Morfologi Bahasa Melayu INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: 2024 Nama: Najla binti Ahmad Sofian Kumpulan: Pengajian Melayu 3 Tugasan: Penghasilan Produk Kod dan Nama Kursus: BMMB3203 Morfologi Bahasa Melayu Nama Pensyarah: Dr. Mat Salleh bin Mohamad Zain
ISI KANDUNGAN Bunyi Asli Bahasa Melayu Bunyi Bahasa Pinjaman Pembentukan Kata daripada Imbuhan Bahasa Asing 1. Bahasa Sanskrit 2. Arab-Parsi 3. Yunani-Latin-Inggeris Pembentukan Perkataan Baharu Isu Kesalahan Kata dari Sudut Morfologi dalam Pelbagai Sumber Media Cetak Media Elektronik Hak Asasi Menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar Pendidikan : 1. Dialek 2. Percampuran Kod 3. Bahasa Melayu Baku 4. Kata Pinjaman Asing
PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DAN ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI DALAM PELBAGAI SUMBER TUGASAN 2 BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Pembentukan perkataan baharu dan isu kesalahan bahasa dari sudut morfologi adalah aspek penting dalam perkembangan bahasa Melayu. Proses pembentukan perkataan baharu melibatkan penambahan awalan, akhiran, dan penggabungan morfem untuk memenuhi keperluan komunikasi moden. Namun, terdapat cabaran dalam penggunaan perkataan yang betul disebabkan kesalahan morfologi yang sering dinormalisasikan tidak kira dalam media cetak mahupun elektronik. Bukan itu sahaja, penggunaan awalan atau akhiran yang tidak sesuai dengan kaedah morfologi boleh mengakibatkan kekeliruan makna. Oleh itu, kesedaran terhadap norma morfologi perlu ditingkatkan bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan efektif dalam pelbagai konteks komunikasi. Pengenalan
Bunyi Asli Bahasa Melayu Bunyi bahasa atau fonem ialah unit yang terkecil berfungsi dalam sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim et al., (2015). Akibat pertembungan dengan bahasa asing, Bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi bahasa daripada bahasa tersebut. Bunyi bahasa asing dipinjam untuk memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu. Proses pembentukan perkataan baharu melibatkan : Bunyi Bahasa Melayu > Pembentukan Kata > Pembaharuan dalam Bentuk Kata > Sistem Ejaan Perkataan Baharu Bunyi Bahasa Melayu PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Bunyi Bahasa Pinjaman
BUNYIASLIBAHASA MELAYU Vokal Bunyi bahasa yang bersuara tanpa mengalami sebarang sekatan dan udara dari paruparu keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut Terdiri daripada 3 vokal depan, 1 vokal tengah dan 2 vokal belakang. a, e (taling), e (pepet), i, o dan u Bahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli (18 konsonan + 6 vokal) Dua huruf vokal yang disebut dalam satu perkataan. Terdiri daripada au, ai, oi Diftong Konsonan Bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat oleh salah satu alat artikulasi dan udara melalui rongga mulut atau rongga hidung. 18 konsonan asli ialah [p], [b], [t], [d], [k], [g], [c], [j], [m], [n], [ny], [ng], [s], [h], [r], [l], [w], [y]
Cara Sebutan Bibir Gigi-Gusi Lelangit Keras Lelangit Lembut Glotis Letupan p, b t, d - k, g - Letusan - - c, j - - Sengauan m n ny ng - Geseran - s - - h Getaran - r - - - Sisian - l - - - Separuh Vokal w - y - - KONSONAN
10 konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, k, m, n, ng, s, h, r dan l konsonan b, d,g,c dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan pinjaman KONSONAN Konsonan Awal Perkataan Tengah Perkataan Akhir Perkataan p pakaian lipan senyap b buku cubit - t tapir atas sakit d dada lada - k kipas sakit sepak g gelang agar -
10 konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, k, m, n, ng, s, h, r dan l konsonan b, d,g,c dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan pinjaman KONSONAN Konsonan Awal Perkataan Tengah Perkataan Akhir Perkataan c cari kaca - j jubah ajar - m manis rumah kusam n nafas panas telan ny nyanyi kenyataan - ng ngilu angan sayang
