The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU ATURCARA HARI GURU 2021 terkini final

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppd-x030-cm19, 2021-09-16 23:17:19

BUKU ATURCARA HARI GURU 2021 terkini final

BUKU ATURCARA HARI GURU 2021 terkini final

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU

Sambutan Hari Guru Daerah Tawau

Kali Ke-49 & Ke-50 Tahun 2021

Secara Maya
Disempurnakan oleh

YBHG. DATUK DR. MISTIRINE BINTI RADIN

PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

21 SEPTEMBER 2021 08:30 PAGI https://bit.ly/HGPPDT2021

SECARA MAYA

ScanMe

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Kata Alu-Aluan
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

SALAM SEJAHTERA,
Salam SABAH MAJU JAYA, SABAH HEBAT Katakan Tidak Kepada No 16 & Katakan Ya Kepada 10 Terbaik,
Salam PPD TAWAU, Tawau Leads, Ikhlas Memacu Kecemerlangan.

Syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya kita diberi peluang bersama-sama dalam majlis Sambutan Hari
Guru Peringkat Daerah Tawau Tahun 2021. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima
kasih kepada semua guru khasnya di daerah Tawau bersempena dengan sambutan Hari Guru pada kali ini. Komitmen
warga pendidik dalam menyemarakkan semangat dan keazaman untuk terus menabur bakti mendidik anak bangsa
menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berbudi pekerti mulia sangat dihargai.

Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun sejak tahun 1972 merupakan hari untuk mengapresiasi sumbangan
dan pengorbanan para guru di Malaysia. Tema sambutan tahun ini ialah ‘ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’.
Tema ini diangkat untuk kali kedua menunjukkan betapa pentingnya peranan guru dalam membina generasi baharu yang
berilmu pengetahuan dan berjiwa kental dalam meneruskan proses kemajuan negara bangsa. Saya percaya tema ini
mampu dihayati oleh warga pendidikan sekali gus dapat direalisasikan melalui pemikiran dan setiap tindakan.

Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu
negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan sebagai guru yang berkarisma
bukanlah semata-mata memberikan ilmu malah kesedaran guru akan peranan penting yang diamanahkan menuntut guru
juga menjadi insan yang sentiasa memperlengkap dirinya dengan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar
dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat lebih-lebih lagi pada era teknologi yang semakin canggih hari demi hari.
Hari ini, pelantar pembelajaran digital mendominasi kaedah pembelajaran sebagai sokongan pembelajaran sedia ada
yang dijalankan di dalam bilik darjah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan platform baharu
pembelajaran digital untuk para pendidik dan murid, iaitu ‘Digital Educational Learning Initiative Malaysia’ atau
DELIMa. Platform ini merupakan salah satu peluang untuk para guru berusaha memperkasakan diri dalam
membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara digital seterusnya memberi peluang kepada guru untuk
menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.

Saya yakin dan percaya bahawa semua guru khasnya di daerah Tawau telah berusaha mengangkat martabat guru sejajar
dengan tahap guru bertaraf dunia. Guru mampu menongkah arus demi kecemerlangan anak didik menjadi insan yang
sempurna dalam kelangsungan hidup . Buktinya, banyak kejayaan yang diraih oleh para guru dan anak didik yang
sewajarnya kita angkat dan hargai. Hanya guru yang cemerlang dapat melaksanakan semua perancangan pendidikan
dengan jayanya. Tahniah, cikgu!

Sekian
Selamat Hari Guru – “ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ”

DATUK DR. MISTIRINE BINTI RADIN
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Kata Alu-Aluan
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tawau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh
Salam SABAH HEBAT Katakan Tidak Kepada No 16 & Katakan Ya Kepada 10 Terbaik,
Salam PPD TAWAU, Tawau Leads, Ikhlas Memacu Kecemerlangan.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita
semua masih diberi kesempatan menjalinkan silaturahim dan menyulam ukhuwah dalam Majlis Sambutan Hari Guru
Daerah Tawau Kali Ke-49 dan Ke-50 bagi Tahun 2021…Selamat Hari Guru CIKGU!

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu merupakan tema Hari Guru bagi tahun 2021. Tema ini menyentuh mengenai
peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat
memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan. Pelaksanaan Hari Guru untuk Tahun 2021 ini adalah sedikit
berbeza dari tahun-tahun sebelumnya ekoran daripada pandemik Covid-19 yang masih melanda seluruh negara. Dalam
mendepani cabaran era digital yang ditambah dengan keadaan pandemik Covid-19 yang mengekang pertemuan fizikal,
sistem pendidikan menerima cabaran hebat apabila pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan secara maya.

