The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAKAIAN KASUAL - BLAUS KERTAS PENERANGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR HASLINDA, 2021-03-24 12:42:55

PAKAIAN KASUAL - BLAUS KERTAS PENERANGAN

PAKAIAN KASUAL - BLAUS KERTAS PENERANGAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA TA-011-1-2012
PROGRAM PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

TAHAP TAHAP SATU (1)

NO. DAN STANDARD SK01/A - PAKAIAN KASUAL
KANDUNGAN (BLAUS)

NO. DAN STANDARD 1.1 PENGENALAN
PEMBELAJARAN 1.2 MENGAMBIL UKURAN BADAN
1.3 MENDRAF POLA
1.4 MENGGUNTING FABRIK
1.5 MENJAHIT PAKAIAN
1.6 ACU / SUAI BADAN
1.7 KEMASAN AKHIR / KEMAS SIAP

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/ Muka : 01 Drp : 20
1/1

TAJUK : PAKAIAN KASUAL - BLAUS

TUJUAN :

Kertas ini menerangkan tentang :

1. Maksud, ciri , stail dan kegunaan blaus
2. Jenis dan kegunaan bahan dan alatan melakar blaus

3. Jenis-jenis fabrik dan blaus
4. Kaedah melakar stail pakaian
5. Proses menghasilkan blaus

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 2 Drp: 19

PENGENALAN:

Pengenalan pakaian kasual

1. Pakaian kasual ialah pakaian harian yang tidak formal. Biasanya pakaian ini
dipakai semasa melakukan aktiviti luar seperti bersiar, bersukan atau membeli
belah. Stail pakaian kasual adalah ringkas, kemas, tahan lasak dan selesa dipakai.
Pakaian ini mudah dikendalikan .Fabrik kapas dan kapas campuran bercorak
sederhana sesuai untuk dibuat pakaian kasual.

2. Contoh pakaian kasual adalah blaus, slek dan skirt.

3. Ciri-ciri pakaian kasual adalah seperti :
i. mudah serap peluh ,tahan lasak
ii. ringkas, longgar dan memudahkan pergerakan

4. Stail blaus ( kolar lurus, lengan padanan rata, belah kelepet sama lebar )

5. Stail Skirt (ikatan pinggang, belah berzip, lisu pemadan, kelepet lurus)

6. Stail slek (ikatan pinggang kombinasi, belah berzip, lisu pemadan, kelepet lurus)

Pengenalan pakaian blaus kasual

Blaus ialah sehelai pakaian yang dipadankan dengan skirt, slek atau sarung. Blaus
sesuai dan selesa dipakai setiap hari untuk bersantai dan aktiviti lain. Penggunaan fabrik
yang berkualiti menjadikan sipemakai lebih berketrampilan,kemas dan anggun. Blaus juga
boleh dijadikan pakaian formal dan sesuai dipakai dalam majlis rasmi.

1. Stail Blaus

Belah kelepet sama lebar
Kolar lurus
Lengan padanan rata
Kelepet
Butang dan lubang butang

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 3 Drp: 19

CIRI STAIL PAKAIAN KASUAL

Butang dan Kolar lurus
lubang butang
Lengan
padanan
rata

Belah Kelepet
kelepet sama
lebar

Lakaran stail menggunakan croquis

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 4 Drp: 19

1. Contoh - contoh blaus

Gambar pelbagai variasi blaus

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 5 Drp: 19

2. Pemilihan Bahan

Pemilihan fabrik dan bahan yang tepat sangat penting supaya dapat
menghasilkan pakaian yang menarik dan selesa dipakai.

(i) Fabrik yang sesuai untuk blaus ialah fabrik kapas campuran, poliester,
sifon kapas linen , voile dan korduroy.

