The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppd-x030-cm19, 2021-09-16 23:08:48

BUKU TOKOH GURU terkini Final

BUKU TOKOH GURU terkini Final

Biodata

Tokoh& Guru
Tokoh Kepimpinan

Sempena
Hari Guru Daerah Tawau
Kali Ke-49 dan Ke-50 Tahun 2021

Tuan Haji Ahmad bin Haji Bundin

“ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ”

Biodata Tokoh Guru 2020

Tuan Haji Ahmad bin Haji Bundin

1 Dilahirkan pada 05 Disember 1957 di Sandakan, Sabah.

Mendapat pendidikan awal pada tahun

1965 – 1969 Darjah 1 – Darjah 6 di GPS Karamunting, Sandakan.

2 1970 – 1972 Tingkatan 1 – Tingkatan 3 di SMK Sandakan, Sandakan.

1973 – 1974 Tingkatan 4 – Tingkatan 5 (Sains) di SMK Telok Datok, Banting,

Selangor (Tajaan Yayasan Sabah).

3 Mengikuti latihan perguruan (Sijil Ikhtisas Perguruan) pada tahun 1976 – 1977
Maktab Perguruan Sandakan, Sandakan.

4 Memulakan tugas sebagai guru pada tahun 1978 – 1983 sebagai Guru Penolong di
SMK Kunak, Kunak.

5 Kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Bukit Garam, Kinabatangan
(1983-1985).

6 Kemudian pada tahun 1985 – 1992 berpindah juga sebagai Pengetua di SMK
Bum-Bum, Semporna.

7 Kemudian 1992 -1995 menjadi Penyelia di Pejabat Pendidikan Bahagian, Tawau.

8 Pada tahun Awal 1995 – Disember 1995 pernah menjadi Guru Besar di SK Pekan,
Semporna.

9 Melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun 1996 – 1998 di St. Mary’s
University of Minnesota, USA dalam pengajian Major in Business Management.

10 Sekembalinya dari luar negara bertugas semula sebagai Penyelia di Pejabat
Pendidikan Bahagian, Tawau pada tahun 1998 – 1999.

11 Kemudian dilantik semula sebagai Pengetua di SMK Tawau ll, Tawau (1999-2001)

12 Pada tahun 2001 – 2003 menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Kunak.

13 Pada tahun 2003 – 2013 menjadi Ketua Unit di Pejabat Pendidikan Daerah, Tawau

14 Kembali semula ke Daerah Semporna 2013 – 2015 menjadi Pengetua di SMK
Kabogan, Semporna.

15 Menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam dengan bersara wajib pada
02 Julai 2015.

“ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ”

Sumbangan Profesional

1 Ahli Jawatankuasa Pusat Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS)
2000 / 2001.

2 Pengerusi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kunak.

3 Pengerusi Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah-Sekolah Daerah Kunak
( 2001 - 2013 ).

Sumbangan Aktiviti

1 Pada Tahun 1978 – 1980 Sepak Takraw Mewakili Daerah Kunak dalam Kejohanan
Piala Sabah.

2 1978 – 1983 Sepak Takraw Mewakili Daerah Kunak dalam PSKPPS.

3 Tahun 1982 Mewakili Residensi Tawau dalam Kejohanan Majlis Kejohanan Sukan
Anggota Kerajaan Sabah (MKSAKS) dalam acara Ping Pong.

4 Pada tahun 2003 – 2012 Presiden Kelab Golf Pendidikan Tawau dan menjadi AJK
Pusat Kelab Golf Pendidikan Negeri Sabah.

5 Pada tahun 2000 – 2007 Mewakili Negeri Sabah dalam Kejohanan Majlis Sukan dan
Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (MSKPPM) dalam acara Golf.

6 Pada tahun 1999 – 2012 menyertai Golf Mewakili Daerah Tawau dalam Pesta Sukan
dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Sabah (PSKPPS).

“ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ”

Tuan Haji Darman Shah bin Haji Asakil

“ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ”

Biodata Tokoh Guru 2021

Tuan Haji Darman Shah bin Haji Asakil

1 Beliau dilahirkan pada 24 Ogos 1962. Anak kelahiran Kg.Tangal Semporna. Anak
sulung dari 10 orang adik beradik.

2 Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tagasan Semporna dari
tahun 1968 - 1973.

3 Bersekolah menengah di SMK Panglima Abdullah Semporna dari tahun 1974 – 1978.

4 Seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Sabah Kota Kinabalu dari tahun 1979
hingga tahun 1980.

Meneruskan langkah ke menara gading pada tahun 1981 - 1984. Universiti

5 Kebangsan Malaysia Bangi menjadi pilihan. Ijazah Sarjana Muda ( Sejarah & Sains

Politik ) menjadi taruhan.

6 Langkah diteruskan ke bidang ikhtisas - sekali lagi Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi menjadi pilihan utk Diploma Pendidikan.

7 Memulakan sejarah perkhidmatan di SMK Panglima Abdullah dari tahun 1988
hingga tahun 1990 sebagai Guru Penolong.

8 Kerjaya diteruskan dengan menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah
Kurikulum Pejabat Pendidikan Bahagian Tawau dari tahun 1991 – 1993.

Sejarah perkhidmatan diteruskan dengan siri karier sebagai Pengetua. Bermula

9 pada tahun 1994 - 2000 sebagai Pengetua SMK Kabogan, 2000 - 2004 sebagai
Pengetua SMK Bahang Penampang, Pengetua SMK Tawau dari tahun 2005 – 2009

dan menjadi pengetua SMK Kuhara dari tahun 2008 -2009.

10 Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun-tahun 2003, 2007, 2013
dan 2018.

11 Menerima Anugerah Bintang Setia Kinabalu (BSK ) Oktober 2013.

12 Sekali lagi beralih arah ke Pejabat Pendidikan Daerah Tawau sebagai Pegawai
Pendidikan Daerah Tawau dari tahun 2009 – 2019.

13 Seterusnya menjawat Jawatan sebagai Timbalan Pengarah Sektor Perancangan
dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (2019-2020).

14 Menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam dengan bersara pilihan pada
1 Nov 2020.

“ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ”

Sumbangan Profesional

Pengerusi Panel Jawatankuasa Pergerakan Gaji Anggota Kumpulan Perkhitmatan

1 Siswazah, Bukan Siswazah dan kumpulan sokongan peringkat daerah Tawau tahun

2009 - 2019.

2 Pengerusi Program Kecemerlangan Kurikulum Peringkat Daerah Tawau Tahun
2009 – 2019.

3 Ahli Mesyuarat Jawatankuasa kerja Tindakan Daerah Tawau.

4 Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah Tawau.

5 Pengerusi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Tawau.

6 Pengerusi Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah-Sekolah Negeri Sabah ( 2016 )

7 Pengerusi Jawatankuasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat
Daerah Tawau ( 2009 -2019 ).

8 Pengerusi PSKPPS Daerah Tawau ( 2009 -2019 ).

9 Pegawai Pengurus Pilihanraya P191- Kalabakan ( 2015 ).

10 Jawatan kuasa teknikal - SOSEK MALINDO ( KALTARA ) (2009 – 2019).

Kejayaan Keluarga

Mendirikan rumah tangga pada 10 Mei 1989. Puan Hajah Maimunah Binti Ali Osman

1 jadi pilihan, yang juga merupakan warga pendidikan, yang kini bertugas di Pejabat
Pendidikan Daerah Semporna sebagai Penolong Pegawai Pendidikan. Pasangan ini

dikurniakan dengan 5 orang anak.

Merupakan seorang bapa yang berdedikasi, berjaya membentuk anak-anak yang

cemerlang dalam pendidikan. Anak sulungnya, Dr. Mohd Syamir mendapat

pendidikan dalam bidang perubatan di Universiti Ain’s Sham Kaherah, Mesir.

Mengikut jejak langkah abangnya, anak kedua, Dr. Nur Syafiqah juga menceburi

bidang perubatan dengan mendapat pendidikan di Universiti Medical Moscow

2 Russia. Anak ketiga Mohd Zulhilmi mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti
Tenaga Nasional Kuala Lumpur. Diikuti anak keempat Mohd Zulfadhli mendapat

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perundangan dari Universiti Multimedia Melaka.

