The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-12026922, 2022-10-18 23:43:22

GRAFIK TAKTIL

GRAFIK TAKTIL

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PERKARA
SINOPSIS
PENDAHULUAN

BAB 1 PENGENALAN GRAFIK TAKTIL

• Definisi Grafik Taktil
• Konsep Grafik Taktil
• Jenis Grafik Taktil
• Tujuan dan Objektif Grafik Taktil

BAB 2 CARA PEMBINAAN GRAFIK TAKTIL
BAB 3
• Prasyarat Pembina Grafik Taktil

• Prinsip Umum Penghasilan Grafik Taktil
• Prinsip Untuk Melabel Grafik Taktil

• Prinsip Penyusunan Petunjuk
• Ciri-Ciri Grafik Taktil Yang Berkesan

PERALATAN DAN BAHAN MEMBINA GRAFIK
TAKTIL

• Peralatan yang digunakan untuk membina
Grafik Taktil

• Bahan yang boleh digunakan untuk
membina Grafik Taktil

• Mesin Thermoform

BAB 4 STRATEGI PENGAJARAN GRAFIK TAKTIL
• Membaca Grafik Taktil
BAB 5
CONTOH-CONTOH GRAFIK TAKTIL
PENUTUP
SENARAI
RUJUKAN

BAB 1: PENGENALAN GRAFIK TAKTIL

Grafik secara asasnya memberikan maklumat yang sangat penting kepada kanak-kanak
yang dapat melihat. Melalui grafik, kanak-kanak dapat memahami cerita dan perkara
yang ingin disampaikan. Keperluan itu juga adalah sangat penting dan bermakna kepada
kanak-kanak buta atau yang mengalami masalah penglihatan (Hasty, 2005). Bagi
maksud tersebut, penggunaan grafik taktil dapat membantu dalam menyediakan ruang
pembelajaran kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) ketidakupayaan
penglihatan.

Definisi Grafik Taktil

Secara asasnya, grafik taktil ialah alat input sentuhan yang membolehkan kanak-kanak
buta atau cacat penglihatan meneroka peta, gambar atau graf yang tidak berdasarkan
perkataan (Airth, 2015). Grafik taktil ialah salah satu bahan bantu mengajar yang
dihasilkan menggunakan pelbagai tekstur dan boleh disentuh oleh individu
ketidakupayaan penglihatan.

Konsep Grafik Taktil

Grafik taktil dirujuk sebagai modaliti deria haptik, iaitu persepsi dan manipulasi grafik
serta menyampaikan maklumat melalui sentuhan (Washington University, 2022). Grafik
ini merangkumi gambar sentuhan, gambar rajah sentuhan, peta sentuhan dan graf
sentuhan, ialah imej yang menggunakan permukaan yang dinaikkan supaya orang cacat
penglihatan dapat merasainya melalui sentuhan (Sheryl, 2022). Ia digunakan untuk
menyampaikan maklumat seperti peta, lukisan, graf dan gambar rajah.

Dalam penyampaian pendidikan bagi MBPK ketidakupayaan penglihatan, grafik
taktil ini digunakan dalam buku teks Braille, buku rujukan dan bahan bacaan lain untuk
menyampaikan kandungan dalam peta, carta, reka letak bangunan, rajah skema dan imej
rajah geometri, sepertimana murid tipikal. Grafik taktil selalunya dibina secara manual
atau menggunakan teknologi dengan pelbagai aplikasi perisian.

Jenis Grafik Taktil

Antara gambar, rajah dan jadual yang sering digunakan oleh MBPK ketidakupayaan
penglihatan terutamanya di sekolah ialah:

● Gambar atau rajah pelan, ilustrasi
● Graf seperti graf bar, graf garis, carta pai
● Carta seperti carta organisasi, carta alir dan peta
● Bentuk muka bumi, jalinan pengangkutan dan petempatan
● Garis masa
● Kartun atau karikatur
● Foto
● Jadual

Bagi gambar yang boleh dihuraikan sepenuhnya dalam bentuk teks tidak perlu
disediakan dalam bentuk grafik taktil.

Tujuan dan Objektif Grafik Taktil

- memahami perbezaan di antara visual dan persepsi taktil
- memahami konsep, komponen dan kebolehbacaan sesuatu grafik taktil
- mengenal pasti maklumat kritikal dalam cetakan grafik untuk disertakan
- mengenali ciri-ciri dalam grafik cetakan yang perlu ditinggalkan
- memahami penggunaan serta kaedah dalam penyampaian label dan kekunci

braille
- merancang penghasilan grafik taktil
- mempermudahkan dan membuat modifikasi
- bekerja dengan pelbagai media, bahan, alat khusus, perisian dan peralatan yang

berbeza
- mencipta lukisan garisan bertingkat yang mudah kepada kompleks, termasuk

perwakilan garisan tunggal dan pelbagai, carta, graf dan peta

- menganalisis grafik taktil yang telah siap



BAB 2 : PEMBINAAN GRAFIK TAKTIL



Prasyarat Pembina Grafik Taktil




Pembina grafik taktil memerlukan kemahiran khusus untuk menghasilkan
sebuah grafik taktil yang berkesan. Ini kerana murid ketidakupayaan
penglihatan hanya berupaya mengesan keluasan yang terhad pada satu-
satu masa dan akan menggabungkan maklumat bagi mendapat
gambaran keseluruhan.

