The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuriz.akmal, 2023-06-05 06:14:03

Buku Program PIBG kali ke47 2023

Buku Program PIBG kali ke47 2023

11 JUN 2023 | AHAD | 9.00 PAGI DEWAN AULA BESTARI


Sekapur Sireh


Seulas Pinang YDP PIBG Sk SEri aman


Tentatif Majlis • Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga & guru • Ketibaan jemputan / Perasmi • Nyanyian Lagu Negaraku • Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Hidayat Mislan • Ucapan YDP PIBG En. Kasiban bin Samsudin • Ucapan aluan Guru Besar En. Zamzam bin Toimin • Ucapan aluan Perasmian serta Pelancaran "Jom Infaq Kerusi" • Penyampaian sijil dan cenderahati kepada AJK PIBG 2022/2023 • Mesyuarat Agung PIBG bermula • ucapan YDP ( En. Kasiban bin Samsudin) • Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung kali ke-46 tahun 2022 • Membentang dan mengesahkan penyata kewangan bermula 1 Januari 2022 dan berakhir 31 Disember 2022 • Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 • Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 • Membahaskan usul • Cabutan Bertuah • Ucapan Guru Besar • Sesi bergambar / Bersurai


Aktiviti & Program


Jawatankuasa PIBG


Agenda Mesyuarat Ucapan Yang Dipertua PIBG Mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu. Membentang dan menerima laporan tahunan. Membentang dan menerima penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022. Pembubaran AJK 2022 dan memilih jawatankuasa 2023/2024 Memilih 2 orang pemeriksa kira-kira Perbahasan dan penerimaan usul-usul Ucapan Penangguhan


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -46 SK SERI AMAN TAHUN 2022 Pengerusi mesyuarat PIBG kali ke-46, En. Kasiban bin Samsudin memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan mengalu-alukan kedatangan semua jemputan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada barisan jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022. Guru-guru dan para ibu bapa yang hadir. Seterusnya, beliau melahirkan rasa syukur dan mengajak semua hadirin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat melaksanakan mesyuarat PIBG kali ke-46 di SK Seri Aman. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat ini akan dirasmikan oleh En. Saniran bin Bonawi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 dimulakan. 1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan AJK PIBG yangsudi hadir pada mesyuarat kali ini. 1.2 Ibu bapa perlu mengikhlaskan hati berada dalam PIBG untuk membantu sekolah dan anak-anak. Kehadiran ibu bapa mungkin nampak kecil tapi sebenarnya sangat bermakna dan memberi impak kepada sekolah. 1.3 Berharap agar kesemua 13 kelas dapat menggunakan SMART TV sepenuhnya tidak lama lagi. Sumbangan daripada ibu bapa walaupun kecil sangat dihargai bagi merealisasikan program ini. 1.4 Segala pemasalahan walaupun kecil dapat diselesaikan oleh pihak sekolah. Sokongan daripada Ketua Kampung sangat dihargai dalam membantu melancarkan urusan pihak sekolah. 1.5 Minit Mesyuarat Menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai pemangkin kecemerlangan anak-anak. Beliau memohon maaf sekiranya sepanjang beliau dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG SKSA bagi sesi 2020/2021, terdapat segala kekurangan atau kelemahan dalam melaksanakan tugas dalam membantu pihak sekolah mahupun ibu bapa.