Manakala anak bungsunya Nur Syakirah merupakan pelajar Diploma dari Universiti

Terbuka Malaysia Cawangan Kota Kinabalu. Teman masa lapang adalah hobi.

Hobinya melancung dan berkebun.

“ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ”

Encik Abdul Rahman bin Kannan

“ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ”

Biodata Tokoh Kepimpinan 2021

Encik Abdul Rahman bin Kannan

1 Beliau dilahirkan pada 06 September 1959 di Daerah Kahang, Johor.

Kini menetap di Taman Hot Spring Jaya Tawau. Anak kelahiran Johor ini telah

2 menetap di Sabah selama 41 tahun dan telah berkhidmat sebagai guru selama 37

tahun.

3 Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Laksmana, Kota Tinggi Johor dari
tahun 1966 -1971.

4 Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Laksmana Kota Tinggi Johor
dari tahun 1972 -1976.

5 Melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dari tahun 1981 - 1985.

6 Mendapat Latihan Perguruan di Maktab Perguruan Sandakan bagi sesi 1980-1981.

Bermula dengan penempatan sebagai guru di SMK Kemabong, Tenom pada tahun

7 1982. Kemudiannya bertukar ke SM Lok Yuk, Kota Kinabalu pada Januari 1987.

Kerjaya diteruskan lagi ke SMK Kinarut Papar pada Julai 1987.

Beliau kemudiannya bertukar lagi ke SMK Walace Bay Tawau sebagai Penolong

8 Kanan Pentadbiran pada Ogos 1988 dan diarahkan menjalankan tugas Pengetua di

sekolah yang sama bermula Ogos 1988 hingga 15 Ogos 1998.

9 Langkah diteruskan lagi ke SMK Pulau Gaya pada tahun 1998 sebagi Penolong Kanan
Kokurikulum.

10 Kembali bertugas di Tawau sebagai Pengetua SMK Balung II ( SMK Wakuba ) pada
Januari 2000.

11 Bertugas sebagai Penolong Pegawai Pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah
Tawau pada 16 Ogos 2003.

12 Sebagai Pengetua SMK Kuhara pada 16 Ogos 2007. Sekali lagi atas arahan
ditukarkan ke SMK Pasir Putih pada 10 Ogos 2008.

13 Tugas diteruskan lagi sebagai Timbalan PPD Tawau pada 11 April 2009.

14 Kembali menjawat jawatan Pengetua SMK Merotai Besar pada 15 April 2013. Pada
1 April 2015 pula ke SMK Kuhara, Tawau.

15 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali pada tahun
2005 dan 2017.

16 Menamatkan perkhidmatan awam dengan bersara wajib pada 5 September 2019.

“ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ”

Sumbangan Profesional

1 Jurulatih Utama Daerah bagi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS ) tahun 2009.

2 Panel Temuduga Pembantu Am Pejabat N1 Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada
tahun 2012.

3 Panel Pentaksir Temuduga Pengetua dan Guru Besar (PGB) bermula tahun
2014 – 2019.

Kejayaan Keluarga

Beliau berkahwin dengan pasangannya Puan Rahayu Binti Mohammad pada tahun

1 1998, yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir di SMK Kuhara. Pasangan ini

dikurniakan 2 orang anak perempuan.

Sebagai seorang pemimpin keluarga, beliau telah berjaya mencorakkan pendidikan

cemerlang bagi anak-anaknya. Anak-anaknya kini merupakan graduan yang sedang

2 melanjutkan pelajaran, Norsyafiqah Binti Abdul Rahman kini sedang menuntut di
Universiti Brandenburg, German dalam bidang Sarjana Muda Sains Komputer.

Manakala anak bongsunya pula sedang menuntut dalam Ijazah Sarjana Muda

Pengurusan Perniagaan di Universiti Monarch, Kuala Lumpur.

Autograf / Catatan

“ Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ”


Click to View FlipBook Version