Kriteria asas yang perlu ada pada pembina :

Sedia menerima Berpengetahuan Berkemahiran
kritikan dalam mata nnnn
pelajaranyang
berkaitan

KRITERIA ASAS

Komited

Sabar

Kreatif

Prasyarat yang perlu dipatuhi oleh pembina grafik taktil:

a) Pembina grafik taktil perlu mengetahui persepsi dan memahami
cara pengamatan pengguna ketidakupayaan penglihatan. MBPK
ketidakupayaan penglihatan tidak boleh mentafsir gambar dan
menghubungkaitkan grafik dengan pengalaman mereka tanpa
latihan. Simbol yang mewakili maklumat persekitaran dan bahan
pembelajaran perlu diajar kepada murid.

b) Pembina grafik taktil perlu mengetahui langkah MBPK
ketidakupayaan penglihatan membaca grafik taktil secara
sistematik :

(i) Grafik taktil diimbas secara keseluruhan terlebih dahulu
(ii) Diperincikan dari satu bahagian ke bahagian yang lain
(iii) Gambaran grafik taktil secara keseluruhan diperoleh selepas

menggabungjalin semua maklumat.

c) Pembina grafik taktil perlu membuat perancangan sebelum
membina grafik taktil.

d) Pembina grafik taktil perlu menguasai bidang atau mata pelajaran
berkaitan dengan grafik taktil yang bakal dihasilkan. Rujukan
kepada guru mata pelajaran perlu dibuat oleh pembina grafik taktil
sekiranya wujud keraguan atau kurang pengetahuan tentang grafik
taktil yang hendak dihasilkan.

e) Kreativiti pembina grafik taktil akan menghasilkan gambar rajah
timbul yang berkesan.

f) Pembina grafik taktil boleh menggunakan format borang
perancangan pembinaan grafik taktil.

g) Bahan grafik taktil yang telah dihasilkan, perlu dibaca pruf (proof
read) oleh pengguna.



Borang Perancangan Pembinaan Grafik Taktil Tekstur/ Bahan
Kawasan Tekstur/ Bahan
Maklumat Tekstur/ Bahan
Tekstur/ Bahan
Garisan

Maklumat

Simbol Titik

Maklumat

Label dan Petunjuk
Maklumat

Tajuk Grafik: ____________________________ Muka surat: _____________
Teks atau mata pelajaran: ________________________________________

Contoh Perancangan Pembinaan Grafik Taktil

Grafik Cetak Carta Pai

Contoh Pengisian Borang Perancangan Pembinaan Grafik Taktil

Maklumat Tekstur/ Bahan
Kertas pasir
Melayu Kertas beralun
India Jaring
Cina Benang
Lain-lain

Grafik taktil yang telah dibina
Prinsip Umum Penghasilan Grafik Taktil

01 Grafik taktil tidak semestinya disediakan sama seperti grafik asal
atau bahan maujud. Maklumat yang terkandung dalam grafik taktil

perlu jelas dan senang ditafsir oleh pengguna.

02 Pemilihan kaedah yang bersesuaian adalah perlu untuk
menghasilkan grafik taktil yang berkesan. Grafik taktil hendaklah

mesra pengguna.

03 Format penyediaan grafik taktil dan bahan yang digunakan
04 hendaklah selaras dan tekal dalam setiap set buku teks, modul,
bahan bacaan tambahan, soalan ujian dan peperiksaan.

Jika grafik taktil perlu disediakan lebih daripada satu muka surat,
susunan muka surat hendaklah disediakan secara berhadapan
dan berturutan. Helaian grafik taktil perlu diletakkan bersebelahan
dengan helaian teks.

05 Dua grafik taktil yang berlainan perlu disusun secara menegak
pada muka surat yangsama walaupun grafik asal disusun secara

bertentangan.

06 Pastikan terdapat ruang kosong di antara dua grafik pada satu

muka surat yang sama, sebagai contoh grafik perbandingan.

07 Grafik taktil perlu dibina di tengah-tengah kertas salinan pendua
08 (master copy). Tinggalkan ruang kosong dengan lebar sekurang-
kurangnya 2.5 cm di sekeliling kertas pendua tersebut supaya
penyalinan dengan mesin Thermofom dihasilkan dengan
sempurna. Bingkai tidak perlu di sekeliling grafik taktil.

Grafik taktil yang terlalu rumit perlu dipermudahkan. Namun tidak
boleh lari daripada matlamat asal penggunaan grafik tersebut.
Elemen yang tidak relevan perlu diabaikan dan beri penekanan
kepada maklumat yang lebih penting.

09 Elemen pengganggu boleh ditambah dalam rajah untuk menguji
kebolehan dan pengetahuan MBPK menjawab soalan yang

berkaitan dan pembina grafik taktil perlu merujuk kepada guru mata

pelajaran.

