The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pavitran14-690, 2022-09-09 14:33:30

RPH RBT TAHUN 4 MINGGU 5

RPH RBT TAHUN 4 MINGGU 5

LAMPIRAN A

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

A. BUTIRAN PdP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
Mata Pelajaran 05 / 08 / 2021
Tarikh 11.30AM – 12.30PM
Masa 4 Kabiler
Kelas 12
Bilangan Murid Reka Bentuk Pembungkusan
Tema M/P Reka Bentuk Pembungkusan
Tajuk Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Menyatakan maklumat pelabelan yang terdapat pada pembungkusan.
Kemahiran/Fokus 2. Menyenaraikan ciri pembungkusan yang baik mengikut kategori produk dengan betul.
Murid telah didedahkan dengan pengetahuan asas berkaitan pembungkusan produk
Kemahiran Sedia Ada 4.1 Reka Bentuk Pembungkusan Produk
Standard Kandungan

Standard Pembelajaran 4.1.2 Menyenaraikan ciri pembungkusan yang baik mengikut kategori produk.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Menyatakan maklumat pelabelan yang terdapat pada pembungkusan dengan betul dan tepat;
2. Menyatakan 5 daripada 7 ciri pembungkusan yang baik mengikut kategori produk dengan betul;
3. Mengelaskan 2 jenis pembungkusan serta 2 cirinya dengan tepat.

Pentaksiran 1. Pentaksiran secara lisan (Quizwhizzer)
2. Latihan (Wordwall)

Tabiat Berfikir (HOM/KBAT) 1. Memahami
2. Mengaplikasi
3. Menganalisis
4. Menilai

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) 1. Kemahiran berfikir – Murid berfikir tentang jenis-jenis pembungkusan dan ciri-cirinya.
2. Sains dan Teknologi – Murid mengambil berat tentang pembungkusan yang tidak mencemarkan alam
sekitar.
3. Keusahawanan.

 EK 1 – Mengamalkan sikap keusahawanan
o 1.2 Peka kepada peluang
o 1.6 Keinginan kepada maklum balas segera
o 1.8 Kesanggupan belajar daripada kesilapan

 EK 2 – Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan

Penerapan Nilai o 2.1 Amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan
Bahan Bantu Mengajar o 2.2 Menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif
o 2.9 Meneruskan peningkatan kualiti idea

4. Nilai murni
5. TMK

 Belajar dengan TMK
 Belajar melalui TMK

1. Rasional.
2. Berfikiran terbuka
3. Bertanggungjawab
4. Dedikasi
5. Menumpukan perhatian

1. Slaid
2. Video
3. Gambar
4. Wordwall
5. Quizwhizzer
6. Reward points
7. Infografik
8. Jigsaw Puzzle
9. Wordsearch

Seni dalam Pendidikan -

B. BUTIRAN GURU 1. Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Insaniah (KI): 2. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

Pedagogi Masa Kini(PMK): 1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
2. Literasi TMK
3. Pembelajaran kontekstual

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Masa (Minit)

Set Induksi Mengimbas kembali topik minggu lepas 1. Guru mengimbas kembali topik minggu lepas iaitu BBM: Slaid, Jigsaw
(8 minit) iaitu pengenalan reka bentuk pengenalan reka bentuk pembungkusan produk kepada Puzzle
pembungkusan produk. murid dengan menunjukkan slaid. KI: Kemahiran
Komunikasi
Memperkenalkan topik pembelajaran hari 2. Guru mengadakan satu permainan iaitu Jigsaw Puzzle PMK: Kemahiran
ini iaitu ciri pembungkusan yang baik dengan murid-murid untuk memperkenalkan topik Berfikir Aras Tinggi
mengikut kategori produk pembelajaran. (KBAT)
EMK: Kemahiran
3. Murid mendapatkan jawapan daripada penyusunan berfikir,
puzzle tersebut. Keusahawanan
TMK: Google Meet
4. Guru mengaitkan jawapan yang diberikan oleh murid Nilai: Berfikiran
dalam permainan Jigsaw Puzzle dengan topik
pembelajaran hari ini.

