The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Atiqah, 2023-04-02 13:21:25

BAHASA ROJAK LEBIH KERAP DIGUNAKAN BERBANDING BAHASA MELAYU

BAHASA ROJAK LEBIH KERAP DIGUNAKAN BERBANDING BAHASA MELAYU BAKU CABARAN BAHASA ROJAK S e s i I I 2 0 2 2 / 2 0 2 3 ANCAMAN KELESTARIAN BAHASA MELAYU MASSA "you,you memang sangat cute, so stop lah being so cute" "cuba kau try!" "semalam i call u, u tak answer"


Isi kandungan prakata pengenalan contoh bahasa rojak sikap masyarakat 7 isu bahasa rojak punca penggunaan bahasa rojak kesan penggunaan bahasa rojak kaedah mengatasi pandangan tentang isu bahasa rojak kesimpulan 3 4 5-6 4 8 9-11 12 13 14 15 sumber rujukan 16


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat sekali lagi kita saksikan sebuah penerbitan E-folio Penghayatan Etika dan Peradaban yang berkaitan isu hangat yang berlaku di Malaysia sekarang ini iaitu berkaitan bahasa rojak. Isu ini menjadi satu masalah kerana ia memberi impak negatif kepada masyarakat dan generasi akan datang. Sebagai contoh, bahasa rojak ini telah merendahkan martabat bahasa Melayu kerana kebanyakan masyarakat telah selesa menggunakan bahasa rojak berbanding bahasa baku. Dengan adanya E-folio ini kami ingin membincangkan punca, kesan dan langkah berkaitan isu ini. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Nurul Asma Binti Effendi selaku pensyarah subjek Penghayatan Etika dan Peradaban yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam bantu menyiapkan tugasan E-folio ini. PRAKATA NURUL ATIQAH BT MOHD MAHDZIR (16DKM20F2002) 3 ANISATUL MARDZIAH BT MUHAMMAD ASRI (16DKM20F2010)


Bahasa Rojak telah dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang bertutur lebih daripada 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk telah mengguna pelbagai bahasa dalam perbualan antara mereka.Kamus Dewan Edisi Ketiga menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem yang melambangkan bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain). Bahasa rojak adalah campuran bahasa yang digunakan dalam percakapan masyarakat hari ini seperti gabungan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau bahasa yang lain. Ia dikenali sebagai bahasa rojak kerana rojak merupakan sejenis makanan yang bercampur dan bahasa yang digunakan kini juga bercampur bahasanya maka timbulah istilah bahasa rojak. Oleh itu, kebanyakan masyarakat di Malaysia terutamanya dalam kalangan generasi muda masa kini lebih gemar menggunakan bahasa rojak berbanding bahasa baku. Hal ini dikatakan demikian bahasa rojak ini lebih ramai gemar untuk guna kerana ia mudah dan selesa untuk digunakan ketika berkomunikasi dengan individu berbanding menggunakan bahasa baku. Bukan itu sahaja, bagi generai muda masa kini mereka beranggapan bahawa menggunakan bahasa baku ini adalah ketinggalan zaman. Disebabkan wujudnya bahasa rojak ini, maka bahasa baku sering diabaikan dan pepatah Melayu iaitu 'bahasa jiwa bangsa' juga kurang didengari. Pepatah ini telah melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi. PENGENALAN 4


BAHASA MELAYU DAN INGGERIS CONTOH JENIS BAHASA ROJAK CAMPUR PELBAGAI BAHASA 5 i) Hi you, nak makan sini ke nak tapau (bungkus)? ii) Jangan susah hati maa, lu punya boss mesti boleh kaw tim (tolak ansur) maa? iii) Yes, lu mau angkat apa?


