The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tarinabalqis, 2021-07-21 11:06:59

leftenan Adnan

leftenan Adnan

LEFTENAN
ADNAN WIRA

BANGSA

OLEH : AZRINA ANUAR

SINOPSIS

2

STANDARD
PEMBELAJARAN

4.1.1 (KA)
Memahami dan mengapresiasi karya prosa
moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respons peribadi yang sesuai
terhadap karya.

3

OBJEKTIF

Menulis jawapan yang lengkap
tentang soalan novel yang
diberikan.

4

KRITERIA
KEJAYAAN

1.Menjawab soalan pemahaman novel.
2.Melengkapkan sinopsis novel dengan jawapan
yang tepat bagi menunjukkan kefahaman terhadap
novel yang dibaca.

5

SINOPSIS

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
mengisahkan perjuangan anak Melayu, iaitu
Leftenan Adnan dalam mempertahankan Tanah
Melayu daripada pihak Jepun. Pak Saidi telah
menghantar kesemua anaknya ke sekolah
Inggeris walaupun mendapat halangan dan
tohmahan daripada penduduk kampung.Anak
Pak Saidi dan Mak Milah telah bercita-cita
menjadi askar sejak kecil lagi. Apabila tamat
persekolahan di sekolah Inggeris, Adnan
menjadi guru pelatih di Kampung Sungai
Ramal. Walaupun dia telah menjadi guru
pelatih, cita-citanya tidak pernah pudar.

SINOPSIS

Ketika dia menjadi tenaga pengajar, dia
mendapat berita bahawa Askar Melayu Diraja
diperlukan. Pak Saidi menyokong cita-cita
anaknya itu, malah dua orang adik Adnan, iaitu
Ahmad dan Amarullah turut menjadi askar. Mak
Milah yang pada mulanya tidak bersetuju
akhirnya akur dengan cita-cita Adnan. Akhirnya,
Adnan dan kawannya, Mamat terpilih dalam
menyertai askar. Mereka telah menjalani
latihan selama setahun di Port Dickson.

SINOPSIS

Adnan juga dikejutkan dengan berita
pertunangannya dengan Sophia apabila pulang
ke kampung halaman untuk bercuti. Adnan
terkilan dengan keputusan Pak Saidi dan Mak
Milah yang tidak berbincang dengannya
terlebih dahulu malah perkahwinan yang diatur
juga seminggu daripada tarikh kepulangannya.
Oleh itu, dia tidak dapat berbuat apa-apa dan
patuh akan keputusan Pak Saidi dan Mak
Milah.

SINOPSIS

Adnan kembali ke bukit Candu untuk melaksanakan
tugasnya selepas perkahwinan tersebut, isterinya
ditinggalkan di kampung halaman bersama-sama ibunya
kerana masih tiada kemudahan untuk dia dan isteri tinggal
sekali. Beberapa lama berpisah, Adnan telah membawa
Sophia dan anaknya tinggal sekali ketika dia bertugas di
Pasir Panjang oleh sebab kemudahan seperti rumah telah
disediakan untuk pegawai. Leftenan Adnan dan Sophia
sempat tinggal selama setahun di bawah satu bumbung.
Hal ini demikian, ada ura-ura Jepun ingin menyerang
Singapura seterusnya menjajah Tanah Melayu. Oleh itu,
Sophia dihantar pulang ke kampung halaman demi
keselamatan anak-anak dan isterinya.

SINOPSIS

Episod getir bermula apabila Leftenan Adnan dan rakan
seperjuangan berhadapan dengan serangan Jepun. Mereka
menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang
tinggi sehingga ke titisan darah yang terakhir.Tentera Jepun
mengikat Leftenan Adnan yang cedera dan
menggantungkannya pada pokok ceri. Leftenan Renya
Mutuguchi mengambil bayonet lalu menikam perut Leftenan
Adnan. Kematian Leftenan Adnan masih belum memuaskan
hati Jeneral Yamashita.Hal ini kerana adiknya terkorban di
tangan Leftenan Adnan.Pak saidi telah diarahkan memasuki
trak Jepun. Pak saidi sempat membunuh beberapa askar
Jepun yang mengirinya hanya menggunakan keris sebelum
beliau ditembak mati. Keberanian Pak Saidi mendapat pujian
daripada penduduk Sungai Ramal. Mereka menganggap
Pak Saidi sebagai wira.