Warga Guru yang dikasihi sekalian, saya ingin melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru di Daerah
Tawau yang tidak jemu-jemu menunaikan tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan pengajaran secara PdPR
sepanjang tempoh pandemik Covid 19 sejak dari tahun lalu sehingga pada hari ini.

Namun demikian, perkara ini tidak mematahkan semangat guru-guru untuk sentiasa memastikan anak didik mereka
tetap menerima pendidikan walaupun hanya secara maya atau atas talian sahaja. Keadaan ini memberi kepada warga
pendidik membuktikan guru adalah serba boleh dan mampu beradaptasi dengan perubahan semasa. Buktinya,
pengajaran dan pembelajaran guru menjadi lebih kreatif dan inovatif hasil buah fikiran para guru demi memastikan
pendidikan murid berada di tahap optima.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan SELAMAT HARI GURU dan TERIMA KASIH CIKGU kepada semua
warga pendidik di daerah Tawau. Harapan saya, jadilah pendidik yang dapat memartabatkan profesion keguruan ke
tahap yang cukup tinggi dan mulia, walaupun dengan cara pembelajaran masa kini yang berubah mengikut norma
baharu.

Kemenjadian murid pada hari ini sudah pasti bertunjangkan bimbingan guru yang mendidik dengan penuh
kesabaran, keikhlasan dan dedikasi walaupun harus menempuhi pelbagai cabaran. Semoga para guru sekalian akan
terus dilimpahi rahmat dan diberikan keupayaan oleh Allah SWT untuk terus istiqamah dalam menabur benih-benih ilmu
dan membugar keluhuran akhlak bagi melahirkan insan cemerlang.

Sekian
Selamat Hari Guru – “ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ”

ZAMRI BIN HAJI PEHAKAN
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tawau
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Atur cara

Hari Guru 2021

7.00 pagi Ketibaan AJK Pelaksana
1.00 Petang
Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah

Ketibaan Tokoh Kepimpinan & Tokoh Guru

Ketibaan Ybhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin,
Pengarah JPN Sabah.

Nyanyian Lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku

Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan Oleh
En. Zamri bin Haji Pehakan,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tawau

Ucapan dan Perasmian oleh
Y b h g . Datuk Dr. Mistirine binti Radin,
Pengarah JPN Sabah

Gimik Sambutan Hari Guru
Bacaan Ikrar “ Hari Guru”
Nyanyian lagu “ Kami Guru Malaysia”
Tayangan Video Penerima Anugerah, Penyampaian Hadiah dan
Sijil Pengiktirafan.
Penyampaian hadiah dan cenderahati
 Tokoh Guru 2020
 Tokoh Kepimpinan 2021
 Tokoh Guru 2021
 Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Puan Rosni Haji Asakil.
Bersurai

Aktiviti Sambutan Hari Guru
Kali Ke-49 & Ke-50

Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
Tahun 2021

1. Tarikh : 02 September 2021 (Khamis)

Aktiviti : Bacaan Surah Yassin dan Tahlil

Masa : 7.00pm hingga 8.30pm

Tempat : Lokasi masing-masing

Tindakan : Unit Pendidikan Islam, PPD Tawau

2 Tarikh : 03 September 2021 (Jumaat)

Aktiviti : Khutbah Jumaat Hari Guru

Masa : Solat Jumaat

Tempat : Semua Masjid Daerah Tawau

Tindakan : Unit Pendidikan Islam, PPD Tawau

3. Tarikh : 06 September 2021 (Isnin)

Aktiviti : Forum/Seminar/Bual Bicara

Masa : 2.00pm hingga 4.30pm

Tempat : Lokasi Masing-Masing

Tindakan : JK Seminar/Forum

4. Tarikh : 21 September 2021 (Khamis)

Aktiviti : Majlis Pelancaran Hari Guru Daerah Tawau 2021

Masa : 7.00am hingga 1.00pm

Tempat : Pusat Kegiatan Guru Daerah Tawau (PKG)

Tindakan : JK Pelaksana Sambutan Hari Guru 2021

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
SAMBUTAN HARI GURU DAERAH TAWAU

KALI KE-49 & KE-50 TAHUN 2021

Pengerusi : Encik Zamri bin Haji Pehakan
Timbalan Pengerusi Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tawau

Naib Pengerusi : Encik Gavi Laon Marcus @ Sophian Abdullah
Setiausaha Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah
Penolong Setiausaha Puan Hajah Norlela binti Ansley
Bendahari Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Perancangan
Penolong Bendahari Encik Vaea bin Sarima
Urusetia Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid
Floor Manager Encik Noor bin Kahal
Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembelajaran

