The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tarinabalqis, 2021-07-22 03:37:26

BALQIS KEDATANGAN KUASA BARAT 1

BALQIS KEDATANGAN KUASA BARAT 1

NUR BALQIS QISTINA BINTI
MOKHTAR
3 DAHLIA

KEDATANGAN KUASA BARAT MERUBAH CORAK EKONOMI
DAN PENTADBIRAN NEGARA

TUGASAN 1

Revolusi Perindustrian berlaku di Britain sejak

abad ke-17. Setelah berlakunya Revolusi

Perindustrian, Dasar Kuasa-Kuasa Barat berubah

corak. Mereka memerlukan pusat perdagangan dan

penguasaan tanah jajahan yang membekalkan

bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang

perusahaan mereka ssecara berterusan. Kekayaan

hasil dan kesuburan tanah juga telah menarik

minat kuasa Barat ke Tanah Melayu.

PENYATAAN MASAALAH

-

Pengenalan

Pada tahun 1600 Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) ditubuhkan di England.Syarikat
ini telah diberi hak monopoli dalam perdagangan rempah di Kepulauan Melayu oleh Kerajaan
British. Pada tahun 1602 ,Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan. Syarikat ini diberi monopoli
perdagangan di Timur. Pada tahun 1664, Perancis menubuhkan Syarikat Hindia Timur Perancis
untuk berdagang di Asia.

Kestabilan dan kemakmuran negara kita menyebabkan kuasa-kuasa Barat berminat
untuk memiliki kekayaan tersebut. Penjajahan Eropah ke luar benua melibatkan Portugis dan
Sepanyol. Penjelajahan orang Portugis membawa mereka ke Asia. Mereka berjaya membina
empayar perdagangan dan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Orang Sepanyol
menjadi saingan utama sebagai kuasa penjajah pada abad ke-16. Bahkan pada abad ke-16,
Sepanyol menjadi kuasa ulung di Eropah kerana memiliki kekayaan hasil daripada beberapa
buah koloninya. Abad ke-16 merupakan zaman kegemilangan Portugis dan Sepanyol. Pada abad
ke-17 menyaksikan kebangkitan kuasa-kuasa Barat seperti Belanda, British dan Perancis sebagai

- kuasa penjajah untuk merebut kekayaan dan tanah jajahan di seberang laut. Alam Melayu

menjadi sasaran utama kedatangan orang Eropah. Matlamat mereka adalah untuk mencari
sumber rempah ratus dan menguasainya.

OBJEKTIF KAJIAN

1 Menerangkan 3 faktor kedatangan kuasa Barat ke Tanah Melayu.

2 Mengenal pasti kesan dalam aspek ekonomi dan pentadbiran
selepas kedatangan kuasa Barat ke Tanah Melayu.

3 Menghuraikan langkah-langkah mengekalkan kedaulatan negara.
-

Kaedah Kajian

▪ Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secra
sistematik dan relevan bagi menjayakan tugasan ini. Antaranya:

1 2

KAEDAH MELAYARI INTERNET KAEDAH KAJIAN BUKU TEKS

Saya menggunakan kaedah melayari Internet Saya turut merujuk buku teks untuk memastikan
bagi mendapatkan maklumat berkaitan kesahihan fakta yang ada. Kaedah penyelidikan
tugasan.Antara laman web yang saya layari buku teks dipilih kerana maklumat yang
ialah:- diperoleh adalah tepat dan benar merujuk
maklumat yang sahih daripada sumber-sumber
• http://stmichaelipoh.edu.my/wp- yang boleh dipercayai. Buku teks yang digunakan
content/uploads/2020/03/T3-bab-1-2-3-4-faktor- ialah:
kedatangan-kuasa-barat-ke-negara-kita. • Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 KSSM

• https://www.scribd.com/document/399946271/Bab-1-
Faktor-Kedatangan-Kuasa-Barat-Ke-Negara-Kita

-

Kajian Kes

▪ Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secra
sistematik dan relevan bagi menjayakan tugasan ini. Antaranya:

3

KAEDAH MENGANALISIS DOKUMEN

Saya turut menggunakan kaedah menganalisis dokumen.
Antara dokumen yang saya kaji berbentuk jurnal. Maklumat
yang saya peroleh dari jurnal tersebuat adalah berkenaan
Konsep Merantau ke Alam Melayu : Serampang Banyak
Mata yang ditulis oleh Raja Masitah Raja Aripin.