Terbuka

Langkah 1 Menjelaskan topik pembelajaran iaitu 1. Guru menunjukkan satu gambar yang berlabel BBM: Slaid, Gambar,
(15 minit) maklumat pelabelan yang terdapat pada nombor kepada murid. Wordsearch
pembungkusan. KI: Pembelajaran
2. Guru meminta murid untuk mengingati label-label berterusan dan
nombor yang terdapat dalam gambar tersebut pengurusan maklumat
PMK: Pembelajaran
3. Guru bermain permainan ‘Word Search’ dengan kontekstual
murid.

4. Guru meminta murid untuk mencari perkataan yang EMK: Keusahawanan,
sesuai mengikut gambar yang ditunjukkan dalam Sains dan Teknologi
slaid. TMK: Google Meet
Nilai: Rasional,
5. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi Menumpukan
pelajaran. perhatian

6. Guru menjelaskan tentang maklumat pelabelan
yang terdapat pada pembungkusan.

Langkah 2 Menjelaskan topik pembelajaran iaitu ciri 1. Guru menjelaskan ciri pembungkusan yang baik BBM: Slaid, Video
(20 minit) pembungkusan yang baik mengikut mengikut kategori produk. KI: Kemahiran
kategori produk. Komunikasi,
2. Guru menunjukkan tayangan video berkaitan Pembelajaran
dengan ciri-ciri pembungkusan yang baik mengikut berterusan dan
produk kepada murid. pengurusan maklumat
PMK: Kemahiran
3. Guru mengaitkan video tersebut dengan isi Berfikir Aras Tinggi
pelajaran hari ini. (KBAT), Literasi TMK
EMK: Keusahawanan,
Sains dan Teknologi.
TMK: Google Meet
Nilai: Berfikiran
terbuka, Menumpukan
perhatian

Langkah 3 Penilaian (Quizwhizzer) 1. Guru mengadakan kuiz kepada murid untuk BBM: Slaid,
(10 minit) Latihan (Wordwall) mencatat kefahaman mereka. Quizwhizzer, Reward
Points, Wordwall
2. Guru memberi ganjaran kepada murid dalam KI: Pembelajaran
bentuk ‘Reward Points’ kepada mereka sebagai berterusan dan
peneguhan positif. pengurusan maklumat
PMK: Pembelajaran
3. Guru memberi latihan dalam bentuk Wordwall kontekstual
melalui medium Telegram. EMK: Nilai murni,
Keusahawanan
4. Guru menangguhkan Google Meet bagi murid TMK: Google Meet
teruskan latihan mereka secara ‘offline’. Nilai: Rasional,
Berfikiran terbuka,
Dedikasi

Penutup Rumusan terhadap PdPR. 1. Guru memberi rumusan tentang topik pembelajaran BBM: Slaid, Infografik
(5 minit) hari ini dengan menunjukkan infografik kepada KI: -
murid. PMK: -
EMK: Nilai murni
2. Guru meminta murid untuk menyiapkan tugasan TMK: Google Meet
yang diberi dan mengambil ‘Screenshot’ bukti Nilai:
membuat latihan serta meminta murid hantar dalam Bertanggungjawab
medium Telegram.

3. Guru mengambil gambar dengan murid sebagai
bukti kehadiran pada hari ini.

Catatan Refleksi Pelajar:
Seramai 7/12 orang murid telah mengikuti PdPR secara bersemuka iaitu melalui medium Google Meet kali ini. Tema PdPR hari ini adalah

reka bentuk pembungkusan dan standard pembelajaran yang telah diajar adalah, 4.1.2 menyenaraikan ciri pembungkusan yang baik mengikut
kategori produk.. Secara amnya, saya telah menetapkan tiga objektif pembelajaran pada awal PdPR ini, iaitu pada akhir pembelajaran, murid dapat
menyatakan maklumat pelabelan yang terdapat pada pembungkusan dengan betul dan tepat, menyatakan 5 daripada 7 ciri
pembungkusan yang baik mengikut kategori produk dengan betul dan mengelaskan 2 jenis pembungkusan serta 2 cirinya dengan tepat.
PdPR yang dilaksanakan tepat mengikuti Rancangan Pengajaran Harian(RPH) yang dirancang sebelum PdPR ini. Dengan ini, terdapat beberapa
kekuatan, kelemahan, ramalan kesan dan cadangan penambahbaikan.

