The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adz_candy2towers, 2021-06-29 02:25:01

KERJA KURSUS SEJARAH TG2

bab 5.2

Keywords: kerja kursus kajian kes

SEK MEN KEBANGSAAN SUNGAI ABONG
KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 2
TAHUN 2021

BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

NAMA : NURUL ALIYANA BINTI MAT SAJALI
KAD PENGENALAN :
TINGKATAN : 2 ARIF

DIMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR
MENGUMPUL MAKLUMAT
MERANCANG
MENGAPLIKASI
MEMBUAT REFLEKSI
BERKOMUNIKASI
ETIKA DAN KEROHANIAN
KESELURUHAN

PERAKUAN MURID
Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan grafik dan
gambar rajah yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan: ……………………………………………… PERAKUAN GKMP :
PERAKUAN GURU :

TANDATANGAN : ……………………………… TANDATANGAN : ……………………………
TARIKH : 13 / 06 / 2021 TARIKH : / / 2021

TEMA : KESULTANAN MELAYU MELAKA SEBAGAI ASAS KERAJAAN
TAJUK MASA KINI

: KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DALAM
ASPEK PERDAGANGAN

JADUAL KERJA

BIL TARIKH/ PERKARA T.TANGAN
HARI GURU

1. 04/7/2021 Menerima taklimat peringkat sekolah dari Ketua Panitia
Sejarah menerusi Google Meet

2. 05/7/2021 Membina PERNYATAAN MASALAH yang sesuai

Sistem perdagangan adalah merupakan faktor utama
kegemilangan sesebuah kerajaan. Buktikan.

3. 06/7/2021 Membuat PERSOALAN KAJIAN mengikut tajuk

(i) Huraikan latar belakang Kesultanan Melayu
Melaka.

(ii) Jelaskan ciri-ciri perdagangan Melayu Melaka.
(iii) Apakah bukti Kesultanan Melayu Melaka sebagai

sebuah negeri yang mempunyai sistem perdagangan
yang gemilang?
(iv) Jelaskan pandangan terhadap sistem ekonomi di
negara kita.
(v) Jelaskan langkah-langkah untuk memajukan sistem
ekonomi pada masa kini.
4. 07/7/2021 Mencari dan membuat KAJIAN LITERATUR melalui
pelbagai sumber sekurang-kurangnya 1 atau 2.

-Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan
dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, jurnal untuk
mendapatkan bahan penulisan.

5. 08/7/2021 Menentukan OBJEKTIF KAJIAN yang sesuai mengikut
tajuk sekurang-kurangnya 3 objektif.

i. Menjelaskan latar belakang pengasasan Kesultanan
Melayu Melaka.

ii. Mengenal pasti ciri-ciri perdagangan Kesultanan
Melayu Melaka yang gemilang.

iii. Menghuraikan langkah-langkah untuk memajukan
sistem ekonomi pada masa kini.

6. 11/7/2021 Menentukan KAEDAH KAJIAN yang digunakan
sekurang-kurangnya 3 kaedah

7. 13/7/2021 Melaksanakan LAPORAN KAJIAN dengan sumber yang
betul

8. 14/7/2021 Membuat RUMUSAN berdasarkan pengetahuan, nilai dan
harapan.

9. 15/7/2021 Membuat SUMBER RUJUKAN sekurang-kurangnya 3
sumber mengikut ‘Kaedah Kajian’

10. 16/7/2021 LAMPIRAN

1.0 PERNYATAAN MASALAH

Sistem perdagangan adalah merupakan faktor utama kegemilangan sesebuah kerajaan.
Buktikan.

1.1 PERSOALAN KAJIAN

(i) Huraikan latar belakang Kesultanan Melayu Melaka.
(ii) Jelaskan ciri-ciri perdagangan Melayu Melaka.
(iii) Apakah bukti Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah negeri yang mempunyai sistem

perdagangan yang gemilang?
(iv) Jelaskan pandangan terhadap sistem ekonomi di negara kita.
(v) Jelaskan langkah-langkah untuk memajukan sistem ekonomi pada masa kini.

2.0 KAJIAN LITERATUR

Kajian literature 1
Berdasarkan tinjauan kajian lepas,terdapat beberapa kajian yang menyentuh mengenai
tajuk ini.Menurut kajian yang telah dibuat oleh DR Mardiana binti Nordin dalam
jurnalnya yang bertajuk Kesultanan Melayu Melaka telah menjelaskan tentang
kepentingan Kesultanan Melayu Melaka. Artikel ini juga mengkaji tentang pengenalan
tentang sejarah Melayu Melaka sebelum merdeka.

