak diketahui oleh orang luar.Kebanyakan golongan minoriti akan cenderung mengalami kemerosotan budaya dan menyebabkan mereka kehilangan identiti bangsa mereka. Hanya sebahagian daripada mereka yang menyokong dan berjuang untuk menjaga identiti bangsa mereka. Jika golongan minoriti ini hapus, amat sukar untuk orang luar ambil kisah dengan apa yang telah terjadi kepada mereka.Minoriti Muslim atau Islam minoriti menggambarkan wujud satu kumpulan orang Islam yang tinggal dan hidup dalam satu entiti politik di dalam sesebuah negara dan mereka ini merupakan golongan yang kecil dari segi bilangan dan telah mendapat layanan yang kurang baik daripada kerajaan berbanding golongan bukan Islam di dalam negara itu yang dianggap sebagai golongan majoriti.Golongan Islam minoriti disisihkan kerana atas sebab jumlah mereka yang sedikit sehinggakan suara dan hak mereka telah ditolak oleh kerajaan. Golongan Islam minoriti dianggap berbeza kerana agama Islam yang dianuti sehinggakan diskriminasi agama berlaku kepada golongan Islam minoriti. Namun definisi minoriti Muslim atau Islam minoriti sukar diterima kerana wujud sejarah komuniti Islam yang kurang dari segi bilangan tetapi telah menjadi satu kuasa politik dan sosial yang kuat. Antaranya adalah kerajaan Moghul India, sewaktu pemerintahan kerajaan Moghul di India jumlah orang Islam tidak ramai berbanding orang yang beragama Hindu Namun orang Islam telah menjadi pemimpin kepada orang yang beragama Hindu yang pada ketika itu adalah majoriti. 2.0 MINORITI ISLAM DI THAILAND Penduduk Islam di Thailand merupakan sekumpulan masyarakat yang dikategorikan sebagai penduduk minoriti di Thailand. Sekiranya dilihat daripada aspek geografi, penduduk Islam yang dikategorikan sebagai minoriti ini lebih tertumpu di kawasan selatan Thailand Terutamanya di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat. Hubungan antara pihak majoriti Thailand yang beragama Buddha (Forbes 1982) dan pihak minoriti yang beragama Islam telah bermula beratus tahun dahulu. Sejarah yang terjalin antara kedua-dua kelompok ini telah melalui satu siri rentasan masa yang cukup panjang yang bermula daripada siri
12 penjajahan, konflik mahupun perdamaian.Menurut Wan Kadir (2002), minoriti Islam merupakan kumpulan minoriti terbesar di Thailand dan ia terbahagi kepada dua kategori. Pertama ialah minoriti Melayu Islam Keturunan tawanan perang daripada Pattani yang dibawa masuk ke Thailand pada awal abad ke-19 Masihi.Mereka menduduki kawasan tengah dan selatan Thailand. Melalui proses asimilasi, mereka kehilangan identiti, bahasa dan budaya sehingga mereka menganggap diri mereka sebagai orang Thai Islam. Kedua, merupakan majoriti Melayu Islam keturunan rakyat Kesultanan Pattani. Setelah mereka dijajah dan dijadikan sebagai sebahagian dari kawasan negara Thai pada awal abad ke-20 Masihi, mereka menjadi golongan minoriti. Walau bagaimanapun, Muslim bertaraf majoriti di empat wilayah bekas Kesultanan Pattani iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Satun. Sejarah merupakan faktor utama yang perlu dilihat apabila membincangkan berkenaan perkembangan Minoriti Muslim di Thailand. Pergolakan dan pertembungan antara Majoriti(Buddha) dan Minoriti (Islam) telah berlaku beratus-ratus dahulu. Konflik bermula pada tahun 1786 apabila kerajaan Siam berjaya menakluki kerajaan Kesultanan Melayu Patani melalui siri peperangan. Penaklukan telah mengubah struktur pemerintahan dan geografi negeri Patani apabila kerajaan Siam melaksanakan dasar ‘Pecah dan Perintah’.Negeri Pattani Telah dipecahkan kepada 7 wilayah (Syukri I 2002) dan setiap satunya dilantik raja-raja ‘boneka’ yang bertujuan untuk melemahkan kekuasaan orang Melayu.Di samping itu ia bertujuan untuk membentuk proses decentralization atau pemusatan kuasa akibat tekanan daripada kuasa Eropah yang berlumba-lumba mencari kawasan dijajah di Asia Tenggara.Kebimbangan ini semakin ketara apabila Perancis berjaya menakluki wilayah di Timur Sungai Mekong di bahagian selatan (Pitsuwan 1982). Begitu juga dengan kerajaan British yang aktif untuk menguasai wilayah Timur Laut Burma, Selatan China dan negeri-negeri di Tanah Melayu Utara sehingga ke Segenting Kra (Pitsuwan 1982). Pemimpin utama dalam kalangan Muslim yang mula-mula mencetuskan penentangan adalah Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Raja Negeri Pattani. Bagaimanapun, penentangan mereka tidak berhasil setelah pihak British di Rantau Asia Tenggara menyebelahi Bangkok. Dengan Sokongan British dan tipu helah Kerajaan Thai, raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu. Kini, isu agama di Thailand telah membuka lembaran baru apabila isu hak asasi manusia telah mula kedengaran dalam kalangan penduduk mahupun masyarakat antarabangsa.Kebebasan, keadilan dan hak individu menjadi isu utama yang dipersoalkan di Selatan Thailand pada hari ini. Tindakan tentera yang keras dan ganas dalam menghuraikan sesuatu perhimpunan dikatakan telah melanggar hak asasi manusia. Pendekatan ketenteraan yang digunakan oleh Thaksin sehingga sekarang menunjukkan
13 bahawa wujud manipulasi ke atas sistem undang-undang yang sedia ada dalam mengawal konflik ini. Akta Darurat yang membolehkan pihak berkuasa menangkap tanpa waran, mendengar perbualan telefon,membuat penapisan sumber berita dan lain-lain lagi merupakan contoh manipulasi undang-undang di tiga wilayah oleh kerajaan. Hak kebebasan OMIP cuba dinafikan oleh kerajaan Thailand terutamanya bebas daripada penangkapan, penganiayaan, hukuman kejam dan lain-lain lagi. Penduduk awam khususnya Muslim sering terdedah dengan penangkapan tanpa bukti oleh pihak berkuasa dan ada sesetengah yang ditangkap tidak lagi kembali dan dipercayai dibunuh (Che Mohd Aziz 2012). Begitu juga dengan kelompok agama seperti ustaz dan imam-imam, mereka terdedah dengan serangan tembak curi dan penculikan. Oleh Itu, keadaan ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan gagal memberi perlindungan keselamatan dan keamanan di tiga wilayah sepertimana menjadi kewajipan mereka melindungi hak rakyat.Krisis pengurusan konflik ke atas penganut Islam lebih efisien ketika ketegangan ini di bawah pengurusan Jeneral Surayud Chulanont. Keadaan ini berlaku apabila Thaksin yang digulingkan pada 2006 telah digantikan oleh Jeneral Surayud Chulanond sebagai perdana menteri sementara. Di peringkat awal pengurusan konflik, jeneral tersebut bertanggungjawab untuk mengembalikan perpaduan masyarakat Thailand dan menyelesaikan konflik di Selatan Thailand (Pulo 2010). Pendekatan beliau di Selatan Thailand untuk menenteramkan kembali keadaan di mana keadaan huru-hara yang ditimbulkan oleh Thaksin adalah menggunakan dasar kerjasama dengan OMIP. Dasar kerjasama ini diterjemahkan melalui permohonan maaf secara terbuka oleh pihak Kerajaan kepada OMIP lantaran pendekatan Thaksin sebelum ini yang memberi tekanan kepada tiga wilayah yang dihuni oleh majoritinya penduduk Islam.Justeru, rentetan daripada peristiwa ini, pihak kerajaan telah membebaskan serta menggugurkan dakwaan terhadap 92 orang penduduk Islam yang terbabit dalam demonstrasi anti kerajaan di Tak Bai. Beliau kemudiannya mengembalikan badan induk yang berfungsi untuk mengurangkan keganasan iaitu So O Bo To yang suatu ketika dahulu pada tahun 1970 an telah dimansuhkan ketika pemerintahan Thaksin kerana dianggap tidak memberi sebarang faedah (Hasan A.Z 2006). Di samping itu, di peringkat antarabangsa, Jeneral Surayud telah meminta sokongan dan kerjasama Malaysia selaku jiran terdekat untuk membantu menyelesaikan pergolakan yang berlaku dan justeru itu Malaysia telah menubuhkan Task Force 2010 (Malaysia) manakala Thailand dikenali sebagai Task Force 960. Penubuhan kedua-dua institusi ini bermatlamat untuk mengurus dan menyelaras program yang ditaja oleh Kerajaan Malaysia untuk membawa keamanan di tiga wilayah selatan Thailand. Sungguhpun maklum balas daripada OMIP majoritinya menunjukkan ketidaktentuan dalam pendekatan ini, mereka secara amnya mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana lazimnya ucapan pemimpin atau dasar kerajaan Thailand adalah berbeza dengan apa yang dilaksanakan.