10 Perubahan dari segi saiz objek tertentu dan susunan boleh
dibuat jika ini dapat menjelaskan lagi maklumat yang ingin

disampaikan.

11 Rajah keseluruhan harus disediakan dahulu, untuk memberi
gambaran dan rujukan kedudukan ciri-ciri tertentu apabila

diasingkan kepada beberapa bahagian atau lapisan.

12 Rajah 3D boleh diubah kepada 2D. Pilih sudut
pandangan yang sesuai. Walaubagaimanapun,
sesetengah grafik matematik, teknikal dan lain-lain perlu
dikecualikan dan dibina mengikut grafik 3D asal.

13 Pembina grafik taktil harus memastikan tiada kesan gam dan lain-
lain sisa bahan tertinggal di atas kertas pendua. Ini bagi
mengelakkan sisa tersebut timbul semasa proses penyalinan dan
akan dianggap sebahagian daripada rajah.

14 Semua grafik taktil harus disertakan dengan nota
penjelasan jika tidak terdapat dalam teks. Contoh ‘Rajah
berikut menunjukkan….’

15 Grafik taktil harus mempunyai nombor atau tajuk yang ditulis di
16 bahagian atas sama ada di tepi kiri atau tengah, mengikut orientasi
tersebut. Tajuk ini sebaik-baiknya didahului dengan menyatakan
jenis grafik. Contoh, ‘Graf Bar, Carta Pai, Garis Masa’.

Nota penjelasan dan petunjuk perlu ditulis di bahagian atas,
diikuti dengan grafik taktil berkenaan. Jika kekurangan ruang,
satu muka surat yang mengandungi catatan ini harus dikepilkan
secara bersebelahan dengan grafik taktil tersebut.

Prinsip Untuk Melabel Grafik Taktil

Label dapat menjimatkan masa pengguna dan hanya label yang panjang perlu
digantikan dengan huruf serta diterangkan dalam petunjuk.

Huruf-huruf tunggal yang digunakan sebagai label hendaklah ditulis menggunakan
sekurang-kurangnya dua sel. Contoh: a ;a (titik 5,6 dan titik 1), C ,C (titik 6 dan
titik 1,4). Kod Braille juga boleh dipendekkan jika tidak menimbulkan sebarang
kekeliruan. Contoh: RM5.00 @rm#E00 ditulis rm5 sahaja @rm#E

Elakkan menampal label di atas elemen pada grafik taktil kerana ‘kotak’ label
yang terbentuk selepas proses Thermoform akan mengelirukan pengguna.

Label perlu ditulis berdekatan dengan bahagian berkenaan tanpa menggunakan
garis label. Sekiranya garis label digunakan, pastikan bahawa tekstur garis label
tidak terlalu menonjol dan berbeza daripada tekstur garisan lain dalam rajah
tersebut.

Anak panah tidak boleh digunakan sebagai garis label dan garis label harus
mengufuk, dengan panjang di antara 2 cm hingga 4 cm. Label perlu ditulis pada
kertas salinan pendua (master copy) sebelum membina grafik taktil.

Prinsip Penyusunan Petunjuk Tekstur garisan bermula
dari ciri bergarisan di
Tekstur kawasan
bermula dari bahagian bahagian atas rajah atau
atas gambar rajah atau mengikut kepentingan
mengikut kepentingan
ciri.
kawasan.

Simbol huruf atau Simbol titik bermula dari
singkatan mengikut simbol di bahagian atas

susunan abjad. rajah.

Simbol nombor
mengikut susunan

menaik.

Ciri-Ciri Grafik Taktil Yang Berkesan
Garisan, titik, kawasan, ketebalan dan penggunaan jenis tekstur dapat
dibezakan dengan jelas.

Grafik taktil hendaklah sebesar dua tapak tangan pengguna dan mudah
dibaca.

Tidak terlalu banyak maklumat yang dimasukkan ke dalam grafik taktil
yang penting agar pengguna dapat mengesan dan memahami elemen
utama dengan mudah.

Grafik taktil hendaklah mengandungi maklumat yang relevan dengan
kehendak soalan dalam tugasan, ujian atau peperiksaan.

Grafik asal dalam bentuk 3D diubah menjadi 2D dalam bentuk grafik taktil.

Situasi bergambar tidak boleh dihasilkan dalam bentuk grafik taktil
sebaliknya hendaklah dihurai dalam bentuk teks braille. Pengecualian pula
hanya boleh dibuat bagi sesetengah grafik sahaja mengikut keperluan dan
kesesuaian mata pelajaran berkenaan.

Label pada setiap perkara hendaklah ditulis dengan jelas dan seragam.
Secara umum, bahan yang digunakan bagi mewakili ciri-ciri utama perlu
lebih menonjol dari segi ketebalan dan tekstur.

