PENTAKSIRAN BERTERUSAN BMMB3203-MORFOLOGI BAHASA MELAYU TUGASAN 2 - PENGHASILAN PRODUK
MASNIZA AYUNI NADIRA BINTI MAHARAM NURJANNATUL IRDINA BINTI AZHURI HAZIQAH HAMIMAH BINTI ZULKARNAIN KUMPULAN 5
PENILAIAN ISU PEMBENTUKAN KATA BAHARU
ISU: Menurut Abdullah (1987), pembentukan kata baharu ini menjadi asing kerana timbulnya kekacauan iaitu suatu norma yang agak seragam, atau suatu dialek bahasa yang digunakan oleh sesuatu golongan penutur untuk perhubungan dan sebagainya. Menurut beliau lagi, bahasa inggeris telah dikenal pasti sebagai pengaruh pertama yang merosakkan bahasa kebangsaan sehingga menyebabkan penggunaan bahasa melayu itu sendiri adalah 'pembentukan kata baharu.'
PENILAIAN ISU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA
ISU: Kesalahan penggunaan kata ini wujud kerana sikap sesetengah masyarakat yang mengambil remeh terhadap bahasa tutur dan komunikasi yang digunakan setiap hari. Isu penggunaan kesalahan kata ini bukan sahaja melalui percakapan, akan tetapi juga wujud melalui penggunaan papan tanda, media sosial, media bercetak, dan sebagainya.
KESALAHAN BAHASA PADA PAPAN TANDA
Analisis Pembentukan Kata Baru : Keterangan: Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Contohnya seperti kaunter pembayaran. Kaunter pembayaran ialah tempat urus niaga dijalankan untuk melakukan pembayaran atau jual beli. Masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'cashier' berbanding 'kaunter pembayaran' untuk digunakan di dalam ayat atau percakapan. Isu kesalahan penggunaan kata : Keterangan: 'Cashier' yang sepatutnya digunakan sebagai kaunter pembayaran.
Analisis Pembentukan Kata Baru : Keterangan: Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Contohnya seperti telefon bimbit. Telefon bimbit ialah alat yang digunakan untuk berhubung dengan orang lain sama ada secara panggilan, mesej dan sebagainya. Masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'handphone' berbanding 'telefon bimbit' untuk digunakan di dalam ayat. Isu kesalahan penggunaan kata : Keterangan: 'Handphone' sepatutnya digunakan sebagai telefon bimbit.
Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Perkataan 'pump' telah diserap ke dalam bahasa melayu dengan ejaan baharu 'pam' Papan tanda ini masih mengeja dengan ejaan bahasa inggeris bagi pam dengan 'pump' kerana kedua-duanya mempunyai bunyi sebutan yang hampir sama. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : 'pump' sepatutnya dieja dengan pam.
PENILAIAN KESELURUHAN KESALAHAN BAHASA PADA PAPAN TANDA Kesalahan bahasa ini didapati daripada papan tanda dan juga iklan yang digunakan dalam kalangan masyarakat dalam kehidupan seharian. Ia adalah aspek pembentukan kata baharu daripada bahasa inggeris . Antara isu kesalahan seperti perkataan 'cashier' dan 'handphone' dimana ia banyak digunakan dalam komunikasi harian masyarakat tanpa mereka sedar bahawa itu adalah sejenis kesalahan dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sepatutnya digunakan ialah kaunter pembayaran bagi 'cashier' dan telefon bimbit bagi 'handphone'. Pembentukan kata baharu disini ialah kaunter pembayaran dan telefon bimbit. Isu kesalahan yang lain ialah berlaku kesalahan ejaan pada perkataan yang telah diserap daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa melayu. Contohnya, perkataan 'pump' yang telah diserap ke dalam bahasa melayu namun, masyarakat masih mengejanya dengan 'pump'. Perkataan yang betul ialah 'pam' dimana pam ialah pembentukan kata baharu dalam bahasa melayu hasil serapan daripada kata pinjaman bahasa inggeris.
KESALAHAN BAHASA MELALUI MEDIA CETAK
Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Contohnya seperti atas talian. Tetapi, masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'online' untuk digunakan di dalam ayat. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : Keterangan: 'Online' yang sepatutnya digunakan sebagai 'atas talian'.
Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Contohnya seperti tempat. Tetapi, masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'port' yang diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris untuk digunakan di dalam ayat. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : Keterangan: 'Port' yang sepatutnya digunakan sebagai 'tempat'.
Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Terdapat dua pembentukan kata baharu seperti majukan dan pesanan. Masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'forward' dan 'message' untuk digunakan di dalam ayat. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : 'forward' yang sepatutnya digunakan sebagai majukan 'message' yang sepatutnya digunakan 'pesanan'
PENILAIAN KESELURUHAN KESALAHAN BAHASA MELALUI MEDIA CETAK Kesalahan bahasa ini didapati daripada media cetak iaitu keratan akhbar dan majalah yang digunakan dalam kalangan masyarakat dalam kehidupan seharian. Ia adalah aspek pembentukan kata baharu daripada bahasa inggeris . Antara isu kesalahan seperti perkataan 'online' , 'message' , 'forward' dan 'port' dimana ia banyak digunakan dalam komunikasi harian masyarakat tanpa mereka sedar bahawa itu adalah sejenis kesalahan dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sepatutnya digunakan ialah atas talian bagi 'online' dan tempat bagi 'port'. Selain itu, 'forward' sepatutnya digunakan sebagai sebar ke hadapan. Pembentukan kata baharu disini ialah atas talian, tempat dan sebar ke hadapan. Isu kesalahan yang lain ialah berlaku kesalahan ejaan pada perkataan yang telah diserap daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa melayu. Contohnya, perkataan 'message' yang telah diserap ke dalam Bahasa Melayu namun, masyarakat masih mengejanya dengan 'message'. Perkataan yang betul ialah 'mesej' dimana mesej ialah pembentukan kata baharu dalam bahasa melayu hasil serapan daripada kata pinjaman Bahasa Inggeris.
KESALAHAN BAHASA MELALUI MEDIA SOSIAL
Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Pembentukan kata baharu seperti 'mesin pencetak'. Masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'printer' untuk digunakan di dalam ayat. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : 'printer' sepatutnya ialah mesin pencetak.
Analisis pembentukan kata baharu: Proses pembentukan kata baharu ini, adalah melalui pinjaman bahasa inggeris dan ada juga, pinjaman penggunaannya sahaja yang dinormalisasikan dalam masyarakat. Contohnya, pembentukan kata baharu seperti 'tular', 'papan tanda', dan 'hubungi'. Namun begitu, dalam contoh yang disertakan ini, pengguna menunjukkan beberapa: Kesalahan penggunaan kata dari sudut morfologi iaitu: 'viral' sepatutnya ialah tular. 'signboard' sepatutnya ialah 'papan tanda' 'call' sepatutnya ialah 'hubungi.'
Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ialah daripada pinjaman kata Bahasa Inggeris. Terdapat tiga pembentukan kata baharu seperti selesaikan, kehidupan dan sibuk Masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'settle' , 'life' dan 'busy' untuk digunakan di dalam ayat. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : 'settle' sepatutnya ialah selesaikan. 'life' sepatutnya ialah 'kehidupan'. 'busy' sepatutnya ialah 'sibuk'.
Analisis Pembentukan Kata Baru : Pembentukan kata baru ini ialah daripada pinjaman bahasa parsi. Pembentukan kata baharu seperti 'bazar'. Masyarakat kini telah menormalisasikan perkataan 'bazaar' untuk digunakan di dalam ayat. Penggunaan ini masih digunakan dalam aplikasi maps dan sebagainya. Keterangan: Isu kesalahan penggunaan kata : 'bazaar' sepatutnya ialah bazar.
PENILAIAN KESELURUHAN KESALAHAN BAHASA MELALUI MEDIA SOSIAL Kesalahan bahasa ini didapati daripada media sosial seperti 'tiktok' , 'whatsapp' , 'twitter' , 'maps' , 'facebook' dan sebagainya yang digunakan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Ia adalah aspek pembentukan kata baharu daripada bahasa inggeris dan bahasa parsi. Antara isu kesalahan seperti perkataan 'viral' , 'printer' , 'signboard' , 'call' , 'settle' , 'life' , dan 'busy'. Ia banyak digunakan dalam komunikasi harian masyarakat tanpa mereka sedar bahawa itu adalah sejenis kesalahan dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sepatutnya digunakan ialah 'tular' , 'mesin pencetak' , 'papan tanda' , 'hubungi' , 'selesai' , 'hidupan' , 'dan 'sibuk'. Namun begitu, penggunaan kata yang betul ini menjadi suatu pembentukan kata baharu dalam masyarakat kini. Isu kesalahan yang lain ialah berlaku kesalahan ejaan pada perkataan yang telah diserap daripada bahasa parsi ke dalam bahasa melayu. Contohnya, perkataan 'bazaar' yang telah diserap ke dalam bahasa melayu namun, masyarakat masih mengejanya dengan 'bazaar'. Perkataan yang betul ialah 'bazar' yang merupakan pembentukan kata baharu dalam bahasa melayu hasil serapan daripada kata pinjaman bahasa parsi.