10 konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, k, m, n, ng, s, h, r dan l konsonan b, d,g,c dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan pinjaman KONSONAN Konsonan Awal Perkataan Tengah Perkataan Akhir Perkataan s suap kasar kipas h hari bahan lelah r rasa keras tikar l lidah kelat kental w wangi awan - y yoyo bayi -
Terdiri daripada lima huruf dengan enam bunyi Vokal e terbahagi kepada dua iaitu e taling dan e pepet Kedudukan/ Keadaan Lidah Depan Tengah Belakang Sempit i u Separuh Sempit e taling o Separuh Luas e pepet Luas a VOKAL
Kedudukan/ Vokal Awal Perkataan Tengah Perkataan Terbuka Tengah Perkataan Tertutup Akhir Perkataan i itu kira pintu kaki e taling ekor beca bengkak - a ayam parit kantung bola e pepet emak keris kencing - u upah sukar sumbing bulu o opah kolam dompet - VOKALASLI
Terdapat tiga bunyi geluncuran yang disebut diftong iaitu au, ai, DIFTONG dan oi Kedudukan/ Lidah Awal Perkataan Tengah Perkataan Akhir Perkataan ai - ghaib pantai au aurat saudara pulau oi - - kaloi
BUNYIBAHASA PINJAMAN Bahasa Melayu kini tidak terkecuali daripada menghadapi arus perubahan, pembinaan dan pengembangan. Bahasa Melayu mengalami proses peminjaman bunyi bahasa akibat pertembungan dengan bahasa lain. Bahasa Melayu telah menerima sebanyak sembilan konsonan pinjaman yang terdiri daripada satu jenis letupan (q) dan lapan lagi daripada jenis bunyi geseran Daerah/ Cara Sebutan Bibir- Gigi Gigi Gigi- Gusi Lelangit Keras Lelangit Lembut Anak Tekak Letupan q Geseran f, v th, dz, dh z sy kh, gh
Taburan Konsonan Pinjaman Kedudukan/ Konsonan Pinjaman Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata f formal sifir wakaf v varian universiti - th thabit mithal bahath dz/dh dzat/dharab nidzam/hadhir haidh z zaman azam Aziz sh sharat mashhur skuash kh khamis akhir tarikh gh ghaib baghal baligh q qari baqa fariq
Penggunaan bunyi-bunyi pinjaman yang dinyatakan di paparan sebelah merupakan bentuk ejaan yang dieja mengikut ejaan lama. Bunyi-bunyi pinjaman tersebut masih digunakan dalam bentuk ujaran tetapi bunyi-bunyi seperti th, dz/dh, sh dan q kini masing-masing telah ditukar menjadi s, z/d, sy dan k mengikut sistem ejaan Rumi yang baharu. th > s : 1. mithal - misal 2. Thalatha - Selasa Konsonan 3. thalji - salji Pinjaman dz > z : 1. dzalim - zalim 2. dzikir - zikir 3. adzan - azan dh > d : 1. dhaif - daif 2. haidh - haid 3. hadhir - hadir sh > sy : 1. isharat - isyarat 2. shaitan - syaitan masharakat - masyarakat 3. q > k : 1. aqiqah - akikah 2. maqam - makam 3. qadhi - kadi
Bagi menampung kemasukan bentuk- bentuk kata pinjaman terutamanya yang dihubungkan dengan keperluan peristilahan, sistem imbuhan asing telah dipinjam. Proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu telah berlaku iaitu dengan cara meminjam unsur imbuhan bahasa asing sama ada diterima sepenuhnya atau diubah suai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Tidak semua imbuhan asing yang dibawa masuk dalam bahasa Melayu bertindak sebagai imbuhan tetapi sekadar bentuk asing yang dipinjam keseluruhannya sebagai sebahagian daripada unit perkataan. PEMBENTUKAN KATA IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT IMBUHAN DARIPADA ARAB-PARSI IMBUHAN DARIPADA YUNANI-LATIN- INGGERIS
1.Awalan mahaBerfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama serta membawa makna paling/tahap terbesar, tertinggi dan teragung. maha + kata adjektif = dieja berasingan IMBUHAN SANSKRIT IMBUHAN AWALAN 3.Awalan praMenerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum/syarat kepada sesuatu 4.Awalan swaMenerbitkan kata nama yang memberi makna ‘sendiri’. 5.Awalan tunaSering terdapat dalam bahasa Indonesia Menerbitkan kata nama untuk memberi makna tiada atau tidak mempunyai. 2.Awalan tataDigunakan khusus untuk menerbitkan kata nama yang membawa makna suatu susunan atau peraturan 6.Awalan eka-, dwi-, tri-, pancaMenerbitkan kata nama untuk membawa makna bilangan satu, dua, tiga dan lima. 7.Awalan pascaBentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa makna ‘sesudah’