1.1 Ucapan Guru Besar 1.1.1 Mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana dapat berkumpul dalam mesyuarat PIBG kali ini. Tahniah kepada YDP PIBG dan AJK PIBG kerana berjaya merancang mesyuarat PIBG SKSA kali ke-46. 1.1.2 Mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung kerana sudi hadir sebagai perasmi dan memberi sokongan untuk mesyuarat ini. Terima kasih juga diucapkan kepada YDP PIBG En Kasiban, barisan penolong kanan, guru-guru serta ibu bapa yang dirahmati Allah sekalian. 1.1.3 Mengharapkan kerjasama ibu bapa kerana beliau baru sahaja ditugaskan sebagai Guru Besar di sini. Apa sahaja program yang dijalankan oleh pihak sekolah diharap mendapat sambutan dan sokongan daripada ibu bapa. 1.1.4 Mengharapkan kesedaran daripada ibu bapa dalam kepentingan menghadirkan diri dalam mesyuarat agung PIBG. Segala permasalahan, aduan atau pertanyaan boleh diselesaikan melalui mesyuarat ini. 1.1.5 Beliau menekankan fokus untuk kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Dalam bidang akademik, UPSR telah dimansuhkan jadi penilaian ke atas murid dinilai melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi 3 komponen utama iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) & Pentaksiran Psikometrik (PPsi). 1.1.6 Beliau menerangkan perancangan pentadbiran sekolah dalam era pendigitalan sekolah dalam menarik minat anak-anak murid. Antaranya program keceriaan sekolah dan juga Projek Infaq SMART TV di setiap kelas. Setakat ini beberapa kelas telah dibekalkan dengan SMART TV di dalam kelas masing-masing iaitu kelas 1 USM, 1 UTM, 2 UTM dan juga 5 USM. Ini adalah hasil daripada sumbangan para ibu bapa sekalian. 1.1.7 Terima kasih kepada mantan YDP PIBG iaitu En Kasiban diatas jasa dan sumbangan beliau selama memegang tampuk pemerintahan PIBG untuk penggal 2020/2021. Beliau merupakan seorang yang berdedikasi dan sangat menyokong usaha pihak sekolah dalam membantu para pelajar dalam bidang akademik dan juga bidang sukan. 1.1.8 Mengucapkan terima kasih dan mengharapkan kerjasama yang baik daripada ibu bapa dapat diteruskan. Minit Mesyuarat 9


1.2 Ucapan Perasmi (En. Saniran B Bonawi) 1.2.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput beliau ke mesyuarat ini. 1.1.2 Beliau tidak akan menyentuh hal-hal sekolah tetapi beliau mencadangkan pihak sekolah untuk memohon bantuan daripada pihak masjid, pihak korporat dan alumni sekolah untuk menjayakan Program Infaq Smart TV. 1.1.3 Beliau akan cuba membantu pihak sekolah sedaya yang boleh dalam memajukan SKSA. 1.1.4 Dengan lafaz Bismillah beliau merasmikan mesuarat agung PIBG SK Seri Aman kali ke-46 dan juga merasmikan Program Infaq Smart TV. Minit Mesyuarat 10 2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-45 2.1 En Kasiban bin Samsudin meminta ibu bapa merujuk minit mesyuarat PIBG yang lepas dan beliau memohon semua ibu bapa menerima minit tersebut. 2.2 Encik Abd Aziz bin Othman mencadangkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 diterima dan disahkan. Cadangan tersebut disokong oleh Encik Norsahiman bin Wagiman. 3.0 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan 3.1 Encik Zamzam bin Toimin membentangkan laporan aktiviti 4.0 Membentang & Menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021 4.1 Pengerusi meminta semua ibu bapa merujuk Penyata Kewangan seterusnya mempersilakan Puan Sanisah binti Amin selaku bendahari PIBG untuk membentangkan laporan kewangan. 4.2 Bendahari PIBG turut membentangkan baki awal Januari 2021 adalah sebanyak RM10 870.91 manakala baki akhir pada 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM7085.91. En Abd Aziz bin Osman mencadangkan penyata kewangan disahkan dan disokong oleh Encik Norsahiman bin Wagiman. Pengerusi meminta ibu bapa untuk mengemukakan soalan berkaitan penyata kewangan.