Contoh - contoh fabrik

(ii) Pilih benang yang bersesuaian dengan jenis dan warna fabrik.
(iii) Jika tidak ada warna benang yang sama dengan fabrik, pilih warna yang

gelap sedikit daripada warna fabrik.
(iv) Jika fabrik bercorak, pilih warna benang yang sesuai dengan warna

utama pada corak fabrik.
(v) Benang yang dipilih longgar, mudah putus, tidak diglis dan mudah

ditanggalkan digunakan untuk menjahit jelujur.
(vi) Benang yang kukuh dan berkilat sesuai untuk menjahit semua jenis

fabrik.
(vii) Bahan hiasan seperti labuci, manik, sulaman,pita brid dan pita sika siku

boleh dijahit pada blaus supaya pakaian lebih cantik dan menarik.
(viii) Pelbagai jenis butang.

Contoh-contoh butang

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 6 Drp: 19

Kajian fabrik (peta pokok)

Buah kapas Ulat sutera

Batang fleks Bulu biri-biri

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 7 Drp: 19

Ciri-ciri gentian asli sumber tumbuhan

1. Kukuh dan bertambah kukuh apabila basah
2. Mudah menyerap lembapan
3. Selesa dipakai
4. Pengalir haba yang baik
5. Tidak kenyal dan mudah renyuk
6. Tahan pada suhu tinggi dan sinaran cahaya matahari
7. Tahan pada asid lemah dan alkali

Ciri-ciri gentian asli sumber haiwan
1. Kukuh tetapi lemah apabila basah
2. Daya penyerapan baik
3. Selesa dipakai kerana lembut
4. Pengalir haba yang baik
5. Tidak mudah renyuk
6. Rosak oleh suhu tinggi dan alkali

Ciri-ciri gentian buatan
1. Kukuh tetapi lemah apabila basah
2. Menyerap sedikit lembapan dan mengalami elektrostatik
3. Tidak selesa dipakai
4. Penebat haba yang baik
5. Kenyal dan tidak mudah renyuk
6. Suhu sederhana
7. Tahan pada cahaya matahari
8. Tahan pada asid dan lemah pada alkali

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 8 Drp: 19

TEKNIK DAN PERATURAN MENGAMBIL UKURAN BADAN

Di ambil oleh orang lain (ukuran yang tepat)
Pakai pakaian yang ringkas dan pakaian asas yang selesa
Berdiri tegak
Tanda ukuran pinggang - ikat pinggang
Gunakan pita ukur yang kukuh dan jelas nombornya
Pakai kasut yang sesuai dengan fesyen yang hendak dibuat
Ukuran tidak terlalu ketat atau longgar
Rekod ukuran (melintang diikuti menegak)

MENGAMBIL UKURAN BADAN

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 9 Drp: 19

Panduan mengambil ukuran badan

Bahagian Cara mengukur
Ukur keliling pangkal leher
a Leher
Ukur dari sendi bahu kanan ke sendi bahu kiri
b Bahu
Ukur keliling dada melaui mercu dada
c Dada
Ukur dari pangkal ketiak kanan ke pangkal ketiak kiri
d Bidang hadapan
Ukur dari pangkal ketiak kiri
e Bidang belakang
Ukur keliling pinggang
f Pinggang
Ukur jarak dari mercu kanan ke mercu kiri
g Jarak mercu dada
Ukur keliling punggung melalui bahgian yang paling
h Punggung besar
Ukur keliling hujung lengan
i Keliling hujung lengan
Ukur dari pangkal leher ke mercu dada
j Bahu ke mercu dada
Ukur dari pangkal leher ke garis pinggang
k Garisan tengah
belakang Ukur dari garis pinggang hingga ke paras labuh yang
dikehendaki
l Labuh Ukur dari pangkal leher ke labuh yang dikehendaki

m Labuh baju Ukur dari sendi bahu ke pergelangan tangan

n Labuh lengan

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 10 Drp: 19

JADUAL UKURAN BADAN

Bil. Bahagian badan Ukuran Lakaran Fesyen
(cm)

1 Leher

2 Dada

3 Pinggang

4 Punggung

5 Bahu

6 Bidang Hadapan

7 Jarak mercu

8 Bidang belakang

9 Keliling hujung
lengan

10 Jarak bahu ke
mercu dada

11 Garisan tengah
belakang

12 Labuh baju

13 Labuh lengan

14 Labuh punggung

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 11 Drp: 19

PENYEDIAAN FABRIK

Penyediaan fabrik dilakukan sebelum menggunting untuk mendapatkan hasil kerja yang
berkualiti.