Contoh Grafik Taktil yang Berkesan
Contoh Grafik Cetak: Graf

Contoh Grafik Taktil
BAB 3 : PERALATAN DAN BAHAN MEMBINA GRAFIK TAKTIL
Terdapat pelbagai peralatan dan bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan grafik
taktil. Perkara paling penting yang perlu dititik beratkan ialah daripada segi aspek dalam
pemilihan peralatan dan bahan yang sesuai dengan fungsi. Hal ini kerana aspek
pemilihan peralatan dan bahan yang sesuai akan dapat memastikan penghasilan grafik
taktil yang seragam dan bermakna. Selain itu, grafik taktil yang digunakan oleh individu
ketidakupayaan penglihatan terdiri daripada garisan, titik dan kawasan yang divariasikan
dengan pelbagai tekstur, bentuk dan ketebalan.

Peralatan yang digunakan untuk membina Grafik Taktil:

PERALATAN FUNGSI GAMBAR
Alat Memotong dan Menggunting

i) Gunting Alat memotong dan menggunting
bahan pengajaran seperti gambar
rajah timbul, jadual dan lain-lain
bahan grafik taktil.

ii) Pemotong (Box Cutter) Alat memotong kertas pendua
(master copy)

iii) Pemotong Dawai Alat memotong dawai dan benang

iv) Pemotong Berputar Alat memotong bentuk bulatan
(Rotary Cutter)

v) Set Alatan Mengukir Alat memotong bahan-bahan
(Carving Tool Set) pengajaran seperti gambar rajah
timbul, jadual dan lain-lain bahan
grafik taktil.

vi) Penebuk Lubang Menebuk lubang bahan

vii) Papan / Alas Pemotong Alas memotong bahan-bahan

(Cutting Mat) penghasilan grafik taktil.

i) Set Geometri Braille Alat Melukis dan Mengukur

Membuat garisan menegak &
garisan condong

ii) Pembaris Flexible (Curve Mengukur garisan lurus dan

Line Ruler) garisan melengkung

iii) Roda Surih Alatan menimbulkan garisan

iv) Pelapik Getah Alas yang digunakan bersama roda
surih untuk menimbulkan garisan

i) Penyepit Alat pemegang dan pembentuk
Menyepit bahan grafik taktil

ii) Playar Alat untuk memegang, membentuk,
membengkok bahan grafik taktil

Mesin Thermoform Mesin yang digunakan untuk
menambah bilangan salinan master
copy dengan menggunakan kertas
braillon

i) Suis Mesin Thermoform

Bahagian-bahagian Mesin Thermoform
Menghidup dan mematikan mesin

ii) Bingkai Pengapit Mengapit kertas braillon dengan master
copy

iii) Set Pemanas (Heater) Membekalkan haba untuk membentukkan
grafik taktil

iv) Tombol atau Pemegang Memegang untuk menaik dan menurunkan
bingkai

v) Pelaras Suhu Melaraskan suhu yang diperlukan.

vi) Penentu Masa Melaraskan masa yang diperlukan untuk
membentuk grafik taktil.

vii) Suis Set Semula Pam Menyedut udara keluar daripada bahagian
(Rest Pump) bawah untuk mewujudkan ruang vakum.

Langkah Menggunakan Mesin Thermoform dalam Penghasilan Grafik Taktil
1. Hidupkan suis ON pada mesin thermoform.
2. Laraskan timer dan suhu mengikut kesesuaian.
3. Letakkan master copy diikuti dengan kertas brailon di bahagian atas screen
manifold.
4. Turun dan kuncikan bingkai pengapit serta tarik set pemanas.
5. Biarkan mengikut ketetapan masa dan tekan butang reset pump.
6. Buka semula set pemanas dan keluarkan grafik taktil.
7. Akhir sekali, tekan butang untuk off heat, off timer dan tutup suis mesin.

Bahan yang boleh digunakan untuk membina Grafik Taktil:

BAHAN PEMBINAAN GRAFIK TAKTIL GAMBAR

Benang, Tali dan Dawai

Garisan Roda Surih (Superwheel)

Susunan Manik

Kertas Pasir dan Potongan Kadbod
Butang
Manik

Tebukan Kad dan Kertas Pasir
Kertas Beralun (Corrugated Board)
Kain Kasa dan Jaring

Kad Bod, Kertas Pasir dan Kertas Kad
yang dicetak timbul

Kaedah Pembinaan Grafik Taktil
Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menghasilkan grafik taktil seperti ditunjukkan
di bawah ini. Pembina grafik taktil perlu dilengkapkan dengan peralatan dan perkakasan
bagi menghasilkan grafik taktil yang berkesan.

Kaedah-kaedah bagi penghasilan grafik taktil adalah seperti:

a) Penggunaan kertas mikrokapsul ialah untuk mencetak, menyalin atau
melukis gambar/rajah/jadual dengan menggunakan bahan berkarbon. Bagi
menghasilkan cetakan, kertas mikrokapsul dimasukkan ke dalam mesin
fuser/image enhancer untuk menghasilkan grafik taktil.

b) Penggunaan Perisian Pemprosesan Grafik Taktil. Alat ini hanya digunakan
bagi grafik taktil yang mudah dan tidak kompleks kerana tekstur titik-titik
yang dihasilkan adalah sama.

c) Kaedah gunting dan tampal (cut & paste) menjadi pilihan utama bagi
menghasilkan grafik taktil yang lebih jelas dan berkualiti. Ia dihasilkan
menggunakan pelbagai bahan yang berbeza tekstur yang dipanggil master
copy. Master copy tersebut digunakan untuk menghasilkan salinan grafik
taktil menggunakan mesin Thermoform.

