Pembentukan kata ganda Oleh ; nur aleeya natasya binti mohd azhan
Konsep dan definisi Bentuk kata ganda terhasil daripada proses menggandakan kata dasar .Dalam proses demikian , kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau separa . Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak , iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu .
tiga jenis penggandaan penggandaan penuh penggandaan separa penggandaan berentak
Penggandaan penuh Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak
penggandaan penuh kata tunggal meja-meja ayat-ayat buku-buku tadika-tadika rumah-rumah budak-budak sekolah-sekolah cerpen-cerpen
penggandaan penuh kata berimbuhan pemimpin-pemimpin pembesar-pembesar pelatih-pelatih kekasih-kekasih amalan-amalan dapatan-dapatan jualan-jualan ajaran-ajaran persatuan-persatuan permainan-permainan kementerian-kementerianpertandinganpertandingan a) dengan awalan : b) dengan akhiran c) dengan apitan
penggandaan separa Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja . Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan .
penggandaan separa kata tunggal laki pohon gelang tikus siku lelaki pepohon gegelang tetikus sesiku
penggandaan separa kata berimbuhan a) dengan awalan b) dengan akhiran kata kerja : ber- : berlari-lari ter-: tersenyum-senyum di- : ditanya-tanya meN- : (a) mencari-cari / (b) cari - mencari kata nama : -an : sayur-sayuran kata kerja : -kan : risik-risikkan -i : amat-amati
penggandaan separa kata berimbuhan c) dengan apitan kata kerja : ber-..an : bersalam-salaman meN-..kan : mendewa-dewakan meN..i : mengawas-awasi di-..-kan : dimanja-manjakan di-..-i : dibayang-bayangi
Penggandaan berentak Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu . Dalam penggandaan berentak , seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah . Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian , maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis , iaitu : i) Penggandaan berentak pengulangan vokal ii)Penggandaan berentak pengulangan konsonan iii)Penggandaan berentak bebas
penggandaan berentak pengulangan vokal Penggandaan jenis ini ialahj penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu , iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal . Contohnya : a) kata nama : kuih-muih , lauk-pauk , sayur-mayur ; b) kata kerja : cerai-berai , gotong-royong ; c) kata adjektif : hiruk-pikuk
penggandaan berentak pengulagan konsonan Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu . Contohnya : a) kata nama : batu-batan , gunung-ganang , suku-sakat ; b) kata kerja : dolak-dalik , huyung-hayang , mundar-mandir ; c) kata adjektif : huru-hara , kontang-kanting , kucar-kacir
penggandaan berentak bebas Penggandaan jenis ini ialahj penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan . Contohnya : a) kata nama : anak-pinak , saudara-mara ipar-lamai ; b) kata kerja : ulang-alik ; c) kata adjektif :lintang-pukang , remeh-temeh , simpang-siur
sekian terima kasih