Minit Mesyuarat 5.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 dan Pemilihan Jawatankuasa Baharu Sesi 2021/2022 5.1 Pengerusi mesyuarat, Encik Kasiban bin Samsudin membubarkan Jawatankuasa PIBG 2020/2021. 5.2 Beliau mengucapkan terima kasih atas komitmen semua ahli jawatankuasa PIBG 2020/2021. 5.3 Seterusnya, beliau menerangkan peraturan pemilihan ahli jawatan kuasa yang baharu dan memaklumkan bahawa keputusan dicapai berdasarkan undian.En. Norsahiman bin Wagiman mencadangkan AJK PIBG 2021 dibubarkan dan disokong oleh Pn. Nazlinda binti Ahmad. 11 6.0 Pelantikan Pengerusi Sementara 6.1 Puan Nazlinda binti Ahmad mencadangkan Encik Kasiban Samsudin dilantik sebagai Pengerusi Sementara Mesyuarat bagi meneruskan perbincangan mesyuarat. Disokong oleh semua ahli mesyuarat. 7.0 Pelantikan Jawatankuasa PIBG Baru 2022/2023 7.1 En Norsahiman Wagiman mencadangkan En. Kasiban bin Samsudin dikekalkan sebagai YDP PIBG dan disokong oleh Pn. Sahkilla binti Mahpul. 7.2 Pengerusi mesyuarat memaklumkan bahawa jawatan Setiausaha,Penolong Setiausaha, Bendahari dan AJK Guru akan ditentukan sendiri oleh pihak sekolah. 7.3 Pn Nazlinda Ahmad mencadangkan En. Norsahiman Wagiman sebagai Timbalan Pengerusi PIBG SK Seri Aman dan cadangan ini disokong oleh Pn. Hamilah binti Suliman. 7.4 Pn. Hamilah binti Suliman mencadangkan En. Muhammad Firdaus bin Rubae, En. Hamzah bin Din dan En. Abdul Aziz sebagai AJK PIBG dan cadangan ini disokong oleh Pn. Nazlinda binti Ahmad. 7.5 Manakala En. Abdul Aziz bin Othman mencadangkan Pn. Norezaida binti Kusin, Nazlinda Ahmad dan Pn. Sahkilla Mahpul sebagai AJK PIBG dan disokong oleh Pn. Noraini bnti Othman. 7.6 Pn. Sahkilla binti Mahpul mencadangkan Pn. Noraini binti Othman dan Pn. Aisyah binti Hassan sebagai Pemeriksa kira-kira dan disokong oleh Pn. Sanisah Amin. 7.7 Puan Norhayati Shamsol mencadangkan supaya cadangan ditutup.


Minit Mesyuarat Yang Dipertua PIBG Encik Kasiban bin Samsudin Timb. Yang Dipertua PIBG Encik Norsahiman bin Wagiman Setiausaha Kehormat Puan Norshazeleen binti Mohd Shafie Bendahari Kehormat Puan Sanisah binti Amin AJK Ibu Bapa Encik Muhammad Firdaus bin Rubae Encik Hamzah bin Din Encik Abdul Aziz bin Othman Puan Norezaida binti Kusin Puan Nazlinda binti Ahmad Puan Sahkilla binti Mahpul AJK Guru Puan Norhayati binti Shamsol Puan Rohaina binti Selamat Puan Norhana binti Seni Puan Norhayati binti Badron Puan Nursaadiah binti Fadzil Pemeriksa Kira-kira Puan Noraini binti Othman Puan Aisyah binti Hasan 12 7.8 Keputusan Pemilihan AJK Baharu adalah seperti berikut :