: Encik Rabe bin Johari
Pengerusi PPSMS Daerah Tawau
Encik Beddu bin Dollah
Pengerusi MGB Daerah Tawau

: Puan Norhidayah Foong binti Abdullah
Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah

: Cik Hajah Ramlah binti Alui
Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah

: Puan Siow Lee Kian
Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah

: Puan Cindy Prisilla bte Usman
Penolong Akauntan, Unit Kewangan

: Encik Azlan bin Alidi
Puan Rozalinah binti Said
Puan Julaidah binti Ambo Dalli
Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah

: Encik Abdul Halik bin Haji Abdusukor
Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah
Encik Jumaan bin Bahrun Sashop
Penolong Pegawai Pendidikan,USTP Sektor Pembelajaran

JK Hiasan Pentas : Puan Musnia binti Abdullah
Tokoh Guru Pegawai SISC+ Bahasa, Sektor Pembelajaran
Puan Rahimah Muhaiyar
JK Persiapan Dewan & Pembantu Tadbir Sektor Pengurusan
Peralatan Kerusi & Meja Pengetua SMK Tawau

JK Buku Aturcara & : Encik Syahril Nizam bin Mohamed Diah
Reka Bentuk Konsep Pegawai Eksekutif Kanan, Unit Kewangan Infrastruktur & Perolehan
Puan Bidah Panasi
JK Cenderamata/ Pembantu Tadbir Unit Perolehan
Anugerah/Sijil dan Pengetua SMK Tawau
Penerima Hadiah
: Tuan Haji Adanan @ Adnan bin Haji Abdul Rahman
Pegawai SISC+ TVET, Sektor Pembelajaran
Guru Besar SK Kampung Titingan

: Puan Sitti Asidah binti Yakim
Encik Mohamad Harjuniadhi bin Suparno
Penolong Pegawai Pendidikan Unit Pemulihan Sektor Pembelajaran
Cik Ririn Angraini Mohd Terang
Penolong Pegawai Unit Pendidikan Khas Sektor Pembelajaran

JK Juruacara : Puan Hajah Jannet Dela Cruz @ Norshakila
Pegawai SISC+ Sains Sosial, Sektor Pembelajaran
JK Jamuan Makan Pengetua SMK Tawau II
Pengetua SMK Kuhara Tawau
JK Bacaan Doa
JK Kebajikan & : Puan Aminah binti Tanggu
Pengiring Tokoh Guru Pegawai Eksekutif Tinggi, Sektor Pengurusan
Puan Nur Hazanah Adina binti Muhiddi
Pegawai Eksekutif, Sektor Pengurusan

: Encik Johan bin Ishak
Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembelajaran

: Encik Suzamreh bin Salleh
Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembelajaran
Encik Mohammad bin Said
Pegawai SISC+ Bahasa, Sektor Pembelajaran
Encik Mohd Azreen Abas
Penolong Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah

JK Kebersihan & : Encik Maslan bin Tata
Keselamatan Pembantu Tadbir, Unit Kewangan, Infrastruktur & Perolehan
JK Multimedia/ICT Pengetua SMK Tawau

JK Rakaman Video & : Encik Jumaan bin Bahrun Sashop
Dokumentasi Penolong Pegawai Pendidikan, USTP, Sektor Pembelajaran
Encik Abdul Samad bin Bahari
Guru Bakti Pedalaman Juruteknik Komputer, PPD Tawau
Gimik Pelancaran Encik Mohd Zamzairi bin Nordin@Nurdin
Pegawai SISC+ TVET, Sektor Pembelajaran
Sumbangan & Derma Guru Besar SK Desa Subur

JK Publisiti & Seranta : Encik Jumaan bin Bahrun Sashop
JK Teks Ucapan Penolong Pegawai Pendidikan, USTP, Sektor Pembelajaran
Encik Abdul Samad bin Bahari
Juruteknik Komputer, PPD Tawau
Guru Besar SK Desa Subur

: Encik Irwan bin Yusup
Kaunselor Pendidikan PPD Tawau

: Encik Sappe bin Paret
Encik Sandy Kahar bin Kaharuddin
Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid
Guru Besar SK Kinabutan Besar

: Encik Abdul Nasip @ Jamaluddin bin Martin
Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Perancangan
Encik Ezzat Hazwan bin Zainal
Penolong Jurutera, Unit Kewangan, Infrastruktur & Perolehan

: Encik Mazran bin Kasman
Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Perancangan
Pengetua SMK Merotai Besar

: Puan Andi Muliati binti Andi Paramata
Pegawai SISC+Bahasa, Sektor Pembelajaran
Guru Besar SK Bandar Tawau