BAB 4: STRATEGI PENGAJARAN GRAFIK TAKTIL
Pemahaman konsep asas adalah penting untuk membaca grafik taktil. Sebahagian daripada ini
termasuk jauh, dekat, di sebelah, di atas, di bawah, bertindih, bersilang, berserenjang dan selari. Ia
juga penting untuk mempunyai kemahiran persepsi taktikal asas penjejakan, diskriminasi antara
simbol yang serupa dan perbandingan. (Willings, 2019). Namun begitu, individu ketidakupayaan
penglihatan perlu diberikan pendedahan serta kemahiran tertentu dalam membaca grafik taktil.
Pendedahan dan kemahiran tersebut boleh diajarkan kepada individu ketidakupayaan penglihatan
dengan strategi seperti dalam Rajah 1.

Name the item Match Mazes Sequence

Spot the Follow the Dot to Dot Tactile
Difference Path Coloring Page

Object Hunt Tactile Puzzles

Rajah 1: Strategi Pengajaran Grafik Taktil

Bagi menjelaskan setiap strategi, berikut diperincikan langkah yang boleh dijalankan untuk
pengajaran grafik taktil:
( buat QR Code utk video/gambar )

1. Name the Item. Apabila dibentangkan dengan grafik taktil bagi item tertentu, berikan
peluang kepada pelajar untuk menamakan item tersebut.

2. Match. Berikan pelajar pelbagai grafik taktil untuk diterokai. Seterusnya, berikan pelajar
satu grafik taktil dan galakkan mereka memilih grafik lain untuk mencari padanan.

3. Mazes. Buat maze grafik taktil dan minta pelajar untuk bermula pada permulaan dan ikuti
laluan hingga ke penamat.

4. Sequence. Buat barisan bagi bentuk dalam corak secara tersusun. Galakkan pelajar untuk
mengenal pasti langkah-langkah seterusnya secara berturutan.

5. Tactile Coloring Page. Berikan pelajar lukisan taktil dan galakkan pelajar mewarna dalam
grafik taktil.

6. Dot to Dot. Cipta aktiviti titik ke titik dengan nombor atau huruf dan galakkan pelajar
menyambungkan titik tersebut mengikut turutan.

7. Follow the Path. Cipta grafik taktil mengikut aktiviti laluan. Minta pelajar untuk mengikut
setiap laluan dan tentukan pada grafik taktil atau perkataan yang pelajar akan sampai.
Minta pelajar mengikut laluan lain untuk menentukan di mana mereka akan tiba.

8. Spot the Difference. Berikan pelajar dua grafik sentuhan yang serupa. Minta pelajar untuk
mengenal pasti perbezaan antara dua grafik.

9. Object Hunt. Buat grafik taktil yang merangkumi pelbagai objek. Galakkan pelajar untuk
mencari kedudukan bagi semua item tersebut.

Tactile Puzzles. Cipta grafik taktil berbentuk gambar bagi sesuatu tema. Potong gambar kepada
beberapa bahagian dan minta pelajar untuk mencantumkannya semula.

4 contoh gambar strategi

Membaca Grafik Taktil
Yang berikut ialah contoh cara membaca grafik taktil.

Cara 1

Sentuh keseluruhan grafik taktil

Cara 2

Sentuh grafik taktil dari atas ke
bawah

Cara 3 Sentuh grafik taktil dari atas ke
bawah, kiri ke kanan, bawah ke atas,
kiri ke kanan dan atas ke bawah.

Buat anak panah
Tukar gambar, tangan ikut gambar
no 2

Contoh-Contoh Grafik Taktil
1. Keratan Rentas Lidah

Gambar Foto Master Copy Grafik Taktil

• Bahagian yang berbeza rasa pada lidah menggunakan tekstur yang berbeza seperti berikut:
Rasa pahit – kertas tebal yang ditimbulkan
Rasa masam – kertas pasir
Rasa Manis – Kertas tebal
Rasa Masin – Jaring Hijau

• Petunjuk diletakkan pada bahagian tepi grafik

2. Gambarajah Ven

Gambar Foto Master Copy Grafik Taktil

• Semua garisan yang bertindih atau bertemu perlu dilekap atas satu sama lain supaya terdapat
titik pertemuan atau persilangan yang jelas

• Semua label perlu ditaip.

• Kawasan yang bertindih perlu ditanda dengan tekstur yang berbeza bagi melambangkan
Kawasan persilangan.

3.Graf Bar

Gambar Foto Master Copy Grafik Taktil

• Jika Graf Bar mempunyai lebih dari satu jenis data, petunjuk tekstur bar yang berbeza perlu
ditulis sebelum graf bar, mengikut susunan pada graf ( kiri ke kanan atau atas kebawah)

• Tekstur bar mesti berbeza daripada tekstur paksi.
• Bagi graf bar yang ringkas boleh juga dihasilkan menggunakan titik-titik braille

4.Kartun,karikatur dan gambar

Contoh 1: Gambar

• Memerihalkan gambar secara ringkas tanpa memberi ulasan terperinci.
• Jika gambar melibatkan perbualan, nyatakan perbualan dalam bentuk dialog.