ANALISIS SECARA KESELURUHAN
Berdasarkan kesalahan-kesalahan bahasa yang telah dinyatakan di atas iaitu kesalahan penggunaan pembentukan kata baharu dan isu kesalahan penggunaan kata yang banyak didapati melalui media sosial, papan tanda dan media cetak. Terdapat banyak penggunaan istilah bahasa asing khususnya dari segi penggunaan kata pinjaman bahasa inggeris dan bahasa parsi dalam penggunaan harian seperti . Tamsilnya, dapat ditinjau melalui penggunaan perkataan di papan tanda iaitu 'cashier' yang sepatutnya 'kaunter'. Hal ini telah menyebabkan timbulnya kekeliruan dan akhirnya menjadi normalisasi dalam masyarakat . Justeru, perkataan ini perlulah dicegah bagi mengelakkan penggunaan campuran istilah bahasa melayu dan bahasa asing. Sehubungan dengan itu, penggunaan istilah-istilah baharu dalam bahasa melayu juga dapat dikenalpasti seperti penggunaan 'message' yang kerap ditemui dalam media sosial bagi tujuan mempromosikan dan sebagainya. Seperti yang kita ketahui, perkataan 'message' merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa inggeris yang telah diserap ke dalam bahasa melayu yang menggunakan sebutan dan intonasi yang sama. Misalnya, perkataan 'message' yang merupakan 'mesej' dalam bahasa melayu. Oleh sebab itu, timbulnya kekeliruan dalam masyarakat kini sehingga melupakan perkataan yang betul dalam penggunaan harian. Ia tampaknya memberi kesan yang sangat buruk untuk bahasa kebangsaan kita serta pengetahuan generasi akan datang.
Sementelahan itu, daripada isu kesalahan yang diperoleh daripada pelbagai sumber sama ada pada papan tanda, akhbar atau media sosial, kesalahan bahasa juga dapat dilihat pada kesalahan ejaannya. Kesalahan ejaannya ini merupakan satu kesalahan umum yang biasa masyarakat kita lakukan. Masyarakat mengeja sesuatu perkataan berdasarkan bunyi sebutannya. Selain itu, mereka juga sering mengeja sesuatu perkataan dengan ejaan bahasa inggeris. Sebagai contoh yang dapat dilihat pada kesalahan pada papan tanda yang dinyatakan sebelum ini, perkataan pam dieja dengan 'pump'. Pump merupakan perkataan bahasa inggeris yang telah diserap ke dalam bahasa melayu dan ditukar ejaannya menjadi pam yang mempunyai bunyi sebutan yang sama dengan 'pump'. Setiap perkataan mesti dieja secara tepat dalam bahasa melayu walaupun membawa maksud yang sama seperti dalam bahasa inggeris. Terdapat beberapa contoh lain seperti mee yang sepatutnya dieja dengan mi serta banyak lagi contoh lain. Setiap kesalahan ejaan perlu diberi perhatian supaya tidak menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan seharian masyarakat dan ia secara tak langsung boleh menjejaskan mutu bahasa melayu kini.
Seterusnya, terdapat juga beberapa perkataan bahasa melayu yang diambil daripada pinjaman bahasa parsi yang telah diubah ejaannya kepada bahasa melayu. Disingkipkan, perkataan-perkataan ini sering ditemui dalam penggunaan media massa seperti google maps, facebook, tiktok dan sebagainya. Misalnya, perkataan 'bazaar' yang diubahsuai melalui bahasa Parsi. Sebaliknya, pembentukan kata baharu atau perkataan yang tepatnya adalah 'bazar'. Penggunaan perkataan ini secara meluas boleh mengakibatkan penumpuan kepada tatabahasa dan sistem ejaan yang betul dipandang remeh. Oleh itu, pihak bertanggungjawab perlu memandang intim terhadap perkara ini dan segera bertindak agar tidak menjadi suatu budaya. Rentetan itu, contoh kesalahan penggunaan kata baharu bahasa inggeris lain seperti yang tertera adalah kesalahan penggunaan perkataan iaitu 'forward' , 'call' , 'signboard' , 'printer' , life' , 'busy' , 'port' , 'online' , 'handphone' , dan 'cashier.' Secara tidak sedar, perkataanperkataan ini akhirnya telah merebut tempat nombor satu penggunaan dalam kalangan masyarakat kini. Sebaliknya, penggunaan perkataan baharunya adalah majukan, hubungi, papan tanda, mesin pencetak, kehidupan, sibuk, tempat, dalam talian, telefon bimbit dan kaunter.
KESIMPULAN Isu ini perlulah dititik beratkan dalam kalangan masyarakat terutamanya masyarakat melayu itu sendiri. Hal ini demikian kerana, ia ibarat permata orang melayu. Jika hilangnya permata, maka tidak teserlahlah keindahan Bahasa Melayu iaitu Bahasa kebangsaan kerana terlalu banyak serapan atau pinjaman daripada bahasa asing.
SEKIAN TERIMA KASIH