TEMA

11

TEMA CONTOH

Keberanian dan keperwiraan anak Leftenan Adnan sanggup
muda dalam usaha untuk meninggalkan kerjayanya
mempertahankan Tanah Melayu sebagai seorang guru pelatih
daripada dijajah oleh orang asing. dan berusaha melunaskan cita-
citanya sejak kecil yang ingin
menjadi askar. Novel ini turut
memaparkan perjuangan
askar-askar Melayu lain yang
turut bersama-sama Leftenan
Adnan mematahkan serangan
Jepun ke atas Tanah Melayu.

12

PERSOALAN

13

PERSOALAN PERSOALAN

• Persoalan semangat cinta akan negara - • Persoalan pandangan jauh seorang ketua
Leftenan Adnan sangat cinta akan negara dan keluarga - Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi
memohon untuk menjadi tentera apabila berpandangan jauh sehingga sanggup menyekolahkan
mendapat tahu Askar Melayu Diraja Leftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-
diperlukan. Beliau menghadiri temu duga anak Melayu lain bersekolah pondok. Pak Saidi
bersama-sama Mamat di Port Dickson. sanggup melakukan apa-apa sahaja seperti membeli
Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru basikal untuk Leftenan Adnan agar mudah pergi ke
sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki sekolah walaupun terpaksa berhutang.
bidang ketenteraan demi berjuang
mempertahankan tanah air. • Persoalan kebijaksanaan menggunakan taktik dalam
peperangan - Leftenan Adnan bijak membaca helah
• Persoalan pengorbanan seorang isteri - tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar
Sophia sanggup berkorban apabila perlu sebagai askar India dengan memakai turban ketika
berpisah dengan suaminya, Leftenan Adnan cuba menyerang askar Melayu.
yang berkhidmat di Pasir Panjang. Sophia
taat akan suaminya yang mengarahkan
pulang ke kampung halaman walaupun
hatinya berasa sedih untuk berjauhan dengan
suaminya itu kerana meraka baru sahaja
tinggal bersama-sama di Singapura.

WATAK DAN
PERWATAKAN

15

WATAK DAN PERWATAKAN

FIZIKAL WATAK UTAMA- LEFTENAN ADNAN Semangat Patriotik yang tinggi

Seorang yang bijak

• Dilahirkan di kampung • Leftenan Adnan bijak • Leftenan Adnan sanggup
Sungai Ramal, Kajang, mengesan helah melepaskan jawatan sebagai
Selangor dan mendapat tentera Jepun yang guru pelatih dan memohon
pendidikan di sekolah menyamar sebagai untuk menjadi tentera apabila
Inggeris pekan Sungai tentera India yang mendapat tahu ad jawatan
Ramal. memakai turban ketika Askar Melayu diRaja.. Beliau
menyerang askar menghadiri temu tuga
• Anak sulung daripada tiga Melayu di Pasir bersama-sama Mamat di Port
orang adik beradik. Panjang. Dickson bagi menyertai askar
Bapanya bernama Pak Melayu Diraja. Leftenan
Saidi dan ibunya bernama Adnan menjadikan semangat
Mak Milah. pejuang tokoh terdahulu
seperti Maharajalela, Tok
• Pernah menjadi guru Gajah, dan Mat Kilau yang
pelatih sebelum memasuki sanggup berjuang untuk
bidang ketenteraan yang negara sebagai suri teladan.
bertempat di Kem Latihan
Haig Lines Port Dickson.

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA- LEFTENAN ADNAN Seorang yang berani

Seorang yang penyayang

SEORANG YANG RAJIN • Leftenan Adnan sangat • Leftenan Adnan merupakan
sayang akan isterinya seorang anggota tentera
• Leftenan Adnan rajin dan berasa sayu ketika yang memiliki keberanian
membantu ayahnya di ingin meninggalkannya yang luar biasa apabila tidak
sawah dan menoreh di Sungai Ramal gentar berhadapan dengan
getah pada setiap pagi sebelum dia berangkat tentera Jepun yang cuba
bagi membantu ke Singapura untuk menakluk Tanah Melayu
meringankan beban berjuang menyekat walaupun ramai daripada
yang ditanggung oleh kemaraan Jepun. pasukan terkorban. Selain itu,
ayahnya walaupun Leftenan Adnan merupakan
baru berusia 10 tahun. seorang yang berani
mencuba sesuatu yang
baharu. Buktinya, Lertenan
Adnan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk
menyertai pertandingan
pidato bahasa Inggeris yang
diumumkan oleh cikgu Nazri.