Kajian literature 2
Seterusnya, hasil kajian yang dimuatkan oleh Zainal Abidin bin Abdul Wahid telah
menulis jurnalnya yang bertajuk Kerajaan Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa telah
menerangkan dengan terperinci mengenai tentang soal kemerdekaan dan kedaulatan
kita.Artikel ini juga menceritakan keadaan selepas Portugis telah menawan Melaka.Sultan
Melaka mengundur ke Muar,Pahang,Bentan,Kampar dan Johor Lama.Johor Lama juga
pernah menjadi pusat perniagaan yang besar semasa Melaka ditawan oleh Portugis
seketika dulu.Raja Kampar dan Raja Terengganu juga turut serta dalam memberikan
bantuan kepada Sultan Melaka di Johor Lama kerana menganggap raja yang memerintah di
Johor Lama adalah lanjutan untuk Melayu Melaka.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif kajian bagi tugasan Sejarah saya iaitu :

1. Menjelaskan latar belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka.
2. Mengenal pasti ciri-ciri perdagangan Kesultanan Melayu Melaka yang gemilang.
3. Menghuraikan langkah-langkah untuk memajukan sistem ekonomi pada masa kini.
4. Mengetahui bukti Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah negeri yang mempunyai

sistem perdagangan yang gemilang.
5. Memahami mengenai sistem ekonomi negara kita.
6. Mempelajari cara dan kaedah mencari maklumat dalam kajian sejarah.

4.0 KAEDAH KAJIAN

INTERNET

Selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini, internet adalah satu gerbang
limpahan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat. Melalui beberapa laman sesawang
saya dapat memuat turun bahan berkaitan kajian/ tugasan ini sebagai rujukan tambahan.

BIMBINGAN GURU MATA PELAJARAN SEJARAH

Tanpa bimbingan guru Sejarah saya iaitu Pn. Cik Lina Syed Azizi, sudah tentu saya tidak dapat
menyiapkan tugasan kajian yang telah diberikan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

BUKU ILMIAH SEJARAH TINGKATAN DUA
Dalam menyediakan tugasan ini juga saya tidak lupa untuk merujuk buku teks Sejarah Tingkatan
Dua dan bahan-bahan rujukan yang lain bagi memastikan fakta yang diperoleh tidak
bercanggah dengan peristiwa Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari aspek
perdagangan yang sebenar. Buku ilmiah lain mengenai sistem ekonomi Malaysia.
5.0 SUMBER RUJUKAN

Sumber Jurnal
Jebat 18 (1990) “ Kerajaan Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa” 71-87 Dr Mardiana
binti Nordin (2016) “Kesultanan Melayu Melaka”

6.0 LAPORAN KAJIAN

6. 1 PENGENALAN

Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400. Parameswara telah mengingkari
janji setianya kepada Maharaja Majapahit. Parameswara berusaha membebaskan
Palembang dari penguasaan kerajaan Majapahit. Tindakan ini telah menyebabkan Maharaja
Majapahit menghantar panglima perangnya untuk menghalau Parameswara dari
Palembang.

Parameswara telah melarikan diri ke Temasik, iaitu nama lama bagi Singapura bersama
pengikut dan ahli keluarganya. Pada waktu itu, Temasik diperintah oleh seorang Gabenor
Melayu dari Patani yang dilantik oleh raja siam bernama Temagi. Parameswara telah
membunuh gabenor itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah Singapura dan
pulau-pulau di sekelilingnya. Kejadian ini menimbulkan kemarahan kepada Siam.

Parameswara telah melarikan diri ke Muar sebelum Siam sempat menyerangnya dan
menetap di situ selama kira-kira dua tahun. Di Muar, Parameswara gagal menubuhkan
sebuah kerajaan di dua buah tempat iaitu di biawak Busuk dan Kota Buruk kerana diganggu
oleh kehadiran Biawak yang terlalu banyak dan peristiwa sebuah pondok yang tiba-tiba
runtuh. Baginda telah membawa pengikutnya ke suatu tempat yang bernama Sening Ujung
atau sekarang dikenali sebagai Sungai Ujung dan Bertam hingga akhirnya tiba di sebuah
perkampungan nelayan.