Awalan pasca- pascamerdeka pascasiswazah pascakolonial IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT IMBUHAN AWALAN Awalan eka- , dwi- , tri- , pancaekabahasa dwifungsi tribulan pancaindera Awalan tuna- tunaanggota tunakarya tunawisma Awalan maha- mahaguru mahasiswa maha agung Awalan tata- tatabahasa tatanama tataniaga Awalan pra- prasejarah prasarana prasangka Awalan swa- swadaya swafoto swalayan
Akhiran -wan, -man Akan menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas atau pemilik sesuatu sifat atau keupayaan Akhiran -man digunakan bagi bentuk kata dasar yang berakhir dengan huruf i Akhiran -wan digunakan untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf a Contohnya: 1. seniman 2. budiman 3. cendekiawan 4. budayawan Kini penggunaan akhiran -man dan -wan kurang produktif malah lebih banyak menggunakan perkataan ‘ahli’. Contohnya: 5. Ahli kimia 6. Ahli sejarah IMBUHAN SANSKRIT IMBUHAN AKHIRAN Akhiran -wati, -nita Digunakan sebagai usaha menimbulkan padanan kepada akhiran -man dan -wan. Tujuan: Menimbulkan kategori jantina iaitu - man dan -wan bagi lelaki dan -wati dan -nita bagi wanita. Namun penggunaannya tidak tekal (seniman merujuk lelaki; jelitawan tidak pula merujuk lelaki) Contoh : 1. seniwati 2. angkasawati 3. biduanita 4. karyawanita
Imbuhan Awalan awalan bi- berasal dari Parsi yang bermaksud ‘tidak’ dan digunakan untuk menerbitkan kata adjektif Contoh : bilazim, biadab, binormal Imbuhan Akhiran 1.Akhiran -wi, -i (menimbulkan bentuk kata adjektif) Contoh : duniawi (huruf akhir kata dasar ialah vokal + -wi) azali (huruf akhir kata dasar ialah konsonan + -i) 2. Akhiran -iah (membentuk kata adjektif yang membawa ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contoh: alamiah 3.Akhiran -in, -at, -ah (bentuk-bentuk kata bahasa Arab) Contoh : mukminin, mukminat, salihah IMBUHANARAB-PARSI Pengaruh bahasa Arab-Parsi bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu. Penyerapan unsur imbuhan Arab-Parsi ke dalam bahasa Melayu amat terbatas Dua jenis imbuhan pinjaman Arab-Parsi: 1. Awalan 2. Akhiran
Nota tambahan : Terdapat juga awalan lain sebagai sebahagian dari kata pinjaman seperti hetero-, heksa-, hidro-, homo-, hiper-, infra-, inter-, intra-, iso-, kilo-, makro-, meta-, mikro-, mili-, tele-, multi-, neo-, neuro dan sebagainya Awalan pro- (tanda bersetuju) probarat prokerajaan pro-Amerika IMBUHANYUNANI-LATIN-INGGERIS IMBUHAN AWALAN Awalan anti- (tanda melawan) antipenjajah antibiotik antisosial Awalan poli- (memberi makna ‘banyak’) politeknik poliklinik polifasa Awalan auto- (memberi makna ‘secara sendiri’) auto matik autonomi Awalan sub- (sebahagian dari keseluruhan) subtopik subsistem Awalan supra- (melebihi, mengatasi) supranasional suprasegmen suprasistem
Akhiran -isme sosialisme nasionalisme patriotisme idealisme IMBUHANYUNANI-LATININGGERIS IMBUHAN AKHIRAN Akhiran -ik linguistik saintifik fonemik logistik Akhiran -si revolusi nasalisasi potensi sensasi Akhiran -al praktikal klinikal kritikal empirikal Akhiran -is sistematik praktis pragmatis magis
HAKASASIPENGGUNAAN BAHASAMELAYU Hak: Kebenaran, benar, kuasa untuk berbuat sesuatu. milik dan keupayaan. Asasi: Menjadi dasar, yang menjadi pokok Bahasa Melayu: Semua kaum di Malaysia sejak dahulu telah menggunakan bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu. Bahasa Pengantar Pendidikan: Bahasa yang ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikan di sekolah kebangsaan, sekolah menengah, institut pendiikan tinggi dan sebagainya.