LATIHAN

18

FIZIKAL WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK SAMPINGAN- SOPHIA

• Nama sebenarnya ialah Seorang yang penyayang Seorang yang taat

Sophia Pakih Muda. • Seorang yang sangat • Sophia taat akan
sayang akan suaminya yang
• Isteri kepada Leftenan suaminya. Sophia mengarahkan
menangis ketika pulang ke kampung
Adnan dan mempunyai dua hendak berpisah halaman walaupun
dengan Leftenan hatinya berasa
orang anak, iaitu Zainuddin Adnan sebelum sedih untuk
berlepas ke Singapura. berjauhan dengan
dan Mokhtar. Selain itu, Sofea suaminya itu
mengutuskan sepucuk kerana meraka
• Seorang guru di sekolah surat kepada suaminya baru sahaja tinggal
Leftenan Adnan yang bersama-sama di
Sungai Ramal sebelum bertugas sebagai Singapura
seorang tentera di
berkahwin dan selepas Singapura untuk
meluahkan rasa rindu
kematian suaminya. Sophia akan suaminya itu.

juga mengajar kanak-kanak

Singapura tentang

kemahiran membaca dan

menulis kerana dia berasa

bosan tidak melakukan

sebarang kerja berbanding

ketika dia menetap di Tanah

Melayu.

FIZIKAL WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK SAMPINGAN- PAK SAIDI Seorang yang
bertanggungjawab
• Tinggal di Kampung Seorang yang berani
Sungai Ramal • Pak Saidi sangat sayang
• Pak Saidi berani dan akan anak-anaknya, iaitu
• Bekerja sebagai tidak gentar menentang memberikan pendidikan yang
pesawah tentera Jepun. Ketika terbaik buat mereka sehingga
persengketaan antara sanggup melakukan apa-apa
• Isteri bernama Mak dia dengan Jepun, Pak sahaja seperti membeli
Milah dan Saidi telah membunuh basikal untuk Leftenan Adnan
mempunyai tiga beberapa orang tentera agar mudah pergi ke sekolah
orang anak lelaki iaitu Jepun dengan walaupun terpaksa
Adnan, Ahmad dan menggunakan sebilah berhutang. Selain itu, Pak
Amarullah. keris pusaka Saidi mengayuh basikal
peninggalan ayahnya, setiap pagi menghantar
Berpandangan jauh namun Pak Saidi telah Adnan ke sekolah Inggeris
• Pak Saidi berpandangan jauh dibunuh oleh Jepun. sebelum pergi ke sawah dan
menjemputnya balik pada
apabila menghantar anaknya waktu tengahari.
bersekolah di sekolah Inggeris
berbanding sekolah pondok
kerana dia berfikiran jauh
bahawa anaknya akan
mendapat pendidikan yang
berbeza, tambahan lagi ilmu
agama sudah diajar sejak
anak-anaknya kecil.

LATAR
TEMPAT

21

LATARTEMPAT

Gambaran tentang tempat berlakunya sesuatu peristiwa

Kampung Sungai Ramal Rumah Pak Saidi Kem Latihan Haig Lines
Port Dickson
Peristiwa Peristiwa
Peristiwa
Tempat kelahiran dan Tempat Mak Milah menceritakan
tempat Leftenan Adnan kisah-kisan pahlawan Melayu serta Tempat Leftenan Adnan
dan adik-adiknya pahlawan Islam kepada Adnan dan Mamat menjalani
membesar . sehingga Adnan berangan-angan latihan ketenteraan.
dan membawa kisah tersebut ke
dalam mimpi dia menjadi pahlawan

22

LATAR TEMPAT

Gambaran tentang tempat berlakunya sesuatu peristiwa

Pasir Panjang Bukit Candu Alexandria

Peristiwa Peristiwa Peristiwa

Kompeni C di bawah Leftenan Adnan terkorban dan Benteng terakhir tentera
pimpinan Leftenan Adnan mayatnya digantung di dahan British yang diserang
memberi tentangan hebat pokok ceri. Mayatnya digantung oleh tentera Jepun.
dengan kepala ke bawah dan
terhadap tentera Jepun ditikam bertalu-talu oleh tentera
sehingga tentera Jepun Jepun.
terpaksa berundur - Askar

Melayu berjaya
mengalahkan tentera
Jepun pimpinan Leftenan

Renya Mutuguchi.