-





▪ 3 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Tanah Melayu

Faktor utama kedatangan kuasa Barat ke Tanah Melayu pad abad ke-17 adalah disebabkan oleh
Revolusi Perindustrian yang berlaku di Britain sejak abad ke-17. Menjelang tahun 1870-an negara-negara
Eropah lain seperti Jerman dan Perancis menjadi negara perindustrian seperti Britain. Selepas berlakunya
Revolusi Perindustrian, dasar kuasa-kuasa Barat berubah corak. Mereka perlu mencari pusat perdagangan
dan mengusai tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang
perusahaan mereka secara berterusan. Revolusi Perindustrian membolehkan barangan dikeluarkan
secara besar-besaran. Dengan kepesatan pengeluaran barangan kilang, kawasan pasaran yang lebih luas
perlu dicari untukmemasarkan barang tersebut supaya keuntungan dapat dimaksimumkan.

Seterusnya kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi turut menjadi faktor kedatangan kuasa
Barat pada abad ke-19 dan abad ke-20. Negara kita mempunyai tanah yang luas, subur dan iklim yang
sesuai untuk tanaman berorientasikan eksport. Contohnya, tanaman getah, tebu, tembakau dan padi. bijih

- timah, bijih besi, emas , petroleum dan arang batu. Negara kita juga kaya dengan hasil bumi seperti bijih

timah, bijih besi, emas , petroleum dan arang batu. Situasi ini menyebabkan kuasa-kuasa Barat
terutamanya British, Perancis, Portugis, Belanda berlumba-lumba ingin menakluki Tanah Melayu.

▪ 3 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Tanah Melayu

Selain itu, kedatangan kuasa Barat ke Tanah Melayu juga adalah disebabkan oleh ciptaan kapal
wap.Pada abad ke-19, kapal wap telah dicipta. Penggunaan kapal wap penting kerana dapat membawa
muatan yang banyak,Oleh itu, lebih banyak barang perniagaan dapat dibawa dengan lebih banyak
berbanding sebelum ini.Perjalanannya dari Timur ke Barat menjadi lebih cepat dan menjimatkan kos.
Penghantaran barang dagangan menjadi semakin mudah dan murah.Ahli-ahli perniagaan dapat
berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur. Secara tidak langsung perdagangan antarabangsa
menjadi lebih pesat.

Ketiga-tiga faktor yang disebutkan di atas menjadi antara faktor penarik kedatangan kuasa Barat ke
Tanah Melayu, Kedatangan kuasa Barat ke Tanah Melayu juga turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain
seperti barangan mewah, pusat pengumpulan Barat, perkembangan industri kereta, industri mengetin,
persaingan kuasa Barat , ciptaan telegraf dan pembukaaan Terusan Suez.

-



▪ Kesan dalam aspek ekonomi dan pentadbiran selepas kedatangan
kuasa Barat ke Tanah Melayu.

KESAN TERHADAP EKONOMI

Kedatangan kuasa Barat ke Tanah Melayu telah memberikan kesan yang mendalam terhadap
keadaan ekonomi di Tanah Melayu. Kedatangan kuasa Barat telah merubah keadaan ekonomi negara yang
dijajah. Di Tanah Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan secara besar-
besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Sektor perladangan, perlombongan dan
perindustrian juga telah diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak
kawasan perladangan yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi
memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi. Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar
kota. British pula menumpukan pembangunan tanah jajahan mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan
Singapura. Manakala Sabah dan Sarawak, British hanya menumpukan perhatian di Bandar-bandar seperti
Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu dan Kuching. Selain memperkenalkan sistem ekonomi bebas, mereka juga
menggalakkan kemasukan orang Cina dan India untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang
Cina umpamanya menggunakan kemahiran teknologi yang diwarisi daripada negeri asalnya seperti

- pembangunan bangunan (Bandar), melombong dan pertanian. Kemahiran dalam bidang perdagangan

memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi

▪ Kesan dalam aspek ekonomi dan pentadbiran selepas kedatangan
kuasa Barat ke Tanah Melayu.