Minit Mesyuarat 8.0 Membahas dan Menerima Usul 8.1Berdasarkan usul satu yang dibawa oleh Encik Abdul Aziz bin Othman iaitu agar pihak sekolah memperbaiki kerosakan atap genting sekolah dan saluran air yang bocor. Tuan Guru Besar telah memberi respons dan menyatakan bahawa pihak sekolah telah membuat aduan dan laporan berkaitan hal ini ke pihak bertanggungjawab dan PPD Batu Pahat. 8.2 Usul kedua yang dibawa oleh Encik Norsahiman bin Wagiman iaitu beliau mencadangkan sumbangan PIBG berjumlah RM50 dikekalkan untuk setiap keluarga. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju. Oleh itu, ahli mesyuarat telah bersetuju untuk sumbangan PIBG bagi setiap keluarga bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM50 setiap keluarga. 9.0 Ucapan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan Ucapan Penangguhan 9.1YDP PIBG Sesi 2022/2023, beliau mengucapkan selamat datang kepada AJK PIBG yang baharu. 9.2Beliau turut memaklumkan bahawa banyak program yang memerlukan dana bagi melancarkan program sekolah. 9.3Beliau menyatakan persetujuan dengan usul yang diketengahkan iaitu bayaran RM 50.00 bagi setiap keluarga kerana langkah ini dapat mengurangkan beban kewangan pihak sekolah. 9.4Beliau menambah, ibu bapa tidak perlu risau kerana bayaran ini dapat dibuat secara ansur-ansur dan bukannya dibayar sekali gus. 9.5Beliau mengingatkan bahawa pelajaran adalah penting untuk menentukan masa depan. Oleh itu, beliau berharap ibu bapa tidak mempertikaikan bayaran RM 50.00 bagi setiap keluarga. 9.6Yang Di Pertua PIBG 2022-2023, En Kasiban bin Samsuddin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru pada mesyuarat agung pada kali ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi kepercayaan sekali lagi untuk menerajui PIBG. Beliau akan melaksanakan amanah dan kepercayaan yang diberikan dengan sebaikbaiknya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.


Laporan Kewangan PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMN 83300 JOHOR Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022


Jawatankuasa Kerja


Senarai Guru SKSA 2022 BIL NAMA JAWATAN 1 ZAMZAM BIN TOIMIN GURU BESAR 2 ROSNIHAYATI BT MOHD SAHIL GPK 1 (PENTADBIRAN) 3 NORBAITI BT SARPIN GPK HEM 4 MESRI BIN SANIP GPK KOKURIKULUM 5 NOR SURAYA BT GHUZALLI GURU PEMULIHAN 6 NOOR FARIZA BT AHMAD GURU PENOLONG 7 ZALILA BT YAHYA@ZAKARIA GURU PENOLONG 8 MAILMUNAH BT SULIEMAN@SELEMAN GURU PENOLONG 9 SANISAH BT AMIN GURU PENOLONG 10 SITI NOOR DATHUL BASARIYAH BT MOHD NASUHAH GURU PENOLONG 11 MOHAMAD HIDAYAT BIN MISLAN GURU PENOLONG 12 NUR AZLIN BT MOHAMMAD JAWAHIR GURU PENOLONG 13 ROHAINA BT SELAMAT GURU PENOLONG 14 NORHANA BT SENI GURU PENOLONG 15 MOHD JOHAIZIE BIN RAHEM GURU PENOLONG 16 FADHLUN BT ISMAIL GURU PENOLONG 17 NORHAYATI BT BADRON GURU PENOLONG 18 RUSLINA BT ABDUL MAJID GURU PRA SEKOLAH 20 AMAL HAYATI BT PARMAN GURU PENOLONG 21 SARA BT MOHD SA’AT @ SA’AD GURU PENOLONG 22 HAWA’ HUZAIFAH BT SABTU GURU PENOLONG 23 NUR SAADIAH BT FADZIL GURU PENOLONG 23 NURUL IZYANI BT ABDUL RAHMAN GURU PENOLONG 24 NORSHAZELEEN BT MOHD SHAFIE GURU PENOLONG 25 NORHAYATI BT SAMSOL GURU PENOLONG 26 TEA MING CHEE GURU PENOLONG 27 KARTINA BT RASID GURU PENOLONG 28 TEA MING CHEE GURU PENOLONG 29 NUR IZATUL NISHA BINTI ADNAN GURU PENOLONG


Anugerah Kecemerlangan Murid 2022 Kurikulum BIL NAMA SEKOLAH 1 ISYA QISTINA BINTI ESA SMA KERAJAAN JOHOR 2 ANIS INSYIRAH BINTI AZMAN MRSM TUN DR. ISMAL Catatan


Seluruh Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47. SK Seri Aman dengan tulus ikhlas merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.


Click to View FlipBook Version