23

LATIHAN a
+
Lengkapkan sinopsis www.contoso.com
yang diberi dengan
jawapan yang sesuai 24

Amerika Syarikat askar Bukit Candu pendidikan
Bersawah padi Ustaz Ridzwan
Jeneral Tomoyuki Leftenan Adnan
Yamashita Jepun Singapura

berkahwin Port Dikcson

Sejak kecil, Adnan bercita-cita untuk
menjadi seorang (1)___a_s_k_a_r______bagi

mempertahankan negara. Adnan seorang yag

rajin mengikut ayahnya pergi menoreh getah dan a
+
(2)_b_e_r_s_a_w__a_h_p_a_d_i. Pak Saidi yang
mementingkan (3)__p_e_n__d_id_i_k_a_n__telah 25

menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris.

Amerika Syarikat askar Bukit Candu pendidikan
Bersawah padi Ustaz Ridzwan
Jeneral Tomoyuki Leftenan Adnan
Yamashita Jepun Singapura

berkahwin Port Dikcson

Adnan menjadi guru sementara dan a
mengajar di kampungnya. Apabila mengetahui +
tentang pencarian askar Melayu, dia telah pergi
ke (4)__P_o_rt_D__ic_k_so_n___bersama-sama tiga orang 26
rakannya dan akhirnya Adnan berjaya mendapat
tawaran menjadi askar Melayu. Adnan telah
berkhidmat sehingga mendapat gelaran
(5)__L_e_ft_e_n_a_n_A_d_n_a_n_.

Amerika Syarikat askar Bukit Candu pendidikan
Leftenan Adnan Bersawah padi Ustaz Ridzwan
Jeneral Tomoyuki
Yamashita Port Dikcson Jepun Singapura

berkahwin

Semasa mengetahui Jepun akan menyerang ,

Leftenan Adnan diarahkan bertugas ke

(6)__S_in_g_a_p_u_r_a__. Serangan askar (7)__J_e_p_u_n___yang

dipimpin oleh (8)_Je_n_e_ra_l_To_m_o_y_u_ki_Y_a_m_ashita telah

mencederakan kaki Leftenan Adnan. Walaupun begitu, a
dia tetap berusaha mempertahankan (9)_B_u_k_i_t_C_a_n_d_u_. +

Namun, Leftenan Adnan mati kerana ditikam oleh 27

tentera Jepun sehingga mayatnya hancur. Jepun

menyerah kalah setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom

oleh (10)__A_m__e_ri_ka__Sy_a_rikat

Amerika Syarikat askar Bukit Candu pendidikan
Leftenan Adnan Bersawah padi Ustaz Ridzwan
Jeneral Tomoyuki
Yamashita Port Dikcson Jepun Singapura

berkahwin

Selepas beberapa tahun kematian Leftenan a
Adnan, Sophia Haji Pakih bertemu jodoh dengan +
(11)__U_st_a_z _Ri_d_zw_a_n__dan akhirnya mereka
(12)__b_e_rk_a_h_w__in___. Mereka hidup bahagia.
Beberapa tahun kemudian, Sophia meninggal
dunia kerana menghidapi penyakit leukemia.

28

LATIHAN a
+
Berdasarkan novel Leftenan www.contoso.com
Adnan nyatakan peristiwa
29
yang menggambarkan
persoalan tentang
keberanian.

Persoalan Keberanian

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu KEBERANIAN
Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip MENGHADAPI
Talib, terdapat persoalan tentang keberanian.
MUSUH
Persolan keberanian yang dapat dikaji ialah
keberanian menghadapi musuh.Contohnya
Leftenan Adnan merupakan seorang anggota
tentera yang memiliki keberanian yang luar biasa
apabila tidak gentar berhadapan dengan tentera
Jepun yang cuba menakluk Tanah Melayu
walaupun ramai daripada pasukan mereka
terkorban.

PERSOALAN KEBERANIAN

Persoalan seterusnya ialah KEBERANIAN MENCUBA
persoalan keberanian mencuba sesuatu SESUATU YANG BAHARU
yang baharu. Contohnya Leftenan Adnan
merupakan seorang yang berani mencuba
sesuatu yang baharu. Buktinya, Leftenan
Adnan berusaha dengan bersungguh-
sungguh untuk menyertai pertandingan
pidato bahasa Inggeris yang diumumkan
oleh cikgu Nazri.