14 Secara keseluruhannya, isu agama yang sedang dialami oleh penduduk Islam di Thailand terutama di wilayah selatan adalah bukan sesuatu perkara baru untuk dibahas dan dibincangkan. Sejarah telah membuktikan bahawa konflik yang tercetus telah bermula beratus tahun dahulu. Konflik yang berlaku ini disifatkan sebagai dinamik apabila tiga wilayah utama di selatan Thai telah terlibat ke kancah yang lebih rumit sehingga telah mengorbankan ribuan nyawa serta kemusnahan harta benda. Dapat disimpulkan juga bahawa tercetusnya konflik yang berasaskan agama ini adalah berpunca daripada elemen kepercayaan apabila suatu kumpulan ingin memastikan kepercayaan mereka diadaptasi ke seluruh negara untuk memastikan agama dan kepercayaan mereka dapat diterima dan secara tidak langsung dapat menggunakan paksi agama untuk kekal memerintah. Selain itu, perkembangan ini telah berlarutan daripada tuntutan kemerdekaan wilayah Pattani oleh OMIP telah berkembangkepada isu-isu agama, identiti dan budaya.Perkembangan isu ini selain sifat konflik yang dinamik, turut ditambah dengan kelemahan pihak kerajaan yang gagal terhadap pengamalan agama, identiti dan budaya kumpulan lain.Pemimpin yang berbangsa Thai melihat agama, identiti dan budaya Melayu daripada lensa budaya sendiri sehingga bertindak secara salah dengan menafikan hak orang lain. Buktinya,mereka mempunyai semangat nasionalisme identiti yang tinggi apabila bertindak membentuk ideologi ‘Dunia Thai’ yang merangkumi kumpulan mereka sahaja. Oleh itu, timbul elemen ethnocentrism terhadap kumpulan mereka dan sanggup menghapuskan agama, identiti dan budaya Melayu dan Islam. Di samping itu, faktor agama yang begitu sensitif telah memaksa kumpulan majoriti menggunakan isu ini sebagai alat untuk memastikan kumpulan minoriti dapat bertoleransi sekiranya kumpulan minoriti ingin kekal sebagai sebahagian daripada negara yang dikuasai oleh kumpulan majoriti. 2.2 SEJARAH PERGOLAKAN Konflik bermula pada tahun 1786 apabila kerajaan Siam berjaya menakluki kerajaan Kesultanan Melayu Patani melalui siri peperangan. Bermula dari ini, kerajaan Siam menggunakan dasar ‘Pecah dan Perintah’ bertujuan untuk melemahkan kuasa pemimpin-pemimpin Melayu supaya tidak bangkit memberontak. Negeri Patani telah dipecahkan kepada 7 wilayah dan setiap satunya dilantik raja-raja ‘boneka’ Melayu didapati kerajaan Thailand masih belum berjaya mengatasi permasalahan dalaman mereka walaupun mempunyai cukup kuasa dan pengaruh untuk memastikan rakyat Thailand di tiga wilayah hidup dalam keadaan aman. proses decentralization atau pemusatan kuasa berjaya dibentuk memandangkan kuasaan dari Eropah yang berlumba-lumba mencari kawasan
15 dijajah di Asia Tenggara termasuk negeri Patani. Kejayaan Perancis menakluki wilayah di Timur Sungai Mekong sudah memadai untuk kerajaan Siam merasa bimbang akan tanah jajahannya di bahagian selatan. Begitu juga dengan kerajaan British yang aktif untuk menguasai wilayah Timur Laut Burma, Selatan China dan negeri-negeri di Tanah Melayu Utara sehingga ke Segenting Kra. Oleh yang demikian, dasar Thesaphiban diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn pada tahun 1897 sebagai merealisasikan dasar decentralization tersebut. Raja Chulalongkorn dengan bantuan Putera Damrong selaku Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan Akta Pentadbiran Daerah yang dikenali sebagai Phraratchabanyat Laksana Pakkhrong Thongti dan kemudiannya diperkemaskan pada tahun 1899 melalui Peraturan Mengenai Pentadbiran Wilayah yang dikenali sebagai Kho Bangkhap Pokkhrong Huamung. Sistem Thesaphiban ini membawa kepada penentangan raja-raja Melayu kerana ia bertujuan untuk mengurangkan kekuasaan orang Melayu ke atas Patani secara perlahan-lahan. Akhirnya, pada tahun 1902 kerajaan Siam telah melucutkan jawatan Tengku Abdul Kadir selaku raja Patani dan dalam masa yang sama menghapuskan jawatan tersebut, manakala segala urusan pemerintahan bergantung kepada Pesuruhjaya Siam. Bermula dari itu maka tamatlah sistem pemerintahan raja-raja Melayu di Patani. Namun begitu, penentangan OMIP terhadap dasar kerajaan Siam masih lagi berterusan. OMIP mula mendapatkan bantuan British di Tanah Melayu namun ternyata meleset apabila British mengadakan Perjanjian Bangkok atau ‘Anglo Siamese-Treaty’ dengan kerajaan Siam pada tahun 1909. Akibatnya, OMIP semakin ditindas kerana perjanjian tersebut membuka ruang kebebasan kepada kerajaan Siam untuk melakukan apa sahaja ke atas negeri Patani. Kerajaan British dalam perjanjian tersebut mengesahkan penjajahan Siam ke atas Pattani. Kebebasan kerajaan Siam ini membawa padah kepada Patani apabila dasar-dasar yang digubal mulai menyentuh hal-ehwal budaya, identiti dan pendidikan OMIP Kesengsaraan OMIP akibat persengketaan ini dilihat tiada kesudahan malahan semakin meruncing apabila kerajaan Siam memperkenalkan dasar Rathaniyom pada tahun 1938. Dasar ini membawa maksud hanya ciri-ciri kebudayaan Siam sahaja dibenarkan berkembang di Thailand. Pelaksanaan dasar ini memberi cabaran yang lebih kuat kepada OMIP apabila ia berbentuk paksaan. OMIP mulai bangkit menentang dasar ini kerana mereka tahu bahawa budaya dan identiti cuba diasimilasikan oleh kerajaan Thailand. Dengan ini, pada tahun 1939 Haji Sulong bin Abdul Kadir seorang ulama terkenal di Patani telah menubuhkan al-Hai’ah al-Tanfiziah li al-Ahkam alShar’iyyah atau Lembaga Pelaksana Hukum Syariah. Pertubuhan ini bertujuan untuk mengumpul para ulama di Patani dan