Contoh : Penerangan dalam teks braille sahaja

Contoh 2: Kartun

Gopa Illustrator : Kartun Majalah Pelita Bahasa
• Grafik taktil tidak perlu dibuat
• Tulis nama kartun dan penulis kartun
• Beri penerangan ringkas bagi setiap gambar kartun

5. Alat-Alat Ukuran
Termometer
• Tanda angka diabaikan dan simbol negatif boleh disingkatkan jika tiada
ruang. Ini perlu dinyatakan dalam nota penjelasan
• Semua senggatan perlu ditaip di luar termometer di sebelah kiri manakala
sukatan atau label ditaip di sebelah kanan
• Jika pengguna diminta membaca suhu pada termometer, termometer
perlu dibesarkan supaya sukatan kecil boleh dibaca. Dalam kes ini, julat
suhu yang ditunjukkan pada termometer boleh dikurangkan.
• Senggatan bagi sela suhu tertentu (contoh 10 atau 5 darjah) perlu
lebih panjang daripada tanda sukatan lain yang ditunjukkan.

Contoh : Pembesaran dan bacaan nilai alat silinder penyukat

- Gambar mata digantikan dengan label “ pemerhati/aras pandangan mata/mata”.
- Guna roda surih untuk membina garisan putus-putus bagi aras pandangan mata
- Garisan dan bingkai untuk menunjukkan pembesaran rajah tidak diperlukan
- Ini digantikan dengan satu anak panah untuk menunjukkan bahagian yang

dibesarkan
- Nota peperiksaan disertakan. Contoh, “ pembesaran yang menunjukkan panas

air dan senggatan ”. Senggatan halus pada rajah asal diabaikan jika
tidak berkenaan.

6. Ukuran
Jika ukuran panjang atau sudut perlu dibuat murid, saiz, panjang, dan ketinggian rajah
perlu diubah suai supaya pembaris, jangka lukis, atau jangka sudut Braille yang sedia ada boleh
digunakan. Contoh, jika unit ukuran terkecil pada pembaris Braille ialah 0.50cm, maka, panjang
garisan yang hendak diukur perlu diubah suai supaya genap kepada 0.50cm

Perbandingan antara saiz alat-alat pengukur braille dan biasa:
Contoh : Alat pengukur

Rajah Sinar

Contoh : Grafik Asal

• Bingkai tidak perlu disertakan.
• Rajah 3D diubah suai kepada 2D.
• Gunakan tekstur yang berbeza untuk menggambarkan sinaran yang bersilang (seperti

benang dengan saiz yang berbeza).
• Gunakan bahan yang tidak menonjol untuk petak (golekan roda surih, kad nipis)
• Gantikan gambar pokok dengan gambar yang ringkas atau anak panah.

ms 62-63

· Bezakan garis sinar (lebih menonjol), paksi utama, dan garis ukuran.
· Garis putus-putus boleh dibina dengan menggunakan roda surih.
· Gantikan mata anak panah pada hujung garis ukuran.
· Bezakan objek dengan imej.
· Titik fokus perlu jelas.
· Dalam situasi ini, kanta/prisma tidak boleh dibina dengan benang (guna kad).
· Mata anak panah garis sinar berbentuk “V”.

7.Elektrik dan Elektronik
· Litar elektrik pandangan 3D perlu diubah suai kepada pandangan 2D.
· Wayar penyambung menggunakan benang atau dawai bunga (tekstur licin, melengkung)
· Komponen dalam litar elektrik mestilah mengikut simbol antarabangsa yang telah ditetapkan.
· Bagi Ammeter, Voltmeter, Galvanometer, Motor, gunakan kertas tebal berbentuk bulat dengan

huruf-huruf A, V, G, M yang bersesuaian digunakan.
· Bagi perintang, gunakan mounting board, kertas pasir, benang yang lebih kasar digunakan untuk

wayar penyambung dalam litar.
· Bagi perintang boleh laras, gunakan benang untuk anak panah condong ke atas.

· Bagi mentol, bulatan kertas tebal denagn benang/dawai diguanakn untuk membentuk di atasnya.

· Bagi sel/bateri, kad tebal atau benang/dawai (yang lebih tebal dari wayar penyambung litar) diguanakn
membuat garisan Panjang dan garisan pendek. Jarakkan di antara satu sama lain supaya mudah dikesan.

· Gunakan label atas kad segiempat tepat sebagai label untuk mewakili alat elektrik lain (contoh: kipas,
loceng) yang disambungkan kepada litar.

· Bagi LED, selain menggunakan garisan kad tebal dan wayar juga boleh digunakan untuk membentuk
symbol dalam litar elektrik.

· Bagi kapasitor berkutub/tanpa kutub, tekstur yang berbeza digunakan untuk kapasitor berkutub dan
tekstur yang sama juga digunakan bagi kapasitor tanpa kutub.

· Bagi suis, bahan yang digunakan untuk membina garisan hendaklah lebih tebal daripada wayar
penyambung dan manik kecil atau kertas pasir untuk membentuk bulatan kecil.