KESAN TERHADAP EKONOMI

Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat dengan pengenalan kaedah
baharu dalam perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan bijih timah dalam kuantiti yang
banyak. Ekonomi tradisional penduduk peribumi yang bergantung kepada kawasan sungai sebagai alat
pengangkutan telah terpinggir dengan pembinaan jalan-jalan raya dan jalan-jalan kereta api

Seteusnya wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan
ekonomi tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai oleh imperialisme
Barat manakala penduduk, tempatan menjalankan ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi
berdasarkan sistem mata wang telah menyebabkan wujudnya jurang perbezaan antara sistem ekonomi
tersebut.Kadar kemiskinan juga turut bertambah disebabkan sistem etnik ini. Secara tidak langsung
ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia.
Melayu berada dalam sektor pertanian, kaum Cina sebagai pelombong dan peniaga, manakala kaum India

- sebagai pekerja estet dan ladang. Situasi ini juga telah mewujudkan perbezaan yang besar terhadap tahap

ekonomi penduduk. Orang Melayu dan India menjadi lebih miskin berbanding Orang Cina. .

▪ Kesan dalam aspek ekonomi dan pentadbiran selepas kedatangan
kuasa Barat ke Tanah Melayu.

KESAN TERHADAP EKONOMI

Namun kedatangan kuasa Barat juga membawa kepada penggunaan alat pertanian yang lebih

baik dan teknik pertanian moden diperkenalkan. H.N. Ridley telah memperkenalkan teknik

torehan sistem ibedem atau sistem torehan tulang ikan hering yang mampu memanjangkan hayat pokok

getah. Beliau juga memperkenalkan teknik membungkus anak-anak pokok getah di dalam arang yang

lembap. Teknik ini membolehkan anak-anak pokok getah diangkut ke tempat yang jauh bagi

membolehkan pembukaan ladang getah.

Seterusnya, pengenalan penggunaan mata wang kertas sewaktu pemerintahan British ke atas
Negeri-negeri Selat di bawah Lembaga Pesuruhjaya Wang. Wang kertas tersebut telah digunakan di
Tanah Melayu sehingga sekarang.

-

▪ Kesan dalam aspek ekonomi dan pentadbiran selepas kedatangan
kuasa Barat ke Tanah Melayu.

KESAN TERHADAP PENTADBIRAN

Kedatangan kuasa Barat ke Tanah Melayu juga telah memberikan kesan yang besar terhadap
sistem pentadbiran Tanah Melayu. Setelah kedatangan British ke Tanah Melayu berlakunya penghakisan
kuasa sultan dan pembesar di negeri Melayu. Sistem Residen yang juga dikenali sebagai Sistem Penasihat
telah mengambil alih segala kuasa birokratik dan perundangan yang selama ini dipegang oleh sultan dan
para pembesar. Para sultan bukan sahaja kehilangan kuasa malah telah dinafikan peranan mereka
dalam pentadbiran British. Sultan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dalam semua bidang kuasa. Mereka
terpaksa tunduk kepada nasihat yang diberikan oleh Residen British. Manakala golongan pembesar tidak
lagi mempunyai kuasa ke atas kawasan pegangannya khususnya dalam bidang pentadbiran dan memungut
cukai.

Pengukuhan kuasa Barat dalam bidang politik dan pentadbiran begitu ketara dengan penubuhan
dua pusat pentadbirannya iaitu Negeri-negeri Selat (1826) yang diketuai oleh Gabenor dan Negeri-negeri

- Melayu Bersekutu (1896) yang diketuai oleh Residen- General. Pembentukan dua sistem pentadbiran

tersebut merupakan langkah awal British mengukuhkan kedudukan mereka di Tanah
Melayu. Kesemuanya ini menunjukkan bahawa pada peringkat awal penjajahan British mereka cuba
memusatkan kuasa dengan menggabungkan beberapa unit politik di bawah satu pentadbiran.