LATIHAN a
+
Berdasarkan sebuah www.contoso.com
novel yang anda
32
pelajari, jelaskan konflik
masyarakat yang

terdapat dalam novel
tersebut.

Setiap novel mempunyai beberapa unsur yang Konflik Masyarakat yang
membuatkan novel tersebut menarik untuk dibaca. membuat tuduhan tanpa usul
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Leftenan periksa
Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib,
terdapat unsur konflik yang membuatkan novel
tersebut semakin berkembang.

Konflik pertama yang timbul dalam cerita ialah
konflik masyarakat yang membuat tuduhan tapa usul
periksa.Contohnya,Nordin memperlekehkan usaha
Adnan untuk menjadi tentera. Adnan telah dituduh
sebagai pengkhianat bangsa kerana keluarganya
pernah menjadi tali barut kepada Inggeris ketika
moyangnya telah menjadi orang buruan
Inggeris.Walau bagaimanapun, Adnan sabar dengan
lekehan rakan-rakannya dengan tidak menghiraukan
tempelak rakan-rakan sekampungnya itu.

33

Di samping itu, terdapat satu lagi konflik Konflik Masyarakat dalam
dalam novel iaitu konflik masyarakat dalam mempertahankan tanah air
mempertahankan tanah air dan berhadapan dan berhadapan dengan
dengan musuh.Contohnya konflik berlaku musuh
antara askar Melayu dengan tentera Jepun
pada masa terakhir Perang Dunia Kedua. 34
Pada masa ini Leftenan Adnan terus
memberikan kata-kata semangat kepada
anak-anak buahnya.Walaupun mereka
semakin kehabisan peluru sedangkan asakan
tentera Jepun semakin bertambah, semangat
askar Melayu tidak pernah berkurang dan
terus berjuang mempertahankan diri dan
maruah negara.

LATIHAN a
PEMAHAMAN +
www.contoso.com
NOVEL
35

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri

“Kau selalu marah-marah kepada orang putih kerana menjelajah negeri kita.Tetapi hari

ini kaupuji pula mereka.Aku takfahamlah kauini, Saidi,” kataPak Karim pula sambil

menggaru-garu kepalanya yangbotak.

“Aku marahkerana mereka menjelajah negara kita.Aku suka kerana ilmu yang

ada pada mereka. Kita perlu mempelajari ilmu daripada mereka,” kataPakSaidi pula. a
“Kerana itu kauhantar Adnan belajar di sekolah Inggeris?”Tanya Pak Karim lagi. +
“Itu sahaja caranya untuk anak aku mendapat ilmupengetahuan. Kalau sekolah

Melayu, cuma setakat sekolah rendah sahaja. Lepas ituanak aku tidak boleh belajar lagi.
Tetapi kalau sekolah Inggeris, setelah tamat sekolah rendah boleh sambung ke sekolah www.contoso.com

menengah dan sampai kesekolah tinggi. Mereka yang tamatsekolah tinggi boleh

menjadi pegawai. Apabila banyak anak-anak Melayu berpelajaran tinggi dan menjadi

pegawai, maka hidup kita tidak lagi miskin .Itusahaja caranya untuk maju. 36

NYATAKAN FAEDAH-FAEDAH YANG a
DIPEROLEH OLEH ANAK-ANAK MELAYU +
www.contoso.com
APABILA DIHANTAR BELAJAR
DI SEKOLAH INGGERIS 37

Faedah-Faedah yang diperoleh a
anak melayu apabila dihantar ke +
www.contoso.com
Sekolah Inggeris
38
i. Anak-anak Melayu akan mendapat ilmu pengetahuan yang
lebih luas bukan hanya terhad dan berfokus kepada bangsa
sendiri./Dapat mempelajari ilmu daripada bangsa mereka.

ii. Anak-anak Melayu boleh menyambung pelajaran ke
sekolah menengah dan sekolah tinggi apabila belajar di
sekolah Inggeris.

iii. Anak-anak Melayu boleh menjadi pegawai dan menjawat
jawatan yang besar kerana bersekolah di sekolah Inggeris.

Sekian Terima Kasih. a
Biar Putih Tulang, Jangan putih Mata +

www.contoso.com

39


Click to View FlipBook Version