16 bekerjasama mengadakan aktviti untuk mempertahankan kesucian agama Islam dari dicabuli oleh Rathaniyom. Antara usaha yang dilaksana ialah mengemukan tuntutan. Perjuangan Haji Sulong dan rakan-rakannya turut dibantu oleh Tengku Mahmud Mohyideen yang merupakan anakanda kepada Tengku Abdul Kadir Kamaruddin. Peranan Tengku Mahmud ialah cuba mempengaruhi kerajaan British untuk mengambil negeri Patani dan disatukan dengan Tanah Melayu. Namun, usahanya tidak berjaya apabila kerajaan British mementingkan hubungan dengan Siam serta bertindak menghapuskan pergerakan di Tanah Melayu yang bertujuan untuk membantu OMIP. Ekoran daripada itu, Tengku Mahmud diarah tidak terlibat dengan segala kegiatan untuk pemisah Patani dan peranan Gabungan Melayu Patani Raya (GAMPAR)bagi tujuan yang sama diarahkan bubar untuk mengembalikan keamanan di negeri Patani. Bermula dari sini didapati Patani mulai reda dengan pemberontakan orang Melayu kerana kebanyakan pemimpin Melayu hilang dan dipercayai dibunuh secara sulit. Tambahan pula pendekatan kerajaan Thailand yang semakin mengetat bagi mengawal perkembangan OMIP di tiga wilayah. Menjelang tahun 1960an hingga 70an, didapati OMIP mula bangkit kembali meneruskan pemberotakan melalui pertubuhan gerakan pemisah. Mereka mulai mendapat aspirasi akan kemerdekaan Malaya pada 1957 daripada penjajah British. Kebangkitan gerakan pemisah ini menjadikan senjata sebagai wadah perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan ke atas negeri Patani. Perjuangan mereka masih lagi aktif sehingga ke hari ini dan dipercayai bahawa kejadian pembunuhan dan pembakaran tempat-tempat awam adalah perbuatan gerakan pemisah dan juga pihak berkuasa yang dilihat masing-masing memainkan strategi dalam konflik kali ini. 2.3 PUNCA PERGOLAKAN 2.3.1 Politik dan Kemerdekaan Perkembangan politik di wilayah Selatan Thailand dibelenggu oleh tindakan seperti penindasan, diskriminasi, pembunuhan dan rasuah. Anand Panyarachun bekas Perdana Menteri Thailand dan juga Pengerusi NRC ketika ditemubual menyatakan: “Masalah utama di Selatan Thailand adalah politik, manakala sosial, ekonomi, identiti adalah suatu yang kecil sahaja. Jadi, politik perlu ditukar dengan politik yang menyelesaikan masalah”.
17 Kenyataan ini memang ada kebenarannya kerana pertelingkahan antara OMIP dengan kerajaan Thailand adalah berkisarkan kepada tuntutan kemerdekaan. Tuntutan Kemerdekaan ini disebabkan tindakan kerajaan Siam menjajah negeri Patani yang dahulunya dimiliki oleh Kesultanan Melayu Patani. Menurut Miall, Ramsbotham dan Woodhouse menggariskan 3 faktor yang menyebabkan sesuatu kumpulan etnik bangkit memberontak. Salah satunya ialah wujud peristiwa yang menekan kelompok ini suatu masa dahulu dan segala kekuasaan mereka telah dirampas sama ada dari segi politik dan ekonomi. Justeru, gerakan pemisah khususnya masih lagi berhasrat untuk mengambil kembali kuasa politik di Patani dengan menjadikan persenjataan sebagai wadah perjuangan. Pertembungan kedua pihak yang berkisarkan isu politik ini menghasilkan episod yang silih berganti di mana banyak kes pembunuhan dan kehilangan pemimpin OMIP berlaku kerana menuntut kemerdekaan terhadap kerajaan Thailand. Kewujudan kumpulan gerakan pemisah sekitar tahun 60an yang menjadikan senjata sebagai madah perjuangan berikutan kesedaran di kalangan anak watan Patani yang mendapat pengajian dari dalam dan luar negara. Penentangan terhadap dasar-dasar politik kerajaan Thailand telah memberi kesan negatif kepada budaya dan identiti OMIP. Pemberontakan OMIP untuk mendapatkan hak politik di Patani dianggap mengancam pendominasian kuasa selama ini di Patani.Oleh itu, kerajaan Thailand menggunakan pendekatan asimilasi sebagai jawapan untuk mengatasi tuntutan hak politik mereka di Patani. OMIP kini mengalami proses asimilasi ke dalam budaya dan identiti Thai-Buddha. Justeru, tanggapan kerajaan Thailand yang menjadi proses asimilasi sebagai alat untuk mengatasi masalah pemberontakan dan mencapai perdamaian dan pembangunan negara ternyata meleset. Pegangan dan kepercayaan yang kuat khususnya OMIP terhadap budaya dan identiti mereka bertindakbalas dengan dasar-dasar kerajaan Thailand sehingga menimbulkan konflik yang berpanjangan. Keadaan ini merupakan perkaitan antara isu politik dengan isu budaya dan identiti yang mana pada awalnya OMIP menuntut kemerdekaan tetapi serangan kerajaan Thailand adalah ke atas budaya dan identiti. Kedua elemen ini boleh dikatakan menjadi isu baru kepada konflik di Selatan Thailand pada hari ini. 2.3.2 Identiti Penentangan OMIP untuk mengembalikan hak politik mereka ke atas negeri Patani mengundang isu-isu baru yang membawa permasalahan yang berpanjangan.Kedegilan OMIP untuk tidak bersetuju dengan dasar kerajaan Thailand meningkatkan lagi persepsi buruk pemerintah sehingga mereka dianggap sebagai bangsa kelas kedua.Oleh itu, ramai
18 pegawai berbangsa Siam yang bertugas di tiga wilayah hari ini masih lagi tidak menghormati budaya dan cara hidup orang Melayu.Seperti yang berlaku di kaunter-kaunter kerajaan di mana layanan yang diberikan tidak sama rata dan lebih mengutamakan orang berbangsa Thai.Keadaan ini adalah sebahagian gambaran kepada kesan yang perlu diterima oleh OMIP akibat tentangan mereka terhadap akta kerajaan yang cuba mengasimilasikan mereka. Mereka dipaksa mengamalkan bahasa, corak pemakaian, pendidikan, sejarah dan adat budaya yang berteraskan Thai-Buddha. Isu identiti ini wujud apabila kerajaan Thailand mengeluarkan dasar berbentuk asimilasi dan akhirnya membawa kepada pergolakan yang semakin rumit. Begitu juga dari segi bahasa yang mana anak-anak muda hari ini lebih gemar bertutur dalam bahasa Thai berbanding bahasa Melayu. Konflik yang berlaku pada tahun 2004 adalah berkait rapat dengan isu identiti. Insiden seperti pembakaran sekolah, tembak guru dan penjawat awam adalah untuk menunjukkan bahawa sistem pendidikan berkonsep Thai-Buddha masih lagi berlaku dan ia masih ditentang oleh OMIP. Menurut seorang ahli gerakan pemisah yang ditemubual, pembakaran sekolah yang dilakukan itu bukannya berniat jahat tetapi untuk memberitahu kepada kerajaan Thailand dan juga masyarakat luar bahawa sistem pendidikan yang diajar di sekolah adalah satu proses asimilasi budaya Thai ke atas anak-anak Melayu di selatan. Disamping itu, kerajaan Thailand dilihat cuba untuk memisahkan antara bangsa Melayu dan agama Islam dengan menggelarkan kelompok ini sebagai Thai-Muslim. OMIP secara jelas menolak istilah ini kerana mereka tahu bahawa Melayu sememangnya telah lama berpaut kepada agama Islam.Menurut Dr. Syukree Langputeh, sesudah penerimaan Islam di Patani, ramai pihak melihat orang Melayu selatan Thailand sinonim dengan Islam. Apabila seseorang digelar sebagai Melayu maka ia merujuk kepada agama Islam, manakala seseorang disebut Thai maka ia merujuk kepada agama Buddha. 2.3.3 Ekonomi Pendapatan rendah dan jumlah keluarga yang miskin merupakan isu ekonomi yang menjadi faktor kepada perletusan konflik tahun 2004. Ketiga wilayah ini walaupun mempunyai sumber semulajadi yang boleh menjana pendapatan penduduk tetapi tidak diuruskan dengan baik oleh kerajaan Thailand . Pendapatan perkapita bagi penduduk tiga wilayah ini ialah RM928.5 wilayah Pattani, wilayah Yala RM1778.3 dan wilayah Narathiwat RM1506.667. Berdasarkan hasil kajian Dr. Srisompob tahun 2009 berkenaan ekonomi penduduk di tiga wilayah, seramai 699 orang daripada 1,143 responden menyatakan
