KAD UCAPAN HARI
KEMERDEKAAN
YANG KE-64
Tunku Abdul
Rahman
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah (8 Februari 1903
– 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan
Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan
pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan
Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu
daripada pencapaiannya yang teragung.
Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga
dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan
"Bapa Malaysia".Beliau banyak berjasa kepada
negara dan antara jasa beliau ialah beliau telah
memerdekakan negara Malaysia pada tahun
1957 daripada jajahan British
Damai (Tanahairku Dan Dunia)
Sisa hidup ini hendak kita pelihara
juga tanah, pohon dan buah-buah
juga tulang, daging dan darah
jangan suara jadi parau di musim
kemarau.
Tapi tanah kami sudah kerecikan api
lama bermula, tidak hilang sampai kini
dan meski tawaran damai sudah diberi
orang masih tidak peduli!
Pohon getah dan tanah mengandung
bijih
rebutan manusia daerah asing
kita gali kubur dan masuk berdiam di
dalamnya!
Damai , seruan dan tawaran
damai , untuk tanahairku dan
kemerdekaan
damai , untuk dunia dan
kesejahteraan!
HARAPAN
Saya berharap agar merdeka tahun
2021 ini semua rakyat Malaysia
mempunyai semangat untuk
menyambut Hari
Kemerdekaan.Walaupun kita hanya
menyambutnya di rumah, saya
sebagai seorang remaja perlu
menunjukkan akhlak yang baik
kepada negara dari segi kualiti intelek
dan sahsiah. Kita perlulah mempunyai
semangat patriotik bagi menyambut
Hari Kemerdekaan ini untuk
menghargai jasa yang telah
diperjuangkan oleh orang-orang yang
sanggup menumpahkan darahnya
demi memerdekakan negara Malaysia
ini.