Untuk fabrik yang licin, permukaannya
lebih berkilau, lebih licin dan lebih
lembut.

(i) Kenal pasti sebelah luar fabrik. Untuk fabrik bertekstur, tekturnya lebih
jelas.

Tenunan fabrik lebih licin dan jelas.

Tepi fabrik lebih kemas.

Corak fabrik lebih jelas.

(ii) Luruskan kedua-dua hujung fabrik Tulisan tentang keterangan mengenai
supaya fabrik boleh dilipat dengan fabrik lebih jelas.
tepat.
(i) Dengan mengoyakkan fabrik

Cara ini sesuai untuk fabrik yang tegap
tenunannya.

Snip pada tepi fabrik dan rentap dari
bahagian yang disnip hingga ke tepi fabrik.

(ii) Dengan menarik benang pakan

Cara ini sesuai untuk fabrik yang tegap
tenunannya.

Snip pada tepi fabrik dan rentap dari
bahagian yang disnip hingga ke tepi fabrik.

(iii) Dengan menggunting pada garisan fabrik

Cara ini sesuai untuk fabrik yang ditenun
dengan corak jalur dan berpetak.

Snip pada tepi fabrik dan rentap dari
bahagian yang disnip hingga ke tepi fabrik.

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 12 Drp: 19

(iii) Luruskan ira fabrik supaya pakaian Tarik fabrik hingga fabrik itu rata dan penjuru
yang dijahit akan tergantung dengan fabrik lurus dan tepat.
elok.

(iv) Kecutkan fabrik. Fabrik kapas perlu dikecutkan sebelum
digunting untuk mengelakkan pakaian daripada
berubah bentuk dan menjadi ketat.

(v) Periksa kecacatan pada fabrik. Jika terdapat kecacatan pada fabrik seperti
warna atau corak fabrik tidak seragam, tidak
jelas atau terkoyak, tandakan bahagian itu
dengan kapur tukang jahit supaya bahagian itu
dapat dielakkan ketika menyusun atur pola.

(vi) Pastikan corak fabrik. Perhatikan corak fabrik sama ada corak
seluruh, sehala, sibar atau corak genggang. Ini
akan memudahkan kerja menyusun atur pola
pada fabrik.

(vii) Ratakan fabrik. Fabrik yang berkedut dan mempunyai kesan
lipatan perlu digosok dengan seterika supaya
pola terletak rata pada permukaan fabrik dan
kepingan fabrik digunting dengan tepat.

MENDRAF POLA

Peraturan mendraf pola

Gunakan ukuran yang telah dicatat.
Gunakan meja mendraf yang rata dan bersih.
Peralatan mendraf berkeadaan baik dan bersih. Tanda keterangan yang terdapat
pada alat adalah jelas.
Gunakan peralatan dengan teknik yang betul.
Kertas mendraf bersih dan rata.
Pensel mendraf tajam dan mencukupi.
Draf pola dengan tenang.

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 13 Drp: 19

Teknik menggunakan alat

Kedudukan alat mendraf semasa membentuk garisan

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 14 Drp: 19

(iv). Tanda Pola Simbol Keterangan
Nama Tanda ini di letak mengikut ira lurus selari
dengan tepi fabrik.
Ira lurus
Tanda ini hendaklah diletak pada lipatan
Tanda lipatan fabrik.

Tanda imbang Tanda ini memberi panduan apabila
mencantum kepingan fabrik sebelum
Garis pemadan kepingan tersebut dijahit.

Basi kelim basi kelim Kepingan fabrik hendaklah dijahit pada garis
Garis Gunting ini apabila kerja mencantum dilakukan.
Lisu pemadan
Ruang di antara garis menggunting dan garis
pemadan yang berjarak 15mm hingga 20mm.