6.2 CIRI-CIRI PERDAGANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

6.3 BUKTI KESULTANAN MELAYU MELAKA SEBAGAI SEBUAH NEGERI YANG MEMPUNYAI
SISTEM PERDAGANGAN YANG GEMILANG.



6.4 PANDANGAN TERHADAP SISTEM EKONOMI DI NEGARA KITA
Malaysia berpotensi menjadi kuasa ekonomi dunia. Oleh itu, ramai pelabur asing

ternama melabur di Malaysia. Malaysia juga merupakan negara hab halal, hab elektronik, hab
perlancongan dan industri yang mampan. Hal yang demikian dapat mengukuhkan lagi sistem
ekonomi di negara kita.

Selain itu, nilai ringgit yang kukuh/stabil berbanding nilai mata wang lain di dunia.
Seterusnya, penggunaan teknologi termaju dalam bidang pembangunan ekonomi serta sosial.
Terdapat juga kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia seperti PWTC, KLIA, Putrajaya,
MSC, Litar Sepang dan sebagainya. Di samping itu Malaysia juga kaya dengan hasil bumi
seperti petroleum, kayu sebagainya. Ini dapat meningkatkan lagi ekonomi di negara kita.

Ekonomi Malaysia adalah yang ketiga terbesar di Asia Tenggara dan kedua puluh
sembilan di dunia oleh KDNK. Inflasi hanya 0.4% 11 dan kadar kemiskinan 3.5% menjadikan
Malaysia salah satu negara yang ekonominya berkembang pesat selepas krisis ekonomi 1998
yang menggegarkan Asia. Mata wang yang digunakan secara rasmi di seluruh Malaysia adalah
ringgit. Malaysia terkenal dengan hasil pertaniannya yang banyak, terutama dalam
pengeluaran getah dan minyak kelapa. Rakan eksport utamanya ialah China, Singapura,
Amerika Syarikat dan Thailand. Eksport adalah terutamanya dalam bidang peralatan
elektronik, gas asli cecair, kayu dan produk olahannya, getah dan tekstil. Malaysia berjaya
menduduki tempat kedua puluh satu untuk kategori perniagaan yang senang.

6.5 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMAJUKAN SISTEM EKONOMI PADA MASA KINI.
kerajaan perlu mengambil langkah bagi memastikan pertumbuhan sistem ekonomi berada pada
landasan yang kukuh, dengan melaksanakan strategi berikut.

• Pertama: Memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mapan
• Kedua: Meneruskan fiscal reform and consolidation
• Ketiga: Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina

semula infrastruktur yang terjejas seperti banjir.

Strategi Pertama

Memastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Seimbang, Inklusif Dan Mapan. Bagi merancakkan
eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut perlu diambil: Pertama,
mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau import-substitution seperti
perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini, bagi mengurangkan
kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barang dan perkhidmatan. Kedua,
menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada Majlis Eksport Kebangsaan (NEC) iaitu,
membantu pengeksport terutamanya perusahaaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mendapat
prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa
menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah,
Asia Barat dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah
program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program
promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara; Ketiga, menambah
baik 'last mile connectivity' ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan
sistem pengurusan trafik, bagi mempercepatkan pelaksanaan 'Logistik dan Fasilitasi Dagangan'.
Selain itu, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi
proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara;
Keempat, mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

Kelima, mengambil langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja
asing. Keenam, visa diberi secara percuma kepada pelancong antaranya dari China.

Selanjutnya, bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, kerajaan akan melaksanakan
inisiatif-inisiatif berikut: Pertama, memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1
yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk
melaksanakan kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir; Kedua,
mempergiatkan promosi pembelian barangan Buatan Malaysia; Ketiga, meningkatkan
kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara; Keempat,
mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan
yang kompetitif; dan Kelima, menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada
pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Seterusnya, dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, kerajaan akan:
menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 bilion kepada PKS dalam
Sektor perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum RM5 juta dan jaminan kerajaan 70
peratus; Kedua, menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara; Ketiga, mengurangkan
kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada 2015;
dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada 2015;

Keempat, memperuntukkan 30 peratus daripada perbelanjaan tahunan agensi kerajaan dan
GLC untuk perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan
Kelima, mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam
perolehan kerajaan.

Strategi Kedua - Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil kerajaan adalah: Pertama,
meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan
Kastam Diraja Malaysia (KDRM), bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan
menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak RM1 bilion. Kedua, meningkatkan

kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan kerajaan lain yang dapat
menyumbang tambahan hasil sebanyak RM400 juta.

Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, kerajaan akan: Pertama,
mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan
mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak RM1.6 bilion;
Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), dengan penjimatan RM400
juta bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik; Ketiga, mengkaji semula
pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah
Kerajaan, terutama yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi.
Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutama peralatan pejabat,
perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak RM300 juta.

Strategi Ketiga

Penyediaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula
Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir. Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan
oleh kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut: Kerajaan menyalurkan
peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta sebagai bantuan permulaan, atau 'initial
allocation' untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan
kepada tabung Majlis Keselamatan Negara (MKN), menjadikan jumlah keseluruhannya
sebanyak RM787 juta.

Secara keseluruhannya, strategi kerajaan itu tadi, adalah langkah proaktif untuk
melakukan penyesuaian atau 'adjustment', berikutan faktor luaran yang di luar kawalan.
Kerajaan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja. Ini adalah ikhtiar
kerajaan dalam terus membangun dan memakmurkan negara.

6.6 RUMUSAN

PENGETAHUAN
Melalui kerja kursus ini saya mendapati maklumat secara terperinci mengenai

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari aspek perdagangan. Selain itu, saya dapat
mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka.

NILAI DAN IKTIBAR
Kita mestilah mementingkan strategi yang berkesan kerana strategi yang berkesan amatlah

diperlukan bagi memastikan kelancaran sesuatu bidang. Strategi ekonomi/perdagangan perlu
diperkukuhkan lagi bagi memastikan sistem ekonomi negara semakin berkembang. Selain itu,
kita hendaklah mempunyai pentadbiran yang berkesan. Tidak dinafikan pentadbiran yang
berkesan amatlah penting dalam membentuk sistem ekonomi yang kukuh. Contohnya dalam
Kesultanan Melayu Melaka yang mementingkan peranan syahbandar dalam memastikan sistem
perdagangan yang sistematik selain merancang Undang-undang Laut Melaka.

Seterusnya, kita hendaklah mempunyai pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang
berwibawa boleh merancang strategi yang berkesan bagi memastikan kemajuan negara
semakin berkembang.

HARAPAN
Berdasarkan kajian yang saya telah lakukan, adalah penting untuk kita sebagai rakyat

Malaysia yang merdeka untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan Melayu
di tanah air suatu ketika dahulu. Melalui pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang
wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Selain itu, kemunculan
dan kelahiran negeri-negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini
mempunyai kedaulatan tersendiri. Generasi kini makin lupa betapa pentingnya pengetahuan
yang ditinggalkan kepada kita sejak dari zaman sejarah Kegemilangan Melaka. Memandangkan
subjek sejarah merupakan subjek yang wajib lulus, para pelajar hanya mempelajari untuk lulus
dan tidak memahami dengan mendalam. Oleh itu, generasi muda haruslah menghayati dan
menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.

SUMBER RUJUKAN

Sumber Jurnal
Jebat 18 (1990) “ Kerajaan Melaka Dalam Hubungan Antarabangsa” 71-87 Dr Mardiana binti
Nordin (2016) “Kesultanan Melayu Melaka”

LAMPIRAN







Kesultanan Melayu Melaka

Sejarah

• Pengasasan 1400
• Penaklukan Portugis 1511

Mata wang emas dan perak

Didahului oleh Diganti oleh

Kerajaan Kesultanan
Singapura Johor

Kesultanan
Perak

Kesultanan
Pahang

Portugis
Melaka

Hari ini sebahagian daripada Malaysia

Indonesia

Singapura

Kesultanan Melayu Melaka (‫ )كسلطانن ملايو ملاک‬adalah sebuah kerajaan melayu yang
terkenal dan termasyhur di asia tenggara. Kerajaan ini diasaskan oleh seorang Putera
Srivijaya yang berasal dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga
tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah
pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama
Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar
Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad
sehingga lah apabila Kesultanan Melaka tewas di tangan penjajah
Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque yang meyerang Melaka pada 1511. Sultan
Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.[2] Pada 1528,
seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan
Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Pengasas dan Pengasasan Melaka

Rencana utama: Parameswara

Menurut Sejarah Melayu, Parameswara dari Palembang yang berasal daripada
keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya
dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan
kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai
Raja Singapura oleh satu utusan daripada Maharaja China pada tahun 1366. Baginda
secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana.
Batara Sri Tri Buana yang bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia"
melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek.
Terdapat tiga orang lagi Raja daripada keturunan baginda yang memerintah Singapura
iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma
(1386 – 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 – 1401).
Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara
yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke
pantai barat Semenanjung Tanah Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.[3][4]

Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang
menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara
Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani").
Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil
Raja Siam (bernama Temagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu
pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak
Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai
barat Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565,
angkatan Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak
terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal

kerana kubu pertahanan yang cuba didirikan mereka runtuh dengan serta merta.
Kemudian, Parameswara berpindah ke Sening Ujong (nama lama bagi Sungai Ujong).
Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan
kemudiannya beliau tiba di muara Sungai Bertam (nama lama bagi Sungai Melaka).
Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami kawasan itu dan mereka meminta
Parameswara menjadi Raja.[5] Parameswara merasakan kedudukan tempat itu amat
baik untuk didirikan kerajaan. Tempat itu berhampiran dengan laut yang menjadi laluan
kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh. Selain itu, bentuk muka bumi
yang berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan
mengawal Selat Melaka. Pokok Bakau dan Api-api boleh dijadikan benteng semula
jadi. Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara
sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.

Semasa Parameswara sedang berehat di bawah pohon Melaka, Parameswara telah
melihat peristiwa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk. Peristiwa ini
dianggap luar biasa kerana seekor pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing.
Oleh itu, Parameswara memilih untuk mendirikan sebuah kerajaan. Parameswara
menamakan tempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda
sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan seorang puteri [[Pasai.
Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka
lawatan beliau untuk meneroka dunia.[perlu rujukan] Pada 1411, Parameswara telah membuat
pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang
untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf
Parameswara sebagai raja Melaka.[perlu rujukan]

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang
terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka
merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada
negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Keadaan ini dapat
digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata :

Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju
adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan
Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain
dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula.
Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka,
berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng syui yang terbaik pada masa itu.

Perkembangan Melaka

Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat Sultan Melaka Tempoh
pada tahun 1414 dan diwarisi oleh memerintah
anaknya, Megat Iskandar Shah (1414–1424),
Baginda kemudian digantikan dengan putera Parameswara 1400 – 1414
baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya (Raja Iskandar Shah)
mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah,
Melaka" (1424–1444). Pada kemangkatannya Megat Iskandar Shah 1414 – 1424
dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera
bongsunya daripada isteri kedua baginda, Puteri Sultan Muhammad Shah, 1424 – 1444
Rokan, iaitu Raja Ibrahim. Disebabkan mukhriz Melaka
aka sob sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri
Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju Sultan Abu Syahid 1444 – 1446
dan telah membunuh Raja Ibrahim dan
dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid". Sultan Muzaffar Shah 1446 – 1456

Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri Sultan Mansur Shah 1456 – 1477
pertama Tun Wati, menaiki takhta pada
tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Sultan Alauddin Riayat 1477 – 1488
Muzaffar Syah" (1445–1456) menaiki takhta dan Shah
mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi
negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511
oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti
Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar
penduduk Asia Tenggara pada ketika itu
beragama Hindu.

Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat
dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama pada tahun 1445 diketuai oleh Awi
Chakra melalui darat tidak jauh dari Muar tetapi ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun
Hamzah (Tok Bongkok). Serangan kedua pihak Siam pada tahun 1456 diketuai oleh
Awi Dichu melalui laut dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka
dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba
untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara
dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan
dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka kepada mercu
kekuasaannya di Kepulauan Melayu

Hubungan dengan negara China

Antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka adalah kerana Melaka
mempunyai hubungan yang rapat dengan Dinasti Ming di negara China. Armada Ming
berperanan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang sebelumnya sering
diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut.[6] Di bawah perlindungan Ming,
Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Malaya
yang tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthiya. Hubungan diplomatik antara
Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada

tahun 1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan
1409. Parameswara memohon perlindungan daripada China. Melaka bersetuju menjadi
negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah
mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda
pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke
China.[7]

Berdasarkan Sulalatus Salatin, kerajaan ini merupakan kelanjutan daripada Kerajaan
Melayu di Singapura yang mana serangan Jawa dan Siam kemudiannya menyebabkan
pusat pemerintahan berpindah ke Melaka. Dinasti
Ming mencatat Parameswara sebagai pendiri Melaka mengunjungi maharaja Yongle
di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah
kedaulatannya.[8] Sebagai balasan upeti yang diberikan, maharaja China menyetujui
untuk memberikan perlindungan kepada Melaka.[9] Ada tercatat bahawa sehingga 29
kali utusan Melaka mengunjungi maharaja China.[10]