8. Susunan Radas
· Bagi rajah yang mengandungi banyak radas, sesetengah radas boleh diabaikan jika ini tidak
mengganggu pemahaman murid dan matlamat rajah itu.
Contoh. Kaki retort, tungku kaki tiga, permukaan meja, blok dan lain-lain boleh diabaikan.
· Penunu Bunsen digantikan dengan menggunakan anak panah bermata segi tiga bersama perkataan
“panaskan/haba” di bawahnya.
· Simbol cecair tidak ditonjolkan. Gunakan roda surih untuk menghasilkan garisan putus-putus.

· Bagi rajah yang mengandungi banyak radas:
i. Radas boleh dibina dengan membentuk Kawasan objek tersebut daripada kad tebal atau
kertas pasir halus di atas kad. Contoh: bagi kelalang bulat dan kelalang kon menggunakan
kad tebal yang berbeza ketebalan (mounting board, kad manila), termoimeter
menggunakan kertas pasir sederhana.

Contoh: Grafik Asal
ii. Jika radas dalam satu susunan dibina dengan garisan, saiz tali atau benang yang digunakan
boleh divariasikan supaya radas boleh dibezakan.

Contoh: Grafik Taktil

9. Penggunaan Anak Panah
Bentuk dan bahan anak panah yang digunakan dalam grafik taktil seperti siratan makanan, carta
kitaran dan proses perlu konsisten. Gambar-grambar haiwan dan tumbuhan dalam siratan
makanan boleh diwakili oleh kad segi empat yang berlabel. Walau bagaimanapun, rajah haiwan,
tumbuhan dan lain-lain berbentuk 2D dan berlabel, boleh dibina untuk murid tahap rendah,
supaya dapat menarik minat mereka meneroka grafik taktil.

10. Struktur Organ/Sistem/Organisma
Rajah rumit yang menunjukkan pertindihan ciri-ciri boleh diasingkan kepada beberapa bahagian
atau lapisan. Contoh, rajah yang menunjukkan kedua-dua sistem otot dan iystem saraf boleh
diasingkan kepada 2 lapisan, iaitu yang menunjukkan sistem otot dan sistem saraf.

Rajah rumit yang bersudut berpandangan 3D perlu diubah suai kepada beberapa grafik taktil
pandangan 2D daripada perspektif yang dapat memberi maklumat yang bermakna.

11. Rajah Ortograf
Teknik mentafsir rajah seperti ini perlu diajar mengikut teknik yang digunakan dalam
pembinaannya.

Contoh: Grafik Asal

Contoh: Grafik Taktil
• Bahan maujud perlu ditunjukkan kepada pengguna sebelum memperkenalkan grafik taktil ini.
• Rajah ini tidak sesuai dibina dengan menggunakan kiub dalam 3D.
• Guna kaedah pengasingan mengikut lapisan, (dari bawah ke atas, atau kiri ke kanan) dengan
grid berlorek.
• Masukkan nota penjelasan. Contoh: Gambar 3D ini terdiri daripada 3 lapisan kiub. Satu kotak
berlorek mewakili satu kiub.
• Pastikan bahawa grid dapat dikesan selepas lorekan dibuat.

• Namakan arah pandangan seperti hadapan, belakang, kiri, kanan jika perlu.

• Nomborkan lapisan: Lapisan 1 (bawah), Lapisan 2, Lapisan 3 (atas).

Peta dan Peta Topografi
Peta yang mengandungi banyak ciri perlu diasingkan mengikut:
a. Bahagian:

Contoh: Bahagian utara dan selatan, bahagian barat dan timur.

b. Lapisan:
Contoh: Peta pertama menunjukkan ciri fizikal, peta kedua menunjukkan sempadan politik, ibu
kota dan bandar utama, dan lain-lain lagi.

• Peta topografi asal yang lengkap dibuat terlebih dahulu sebagai asas rujukan. Kemudian, satu
atau lebih peta mengandungi ciri-ciri relevan boleh dibina untuk menjawab beberapa soalan
tertentu.

• Nota penjelasan disertakan untuk menerangkan pembahagian yang dilakukan. Contoh, “ Peta
topografi ini telah dibahagikann kepada tiga lapisan. Semua lapisan menunjukkan jalan air.
Lapisan pertama menunjukkan grid, petempatan, bangunan dan jalinan pengangkutan. Lapisan
kedua menunjukkan kontur dan kawasan penanaman … “

• Ciri kawasan (tumbuhan asal, penanaman, perlombongan) ditunjukkan dengan menggunakan
bahan yang mempunyai tekstur atau ketebalan yang berlainan.

• Kekalkan singkatan untuk pandang darat budaya yang ditunjukkan dalam peta topo.

Pandang Darat Budaya
• Singkatan untuk pandang darat budaya

Bil Perkataan Singkatan Simbol Braille
1 Balai polis Bp
2 Sekolah SEk
3 Pejabat Pos PP
4 Klinik Kn
5 Hospital Hosp
6 Balai Raya Br

7 Kedai kd

• Gunakan simbol yang disediakan bagi menyelaras dan meringkaskan simbol-simbol dalam
peta topo.