Fabrik hendaklah digunting pada garisan ini.

Lisu pemadan hendaklah dijahit tepat
mengikut garisan ini.

GTH GG Garis Tengah Hadapan
GTB
GL T T G Garis Tengah Belakang
H B L Garis Lipatan
Arah menjahit
Anak panah menunjukkan arah pakan atau
arah lipatan lisu.

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 15 Drp: 19

SUSUN ATUR POLA
Kerja menyusun atur pola haruslah dirancang dengan baik untuk menjimatkan
fabrik dan masa.

Peraturan menyusun atur pola :

1. Ratakan pola yang berkedut.
2. Kenal pasti dan patuh pada arahan, maklumat dan label pola.
3. Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata.
4. Pola yang mempunyai tanda lipatan perlu diletak pada lipatan fabrik.
5. Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik.
6. Susun atur kepingan pola besar dahulu, diikuti dengan kepingan pola

kecil.
7. Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas.
8. Susun pola sehala pada fabrik corak sehala, fabrik nep dan fabrik pail.
9. Padankan fabrik corak genggang atau fabrik jalur pada kelim.

TEKNIK MENGGUNTING FABRIK

Semasa menggunting fabrik , beri perhatian kepada peraturan berikut:
1. Pastikan fabrik berada di atas permukaan yang rata.
2. Gunakan gunting fabrik yang tajam.
3. Apabila menggunting fabrik , letakkan satu tangan di atas pola.
4. Gunakan mata gunting sepenuhnya semasa menggunting bahagian lurus dan

gunakan bahagian hujung mata gunting sahaja untuk menggunting bahagian
kecil dan melengkung.
5. Pastikan mata gunting yang runcing berada di atas meja semasa menggunting
fabrik.
6. Jangan angkat fabrik semasa menggunting fabrik.
7. Gunakan bahagian mata gunting yang runcing untuk menggunting tanda
imbang.
8. Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi.
9. Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola untuk mengelakkan kesilapan
mencantum kepingan bahagian pakaian.

TEKNIK MENANDA FABRIK

Sebelum menanggalkan pola, tanda pola perlu dipindahkan ke sebelah dalam
fabrik. Tanda pola perlu dipindahkan dengan tepat dan jelas untuk memudahkan
kerja memadan dan menjahit pakaian.

(i) Roda surih dan kertas karbon tukang jahit
Cara ini sesuai untuk fabrik legap dan tenunan fabrik tegap.
Cara ini tidak sesuai untuk fabrik halus dan jarang.
Pilih warna kertas karbon yang sepadan dengan warna fabrik.

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 16 Drp: 19

Letakkan sekeping kadbod di bawah fabrik semasa menanda untuk

mengelakkan kerosakan pada permukaan meja.

Letakkan permukaan berkarbon pada sebelah dalam fabrik.

Gunakan pembaris sebagai panduan apabila memindahkan tanda garis
lurus.

(ii) Jelujur tanda

Cara ini sesuai untuk fabrik jarang, halus, lembut dan gebu.
Cara ini menggunakan dua lembar benang.

Teknik ini mengambil masa yang lama.

(iii) Kapur tukang jahit

Cara ini sesuai untuk fabrik bertenun tegap.
Pilih warna kapur tukang jahit yang sesuai dengan warna fabrik.
Pastikan bahagian tepi kapur tajam supaya tanda pola dipindahkan dengan
tepat dan jelas.
Ini adalah teknik menanda yang cepat.

(iv) Jahit jelujur

Gunakan satu lembar benang.
Jahit jelujur digunakan untuk memindahkan tanda pola yang sedia ada pada
sebelah dalam fabrik ke sebelah luar.
Jahit jelujur digunakan untuk menanda GTH, GL atau kedudukan kocek.