Kegemilangan Kesultanan Melaka

"Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar
Melaka ketika itu". [nb 1]

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 – 1477) menaiki takhta. Disebabkan
kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting
bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja
China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan
Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke
negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-
sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya
kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur antara pendatang
Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai
orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak
kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian
besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.
Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh
Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi
kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Pentadbiran yang sistematik

Bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah mengadakan
satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat
Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang
menjadi pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam sistem pentadbiran ini, sultan
mengetuai teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang

dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Berempat dibantu oleh Pembesar
Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

Kejayaan Melaka

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru
menggantikan Srivijaya pada abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan
yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat.
Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf
dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya
merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat
perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan
perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih
tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk
mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan
kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di
bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan
daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut
ialah Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela
datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’
dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti
kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali
berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan,
menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal
ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam
perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.

Wilayah Kesultanan Melaka sangatlah luas iaitu merangkumi keseluruhan semenanjung
Tanah Melayu dan juga pantai timur Sumatera. Antara wilayah kesultanan Melaka di
Semenanjung Tanah Melayu ialah Kedah,Patani,Perak,Pahang, Terengganu,Johor.
Manakala wilayah Kesultanan Melaka diSumatera pula ialah
Aru,Rokan,Siak,Kampar,Indrageri dan Jambi. Kesultanan Melaka turut menguasai
Kepulauan Riau,Natuna dan semua pulau disekitarnya. Wilayah-wilayah ini diperoleh
melalui peperangan, naungan serta perkahwinan.

Pengunaan laluan maritim Pantai Timur Tanah Melayu menjadi bertambah penting
ketika zaman keagungan perdagangan maritim bermula abad ke-14 hinggalah abad
ke-16.[11]

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah entreport baru dapat dilihat
dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan,
menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan
juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat
lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka
adalah berlainan daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi

asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakkan seluruh kegiatan
pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

Kejatuhan Kota Melaka

Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai
kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.
Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan
Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami
rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi
beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat
Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu, baginda menaiki takhta ketika
masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah
empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal daripada Angkatan
diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di
Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-
orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri di
samping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya
orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak
kapalnya ditahan.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari Goa, India diketuai
oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa
permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh
Sultan Mahmud Shah. Permintaan-permintaannya ialah pembebasan semua tawanan-
tawanan Portugis, meminta agar Sultan Melaka membayar ganti rugi dan izin untuk
mendirikan kubu pertahanan di Melaka, A Famosa. Selepas 10 hari mengepung, pihak
Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Kekalahan Melaka adalah
disebabkan maklumat kekuatan pertahanan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol.
Sultan Ahmad Shah, ayahandanya Sultan Mahmud Shah dan pengikut mereka telah
berundur ke Muar dan kemudian ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam
percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.

Maka dengan itu,jatuhlah ibu kota Kesultanan Melaka iaitu Kota Melaka kepada
penjajah Portugis. Portugis berjaya menakluki Kota Melaka. Namun kesultanan Melaka
tidak runtuh disitu, hanya ibu kota Kesultanan Melaka sahaja yang ditakhluk oleh
Portugis, wilayah Kesultanan Melaka yang lain kekal dibawah kekuasaan Kesultanan
Melaka. Walaubagaimanapun, Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah
tidak berputus asa. Baginda berusaha untuk menawan semula kota Melaka dan
menghalau penjajah portugis dari Kota Melaka.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan
mengasaskan Kesultanan Johor selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat
dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang

terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan
kesetiaan daripada kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih
menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan
berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya
mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan
makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar dengan
ketuanya Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud
Shah berundur ke Kampar, Sumatera.Dengan itu berakhirlah Kesultanan Melaka pada
tahun 1526 setelah ibu kota Melaka yang kedua iaitu Bentan dimusnahkan oleh
Portugis. Berakhirlah Kesultanan Melaka, Kerajaan melayu yang agung dan gemilang.
Ia bertahan selama lebih 100 tahun lamanya. Walaubagaimanapun
anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai
sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-
18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah,
dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau
mengasaskan Kesultanan Perak.

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1528.


Click to View FlipBook Version