JK Program Bacaan : Encik Johan bin Ishak
Surah Yassin & Cik Russana binti Paty
Khutbah Jumaat Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Pend. Islam, Sektor Pembelajaran

JK Seminar/Forum : Tuan Haji Haerom bin Marjuki
Pegawai SISC+ Sains Matematik, Sektor Pembelajaran
Puan Rozalinah binti Said
Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah

SENARAI ANUGERAH
SAMBUTAN HARI GURU DAERAH TAWAU

KALI KE-49 & KE-50 TAHUN 2021

Bil Anugerah Tindakan Bil. Anugerah

1 Guru Bakti Pedalaman Sektor Psikologi & 1
Kaunseling

2 Guru Inovatif Individu Sektor Pembelajaran 3
(Prasekolah, SR & SM)

Guru Inovatif

3 Berkumpulan Sektor Pembelajaran 3

(Prasekolah, SR & SM)

4 Ikon Guru Sektor Pembelajaran 1

5 Guru Cemerlang Pend. Unit Pendidikan Khas 2
Khas (SR & SM)

6 Guru Cemerlang OKU Unit Pendidikan Khas 1

Guru Cemerlang

7 Kokurikulum Unit Pembangunan Murid 2

(SR & SM)

8 Pusat Sumber Cemerlang Unit Sumber & Teknologi 3
(SKM, SR & SM) Pendidikan

9 Tokoh Kepimpinan Sektor Perancangan 1

10 Tokoh Guru Sektor Perancangan 2

JUMLAH 19

Senarai Penerima Anugerah

Sempena Hari Guru Daerah Tawau

Kali Ke-49 dan Ke-50 Tahun 2021

Tokoh Guru & Tokoh Kepimpinan

Bil Jenis Anugerah Nama Penerima Anugerah
1 Tokoh Guru Ke-49 Tahun 2020
2 Tokoh Guru Ke-50 Tahun 2021
3 Tokoh Kepimpinan Ke-50 Tahun 2021

Anugerah Pusat Sumber Cemerlang

Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum

Bil Jenis Anugerah Nama Penerima Anugerah

1 Pusat Sumber Cemerlang Sekolah
Kurang Murid (SKM)

2 Pusat Sumber Cemerlang Sekolah
Rendah (SR)

3 Pusat Sumber Cemerlang Sekolah
Menengah (SM)

4 Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah
Rendah (SR)

5 Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah
Menengah (SM)

Anugerah Guru Cemerlang Orang Kurang Upaya (OKU)

Bil Jenis Anugerah Nama Penerima Anugerah

1 Guru Cemerlang Orang Kurang Upaya
(OKU)

Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas SR / SM
Anugerah Ikon Guru

Bil Jenis Anugerah Nama Penerima Anugerah

1 Guru Cemerlang Pendidikan khas
Sekolah Rendah (SR)

2 Guru Cemerlang Pendidikan khas
Sekolah Rendah (SM)

3 Ikon Guru

Anugerah Guru Inovatif Individu / Berkumpulan
Prasekolah / Sekolah Rendah / Sekolah Menengah

Bil Jenis Anugerah Nama Penerima Anugerah

1 Guru Inovatif Individu Prasekolah

2 Guru Inovatif Individu SR

3 Guru Inovatif Individu SM

4 Guru Inovatif Berkumpulan Prasekolah

5 Guru Inovatif Berkumpulan SR

6 Guru Inovatif Berkumpulan SM

Anugerah Guru Bakti Pedalaman

Bil Jenis Anugerah Nama Penerima Anugerah

1 Guru Bakti Pedalaman

Penghargaan & Terima Kasih

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tawau
Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah
Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Perancangan
Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembelajaran
Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid
Semua Pengetua / Guru Besar Daerah Tawau
PPSMS Cawangan Tawau & MGB Daerah Tawau

Pengetua SMK Tawau
Guru Besar SK St Patrick Tawau / SK Kukusan Tawau / SK Jamabatan Putih

Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Tawau
Universal Motor Berhad Tawau
Pemborong Sinjati Tawau

Pusat Kegiatan Guru Daerah Tawau
Unit Sumber Teknologi Pendidikan, Sektor Pembelajaran PPD Tawau

Jawatankuasa Induk & Pelaksana Majlis Sambutan Hari Guru
Warga Kerja PPD Tawau / Para Penerima Anugerah

Dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Daerah Tawau Tahun 2021

Sekian

“ Tawau L.E.A.D.S : Ikhlas Memacu Kecemerlangan ”
“ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi
Baharu ”

Autograf / Catatan


Click to View FlipBook Version