▪ Kesan dalam aspek ekonomi dan pentadbiran selepas kedatangan
kuasa Barat ke Tanah Melayu.

KESAN TERHADAP PENTADBIRAN

Di samping itu, perubahan dalam bidang pentadbiran turut dilakukan oleh pentadbir Barat selari
dengan memperkenalkan sistem perundangan Barat. Mereka beranggapan bahawa sistem pentadbiran
masyarakat peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Antaranya British telah
memperkenalkan Sistem Undang-undang Tanah. Kolonialisme British telah mengubah kaedah pemilikan
tanah yang dipraktikan sebelum ini iaitu sistem hakmilik tanah secara adat tidak bersesuaian dengan sistem
ekonomi bebas.

Selain itu juga, Wujud persaingan antara kuasa Barat dalam usaha mereka mendapatkan
kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan dengan menetapkan kawasan
pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus peperangan . British misalnya mendominasi penguasaan

- terhadap Tanah Melayu.



▪ Langkah-Langkah Mengekalkan Kedaulatan Negara

KEDAULATAN NEGARA

Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang mempunyai rakyat berbilang kaum,

agama dan budaya serta mempunyai konsep perlembagaan iaitu undang-undang tertinggi yang

menjadi rujukan utama para pemerintah negara dalam proses mentadbir negara. Konsep ini

adalah di bawah kekuasaan mutlak seorang raja yang berperanan sebagai ketua hakim dan

penggubal serta pelaksana undang-undang negara. Di atas aspek-aspek inilah negara kita

Malaysia menjadi tumpuan asing selain mempunyai kekayaan sumber-sumber alam.

Sehubungan dengan itu, kedaulatan sewajarnya perlu dikekalkan demi kemakmuran negara.

Pelbagai langkah perlu dilaksanakan dalam memastikan kedaulatan negara terpelihara.

Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang

berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk

- memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik dengan kritikan yang tidak
membina. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan

peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan

dihargai Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita

▪ Langkah-Langkah Mengekalkan Kedaulatan Negara

KEDAULATAN NEGARA

mungkin masih di tangan penjajah asing. Semangat Patriotisme ini perlu ditanam semasa
zaman kanak-kanak lagi kerana apabila kanak-kanak menyukai rumah dan negara mereka,
mereka akan membesar dengan menghargai warisan, kepelbagaian dan sejarah mereka, dan
berusaha untuk memperbaiki Malaysia dalam semua aspek.

Seterusnya memang tidak dapat kita nafikan dalam usaha mengekalkan kedaulatan
negara lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati. Jalur Gemilang
haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci dan
rakyat tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus
berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia. Ketika
menyanyikan lagi Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta menghayati lagu tersebut dengan

- penuh semangat cinta akan negara.Seandainya Jalur Gemilang yang merupakan panji kebesaran

negara ini dijulang dan dihargai, pastinya kedaulatan negara juga akan terus terpelihara.

▪ Langkah-Langkah Mengekalkan Kedaulatan Negara

KEDAULATAN NEGARA

Selain itu, semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan negara juga harus
diterapkan dalam setiap individu yang menghuni negara Malaysia bagi memastikan
kedaulatan negara dapat dikekalkan. Generasi muda mesti dimaklumkan dengan kepentingan
perpaduan, perpaduan sosial dan perdamaian kerana mereka adalah tonggak utama kejayaan
dan pembangunan negara. Oleh sebab pelajar ialah pemimpin masa depan negara, penting
untuk mereka menjalinkan hubungan lebih rapat walaupun terdapat perbezaan dalam bangsa,
budaya dan agama. Memupuk perpaduan harus bermula di sekolah dengan usaha dapat
dilakukan untuk memupuk nilai-nilai keharmonian, perpaduan dan kedamaian antara
kaum.Semua rakyat Malaysia, terutama generasi muda, perlu menghayati konsep perpaduan
dengan setiap orang menerima keunikan kaum lain supaya kita dapat hidup bersama dan
saling menghormati serta mempercayai antara satu sama lain. Konsep ini merupakan kunci