You, you memang sangat cute So stop lah being so cute You buat I hanyut [Verse 1 - Harith Zazman] Kenapa you cute sangat Even bila muka ketat Mata budak budak semua melekat Siapa suruh you cute sangat She so cute so so fly Tengok muka you I lalai Quarantine got me feeling like Ay damn, bila boleh you jumpa I I know I’m cute call me gwiyomi Tapi jangan main jatuh cinta suka hati Tak makan kata puji, warning tengok jari Dia tangkap jari letak tangan ku di hati Boy you got me high (woo) Is that butterflies? Kamu lanun, pencuri hati Aku dilamun, sekali lagi (dang!) !Lagu tertular di media sosial yang berhubung kait dengan bahasa rojak! You, you memang sangat cute So stop lah being so cute You buat I hanyut Yeah You, you memang sangat cute So stop lah being so cute You buat I hanyut Bila I tengok muka you Rama-rama pun lalu I terus jadi kaku Tak sabar nak jumpa you You, you memang sangat cute So stop lah being so cute You buat I hanyut Yeah You, you memang sangat cute So stop lah being so cute You buat I hanyut You, you memang sangat cute So stop lah being so cute You buat I hanyut Yeah You, you memang sangat cute (Kau buat...) So stop lah being so cute (Kau buat...) You buat I hanyut (Hanyut...) You, you memang sangat cute So stop lah being so cute You buat I hanyut Yeah You, you memang sangat cute So stop lah being so cute You buat I hanyut You, you memang sangat cute So stop lah being so cute You buat I hanyut Harith Zazman, MFMF., LOCA B - Cute (Stop Lah Being So Cute) (lirik lagu/lyrics) posted by Fiffy on June 24, 2020 6 Reaksi masyarakat terhadap lagu cute


Sikap masyarakat yang tidak fasih berbahasa Melayu masih dipersoalkan Sikap masyarakat yang tidak fasih berbahasa Melayu masih dipersoalkan PESERTA Seminar Bahasa Melayu, Kerana Mulut Bahasa Binasa di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, RTM 6 November 2014 @ 8:33 pagiInstitut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak Seminar Bahasa Melayu, Kerana Mulut Bahasa Binasa Generasi muda yang kini popular dengan panggilan Gen-Y perlu menghayati bahasa Melayu (BM) demi menzahirkan rasa cintakan bahasa kebangsaan dan memastikan ia terus dimartabatkan. Sikap Gen-Y hari ini amat membimbangkan kerana mereka tidak mementingkan pelajaran BM dengan baik kecuali ketika di sekolah. Mereka juga tidak lagi mempelajari seni BM seperti pantun, carol, sajak dan puisi, sebaliknya seolah-olah telah dilupakan, kata Sastera Bahasa, Prof Madya Dr Lim Swee Tin. Tidak ramai golongan muda yang menggunakan BM dengan baik, apatah lagi untuk menghayati dan memahaminya supaya mahir dalam semua aspek bahasa. Beliau berkata demikian pada Seminar Bahasa Melayu, Kerana Mulut Bahasa Binasa di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPTAR) yang diadakan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, baru-baru ini. Penggunaan bahasa rojak dalam SMS. “Kita perlu menarik minat mereka dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk Gen-Y bukan sahaja di peringkat sekolah, malah semua lapisan masyarakat,” katanya. Berhubung isu Gen-Y lebih berminat dengan bahasa Rojak terutama menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS), beliau percaya tiada salahnya kes itu.Telefon bimbit memerlukan mereka menggunakan bahasa yang lebih ringkas dan tidak rasmi, tetapi yang lebih penting ialah bahasa yang betul untuk kegunaan rasmi.“Semua ini berlaku kerana peredaran zaman dan perubahan masyarakat dan zaman juga berubah, kerana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan hari ini contoh tidak sama. "Evolusi perubahan bahasa ini sedang berlaku dan pada hemat saya ia tidak menjadi satu kesilapan, namun kualiti BM tidak baik untuk golongan muda kerana pengaruhnya. Oleh sebab itu, perjuangan untuk maruah BM agar tidak luntur ditelan zaman,” katanya. Ketua Pegawai Jajaran Pejabat Pelaksana Pasukan Khas Kabinet Masyarakat India, Pejabat Perdana Menteri, Prof. 7


Isu Bahasa Rojak Dalam Aplikasi KERACUNAN AYAT BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL 8


