NAMA : MUHAMMAD NAQUIB ILMI BIN JAMALUDIN
NO MATRIK : 09DRI21F1027
KURSUS : SENI DALAM ISLAM (MPU23082)
KESALAHAN SUSUN ATUR UKIRAN Masalah pembuatan ukiran khat
KHAT yang tidak betul
penggunaannya
Pengenalan
Ukiran Khat Islam, atau ukiran khat Arab, ialah amalan ukiran berseni atau seni ukiran khat dan,
secara tambahan, berkaitan dengan penjilidan (kitab, lebih-lebih lagi Al-Quran), di kawasan
yang berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk kesenian ini berasaskan Arab,
yang untuk tempoh yang lama digunakan oleh semua Muslim dalam bahasa masing-masing
seperti tulisan jawi. Mereka menggunakannya bagi mewakili Tuhan kerana mereka menolak
melambangkan Tuhan menggunakan gambar. Seni khat merupakan seni yang amat disanjungi
di antara seni-seni Islam yang lain kerana ia merupakan salah satu cara utama mengekalkan
keaslian kandungan ayat-ayat suci al-Qur'an selain melalui hafalan para huffaz (penghafal Al-
Quran). Pengharaman mengukir atau melukis rupa makhluk yang boleh membawa kepada
taghut dan penyembahan berhala mendorong perkembangan seni khat dan gambaran abstrak
menjadi bentuk gambaran kesenian utama dalam kebudayaan Islam, terutama dari segi konteks
keagamaan. Karya-karya yang dihasiklan oleh khattat (pakar-pakar khat) dikumpul dan
amatlah dihargai kerana ianya mempunyai nilai yang besar dalam rujukan kaedah-kaedah
penulisan khat.
Seni khat orang-orang Arab, Parsi, dan Empayar Uthmaniyyah dikaitkan dengan motif abstrak
arabes pada dinding dan siling masjid dan juga pada kitab. Ahli seni lukis semasa dalam dunia
Islam memetik warisan khat untuk menulis khat atau pengabstrakan hasil karya mereka.
dalil
Menulis kaligrafi atas rupa makhluk bernyawa adalah sama hukumnya dengan membuat lukisan.
Lukisan makhluk bernyawa adalah dilarang melainkan kerana hajat seperti gambar-gambar untuk
pelajaran dan gambar untuk memberi penerangan atau maklumat dan seumpamanya maka iaitu
dibolehkan.
Gambar-gambar yang bukan termasuk hajat ialah seperti gambar untuk perhiasan.
Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri:
يجوز تصوير غير الحيوان كالأشجار والسفن والشمس والقمر أما الحيوان فإنه لا يحل تصويره سواء كان: الشافعية – قالوا
الفقه على المذاهب الأربعة. عاقلا أو غير عاقل
Ertinya: “Ulama’ mazhab Syafie mengharuskan membuat gambar selain haiwan seperti pohon dan
kapal dan matahari dan bulan. Adapun haiwan maka sesungguhnya tidak halal membuatnya
sama ada yang berakal atau yang tidak berakal,” (Kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah).
Fatwa
Terdapat juga Garis Panduan Kaligrafi Al-Quran yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengawalan dan
Pelesenan Pencetakan al-Qur’an Kementerian Dalam Negeri, antara lain menyatakan:
Dilarang menulis kaligrafi Al-Quran berbentuk makhluk bernyawa atau sebarang bentuk yang boleh
menjatuhkan kesucian Al-Quran;
Latar belakang kaligrafi tidak boleh mengandungi sebarang unsur makhluk bernyawa atau yang tidak
sesuai dengan kemuliaan al-Quran.
Setiap penulisan mestilah sempurna dan mengikut kaedah penulisan kaligrafi Al-Quran;
Khat yang susah dibaca seperti Khat Kufi Murabba’ dan Khat Diwani Jaliyy hendaklah menyertakan
sekali Khat Nasakh bersaiz kecil di bahagian bawah karya tersebut bagi memudahkan pengecaman
masyarakat untuk membaca kaligrafi Al-Quran;
Setiap penulisan mestilah sempurna dari segi maksud ayat dan tidak tergantung dari aspek maksud
ayat. (Lihat Garis Panduan Kaligrafi Al-Quran, hlm. 6-7)
Bukti
-Penulisan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan
dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang.
-Penulisan khat ayat al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan mudah dibaca.
Tulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh
mengelirukan pembaca.
-Tulisan khat ayat-ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh
terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubahnya.
-Tulisan seni khat ayat-ayat al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan
dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah
dilarang. (Lihat Kompilasi Muzakarah MKI 2016 – Jakim, hlm. 210-211)
tujuan Peraturan dalam Jenis khat yang
khat digunakan
Khat orang arab Ukiran khat tegak memanjang Muhaqqaq, Rayhani,
Khat orang melayu digunakan sebagai dan lengkuk yang Tawqi'
perhiasan di masjid luas
dan tempat-tempat
beribadah
Degunakan sebagai langsing dan lentur Thuluth, Naskh, Riqa'
perhiasan di rumah mudah dibaca
dan tempat
beribadah
Contoh ukiran yang dilarang
Video tentang ukiran khat yang betul
Kesimpulan
Berdasarkan kenyataan di atas, kami berpendapat adalah tidak harus untuk menulis dan
mengukir al-Quran dalam bentuk gambar-gambar kerana ia sejuzuk daripada
merendahkan martabat al-Quran. Begitu juga, kerana ia menjadikan banyak tafsiran serta
andaian yang kurang sihat terhadap al-Quran sedangkan al-Quran kitab dan kalam Allah
yang suci lagi mulia, yang wajib dimuliakannya.
Semoga kita menjadi hamba Allah yang benar-benar cintakan al-Quran.