BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS TUGASAN
KOD DAN NAMA TA-011-1-2012
PROGRAM PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
TAHAP TAHAP SATU (1)
NO. DAN STANDARD SK01/A - PAKAIAN KASUAL
KANDUNGAN (BLAUS)
NO DAN STANDARD 1.1 PENGENALAN
PEMBELAJARAN 1.2 MENGAMBIL UKURAN BADAN
1.3 MENDRAF POLA
1.4 MENGGUNTING FABRIK
1.5 MENJAHIT PAKAIAN
1.6 ACU / SUAI BADAN
1.7 KEMASAN AKHIR / KEMAS SIAP
NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/T/1/1 Muka : 1 Drp : 4
TAJUK : PAKAIAN KASUAL - BLAUS
TUJUAN :
Kertas tugasan ini bertujuan untuk menguji pengetahuan murid mengenai.
1. Langkah kerja menghasilkan blaus
2. Tanda-tanda pada pola
3. Alatan yang sesuai untuk mendraf, mengukur, menggunting dan menjahit
blaus.
4. Proses menjahit dan menekan proses jahitan dan pakaian siap.
NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/T/1/1 Muka: 2 Drp: 4
ARAHAN :
Jawab semua soalan di bawah merujuk Kertas Penerangan K-012-1 / SK04 / A/P 1/1
SOALAN :
Arahan :- Bagi soalan 1- 5 terdapat 4 pilihan jawapan. Sila pilih dan bulatkan jawapan
yang tepat.
1. Apakah tujuan menekan dengan seterika tiap-tiap proses yang siap semasa
membuat pakaian?
A. Mengelakkan pakaian dari mengecut
B. Membolehkan jahitan mesin kelihatan lurus
C. Mengelakkan pakaian dari di jelujur
D. Menyiapkan pakaian dengan kemas
[1 markah]
2. Diantara berikut yang manakah harus dilakukan sebelum mencantum lengan ke
badan blaus ?
I Jahit kelim bahu
II Jahit kelim rusuk
III Sudahkan garis leher
IV Jahit kelepet pakaian
A. 1 dan IV sahaja
B. II, III dan IV sahaja
C. I , II dan III sahaja
D. I , III dan IV sahaja
[1 markah]
3. Diantara berikut, jahitan yang manakah sesuai untuk menjahit kelepet blaus ?
A. Jahitan kia
B. Jahitan lilit ubi
C. Jahitan insang pari
D. Jahitan sembat susup
[1 markah]
4. Diantara berikut yang manakah susunan kerja yang betul apabila mencantum lapik
kepada garis leher blaus ?
NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/T/1/1 Muka: 3 Drp: 4
I. Trim basi kelim sehingga tinggal 6mm
II. Temukan SL lapik pada SL pakaian dan sematkan
III. Mesin pada garis pemadan
IV. Terbalikkan lapik ke sebelah dalam pakaian dan sembat susup
A. II , III , I , IV
B. I , II , III , IV
C. I , III , II , IV
D. II , I , III , IV
[1 markah]
5. Apakah tujuan bahu mendatang dibuat pada blaus?
A. Sebagai stail dan mengukuhkan pakaian
B. Menetapkan jahitan
C. Sebagai perhiasan
D. Menutup belah pada pakaian
[1 markah]
Arahan :- Bagi soalan 6 - 10, sila tandakan ( ) atau (x) berdasarkan kenyataan yang
diberi.
6.
tanda lipatan
7. Pastikan permukaan pola yang bertanda di sebelah atas semasa
menyusun atur pola.
8. Lisu terbalik dijahit pada blaus ialah memberi bentuk kepada
pakaian.
9. Ukuran lubang butang bagi saiz butang yang berukuran 1.2 cm
adalah 1.5cm.
10. Tanda pola dipindahkan pada fabrik selepas menanggalkan pola
dari fabrik.
[5 markah]
NO. KOD TA-011-1-2012/SK01/A/T/1/1 Muka: 4 Drp: 4
Arahan :- Bagi soalan 11 - 15, dengan menggunakan anak panah padankan pernyataan
berikut.
11. Belah yang boleh dijahit pada a. Belah berplaket
hujung lengan padanan.
12. Belah yang dijahit pada garis b. Lisu terbalik
tengah hadapan.
13. Lisu yang dibuat dengan menyusun c. Lengkuk Perancis
d. Trim basi dan snip
dua lisu berhadapan antara satu
sama lain
14. Alat mendraf untuk membentuk
garis keruk lengan
15. Proses yang dilakukan untuk e. Belah kelepet sama
mendapat garis cantuman yang lebar
rata pada garis leher berbentuk V
[5 markah]
Arahan :- Bagi soalan 16 - 20, nyatakan jawapan yang tepat dan ringkas.
16. Tanda pola yang tidak dipindahkan pada fabrik
ialah____________________________ , _______________________________.
17. Bila mencantum kaf pada hujung lengan belah berplaket hendaklah
__________________________________________________________________
18. Anda menjahit sehelai blaus dengan menggunakan fabrik voile. Lebar kelepet yang
siap ialah 3cm. Berapakah lebar basi lipatan bagi kelepet itu?
__________ cm.
19. Namakan dua jenis kelim yang digunakan dalam proses membuat blaus.
i ____________________________________________________
ii ____________________________________________________
20. Nyatakan tiga ciri lengan padanan yang dicantum dengan elok.
i _____________________________________________________
ii ____________________________________________________
iii ____________________________________________________
[5 markah]