““Aku rasa Amazing race lebih best dari explorace ni. At least Amazing race semua sama rata, clue dia lebih stright to the point.Cuma aku tak faham lah kenapa TV3 suka pengacara dia cakap rojak. Sekejap cakap English, sekejap cakap melayu. Kalau nak english buatlah english all thru the way". Itulah contoh bahasa rojak (bahasa campur antara Melayu dan Inggeris) yang telah menjadi virus di Malaysia. Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka penggunaan bahasa rojak telah pun berlaku hasil pertembungan bangsa dan budaya dalam kalangan pedagang dunia dengan penduduk tempatan di negeri Melaka. Pada umumnya, Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Sebagai contohnya, Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris. Pada masa sekarang,bahasa rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Penggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi oleh kerana para pengkaji bahasa menganggapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Oleh itu, punca-punca dan langkah-langkah mengatasi penggunaan bahasa rojak akan ditelusuri demi kepentingan bersama. 9


sikap penutur sendiri Punca perdana penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri. Hal ini demikian kerana, sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebatan mereka menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh sebab itu,mereka akan cuba melatih diri dalam kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan para pelajar sekolah di luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun tidak mempunyai kemahiran. Akhirnya,wujudlah fenomena penggunaan bahasa rojak dalam perbualan seharian. Mereka tidak berasa malu dan segan apabila bertutur menggunakan bahasa rojak, malah mereka berbangga kerana mereka beranggapan bahasa yang digunakan itu menunjukkan status mereka dalam masyarakat. Sejajar dengan perkembangan pesat dunia teknologi maklumat, bahasa rojak telah digunakan secara meluas dalam komunikasi melalui khidmatan pesanan ringkas (SMS) dan laman sesawang di Internet. Fenomena ini dikatakan salah satu faktor kelemahan penguasaan pelajar dalam subjek bahasa Malaysia, terutamanya dalam aspek penulisan. Kita sering mendapati pelajarpelajar selalu terbawa-bawa amalan penggunaan bahasa rojak dalam pergaulan seharian dalam penulisan karangan mereka disekolah. Bagi golongan pelajar yang masih di bangku sekolah ini, penggunaan bahasa rojak sangat meluas penggunaannya dalam hubungan mereka seharian termasuk dengan rakan sebaya, mungkin juga turut menular ketika berkomunikasi dengan ahli keluargadan sanaksaudara. Semasa berhubung menggunakan SMS dan bersembang menggunakan laman web sosial seperti Facebook dan Twitter mereka lebih suka menggunakan bahasa rojak yang lebih senang difahami dan ditulis serta menjimatkan masa. Tabiat ini dilakukan selama berjam-jam sehingga menjadi sebati dengan diri mereka. Natijahnya, pelajar cenderung menggunakan bahasalisan yang diringkaskan, malah ada yang mewujudkan istilah perkataan sendiri bagi tujuan kemudahan, penjimatan, dan juga gaya komunikasi. MEDIA SOSIAL 10


media massa Selain itu, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada permasalahan ini. Kebanyakan filem, drama, dan rancangan hiburan yang disiarkan di negara kita menonjolkan pelakon, pengacara dan peserta yang menggunakan bahasa rojak untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan bahasa rojak juga turut melibatkan golongan pemimpin dan tetamu-tetamu jemputan yang berprofil tinggi untuk mengulas tentang sesuatu isu. Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat mudah meniru dan akhirnya tidak segan silu menggunakan bahasa rojak apabila berkomunikasi. Tindakan penerbit dan pengarah filem yang cenderung menggambarkan golongan berada atau golongan atasan berkomunikasi menggunakan bahasa roja kuntuk menggambarkan status mereka dalam masyarakat meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton. Oleh sebab itu,fenomena penggunaan bahasa rojak semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat di negara kita. 11


1) Boleh menjejaskan pembelajaran di peringkat sekolah mahupun di institusi pendidikan yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan pelajar sering menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi dengan rakan mahupun guru. Disebabkan itulah, pelajar akan terbiasa menggunkannya dan tidak berminat untuk menggunakan bahasa baku sehingga mereka menghadapi kesukaran dalam menulis karangan. 2) Selain itu, bahasa rojak jugak telah menurunkan martabat bahasa Melayu kerana kurang penggunaannya. Sebagai contoh, masyarakat sentiasa menggunakan bahasa rojak di mana sahaja mereka berada tanpa ada rasa sedih yang bahasa baku sering diketepikan. "Sudah terang lagi bersuluh" menunjukan bahawa martabat bahasa Melayu semakin hari semakin hilang. KESAN PENGGUNAAN KESAN PENGGUNAAN KESAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK BAHASA ROJAK BAHASA ROJAK 12