19 mereka tidak cukup pendapatan. Mereka kehilangan peluang pekerjaan memandangkan keadaan konflik yang kian meruncing. Selain itu, berlaku ketidakseimbangan ekonomi kerana jurang antara kaum yang menguasai ekonomi juga sangat ketara apabila kebanyakan perusahaan dalam bidang pertanian, perindustrian dan perikanan dikuasai oleh kaum Cina dan Thai-Buddha. Kebanyakan yang menyertai projek-projek perindustrian, perladangan dan perikanan adalah dikalangan orang Thai Buddha dan Cina. Manakala OMIP tidak mampu bersaing dengan peniaga-peniaga lain dan hanya mampu menjalankan perusahaan di peringkat kecil-kecilan sahaja. Keadaan ini ekoran daripada kerajaan memperkenalkan dasar Nikhom Sang Tong Eng iaitu memindah orang Thai-Buddha dari sebelah timur, barat dan utara membentuk penempatan baru di selatan Thailand dan diberi tanah percuma untuk dimajukan.Keadaan ini memberi tekanan kepada OMIP apabila memikirkan tentang kesannya kepada sumber alam yang mereka miliki. Tambahan pula hasil-hasil yang diperolehi melalui penerokaan sumber-sumber alam di Selatan Thailand tidak disalurkan untuk membangunkan tiga wilayah tetapi dihantar ke pentadbiran pusat untuk pembangunan wilayah lain 2.3.4 Pendidikan Pendidikan merupakan agen kepada proses asimilasi kebudayaan Thai di Patani. Di bawah Akta Pelajaran 1921, mewajibkan versi terakhir buku pelajaran agama Islam mesti dicetak dalam bahasa Thai dan pelajar Melayu mesti dihantar ke sekolah kebangsaan Siam. Akta ini bermulanya timbulnya isu berkaitan dengan pendidikan di tiga wilayah. Kerajaan beranggapan bahawa taraf pendidikan sekular masih lagi ditahap yang rendah dan ia perlu dipertingkatkan melalui sistem integrasi nasional. Usaha serampang dua mata ini dilaksanakan apabila kerajaan telah mengambil guru-guru bahasa Thai untuk mengajar di pondok-pondok serta mewajibkan setiap pengurusan sekolah pondok mengikut sukatan pelajaran kebangsaan. Selain itu, kerajaan berusaha memujuk guru-guru agama melawat ke kota Bangkok untuk melihat garis panduan sukatan pelajaran kebangsaan di samping menawar hadiah kepada organisasi pondok yang membenarkan bahasa Thai diajar di sekolah pondok mereka. Pada pandangan penduduk tempatan, dasar ini merupakan proses atau amalan yang bersifat perkauman Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1993, isu ini telah dibangkitkan kembali oleh OMIP. Tindakan membantah sistem pengajian ini telah memaksa Jabatan Pendidikan Wilayah mengajukan kepada Kementerian Pendidikan bagi membentang pembentukan semula sistem persekolahan di kawasan orang Melayu Islam Patani di Parlimen. Justeru, pada Mac 1993, Kementerian Pendidikan mengumumkan pelaksanaan sistem pendidikan baru terhadap wilayah muslim yang mana melatih penduduk tempatan sebagai guru agama dan memperkenalkan pengajaran Islam dalam pendidikan
20 umum dan membenarkan pelajar memakai pakaian mengikut ajaran Islam sebagai pakaian seragam untuk ke sekolah. Isu pendidikan ini tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia masih lagi tumbuh dalam masyarakat sekarang. 2.4 ISU SEMASA DI SELATAN THAILAND Menurut C.R. Mitchell dalam bukunya berjudul The Structure of International Conflict pengurusan konflik boleh didefinisikan sebagai satu proses yang merangkumi kesemua kaedah-kaedah yang digunakan di dalam masyarakat untuk menangani keadaan-keadaan konflik yang ada25. Kaedah-kaedah yang dimaksudkan ialah perlu dijalankan proses pencegahan sebelum sesuatu konflik itu timbul. Sekiranya ia gagal dicegahkan maka dilaksanakan proses yang kedua iaitu pengawalan konflik agar konflik itu tidak bertukar kepada tingkahlaku yang mengganggu, merosak atau membinasakan pihak lain. Sekiranya gagal juga, perlu dilaksanakan proses yang ketiga iaitu pemberesan dan penamatan konflik. Pemberesan konflik merupakan proses untuk menyekat tingkahlaku dalam konflik agar tidak berpanjangan. Manakala penyelesaian konflik pula allensteen pula mentakrifkan bahawa penyelesaian konflik sebagai keadaan di mana pihak-pihak yang berkonflik menyertai perjumpaan untuk menyatakan persetujuan bagi menyelesaikan pertindihan matlamat, menerima pendapat pihak-pihak lain dan memberhentikan tindakan keganasan. Dalam kes konflik di Patani, konflik ini telah lama berlaku dan tidak lagi berada ditahap untuk dicegah. Kini, ia melibatkan tingkahlaku yang merosak dan mengganggu. Keadaan ini dapat digambarkan dengan jumlah kematian yang kian meningkat saban hari khususnya di kalangan orang awam seperti guru-guru, sami-sami, ustaz-ustaz, tok imam, ketua komuniti dan juga melibatkan tentera, polis dan anggota gerakan pembebasan Patani(Yasri Yazid, tt). 2.5 PENGURUSAN KONFLIK Dalam mengawal keadaan ini,kerajaan Thailand menggunakan pendekatan pemberesan konflik dengan mengisytiharkan akta darurat ketenteraan di wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala disamping menghantar pasukan keselamatan untuk menjaga keselamatan orang awam. Tindakan kerajaan ini adalah untuk menyekat tingkah laku pihak berkonflik agar tidak merebak serta melaksanakan pendekatan penyelesaian konflik melalui penstrukturan semula pentadbiran masyarakat. Antaranya penubuhan National Reconciliation Commission (NRC), penubuhan kembali Southern Border Provinces (Yasri Yazid, tt).