Kekuatan yang dikenal pasti pada PdPR hari ini adalah murid sangat seronok untuk belajar topik ini kerana guru menyediakan slaid yang
sangat menarik dan cantik. Guru telah menyediakan slaid dengan menerapkan aplikasi TMK dengan adanya pelbagai animasi dan reka bentuk dalam
slaid tersebut. Guru juga menayangkan video berkaitan topik pembelajaran kepada murid. Dengan ini, murid sangat seronok dan dapat memahami
isi pelajaran dengan lebih jelas. Selain itu, murid juga melibatkan diri secara aktif dalam PdPR yang dilaksanakan pada hari ini. Hal ini demikian
kerana guru mengadakan kuiz iaitu Quizwhizzer kepada murid untuk menilai kefahaman mereka. Ini menyebabkan murid berasa aktif dan sedia
memberi maklum balas kepada guru. Guru memberi ‘Reward points’ kepada murid yang mengikut arahan dengan betul dan juga murid yang memberi
komitmen yang tinggi. Dengan ini, murid berasa gembira dan memberi komitmen dengan baik dengan menjawab soalan yang ditanya oleh guru.
Kekuatan yang seterusnya adalah guru telah memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalam PdPR secara aktif. Ini kerana guru
telah memilih murid secara rawak untuk menjawab soalan. Murid lebih berfokus dalam mata pelajaran semasa guru memanggil nama murid secara

rawak. Guru juga memberi ganjaran kepada murid iaitu peneguhan positif sehingga ia telah memberi motivasi kepada para murid sehingga mereka
ingin mencuba tanpa guru memanggil nama.

Walaupun terdapat banyak kekuatan dalam PdPR ini, terdapat juga kelemahan dalam PdPR yang dilaksanakan. Pertama sekali, guru tidak
merancang PdPR dengan teratur dan strategik. Hal ini demikian kerana, masa yang diambil untuk bermain permainan Wordsearch adalah lebih lama
dan menyebabkan kesuntukkan masa untuk menghabiskan kelas. Guru tidak menetapkan masa untuk permainan tersebut menyebabkan murid
mengambil masa yang lama untuk menjawab permainan tersebut. Selain itu, guru juga menghadapi masalah apabila murid tidak menutup suara
selepas menjawab soalan atau permainan tersebut. Ini menyebabkan guru tidak selesa untuk meneruskan pembelajaran dan meminta murid yang
berkenaan untuk menutup suara mereka.

Ramalan kesan adalah objektif pembelajaran yang digariskan telah dicapai. Ini kerana hampir semua murid telah memahami perkara yang
disampaikan oleh guru dan murid juga dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru dengan betul. Murid juga telah menguasai tahap 1, 2, 3 dan 4
dalam topik ini kerana mereka menunjukkan kefahaman mereka dalam standard pembelajaran ini dengan baik. Dengan ini, guru boleh mengajar
murid standard pembelajaran yang berterusan kerana murid sudah faham dan telah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Murid juga boleh
mengaitkan ilmu yang mereka belajar daripada PdPR hari ini dalam kehidupan seharian mereka.

Cadangan penambahbaikan yang boleh diambil adalah guru perlu membuat perancangan yang lebih baik dan sistematik semasa membuat
RPH dan perlu peka tentang masa semasa mengajar. Guru mesti menganggarkan masa denga lebih tepat supaya tidak berlaku kesuntukkan masa
semasa mengajar dalam PdPR. Guru perlu menggunakan timer untuk permainan supaya tidak mengambil masa yang lama. Guru juga perlu meminta
murid untuk membuka suara mereka untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru dan meminta murid untuk menutup suara selepas menjawab
soalan. Dengan ini, guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid tersebut apabila menjawab dalam Google meet secara spontan dan
juga boleh melaksanakan PdPR dengan lancar.

Secara keseluruhannya, PdPR pada hari ini berjalan dengan lancar dan memberi banyak pengalaman kepada saya. Saya juga telah membina
hubungan yang baik bersama murid pada kali ini dan belajar untuk belajar. Sebagai seorang guru, saya perlu lebih kreatif, berusaha dan selalu
bergerak aktif dengan jiwa pendidik.

Catatan Guru Pembimbing:

Catatan Pensyarah Penyelia:


Click to View FlipBook Version