HAKASASIPENGGUNAANBAHASA MELAYU Malaysia telah menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Beclaration of Human Rights). Setiap individu berhak mendapatkan pendidikan. Tahun 1999: Negara-negara menerima pakai revolusi untuk pendidikan berbilang bahasa. Penggunaan sekurang-kurangnya 3 bahasa dalam pendidikan. Bahasa pertama yang dijamin ialah bahasa ibunda. Bahasa kedua ialah bahasa serantau atau kebangsaan. Bahasa ketiga ialah bahasa antarabangsa. HAK ASASI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR PENDIDIKAN
SUMBER KESALAHAN KATA : 1. Media Cetak 2. Media Elektronik Isu kesalahan kata dalam aspek morfologi melibatkan penggunaan struktur kata dan peraturan tatabahasa yang sering disalah gunakan. Isu ini boleh dilihat dalam pelbagai bentuk seperti penggunaan imbuhan yang tidak tepat, ejaan yang salah dan campur aduk struktur ayat. Pemahaman yang mendalam terhadap morfologi bahasa Melayu adalah penting bagi memastikan penggunaan kata dan bahasa yang betul sekaligus memelihara keaslian bahasa kebangsaan. ISUKESALAHAN KATA ISU KESALAHAN KATA : Dialek Percampuran Kod Kata Pinjaman Asing/Perkataan Baharu Kesalahan Ejaan
Kesalahan ejaan melibatkan huruf yang tertukar, penggunaan imbuhan yang salah atau penulisan kata yang tidak mengikut aturan ejaan yang betul. Berdasarkan contoh tersebut, perkataan ‘anjing’ dieja dengan salah iaitu ‘anjir’. Kesan kesalahan ejaan: 1. Merosakkan kejelasan dan makna asli teks Pembaca sukar memahami mesej yang ingin disampaikan. 2. ISU KESALAHAN EJAAN MEDIA CETAK : KERATAN AKHBAR
Apakah kesalahan yang terdapat pada papan tanda tersebut? Terdapat kesalahan ejaan pada papan tanda tersebut. Perkataan ‘kelinik’ tersebut sepatutnya dieja dengan ejaan ‘klinik’. Perkataan ‘klinik’ merupakan ejaan yang tepat. ISU KESALAHAN EJAAN PAPAN TANDA
Apakah kesalahan yang terdapat pada papan tanda tersebut? Terdapat kesalahan ejaan pada papan tanda tersebut. Perkataan ‘merbahaya’ tersebut sepatutnya dieja dengan ejaan ‘berbahaya’. Hal ini kerana kata ‘merbahaya’ tidak wujud dalam kosa kata bahasa Melayu. Kata ‘berbahaya’ membawa maksud mendatangkan bahaya (Kamus Dewan, 2005) ISU KESALAHAN EJAAN PAPAN TANDA
MAKSUD KATA PINJAMAN : ISUKATA PINJAMAN MEDIA ELEKTRONIK: APLIKASI WHATSAPP Kata pinjaman merupakan kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah, bahasa Jawa dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan (2005), kata pinjaman ialah kata yang telah digunakan dalam sesuatu bahasa tetapi berasal dari bahasa lain. ISU KATA PINJAMAN : Berdasarkan tangkapan layar dari aplikasi Whatsapp tersebut, dapat dilihat bahawa perbualan tersebut mengekalkan ciri-ciri kata nama dalam bahasa Inggeris. Contohnya : manager, supervisor dan best Perkataan-perkataan tersebut perlu ditukarkan kepada penggunaan bahasa Melayu seperti (manager-pengurus), (supervisor-penyelia) dan (best-seronok)
Berdasarkan keratan akhbar tersebut, dapat dilihat bahawa penulis menggunakan perkataan baharu iaitu ‘paw’. Istilah ‘paw’ seharusnya digantikan dengan kata ‘meminjam’.’mengambil’ atau ‘merampas’ Selain itu, istilah ‘paw’ juga tidak mempunyai makna dalam kosa kata bahasa Melayu malah sering dinormalisasikan oleh masyarakat sebagai ujaran dalam perbualan harian. ISUPERKATAANBAHARU MEDIA CETAK: KERATAN AKHBAR