21 Dasar dan pendekatan penyelesaian bagi membentuk keamanan di Selatan Thailand boleh berlaku dalam bentuk perdamaian negatif dan positif. Pada awal penjajahan, kerajaan Siam menggunakan pendekatan perdamaian negatif apabila melantik Tengku Lamidin dilantik menjadi ‘Raja Boneka’ negeri Patani bagi memadam hasrat OMIP untuk bangkit memberontak. Walaupun Tengku Lamidin menjadi raja Patani namun bidang kuasanya cukup terhad dan kebanyakannya dikuasai oleh raja Siam-Thai. Penyelesaian kepada konflik ini dilihat berbentuk paksaan yang mana OMIP ditekan untuk mematuhi kehendak kerajaan Siam. Walau bagaimanapun perdamaian negatif ini tidak akan bertahan lama sekiranya pihak yang ditindas atau dipaksa berjaya mengumpul keupayaan dan kekuatan untuk bangkit menentang. Keadaan ini dapat dilihat apabila OMIP yang diketuai oleh Tengku Lamidin sendiri bangkit memberontak dan menghalau orang-orang Siam daripada negeri Patani. Pendekatan menyelesaian kepada konflik dilihat masih lagi berbentuk perdamaian negatif namun lebih sistematik. Pengalaman yang diperolehi akibat pemberontakan OMIP membuatkan kerajaan Siam menggunakan pendekatan yang lebih mencengkam iaitu melantik Nai Khuan Sai seorang yang berbangsa Siam sebagai Raja Patani. Bagi pihak kerajaan Siam, pendekatan ini dilihat sebagai penyelesaian kepada konflik yang muncul sebelum ini. Pengawalan dan pendominasian yang digunakan ini akan dapat membendung kegiatan pemberontakan OMIP. Namun begitu, penyelesaian negatif yang digunakan ini tidak akan bertahan lama memandangkan OMIP sentiasa bangkit memberontak walaupun dikawal oleh kerajaan Siam. Pemberontakan yang timbul di kalangan OMIP adalah disebabkan budaya dan identiti yang berbeza dengan kerajaan Siam yang mana mendorong mereka untuk bersatu atas dasar satu budaya dan identiti. Kesamaan budaya dan identiti ini telah memberi semangat untuk bersama-sama memberontak bagi mengambil kembali kedaulatan politik di Patani yang merupakan hak kelompok mereka. Pendekatan penyelesaian seterusnya masih lagi berbentuk perdamaian negatif yang mana usaha untuk mengatasi pemberontakan OMIP adalah melalui proses memecahkan penyatuan orang Melayu melalui sistem ‘Pecah dan Perintah’ 6 enjelang awal abad ke 20, dasar pemusatan kuasa diperkenalkan yang mana tujuh wilayah yang dipecahkan sebelum ini telah dicantumkan menjadi sebuah wilayah dan dinamakan ‘Boriwen’. Kemudiannya kuasa-kuasa raja dimansuhkan dan diganti oleh seorang Pesuruhjaya Siam. Pesuruhanjaya Siam ini akan bertanggungjawab mentadbir keseluruh wilayah selatan serta dipantau oleh Raja Siam di Senggora (Songkhla). Dasar ini bertujuan untuk membentuk kelompok-kelompok dalam masyarakat OMIP melalui pengagihan negeri Patani kepada wilayah-wilayah kecil. Justeru, kekuasaan dan penyatuan OMIP semakin lemah apabila terpisah antara satu sama lain, tambahan pula raja-raja Melayu yang dilantik bagi setiap wilayah akan menimbulkan pertelagahan antara satu sama
22 lain. Dengan ini, usaha menyelesaikan konflik yang timbul akan dapat diatasi melalui konsep ini dan sedikit sebanyak akan dapat menguatkan cengkaman kekuasaan kerajaan Siam ke atas negeri Patani. Sebagai contoh, Raja Jering iaitu Nai Phya yang berbangsa Siam mempunyai kuasa penuh untuk memantau setiap raja Melayu yang memerintah wilayah lain agar taat setia kepada Raja Siam. Pendekatan ini pada awalnya berjaya mengatasi permasalahan yang timbul walaupun tidak sepenuhnya. 3.0 KELOMPOK MINORITI ISLAM DI MYANMAR Myanmar merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang etnik yang terletak di Asia Tenggara. Myanmar sebelum ini telah dikenali sebagai ‘Burma’ dan kemudiannya ditukar kepada Union of Myanmar pada 1989 dan terkini pada tahun 2008 mereka telah dikenali sebagai Republic of the Union of Myanmar . Etnik Burmans atauBamars merupakan kumpulan majoriti di negara ini dan mereka telah mendominasi pentadbiran Myanmar dan juga ketenteraan. Sungguhpun Myanmar tidak mempunyai sebarang agama rasmi, namun pihak kerajaan dilihat lebih cenderung kepada propaganda Theravada Buddhism memandangkan majoriti rakyat mereka menganut agama Buddha(Myint Thein Abdus Salaam 2012) Islam tiba di Myanmar khususnya wilayah Arakan sejak abad pertama Hijrah iaitu melalui pedagang-pedagang Arab yang datang ke Akyab, ibu kota Aarakan melalui jalan laut untuk berniaga dan berdakwah (Izziah Suryani Arshad 2002). Masyarakat Islam mengambil masa yang agak lama untuk bertapak kukuh di Arakan. Walaupun mereka tiba di kawasan tersebut sejak akhir abad pertama, namun hanya pada abad ke lapan Hijrah barulah pengaruh mereka semakin kuat dan mampu menubuhkan negara Islam Arakan. Menurut Al-Kattani dalam penulisan (Izziah Suryani Arshad 2002), pembentukan negara Islam Arakan dikatakan bermula apabila seorang raja tempatan di Arakan telah disingkirkan daripada takhta oleh putera mahkotanya di bawah seorang pemerintah Islam. Akhirnya, raja yang berada dalam buangan itu memeluk Islam. Baginda kemudiannya mengambil semula takhta kerajaannya di Arakan (Huque Ahmad Shufiqul 1990). Penubuhan negara Islam pertama di Arakan dikatakan bermula di bawah pimpinan Sultan Sulaiman Shah pada 1430M. Semenjak itu,wilayah Arakan menjadi sebuah negara Islam yang merdeka selama 350 tahun dengan 48 orang sultan yang memerintah silih berganti sehinggalah ia dijajah oleh Burma pada 1784M.Penjajahan ini berterusan sehingga Arakan dijajah pula oleh British pada 1822M.