• Bingkai bagi peta topo mesti dibina, tetapi bagi peta yang lain, pembinaan bingkai mengikut
keperluan dan kesesuaian. Tekstur bingkai mesti berlainan daripada tekstur dalam peta topo
tersebut.

• Mata angin diletakkan di bahagian atas sebelah kanan peta.
• Skala ditulis pada muka surat bersebelahan sebelum petunjuk jika tiada ruang pada muka

surat peta. Namun jika terdapat ruang yang mencukupi, skala dan petunjuk perlu diletakkan
pada bahagian atas sebelum peta.
• Skala perlu diubah suai mengikut saiz grafik taktil yang dibina. Abaikan skala jika tiada
pengukuran diperlukan.
• Garisan grid boleh diabaikan jika tidak berkaitan.
• Kawasan air perlu dibezakan dengan darat (lorekan roda surih). Gunakan tekstur yang tidak
menonjol.
• Saiz simbol pada petunjuk mestilah sama dengan saiz simbol pada peta.

• Ketebalan simbol bahagian atas rumah ibadat hendaklah berukuran sekurang-kurangnya
6mm. Manakala simbol bahagian bawah sekurang-kurangnya 4mm.

• Simbol petempatan hendaklah ditunjukkan dengan segiempat berukuran 4X4mm.

• Bagi simbol pantai berpasir, gunakan manik yang terkecil atau golekan roda surih.
• Bagi simbol kontur, gunakan sekurang-kurangnya dua garisan kontur. Ketebalan saiz benang

yang digunakan perlu berlainan daripada ciri-ciri lain yang berdekatan.
• Simbol bagi menunjukkan tasik, gunakan titik 1.4 yang ditulis di atas kertas master copy.
• Abaikan simbol yang tidak berkaitan dengan soalan atau tidak diperlukan dalam objektif PdP.

Hasil Pertanian

• Pada keadaan tertentu, simbol bergambar hasil pertanian hendaklah ditunjukkan
bergantung kepada keperluan.

• Sempadan kawasan hasil pertanian perlu ditunjukkan secara mengufuk dengan jelas.
• Singkatan ditulis tanpa didahului dengan titik enam.
• Simbol bagi hasil pertanian boleh ditukar kepada huruf braille seperti yang disenaraikan di

bawah:

ms 72-73

Hasil Pertanian Perkataan Simbol Braille
1. nenas nn nn

2. kelapa Kl Kl
3. kopi kp kp
4. Kelapa sawit ks ks
5. getah gt gt
6. Lada hitam lh lh
7. koko ko ko
8. teh th th
9. tebu tb tb
10. padi pd pd
11. jagung jg jg
12. abaka ab ab
13. sekoi se se
14. kapas ka ka
15. Kacang tanah kc kc
16. gandum gd gd
17. Kacang soya ky ky
18. kertau kr kr
19. rumput rp rp

Hasil mineral
Jika terdapat hasil mineral dalam peta topo, singkatan berikut boleh digunakan :

Hasil Mineral Perkataan Simbol Braille
1. 1. Bijih timah bt bt
bo bo
2. bauksit pt pt
3. petroleum Titik 5, e ⠐e
4. emas ts ts
5. tungsten ar ar
6. Arang batu tm tm
7. tembaga be be
8. Bijih besi zi zi
9. zink ku ku
10. kuprum km km
11. kromium ga ga
12. Gas asli pr pr
13. permata ur ur
14. uranium pl pl
15. plumbum pk pk
16. perak mk mk
17. mika nk nk
18. nikel mg mg
19. mangan

PENUTUP

Garis panduan ini dibina untuk menyedia keperluan pembelajaran bagi MBPK Penglihatan bagi
memastikan mereka mendapat pendidikan yang adil dan sama dengan murid diarus perdana.

SENARAI RUJUKAN

Airth, M. (2015). Strategies for Teaching with Braille & Tactile Graphics. Didapati pada 31
Mac 2022, daripada https://study.com/academy/lesson/strategies-for-teaching-
with-braille-tactile-graphics.html

Hasty, L. (2005). Teaching Tactile Graphics. Didapati pada 31 Mac 2022, daripada
https://www.perkinselearning.org/videos/webcast/teaching-tactile-graphics
(terbaru)

Sheryl, B. (2022). What are tactile graphics? Retrieved from
https://www.washington.edu/doit/what-are-tactile-graphics on 16 August 2022.

Suzana, A., Fawzi, F. Y., Jais, I., Muhaimi, M. A. R. (2017). Buku Teks Kemahiran Asas
Individu Ketidakupayaan Penglihatan Tahun 2. Kementerian Pendidikan Malaysia:
Kuala Lumpur

Willings, C. (2019). Tactile Graphics Instruction. Didapati pada 31 Mac 2022, daripada
https://www.teachingvisuallyimpaired.com/tactile-graphics-instruction.html

List to do

1. 4 gambar strategi pengajaran bab 4
2. Carta alir bab 2
3. Gambar rajah grafik taktil bab 5


Click to View FlipBook Version