Percampuran kod merupakan penggunaan dua atau lebih bahasa sama ada bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sebagainya. Berdasarkan tangkapan layar dari aplikasi Tiktok tersebut, pengguna menormalisasikan percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam penggunaan ayat. Contohnya ; problem dan communicate Perkataan bahasa Inggeris tersebut perlu ditukar dengan penggunaan bahasa Melayu seperti (problem - masalah) dan (communicate - komunikasi) ISUPERCAMPURANKOD MEDIA ELEKTRONIK: APLIKASI TIKTOK
ISUPERCAMPURAN KOD Berdasarkan tangkapan layar dari aplikasi Twitter tersebut, pengguna Twitter tersebut menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam penggunaan ayatnya. Contohnya ; time, birthday, free Perkataan bahasa Inggeris tersebut sepatutnya digantikan dengan perkataan bahasa Melayu yang betul iaitu (time- masa), (birthday - hari lahir) dan (free - percuma). MEDIA ELEKTRONIK: APLIKASI TWITTER
ISUPENGGUNAANDIALEK MEDIA ELEKTRONIK: APLIKASI INSTAGRAM Menurut Kamus Dewan (2005), dialek merupakan suatu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Berdasarkan tangkapan layar dari aplikasi Instagram tersebut, pengguna Instagram tersebut menggunakan dialek Kedah iaitu ‘dan’. Kata ‘dan’ dalam dialek Kedah membawa maksud sempat, masih mempunyai masa untuk melakukan sesuatu. Kata ‘dan’ dalam bahasa Melayu merupakan kata hubung yang menggabungkan ayat atau perkataan. Perbezaan maksud dari segi dialek dan bahasa Melayu membawa kepada kekeliruan terhadap pembaca yang membaca ayat yang menggunakan dialek.
Berdasarkan tangkapan layar dari aplikasi Twitter tersebut, dapat dilihat bahawa pengguna Twitter menggunakan dialek Terengganu yang sukar difahami. Hal ini kerana bukan semua pengguna media sosial berasal dari Terengganu. Penggunaan dialek yang sukar difahami tersebut menyebabkan penyampaian maklumat tidak berkesan. ISUPENGGUNAANDIALEK MEDIA ELEKTRONIK: APLIKASI TWITTER
Kesimpulannya, pembentukan perkataan baharu dan langkah menangani isu kesalahan bahasa dari sudut morfologi memainkan peranan penting dalam memastikan kelestarian dan kesempurnaan bahasa Melayu. Proses pembentukan perkataan yang tepat dan penguasaan norma morfologi adalah kunci kejayaan untuk menjadikan bahasa ini relevan dan responsif terhadap perubahan semasa. Kesedaran terhadap kesalahan morfologi juga perlu ditingkatkan dalam kalangan penutur bahasa Melayu agar dapat memastikan penggunaan yang betul dan efisien dalam komunikasi. Dengan mengambil kira aspek-aspek ini, kita dapat melestarikan kekayaan bahasa Melayu serta memastikan kemampuannya dalam memenuhi keperluan komunikasi dalam pelbagai bidang kehidupan. KESIMPULAN
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015) RUJUKAN Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sekian,Terima Kasih. Menarik halus papan di jawa , Tersergam kukuh di gerbang batu ; Adat berjumpa terpisah jua , Moga berjumpa di lain waktu .