- kepada kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat. Bangsa dan pembangunan negara tidak

akan bermakna jika generasi muda tidak diserapkan dengan nilai-nilai yang sesuai untuk
mengisi peranan warganegara dan kepemimpinan hari ini.

▪ Langkah-Langkah Mengekalkan Kedaulatan Negara

KEDAULATAN NEGARA

Memang tidak dapat dinafikan lagi menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun

Negara merupakan langkah yang perlu diambil berat dalam memastikan kedaulatan negara

terus dipertahankan. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan pejuang serta pemimpin

terdahulu perlu diterapkan dalam diri rakyat Malaysia. Asasnya adalah dengan menerapkan

nilai-nilai Rukun Negara dalam diri anak-anak muda dan mengamalkannya. Rukun Negara

hendak digunakan sebagai alat perpaduan kaum, masyarakat jangan hanya melafazkannya

sahaja, sebaliknya perlu menghayati dan mempraktikkannya.Jika setiap prinsip Rukun Negara

difahami dan dalam konteks ini, kesopanan dan kesusilaan, kedaulatan negara akan dapat

dikekalkan. Rukun Negara bukan saja terletak pada kulit buku, bukan hiasan tapi sepatutnya

diamalkan, dan untuk mengamalkan Rukun Negara ini perlu dihayati dahulu.Kelab Rukun

Negara yang terdapat di sekolah rendah dan menengah ,Sekretariat Rukun Negara di institut

- pengajian tinggi awam dan swasta, perlu diperkukuh dengan menjalankan pelbagai program,
bagi menyemarakkan kefahaman dan kepentingan tentang Rukun Negara dalam melahirkan

rasa cinta akan negara.

▪ Langkah-Langkah Mengekalkan Kedaulatan Negara

KEDAULATAN NEGARA

Jelas menunujukkan bahawa bagi mengekalkan status negara harmoni dan
berdaulat, keterlibatan semua pihak adalah sangat penting bagi mencapai misi dan visi
negara serta mengelakkan negara kita dari belenggu penjajahan, baik dari segi mental dan
fizikal. Seterusnya dapat memelihara maruah bangsa dan tanah air daripada dipijak
sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan biarkan
pisang berbuah dua kali, cukuplah penderitaan nenek moyang kita dalam membebaskan
tanah air daripada ancaman penjajah. Sehubungan dengan itu kita perlulah seia sekata

- mempertahankan kedaulatan negara kita yang tercinta.

▪ Kesimpulan

Pengajaran

Berdasarkan kajian kes yang telah saya jalankan tentang kedatangan kuasa Barat ke Tanah Melayu,
terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil untuk dijadikan iktibar kepada semua, khususnya Rakyat
Malaysia. Ketidak cekapan dalam memerintah negera dapat mengakibatkan pihak lain mengambil kesempatan
untuk kepentingan peribadi mereka.

Sebagai pemimpin kita perlu bijak dalam memimpin negara dan menyelesaikan sebarang masalah
dengan segera tanpa campur tangan pihak luar agar negara dapat ditadbir dengan baik. Keadaan ini secara tidak
langsung, menjadikan rakyat menjadi yakin dengan pentadbiran negaraa.

Sebagai pemimpin juga kita mestilah bermuafakat dan bekerjasama dengan pemimpin lain agar tidak
berlaku perebutan kuasa.politik dan saling bekerjasama untuk memajukan negara. Pemimpin juga sewajarnya
tidak memntingkan diri sendiri sebaliknya perlu memikirkan nasib rakyat apabila membuat sesuatu dasar atau
keputusan.