23 Masyarakat Islam di Myanmar terdiri daripada empat kumpulan utama iaitu Burman,Rakhine, Panthay dan Pashu. Setiap kumpulan utama ini mempunyai sub etnik yang tersendiri. Burman terdiri daripada tiga sub etnik iaitu Pathi, Myedu dan Zerbadee; kumpulan Rakhine terdiri daripada dua sub etnik iaitu Rohingya dan Kaman; kumpulan Panthay merupakan etnik Cina; manakala kumpulan Pashu merupakan etnik Melayu(Myint Thein Abdus Salaam 2012). Kumpulan etnik yang pelbagai di Myanmar ini mempunyai evolusi sejarah mereka yang tersendiri dan mereka juga mempunyai kestabilan komuniti yang baik, sama seperti etnik lain di Myanmar dan mereka juga turut mempunyai hak kerakyatan seperti penduduk yang lain. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh badan rasmi di Myanmar iaitu Ministry of Homeand Religious Affairs (1972), terdapat 144 kaum di Myanmar seperti Rakhine-Cittagong,Burmese Muslims, Rakhine-Kaman, Myedu dan Burmese-Chinese. Daripada 144 kaum ini, 6 kaum telah memperakui bahawa Islam merupakan agama anutan mereka. Oleh yang demikian, sejajar dengan perlembagaan Myanmar, mereka ini telah bersama-sama penduduk lain keluar mengundi untuk membentuk Constitution of the People Socialist Republic of the Union of Burma pada tahun 1974. Walau bagaimanapun, di bawah pemerintahan General NeWin yang terkenal dengan pemerintahan kuku besi parti yang diwakili beliau iaitu Burma Socialist Programme Party (BSPP) telah mengeluarkan nama kaum yang mengaku menganut Islam. Justeru dapat dilihat di sini bahawa, parti politik yang memerintah telah menafikan hak penganut Islam sebagai rakyat Myanmar sungguhpun hak-hak mereka termaktub di dalam perlembagaan. Selain daripada penindasan hak yang diterima oleh penganut Islam di Myanmar, dapat juga diperhatikan isu penganut Islam juga mempunyai perkaitan dengan faktor sejarah. Ketika pemerintahan British di era penjajahan mereka, dasar pecah dan perintah yang dipraktikkan telah menyemarakkan perasaan salah faham di antara kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti. Perasaan salah faham ini berlarutan sehingga Myanmar telah mendapatkan kemerdekaan daripada British apabila terdapat beberapa masyarakat Islam yang mewakili Muslim yang menggunakan senjata menuntut hak mereka daripada kumpulan majoriti yang mendominasi pentadbiran kerajaan. Masyarakat Islam telah menuntut daripada kerajaan agar hak-hak mereka tidak dinafikan dan seterusnya dapat mengekalkan identiti mereka. Kongres Burma Muslim telah berusaha untuk menyatukan penduduk di tanah besar (Burmese,majoriti) dan penduduk di kawasan sempadan (minoriti) dan sehinggalah kedua-dua kumpulan ini telah menandatangani Perjanjian Panglong pada tahun 1947 untuk membentuk sebuah negara. Walau bagaimanapun, penduduk minoriti iaitu Muslim seakan-akan tertipu dengan perjanjian ini walaupun mereka telah berkorban bersama-sama
24 penganut Buddha Yang mewakili kumpulan majoriti dalam pergerakan menuntut kemerdekaan daripada British.Selepas mencapai kemerdekaan, penganut Islam bukan sahaja secara beransur-ansur kehilangan hak kewarganegaraan mereka malahan identiti mereka turut semakin terhakis.Perkara ini terus berlaku sehingga kini di mana status kewarganegaraan penduduk minoriti penganut Islam dicurigai oleh pegawai-pegawai imigresen yang mendakwa kerakyatan mereka tidak memenuhi tuntutan undang-undang Burma Citizenship Law 1982 dan sebagai contoh etnik Rohingya di Rakhine yang sering dikaitkan dengan penduduk tanpa kerakyatan kerana mereka tidak layak menerima Kad Pendaftaran Negara dan seterusnya mereka telah dianggap sebagai pelarian di negara sendiri. Sejak keadaan ini berlaku, terdapat banyak salah faham tentang Islam dan penganut Islam oleh penduduk majoriti yang bukan Islam. Generasi baru penganut Buddha yang terdiri daripada penduduk awam dan mereka yang berpendidikan tinggi telah mempunyai satu persepsi yang berpandangan bahawa penganut Islam di Myanmar adalah ‘Kalas’ yang bermaksud orang asing atau ‘orang India yang tidak diingini’.Lantaran itu, kebanyakan penganut Islam di Myanmar telah mengaku bahawa mereka adalah berdarah campur agar mereka digelar sebagai Indian-Bamar, Pakistan-Bamar dan Bangladesh-Bamar supaya ia dicetak di kad pengenalan mereka. Meskipun mereka telah berjaya memalsukan latar belakang mereka, terdapat juga kes-kes di mana mereka gagal untuk mendapatkan kad pengenalan. Lebih-lebih lagi graduan universiti yang beragama Islam yang tidak memiliki kad pengenalan tidak dibenarkan untuk menerima ijazah mereka. Oleh yang demikian,mereka berhadapan dengan kesukaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan.Pertembungan antara kumpulan majoriti dan minoriti di Myanmar yang melibatkan isu agama di perhebatkan lagi dengan gerakan anti-Islam yang turut membawa rusuhan dan menyaksikan penganut Islam banyak kehilangan nyawa dan harta benda. Masjid, surau dan sekolah agama dimusnahkan dan juga naskhah-naskhah kitab suci Al-Quran. Penganut Islam yang cuba menghalang dan menentangkan gerakan anti-Islam ini telah dipenjarakan seperti di bandar-bandar utama iaitu Hin-tha-da dan Mandalay. Beberapa buah bandar di Rakhine telah diisytiharkan sebagai ‘Muslim free-zones’ oleh puak pelampau pada tahun 1983. Penganut Islam menghadapi kesukaran untuk melakukan perjalanan, melakukan aktiviti perniagaan dan ke sekolah memandangkan mereka tidak mempunyai kad pengenalan.
25 4.0 KESAN SITUASI PENINDASAN UMAT ISLAM KEPADA WANITA ISLAM Ramai masyarakat pada hari ini melihat bahawa agenda pembebasan wanita itu dimulakan oleh barat. Ramai juga yang melihat bahawa perjuangan hak kesamarataan dan kebebasan wanita hanya bermula pada abad yang ke 20. Sebenarnya, hak kebebasan wanita itu telah bermula sejak kedatangan Islam. Ia berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Sumber rujukan utama kepada hak-hak wanita dan kebebasan yang mereka miliki adalah al-Qur’ān dan al-Hadīth. Ini merupakan sumber rujukan Islam terhadap isu-isu wanita. i. Hak kemanusiaan Semenjak zaman permulaan Islam 14 kurun yang lalu, kedudukan wanita telah terbela.Islam mengangkat kedudukan wanita di mana mereka adalah sama dari sudut tanggungjawab dengan lelaki, iaitu untuk mentauhidkan Allah dan menyembah-Nya. Ini menunjukkan bahawa Islam tidak meletakkan limit kepada wanita untuk meningkatkan kedudukan moral mereka di sisi agama. Dalam masa yang sama, Islam turut mengiktiraf kedudukan yang setaraf di antara lelaki dan wanita. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman di dalam ayat pertama surah yang menyentuh khusus mengenai wanita, Surah al-Nisa’: ِهۦ ِ ِذي َت َسٓا َءلُو َن ب ٱلَّ ٱهَّللَ قُواْ َوٱتَّ َجااٗل َكِثيٗرا َوِن َسٓاٗءۚ ُهَما رِ ۡ َها َزۡو َج َها َوَب َّث ِمن ۡ َق ِمن ِحَدٖة َو َخلَ ٖس َو ٰ ۡ ف ِذي َخلََق ُكم ِّمن نَّ َرَّب ُكُم ٱلَّ قُواْ ا ُس ٱتَّ ُّي َها ٱلنَّ ٓ َأ َي ٰ ۡر َحا َمۚ َوٱَأۡل َّن َأۡل َعل َرِقيٗبا ١َۡ ي ُك ٱ َكا َن ۡم هَّللَ ِإ Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu(Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya(isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” Ayat ini menjelaskan lelaki dan wanita datang dari proses kejadian yang sama. Kerana itu, mereka mempunyai hak sama rata dari sudut kemanusiaan. Wanita bukan menjadi liabiliti kepada Islam. Wanita juga tidak menanggung sebarang dosa warisan, begitu juga lelaki. Ia tidak sepertimana kepercayaan sesetengah agama yang menganggap wanita sebagai
26 golongan yang tidak mempunyai kelebihan.Begitu juga, kedua-dua jenis gender tidak dianggap sebagai tuan di antara satu sama lain. Maknanya, kedua-dua gender adalah sama dari sudut hak kemanusiaan. ii. Hak kehidupan Islam membenarkan seseorang wanita itu untuk mendapatkan hak sivil. Ini termasuklah jaminan Islam terhadap hak kebebasan bersuara, kebebasan memilih, kebebasan berpendapat, dan sebagainya, berdasarkan kepada pencapaian individu wanita itu sendiri. Wanita juga mempunyai hak untuk memilih agamanya. Apabila dia memilih Islam, maka kebebasannya adalah tertakluk kepada ajaran agama tersebut. Allah berfirman: ِنۖ َراَه ِفي ٱلِّدي ِإكۡ ٓا Maksudnya: “Tidak ada paksaan di dalam agama.” (al-Baqarah, 2: 256) Di samping itu, wanita amat digalakkan untuk mengeluarkan pandangan serta menyumbang idea dan buah fikiran. Idea-idea yang bernas tida semestinya dating dari lelaki. Lebih-lebih lagi di dalam perkara yang melibatkan hal ehwal wanita secara langsung dan tidak langsung. Ada beberapa hadis yang boleh dijadikan contoh, di mana wanita bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, dan wanita itu meriwayatkan hadis tersebut, serta menyampaikannya kepada orang lain. Ini termasuklah urusan yang melibatkan perkara agama,ekonomi dan sosial. Sebuah hadis yang menunjukkan keaktifan wanita pada zaman Nabi SAW, ialah hadis yang disampaikan oleh Maimunah, seorang wanita yang berkhidmat kepada Nabi. Antara contoh lain bagi hak sivil wanita ialah mengenai perkahwinan dan nama. Wanita boleh memilih pasangannya. Mereka juga boleh menyatakan persetujuan atau tidak bersetuju ke atas lamaran seorang lelaki. Berbeza dengan amalan di barat, wanita Muslim yang berkahwin akan terus mengekalkan nama mereka tanpa perlu ditukar. Di barat, apabila seseorang wanita berkahwin, nama mereka akan disandarkan kepada nama suami mereka. Sebagai contoh,Wanita Muslim juga boleh menjadi saksi di dalam kes-kes perundangan. Persaksian mereka boleh diterima pakai. Malah, dalam perkara-perkara yang melibatkan urusan wanita, persaksian mereka adalah lebih kuat dan konklusif.