KAEDAH MENGATASI PENGGUNAAN BAHASA ROJAK 1) Pihak sekolah dan masyarakat perlulah menujukkan teladan yang baik kepada pelajar terutamanya ketika berkomunikasi kerana generai muda ini mudah terpengaruh serta mempunyai sifat ingin mencuba. Oleh itu, jika masyarakat dan pihak sekolah melakukan perkara yang baik dan berkomunikasi menggunakan bahasa baku pasti mereka akan ikuti. 2) Selain itu, pihak berkuasa perlu memastikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, jalan, bangunan dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakannya papan iklan tidak mengunakan bahasa baku yang betul. Contohnya kesalahan dari segi ejaan, ayat dan sebagainya.Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka untuk mendidik anak-anak mereka penggunaan bahasa Melayu yang betul sejak kecil bak kata pepatah "melentur buluh biarla dari rebungmya". 13


PANDANGAN TENTANG ISU BAHASA ROJAK Pada pandangan kami berdua, kami menyatakan penggunaan bahasa rojak ini harus dimansuhkan. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa rojak ini memberi impak yang negatif kepada masyarakat dan negara. Disebabkan wujudnya bahasa rojak maka bahasa Melayu baku semakin dilupakan. Perkara ini terbukti kerana kami juga sering menggunakan bahasa rojak ketika berkomunikasi dan ada kalanya terlupa sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu baku. Oleh itu, pihak kerajaan dan pihak yang berkenaan dalam mencegah bahasa rojak perlu bekerjasama untuk menjalankan langkah yang pragmatik bagi menangani isu penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial.Usaha yang berterusan dan efisien akan menyebabkan bahasa yang telah diangkat martabatnya sebagai bahasa kebangsaan ini semakin dihormati dan penggunaannya dapat dibaiki dari semasa ke semasa. Jika tiada prakarsa daripada mana-mana pihak, maka pupuslah bahasa Melayu. Langkah untuk mengutamakan bahasa Melayu ini dilakukan agar generasi akan datang dapat merasakan keaslian dan ketulenan bahasa ibunda mereka yang selama ini diperjuangkan agar "tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas" 14 Bukti pandangan daripada pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,Kulim Berikut adalah bukti sokongan daripada pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim yang menyokong sepenuhnya tentang penggunaan bahasa rojak dalam percakapan harian. Hal ini demikian kerana, dengan menggunakan bahasa rojak ia dapat memudahkan pelajar untuk berkomunikasi antara satu sama lain.


Kesimpulan Penggunaan istilah bahasa rojak yang begitu popular digunakan dalam aplikasi media sosial haruslah dikawal dan dikurangkan. Ini bagi mengawal penyalahgunaan frasa atau maksud ayat tersebut di samping dapat mengekalkan ayat-ayat dalam bahasa melayu itu sendiri. Istilah-istilah baru yang muncul hanyalah lebih kepada budaya semasa sedangkan ianya masih merujuk kepada maksud yang sama terhadap sesuatu ayat tersebut. Kesedaran tentang memelihara bahasa kebangsaan juga perlu diperhebat dan diperkasakan terutamanya kepada generasi muda yang didapati banyak menggunakan istilah-istilah baru tersebut. Kempenkempen cintai bahasa kebangsaan perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memelihara bahasa kebangsaan ini. Kesimpulan BAHASA JIWA BANGSA 15


SUMBER RUJUKAN https://anyflip.com/ovwrw/dioe/basic https://www.scribd.com/document/184669360/Bahasa-Rojak# https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/04 /556670/bahasa-rojak-hilangkan-jiwa-bangsa https://pts.com.my/berita/bahasa-rojak https://hairiebmtutor.wordpress.com/sejarah-bahasamalaysia/bahasa-rojak/ 16 https://lyricsbyfitriahfiffy.blogspot.com/2020/06/harit h-zazman-mfmf-loca-b-cute-stop-lah.html http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2019-15-06-15.pdf https://www.academia.edu/42250001/Isu_isu_dan_Cadan gan_Penyelesaian_Penggunaan_Bahasa_Melayu_dalam_ Media_Sosial https://www.scribd.com/document/151266427/Fen omena-Penggunaan-Bahasa-Rojak


Click to View FlipBook Version