Pengajaran seterusnya yang dapat saya ambil ialah kita perlulah mempertahankan tanah air dari
sebarang bentuk penjajahan sama ada politik, ekonomi mahupun sosial agar kita akan dapat terus hidup dalam

- keadaan yang aman dan harmoni.Hal ini dikatan demikian kerana, sekiranya kita memberi ruang kepada anasir-
anasir luar untuk menjajah negara kita buat kali kedua, sudah pasti kita akan mengalami nasib yang sama seperti
yang pernah dialami oleh nenek moyang kita sebelum ini.

▪ Kesimpulan

Pengajaran

Selain itu sebagai rakyat juga kita perlu menjaga perpaduan dan mengelakan diri daripada
berlaku persengkataan sesama masyarakat agar dapat menghindari masalah seperti pergaduhan dan
peperangan yang berlaku baik yang melibatkan rakyat mahupun pemimpin.

Pengajaran seterusnya pula ialah kita perlulah menanam rasa cinta terhadap negara agar
kemerdekaan negara dapat dikekalkan. Dengan wujudnya rasa cinta dalam diri anak-anak muda
terutamanya, pasti mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang negatif yang boleh merosakkan
imej negara dan menjaga kedaulatan negara. Rasa sayang dan cinta akan negara menjadikan anak-anak
muda ini terdidik dengan nilai-nilai murni dalam usaha mempertahankan negara dari sebarang bentuk
ancaman dalam mahupun luar negara.

-

▪ Rujukan

BUKU

➢ Akash Ismail, Nadira Yusop, 2020, Sejarah KSSM Tingkatan 1,2,3,
Selangor: Penerbitan Pelangi sdn. Bhd.

➢ Dr. Azharudin Mohamed Dali, Ridzuan Hasan, Muslimin bin Fadzil, 2018,
Sejarah Tingkatan 3 KSSM, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

➢ Natasha Abdullah, Norzina Abdullah,2019, Eksel Sejarah KSSM
Tingkatan 1,2,3 Selangor: Longman/Pearson Sdn. Bhd.

-

▪ Rujukan

JURNAL

➢ Raja Masitah Raja Aripin. “Konsep Merantau ke Alam Melayu : Serampang Banyak
Mata “ dalam Jurnal Antarabangsa alam dan Tamadun Melayu.Vol 1,2013

LAMAN WEB

➢ http://stmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2020/03/T3-bab-1-2-3-4-faktor-
kedatangan-kuasa-barat-ke-negara-kita.

➢ https://www.scribd.com/document/399946271/Bab-1-Faktor-Kedatangan-Kuasa-

- Barat-Ke-Negara-Kita

LAMPIRAN

- Peta menunjukkan Kedatangan Kuasa Barat ke Kemakmuran kegiatan perdagangan di

Alam Melayu Pelabuhan Melaka menarik kedatangan kuasa

Barat.

LAMPIRAN

- Aktiviti di Kilang semasa Revolusi Perindustrian

LAMPIRAN

- Pembukaan TerusanSuez yang menghubungkan Pembinaan kapal berkuasa wap menggantikan

Pelabuahn Said di Laut Mediterranean dan Suez kapal layar menggalakkan kedatangan kuasa

di Laut Merah telah mempercepat urusan Barat.

perdagangan.

LAMPIRAN

- Kedatangan Kuasa Barat telah menubuhkan Pekerja sedang mengasingkan daun tembakau

Kilang Memproses Getah di Sabah pada tahun mengikut mutunya di Kilang Tembakau apada

1918. awal abad ke-20

LAMPIRAN

- Pengenalan Mata Wang Negeri-negeri Selat dan

Mata-mata Wang Negeri Melayu.

LAMPIRAN

- Buruh dari China dibawa masuk ke Tanah Kapal Korek buat pertama kalinya digunakan
Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah. oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah

pada tahun 1912..

SEKIAN, TERIMA KASIH

KEDATANGAN KUASA BARAT MERUBAH CORAK EKONOMI
DAN PENTADBIRAN NEGARA


Click to View FlipBook Version