27 iii. Hak sosial Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan ke atas umat Islam, lelaki dan wanita. Ini termasuklah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Qur’ān, al-Hadīth serta ilmu-ilmu agama dan sosial yang lain.Tidak dinafikan bahawa lelaki dan wanita itu mempunyai kebolehan tertentu untuk belajar dan menuntut ilmu. Di atas kesedaran bahawa wanita Muslim juga mempunyai tanggungjawab dakwah amar makruf nahi mungkar, adalah menjadi suatu kewajipan bagi mereka untuk mempersiapkan diri dengan ilmu yang sesuai. Ia boleh dilakukan mengikut bakat tersendiri serta berdasarkan bidangbidang yang sesuai bagi mereka dalam menggerakkan dakwah. Islam membenarkan wanita untuk bekerja demi untuk kebaikan agama, masyarakat dan Negara. Bekerja di luar rumah dibenarkan selagi mereka tidak mengabaikan tanggungjawab utama sebagai isteri, membantu menyediakan keperluan suami, serta membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Dalam masa yang sama, Islam mengiktiraf perbezaan lelaki dan perempuan, terutama dari segi kekuatan fizikal. Justeru, sesetengah pekerjaan lebih sesuai untuk lelaki dan sesetengahnya lebih sesuai untuk wanita. Sebagai contoh, pekerjaan sebagai buruh kasar membina bangunan tinggi sudah tentu lebih sesuai untuk lelaki. Wanita boleh mengambil bahagian dari sudut perencanaan plan dan struktur bangunan itu (jurutera), bukan untuk menjadi pengikat batu-bata, pengendali kren atau pemasang cermin tebal bangunan tersebut. Ini tidak bermakna Islam menafikan sumbangan lelaki mahupun wanita di dalam pekerjaan. Apa yang ditekankan ialah kesesuaian sesuatu pekerjaan itu mengikut batasan jantina. Sudah tentu Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal di atas setiap pekerjaan yang mereka lakukan, walaupun kedua-dua jantina mungkin mempunyai pekerjaan yang sangat berbeza di antara satu sama lain. Yang penting ialah pekerjaan itu dilakukan dengan niat yang ikhlas mencari rezeki yang halal dan untuk manfaat agama, bangsa dan negara. Tetapi, pekerjaan yang haram tidak akan mendapat apa-apa ganjaran dari sudut pahala, malah ia hanyalah menambah dosa semata-mata. Pekerjaan seperti pelayan di kelab-kelab malam, pelacur, bekerja di kasino, kedai nombor ekor, pelayan restoran di hotel yang terlibat menyediakan arak, dan seumpamanya, perlulah dielakkan. Mengenai status sebagai isteri dan ibu, Nabi Muhammad menyebut secara jelas bahawa: Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Dalam penafsiran yang tidak sempit, hadis ini membawa maksud yang luas. Antaranya ia memberi gambaran bahawa kejayaan
28 seseorang dan kejayaan sesebuah masyarakat itu adalah bersandar kepada golongan wanita dan ibu. Mereka merupakan orang yang pertama dan paling berpengaruh ke atas seseorang dari pelbagai sudut, termasuklah keselamatan, budi pekerti dan latihan yang diterima daripada golongan ibu. iv. Hak berpolitik Islam memberi hak kepada wanita untuk berpolitik. Ini merupakan suatu keistimewaan yang telah diberi sejak lebih 1400 tahun yang lalu, di mana wanita mempunyai hak untuk mengundi memilih pemimpin. Dalam apa jua perkara umum, wanita berhak untuk mengeluarkan pandangan dan mengambil bahagian dalam politik. Salah satu contoh ialah sebuah kisah yang dirakamkan di dalam alQuran: ْيَنٗه ٍن َّيفَْترِ ُب ْهَتا ِ ِتْي َن ب ْأ َن اَْواَلَد ُه َّن َواَل َي لْ تُ َن َواَل َي ْزِنْي َن َواَل َيقْ قْ َشْيـًٔا َّواَل َي ْسرِ ِ هّٰلل ا ِ ْكَن ب ى اَ ْن اَّل ُي ْشرِ ٓ ٰ ْعَن َك َعل ِ ُت ُيَباي ُمْؤ ِمن ٰ َء َك الْ ۤ ا َجا ُّي ِاذَ ِ ب ُّي َها النَّ اَ ٓ ٰي ْو ٌر َّر ِحْيٌم َغفُ َ َ ِۗا َّن هّٰللا ُه َّن هّٰللا ْع ُه َّن َوا ْسَت ْغِف ْر لَ ِ َّن َواَل َي ْع ِصْيَن َك ِف ْي َمْع ُرْو ٍف َفَباي َّن َواَ ْر ُجلِهِ َبْي َن اَْيِدْيهِ 12. Wahai Nabi! Apabila perempuan-perempuan yang mukmin datang kepadamu untuk mengadakan bai‘at (janji setia), bahwa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Allah; tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Allah SWT menyatakan kepada Nabi Muhammad SAW bahawa sekiranya seorang wanita datang kepada baginda dan mengucap syahadah serta menerima Islam, maka baginda perlu menerima pengakuan wanita itu. Ini seterusnya membawa kepada pengukuhan hak wanita di dalam memilih pemimpin dan seterusnya membuat pengakuan rasmi mengenainya. Dapat dilihat di dalam sejarah Islam bahawa Abd al-Rahman Ibn Auf turut meminta pandangan daripada wanita sebelum dia memberi sokongan kepada Uthman Ibn Affan untuk menjadi khalifah. v. Hak ekonomi Allah SWT berfirman: َق َو َما َكَر َخلَ الذ ٓى َّ ٰ ث نْ َس ْعَي ۗى ُك َوا ِا َّن ْم اْلُ ٰ ۙ لَ َشتّ
29 Maksudnya: “Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); - Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.” (al-Lail, 3-4) Di dalam ayat ini, Allah mengisytiharkan bahawa Dia mencipta manusia itu berbeza di antara lelaki dan perempuan, dengan tugasan mereka yang unik, pergerakan mereka dan skil mereka yang berbeza di antara satu sama lain. Di dalam sebuah masyarakat, ada pembahagian tugas-tugas tertentu. Maka setiap individu mempunyai tanggungjawab dan peranannya yang tersendiri. Secara umum, Islam mengangkat kedudukan wanita dengan memberi kepercayaan di dalam tugas mendidik, manakala lelaki sebagai ketua yang menjaga keselamatan ahli keluarga. Justeru, wanita mempunyai hak untuk mendapat bantuan kewangan untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan. Malah, di dalam sebuah keluarga, wanita berhak untuk bertindak sebagai pengawal aliran kewangan. vi. Hak sebagai seorang isteri Allah SWT berfirman: َّيَتَف َّك ُرْو َن ٍ ٰي ٍت لَِّقْوم لِ َك اَلٰ ِۗا َّن ِف ْي ذ ٰ ْي َها َو َجَع َل َبْيَن ُكْم َّمَوَّدًة َّو َر ْح َمةً ا ِالَ ْوٓ ِس ُكْم اَ ْزَوا ًجا لَِّت ْس ُكنُ فُ َق لَ ُكْم ِّم ْن اَنْ ٰيِت ٖٓه اَ ْن َخلَ ٰ َو ِم ْن ا 21. Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir. Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa perkahwinan bukan semata-mata untuk memenuhi kehendak fizikal atau perasaan dihati. Tetapi perkahwinan merupakan tanda-tanda yang datangnya dari Pencipta. Ia merupakan hubungan berdasarkan hak dan tuntutan persefahaman bersama, berteraskan wahyu Ilahi. Allah menciptakan lelaki dan wanita sebagai pelengkap kepada kehendak-kehendak jiwa. Saluran untuk memenuhi kehendak-kehendak itu secara halal telah ditetapkan di dalam al-Qur’ān yang secara jelas memberi panduan ke arah membina keharmonian hubungan antara jantina yang dibenarkan Islam. Vii. Tanggungjawab isteri
30 Daripada hak-hak yang diberi ke atas isteri, maka lahirlah tanggungjawab. Oleh sebab itu, isteri mempunyai beberapa tanggungjawab utama ke atas suami. Allah SWT berfirman: ِء ۤ َسا اَل ِّر َجا ُل َقَّوا ُمْو َن َعلَى النِّ 34. Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (istri) Tanggungjawab isteri, antara lain ialah menjaga segala rahsia peribadi suaminya dan rahsia rumahtangga yang dibina. Perkara seperti hubungan intim atau masalah di dalam rumahtangga mungkin akan menjatuhkan maruah suami. Isteri perlu berhati-hati agar perkara dalaman rumah tangga ini tidak disebarluaskan kepada orang lain, seperti mana suami juga perlu menjaga rahsia-rahsia isteri. Isteri perlu berperanan menjaga harta-harta suaminya. Isteri mestilah mengawal selia keadaan rumah serta perkakas dalam rumah, pada tahap yang paling baik berdasarkan kemampuannya. Selain itu, isteri hendaklah bijak menguruskan hal dalaman keluarga secara bijak bagi mengelakkan kerugian dan pembaziran ke atas barang-barang yang tidak perlu. Perlu juga diketahui bahawa isteri tidak sepatutnya membenarkan sesiapa yang tidak disukai suami untuk masuk ke dalam rumah, dan tidak boleh membenarkan sesiapa yang tidak dikenali suami untuk ke rumah, tanpa izinnya terlebih dahulu. Begitu juga dalam hal berbelanja, isteri tidak seharusnya membeli sesuatu yang tidak mendapat izin suami.Sebagai seorang wanita Muslim sejati, isteri hendaklah menjalinkan kerjasama yang erat serta padu dengan suaminya.Ini penting demi mewujudkan keluarga idaman yang aman damai, berteraskan Islam. Secara prinsipnya, seorang wanita Muslim tidak perlu bekerjasama dengan lelaki yang tidak menyembah Allah, atau lebih tepat lelaki yang musyrik.
31 5.0 PANDANGAN SISI MUSLIMAT PAS 1) Umat islam wajib istiqamah (konsisten) menegakkan Islam yang sempurna tanpa paksaan terhadap pihak yang lain. 2) Islam merupakan agama yang membawa risalah sejagat, menjadi rahmat kepada seluruh alam. Konsep dan tujuannya tidak terikat dengan semangat kebangsaan dan dijadikan aqidah perjuangan namun tetap mengiktiraf peranan bangsa dalam perjuangannya. 3) Perkataan perkauman itu boleh membawa kepada negatif kerana membawa dasar dan konsep yang merosakkan hubungan kemanusiaan apabila melampaui sempadan ketetapan Allah, ketika manusia itu mencipta ketetapan sendiri dengan akhlaknya yang lemah tanpa keizinan Allah. 4) Islam mempunyai ajaran yang konsisten dalam aspek kehidupan bermasyarakat yang berkait dengan politik, ekonomi dan hubungan bermasyarakat yang berkait dengan politik , ekonomi dan hubungan bermasyarakat yang mewajibkan adil terhadap semua. Di mana perkara yang dinamakan agama, budaya dan adat resam tidak dipaksa, bahkan dihormati. 5) Al-Quran memerintahkan supaya umat Islam menjaga sensitiviti penganut agama lain yang boleh menimbulkan ketegangan , di samping membenarkan dialog secara bijaksana dengan hujah.
32 6.0 PENUTUP Kita semua hanya penyambung perjuangan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, dan bukan pemula kepada perjuangan ini. Kesukaran perjuangan Islam diibaratkan seperti menggenggam bara api, akan tetapi sesiapa yang bersabar dalam bahtera perjuangan ini, sesungguhnya pahala untuknya lebih besar daripada nikmat memiliki unta merah. Marilah kita berhenti mencipta alasan untuk bergiat dalam jemaah kerana kekurangan kita masing-masing. Ingatlah keberadaan kita adalah kerana Allah SWT, Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui kemampuan kita. Tidaklah Allah Taala memberikan taklifan kepada kita melebihi daripada kemampuan sebenar kita. Wanita Muslim telah diberi hak kebebasan semenjak dari awal kedatangan Islam pada awal kurun ke 7 Masihi. Kebanyakan wanita tidak merasakan kebebasan hak ini kerana kecelaruan pemikiran umat Islam sendiri yang tidak mendalami hal ini. Musuh Islam pula cuba memutarbelitkan isu ini untuk memperlihatkan betapa mundurnya umat Islam. Akibatnya, masyarakat dunia dimomokkan oleh para sarjana barat bahawa wanita Muslim tidak bebas,terkongkong, kahwin secara paksa dan sebagainya. Walaupun wanita Muslim digambarkan dengan gambaran yang tidak tepat oleh sesetengah pihak, mereka tidak dapat menafikan bahawa konsep kebebasan itu telah wujud seperti yang telah dihuraikan di atas. Jelas, Allah SWT memberikan kebebasan ini kepada wanita bagi memberi keseimbangan kepada masyarakat. Inilah keindahan Islam yang memberikan hak kepada wanita, meletakkan wanita pada kedudukannya yang tersendiri.