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 17 Drp: 19

LANGKAH MENJAHIT BLAUS

1. Sedia dan jahit belah kelepet sama lebar pada GTH.
2. Cantum kelim bahu dengan kelim belah kangkung.
3. Sedia dan jahit kolar lurus pada garis leher.
4. Cantum kelim sisi blaus dengan kelim belah kangkung .
5. Sedia dan cantum lengan padanan rata ke keruk lengan.
6. Jahit kelepet pada hujung blaus.
7. Jahit butang dan lubang butang pada belah badan hadapan.

TEKNIK MENEKAN

Proses menekan adalah satu langkah kerja yang penting apabila menjahit pakaian. Ia
perlu dilakukan untuk mendapat hasil kerja yang elok, kemas dan professional.
Menekan sambil menjahit akan memudahkan kerja menjahit dan memberi bentuk yang elok
pada pakaian. Gunakan alat menekan yang betul dan sesuai apabila menekan
pakaian. Anda perlu gunakan seterika wap, bod menekan dan fabrik menekan. Press mitt
diperlukan apabila menekan bahagian melengkung.

Press Mitt

Fabrik menekan

seterika wap

wooden clapper

bod lengan

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 18 Drp: 19

Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menekan:

1. Gunakan suhu seterika yang sesuai dengan jenis fabrik.
2. Gunakan sekeping perca fabrik dan uji terlebih dahulu kesan suhu seterika dan

wap ke atasnya. Suhu seterika yang terlalu panas akan mencairkan fabrik,
wap yang berlebihan akan mengedutkan fabrik dan tekanan yang berlebihan
memberi kesan pada sebelah luar fabrik.
3. Tekan fabrik dari sebelah dalam untuk mengelakkan kesan kilat pada sebelah
luar fabrik. Gunakan fabrik menekan apabila menekan pada sebelah luar
fabrik.
4. Tekan mengikut ira fabrik supaya fabrik tidak regang. Jangan tarik fabrik pada
bahagian melengkung.
5. Tanggalkan peniti sebelum menekan untuk mengelak kesan pada fabrik dan
kerosakan pada seterika.
6. Gunakan press mitt apabila menekan bahagian berbentuk dan melengkung
untuk mengekalkan bentuknya.

MEMBUAT PENGIRAAN KOS
Pengiraan kos bagi menjahit blaus
A.Kos bahan

Bil Bahan Kuantiti digunakan Kos seunit Jumlah
1
2
3
4
5
6
7

Jumlah

B. Kos Upah
Kos upah = __________orang X __________jam X RM______
RM__________

C. Kos Sampingan

i. Elektrik = RM _______
ii. _______ = RM _______
iii.________ = RM _______

D. Kos Projek = Kos bahan + Kos Upah + Kos Sampingan
= RM_________ + RM __________ + RM__________

Jumlah Kos Projek = RM__________

NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/P/1/1 Muka: 19 Drp: 19

RUJUKAN :

1. Zaitun Zakiah Binti Mohd Noor, Norzaini Binti Abdul Ghani, Nawawi Bin Mohd Jan
(2005), ”Membuat Pakaian”, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Lamah Binti Abdul Ghani, Azmawati Binti Abdul Aziz, Wan Norliani Binti Wan Jusoh
(2005), ”Pola Pakaian” , Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Azmawati Binti Abdul Aziz, Zaitun Zakiah Binti Mohd Noor dan Lamah Binti Abd Ghani
(2002), ”Pengajian Pakaian Tingkatan 4” , Kuala Lumpur , Edusystem Sdn. Bhd.

4. Mariam Abu Bakar (1998), ”Panduan Membuat Pakaian” , Kuala Lumpur , Karya Bistari
Sdn. Bhd.

5. Reader’s Digest (1998), ”Complete Guide To Sewing” , Pleasantrille , The Reader’s
Digest Associatian. Inc.

6. Singer (1999), ”The Complete Photo Guide To Sewing” , Minnesota , Creative
Publishing International.

7 Dewan Bahasa dan Pustaka (1992), Glosari Seni Reka Fesyen , Kuala Lumpur,
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.


Click to View FlipBook Version